PROJECT BASED LEARNING (PBL) 2021
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
Nama
Kelas
Sekolah
Tajuk
Nama Guru : Puan Suriani
: Nur Aafiya Zhafirah binti Mohd Syarani : 4 Intelligent
: SK Sultanah Asma
: Sukan Idaman Saya - Badminton
SITUASI:
Pandemik Covid 19 telah menyebabkan kejohanan sukan tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, latihan dan pemilihan pemain untuk pasukan sekolah tidak dapat dilaksanakan. Namun begitu, pemilihan pemain untuk pasukan sekolah akan dilaksanakan selepas pandemic covid 19 ini berakhir. Sebagai seorang murid yang berminar dalam sukan dan bercita-cita untuk mewakili pasukan sekolah, waktu pandemik ini merupakan peluang kepada saya untuk menambah pengetahuan tentang sukan badminton yang saya minati ini. Waktu ini juga merupakan peluang kepada saya untuk meningkatkan lagi kemahiran- kemahiran asas yang diperlukan dalam sukan yang saya gemari ini.
01
ISI KANDUNGAN LATAR BELAKANG SUKAN
PAKAIAN DAN KASUT
BADMINTON
KEMAHIRAN ASAS
04 Apakah pakaian yang sesuai untuk bermain permainan
badminton?
TEMPAT
Dimanakah tempat yang sesuai untuk bermain?
PERATURAN
Apakah peraturan dalam permainan tersebut?
02
Apakah kemahiran asas yang perlu saya kuasai dalam permainan badminton?
05
03
PERALATAN
Apakah peralatan yang saya perlukan untuk bermain permainan badminton?
06
01
Latar Belakang Sukan Badminton
Permainan yang dimainkan dengan bulu tangkis dan sejenis kayu pemukul atau raket wujud berabad lamanya sejak zaman Yunani Purba, Chinadan India. Pada tahun 1860-an, permainan ini dikenali sebagai Poona dan dimainkan oleh askar British yang ditempatkan di India.
Badminton mendapat nama dari tempat asal Duke of Beaufort yang memainkan salah satu daripada versi badminton buat pertama kali pada tahun 1873.
02
KEMAHIRAN ASAS
Kemahiran Asas Cara Memegang Raket
Genggaman Hadapan
Pegang kepala raket dengan tangan anda yang satu lagi supaya pemegang menghala ke arah anda dan kepala raket bersudut tegak hampir selari dengan permukaan lantai. Letakkan tangan pada pemegang seakan-akan bersalaman dengannya.
Ibu jari dan jari telunjuk membentuk V di bahagian pemegang raket. Jari telunjuk berada kira-kira 2.5cm tinggi daripada ibu jari. Pemegang raket perlu digenggam secara longgar dalam jari-jemari anda.
Genggaman Kilas
Untuk menukar kepada genggaman kilas, pusingkan tangkai raket dengan tangan anda yang satu lagi sehingga ibu jari terletak di bahagian belakang pemegang tersebut. Ibu jari hendaklah menghala ke bawah ke aras kepala raket.
Kemahiran Asas
Cara Memegang Bulu Tangkis
Tiada pegangan yang spesifik. Kebiasaannya bulu tangkis dipegang pada bahagian bulu. Apabila melakukan servis, hendaklah dipukul pada bahagian gabusnya.
abc
Kemahiran Asas Pergerakan Pukulan Asas
Pergerakan tolak lebih lembut, anda
melentikkan pergelangan tangan dan kekalkan kedudukan tersebut semasa memukul bulu tangkis. Pergerakkan ini akan menggerakkan bulu tangkis pada kadar kelajuan yang lebih perlahan.
Kemahiran Asas Servis Hadapan
Kemahiran Asas Servis Rendah Kilas
Kemahiran Asas Jenis-jenis Pukulan
03
PERALATAN YANG DIPERLUKAN
Net Jaring
Peralatan Yang Digunakan - Raket Dan Bulu Tangkis
Raket moden lebih ringan, oleh itu raket dapat diayun dengan cepat dan mudah. Kepala raket dipisahkan daripada pemegang oleh tangkai yang Panjang dan nipis. Kebanyakkan raket moden diperbuat daripada bahan komposit seperti grafit. Raket terdapat dalam pelbagai berat dan saiz pemegang. Raket merupakan kit khusus yang anda perlu beli, oleh itu pilihlah dengan berhati-hati. Minta pandangan daripada pemain berpengalaman atau jurulatih badminton untuk raket yang sesuai bagi umur dan tahap kebolehan anda.
Bulu tangkis terdapat dalam dua jenis, iaitu plastic dan berbulu. Bulu tangkis jenis plastic lebih tahan lama serta kosnya rendah dan biasa digunakan oleh pemain baharu. Bulu tangkis jenis berbulu digunakan dalam perlawanan. Bulu tangkis ini lebih halus dan diperbuat daripada 16 helai bulu angsa yang dilekatkan pada dasar gabus.
Peralatan Yang Digunakan - Net Jaring
Net jaring telah diperkenalkan untuk memurnikan lagi sukan badminton. Net bukan sahaja menjadi penentu area pemain dalam gelanggang tetapi juga memudahkan pemain untuk menentukan tinggi rendah pukulan, servis, dan serangan dari lawan.
04
PAKAIAN DAN KASUT YANG SESUAI
Pakaian yang sesuai untuk bermain badminton
Pakaian khusus diperlukan untuk bermain badminton. Pakaian yang dipakai mestilah longgar dan diperbuat daripada kapas untuk menyerap peluh. Kemeja-T yang selesa, seluar pendek dan stoking tuala yang tebal ialah pakaian yang ideal.
Tips memilih jersi badminton:
Reka bentuk: Baju sukan kebiasaanya tidak terlalu besar dan labuh. Ia juga perlulah longgar dan tidak ketat. Pakaian yang ketat boleh mengurangkan peredaran darah lalu mengakibatkan bekalan oksigen tidak dapat disalurkan ke seluruh tubuh badan.
Fabrik: Jenis fabrik seperti kapas dan micro fibre. Dua jenis fabrik ini membantu dalam menyeimbangkan suhu badan semasa bersukan, menyerap peluh, ringan dan tidak berat serta sangat selesa dipakai.
Warna: Warna-warna yang terang boleh mengelakkan seseorang dari mudah terasa panas. Hal ini kerana, pakaian berwarna gelap lebih menyerap haba berbanding warna-warna yang cerah.
Stokin kain yang tebal membantu menghalang kaki daripada melecet
Kasut sukan yang baik memberikan cengkaman dan menyokong kaki.
Kasut yang sesuai untuk bermain badminton
Pemain mestilah memakai kasut badminton yang sesuai dipakai di gelanggan tertutup. Kasut ini perlu mempunyai alas yang tebal di dalamnya untuk melindungi kaki, selesa dipakai dan mempunyai tapak berwarna lembut yang tidak akan memberi kesan kepada gelanggang.
Pemakaian kasut yang sesuai menentukan keseluruhan skill pemain untuk ditonjolkan semasa perlawanan. Gerakan seperti melompat, smash, pergerakan tajam, pergerakan sisi, dan brek akan ditentukan dengan bebanan yang diletakkan pada kaki pemain.
Tips memilih kasut badminton:
Tapak kasut: Tapak kasut berguna untuk daya tarikan dan cengkaman semasa permainan.Jika bermain badminton di gelanggang kayu atau PU, anda memerlukan cengkaman tapak yang melekit. Sebaliknya untuk permainan di gelanggang simen, anda memerlukan kasut bertapak getah yang biasa.
Kusyen: Kusyen yang baik dapat menyerap hentakan semasa pemain membuat smash atau memberikan tekanan pada permukaan lantai. Tumit anda akan kerap berasa pedih, melecet, atau sakit sekiranya tidak mempunyai
kusyen kasut yang betul.
Saiz: Rata-rata orang suka membeli kasut mengikut saiz kaki betul-betul. Untuk membeli kasut sukan atau kasut badminton, anda di nasihatkan untuk cuba meletakkan ibu jari tangan atau dua jari anda di antara kaki dan kasut. Jadi sekiranya anda memakai stokin, kasut tidak terlalu ketat.
Ringan: Pastikan kasut badminton ringan. Ini membolehkan anda membuat pergerakan yang pantas.
05
TEMPAT SESUAI BERMAIN BADMINTON
Gelanggang Badminton
Kedudukan dalam gelanggang
Ukuran gelanggang badminton
Undang-Undang Asas
Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton boleh dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua lapisan peringkat umur sama ada lelaki atau perempuan boleh bermain badminton. Badminton juga boleh dimainkan secara suka-suka untuk mengisi masa lapang atau secara pertandingan.
Antara peraturan bermain badminton ialah ketika;
Memulakan permainan
Sistem pengiraan markah Masa rehat
Servis
Servis batal
Servis semula
Larangan untuk pemain
06
PERATURAN PERMAINAN BADMINTON
Peraturan Bermain Badminton
Sistem Pengiraan Mata
a. Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (‘the best of three ‘game’s’).
b. Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.
c. Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainan diteruskan hingga 29-29. Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang.
d. Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.
e. Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan sebaliknya.
Memulakan Permainan
a. Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu tangkis atau syilling boleh digunakan dalam undian.
b. Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak gelanggang.
c. Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya.
Larangan Untuk Pemain
a. Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan
b. Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar kelajuan.
c. Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau pemain menyentuh papan iklan.
d. Tidak berkelakuan kasar.
e. Jangan meninggalkan gelanggang tanpa
kebenaran pengadil
Masa Rehat
a. Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat selama 60 saat akan diberikan.
b. Rehat antara ‘game’ selama dua minit diberikan apabila sesuatu ‘game’ tamat.
Peraturan Bermain Badminton
Servis
a. Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang.
b. Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan gelanggang.
c. Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam keadaan tetap.
d. Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat servis.
e. Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft) mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis.
f. Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia.
Servis Batal
a. Bulu tangkis disentuh oleh rakan sebelum penerima yang sepatutnya menerima servis. Bulu tangkis melepasi bawah jaring.
b. Bulu tangkis jatuh di luar gelanggang servis.
c. Bulu tangkis melekat seketika di permukaan
raket.
d. Bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turut
e. Bulu tangkis tersangkut dijaring setelah
melepasi jaring semasa membuat servis.
Servis Semula (Let) diberikan sekiranya:-
a. Penerima belum bersedia dan tidak mencuba. .
b. Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak
c. Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring.
d. Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut.
e. Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan
f. Pengadil tidak dapat membuat keputusan
Permainan Batal Sekiranya
a. Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian
b. Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan
c. Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan isyarat tangan
TERIMA KASIH