KESIHATAN DAN PERPADUAN
NAMA KURSUS : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
KOD KURSUS : MPU21032
NAMA PENSYARAH : PUAN FARAH HANAN BINTI ABU BAKAR
AHLI KUMPULAN
PENGHARGAAN
Alhamdulillah ,
dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya ,
dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh
jayanya . Kami mengucapkan sepenuh penghargaan kepada;
Puan Farah Hanan Binti Abu Bakar ,
Pensyarah kami , di atas kepercayaan beliau memberi tugasan ini
kepada saya dan juga rakan seperjuangan saya . Dimana beliau banyak
membantu kami sepanjang proses tugasan ini disiapkan .
Dengan kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak mendorong saya untuk
terus berusaha . Dan saya juga ingin menghadiahkan sekalung terima
kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dan
mencetuskan idea saya sepanjang proses penyiapan tugasan
dilaksanakan . Dalam menyiapkan tugasan ini , banyak yang telah
kami pelajari sepanjang penyiapan kerja kursus ini dilakukan . Ianya
memberi kami seribu satu makna dalam menimba ilmu ini .
Syukur Alhamdulillah .
OBJEKTIF
-MENGENALPASTI FAKTOR/CABARAN DALAM
MENGEKALKAN PERPADUAN
-MENGETAHUI KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA
TIADA PERPADUAN ANTARA RAKYAT
-MENGETAHUI KEADAAN PERPADUAN PADA HARI INI
-MENGETAHUI HUBUNGKAIT KESIHATAN DAN
PERPADUAN
PENGENALAN
Kesihatan bermaksud keadaan sempurna dari segi fizikal,mental dan
sosial dan tidak hanya seketika ketiadaan sakit. Dalam erti kata lain,
kesihatan dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk meneruskan
hidup dengan prospek positif.
Perpaduan bermaksud penyatuan yang dipamerkan oleh
sesebuah masyarakat atau kumpulan yang merujuk kepada perhubungan
sosial yang mengaitkan antara sesama manusia (berlainan kaum,bangsa
dan agama).
Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan
kerjasama antara organisasi dalam bidang kesihatan dalam memastikan
masyarakat dengan tidak membezakan agama,bangsa dan kaum bagi
memastikan kita semua dapat mengecapi kehidupan bermasyarakat yang
aman dan harmoni. Struktur bidang perubatan ini juga lazimnya terdiri
daripada pakar-pakar dan staf yang berlainan bangsa dan agama,
bersama-sama berkongsi kepakaran dan kemahiran bagi memastikan
kesihatan masyarakat terjamin. Hal ini juga dapat menjelaskan bahawa
di sinilah titik permulaan perpaduan dan kesihatan ini berlaku.
FAKTOR/CABARAN DALAM MENGEKALKAN
PERPADUAN
A. PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN
Pengenalan sistem sekolah vernakular yang mengikut kaum telah
menjadikan hubungan masyarakat semakin renggang. Kesannya,masih
ramai rakyat yang merupakan warganegara Malaysia tidak fasih untuk
bertutur dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Jika masyarakat
majmuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial terutamanya pendidikan dan
berkomunikasi dengan baik maka akan timbul sifat keterbukaan,
persefahaman dan toleransi antara satu sama lain.
B. PERBEZAAN PARTI POLITIK
Dunia politik sememangnya penuh dengan kontrovesi dimana
terdapat pelbagai individu yang mempunyai tujuan dan kepentingan
yang berbeza. Hasilnya, masih terdapat pemimpin yang kurang bijak
dengan mengharapkan sentimen perkauman dapat memancing
perhatian rakyat tetapi sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan
diri sendiri. Politik sepatutnya membela nasib keseluruhan rakyat
bukannya mengikut kepentingan bagi mana-mana pihak.
C. MEWUJUDKAN JURANG EKONOMI PERKAUMAN
Hal ini kerana, kaum Melayu menjadi petani dan nelayan, kaum
India diletakkan di ladang getah dan kaum Cina bekerja sebagai pedagang
dan melakukan perlombongan. Setelah kemerdekaan dicapai, berlaku
perubahan di mana setiap kaum mendapat peluang pendidikan dan
mampu berjaya sekiranya berusaha dengan betul. Namun begitu, akibat
dasar penjajah dahulu, kesannya masih dapat dilihat sampailah sekarang
dimana sektor perniagaan masih didominisasi oleh kaum Cina dan
kebanyakan orang India masih tinggal di ladang.
D. CAMPUR TANGAN PIHAK LUAR
Selain dari itu, campur tangan dari kuasa atau pihak luar
semakin menjadi-jadi. Ini jelas dapat memecahbelahkan rakyat dan
perpaduan kaum boleh terjejas. Campur tangan dari pemimpin luar pula
merumitkan lagi keadaan.Ada segelintir rakyat yang menjadikan isu hak
asasi manusia sebagai salah satu penyebab untuk membawa masuk
budaya barat yang tidak sesuai kedalam Negara kita contohnya lesbian
dan gay.
E. KEWUJUDAN MEDIA MASSA
Kemudahan media massa dan sosial yang semakin pantas dalam
menyampaikan sesuatu teks atau video telah menunjukkan sisi
negatifnya. Penyebaran fitnah dan berita palsu semakin menular
terutama apabila isu tersebut menyentuh sensitiviti perkauman atau
agama. Setiap individu sewajarnya bertanggungjawab dan beretika dalam
menyampaikan atau berkongsi sesuatu perkara yang sensitif dan
mungkin tidak sahih. Netizen perlu menyelidik terlebih dahulu sebelum
memberi reaksi terhadap perkara yang menyentuh tentang perkauman
dan agama. Pihak berkuasa wajar menguatkuasakan undang-undang
kepada pelaku yang mencetuskan isu atau sesuatu perkara yang mampu
menggolakkan perpaduan antara kaum. Ahli masyarakat juga
bertanggungjawab menjadi mata-mata pihak berkuasa dimana jika
ternampak sesuatu perkara yang akan menimbulkan kemarahan
sesebuah kaum atau penganut agama, wajar untuk kita laporkan kepada
pihak polis.
KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA
PERPADUAN ANTARA RAKYAT
A. KEHARMONIAN NEGARA AKAN TERJEJAS
Keharmonian negara terjejas bermaksud tiadanya kesepaduan di
kalangan rakyat. Kerjasama yang baik antara rakyat sangat dititikberatkan
di dalam proses memberikan rawatan yang terbaik kepada rakyat.
Contohnya, sepanjang berlakunya penularan wabak COVID-19 ini ,
rakyat tidak mempunyai matlamat yang sama dengan pihak atasan untuk
berkerjasama memutuskan rangkaian wabak tersebut. Ini sekaligus
menyebabkan peningkatan kes dan kematian pesakit dari semasa ke
semasa dan menyebabkan kebimbangan bukan sahaja pada pihak atasan
malah terhadap kita juga. Sehubungan itu, keharmonian negara juga
tergugat dan memberikan impak negatif yang agak besar kepada
kesejahteraan rakyat dan negara.
B. WUJUDNYA MASYARAKAT YANG TIDAK BERMORAL
Apabila adanya masyarakat yang tidak bermoral ini dapat
menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perselisihan faham antara
kaum. Sebagai contoh, rakyat yang tidak memberi komitmen yang baik
kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam
mendermakan darah kepada pesakit yang memerlukan. Ini kerana
kurangnya sensitiviti dalam diri sesetangah rakyat terhadap pesakit yang
betul-betul memerlukan. Lebih-lebih lagi, stok darah di dalam tabung
darah negara kini tidak mencukupi bagi menampung bekalan darah yang
diperlukan oleh setiap pesakit yang berada di hospital mengikut jenis-
jenis darah yang diingini. Malahan pula, terdapatnya sesetengah sifat
rakyat yang memilih kasih dalam mendermakan darah akan melambatkan
lagi proses membaik pulih kesihatan pesakit tersebut. Dengan itu, tahap
kesihatan akan terganggu dan kurangnya kesepaduan dalam kalangan
rakyat.
C. WUJUD SIKAP MEMENTINGKAN DIRI DALAM
MASYARAKAT
Sering kali kita dapati terdapatnya segolongan masyarakat yang
sanggup menggadai prinsip politik, ekonomi, keadilan dan
prokemanusiaan demi kepentingan diri. Contohnya,sesetengah rakyat
yang tidak memberi kerjasama yang baik untuk mematuhi perlaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa berlakunya wabak virus
jangkitan COVID-19. Sebagai contoh, rakyat lebih suka mengikut
kehendak mereka untuk keluar sesuka hati dan tidak mengikut prosedur
yang telah ditetapkan tanpa mengambil berat terhadap tahap kesihatan
orang lain. Hal ini diperkatakan demikian kerana kita akan
mempropagandakan lagi keadaan sekaligus meningkatkan bilangan kes
COVID-19 tersebut melalui sentuhan dan jarak yang rapat apabila
bertemu kawan atau sebagainya.
D. KESTABILAN EKONOMI NEGARA TERJEJAS
Sistem kesihatan dalam negara turut berfungsi bagi menstabilkan
ekonomi negara. Namun begitu, apabila wujudnya masalah kesihatan
seperti penularan wabak COVID-19, maka ini turut menjejaskan lagi
kestabilan ekonomi negara. Seiring dengan pengumuman yang
diumumkan oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang
telah mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh
negeri bermula pada 18 Mac 2020, sudah pasti ini akan memberikan kesan
yang mendalam kepada sistem ekonomi negara. Contoh yang dapat kita
lihat, berlakunya peningkatan bilangan pengganguran, pengurusan
peniagaan yang tidak mendatangkan banyak keuntungan dan anak- anak
muda yang berhasrat untuk menyambung pelajaran juga terbantut . Oleh
itu, kestabilan ekonomi negara adalah sangat penting serta memainkan
peranan yang besar dari aspek kesihatan bagi membentuk perpaduan
negara yang aman dan harmoni.
E. ASPEK SOSIAL
Memang tidak dapat disangkal bahawa komunikasi dua hala yang
baik antara masyarakat berbilang kaum merupakan antara cabaran besar
yang perlu dihadapi. Hal ini demikian kerana tanpa komunikasi yang baik di
antara rakyat dan kesepakatan komunikasi dapat menjejaskan kejayaan
sesuatu program kesihatan seperti Hari Sukan Negara dilaksanakan.
Contohnya, di dalam sesebuah komuniti yang terdapat masyarakat yang
berbilang kaum mempunyai komunikasi yang kurang baik sesama kaum
akan mewujudkan jurang antara satu sama lain dan sekaligus menyukarkan
kita untuk bersatu padu ketika melakukan perancangan aktiviti sepanjang
Hari Sukan Negara. Selain itu, kesihatan sangat memerlukan komunikasi
dua hala antara satu sama lain terutamanya ketika merawat , melawat dan
melakukan pembedahan kepada pesakit.
PERPADUAN PADA HARI INI
Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan
dan kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan
rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawab masing-masing.Malaysia pada masa sekarang berada
dalam proses pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran
dan rintangan global yang besar. Dengan itu, negara kita amat
memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira
agama dan bangsa.Sebarang kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan
hati antara kaum yang diterjemahkan secara berlebihan hanya akan
mewujudkan ketidakstabilan dan persengketaan dan akhirnya merugikan
negara kita sendiri dan membazirkan usaha-usaha yang telah diusahakan
oleh pemimpin-pemimpin dahulu.
HUBUNGKAIT KESIHATAN DAN PERPADUAN
Program kesihatan berupaya menghimpunkan masyarakat sekali
gus dapat memperkukuh perpaduan komuniti di sini. Pertama sekali
perkara yang boleh kita dapat daripada kesihatan dan perpaduan ialah
kita dapat menjalinkan Sesuatu hubungan antara masyarakat satu
sama lain. Hal ini dapat memupuk kekuatan perpaduan dalam
kalangan masyarakat walaupun berlainan agama budaya dan asal usul.
Sebagai contoh perkara yang boleh menyebabkan kesihatan dan
perpaduan itu terjalin bersama adalah aktiviti gotong-royong.Ketika
aktiviti gotong royong dilaksanakan sudah semestinya badan kita akan
mengeluarkan peluh yang membolehkan tubuh badan kita terus kekal
cergas. Sudah semestinya sikap tolong menolong akan hadir sewaktu
aktiviti gotong royong. Hal ini dapat meningkatkan komunikasi
dalam sesebuah masyarakat maka perpaduan akan terjalin.
Seterusnya, sudah semestinya kita dapat meningkatkan
kesihatan dan perpadauan dengan menyertai aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak kerajaan kepada masyarakat Malaysia. Sebagai
contoh aktiviti yang boleh dianjurkan oleh kerajaan kepada masyarakat
adalah aktiviti sukan negara. Hari Sukan Negara merupakan hari yang
paling di tunggu tunggu oleh masyarakat Malaysia. Hal ini dikatakan
demikian kerana aktiviti yang diajurkan oleh kerajaan sangat lah
menyeronokkan dan bermanfaat.
Selain itu, perpaduan juga dapat diwujudkan ketika kita
mendermakan darah. Hal ini demikian kerana kita dapat melihat di
sekeliling kita mengenai proses kerjasama antara kaum sekaligus dapat
mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kaum. Visi Pusat
Darah Negara ialah sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam
menyediakan darah yang mencukupi dan selamat serta menjadi pusat
rujukan yang cemerlang di bidang Transfusi Perubatan. Seperti yang kita
sedia maklum, stok di bank darah semakin hari semakin berkurangan.
Tambahan pula berlakunya fenomena pandemik Covid-19 ini
menyebabkan pengurangan pendermaan darah oleh masyarakat.
Oleh itu,kita semua mestilah mendermakan darah walaupun
berbeza kaum dan bangsa. Sehubungan dengan pengurangan stok di bank
darah Malaysia, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama
membantu rakan-rakan kita yang memerlukan darah bagi meneruskan
kehidupan seperti kita. Dalam pada itu, kempen derma darah ini juga dapat
menjalinkan perpaduan tanpa kita sedar. Perpaduan di sini bukan hanya
terbentuk dari insan yang mendermakan darah malahan insan yang
membantu sepanjang kempen juga bersatu padu bagi mencapai hasrat dan
tujuan kempen derma darah itu dijalankan.
Penularan kes pandemik Covid-19 ini menyebakan satu dunia
panik dan sistem organisasi kesihatan semakin sesak. Sebagaimana yang
kita lihat, kes ini menjadikan kesemua petugas-petugas barisan
hadapan (frontliner) berkerjasama dan berganding bahu siang dan
malam bagi mengurangkan penularan ini berlaku. Selain itu, barisan-
barisan petugas hadapan (frontliner) yang terdiri daripada polis, tentera,
doktor dan sebagainya bertugas berkongsi kepakaran untuk memastikan
fasiliti keperluan dan keselamatan rakyat terjamin. Rakyat juga perlu
bersama-sama menjaga diri daripada dijangkiti penyakit ini selaras dengan
tagline “#kitajagakita”. Jelaslah bahawa dengan adanya perpaduan yang
kuat daripada rakyat Malaysia ini mampu dan berjaya menjadikan
Malaysia antara negara yang paling kurang catatan kes Covid-19 di
seluruh dunia.
KESIMPULAN
Dalam setiap perbincangan ini, dapat kita lihat perkaitan antara
kesihatan dan perpaduan. Kesihatan dan perpaduan saling melengkapi
kerana dengan adanya perpaduan antara masyarakat, segala masalah dapat
dihadapi bersama. Sebagai analoginya, kes covid-19 yang baru-baru ini
merebak ke seluruh negara seperti cendawan tumbuh selepas hujan dapat
diredakan di negara kita dengan kerjasama rakyat yang patuh akan arahan
pemimpin. Mereka bekerjasama dalam mengikut ‘SOP’ yang ditetapkan
serta mengikut perintah kawalan pergerakan. Di sini kita dapat lihat
kerjasama ini telah mewujudkan perpaduan dalam masyarakat berbilang
kaum di Malaysia dan mampu mengelakkan kes semakin menular
walaupun bukan pulih sepenuhnya.
AKTIVITI PENGUKUHAN
1.Adakah perpaduan kaum di Malaysia masih wujud?jelaskan mengapa.
2.Jelaskan kesan terhadap kesihatan jika perpaduan antara rakyat tidak
terjalin.
SUMBER RUJUKAN
-ughdaniio(2020)KESIHATAN DAN PERPADUAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan
-N_syaf(2020)E-FOLIO(ETIKA DAN PERADABAN)KESIHATAN
DAN PERPADUANhttps://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-
kesihatan-diri.html
-kementerian kesihatan Malaysia (2021)Langkah langkah pencegahan
penularan covid 19 di twmpat kerja https://covid-
19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/05/langkah-pencegahan-covid-19-di-
tmpt-kerja
-blog saya((2021)https://5ce5582a8d3b9.site123.me/blog-saya/karangan-
kepentingan-perpaduan-di-malaysia
LAMPIRAN
LAMPIRAN
EBOOK INI MENJELASKAN CABARAN KEPADA KESIHATAN
JIKA PERPADUAN TIDAK WUJUD DI KALANGAN RAKYAT
MALAYSIA.
SELAIN ITU,TERDAPAT JUGA KESAN,KEADAAN
PERPADUAN DI MALAYSIA PADA MASA KINI SERTA
HUBUNGKAIT KESIHATAN DAN PERPADUAN DI DALAM
EBOOK INI