KAJIAN KES SEJARAH BAB 4 : ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA JADUAL KERJA BIL. TARIKH PERKARA TANDATANGAN GURU 1 18/7/2023 Saya menerima taklimat mengenai kerja kursus daripada Cikgu Salmiah Cikgu Salmiah memberi penerangan mengenai penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British, faktor dan reaksi penduduk tempatan dan kepentingan mempertahankan maruah bangsa 2 19/7/2023 Mengenalpasti bentuk penulisan untuk tugasan ini termasuklah menyenaraikan objektif kajian dan memilih kaedah kajian yang akan digunakan untuk melengkapkan kajian kes ini
3 20/7/2023 Membuat rujukan dan kajian untuk mencari maklumat berkaitan dengan tajuk tugasan melalui buku,internet,Youtube 4 21/7/2023 Mengumpul serta menentukan maklumat akhir yang diperlukan dan menyusun bahan-bahan kajian Menyediakan rangka penulisan yang lengkap,tepat dan realistik 5 22/7/2023 Menyatakan pentadbiran tentera,menerangkan faktor,menjelaskan reaksi dan menganalisis kepentingan Menulis kesimpulan,sumber rujukan dan melampirkan lampiran
TEMA : PEMBINAAN NEGARA TAJUK: Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British NAMA PENULIS Siti Nurlaila binti Mizan STANDARD KANDUNGAN 4.4 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British
PERNYATAAN MASALAH Penyerahan Sarawak kepada Vyner Brooke kepada British tidaklah berjalan lancar seperti yang diharapkan. Keputusan penyerahan menimbulkan bantahan dan keadaan huru-hara dalam politik Sarawak. Bincangkan faktor-faktor dan reaksi masyarakat setempat terhadap penyerahan Sarawak tersebut.
KAJIAN LITERATUR 1)Ridzuan bin Hasan,Sharifah Afidah binti Syed Hamid,Muslimin bin Fadzil dan Subramaniam a/l Raman.2019.Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM/Dewan Bahasa dan Pustaka 2) i) http://bukuteks.dbp.gov.my/media/ media/aV7M26pFDE.pdf ii) Nota & Latihan Sejarah KSSM Tingkatan 4 Bab 4.4 - WeAcademia [2021] iii) http://www.soalanandjawapan. blogspot.com/2016/06/contohkepentingan-bagi-memelihara.html 3) i) https://youtu.be/7pXWYYe1T4s ii) https://youtu.be/FOFCvJdc1SY iii) https://youtu.be/f-nvjQZrlKQ
OBJEKTIF KAJIAN A. Menyatakan Pentadbiran Tentera di Sarawak. B. Mengetahui faktor penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British. C. Menjelaskan reaksi penduduk tempatan terhadap penyerahan Sarawak kepada British. D. Menganalisis kepentingan mempertahankan maruah bangsa.
KAEDAH KAJIAN 1. Kaedah membaca buku Saya telah membaca buku teks Sejarah tingkatan 4 untuk mengetahui faktor-faktor penyerahan Sarawak kepada British. 2. Kaedah melayari laman sesawang Saya juga melayari laman sesawang untuk mendapatkan bahan rujukan berkaitan kepentingan mempertahankan maruah bangsa. : http://www.soalanandjawapan.blogspot.com /2016/06/contoh-kepentingan-bagi-memeli hara.html 3. Kaedah Visual Saya telah menonton beberapa video untuk mengetahui reaksi penduduk tempatan terhadap penyerahan Sarawak kepada British dengan lebih mendalam. : https://youtu.be/f-nvjQZrlKQ
DAPATAN KAJIAN Pentadbiran Tentera di Sarawak Setelah Perang Dunia Kedua tamat, pentadbiran tentera, iaitu British Borneo Civil Affairs Unit (BBCAU) diperkenalkan selepas tentera Australia mendarat di Kuching pada 11 September 1945. Pada tahun 1946, BMA kemudian diperkenalkan oleh British di Sarawak. Pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British dan mendapat tentangan hebat daripada masyarakat tempatan di Sarawak.
Faktor penyerahan Sarawak kepada British Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Antaranya ialah masalah pewarisan takhta. Vyner Brooke semakin tua dan uzur, akan tetapi beliau tidak mempunyai anak lelaki untuk menggantikan tempatnya sebagai raja. Vyner Brooke enggan melantik anak saudaranya Anthony Brooke anak kepada Bertram Brooke untuk menggantikannya. Selain itu, desakan kerajaan British. Pada 14 Jun 1944, Vyner Brooke didesak oleh pihak Pejabat Tanah Jajahan supaya memberikan kuasa yang lebih luas kepada British. Dengan menjajah Sarawak, British dapat menjaga kepentingan pelabuhannya di negeri itu dan menguasai kekayaan ekonomi. Vyner Brooke akhirnya bersetuju untuk menyerahkan Sarawak kepada British selepas diutuskan surat pendirian daripada Tanah Jajahan. Seterusnya, masalah kewangan. Vyner Brooke mengalami masalah kewangan untuk memulihkan negeri Sarawak yang terjejas akibat Perang Dunia Kedua.
Kemudahan sosioekonomi seperti pendidikan, kesihatan dan jalan raya perlu dibaiki. Lombong minyak musnah,ladang getah terbiar dan ekonomi Sarawak merosot. Vyner Brooke tidak mampu untuk membangunkan negeri Sarawak semula. Reaksi penduduk tempatan terhadap penyerahan Sarawak kepada British Terdapat dua reaksi yang berbeza iaitu penduduk tempatan yang menentang dan penduduk tempatan yang menyokong penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Penduduk yang menentang penyerahan ini adalah kerana tindakan Vyner Brooke bertentangan dengan Perlembagaan 1941. Prinsip Kelapan dalam Perlembagaan 1941 menyatakan bahawa rakyat Sarawak akan diberikan hak untuk memerintah dan mendapat bimbingan untuk mentadbir negeri mereka sendiri. Namun begitu, tindakan Vyner Brooke telah melanggar Prinsip Kelapan tersebut.
Beliau telah menafikan hak rakyat Sarawak seperti yang termaktub dalam perlembagaan tersebut. Selain itu, Vyner Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke. Vyner Brooke telah membuat keputusan tanpa berbincang dengan Raja Muda (Anthony Brooke) dan Tuan Muda (Bertram Brooke). Kesannya, penduduk tempatan menentang penyerahan ini untuk memulihkan pemerintahan Dinasti Brooke supaya dapat menuntut kemerdekaan dengan mudah. Di samping itu, Gerard T.MacBryan menggunakan muslihat. Pelbagai muslihat telah digunakan seperti tekanan, desakan, pujukan dan sogokan untuk mendapatkan persetujuan ketua tempatan.
Penduduk tempatan yang menyokong penyerahan ini pula adalah kerana ia dapat memajukan negeri. Ahli Majlis Negeri, Datu Bandar Abang Haji Mustapha menyatakan bahawa penyerahan ini dapat memajukan Sarawak dalam pelbagai aspek seperti politik, perhubungan, perdagangan, pertanian, pendidikan, kesihatan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat Sarawak. Selain itu, memajukan penduduk tempatan. Golongan propenyerahan menubuhkan Young Malay Association (YMA) untuk menggalakkan penglibatan orang Melayu dalam bidang sosial dan ekonomi. Pertubuhan ini dapat membantu orang Melayu yang ketinggalan dalam pelbagai aspek. Kegiatan YMA menjurus kepada bidang pelajaran, agama, sukan dan mereka menubuhkan cawangan di Sibu, Kalaka dan Miri. Akhir sekali, memberikan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Ramai golongan intelektual diberi peluang untuk bekerja dalam perkhidmatan awam seperti peguam, doktor dan jurutera.
Kepentingan Mempertahankan Maruah Bangsa Dengan mempertahankan maruah bangsa, kita dapat membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Selain itu, kita dapat menjaga keharmonian rakyat dan negara. Seterusnya, dapat menjamin negara yang berwawasan serta kestabilan politik mampu dikekalkan. Di samping itu, ekonomi negara dimajukan dan imej negara dapat diangkat. KESIMPULAN Kesimpulannya, rakyat dan pihak kerajaan perlulah bersama-sama mewujudkan sikap kerjasama, toleransi dan kefahaman antara satu sama lain. Hal ini dapat mendorong ke arah kemajuan untuk negara serta kejayaan dalam diri masyarakat. Kesannya, negara tidak dapat dijajah oleh kuasa asing akibat semangat patriotisme yang kuat dalam diri. Oleh itu, kita seharusnya memupuk semangat patriotisme dalam diri sejak kecil agar dapat mengelakkan peperangan atau perpecah belahan antara satu sama lain.
SUMBER RUJUKAN 1)Ridzuan bin Hasan,Sharifah Afidah binti Syed Hamid,Muslimin bin Fadzil dan Subramaniam a/l Raman.2019.Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM/Dewan Bahasa dan Pustaka 2) i) http://bukuteks.dbp.gov.my/media/ media/aV7M26pFDE.pdf ii) Nota & Latihan Sejarah KSSM Tingkatan 4 Bab 4.4 - WeAcademia [2021] 3) i) https://youtu.be/7pXWYYe1T4s ii) https://youtu.be/FOFCvJdc1SY iii) https://youtu.be/f-nvjQZrlKQ
LAMPIRAN
https://youtu.be/7pXWYYe1T4s https://youtu.be/f-nvjQZrlKQ