The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kajian tindakan - untuk pelajar kolej vokasional menulis catatan di buku log projek tahun akhir.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikiramunira, 2024-06-05 02:16:20

panduan penulisan buku log

kajian tindakan - untuk pelajar kolej vokasional menulis catatan di buku log projek tahun akhir.

Keywords: kolej vokasional

KAJIAN TINDAKAN MODUL PANDUAN PENULISAN BUKU LOG PROJEK TAHUN AKHIR BAGI PELAJAR PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK Oleh NUR MUNIRAH BINTI AZMAN NUR HAMIZAH BINTI MOHD MAHIDI Kolej Vokasional Kuala Klawang 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan


2 PERLAKSANAAN PANDUAN & CONTOH PENULISAN BUKU LOG PROJEK TAHUN AKHIR BAGI PELAJAR PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK Oleh NUR MUNIRAH BINTI AZMAN NUR HAMIZAH BINTI MOHD MAHIDI Kolej Vokasional Kuala Klawang, Negeri Sembilan ABSTRAK Projek Tahun Akhir (PTA) merupakan kursus wajib di dalam program Diploma Teknologi yang perlu dilaksanakan di tahun akhir. PTA dilaksanakan bertujuan untuk menguji dan menilai kemahiran pelajar dalam mengaplikasikan kemahiran yang telah mereka pelajari sepanjang tempoh pengajian empat (4) tahun tiga (3) bulan yang mana dua (2) tahun di peringkat SVM dan dua (2) tahun tiga (3) bulan di peringkat Diploma. Panduan penulisan ini dijalankan untuk pernambahbaikan penulisan buku log pelajar tahun akhir program Diploma Teknologi Elektrik. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian pada buku log pelajar selama 3 tahun menjadi Pensyarah Penyelia untuk projek tahun akhir (PTA). Hasil tinjauan mendapati pelajar tidak menulis elemen-elemen penting di dalam buku log. Kebanyakan hanya menulis perjumpaan dengan penyelia membincangkan perkara seperti kewangan, pembelian, bina litar projek tanpa memasukkan contoh litar, kaedah pengumpulan data barang, sebut harga, gambar berkaitan dan sebagainya. Melalui pemerhatian ini, panduan penulisan buku log dilaksanakan dan diedarkan kepada pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Elektrik. Pengumpulan data adalah melalui hasil buku log pelajar diakhir semester. Keputusan mendapati pelajar dapat menulis buku log projek tahun akhir dengan memasukkan elemen penting berdasarkan panduan penulisan buku log. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa adanya perubahan yang positif dalam amalan pengajaran sebagai Pensyarah Penyelia projek tahun akhir berbanding sebelum ini.


3 1.0 PENGENALAN BUKU LOG Buku Log projek disediakan khas untuk pelajar mencatat setiap aktiviti kerja/ penemuan baru dan tugasan yang dijalankan sepanjang tempoh pelaksanaan projek. Buku ini juga merupakan salah satu kaedah untuk jabatan mengenal pasti dan menilai sikap, inisiatif dan kemajuan projek pelajar. Setiap pelajar perlu melengkapkan buku log sama ada projek dijalankan secara individu atau berkumpulan. Laporan yang ditulis perlu jelas dan terperinci bagi tujuan penilaian oleh penyelia atau panel penilai. 1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Masa Lalu Penulisan buku log adalah salah satu element penting dalam perlaksanaan projek tahun akhir bagi pelajar diploma program teknologi elektrik. Penulisan buku log membawa markah 10% dari keseluruhan projek tahun akhir. Para penyelia perlu memberi markah pada pelajar berdasarkan dari buku log dan laporan projek tahun akhir. Kesemua ini membawa markah 70%. Manakala 30% dari keseluruhan markah datang dari hasil pembentangan projek akhir pelajar di hadapan panel yang ditetapkan oleh pensyarah matapelajaran. Kajian masa lalu dari tahun 2018 hingga ke tahun 2023, mendapati pelajar kurang kemahiran menulis buku log dengan lengkap. Kemahiran ini kurang diberi perhatian, disebabkan penulisan buku log hanya membawa 10% dari jumlah markah akhir pelajar. Sebagai salah seorang dari pensyarah penyelia untuk pelajar, perkara kritikal yang didapati, pelajar hanya menulis sebaris ayat dengan perjumpaan dengan pensyarah penyelia. Pelajar tidak menulis segala penemuan, inkuri, masalah dan jalan penyelesaian yang mereka temui semasa setahun menjalankan projek tahun akhir mereka. Pelajar tidak berkemahiran dalam asas penulisan penemuan, dan ini menyukarkan pensyarah penyelia dalam menentukan markah pelajar. Ini kerana, projek tahun akhir pelajar diploma program teknologi elektrik dibangunkan atau mereka menjalankan projek ini dalam kaedah berkumpulan.


4 Bagi menentukan sikap, kemahiran dan nilai pelajar secara individu adalah melalui penulisan buku log. Selain dari masalah kelemahan pelajar dalam penulisan buku log, para pensyarah penyelia juga kurang memainkan peranan dalam membimbing pelajar untuk fokus dalam penemuan, inkuri, permasalahan dan penyelesaian masalah yang perlu pelajar tulis sepanjang membuat projek tahun akhir. Permasalahan ini, jika tidak diambil tindakan, pelajar akan kurang mahir dalam penulisan. Ini akan menyukarkan mereka dimasa akan datang apabila memasuki dunia pekerjaan on-job training (OJT), dimana penulisan buku log amat dititikberatkan. Selain itu, ia juga menyukarkan para pelajar apabila mereka ingin menyambung pembelajaran mereka ke tahap lebih tinggi, seperti mengikuti pengajiaan penjaga jentera (A0), yang memerlukan para pelajar menyediakan buku log projek. Permasalahan ini juga akan melahirkan graduan program teknologi elektrik yang kurang daya pemikiran kritis dan inovatif. Dengan adanya buku panduan penulisan ini, para pelajar boleh menjadikan ia sebagai sumber rujukan penulisan buku log dengan lebih teratur dan bersistematik. Para pensyarah pembimbing pula, mudah dalam menentukan markah pelajar melalui sikap, inisiatif dan kemajuan projek pelajar. Tiadalah istilah pelajar tidak membuat kerja dan mendapat markah setara dengan rakan sekumpulan. 2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian dalam penulisan buku log pelajar tertumpu kepada satu aspek iaitu penulisan harian atau kajian pelajar dalam membuat projek tahun akhir yang di dalamnya perlu mengandungi, litar skematik, pemasalahan yang terjadi seperti komponen terbakar dan cara mengatasi, membuat pengujian dan kaedah membangunkan bahan mekanikal. Kesilapan yang sering pelajar lakukan di dalam penulisan buku log ialah:


5 i. Hanya menulis pertemuan dengan penyelia dan apa yang dibincangkan. ii. Tiada analisis, pengujian atau cara membangunkan projek tersebut. iii. Menulis sebaris ayat tentang penulisan laporan akhir. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, pelajar kurang mahir dalam mencatat maklumat di dalam Buku Log. Seterusnya akan menggambarkan sikap yang kurang mahir, tiada kemajuan di dalam perlaksanaan projek dan tiada daya usaha pelajar. Pelajar akan dianggap mengamalkan sikap plagrisma dalam membuat projek akhir. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini dijalankan pelajar diharap dapat mencapai objekif berikut: 3.1 Objektif Umum Meningkatkan kemahiran pelajar mengaplikasikan pengetahuan teori, kemahiran dan menganalisis data dan maklumat. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Pelajar menulis perjumpaan dengan Penyelia, perbincangan, nasihat dan arahan 3.2.2 Pelajar dapat menulis Tajuk, objektif, skop, rancangan kerja dan hendaklah dimuatkan di bahagian awal. 3.2.3 Pelajar dapat menyenaraikan tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan perlaksanaan dan penilaian projek. 3.2.4 Pelajar dapat mencatat di dalam buku log segala persiapan, masalah, cadangan penyelesaian dan alatan yang diperlukan.


6 3.2.5 Pelajar dapat mencatat semua data mentah dan/atau apa-apa keputusan yang diperolehi. 3.2.6 Pelajar mencatat bahan-bahan yang diserahkan kepada Penyelia atau diterima daripada Penyelia. 3.2.7 Pelajar melakar gambar rajah yang berkaitan. 4.0 PERSOALAN KAJIAN Kajian ini akan menjawab dua soalan kajian, iaitu i. Adakah contoh panduan penulisan buku log projek tahun akhir mampu meningkatkan keupayaan pelajar dalam menulis buku log projek tahun akhir dengan lengkap? ii. Adakah maklumat yang terdapat di dalam Buku Log akan menggambarkan sikap, kemajuan dan daya usaha pelajar? 5.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada 2 orang pelajar tahun 2 DVM Program Teknologi Elektrik KV Kuala Klawang. Mereka membentuk satu kumpulan untuk projek tahun akhir yang akan dijalankan dan diselia oleh pengkaji. 6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 6.1 Perancangan Tindakan Dalam kajian ini pengkaji menggunakan Model Penyelidikan Kurt Lewin (1946) apabila masalah kajian telah dikenalpasti. Kurt Lewin menyatakan bahawa penyelidikan tindakan mengandungi empat peringkat dalam lingkaran iaitu bermula dengan perancangan dikuti tindakan, pemerhatian dan refleksi. Lingkaran berkenaan boleh berulang ke lingkaran kedua, ketiga dan seterusnya sehingga masalah yang dihadapi dapat


7 Mereflek Bertindak Merancang Memerhati diselesaikan. Pendekatan kajian tindakan dikatakan paling berkesan apabila perancangan itu diaplikasikan dalam situasi yang sebenar (Dick, 1995). Penyelidikan tindakan bersifat tidak formal, kualitatif, formatif, subjektif, intepretatif, reflektif dan merupakan model inkuiri pengalaman (Hopkins, 1993). Berikut merupakan gambaran visual berkaitan dengan perancangan tindakan bagi kajian saya ini: Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan, Kemmis dan McTaggart (1988) 6.2 Tinjauan Masalah 6.2.1 Menyemak hasil buku log PTA 1 - Berdasarkan pengalaman menjadi penyelia pada tahun-tahun sebelum ini, melalui hasil semakan buku log pelajar mendapati pelajar agak lemah dalam memasukkan data, analisis, dapatan, pengujian, litar skematik dan rajah dalam buku log. Pada tahun ini, pengkaji memulakan tinjauan masalah ini dengan menyemak buku log PTA 1 dan menilai sejauhmana amalan dalam membimbing dan menyelia pelajar projek tahun akhir (PTA) berkesan atau tidak.


8 6.2.2 Ujian lisan – pengkaji juga telah membuat ujian lisan kepada 3 orang pelajar yang diselia untuk mengesan tahap penguasaan pelajar dalam penulisan buku log. Pengkaji mendapati ketiga-tiga pelajar tidak memahami dan tidak tahu kaedah dan cara penulisan yang betul di dalam buku log. 6.3Analisis Tinjauan Masalah LANGKAH CARA PENILAIAN KUMPULAN SASARAN MASALAH YANG DIKENALPASTI LANGKAH 1 Menyemak hasil buku log PTA 1 2 orang pelajar 2 DVM ETE i. Pelajar hanya menulis pertemuan dengan penyelia tanpa memasukan maklumat perbincangan bersama penyelia. ii. Buku log pelajar tiada Tajuk, objektif, skop dan rancangan kerja yang dijalankan. iii. Pelajar tidak mencatatkan di buku log segala persiapan, masalah yang berlaku, cadangan penyelesaian dan alatan yang diperlukan. iv. Di dalam buku log, pelajar tidak mencatat semua data mentah dan/atau apa-apa keputusan yang diperolehi. v. Tiada lakaran gambar rajah / lakaran litar skematik / carta alir yang berkaitan dalam buku log LANGKAH 2 Ujian Lisan 2 orang pelajar 2 DVM ETE Ujian lisan yang diadakan; i. Pelajar memberi jawapan tidak tahu cara menulis. ii. Pelajar meniru apa yang rakan sekumpulan tulis.


9 iii. Pelajar menyatakan guru mengajar PTA tidak menekankan penulisan buku log. iv. Pelajar tidak tahu perlu memasukkan segala data analisis yang diperlukan. 6.3.1 Pemerhatian Tinjauan Masalah Pengaji telah membuat pemerhatian dari tinjauan masalah yang dijalankan, hasil semakan buku log, mendapati kedua-dua pelajar hanya menulis pertemuan dengan penyelia dan tiada catatan yang dicatat semasa melaksanakan projek PTA. 6.4 Tindakan yang dijalankan Pengkaji menjalankan aktiviti yang telah dirancang sebelum ini. Terdapat 5 aktiviti yang dijalankan semasa pertemuan dengan pelajar. Dan hasil dapatan akhir adalah menyemak semula buku log pelajar di akhir semester dan membandingkan buku log pelajar semasa PTA 1 dan PTA 2. Ini diadakan untuk melihat tahap penguasaan pelajar dalam menggunakan buku panduan dan contoh penulisan buku log sebagai rujukan penulisan. Kesemua aktiviti ini dijalankan dengan 5 sesi pertemuan (30 minit setiap sesi). Antara aktiviti tersebut ialah: Aktiviti Tarikh Aktiviti / kerja Bahan 1 20 November 2023 Mengedarkan contoh buku panduan penulisan buku log. Dan memberi taklimat ringkas berkenaan cara menulis buku log. Buku panduan penulisan buku log


10 2 1 December 2023 Pelajar perlu membahagikan tugas atau kerja dalam perlaksanaan projek. Catatan di dalam buku log mestilah tidak sama dengan rakan sekumpulan. Buku panduan penulisan buku log 3 8 Januari 2024 Pelajar perlu menyenaraikan masalah yang berlaku di dalam membangunkan projek PTA. Buku panduan penulisan buku log 4 29 Januari 2024 Pelajar perlu memasukkan gambarajah litar. Buku panduan penulisan buku log 5 17 februari 2024 Pelajar perlu memasukkan data hasil pengujian. Buku panduan penulisan buku log 6 1 Mac 2024 Menyemak buku log pelajar 6.5 Pelaksanaan Tindakan, Pemerhatian dan Refleksi 6.5.1 Aktiviti 1: Mengedarkan contoh buku panduan penulisan buku log. Dan memberi taklimat ringkas berkenaan cara menulis buku log Cara pelaksanaan: i. Pengkaji mengedarkan contoh buku panduan penulisan buku log kepada pelajar. ii. Pelajar diminta untuk menyemak buku penulisan tersebut dan bertanya permasalahan jika tidak memahami. iii. Pengkaji meminta pelajar membandingkan buku panduan penulisan dengan buku log pelajar semasa PTA 1.


11 Pemerhatian: Pelajar pada awalnya kurang memberi perhatian, tetapi setelah ditegur barulah mereka mengikut arahan. Pelajar menyemak buku panduan tersebut sambil menyatakan kesalahan yang mereka lakukan. Refleksi: Sepanjang aktiviti yang dijalankan, pelajar fokus dalam mendengar taklimat penulisan. Saya menyatakan kesalahan terbesar pelajar adalah tiada pembahagian tugas yang betul. Pelajar juga bertanya tentang cara menulis bahan dan alatan yang mereka gunakan. 6.5.2 Aktiviti 2 - Pelajar perlu membahagikan tugas atau kerja dalam perlaksanaan projek PTA. Cara pelaksanaan : i. Saya telah menyediakan jadual untuk pelajar membahagikan tugas untuk projek tahun akhir. ii. Saya meminta pelajar menunjukkan prototaip projek dan menyatakan bahagian kerja yang dibahagikan. iii. Jadual pembahagian adalah seperti berikut: Nama Aktiviti kerja minggu ini Muhammad Danial Fitri - membangunkan model protaip - mekanikal Danish Idlan - menyatakan keperluan


12 bahan. - menambahbaik bahagian kerangka model protaip. Pemerhatian: Pelajar pada mulanya tidak tahu struktur kerja atau pembahagian kerja. Mereka menganggap bahawa kerja yang dijalankan sama denga napa perlu dicatatkan di dalam buku log. Setelah memberikan jadual dan masa untuk mereka, pelajar tahu apa yang perlu mereka catatkan di dalam jadual dan mereka tahu untuk bahagi tugas semasa membangunkan projek PTA. Refleksi: Untuk aktiviti hari ini, saya perlu memberi masa kepada pelajar untuk berfikir secara kritis apa tugas yang mereka lakukan untuk minggu ini. Pembahagian kerja adalah kaedah yang akan menentukan cara penulisan buku log pelajar berbeza dengan rakan sekumpulan. rakan lain. Setelah memberi penjelasan dan masa untuk mereka berfikir, pelajar akhirnya Berjaya dan memahami cara yang betul dalam membangunkan projek serta sudah memahami apa yang perlu mereka catatkan di dalam buku log. 6.5.3 Aktiviti 3 - Pelajar perlu menyenaraikan masalah yang berlaku di dalam membangunkan projek PTA. Cara pelaksanaan:


13 i. Saya menyemak buku log pelajar, dan bertanya permasalahan yang berlaku pada projek PTA mereka. ii. Saya memberikan jadual untuk pelajar, menyenaraikan masalah yang dihadapi. ini bertujuan untuk pelajar boleh mencari jalan penyelesaian dalam membangunkan projek, serta membantu pelajar menonjolkan pemikiran yang lebih kritis. iii. Berikut adalah jadual permasalahan yang pelajar senaraikan. Pemerhatian: Untuk aktiviti ini, pelajar aktif bersama rakan sekumpulan dalam menyenaraikan masalah yang mereka hadapi. Mereka saling


14 membincangkan semua masalah dalam membangunkan projek mereka. Pelajar juga aktif ketika menyenaraikan langkah atau kaedah yang perlu mereka atasi. Refleksi: Saya berpuashati dengan pencapaian pelajar dalam menyatakan masalah dan kaedah bagi merungkaikan permasalahan. Pelajar juga sudah mahir apa yang perlu dicatatkan di dalam penulisan buku log. 6.5.4 Aktiviti 4 – Melakar gambarajah litar Cara pelaksanaan: i. Saya telah menyediakan panduan buku log berserta contoh penulisan. Di dalam buku tersebut adanya contoh litar skematik atau gambarajah lakaran bentuk 3D. ii. Saya meminta pelajar untuk mengeluarkan buku panduan tersebut, dan meminta pelajar untuk melakar gambarajah skematik litar. Ini bertujuan agar, buku log pelajar akan menonjolkan sikap daya usaha dan bersungguh dalam menjayakan projek PTA mereka. iii. Setelah lakaran siap, pelajar perlu memuatnaik lakaran tersebut dan print untuk ditampal di dalam buku log. iv. Pelajar juga perlu memberikan maklumat ringkas berkenaan gambarajah atau skematik tersebut di dalam buku log mereka.


15 Contoh: gambar skematik lakaran bentuk 3D berserta maklumat


16 Pemerhatian: Semasa aktiviti ini dijalankan, suasana agak kurang memberansangkan. Pelajar tidak menyimpan lakaran gambarajah berbentuk 3D. Pelajar meminta untuk melakar di asrama, namun saya perlu melihat perkembangan aktiviti ini. Maka saya meminta mereka menggunakan komputer peribadi sendiri untuk melakar di depan saya. Akhirnya mereka berjaya melukis semula lakaran menggunakan aplikasi 3D scratch. Saya meminta untuk mereka memuatnaik gambarajah tersebut dan memasukkan di dalam buku log. Rajah skematik litar juga perlu dimasukkan. Mereka hanya perlu print, gunting dan tampal gambarajah tersebut di dalam buku log. Refleksi: Sudah menjadi kebiasaan pelajar, kurang memberi penumpuan dalam pelajaran. Dan mereka juga genarasi yang kurang untuk berfikir dan mengharapkan bantuan guru. Hal ini membuatkan saya untuk tegas dengan pelajar dan dalam masa yang sama saya boleh menilai sikap pelajar dalam pertemuan projek PTA. 6.5.5 Aktiviti 5 - Pelajar perlu memasukkan data hasil pengujian. Cara pelaksanaan: i. Untuk pertemuan ini, saya meminta pelajar untuk membuat pengujian pada projek PTA dan mencatatkan keputusan ujian.


17 ii. Pelajar perlu membuat dua jenis pengujian. Pertama pelajar perlu membuat pengujian litar mati. Dua jenis pengujian litar mati dilaksanakan, iaitu ujian keterusan dan ujian penebatan. Pelajar perlu mencatat hasil ujian di dalam buku log. iii. Setelah pengujian litar mati, pelajar perlu membuat pengujian litar hidup. Hasil pengujian perlu dicatatkan di dalam buku log. Contoh hasil pengujian yang dicatatkan. Pemerhatian: Pelajar aktif dalam membuat amali pengujian litar pada projek. Projek yang dihasilkan menjadi, dan pelajar juga sudah mahir dalam penulisan buku log. Mereka menyatakan penulisan buku log ini, tidak terlalu sukar. Mereka memahami dan akan memastikan buku log yang dihasilkan adalah asli hasil dari dapatan kajian dan pembangunan projek PTA mereka. Refleksi: Untuk sesi pertemuan ini, pelajar sudah tahu apa yang perlu dilaksanakan. Pelajar juga sudah boleh menulis buku log dengan sebaiknya. Hasil ini mengembirakan dan saya yakin buku log


18 yang dhasilkan akan menunjukkan daya usaha pelajar dalam membangunkan projek PTA. 6.6 Refleksi Kajian 6.6.1 Refleksi Kajian Terhadap Pelajar Berikut adalah perbandingan hasil buku log pelajar semasa PTA 1 dan PTA 2.


19 Dapatan dari perbandingan buku log pelajar menunjukkan: i. Pelajar menulis perjumpaan dengan penyelia, perbincangan, nasihat dan arahan ii. Pelajar dapat menulis tajuk, objektif, skop, rancangan kerja dan dimuatkan di bahagian awal. iii. Pelajar dapat mencatat di dalam buku log segala persiapan, masalah, cadangan penyelesaian dan alatan yang diperlukan. iv. Pelajar dapat mencatat semua data mentah dan/atau apa-apa keputusan yang diperolehi. v. Pelajar dapat melakar gambar rajah yang berkaitan dengan projek. Dapatan daripada perbandingan diatas menunjukkan bahawa buku panduan penulisan buku log ini dapat membantu pelajar menulis dapatan, keputusan dan hasil yang baik di dalam buku log. Ini juga adalah hasil dari bimbingan penyelia dalam membuat aktiviti dan cara penggunaan panduan buku log tersebut sebagai rujukan pelajar.


20 Selain itu, hasil buku log pelajar ini, menunjukkan bukti daya usaha pelajar yang bersungguh dalam membangunkan projek PTA mereka. 6.6.2 Refleksi Kajian Terhadap Guru Adalah tidak disangka kaedah ini sekurang-kurangnya dapat merubah sikap semua pelajar terhadap P&P guru. Sekiranya dijalankan berulang kali, pasti semua pelajar akan menguasai sepenuhnya tajuk ini. Adalah satu kegembiraan bagi seorang guru apabila melihat semua pelajar gembira menjalankan aktiviti-aktiviti diatas dan seterusnya belajar sesuatu daripada aktiviti yang dilaksanakan. Walaupun pada awalnya pelajar kurang memberi kerjasama, namun perubahan sikap kelihatan pada aktiviti-aktiviti seterusnya. Cuma agak terkilan, bagi segelintir kecil pelajar yang tidak mengusai Bahasa Melayu, mereka agak lambat untuk memahami kaedah baru ini. Tumpuan yang lebih perlu diberikan kepada mereka. 6.6.3 Refleksi bimbingan dan penggunaan panduan penulisan buku log Pada keseluruhannya semua aktiviti yang dijalankan dapat dilakukan dengan baik. Walaupun peruntukkan masa 30 minit bagi setiap waktu pertemuan dengan pelajar agak terhad, namun setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik. Semua aktiviti di atas dilaksanakan di Bengkel Elektrik Kemahiran, kerana terdapatnya hasil kerja dan projek pelajar ditempatkan disitu. Ini memudahkan proses bimbingan dijalankan dan kajian tindakan dapat dilaksanakan dengan jayanya.


21 7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Penggunaan buku panduan dan contoh penulisan buku log ini akan diteruskan pada masa akan datang. Malahan, penggunaanya akan diperluaskan untuk semua pelajar diploma program Teknologi Elektrik. Cadangan kajian seterusnya yang bakal dilakukan adalah berkaitan dengan penulisan kajian literature. Hasil semakan laporan PTA pelajar, penulisan kajian literature bagi pelajar diploma tahun akhir program teknologi elektrik masih di tahap memuaskan. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan pada masa akan datang. seterusnya kajian tindakan ini dapat memperbaiki amalan guru dalam memainkan peranan sebagai penyelia projek PTA bagi membimbing pelajar untuk fokus dalam penemuan, inkuri, permasalahan dan penyelesaian masalah yang perlu pelajar tulis sepanjang membuat projek tahun akhir. Ini diyakinkan bahawa ‘Guru yang kreatif dan inovatif bakal melahirkan pelajar yang sukses dan berdedikasi’.


22 8.0 BIBLIOGRAFI i. Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2008). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. ii. Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Manual Kajian Tindakan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. iii. Hishamuddin Samad dan Nor Aslina Mamat. (2006). Masteri Memori Melalui Peta Minda Kemahiran Hidup Bersepadu (Teras) PMR. PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. iv. Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional. Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Garis Panduan Projek Tahun Akhir (PTA) Kolej Vokasional. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. v. Ahmad Khairuddin (2014). Kajian Tindakan Intervensi Potong Ranting. Unpublished Journal. Institut Pendidikan Guru, Kampus pendidikan Teknik. vi. Gurumoorthy A/L Poobalan (2020). Kajian Tindakan Meningkatkan Kemahiran Menyelasaikan Masalah Pelarasan Penyata Kewangan Dalam Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Dengan Menggunakan Kaedah Jadual APURPKK Berasaskan Teknik Mnemonik (ABLEH) dan kuiz Maya. Unpublished Journal. Universiti Malaysia Sabah (UMS)


23 LAMPIRAN A1 – BUKU PANDUAN & CONTOH PENULISAN BUKU LOG


Click to View FlipBook Version