Cetusan Seni Guru Novis 2D
i
Cetusan Seni Guru Novis 2D
ii
Cetusan Seni Guru Novis 2D
Kandungan
Isi Kandungan ............................................................................. iii
Hak Cipta .................................................................................... iv
Sidang Redaksi ............................................................................ v
Prakata ...................................................................................... vi
Kata-kata Aluan Pengarah IPGKBA............................................ vii
“Bila Teacher melukis”............................................................... 1- 42
“Bila Teacher melukis................................................................ 43
Galeri Artis ................................................................................ 44 - 49
Autograf ................................................................................... 50
iii
Cetusan Seni Guru Novis 2D
Edisi Pertama: 15 September 2021
Hak cipta terpelihara @2021
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian laporan, ilustrasi, dan isi kandungan terbitan ini dalam
apa jua bentuk dan dengan cara apa pun jua, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
keizinan bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Terbitan
CETUSAN SENI GURU NOVIS SENI DUA DIMENSI,
IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
ISBN NO: 978-967-19869-7-4
e ISBN NO: 978-967-19869-8-1
Diterbitkan oleh
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
59200 Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Telefon : 03-2284 7525
Faks : 03-2284 7364
iv
Cetusan Seni Guru Novis 2D
SIDANG REDAKSI
CETUSAN SENI GURU NOVIS SENI DUA DIMENSI
EDISI 1
Ketua Editor
Pn. Nur Ain Wong binti Abdullah
Ketua Jabatan
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
Penolong Ketua Editor
En. Mohd Noor bin Fazil
Sidang Editor
Pn. Mazlina binti Johari
Pn. Sive Darshine a/p Periasamy
v
Cetusan Seni Guru Novis 2D
Prakata
“Cetusan Seni Guru Novis: Seni Dua Dimensi” merupakan koleksi karya seni para pelajar TESL JUN 2017 yang
mengambil aliran seni 2D sebagai kursus elektif terbuka. Penerbitan ini membuktikan pelajar yang berminat dalam
bidang kesenian berupaya menghasilkan karya seni yang asli dan kreatif hasil dorongan daripada pensyarah
Pendidikan Seni Visual (PSV), walaupun proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara atas talian akibat
pandemik Covid-19. Perspektif baharu dalam proses penyampaian pembelajaran serta kesungguhan pensyarah
membimbing dan membuat demonstrasi secara atas talian ini juga telah menginovasi cara pelajar belajar, selain
mengubah sudut pandangan seni dan artistik mereka dalam pengkaryaan seni 2D secara digital.
Walaupun didepani pelbagai cabaran, pelajar telah membuktikan anjakan paradigma amalan pembelajaran, serta
keupayaan berfikir secara terbuka dan di luar kotak membolehkan mereka menyelesaikan isu secara kritis dalam
penghasilan karya. Hasil karya seni 2D dalam terbitan ini mempamerkan sudut dunia seni dalam dunia tanpa
sempadan, hasil ilham dan imaginasi manusia yang dijelmakan dalam bentuk realia seni.
Penerbitan “Cetusan Seni Guru Novis: Seni Dua Dimensi” ini merupakan titik tolak untuk meningkatkan motivasi
dan daya penggerak pelajar untuk menghasilkan lebih karya seni 2D yang berunsur estetik dan asli. Selari dengan
mutiara kata “Berkaryalah dengan hati yang penuh semangat kerana karya itu akan bermanfaat bagi siapapun.”
Ketua Editor
Sidang Redaksi
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Antarabangsa
vi
Cetusan Seni Guru Novis 2D
Kata-kata Aluan
Assalamualaikum W.B.T.
Tahniah saya ucapkan atas penerbitan ulung “Cetusan Seni Guru Novis: Seni Dua Dimensi”,
koleksi karya seni artis muda dalam kalangan pelajar IPG Kampus Bahasa Antarabangsa yang
telah mengikuti kursus elektif terbuka, Seni Dua Dimensi yang ditawarkan oleh Jabatan
Sains Sosial. Sejujurnya, pada pengamatan saya, penerbitan seumpama ini berupayakan
menonjolkan potensi dan mengasah bakat pelajar dalam bidang kesenian dengan
bimbingan padu pasukan tenaga pengajar. Melalui penerbitan ini, komuniti dalam dan luar
kampus berpeluang mengapresiasi dan menghayati sendiri kemenjadian bakat dan
keberhasilan guru novis dalam bidang kesenian. Sesungguhnya, penerbitan karya seni
kreatif artis muda ini memberi makna yang besar dalam usaha membudayakan kreativiti
dan inovasi dalam bidang kesenian, sebagai komitmen berterusan warga pendidik untuk
menambah baik proses pembelajaran pelajar secara keseluruhan. Harapan saya, semoga
usaha murni ini diteruskan dengan penerbitan hasil kerja kreatif yang lain agar dapat
dimanfaatkan dalam proses melengkapkan kemahiran kesenian dalam kalangan pensyarah
dan pelajar.
Sekian, terima kasih.
ALIYAS BIN SAID
Pengarah
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
vii
Cetusan Seni Guru Novis 2D
“Bila Teacher melukis..........................”
viii
“Bila Teacher Melukis......” Cetusan Seni Guru Novis 2D
ix
Buta huruf, patah kata
Buta gurau, patah senda
Buta cinta, patah jiwa
Buta seni, nada gelora
Indah bahasa, terukir budi
Indah kalam, kecindan sukma
Indah lakaran, coretan ilmuan
Indah seni, menelurusi inderawi
Rona senian irama duniawi
Candrawarna, spektrum emosi
Inspirasi ilusi, metafora jiwa
Ilustrasi minda, pendamai nurani
Junjung kreatif, terlolos batas
Ungkapan artistik, dinamik karyawan
Wardah hidup, tersemat nilai
Adab, adat, semangat rohani
Dari mata turun ke hati
Dari hati terputik cinta
Estetik senian, terpatri identiti
Leluhur tamadun, rencah budaya,
Nukilan: Nur Ain Wong Abdullah
Jabatan Sains Sosial, Ipgkba
(01/05/2021)
Colors of Mooncake Cetusan Seni Guru Novis 2D
Cat Air
2021 Karya bertajuk Colors of Mooncake dihasilkan pada tahun 2021.
29.7cm x 42cm Saya menggunakan cat air dalam menghasilkan karya ini. Karya ini
menggambarkan kedudukan kuih bulan yang dihidangkan di atas
Kuala Lumpur pinggan untuk dimakan. Rupa organik digunakan untuk
menampakkan rupa kuih bulan dan pinggan yang bebas tanpa sudut.
Tambahan pula, karya ini menggunakan kombinasi warna panas dan
sejuk seperti merah jambu, jingga, hijau dan kuning. Kombinasi warna
ini dipilih untuk menunjukkan keharmonian dalam karya.
Penggunaan warna panas seperti merah, jingga dan kuning mampu
menimbulkan warna yang ceria, menonjol dan meriah. Manakala
penggunaan warna sejuk seperti biru dan hijau menghasilkan suasana
yang segar. Penggunaan kombinasi warna dan bentuk objek yang
pelbagai menunjukkan prinsip kepelbagaian. Seterusnya, terdapat
juga unsur penegasan dalam karya. Objek di sebelah kiri adalah lebih
besar berbanding objek lain. Hal ini memberikan tumpuan utama
pada objek dan menunjukkan penegasan yang ingin ditampakkan
oleh pengkarya.
1
Nasi Lemak Daun Pisang Cetusan Seni Guru Novis 2D
Krayon dan pensel warna
2021 Karya bertajuk “Nasi Lemak Daun Pisang” dihasilkan pada tahun 2021.
29.7 cm x 42cm Reyysmaan menggunakan media krayon dan pensel warna untuk
menghasilkan karya ini. Hal benda yang ingin ditonjolkan dalam karya
Kuala Lumpur ini ialah sambal ikan bilis dan daun pisang yang merupakan keunikan
makanan tempatan ini. Asas seni reka ialah unsur seni yang terdapat
dalam karya ini iaitu garisan. Garisan dapat dilihat pada daun pisang.
Rupa dalam karya ini pula terdiri daripada rupa organik dan rupa
geometri yang berjaya menghasilkan rupa daun pisang dan nasi.
Seterusnya, bentuk yang boleh dilihat ialah bentuk ilusi manakala
ruang yang digunakan pula ialah ruang ilusi. Jalinan yang terdapat
pada karya ini ialah jalinan tampak. Di samping itu, warna yang
digunakan ialah warna panas iaitu merah, supaya penonton dapat
merasai kepedasan sambal yang dihasilkan. Warna sejuk iaitu warna
hijau digunakan supaya daun pisang menumpukan khasiatnya.
2
Kehijauan yang dinanti Cetusan Seni Guru Novis 2D
Cat air dan cat poster atas kertas
2021 Karya “Kehijauan yang dinanti” dihasilkan pada tahun 2021. Ainil
29.7 cm x 42cm menggunakan media cat air dan poster dalam menghasilkan karya ini.
Dominan yang digambarkan pada karya ini ialah pada objek ketupat
Kuala Lumpur tersebut. Garisan merupakan salah satu elemen yang penting dalam
menghasilkan rupa, jalinan dan bentuk karya ini. Rupa dominan
didalam lukisan ini ialah rupa geometri iaitu empat segi yang
bersudut. Rupa ini dapat dilihat pada bentuk ketupat dan meja yang
dilukis. Selain itu, rupa organik turut didapati pada simpulan daun-
daun kelapa yang dihasilkan secara spontan yang merupakan rupa
bebas dan tidak dapat diukur.
Ketupat, daun kelapa dan mangkuk berisi beras merupakan rupa
positif yang berada di atas meja, manakala rupa negative telah
diwarnakan untuk menampakkan efek ceria dalam lukisan ini. Di
samping itu, lakaran ketupat berbagai ‘shade’ dan ton melambangkan
warna-warna asal jenis-jenis daun kelapa manakala beras sebenar
telah digunakan untuk menonjolkan keunikan makanan tersebut.
Secara keseluruhannya dari aspek penggunaan warna, Ainil telah
menggunakan kombinasi warna sejuk dan warna panas untuk
menarik perhatian dan menyeimbangkan tatapan visual para
penonton.
3
Cekmek Mekar di Tasik Madu Cetusan Seni Guru Novis 2D
Pensel, pensel warna dan cat air
A3 (297 x 420mm) Karya Cekmek Mekar di Tasik Madu dihasilkan pada tahun 2021.
Karya ini dihasilkan melalui media seperti pensel, pensel warna, cat
Kuala Lumpur air pada lukisan bersaiz A3. Karya ini mempamerkan cekmek iaitu
sejenis kuih tempatan sebagai dominan. Lukisan ini mengambil
pendekatan daripada bunga teratai untuk diperlihatkan seperti
cekmek terapung di atas air. Karya ini menonjolkan garisan beralur
dan selari untuk mewujudkan rupa cekmek. Dari segi aspek rupa,
karya ini menekankan rupa organik di mana rupa itu bebas dan
dihasilkan secara spontan. Pelukis juga telah mengaplikasikan ruang
cetek yang terbatas dalam penghasilan karya ini.
Prinsip rekaan yang dipamerkan dalam karya ini adalah harmoni yang
wujud melalui penggunaan garisan dan warna. Warna hal benda yang
bersifat panas dan penggunaan warna sejuk pada latar belakang
memperlihatkan kontra. Penegasan karya diwujudkan dengan
meletakkan warna lembut di latar belakang untuk menonjolkan hal
benda. Ritma dan pergerakan pula dapat dilihat pada penggunaan
tona yang berbeza untuk menimbulkan kesan cekmek terapung di
atas air tatapan visual para penonton.
4
Nasi Ambeng Jawa Cetusan Seni Guru Novis 2D
Pensel, cat air dan cat akrilik
2021 Nasi AmbangKarya ini merupakan sebuah catan cabang seni dua dimensi. Bahan
A3 (297 x 420mm)
yang digunakan cat akrilik, cat air, berus, pencil, pen doodle, dan
Kuala Lumpur kanvas. Tambahan pula, unsur seni yang dapat dilihat dalam karya ini
ialah garisan, rupa bentuk, jalinan, dan warna. Prinsip rekaan
menggambarkan harmoni, kontra, kesatuan, dan imbangan. Jika
dilihat dengan teliti, penggunaan garisan yang tebal dan nipis
membawa kepada struktur karya tersebut. Sebagai contoh, garisan
yang berbeza digunakan bagi menghasilkan teknik doodle pada meja
dan pinggan. Daripada garisan tersebut, rupa bentuk nasi ambeng
dan doodle dapat digambarkan dengan mudah.
Jalinan tampak pada nasi ambeng tersebut dihasilkan dengan
menggunakan media akrilik supaya warna yang lebih legap dapat
dihasilkan. Teknik jalinan tampak juga digunakan pada latar belakang
dan meja tetapi dihasilkan dengan media cat air bagi menampakkan
kontra dan penegasan antara hal benda dengan latar belakang. Dari
aspek warna pula, penggunaan warna panas mendominasi
keseluruhan karya. Walau bagaimanapun, penggunaan warna sejuk
digunakan bagi mewujudkan keseimbangan dan kesatuan di dalam
karya yang dihasilkan.
5
Palas dan Tok Cetusan Seni Guru Novis 2D
Cat air, cat akrilik dan pensel arang
29.7 cm x 42cm Karya “Palas dan Tok" dihasilkan pada tahun 2021 dengan
menggunakan media cat air, cat akrilik dan pensel arang. Dominan
Kuala Lumpur yang digambarkan pada karya ini ialah pada warna kontra yang
digunakan pada setiap ketupat. Garisan merupakan salah satu elemen
yang penting dalam menghasilkan rupa, jalinan dan bentuk karya ini.
Rupa dominan didalam lukisan ini ialah rupa organik yang tidak
bersudut dan dinamik. Rupa ini dapat dilihat pada bentuk ketupat dan
dulang emas yang dilukis. Selain itu, rupa geometri didapati pada jalur
daun palas yang selari dengan garisan yang mengelilingi bentuk segi
tiga ketupat.
Ketupat palas menunjukkan elemen rupa positif, manakala rupa
negatif digambarkan melalui daun pisang emas dan latar belakang
yang diwarnakan dengan cat air menggunakan teknik basah atas
basah. Di samping itu, penggunaan warna yang terang dan tidak sekata
menampilkan elemen fauvisme secara jelas. Secara keseluruhannya
dari aspek penggunaan warna, Hani memperlihatkan penggunaan
kombinasi warna sejuk dan warna panas untuk menarik perhatian dan
menyeimbangkan tatapan visual para penonton terhadap makanan
tradisi Utara ini.
6
Cetusan Seni Guru Novis 2D
Karya “Tang Yuan Terbang” dihasilkan pada tahun 2021. Kamaliah
menggunakan media cat air dan akrilik dalam menghasilkan karya ini.
Dominan karya ini ialah pada bulatan tang yuan tersebut. Pergerakan
yang dapat dilihat yang seolah-olah hidangan tang yuan tersebut
dilambung ke udara dengan penuh kebanggaan. Asas karya dihasilkan
daripada penggunaan garisan halus untuk menghasilkan pelbagai
elemen asas seni reka iaitu rupa motif pada mangkuk, dan kesan
percikan air di dalam mangkuk. Gabungan rupa organik dan geometri
menghasilkan lukisan awan dan bunga sebagai corak mangkuk dan
rupa tang yuan.
Jalinan tampak pula dapat dilihat pada corak latar belakang yang
terdiri darpada rupa geometri. Penggunaan warna hitam dan
kombinasi pelbagai warna terang pada latar belakang karya ini
bertujuan menarik perhatian penonton. Manakala warna emas
daripada cat akrilik pada “tang yuan” memberi penekanan kepada
bentuk bulat “tang yuan” tersebut yang membawa maksud simbol
kemuafakatan.
Tang Yuan Terbang
Cat
29.7 cm x 42cm
Kuala Lumpur
7
Onde-onde Cetusan Seni Guru Novis 2D
Pensel warna, Krayon dan Cat Air
2021 Kuih Onde-onde dipilih sebagai subjek daripada tema makanan
A3 (297 x 420mm) tempatan kerana keunikan dan kepelbagaian warna yang
dimodenkan ke atas Onde-onde itu sendiri, menjadikan ia sesuai
Kuala Lumpur untuk dijadikan hal benda bagi karya 2D saya. Semerbak
wangian onde-onde, kekenyalan kuih dan saiz yang mudah
dimakan serta pancutan air gula yang cair apabila digigit
menggiurkan saya sebagai pencinta kuih tradisional masyarakat
Malaysia.
Jadi, Onde-onde atau kuih buah melaka ini sememangnya
menjadi antara hidangan sinonim masyarakat Malaysia kita.
Bertemakan aliran ‘Realisme’, karya ini dihasilkan dengan
menggunakan media campuran seperti pensel warna, krayon,
pen marker dan cat air.
8
Cetusan Seni Guru Novis 2D
Karya ini dihasilkan dengan menggunakan media digital iaitu Procreate.
Hal benda yang ingin ditonjolkan dalam hasil karya ini adalah Kek Lapis
Sarawak yang berasal dari negeri Sarawak. Garisan diberikan tumpuan
dengan penegasan kepada nilai cerah dan gelap dalam karya. Rupa
geometri juga digunakan di mana penggunaan rupa yang bersudut
seperti segi tiga, segi empat, dan bulat.
Bentuk yang digunakan ialah bentuk ilusi. Kerana subjek 2D tidak
melibatkan bentuk secara visual. Seterusnya, jalinan tampak dapat
dilihat melalui mata kasar kita iaitu bentuk dan corak rekaan Kek Lapis
Sarawak. Lukisan ini secara pemahamannya menunjukkan perpaduan
yang ada dalam rakyat di negara ini di mana budaya boleh merentasi
pelbagai kaum. Ini dapat dilihat melalui penggunaan Kek Lapis Sarawak
yang berlatarbelakangkan pokok Krismas bagi Hari Natal.
Kek Lapis Sarawak
Procreate
2021
29.7cm x 42cm
Kuala Lumpur
9
Buah Kita Cetusan Seni Guru Novis 2D
Digital Painting
2021 Dihasilkan melalui media digital dan dicetak dengan bersaiz A3.
29.7cm x 42cm Buah-buahan yang dipilih ialah buah-buahan tempatan yang
digemari ramai. Meskipun kebanyakan buah di sini bukanlah
Kuala Lumpur autentik milik tempatan, tetapi telah pun diusahakan untuk
sehingga dapat diladangkan di tanah air kita. Hal ini kerana
buah-buahan ini popular dan merupakan kegemaran ramai.
Permainan warna yang terang dan kontra menjadikan karya ini
kelihatan menarik dan mudah difahami. Warna-warna panas
terdiri daripada merah dijadikan sebagai latar bertujuan bagi
menimbulkan cahaya dan bayang bayang dengan terang.
Prinsip rekaan yang dipamerkan dalam karya ini adalah susunan
mengikut saiz sebenar melalui penggunaan garisan dan warna.
Garisan memberi tekstur kepada lukisan ini. Interpretasi lukisan
jelas dalam pemilihan warna yang kontra di antara satu sama
lain. Penggunaan warna yang lebih gelap sebagai latar bagi
menonjolkan buah-buahan yang dipamerkan. Buah-buahan
diletakkan di atas talam yang merupakan alas hidangan
tradisional. Ini merupakan budaya lama tempatan merentas
kepelbagaian kaum di Malaysia. Sungguhpun buah yang dipilih
ini sekadar buah-buahan tempatan, tetapi telah lama menjadi
kegemaran masyarakat tempatan.
10
‘Nasi Lemak Pekat Malam’. Cetusan Seni Guru Novis 2D
Warna Paster & Cat Air
2021 Warna membawa makna tersendiri dalam kontek karya yang
29.7cm x 42cm dihasilkan ini. Warna putih dan warna hitam mempunyai makna
yang bertentangan, di mana warna putih membawa makna seperti
Kuala Lumpur harapan, memberi kesan seperti kebebasan dan kerterbukaan
manakala warna hitam membawa makna seperti dramatis dan
kesunyian.
Penggunaan kedua warna ini dalam karya membawa makna atau
tafsiran yang hidup dan mati atau cahaya dan kegelapan.
Penggunaan warna hitam dan putih ini simbolik dan
melambangkan keadaan pelukis, dengan subjek utama lukisan
dalam warna yang asli seperti warna hijau, kuning dan merah,
warna yang seringkali dijumpai pada nasi lemak. Ini menunjukan
nasi lemak sebagai perkara normal yang dikelilingi oleh perasaan
yang disebut di atas iaitu perasaan pelukis ketika itu dalam
menikmati rutin harian sebagai rakyat Malaysia. Konklusinya,
perasaan pelukis ketika itu merupakan inspirasi kepada karya yang
dihasilkan.
11
Pulut Lepa Terengganu Cetusan Seni Guru Novis 2D
Cat Air dan Pen
2020 Karya yang dihasilkan bertajuk “Pulut Lepa Terengganu”.Hal benda
29.7cm x 42cm yang ingin ditonjolkan dalam karya ini ialah Pulut Lepa makanan
tradisional yang berasal dari negeri Terengganu. Pulut Lepa dijadikan
Kuala Lumpur hal benda utama dalam karya ini supaya mempunyai kesinambungan
dari segi tema iaitu makanan tempatan. Dalam karya ini, permainan
warna yang harmoni dan pelbagai menjadikan karya ini menarik
pandangan.
Warna-warna panas yang digunakan iaitu terdiri daripada merah,
jingga ke hijau telah menimbulkan suasana yang bertenaga.
Pengunaan warna gelap di belakang objek dan warna cerah di
bahagian atas telah menimbulkan pencahayaan. Karya ini juga
memperlihatkan unsur ruang iaitu susunan antara beberapa
objek menimbulkan perbezaan kedudukan pada suatu gabungan.
12
YUI – You and I. Cetusan Seni Guru Novis 2D
Digital Painting
2020 Karya bertajuk “YUI – You and I” dihasilkan pada tahun 2020. Yeoh
1371 x 969 pixels menggunakan media digital untuk menghasilkan karya ini.
Dominan yang digambarkan pada karya ini ialah ikan biru yang
Kuala Lumpur diikuti ikan pink. Pergerakan terutamanya boleh dilihat daripada
ikan pink yang tengah berenang ke sisi ikan biru. Lukisan pada
karya ini hampir memenuhi keseluruhan kertas. Ruang karya ini
diisi dengan warna hitam untuk menunjuk kesunyian dan sesak
jalan dalam kegelapan, yang dikenali sebagai kehidupan. Bayang
yang digunakan untuk ikan biru adalah lebih jelas banding dengan
bayang lembut ikan pink untuk efek kontras antara dua ikan.
Warna yang digunakan juga berbeza antara dua ikan di mana ikan
biru menggunakan warna dengan saturasi lebih tinggi berbanding
dengan ikan pink. Semua perbezaan antara dua ikan membawa
maksud emosi ikan biru yang amat berat dan nyata berbanding
dengan kewujudan serta temanan ikan pink yang ringan serperti
khayalan. Penggunaan warna pada karya ini dilebihkan warna
cerah untuk mendapatkan negatif space yang jelas berbanding
dengan latar belakang yang gelap. Warna biru adalah warna sejuk,
juga menjadikan ikan besar nampak sedih dan warna pink
menjadikan ikan kecil sumber kegembiraan untuk ikan besar.
13
Twin Goldfish Treasure Cetusan Seni Guru Novis 2D
Digital Painting
2020 Karya ‘Twin Goldfish Treasure’ ini dihasilkan dengan platform digital.
24CM x 20CM Hal benda yang ditonjolkan dalam karya ini ialah ikan hiasan spesies
ekor kipas. Dalam karya ini, terdapat dua ekor ikan emas dan satu peti
Kuala Lumpur harta karun dengan latar belakang laut. Karya ini dihasilkan dengan
konsep ikon baju ataupun logo bulatan. Garisan dapat dilihat melalui
sirip ikan dan juga ‘outline’ ikan emas dan peti harta karun. Bentuk
karya ini ialah bentuk ilusi dan warna yang digunakan merupakan
gabungan warna-warna panas seperti merah, kuning dan jingga untuk
ikan emas, dan warna sejuk seperti ungu dan biru untuk peti harta
karun dan latar belakang laut. Jalinan semulajadi dapat dilihat pada
corak sisik ikan emas dan juga corak ‘kayu’ peti harta karun.
Ikan emas pertama lebih besar dengan ikan emas kedua kecil
menunjukkan kesan ruang apabila saiz dan penegasan warnanya
membolehkannya kelihatan seolah-olahnya berada di hadapan.
Komposisi karya ini melibatkan dua ekor ikan emas yang sedang
menghampiri peti harta karun di dalam air yang dalam.
Keempat-empat sisi karya ini ditinggalkan putih untuk menonjolkan
kesan ‘ikon bulatan’ seperti logo ataupun corak baju-T.
14
Cendol & Sate, The Malaysian Food Cetusan Seni Guru Novis 2D
Watercolour & marker pen
2021 Karya bertajuk “Cendol & Sate, The Malaysian Food” dan
297mm x 420mm dihasilkan pada tahun 2021. Karya ini menggunakan media
seperti watercolour dan marker pen. Garisan dan jalinan dalam
Kuala Lumpur karya ini dapat dilihat pada permukaan bawang, timun dan sate
untuk untuk mencipta sifat permukaan yang boleh dikesan
dengan penglihatan secara tampak. Pelbagai campuran warna
dalam karya ini adalah untuk menghasilkan hasil karya yang
berwarna-warni. Ruang yang digunakan ialah ruang cetek bagi
menegaskan rupa hal benda yang dipilih. Kepelbagaian dapat
dilihat dalam karya ini melalui hal benda, warna, wordings dan
media bagi menwujudkan suasana yang bertenaga dan lembut.
Penegasan pada hal benda ditonjolkan dengan warna makanan
(cendol dan sate) yang lebih cerah dan terang manakala
background karya menggunakan warna yang light. Dari segi
komposisi, hal benda disusun rapat dengan cendol di bahagian
depan dan sate di bahagian belakang untuk memfokuskan
penegasan hanya pada hal benda. Susunan hal benda dan
wording juga disusun dengan teratur dan kemas untuk
menunjukkan kesatuan dalam karya ini. Teknik watercolour dan
teknik mix media yang teratur serta warna (warna panas dan
warna sejuk) yang digunakan telah mewujudkan mood yang
tenang dan selesa dalam karya ini.
15
An Ounce of Life Cetusan Seni Guru Novis 2D
Pensil warna dan warna air pada kertas
2020 Karya “An Ounce of Life” siap dihasilkan pada 9 haribulan
29.7 cm x 42.0 cm Disember 2020. Elle menggabungkan penggunaan media kering
dan basah, iaitu pensil warna dan warna air dalam menghasilkan
Kuala Lumpur karya ini. Ikan pelaga dan titisan air berwarna merupakan hal
benda yang ingin ditonjolkan dalam karya ini. Cecair yang
dititiskan berwarna jingga dan digambarkan turut mewarnai ikan
hiasan ini sehingga berwarna jingga kemerahan, bersama jalinan
garisan berwarna ungu dan merah jambu yang gelap. Warna pada
hujung ekor dan sirip ikan dipudarkan. Latar karya ini diwarnakan
biru cerah dan ditonjolkan tekstur permukaan dan kocakan air
dengan biru gelap.
Karya ini cuba memberi makna yang serupa dalam kehidupan,
dimana manusia yang selesa bersendirian diumpamakan ikan
pelaga dalam karya ini. Mereka yang suka bersendirian dan jarang
membuka bulatan sosialnya mempunyai satu lompong kecil di
satu sudut kehidupannya. Tidak kira walau bagaimanapun selesa
dan aman bagi manusia ini untuk bersendirian, mereka akan
merasai kekurangan yang kecil itu. Kekurangan itu boleh
dilengkapi dengan menerima kehadiran manusia-manusia baru ke
dalam kehidupannya. Ahli keluarga, rakan, jiran dan orang
tersayang ini mampu mengisi lompong kecil itu dan melengkapi
kehidupan dirinya, seperti mana titisan warna jingga yang
melengkapi kehidupan seekor pelaga.
16
Sumber Permata Cetusan Seni Guru Novis 2D
Poster colour dan pensel warna
2020 Karya “Sumber Permata” bermaksud kepelbagaian fungsi buah kelapa.
Saiz : 29.7 cm x 42.0 cm Ia dihasilkan dengan penggunaan dua sumber berbeza; sumber basah,
‘poster colour’ dan kering, pensel warna. Objek dominan dalam gambar
Kuala Lumpur ini adalah buah kelapa tersebut terutamanya yang menunjukkan isi
kelapa. Lukisan isinya menggunakan unsur titik dan garisan berombak
bagi menampakkan tekstur kelapa parut. Selain itu, unsur ini digunakan
untuk menampakkan tekstur buah kelapa yang berbulu.
Pengkarya mengaplikasikan prinsip imbangan tidak simetri;
susunan dan bentuk penampilannya berbeza bagi setiap objek
yang dilukis. Kedua-duanya juga menggunakan warna yang
sedikit kontras; perang dan hijau. Penggunaan warna coklat
menunjukkan tekstur kekerasan buah kelapa tersebut manakala
warna hijau menunjukkan hasil yang segar dan muda.
Seterusnya, garisan halus dicampurkan warna ungu, biru tua,
kuning dan hitam menonjolkan harmoni serta bayang-bayang
bagi hal benda tersebut. Keseluruhannya, hasil karya ini
mempamerkan gaya estetik dan keseragaman dari segi susunan
dan fungsi hal benda itu tersendiri.
17
Cetusan Seni Guru Novis 2D
Karya bertajuk “Blue betta fish” ini menggunakan media cat air.
Teknik yang diggunakan adalah kering atas kering yang mirip pastel.
Hal benda yang ingin ditonjolkan dalam karya ini ialah ikan betta
terutama ekornya. Dalam karya ini, Henry Khew dapat melihat ekor
yang berwarna-warni. Henry juga dapat lihat badan ikan yang
berwarna biru. Penggunaan warna yang amat terang berbanding
dengan latarnya ada maknanya. Walaupun ikan ini berada dalam
persekitaran yang susah, dipenuhi dengan orang lain yang merosot.
Mampukah ikan ini menunjukkan keluarbiaasaannya, mampukah
ikan ini membuka ekornya dan beritahu orang lain yang ianya tidak
berputus asa membuktikan yang dia suci?
Ekor ikan ini berkonsepkan ekor burung merak apabila dibuka.
Garisannya (flow) dari badan ikan menuju keluar bermakna ikan ini
ingin mempengaruhi persekitarannya dengan fikiran yang positif
sedikit demi sedikit. Badannya dipenuhi dengan warna biru (titanium
blue) bermirip pergerakan arus sungai.
Blue betta fish
Cat air
2020
4.08in x 5.43in
Kuala Lumpur
18
“Seikatsui” Cetusan Seni Guru Novis 2D
Cat air, pen teknik dan pensel warna.
2020 Karya “Seikatsu” dihasilkan pada tahun 2020 dengan menggunakan
29.7cm x 42.0cm pelbagai jenis media seperti cat air, pen teknik dan pensil warna. Ikan
koi daripada spesies “Swarna Butterfly” yang menjadi hal benda dalam
Kuala Lumpur karya ini mempunyai keunikan tersendiri. Justeru itu, bagi menonjolkan
kelembutan dan ketenangan, ekor dan sirip hal benda di inspirasikan
daripada kelopak bunga ros. Salah satu unsur seni yang terdapat dalam
karya ini ialah garisan. Garisan ini dapat dilihat pada ekor dan sayap
khususnya bagi menimbulkan efek alunan. Kontra pula dapat dilihat
melalui penggunaan warna hal benda iaitu warna panas (merah, oren
dan kuning) dan latar belakang lukisan iaitu penggunaan warna sejuk
(biru). Ritma dan pergerakan pula dapat dilihat melalui penghasilan
garisan melengkung dan beralun daripada sapuan berus cat dan
kepelbagaian tona yang dihasilkan menggunakan pensil warna dan pen
teknik.
Manakala, komposisi ikan koi yang berenang daripada pelbagai arah
menggambarkan kehidupan ikan koi yang tenang walaupun setiap satu
daripadanya mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri dari segi
warna, kemekaran ekor dan sebagainya. Hal ini patut dicontohi oleh
setiap manusia kerana jika kita mengukur baju di badan sendiri dan
meneruskan kehidupan tanpa perlu memikirkan tentang pandangan
orang lain, kita dapat hidup dengan tenang dan harmoni seperti karya
“Seikatsui”.
19
The Great Guppy Cetusan Seni Guru Novis 2D
Medium basah dan kering
2020 Karya ‘The Great Guppy’ dihasilkan pada tahun 2020. Karya ini adalah
29.7 cm x 42cm bertemakan ikan hiasan yang menggunakan media basah, iaitu cat
warna dan media kering seperti oil pastel. Hal benda yang ingin
Kuala Lumpur digambarkan dalam karya ini ialah ikan hiasan, iaitu ikan gapi. Dalam
karya ini, Syafiqah telah mengolah bentuk, warna dan jalinan
mengikut pilihan yang disesuaikan. Dominan yang ditonjolkan dalam
karya ini ialah pada objek ikan gapi tersebut. Pergerakan ikan tersebut
dapat digambarkan seolah-olah ia berenang di dalam akuarium. Karya
lukisan ini telah memenuhi keseluruhan kertas di mana ruang yang
terdapat dalam karya ini ialah ruang ilusi, iaitu ruang cetek.
Manakala, warna yang digunakan termasuklah warna panas seperti
warna merah, jingga dan kuning serta warna sejuk, iaitu biru gelap
dan biru muda. Penegasan pada ikan dapat ditonjolkan apabila
warna yang digunakan merupakan warna kontra iaitu penggunaan
warna panas dan warna sejuk. Dalam karya ini, warna panas seperti
merah, jingga dan kuning menjadi peranan untuk menonjolkan
penegasan pada ikan. Selain itu, lukisan bulatan pada latar belakang
ikan menggunakan warna sejuk seperti warna monokromatik biru.
Pada masa yang sama, warna hitam dijadikan warna latar belakang
lukisan sebagai warna kontra dengan lukisan ikan tersebut.
20
The Antipodes Cetusan Seni Guru Novis 2D
Cat air
2020 Karya “The Antipodes” dihasilkan pada tahun 2020 dengan
78 cm x108cm menggunakan media cat air. Karya ini memperlihatkan dua ekor
ikan koi saling berenang bertentangan arah yang membawa kepada
Kuala Lumpur pemilihan nama karya ini. Umum mengetahui bahawa ikan koi
merupakan ikan yang sinonim dengan negara Jepun. Justeru, karya
ini dihasilkan dengan konsep minimalis, sempena mengambil
inspirasi daripada keindahan konsep minimalis atau kesederhanaan
yang merupakan ciri utama budaya Jepun.
Antara prinsip rekaan yang dapat dilihat dalam karya ini ialah
harmoni yang wujud dari segi warna dan saiz di mana kedua-dua
ekor ikan tersebut mempunyai warna dan saiz yang sama. Kontra
pula dapat dilihat dari segi irama pergerakan kedua-dua ekor ikan
koi tersebut yang bergerak pada arah saling bertentangan. Warna
yang digunakan bagi menghasilkan karya ini ialah warna asas dan
warna panas iaitu merah serta warna neutral seperti putih dan
kelabu. Karya ini juga sengaja dihasilkan tanpa mempunyai
latarbelakang berwarna kerana ingin memberi penekanan kepada
nilai estetik hal benda sebagai subjek utama karya.
21
Underwater Angel Cetusan Seni Guru Novis 2D
Cat air
2020 Karya ini bertemakan ikan hiasan yang menggunakan media basah,
29.7 cm x 42cm iaitu cat air. Medium yang digunakan adalah cat air. Teknik yang
digunakan ialah basah atas kering. Teknik basah atas kering ini
Kuala Lumpur melibatkan penggunaan warna yang berlapis-lapis, iaitu daripada ton
yang cerah kepada ton yang gelap. Hal benda dalam karya ini ialah
ikan hiasan “Angelfish” atau dikenali dengan nama saintifiknya,
Pterophyllum. Garisan ini dapat membantu untuk mewujudkan rupa,
bentuk, ton dan corak pada karya. Penggunaan warna di dalam karya
ini melibatkan kedua-dua jenis warna iaitu warna panas dan sejuk.
Gabungan warna-warna tersebut dapat menghasilkan aura tersendiri
yang sangat unik dan kelihatan harmoni walaupun terdiri daripada
dua kelompok warna yang berbeza.
Angelfish dipercayai sebagai ikan yang suci yang melambangkan
sesuatu perkara yang baik, serta mampu untuk mendatangkan aura
yang positif. Hal ini kerana, warnanya yang pelbagai dapat
menyejukkan mata sesiapa sahaja yang memandang. Corak unik
seperti corak harimau bintang yang terdapat di bahagian sisi ikan
melambangkan keberanian ikan tersebut dalam mengharungi
kehidupan bersama spesies ikan yang lain. Ini juga menunjukkan
bahawa corak tersebut bukan menjadi kekurangan bagi ikan tersebut
malah meningkatkan lagi keunikan dan kecantikan ikan. Karya ini
dapat dikaitkan dengan kehidupan di dunia realiti di mana
kekurangan yang dihadapi bukan menjadi penyebab kepada
seseorang untuk tidak yakin. Malah, kekurangan tersebut
menjadikan setiap manusia unik dan istimewa.
22
Cetusan Seni Guru Novis 2D
Karya ‘Butterflies in the Sky’. Hal benda yang ingin ditonjolkan
dalam karya ini ialah ikan Koi Doitsu (Kujaku Butterfly) sebagai ikan
hiasan pilihan dan corak mandala yang telah wujud dalam agama
Buddha yang digunakan sebagai medium untuk bermeditasi.
Dalam karya ini, saya dapat melihat ikan koi Doitsu dengan corak
mandala yang berwarna emas dan hijau manakala latar belakang
karya bertemakan nova.
Dalam karya ini ikan koi dan mandala digabungkan untuk
menunjukkan kedamaian dan ketenangan yang dapat
dipersembahkan kepada manusia melalui benda hidup dan bukan
hidup yang hampir mempunyai fungsi yang sama. Mandala tidak
dijadikan latar permukaan sebaliknya dilukis atas badan ikan-ikan
koi untuk memperlihatkan keindahan bahan hiasan seni yang
semula jadi dan buatan manusia. Selain itu, latar nova yang
menjadi tema langit berbintang adalah penganti kolam ikan.
Butterflies in the Sky
Cat air Buncho, pen teknikal Artline, marker metalik
Artline dan pensil warna
2020
A3 (29.7cm x 42.0cm)
Kuala Lumpur
23
“Hope in the Dark” Cetusan Seni Guru Novis 2D
Krayon
2020 Karya “Hope in the Dark” telah dihasilkan pada tahun 2020 dengan
29.7cm x 42.0cm menggunakan media krayon. Terdapat hanya satu hal benda dalam
karya ini, iaitu seekor ikan emas mata teleskop ataupun digelar
Kuala Lumpur sebagai “demekin”. Dalam karya ini, bahagian yang ingin ditonjolkan
ialah pergerakan ekor ikan yang melayang mengikuti aliran air. Salah
satu aspek yang dapat dilihat merupakan garisan melengkung pada
bahagian badan ikan dan garisan beralun pada bahagian ekor dan
sirip ikan. Antara warna yang digunakan dalam karya ini ialah warna
panas (merah, jingga, kuning) dan warna sejuk (biru, ungu) dengan
latar belakang lukisan yang berwarna hitam. Dengan ini, kontra
warna telah diwujudkan.
Penegasan karya ini pula ditonjolkan melalui ekor ikan yang
berwarna biru-keunguan untuk menarik perhatian. Seterusnya,
terdapat bentuk dan makna dalam penghasilan karya ini, khususnya
dari segi pemilihan warna. Secara tersirat, latar belakang lukisan
yang berwarna hitam melambangkan masalah-masalah ataupun
perkara-perkara yang mengganggu emosi dan minda kita. Warna
terang yang ada pada ikan itu menekankan suatu harapan yang cerah
bagi sesiapa yang berada dalam masa kesulitan. Dengan ini, mesej
yang ingin disampaikan ialah nilai positif yang harus dimiliki oleh
seseorang semasa menghadapi kekangan dan cabaran dalam sesuatu
situasi.
24
The Veridian Cetusan Seni Guru Novis 2D
Cat air & Cat poster buncho
2020 Karya ‘The Veridian’ dihasilkan pada tahun 2020 bersimbolkan
A3 (29.7 cm X 42.0 cm) campuran biru hijau. Karya ini menggambarkan seekor ikan hiasan
yang luar biasa yang berbeza dari spesisnya yang lain. Artis hanya
Kuala Lumpur menggunakan medium cat air dan cat poster buncho dalam
menghasilkan karya ini. Dominan yang digambarkan pada karya ini
ialah pada ikan koi bekko dengan corak yang unik yang diilhamkan
daripada corak dan warna yang terdapat pada tubuh burung
merak. Teknik yang digunakan dalam karya ini ialah lukisan catan
iaitu catan cat air (basah atas basah dan juga basah atas kering)
dan teknik kepelbagaian seperti penggunaan pen teknikal. Rupa
dalam karya ini ialah rupa organik. Bentuk yang boleh dilihat ialah
bentuk ilusi. Ruang pula yang telah berlaku dalam karya ini ialah
ruang terbuka. Biru hijau merupakan warna sejuk yang digunakan
pada badan ikan koi manakala warna panas seperti jingga dan hijau
muda untuk corak pada badan ikan koi dan juga untuk daun bunga
teratai.
Warna-warna yang digunakan pada ‘background’ karya, badan ikan
koi dan juga coraknya dapat mewujudkan rasa kesegaran yang
lembut atau kesejukan yang mendalam dalam fikiran audiens.
Artist juga dapat mengambarkan komposisi karya ikan koi seolah-
olah sedang berenang di antara dua daun bunga teratai.
Karya ‘The Veridian’ juga dapat mengambarkan suatu mesej iaitu
sentiasa menenangkan hati dan fikiran dan juga yakin untuk
mengambil keputusan yang sewajarnya dalam kehidupan kita.
25
Gaisgeach (A warrior in Scottish Gaelic) Cetusan Seni Guru Novis 2D
Pensel dan arang atas kertas
2020 Karya bertajuk Gaisgeach (A warrior in Scottish Gaelic) dihasilkan pada
A3 (29.7 cm X 42.0 cm) tahun 2020. Haniishaa menggunakan media pensel dan arang dalam
menghasilkan karya ini. Teknik lakaran dan teknik catan menggunakan
Kuala Lumpur gold powder digunakan untuk menghasilkan karya Gaisgeach. Perkataan
Gaisgeach bererti keberanian dan kepahlawanan dalam Bahasa Scottish.
Ikan emas Oranda yang merupakan dominan dalam karya ini dikaitkan
dengan Puteri Merida dari filem ‘Brave’. Merida dan Ikan emas Oranda
mempunyai beberapa ciri yang sama.
Demi keselamatan diri, mereka sanggup berlawan dengan musuh yang
lebih kuat. Lebih-labih lagi, rambut Merida yang kerinting dan kepala
Oranda yang menonjol memberi aura yang sama. Penggunaan warna
pada karya ini kebanyakan dilebihkan warna gelap dan cerah di samping
warna seperti hitam dan emas.
.
.
26
Asian Fusion Cetusan Seni Guru Novis 2D
Cat air
2020 Karya bertajuk Asian Fusion dihasilkan pada tahun 2020 dengan
29.7cm x 42.0cm menggunakan media cat air. Terdapat bentuk dan makna dalam
karya ini. Pemilihan hal benda dalam karya ini termasuklah ikan
Kuala Lumpur koi, bunga teratai dan daun teratai. Antara sebab saya memilih
ketiga-tiga hal benda ini adalah untuk menggambarkan negara-
negara Asia serta budayanya. Ikan koi dipilih adalah disebabkan
oleh lambang keberuntungan dan panjang umur. Bunga teratai
merupakan simbol ataupun lambang dalam Buddhism. Selain
itu, warna pada bunga teratai iaitu merah jambu, telah
menunjukkan pencerahan tertinggi dan berhubungan dengan
Buddha. Manakala dari segi pemilihan warna pada tompok ikan
koi pula adalah berkonsepkan keseimbangan di mana merah
mewakili baik, dan hitam mewakili buruk dalam kalangan orang
Cina. Pendek kata, karya “Asian Fusion” ini bertujuan untuk
menggambarkan kesinambungan budaya dan agama di negara-
negara Asia.
Karya ini menggambarkan bagaimana kepelbagaian ideologi
dan konsep kehidupan orang-orang Asia dalam suasana
harmoni. Karya ini telah dihasilkan melalui penggunaan warna
panas (merah, jingga, kuning, merah jambu) dan warna sejuk
(hijau, biru, hitam). Ton warna telah diaplikasi dalam karya ini.
Sebagai contoh, warna panas (merah) yang digunakan telah
dicampur dengan sedikit warna hitam sehingga menghasilkan
warna merah tua. Antara prinsip rekaan pada karya ini ialah
imbangan tidak simetri
27
The three beauties Cetusan Seni Guru Novis 2D
Cat air dan pen
2020 Karya “The three beauties” telah dihasilkan pada tahun 2020. Teknik
A3 (29.7cm x 42.0 cm) media yang telah digunakan dalam penghasilan karya ini ialah media
campuran yang terdiri daripada media basah iaitu cat air, dan media
Kuala Lumpur kering iaitu pen. Hal benda yang ditonjolkan dalam hasil karya ini
adalah ikan emas spisis Ryukin. Sepertimana spesis ikan emas yang
lain-lain, ikan emas Ryukin memiliki keanggunannya yang unik dan
tersendiri. Dalam hasil karya ini, unsur garisan dapat dilihat melalui
struktur ikan emas tersebut. Kualiti garisan yang digunakan adalah
berbeza iaitu halus dan tebal bagi memberi penegasan kepada nilai
cerah dan gelap, serta menunjukkan ilusi ketebalan sesuatu
bahagian ikan tersebut. Sebagai contoh, bahagian sirip dan ekor
memiliki variasi garisan yang lebih halus oleh kerana sifatnya yang
nipis dan fleksibel.
Manakala bahagian badan ikan memiliki variasi garisan tebal bagi
menunjukkan struktur dan bentuk Ryukin. Seterusnya, garisan yang
digunapakai dalam karya ini ialah garisan beralun yang
menimbulkan ilusi ritma dan pergerakkan ikan emas Ryukin yang
lembut dan anggun. Di samping itu, warna yang digunakan adalah
lebih dominan terhadap warna panas dan cerah. Pemilihan warna
panas melambangkan elemen api dimana ia mengaspirasikan sifat
keyakinan, semangat dan kegagahan. Oleh itu, terdapat dua elemen
kontradik yang diketengahkan di dalam karya ini iaitu kelembutan
dan kegagahan. Elemen ini ingin mempamerkan sifat individu yang
dilihat ayu dan anggun serta memiliki semangat jiwa dan raga yang
kental.
.
.
28
Cetusan Seni Guru Novis 2D
Karya ini merupakan bayangan konsep masa hadapan bumi yang
ditenggelami air. Bumi yang dibayangkan ini berada di masa hadapan
di mana bumi mengalami perubahan cuaca yang drastik
menyebabkan kutub utara dan selatan cair justeru menjuruskepada
paras air laut yang meningkat secara mendadak. Hal ini menjelaskan
kewujudan peninggalan struktur ciptaan manusia di dasar laut yang
dahulunya kawasan darat.
Struktur muka bumi yang berubah telah mengakibatkan kawasan air
tawar dan air masin bercampur. Hal ini telah memaksa hidupan air
tawar untuk berevolusi demi mengelakkan persaingan dengan
kehidupan air masin serta meneruskan kelangsungan hidup. Oleh itu,
wujudnya spesis-spesis baru seperti Arowana gergasi yang kini
meneruskan kehidupan sebagai kehidupan pemangsa di persekitaran
yang baharu.
Kelisa Dewata
Digital Painting
2020
A3 (29.7cm x 42.0 cm)
Kuala Lumpur
29
Taste of Sarawak Cetusan Seni Guru Novis 2D
2021
Watercolour Karya “Taste of Sarawak” dihasilkan dengan menggunakan
A3 (29.7cm x 42.0 cm) kertas watercolour serta media watercolour dan gel pen putih.
Dalam karya ini, garisan berserabut banyak digunakan untuk
Kuala Lumpur menujukkan rupa bihun manakala garisan halus digunakan
untuk menunjukkan corak kek lapis. Dari segi bentuk, karya ini
mempersembahkan sebuah mangkuk yang mempunyai bahan
makanan yang penuh dan juga kek yang mempunyai corak yang
warna-warni. Penegasan pula ditonjolkan melalui warna lukisan.
Warna penggenap digunakan pada mangkuk, laksa dan kek lapis
Sarawak adalah untuk membawa kontra kepada kedua-dua
makanan yang banyak menggunakan warna panas.
Karya “Taste of Sarawak” ini berjaya menerjemahkan prinsip
kesatuan kerana penggunaan warna dan bentuk menimbulkan
mesej yang disampaikan. Terdapat bentuk dan makna dalam
karya ini. Taste of Sarawak yang menjadi hal benda utama
dalam karya ini mempunyai kesinambungan dengan adat
tempatan orang Sarawak. Asal usul Laksa Sarawak
diperkenalkan oleh kaum Cina manakala kek lapis berasal dalam
kalangan wanita Melayu di Sarawak. Kedua-dua makanan
tersebut melambangkan kedamaian dan kemesraan pelbagai
kaum di Sarawak.
.
30
A Bowl for Me Cetusan Seni Guru Novis 2D
Gouache
2021 Karya bertajuk “A Bowl for Me” dihasilkan pada tahun 2021. Syaza
A3 (29.7 cm x 42.0 cm) menggunakan media gouache dalam menghasilkan karya ini.
Dominan yang digambarkan pada karya ini ialah semangkuk mi
Kuala Lumpur kari. Dari sudut unsur, terdapat beberapa garisan yang dapat
dilihat iaitu garisan menegak pada meja dan chopstick dan
melengkung pada bahan makanan dan mangkuk. Unsur bentuk
konkrit pula dapat dilihat pada perkakas makanan, dan ia
digabungkan dengan bentuk ilusi untuk mewujudkan nilai
kedalaman, seperti pada sudu. Kemudian, elemen rupa dapat
dilihat dalam bentuk geometri pada perkakas makanan, manakala
rupa organik dapat dilihat pada mi yang bebas melengkung.
Ruang yang digunakan pula ialah ruang cetek kerana subjek karya
ini diletakkan pada permukaan yang sama. Dari aspek warna pula,
karya ini menggunakan warna panas, seperti pada warna the dan
kuah dan warna sejuk, seperti pada meja dan sayuran. Turut dapat
dilihat ialah jalinan tampak seperti kelicinan permukaan sudu dan
chopstick.
31
“Nasi Lemak Buluh” Cetusan Seni Guru Novis 2D
Watercolour dan pensel warna
2021 Karya “Nasi Lemak Buluh” dihasilkan pada tahun 2021.
29.7 cm x 42.0 cm “Nasi Lemak Buluh” adalah makanan tradisional dan pendorongan
untuk mencuba idea baru melalui percampuran budaya. Nasi lemak
Kuala Lumpur merupakan sajian tradisi masyarakat Melayu (Islam, 2020). Selain
lemang, cara memasak di dalam bekas buluh dan daunnya juga
terdapat dalam masyarakat yang lain. Misalnya, ‘pansuh’ daripada
masyarakat Iban dan ‘dim sum’ daripada masyarakat Cina.
Oleh itu, sifat perpaduan dan keharmonian antara masyarakat
telah disampaikan melalui karya ini. Gaya realistik, butiran dan
pilihan warna panas yang terang untuk membuka selera orang
yang melihatnya menjadi tarikan utama hasil karya ini.
.
32
“Sebujur telur”. Cetusan Seni Guru Novis 2D
Digital (Adobe Illustrator)
2021 Karya ini bertajuk “Sebujur telur” dihasilkan dengan media digital
29.7 cm x 42.0 cm seperti Adobe Illustrator (Ai). Hal benda yang ingin disampaikan dalam
karya ini adalah telur pindang yang dikatakan terkenal di selatan
Kuala Lumpur Malaysia. Telur pindang yang menjadi hal benda utama dalam karya
ini mempunyai kesinambungan dari segi tema iaitu makanan
tempatan. Hal benda telur pindang ini menggambarkan budaya
pemakanan makanan tempatan di mana masyarakat Malaysia sangat
gemar akan herba.
Istilah pindang merujuk kepada proses merebus bahan bersama
rempah-rempah, kicap, kulit bawang merah, daun jambu, daun jati,
teh atau rempah lain yang biasa di Asia Tenggara. Ini jelaslah
menunjukkan kegemaran dan kebiasaan rakyat tempatan
mengamalkan penggunaan herba dalam masakan.
33
“3 Ketupat”. Cetusan Seni Guru Novis 2D
Media Campuran
2021 Ketupat yang menjadi hal benda utama dalam karya ini mempunyai
29.7 cm x 42.0 cm kesinambungan dengan tema iaitu makanan tempatan. Hal benda
ketupat dalam karya ini menggambarkan budaya masyarakat Melayu
Kuala Lumpur Malaysia. Sejarah paling awal ketupat di Malaysia adalah pada tahun
1700 apabila makanan itu disebut dalam Hikayat Inderaputera
(“Makan Dan Makanan Dalam Kesusasteraan Melayu,” 2015).
Ketupat datang daripada pelbagai bentuk kerana asimilasi budaya
dan kedudukan geografi tempat. Kini, ketupat telah menjadi juadah
utama sewaktu festival perayaan, majlis keramaian dan lain-lain.
Komposisi gabungan tiga jenis ketupat ini menggambarkan budaya
penghasil karya yang berasal daripada gabungan tiga latar belakang
berbeza iaitu Melayu Bugis, Melayu Utara dan Melayu Riau.
Namun, apa yang menjadikan ia makanan tempatan ialah apabila
masyarakat lain seperti masyarakat Cina dan India turut menikmati
juadah ketupat ini apabila dihidangkan. Penggunaan warna hijau
yang pelbagai menunjukkan hasil ketupat yang diperbuat daripada
pelbagai daun telah dimasak dan mendatangkan perasaan nostalgia
Ketika menyambut perayaan bersama ahli keluarga.
.
34
Cetusan Seni Guru Novis 2D
Karya ini bertajuk ‘Si Manjaahhh Hijau Bulat Manis’. Onde-onde
dipilih sebagai hal benda kerana merupakan antara kuih tradisional
dan lebih dekat kepada pengkarya dan masyarakat. Kuih onde-onde
ini popular dalam kalangan Baba Nyonya yang terkenal dengan
kedudukan geografi mereka di Melaka lantas, juga wujud dengan
nama lainnya iaitu Kuih Buah Melaka. Namun, tidak dinafikan
bahawa kuih ini pasti mempunyai campuran budaya dan idea
masyarakat dari negara lain terutama pengaruh Asia Tenggara.
Karya ini dihasilkan mengikut aliran seni pop yang
menggabungjalinkan elemen digital dan ilustrasi. Namun, karya ini
hanya lebih menekankan aspek ilustrasi sahaja. Ilustrasi menjadi
pilihan kerana lebih mudah dihasilkan yang menjadikan tujuan karya
bersesuaian untuk pengiklanan dan pengguna berbanding konsep
realiti.
‘Si Manjaahhh Hijau Bulat Manis’
Media Campuran
2021
29.7 cm x 42.0 cm
Kuala Lumpur
35
“Kuih Apam Seri Ayu” Cetusan Seni Guru Novis 2D
Media Campuran
2021 Tajuk karya ini ialah “Kuih Apam Seri Ayu”. Hal benda yang utama di
29.7 cm x 42.0 cm dalam karya ini ialah kuih apam yang digabungkan bersama dengan
bekas rotan dan daun pandan. Karya ini memperlihatkan kuih apam
Kuala Lumpur yang mempunyai tiga warna yang berbeza. Interpretasi warna dan
komposisi pada karya ini dapat ditafsirkan kepada maksudnya yang
tersendiri. Kuih apam merupakan kuih tempatan di Malaysia dan
dikenali oleh kebanyakan penduduk. Tiga warna yang dipilih
melambangkan tiga kaum utama di Malaysia iaitu Cina, India dan
Melayu. Masyarakat Malaysia hidup secara harmoni bersama
masyarakat yang berbeza bangsa dan agama.
Oleh itu, warna yang digunakan adalah untuk memberi kesan
harmoni pada karya tersebut dan secara tidak langsung, membawa
maksud, kaum yang berbeza di Malaysia hidup secara harmoni dan
sejahtera. Bekas rotan pula membawa maksud perpaduan di dalam
karya ini dan simbolik kepada negara kita. Semua kaum di Malaysia
berada dalam satu negara yang sama dan hidup secara bersatu
padu. Daun pandan pula sebagai hiasan bermaksud kaum minoriti
yang menjadi pelengkap negara majmuk.
36
“Achu Muruku” Cetusan Seni Guru Novis 2D
Warna Poster
2021 Karya yang dihasilkan ini bertajuk Kuih Loyang ataupun “Achu
29.7 cm x 42.0 cm Muruku”, iaitu suatu makanan yang cukup enak dan rangup
seperti snek. Karya ini dihasilkan melalui teknik plakat pada
Kuala Lumpur kertas A3 dengan menggunakan media poster colour serta
berus melukis. Kuih loyang yang menjadi hal benda utama
dalam karya ini mempunyai kesinambungan dari segi tema iaitu
makanan tempatan. Kuih loyang atau juga dikenali sebagai kuih
ros, kuih bunga durian kuih cap dan kuih goyang merupakan
sejenis kuih yang diperbuat dari tepung beras yang digoreng
dalam minyak masak. Kuih ini berasal daripada kuih tradisional
yang berasal dari India.
Manakala, di Malaysia, kuih ini dinamakan kuih goyang kerana
selepas acuannya dicelup dalam adunan tepung cair, kuih ini
dicelup ke dalam minyak yang panas dan digoyang-goyangkan
agar tanggal. Nama ros pula sempena bentuknya menyerupai
bunga. Nama loyang pula mungkin kerana acuannya diperbuat
daripada logam loyang. Warna asal kuih ini adalah keemasan,
tetapi kini terdapat kuih goyang pelbagai warna. Kuih ini
biasanya dibuat semasa musim perayaan. Selain itu, makanan
ini juga enak dimakan sebagai snek pada masa lapang kerana
rasanya manis dan rangup.
37
Cetusan Seni Guru Novis 2D
Elemen warna memainkan peranan yang utama dalam mewujudkan
objek yang ingin disampaikan dalam karya ini. Karya ini menggunakan
pelbagai warna dalam proses penghasilan. Warna-warna panas seperti
merah, jingga, kuning, dan ungu digunakan dalam lukisan ini.
Media warna yang berbeza iaitu pensel warna, warna poster dan akrilik
telah digunakan untuk mewarnakan objek yang berlainan seperti
kacang merah, buah kabung, “shaved ice”, cincau, cendol dan corak
pada mangkuk. Kekuatan karya terletak pada saturasi warna yang
tinggi tapi kelihatan harmoni pada masa yang sama.
“Ais Kacang”
Media Campuran
2021
29.7 cm x 42.0 cm
Kuala Lumpur
38
“Murukku” Cetusan Seni Guru Novis 2D
Media Campuran
2021 Karya yang dihasilkan ini bertajuk “Murukku” iaitu suatu makanan
29.7 cm x 42.0 cm tradisional orang India. Muruku merupakan makanan tradisional
kaum India di Malaysia yang resipinya berasal dari negara India
Kuala Lumpur Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku ialah ringan yang
sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya. Karya ini
dihasilkan melalui teknik plakat, teknik lukisan dan teknik catan
pada kertas A3 dengan menggunakan media kering seperti pensil,
“Oil pastels” dan “Poster colors”.
Asas seni reka terbahagi kepada dua iaitu unsur seni dan prinsip
rekaan. Dalam karya ini, salah satu unsur seni yang digunakan
ialah warna. Karya ini dihasilkan menggunakan dua jenis media
warna iaitu “Oil pastels” dan “Poster colours”.
39
Kuih Cekmek: Tradisi Kelantan Cetusan Seni Guru Novis 2D
Media Campuran
2021 Karya ini bertajuk “Kuih Cekmek: Tradisi Kelantan”. Dalam penghasilan
29.7 cm x 42.0 cm karya ini, media seperti warna air, pensel dan pen lukisan (drawing
pen) digunakan. Hal benda yang ingin ditonjolkan dalam karya ini ialah
Kuala Lumpur makanan tempatan kuih Cekmek yang diilhamkan daripada makanan
tradisional negeri Kelantan Kuih cekmek, daun pisang dan pinggan
rotan telah diwarnakan dengan warna air manakala teko dan cawan
tidak diwarnakan tetapi diberi “shading” untuk menampakkan arah
pencahayaan.
Cekmek menggambarkan tradisi rakyat Kelantan yang menghidangkan
Cekmek untuk makan pagi dan minum petang. Elemen tambahan
seperti teko dan cawan juga ditambah untuk menekankan nilai tradisi
rakyat Kelantan dalam penghidangan kuih ini. Keharmonian elemen
dalam karya ini cukup untuk menceritakan tradisi rakyat Kelantan
kepada generasi akan datang.
40
“Apam Balik” Cetusan Seni Guru Novis 2D
Digital
2021 Hasil karya ini memfokuskan kepada cinta terhadap “Apam
29.7 cm x 42.0 cm Balik“. Percubaan untuk menghasilkan karya yang sempurna
berdasarkan kemampuan. Proses menghasilkan karya ini adalah
Kuala Lumpur amat mencabar kerana terdapat pelbagai pilihan yang boleh
dipilih untuk dijadikan sebagai hal benda dalam penghasilan
karya ini. Saya telah menghadapi cabaran dalam menghasilkan
karya apam balik kerana saya tidak pernah melukis karya 2D
yang bertema. Saya memberanikan diri dalam pemilihan hal
benda dan perkembangan idea.
Namun begitu, bukan mudah untuk menghasilkan karya yang
menarik. Saya telah mengkaji jenis-jenis apam balik untuk
mendapatkan inspirasi dalam penghasilan karya. Kajian cara dan
teknik juga membantu meningkatkan kemahiran saya dalam
melukis. Selepas beberapa kali praktis dan percubaan, saya
telah berjaya menghasilkan karya yang menarik
41