MPU 21032 PENGHAYATAN DAN ETIKA PERABADAN E-FOLIO : PERPADUAN DI MALAYSIA NAMA PENSYARAH EN.KAMALHISSAM SESI : 2023/2024 KUMPULAN 2 NAMA NO MATRIK PRITI VARSHINI 02DSK23F1082 KHEMALATHA 02DSK23F1029 NIMISSHA 02DSK23F1007 SUGUNIAH 02DSK23F1088 (DSK1B / SESI 2023)
ISI KANDUNGAN UNIT ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGHARGAAN 1 2.0 PENGENALAN 2 3.0 CABARAN YANG MERINTANGI USAHA KE ARAH PERPADUAN KAUM 3 4.0 HARAPAN AGAR DAPAT MERINTANGI USAHA KE ARAH PERPADUAN KAUM 4 5.0 LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGATASI KETIDAKHARMONIAN ANTARA KAUM 5 6.0 USAHA USAHA KE ARAH PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA 6 7.0 KEPENTINGAN KEPENTINGAN MENGAMALKAN PERPADUAN 7 8.0 KESAN MASYARAKAT TIDAK BERSATU PADU 8 9.0 PERPADUAN DAPAT DIKEKALKAN 9 10.0 PERGOLAKAN KAUM MENGGUGAT KEDAULATAN NEGARA 10 11.0 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KETIDAKHARMONIAN HUBUNGAN ANTARA KAUM 11 12.0 KESIMPULAN 12 13.O LAMPIRAN RIADAH PERKAUMAN 13
1.0 PENGHARGAAN Salam sejahtera.Kami bersyukur kepada Tuhan kerana kami telah berjaya menyelesaikan tugas ini dengan jayanya. Kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah MPU21032 kami iaitu Encik Kamalhissam diatas tugasan kepada kami sepanjang tugasan ini berlangsung. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan yang meluangkan masa membantu menyelesaikan tugasan ini. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih dan ampun maaf kepada mereka yang membantu kami melaksanakan tugasan ini secara langsung mahupun tidak langsung hingga dapat menjayakan tugasan ini dengan baik. Akhir kata, kami akhiri dengan serangkap pantun , Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan , Di negara Malaysia berbilang bangsa. 1
2.0 PENGENALAN Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat Bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identity dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia. Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd, Perpaduan atau solidarity dapat didefinasikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu 4dentity dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Hj. Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan sebagai satu penyatuan tenaga, fikiran, citacita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan maju. Akhir sekali, Asabiyyah merujuk kepada perpaduan sosial dengan penekanan kepada kesatuan, kesedaran kumpulan, dan kepaduan sosial, pada asalnya di dalam konteks “kepuakan” dan “kesukuan” , tetapi kadangkala digunakan untuk nasionalisme moden, menyerupai system komunalisme. Istilah Ibn Khaldun secara amnya sama dengan perpaduan Ibn Khaldun dengan secra efektik menyatakan bahawa setiap dinasti memiliki benih-benih kejatuhannya. Beliau menerangkan bahawa keluarga yang memerintah lazimnya muncul dari pinggir empayar dan menggunakan kepaduan yang terdapat dalam masyarakat pinggiran untuk membawa perubahan kepada pimpinan. 2
3.0 CABARAN YANG MERINTANGI USAHA KE ARAH PERPADUAN KAUM Terdapat beberapa factor yang merintangi, atau setidak-tidaknya berpotensi untuk menjadi penghalang kepada perpaduan kaum di Malaysia, terutama dalam kalangan golongan belia. Faktor-faktor yang didapati telah berjaya merintangi usaha-usaha ke arah perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini ialah ketidakfahaman sesuatu kaum itu akan budaya dan adat resam sesuatu kaum yang lain, proses sosialisasi antara kaum yang terhad, suasana politik dalam negara yang berasaskan kaum, dan cabaran mentality. Contohnya, Rakyat Malaysia rata-rata hidup dalam lingkungan budaya kaum sendiri sahaja. Mereka jarang bergaul dengan kaum-kaum yang lain. Justeru, kefahaman mereka terhadap budaya dan adat resam kaum-kaum lain menjadi dangkal. Kebanyakkan kaum di negara ini berasa lebih selesa dan selamat hidup dalam kelompok sendiri sahaja. Melayu akan berasa selesa dan selamat jika ada Melayu lain yang tinggal berhampiran dengannya, walaupun Melayu yang hamper dengannya itu bukan saudara-mara atau sahabat-handainya. Begitu juga perihalnya dengan Cina dan India, mempunyai rasa yang serupa. Apabila tiada interaksi antara kaum, maka akan rendahlah kefahaman sesuatu kaum itu terhadap budaya dan adat resam kaum-kaum yang lain. Sejarah hubungan kaum di Malaysia telah membuktikan wujudnya masalah antara kaum. Salah satu daripada bentuk rintangan ke arah perpaduan kaum di Malaysia ini ialah rintangan mentality. Rintangan ini lebih bersifat psikologi, iaitu perkara-perkara yang mempunyai kaitan dengan persepsi dan tingkah laku yang mempunyai hubung kait dengan jiwa dan minda. Persepsi merupakan suatu tanggapan yang mana dalam beberapa keadaan, ia tidak menggambarkan hakikat atau keadaan sebenar tentang sesuatu perkara. Dalam konteks hubungan kaum di Malaysia, persepsi satu kaum yang tidak tepat atau salah terhadap satu kaum yang lain boleh menjejaskan hubungan dan perpaduan antara kaum. Pembentukan persepsi yang tidak tepat atau salah ini perlu dijauhi, jika perselisihan faham antara kaum ingin dielakkan. Ini kerana persepsi tidak tepat atau salah yang terbina di dalam minda dan jiwa satu kaum itu terhadap satu kaum yang lain akan diterjemahkan pula melalui tindakan atau tingkah laku. Jika kita bertindak dan bertingkah laku hasil daripada dorongan persepsi kita yang tidak tepat atau salah itu, maka perselisihan faham antar kaum boleh berlaku, dan ini akan membawa kepada masalah yang lebih besar. Antara rintangan mentality yang didapati wujud di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kau mini ialah stereotaip, prasangka (prejudis), diskriminasi dan etnosentrisme. Rintangan mentaliti ini biasanya bermula di peringkat individu dan ia saling kait-mengait antara satu sama lain. 3
Kaum-kaum di Malaysia telah didapati berprasangka atau prejudis antara satu sama lain. Prasangka ialah pernyataan, pandangan, pendapat atau tanggapan yang dilemparkan oleh sesuatu kaum yang lain tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh. Prasangka merupakan suatu sikap (biasanya negatif) terhadap individua tau kelompok kaum kerana ciri-ciri tertentu seperti ras (bangsa atau kaum), jantina, agama, pekerjaan, dan kelas sosial. Prasangka biasanya bersifat prejudgment, iaitu sikap yang terbentuk sebelum mengetahui fakta-fakta yang sebenarnya. Sikap ini tidak berubah walaupun individua atau kaum itu telah didedahkan dengan pengetahuan dan bukti-bukti baru. Prasangka atau prejudis ini memberikan beberapa kesan sosial. Ia dapat membangkitkan suasan tidak harmoni dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini. Seseorang individu yang berprasangka negatif terhadap satu kaum akan bercakap dengan rakan-rakannya dari kaum yang sama tentang prasangkanya itu dan cuba mengelak daripada bertemu atau berhubung dengan kelompok kaum yang dia berprasangka itu. Prasangka boleh mencetuskan konflik, dan ia akan menjurus kepada timbulnya perasaan tidak puas hati satu kaum terhadap satu kaum yang lain. Prasangka membolehkan seseorang individua tau satu kelompok kaum itu melemparkan tuduhan-tuduhan terhadap individua tau kaum lain jika berlaku sebarang kesilapan pada diri individua tau kaum tersebut. Prasangka juga berpotensi mewujudkan rintangan mentality yang lebih besar, iaitu diskriminasi mengasingkan kumpulan atau kaum tertentu dari segi Pendidikan, perumahan, pekerjaan, dan sebagainya. Diskriminasi pula boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara. Nyatalah di sini bahawa faktor utama yang menyebabkan timbulnya prasangka ialah pandangan dan tanggapan yang tidak benar tentang sesuatu kaum itu. Dari manakah datangnya prasangka ini? Ia mungkin diwarisi daripada generasi terdahulu yang tidak dikawal dan dihapuskan, lalu disampaikan kepada generasi seterusnya, menyebabkan wujudnya perasaan tidak senang atau benci serta saling tidak mempercayai antara satu kaum dengan satu kaum yang lain di negara ini.
4.0 HARAPAN AGAR DAPAT MERINTANGI USAHA KE ARAH PERPADUAN KAUM Menggalas cabaran-cabaran yang telah digariskan di atas terutama dibahu para belia sesungguhnya mendorong setiap pihak untuk sama-sama membantu bagi memastikan konsep yang diutarakan ini dapat dicapai objektifnya dengan berkesan. Belia sebagai pewaris harapan bangsa dan negara di dekad-dekad mendatang sewajarnya didedahkan dengan pena sejarah bagi memberikan erti dan kewajaran terhadap pentingnya kejayaan ditinta dalam mencanai konsep 1Malaysia. Di bahu belialah harapan yang menggunung tertancap dalam memastikan agar konsep ini tidak hanya tinggal cantik di atas kertas atau sekadar menjadi retorik politik semata. Persepsi dan bias sesungguhnya masih menjadi isu dan polemik yang mendasari politik Malaysia sehingga kini. Sehinggakan dalam waktu-waktu tertentu terutamanya sebelum waktu Pilihanraya Umum, isu-isu sensitif akan dibangkitkan semula sehingga menimbulkan keresahan kepada seluruh lapisan masyarakat. Atas dasar itulah dicadangkan penyelesaian kepada masalah ini dengan beberapa pendekatan. Ia adalah manifestasi terhadap harapan terutama bagi golongan belia untuk bersama-sama menggebelengkan pemikiran dan tenaga bagi mencapai hasrat ini. Antara cadangan untuk menyelesaikan masalah ini ialah melalui. a) Penggunaan Bahasa Melayu dipertingkatkan dalam sector swasta dan awam. b) Penekanan kepada sejarah latar belakang negara Malaysia supaya semua rakyat mengenali tentang evolusi pertumbuhan masyarakat Malaysia di negara ini. c) Keadilan sosial dijadikan asas kepada pembinaan bangsa Malaysia. d) Keadilan sosial hanya boleh tercapai dalam satu system ekonomi yang tidak menekankan dan didorong kepada sifat kapitalisma yang tidak berperikemanusiaan. e) Sistem budaya berasaskan kepada kepelbagaian (diversity). f) Kerajaan, media, badan korporat dan badan sector ketiga bertanggungjawab untuk menghapuskan stereotype di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini. 4
5.0 LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGATASI KETIDAKHARMONIAN ANTARA KAUM ➢ Kerajaan telah mewujudkan pelbagai dasar ke arah pembentukan integrasi nasional.Dalam membimbangkan ini,punca tercetusnya perusuhan itu dikesan dan langkah mengatasinya telah diambil.Penggubalan dasar ini bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dengan memperbetulkan ketidakseimbnagan sosio-ekonomi antara kaum dan wilayah.Ia juga diwujudkan untuk mempertingkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan sebagai usaha untuk membasmi perasaan tidak puas hati. ➢ Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat,teruskan lagi dengan pelancaran dasar Pembangunan nasional.Dasar tersebut meneruskan pencapaian DASAR EKONOMI BARU (DEB) dalam pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula Masyarakat. Objektifnya , ialah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu dan sebuah masyarakat yang adil,maju,aman dan Makmur berasaskan prinsip-prinsip perlembagaan dan rukun negara.Konsep 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh DATUK SERI MOHD NAJIB.Konsep 1 Malaysia ini memberi aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjamin perpaduan yang lebih erat. 5
➢ Mencapai berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan itu “ RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMKAN.” untuk memcapai kemajuan bagi negara,sikap penerimaan antara kaum membawa kepada perpaduan yang utuh perlu diamalkan.Apabila perpaduan dicapai, maka urusan Pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancer.Persefahaman kaum juga dapat dipupuk secara berkesan menerusi pendidikan. Antara, langkah yang dilakukan ialah dengan penubuhan sekolah wawasan.Sekolah wawasan tempat merupakan terbaik untuk meluaskan proses integrasi antara kaum.Sekolah wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin,padang bermainan,dewan dan kemudahan lain di sekolah.Tegasnya,sekolah wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepatkan integrasi moden. ➢ Melaksnakan PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) juga mampu mewujudkan keharmonian rakyat serta negara.Program tersebut dapat memupuk perpaduan nasional.Melaluinya,remaja pelbagai kaum akan ditempatkan bersama di bawah satu bumbung.Mereka akan bekerjasama untuk menjalankan aktivigi bersama-sama,berinteraksi dan bergaual mesra.Dengan itu, mereka akan terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan.
➢ Kerajaan yang bertanggungkawab megekalkan keharmonian negara,Masyarakat sendiri perlu turul memikul peranan penting dalam menjamin keharmonian negara berkenalan.Media massa merupakan satu saluran yang dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai dengan efisien.Media massa boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu media cetak dan media elektronik.Media massa kepada alat yang mewujudkan interaksi sosial,politik,dan ekonomi dalam ukuran yang lebih moden. ➢ Media elektronik seperti televisyen,radio,laman web dan lain-lain juga merupakan satu peralatan yang dapat menyebarkan maklumat kepada orang ramai dengan mudah.Media elektronik memainkan peranan dengan menayangkan iklan-iklan yang boleh memupuk semangat perpadian di kalangan Masyarakat. Sebagai contohnya,kempen-kempen yang ingin dijalankan oleh Kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan haruslah dibantu oleh media elektronik kerana saluran inoi adalah alat yang berkesan dalam penyampaian maklumat padam zam yang teknologi yang canggih.
➢ Media memainkan peranan yang amat penting bagi memperbaiki hubungan antara kaum yang menjadi semakin buruk ini.Media cetak seperti surat khabar,majalah dan buku membantu menyediakan maklumat kepada Masyarakat.Dengan memaparkan info mengenai sejarah,ciri-ciri kebudayaan dan agama kaum yang terdapat di dalam negara kita dalam ruangan akhbar,orang ramai dapat mengetahui dan memahami perbezaan antara satu sama lain. 6.0 USAHA USAHA KE ARAH PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA 1. Program Pemuafakatan Masyarakat Program pemuwafakatan antara Masyarakat setempat boleh diadakan melalui program program ilimiah seperti ceramah motivasi,aktiviti keagamaan,makan beradab, gotong royong, majlis perkahwinaan dan sebagainya. 6
2. Hari Keluarga dan Sukan Rakyat Program yang melibatkan seluruh ahli Masyarakat boleh diadakan.pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta.Selain dapat menhilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas,program ini dapat membina persefahaman,keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga Masyarakat. 3. Acara kebudayaan dan kesenian Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi,boria,dikir barat,persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain lain lagi yang disertai oleh anggota Masyarakat.Selain dapat berhibur, semua yang terlihat dapat memahami dam mematuhi peraturan yang digariskan.
4. Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali Setiap kali menjelang hari perayaan, Masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau NGO mangatur program yang melibatkan seluruh warga Masyarakat.Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati Bersama.Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang kemampuan.Ucapan selamat yang diberikan,disambut dengna penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan. 5. Aktiviti Riadah Kerajaan perlu menggalakan Masyarakat untuk mengambil bahagian dalam program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan,Majlis Belia Masyarakat,Jabatan Agama Islam,Rakan Muda,INMND dan sebagainya.Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah senamrobik,mencari harta karun,larian,Perarakan Samabutan Maulidur Rasul dan Ma’al Hijrah,Larian Merdeka dan sebagainya.Masyarakat dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesame Masyarakat melalui berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum.
7.0 KEPENTINGAN KEPENTINGAN MENGAMALKAN PERPADUAN 1.Dapat mengelakkan semangat assabiah Semangat assabiah ialah semangat kekitaan yang hanya memenitngkan diri sendiri.Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum.Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam.Akhibatnya,wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. 2.Perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara Perpaduan yang ditunjukkan oleh Masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing unutk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya Masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung.Selaras dengan itu,ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan pelancong asing.Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara.Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia.Rentetan itu,perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara lain. 3.Nama negara juga akan disanjungi dan meningkatkan imej negara di mata dunia. Malaysia pastinya akan menjadi ‘role model’ kepada negara negara pentas dunia, seterusnya akan dapat meningkatkan imej negara.Di negara lain,perpaduan berkemungkinan berada pada tahap yang amat rendah jika dibandingkan dengan negara kita yang mempunyai Masyarakat yang Bersatu padu. 7
8.0KESAN MASYARAKAT TIDAK BERSATU PADU 8 1.Masyarakat yang telah berpecah belah 2.Negara menjadi kacau-bilau dan huruhara 3.Keselamatan dan keamanan negara akan terancam 4.Kadar jenayah di dalam Negara akan meningkat 5.Perbalahan dan pengaduhan antara kaum akan terjadi 6.Masyarakat seling benci membenci dan tiada rasa kasih sayang,tanggungjawa b dan berleluasa 7.Tunjuk perasaan,perhimpuna n dan aktiviti yang tidak sihat akan berterusan 8.Berikutan itu,nyawa setiap rakyat dalam keadaan tidak selamat dan terancam 9.Wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman. 10.Aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar dan juga mungkin berhenti dengan serta-merta.
9.0 PERPADUAN DAPAT DIKEKALKAN Malayasia memiliki komposisi penduduk yang terdiri kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesame kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembagunan negara. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita. Menurut Menteri Perdagangan Antarabagsa dan Industri Malaysia (MTI),Datuk Sri Mustapa Mohamad, agenda perpaduan sentiasa dititikberatkankerana dengan Bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejathera dan rakayatnya sentiasa mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara serta ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing. Tambahan pula, konsep satu Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” juga meneragkan bahawa hubungan harmoni dan Kerjasama antara pelbagai kaum merupakan bahawa hubungan harmoni dan Kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Secara umunya, perasaan prasangka dan ketidakpuasaan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah satu pekara asing. Persoalannya, bagaimana kita menangani isu ini secara berhemah agar kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian negara. 9
10. 0 PERGOLAKAN KAUM MENGGUGAT KEDAULATAN NEGARA Negara kita telah pun mencapai kemerdekaan selama 55 tahun, namun dalam soal perpaduan di kalangan Masyarakat berbilangkaum masih tidak lagi diselasaikan sepenuhnya. Pada masa kini, hubungan yang harmoni sesame kaum dipandang ringan oleh sebahaagian besar daripada kita. Menurut Datuk Mohd.Ariff Sabri Abdul Aziz, isu sensetif antara kaumdalam soal hak, warna kulit, kepercayaan agama dan budaya sering deprtikaikan. Sebagai contoh, dalam insiden seorang pengetua sekolah menengah dan penolong pengarah sebuah agensi Kerajaan yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis, mereka didakwa menyebut pelajar cina tidak diperlukan di negara inindan boleh pulang ke china di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai pelajar- pelajar india seperti rantai anjing adalah amat menyedihkan. Walaupun terdapat sebab-sebab di sebalik kejadian tersebut, tetapi perkataan sedemikian yang dikeluarkan oleh seseorang yang berkelayakantinggintelah menyebabkan ketidakpuasaan hati di kalangan Masyarakat Cina dan India, seolah-olah mereka diperlakukan seperti warga negara kelas kedua. Pada satu sudut yang lain pula, seorang bloger yang kemudian menjadi artis dan pengarah popular yang Bernama Namewee sering kali mengubah lagu-lagu yang mengandungi unsurunsur yang dilihat sebagai rasis oleh orang Melayu. Tetapi Namewee dikatakan bertindak sedemikian hasil daripada pengalamanya yang tidak dilayan dengan wajar oleh pihak-pihak tertentu. Filem kontroversinya ‘Nasi Lemak 2.0’ tidak menikmati penolakan cukai sebanyak 20% sebagaimana yang dinikmati oleh kebanyakan filem tempatan Malaysia yang lain walaupun filem tersebut berjaya menonjolkan konsep 1Malaysia dan telah memenagi pelbagai anugerah dan pengiktirafan di luar negara. Ironinya, tidak sebarang pengecualiaan atau pengiktirafaan yang diberikan walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (2011), menyokong dan berkata bahawa ‘Nasi Lemak 2.0’ merupakan filem 1Malaysia. Justeru ini membuktikan bahawa isu keharmonian antara kaum masih menjadi persoalan besar dan penyelesaian bagi masalah ini tidak ditemui lagi walaaupun pelbagai usaha telah diambil. 10
11.0 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KETIDAKHARMONIAN HUBUNGAN ANTARA KAUM Terdapat factor-faktor yang menyebabkan berlakunya kenyataan di atas. Pertama sekali merupakan faktor sistem Pendidikan yang bersaingan. Rakyat Malaysia terbahagi kepada 3 kaum utama iaitu Melayu,Cina dan India yang mempunyai bahada ibunda yang berbeza dan sistem persekolahan yang tersendirian. Ini sekaligus memisahkan pelajar mengikutbahasa ibunda masing-masing. Misalnya, sekolah aliran kebangsaan akan mengunakan Bahasa melayu sebagai Bahasa penghantar. Justeru, majoriti kaum melayu yang akan menuntut di sekolah melayu. Situasi ini menyebabkan interaksi para pelajar yang berbeza kaum dengan kaum yang berlainan sangat-sangat terhad. Persefahaman antara satu sama lain juga tidak disampaikan denga sepenuhnya. Tambahan pula, sejak kedatangan orang cina ke tanah melayupada abad ke-19, selain bertujuan untuk mencari kekayaan, orang cina tidak lupa akan tanggungjawab sosial mereka iaitu mendidik kanak-kanak cina agar mereka mewarisi Bahasa dan budaya etnik cina. Justeru, penubuhan sekolah vernacular cina menjadi satu agenda penting kepada mereka(Tan Yao Sua, 2005:65). Selain daripada itu, ibu bapa yang tidak yakin terhadap sekolah kebagsaan tetapi menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebagsaan yang merasakan struktur Pendidikan tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anakmereka juga menjauhi hubungan antara etnik. Faktor yang kedua ialah keadaan politik di negara kita. Isu-isu mengenai Bahasa, budaya,agama ,kerakyataan dan ekonomi sering kali dijadikan isu oleh orang politik bagi tujuan tertentu. Teknik-teknik yang digunakanoleh orang politik berkenaan isu sensitive tersebut akan memberi impak yang negative kepada rakyat. Setiap kaum akan cuba mempertahankan hak mereka bagi mendapatkan satu keadaana yang sama rata. Sebagai contoh, parti-parti politik tertentu cuba mengambil pulang untuk menimbulkan perasaan kurang senang hati di Kalangan Masyarakat dan seterusnya menyebarkan propaganda berkenaan isu perkauman. Di samping itu, perbezaan nilai antara etnik juga mengakibatkan hubungan antara kaum bertambah rumit. Setiap kaum mempunyai budaya, kepercayaan dan Bahasa yang berlainan. Justeru, setiap kaum akan mengamalkan ciri-ciri yang kemudianya menjadi identity diri mereka. Persoalanya apabila identity mereka dipersoalkan ,kesejatheraan dan keamanan negara akan terancam. Oleh itu setiap etnik cuba mengambil keputusan bagi mengurangkan interaksi antara satu sama lain. Impaknya jurang hubungan antara kaum semakin membesar. Anggota etnik akan memilih etnik yang sama dengan mereka sebagai kawan maahupun rakan sekerja. Mereka mendapati sukar untuk mengadaptasikan diri dan menerima budaya etnikyang lain dan menganggapnya tidak akan memberi apa-apa faedah kepada mereka dalam kehidupan seharian. Masalah saling menyalahkan etnik-etnik tertentu akan wujud.
11 12.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etrik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara. Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Justeru, masyarakat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, Pendidikan dan integriti. Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran rintangan global yang besar. Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Sebarang kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati antara kaum yang diterjemahkan secara berlebihan hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan persengketan dan akhirnya merugikan negara kita sendiri dan membazirkan usaha-usaha yang tekah diusahakan oleh pemimpin-pemimpin dahulu. 12 13.0 LAMPIRAN RIADAH PERKAUMAN
Menyambut Hari Malaysia bersama kaum di Malaysia Menyambut hari perayaan dengan bersama kaum lain 13
TERIMA KASIH