CERPEN TALIA DAN RAKSASA QADQAD
A. SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan Talia, anak seorang Orang Asli yang telah merawat
seekor makhluk menyerupai katak yang diberi gelaran Raksasa Qadqad. Talia
menemui anak makhluk yang cedera akibat terkena libas gergaji itu ketika bermain
di pinggir huma lalu segera merawatnya dengan daun dalut. Cerita Talia tentang
makhluk itu pada mulanya hanya dianggap khalayan oleh ibu bapanya, namun
akhirnya mereka mengakui kebenaran tersebut apabila beberapa orang ahli suku
turut berselisih dengan makhluk-makhluk itu. Dalam satu insiden, makhluk itu telah
menyerang pekerja-pekerja lombong sebagai balasan kerana menetak mati
sekumpulan keluarga mereka. Pada masa itulah, Raksasa Qadqad yang dirawat oleh
Talia sebelum ini sekali lagi bertemu dengan Talia yang pada masa ituberada di
kawasan lombong kerana mereka ingin ke bandar untuk membawa adiknya yang
sakit. Apabila raksasa itu tidak mencederakan keluarga Talia, Tuan Binjah
beranggapan bahawa makhluk itu alah akan tanah ungu yang pada masa itu ada di
tangan, rambut dan kuku Talia. Tuan Binjah yang tamak dan menginginkan
kekayaan, menghalau sukuk aum yang diketuai oleh Tuk Sibat agar meninggalkan
perkampungan mereka. Talia yang terkejut apabila melihat ayahnya ditembak oleh
Tuan Binjah segera memanggil Raksasa Qadqad untuk membantunya. Ratusan
makhluk itu menyerang Tuan Binjah dan pengikut-pengikutnya. Mereka semua mati
dalam serangan itu. Kisah Taliadan raksasa itu menjadi bualan penduduk kampung.
B. TEMA DAN PERSOALAN
Tema Contoh
Berbuat kebaikan Budi dan kemurnian hati Talia yang merawat anak
dibalas dengan raksasa Qadqad yang cedera menyebabkan mereka
kebaikan selamat daripada serangan Qadqad. Malah makhluk
itu telah membantu Talia ketika diserang oleh Tuan
BInjah dan orang-orangnya.(muka surat 66)
Persoalan Contoh
Kemurnian hati seorang Talia telah membantu seekor makhluk Qadqad yang
kanak-kanak cedera menggunakan pucuk daun dalut.
Kehidupan orang asli Ahli-ahli suku yang diketuai oleh Tuk Sibat sering
yang berpindah-randah berpindah-randah apabila tanah lereng bukit tidak
subur lagi untuk aktiviti pertanian.
Kasih sayang ibu bapa Dodo dan Misa mencari jalan untuk membawa Jini
terhadap anak-anak yang demam panas ke hospital untuk mendapatkan
rawatan.
Pencerobohan alam Tuan Binjah yang tamak sanggup memusnahkan
semula jadi yang alam semula jadi demi menambah kekayaannya.
berleluasa
C. WATAK DAN PERWATAKAN
D. PLOT
E. LATAR
F. GAYA BAHASA
G. NILAI DAN PENGAJARAN