BAB 3 PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIM Cikgu Mawarni Fittrie
SISTEM SURIA UTARID ZUHRAH BUMI MUSYTARI MARIKH URANUS ZUHAL NEPTUN SISTEM SURIA TERDIRI DARIPADA MATAHARI DAN 8 BUAH PLANET UTAMA. SEMUA PLANET INI BEREDAR MENGELILINGI MATAHARI MENGIKUT ORBIT MASINGMASING.
PERGERAKAN BUMI Pergerakan bumi berlaku dalam dua cara: a.Putaran bumi (bumi berputar pada paksinya) b.Peredaran bumi (bumi beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya)
• Bumi berputar pada paksi iaitu satu garis lurus rekaan(ilusi) yang menganjur dari kutub utara ke kutub selatan. • Paksi condong 23 1/2 darjah pada satah tegak. • Putaran bumi dari barat ke timur mengikut arah lawan pusingan jam • Menyebabkan matahari kelihatan terbit dari sebelah timur dan terbenam di sebelah barat. • Satu putaran mengambil masa 24 jam. PUTARAN BUMI
KESAN-KESAN PUTARAN BUMI KESANKESAN PUTARAN BUMI KEJADIAN SIANG DAN MALAM KEJADIAN PASANG SURUT PERBEZAAN WAKTU TEMPATAN PEMBIASAN ANGIN LAZIM
KEJADIAN SIANG DAN MALAM • Semasa berputar, permukaan bumi yang menghadap matahari akan mengalami siang. • Manakala permukaan yang terlindung daripada matahari akan mengalamai malam.
PERBEZAAN WAKTU TEMPATAN Mengapakah terdapat perbezaan waktu bagi ketiga-tiga tempat di atas?
• Bumi mengambil masa selama 24 jam untuk melengkapkan satu putaran penuh(360°). • Setiap 1 jam bumi berputar sebanyak longitud 15° dan setiap 1° mengambil masa selama 4 minit. • Kesan putaran bumi dalam tempoh 24 jam ini telah mewujudkan 24 zon waktu (1 jam setiap 1 zon) • Putaran bumi dari barat ke timur menyebabkan kawasan di timur Garisan Meridian Pangkal menerima cahaya matahari terlebih dahulu berbanding kawasan di sebelah barat.
PEMBIASAN ANGIN LAZIM • Putaran bumi dari barat ke timur menghasilkan daya gravity bumi yang dinamakan daya koriolis (daya pesongan aliran udara yang terhasil kesan putaran bumi). • Daya koriolis menyebabkan pemesongan arah tiupan angin lazim dunia. • Tarikan graviti menyebabkan pergerakan angin terbias ke arah kanan daripada tiupannya di hemisfera utara. • Di hemisfera selatan pula, tiupan angin terbias ke arah kiri.
• Kejadian pasang surut berlaku disebabkan oleh tarikan graviti antara bumi dengan bulan atau matahari. • Tarikan daya graviti bulan yang kuat akan menarik air laut di permukaan bumi yang menghadap bulan. KEJADIAN PASANG SURUT Kawasan B dan D akan mengalami peningkatan paras air laut (air pasang). Kawasan A dan C akan mengalami air surut kerana air laut tertarik ke kawasan B dan D.
PEREDARAN BUMI • Peredaran bumi mengelilingi matahari serta kecondongan paksinya juga menyebabkan berlakunya kejadian empat musim dalam setahun. • Negara-negara yang mengalami kejadian empat musim yang nyata ialah negara-negara Eropah, Kanada, Amerika Syarikat, China dan Jepun. • Pergerakan bumi ini adalah mengikut lawan pusingan jam yang mengambil masa kirakira 365¼ hari.
KEJADIAN 4 MUSIM
KEJADIAN 4 MUSIM MUSIM HEMISFERA UTARA HEMISFERA SELATAN CIRI-CIRI MUSIM SUASANA Ekuinoks Musim Bunga Mac-Mei SeptemberNovember • Matahari tegak di Garisan Khatulistiwa (0°) • Hemisfera utara dan Hemisfera selatan mengalami siang dan malam yang sama panjang. Solstis Musim Panas Jun - Ogos Disember - Februari • Matahari tegak di Garisan Sartan ( 23 1/2 U ) • Hemisfera utara (siang lebih panjang • Hemisfera selatan (malam lebih panjang) • Kutub Utara ( 24 jam siang) • Kutub selatan ( 24 jam malam)
MUSIM HEMISFERA UTARA HEMISFERA SELATAN CIRI-CIRI MUSIM SUASANA Ekuinoks Musim Luruh September - November Mac - Mei •Matahari tegak di Garisan Khatulistiwa ( 0 ) •Hemisfera utara dan Hemisfera selatan mengalami siang dan malam yang sama panjang Solstis Musim Dingin Disember - Februari Jun - Ogos •Matahari tegak di Garisan Jadi ( 23 1/2 S ) •Hemisfera utara (malam lebih panjang •Hemisfera selatan (siang lebih panjang) •Kutub Utara ( 24 jam malam) •Kutub selatan ( 24 jam siang)
GERHANA MATAHARI • Matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garisan yang selari di mana bulan berada di tengah antara matahari dan bumi. • Keadaan ini menyebabkan kawasan yang terhalang oleh bulan terlindung daripada matahari dan berlakulah gerhana matahari. • Di kawasan umbra mengalami gerhana penuh, manakala kawasan penumbra mengalami gerhana separa.
GERHANA BULAN • Matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garisan yang selari di mana bumi berada di tengah antara matahari dan bulan • Keadaan ini menyebabkan cahaya matahari terlindung oleh bumi dan tidak terpancar ke bulan. • Ini menyebabkan bulan akan ditutupi oleh bayang-baying bumi dan menyebabkan berlakunya gerhana bulan.
UJI MINDA 1. Pergerakan bumi berlaku dalam ___________ cara, iaitu ________________ dan _________________. 2. Bumi beredar mengelilingi ___________________________________. 3. Berapa lamakah tempoh yang diperlukan oleh bumi untuk melengkapkan satu pusingan? 4. Nyatakan arah putaran bumi. 5. Berapakah kecondongan paksi bumi pada satah tegak?