The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mirzalmasyg, 2020-11-24 09:23:38

BAB 12 SUMBER AIR

SUMBER AIR DI MALAYSIA

Keywords: BAB 12

GEOGRAFI TINGKATAN 1
BAB 12

SUMBER AIR

MAWARNI FITTRIE BT DAUD

GEOGRAFI TINGKATAN 1

BAB 12 SUMBER AIR

Malaysia menerima jumlah
hujan yang tinggi sepanjang
tahun iaitu kira-kira 2500mm
hingga 3000mm setahun.
Disebabkan itu, Malaysia kaya dengan
sumber air iaitu, sumber air permukaan dan
air bawah tanah. Sumber air utama di
Malaysia adalah sumber air permukaan.
97% sumber air di Malaysia merupakan air
permukaan.

Sungai Muda, Kedah AIR PERMUKAAN
Empangan Bakun, Sarawak Apabila hujan turun, air hujan akan
mengalami proses hidrologi seperti intersepsi
dan infiltrasi. Air hujan akan mengalir di
permukaan bumi sebagai air permukaan.
Contoh air permukaan seperti sungai, tasik
dan empangan. Sungai merupakan sumber air
utama untuk kegunaan harian di Malaysia
termasuk kegunaan domestik(di rumah),
industrI dan sumber pengairan pertanian.

Tasik Bera, Pahang

Perigi

AIR BAWAH TANAH Air bawah tanah
Air yang tersimpan dalam lapisan
tanah atau batuan di bawah
permukaan bumi. Hanya 3% air bawah
tanah digunakan di Malaysia. Contoh
air bawah tanah di Malaysia seperti air
mata air, air telaga dan perigi.

Apakah punca krisis air
di Malaysia?

Krisis air di Malaysia
berlaku disebabkan oleh

beberapa faktor

Penebangan hutan di
kawasan tadahan air

Peningkatan Fenomena cuaca
populasi penduduk

Pencemaran baja Pembuangan
kimia dan racun sampah ke dalam

serangga sungai

Permintaan tinggi
dalam sektor
perindustrian

Penebangan Hutan di Kawasan Tadahan Hujan.

Kawasan tadahan hujan
penting dalam memastikan

sumber air sentiasa ada.
Hutan merupakan kawasan
tadahan hujan yang penting.
Aktiviti penebangan hutan untuk kegiatan
pembalakan dan pertanian menyebabkan
hakisan tanah. Pemendapan dan hakisan cerun
menjejaskan bekalan serta kualiti sumber air di

Malaysia.

Fenomena Cuaca

Fenomena cuaca
panas dan kering
atau El Nino juga merupakan
salah satu punca berlakunya
krisis air. Contoh terkini boleh
dilihat pada krisis air yang
melanda negeri Melaka pada awal tahun 2020
baru-baru ini yang telah mengakibatkan sumber
bekalan air di negeri Melaka terjejas. Paras air di
Empangan Durian Tunggal dan di Empangan Jus
juga mengalami penyusutan teruk.

Permintaan yang Tinggi Sektor
Perindustrian

Permintaan terhadap air dalam
sektor perindustrian kian meningkat
mutakhir ini, terutama dalam sektor

industri pemprosesan makanan,
industri pembuatan dan penyaduran

serta industri kimia.

Pembuangan Sampah

Pembuangan sampah sarap
ke dalam sungai telah menyebabkan
kebanyakan sungai di Malaysia tercemar
dengan sampah dan sisa industri. Selain
sungai dicemari sampah yang dibuang oleh
masyarakat secara umumnya, terdapat juga
pencemaran sungai akibat pembuangan
bahan kimia berbahaya seperti yang
berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang
Johor pada Mac 2019 yang telah memberi
kesan yang sangat buruk terhadap
penduduk setempat dan alam sekitar

kawasan tersebut.

Penggunaan Baja Kimia dan Racun Serangga
dalam Pertanian

Penggunaan baja kimia dan racun serangga
secara berlebihan dalam aktiviti pertanian

menyebabkan pencemaran sungai yang serius.
Hal ini berlaku kerana apabila baja kimia
dan racun serangga perosak digunakan,
hujan yang turun akan membawa dan
mengalirkan bahan tersebut ke dalam
tanah dan seterusnya mengalirkannya
ke sungai, seterusnya akan
menyebabkan sungai tercemar.

Peningkatan Populasi Penduduk Malaysia

Peningkatan populasi penduduk di
Malaysia anggaran 35 juta orang
pada tahun 2020 menyebabkan
peningkatan permintaan terhadap
air terutama untuk kegunaan
harian penduduk.

KESAN KRISIS AIR DI MALAYSIA

Kekurangan Bekalan Air Bersih. Kesan ke Atas Tanih.
Kekurangan bekalan air akan Tanih akan menjadi kering-kontang
menyebabkan bekalan air bersih dan mengubah tekstur tanah. Ini akan
terpaksa dicatu. Hal ini akan memberi kesan kepada kegiatan
menyukarkan aktiviti harian penduduk pertanian seperti penanaman padi yang
dan mengganggu sektor perindustrian. akan menjejaskan bekalan makanan.

Apakah kesan krisis Leptospirosis ialah sejenis
air di Malaysia? penyakit zoonis(berjangkit
daripada haiwan kepada
Kepupusan Flora dan Fauna manusia), yang disebabkan
Pencemaran air memberi kesan buruk oleh Bakteris Leptospira sp.
kepada hidupan akuatik seperti ikan. Manusia boleh dijangkiti
Pencemaran air juga menyebabkan apabila terdedah kepada air,
kepupusan flora dan fauna yang akan makanan atau tanah yang
mengganggu keseimbangan ekosistem dicemari najis haiwan yang
dan dapat mengancam kehidupan dijangkiti seperti tikus dan
manusia. Contohnya ikan-ikan mati
akibat pencemaran sungai. hidupan liar yang lain.

Bakteria Leptospira sp

Kemudaratan Kepada Manusia
Pencemaran boleh mengakibatkan
penularan penyakit bawaan air kepada
manusia apabila bekalan air bersih
tercemar. Contohnya penyakit taun,

demam kepialu dan leptospirosis.

LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KRISIS AIR

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Kawasan Tadahan Hujan

Kerajaan harus melarang kegiatan penebangan hutan di kawasan
yang jaraknya kurang 10km dari kawasan tadahan hujan. Ini
bertujuan untuk menjaga kawasan tadahan air daripada
kemusnahan dan tercemar kerana kawasan ini penting untuk
membekalkan air bersih ke kawasan empangan.

Rawatan Air Kumbahan

Rawatan air kumbahan adalah proses merawat, menapis dan
melepaskan semula air ke dalam sungai bagi tujuan untuk
menjadikan air selamat digunakan, terutama sebagai air minuman. Di
Malaysia Indah Water Konsortium (IWK) berperanan untuk
membangunkan dan menyelenggara sistem rawatan air kumbahan.

Penguatkuasaan Undang-undang

Pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang yang
berkaitan bagi mengurangkan kesan krisis air. Antaranya seperti
Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air dan Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974. Pemantauan dan Tindakan secara serius juga perlu dilakukan
oleh pihak berkuasa dalam memantau pengilang yang membuang
bahan toksik dan sisa kimia ke dalam sungai. Jabatan Alam Sekitar
(JAS) perlu memantau penggunaan baja kimia dan racun serangga di
kawasan pertanian agar petani mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Meneroka Air Bawah Tanah

Menurut anggaran hanya 3% air bawah yang telah diteroka di
Malaysia, sementara air bawah tanah mampu diekstrak sebanyak 6
bilion meter padu setahun. Jadi, Langkah meneroka air bawah tanah
mampu mengatasi masalah krisis air di kebanyakan kawasan. Antara
negeri yang menggunakan air bawah tanah ialah Kelantan dan
Selangor.

Kempen Kesedaran Alam Sekitar

Pendidikan dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat,
manakala kempen pula dapat meningkatkan kesedaran dalam
kalangan masyarakat akan pentingnya penjagaan alam sekitar.
Pendidikan alam sekitar boleh diselitkan dalam pembelajaran di
sekolah, manakala kempen boleh dijalankan oleh agensi
kerajaan dan badan bukan kerajaan(NGO). Contoh Sambutan
Hari Sungai Sedunia yang dianjurkan oleh WWF pada 27
September 2015.


Click to View FlipBook Version