The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mirzalmasyg, 2021-07-08 11:00:00

CONTOH KLGT3

Contoh laporan KLGT3

Keywords: KLGT3

SMK AIR MOLEK, MELAKA

KAJIAN LAPANGAN
GEOGRAFI TINGKATAN 3

TAJUK:
Kajian Kes Tentang Pengangkutan Darat di

Kawasan Air Molek, Melaka.

NAMA MURID : ______________________
TINGKATAN : ______________________
GURU MATA
PELAJARAN : ______________________

KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL ISI KANDUNGAN
1
1 Penghargaan 2
2 Pendahuluan 3
3 Objektif Kajian 4
4 Kaedah kajian 5
5 Kawasan Kajian 6
6 Hasil Kajian 12
7 Rumusan 13
8 Rujukan 14
9 Lampiran

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah kerana telah dapat
menyiapkan Kerja Lapangan Geografi Pentaksiran Tingkatan 3 ini seperti yang
dirancang. Seterusnya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru
mata pelajaran geografi saya, iaitu Puan Mawarni Fittrie Bt. Daud yang telah
membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada saya tanpa jemu sehingga
kerja lapangan ini berjaya disiapkan dengan sempurna.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan
dan terima kasih atas sokongan dan dorongan daripada ibu bapa saya
sepanjang saya menyiapkan kajian lapangan ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
responden-responden yang sudi meluangkan masa untuk ditemubual oleh
saya. Tidak lupa juga rakan-rakan sekelas saya yang sanggup berkongsi
maklumat dan bertukar-tukar pendapat dan sama-sama menjayakan kerja
lapangan ini.

Tanpa sekongan daripada semua pihak, mungkin saya tidak dapat
menyiapkan kerja lapangan ini dengan sempurna.

PENDAHULUAN

Kajian ini merupakan tugasan wajib untuk dijalankan oleh semua pelajar
tingkatan 3 yang menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 seperti yang diarahkan
oleh Lembaga Peperiksaan. Kajian Lapangan Geografi Tingkatan 3 (KLGT3) ini
dijalankan berdasarkan tajuk yang telah ditetapkan oleh guru mata pelajaran
Geografi saya, iaitu “Kajian Kes Tentang Pengangkutan Darat di Kawasan Air
Molek, Melaka”.

Antara sebab utama saya memilih Air Molek sebagai kawasan kajian
saya kerana merupakan tempat tinggal saya, jadi ini akan memudahkan saya
untuk menjalankan kajian dan mendapatkan data dan maklumat yang
berkaitan.

Tempoh masa yang telah ditetapkan untuk saya menyiapkan kajian ini
adalah selama 4 minggu merangkumi perancangan dan pelaksanaan serta
tempoh 6 waktu mata pelajaran di sekolah untuk menulis laporan lengkap.
Diharap hasil daripada laporan saya ini dapat memenuhi kehendak KLGT3 PT3
Geografi 2019.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian Kes Tentang Pengangkutan Darat di Kawasan Air Molek, Melaka ini
saya jalankan bagi memenuhi objektif-objektif seperti berikut:

a) Mengenal pasti kawasan kajian dan jenis pengangkutan darat yang
digunakan di kawasan Air Molek ini.

b) Menentukan dan menggunakan kaedah kajian yang sesuai untuk
mendapatkan maklumat dan data berkaitan pengangkutan darat di
kawasan ini.

c) Melukis dan mentafsir graf bar mudah tentang jenis dan jumlah
pengangkutan darat di kawasan ini.

d) Mengenal pasti dan menghuraikan kepentingan pengangkutan darat di
kawasan kajian.

KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian yang saya jalankan ini,
beberapa kaedah yang bersesuaian telah saya gunakan. Antara kaedah yang
telah digunakan adalah seperti berikut:

a) Kaedah Pemerhatian
Bagi mendapatkan maklumat dan data yang tepat berkaitan jenis dan
jumlah kenderaan di kawasan Air Molek untuk kajian ini, saya telah
menjalankan pemerhatian bersama rakan-rakan saya di perhentian bas
berdekatan dengan rumah saya di Jalan Air Molek/Tiang Dua selama 30
minit.

b) Kaedah Temu Bual
Saya telah menjalankan temu bual terhadap tiga orang responden, iaitu
jiran-jiran saya, bagi mendapatkan maklumat dan pandangan mereka
berkenaan kepentingan pengangkutan darat di kawasan Air Molek ini.

c) Kaedah Rujukan
Untuk mendapatkan maklumat dan peta kawasan ini, saya telah membuat
rujukan di internet dan juga rujukan buku teks(seperti dalam rujukan).

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Kawasan Air Molek, yang terletak di dalam Daerah
Melaka Tengah. Kedudukan kawasan Air Molek ini strategik kerana
berdekatan dengan Bandar Melaka yang merupakan kawasan tumpuan di
negeri Melaka dari aspek kawasan perniagaan, pelancongan, pendidikan,
perkhidmatan dan perubatan. Kawasan Air Molek ini didiami oleh penduduk
berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India.

Di kawasan Air Molek ini, terdapat beberapa ciri fizikal seperti kawasan
tanah pamah yang luas yang membolehkan pembinaan jalan raya,
petempatan, bangunan rumah kedai, sekolah klinik di bina di kawasan ini.
Selain itu, dengan adanya kawasan tanah pamah ini membolehkan aktiviti
pertanian dijalankan di kawasan Air Molek. Selain kawasan tanah pamah, di
kawasan Air Molek juga terdapat sebatang sungai iaitu Sungai Air Molek.

Dengan adanya ciri fizikal di kawasan Air Molek ini, telah wujud banyak
ciri budaya seperti Klinik kesihatan Air Molek, pejabat pos, stesen minyak,
masjid, surau, kedai, Sekolah Kebangsaan Air Molek, Dewan Japerun,
petempatan jalan raya.

PETA KAWASAN KAJIAN

(INI CONTOH SAHAJA, BUKAN KAWASAN KAJIAN SEBENAR)



TAFSIRAN GRAF

Graf di sebelah menunjukkan bilangan kenderaan yang melalui Jalan Air
Molek/Tiang Dua, Air Molek, Melaka dalam tempoh 30 minit. Melalui
pemerhatian yang telah saya jalankan bersama rakan-rakan saya, didapati
jenis kenderaan yang paling banyak melalui kawasan ini dalam tempoh 30
minit pemerhatian ialah motorsikal, iaitu sebanyak 53 buah. Ini diikuti oleh
kereta sebanyak 40 buah. Seterusnya, basikal mencatatkan jumlah sebanyak
12 buah. Van dan lori pula masing-masing 8 buah dan merupakan kenderaan
yang paling kurang melalui jalan ini dalam tempoh 30 minit pemerhatian saya.

Motorsikal mencatatkan jumlah yang paling banyak melalui jalan Air
Molek/Tiang Dua ini kerana kawasan ini merupakan kawasan kampong. Jadi
dengan menggunakan motorsikal memudahkan penduduk untuk bergerak ke
mana-mana misalnya ke Pekan Duyong untuk membeli barang keperluan
dapur. Manakala lori dan van paling kurang melalui jalan ini dalam tempoh 30
minit kerana van yang melalui jalan ini kebanyakannya van pekerja dan lori
pula adalah lori tanah.

Kesimpulannya, penduduk di kawasan ini lebih suka menggunakan
motorsikal kerana ringkas dan mudah untuk bergerak ke mana-mana.

• Meningkatkan darjah
ketersampaian

KEPENTINGAN • Menjimatkan
PENGANGKUTAN masa

DARAT DI
KAWASAN AIR

MOLEK

• Membawa
penumpang dan

barang

PETA i-THINK

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN DARAT DI
KAWASAN AIR MOLEK, MELAKA.

Pengangkutan darat memainkan peranan penting dalam kehidupan
penduduk di Kawasan Air Molek, Melaka ini. Hal ini kerana pengangkutan darat
merupakan satu-satunya jalan pengangkutan utama yang terdapat di kawasan
Air Molek ini kerana bentuk muka buminya mempunyai kawasan tanah pamah
yang luas membolehkan wujudnya pengangkutan darat di kawasan ini dengan
adanya pembinaan jaringan jalan raya di kawasan Air Molek ini. Tidak kira
pengangkutan darat persendirian mahupun pengangkutan awam, kedua-
duanya memainkan peranan penting dalam menghubungkan penduduk
dengan kawasan yang berhampiran.

Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan, saya telah mengenal
pasti beberapa kepentingan pengangkutan darat terhadap penduduk di
kawasan Air Molek ini. Antaranya ialah membawa penumpang dan barangan.
Dengan adanya pengangkutan darat dapat membawa penumpang ke tempat
yang dituju seperti pergi ke sekolah, pergi ke tempat kerja mahupun ke bandar
Melaka. Contohnya van sekolah yang menghantar murid-murid di sekitar Air
Molek ke sekolah-sekolah berhampiran seperti Sekolah Kebangsaan Air Molek
dan Sekolah Menengah Kebangsaan Air Molek.

Selain itu, berdasarkan jawapan responden, pengangkutan darat di
kawasan ini juga dapat membawa barang-barang ke tempat yang dituju seperti
membawa barang-barang perniagaan di sekitar kawasan Air Molek dan
Melaka. Misalnya peniaga-peniaga pasar malam Air Molek pada hari Khamis
dapat membawa barang-barang perniagaan mereka dari rumah ke tapak
pasar malam dengan menggunakan van mahupun kereta. Selain itu, lori yang
saya dapati lalu di kawasan pemerhatian saya mebawa tanah dari kawasan
Tiang Dua untuk dibawa ke bandar Melaka dan kawasan sekitarnya.

Seterusnya, kepentingan pengangkutan darat di kawasan Air Molek
ialah dapat meningkatkan darjah ketersampaian. Penduduk-penduduk di
kawasan Air Molek ini dapat bergerak ke destinasi masing-masing seperti ke
tempat kerja mahupun ke sekolah dengan adanya pengangkutan darat seperti
menaiki kereta, van dan motorsikal. Dengan adanya kereta memudahkan ibu
bapa menghantar anak-anak ke sekolah. Selain itu, dengan adanya kereta dan
motorsikal memudahkan penduduk kawasan ini untuk ke tempat kerja seperti
di bandar Melaka atau kawasan sekitarnya tanpa perlu menunggu bas. Dengan
adanya kereta juga memudahkan penduduk untuk membeli barang-barang
keperluan rumah di kedai runcit mahupun pasar raya seperti “Family Store”.

Dengan adanya kenderaan seperti motorsikal pula dapat menjimatkan
masa kerana saiz motorsikal yang kecil membolehkan pengguna motorsikal di
kawasan Air Molek ini untuk bergerak lebih pantas dan dapat mengelakkan
kesesakan trafik di kawasan ini terutamanya pada waktu kemuncak seperti
pada waktu pagi dan pada waktu petang ketika orang ramai keluar untuk pergi

dan balik dari tempat kerja ke rumah masing-masing. Secara tidak langsung
juga, penggunaan motorsikal oleh penduduk Air Molek dapat menjimatkan kos
bahan bakar.

Kesimpulannya, pengangkutan darat sangat penting kepada penduduk
di kawasan Air Molek ini dalam melaksanakan kehidupan seharian mereka.
Dengan adanya pengangkutan darat di kawasan ini juga semua urusan
penduduk menjadi mudah.

RUMUSAN

Hasil daripada data dan dapatan kajian yang telah saya jalankan ini,
saya dapati pengangkutan darat memainkan peranan penting di Kawasan Air
Molek ini. Dengan adanya bentuk muka bumi bertanah pamah yang luas
membolehkan pembinaan jaringan jalan raya di kawasan ini.

Pengangkutan darat penting kepada penduduk-penduduk di kawasan
Air Molek ini bagi memudahkan mereka bergerak ke mana-mana dengan
menggunakan pelbagai jenis kederaan darat seperti kereta, motorsikal, van,
lori mahupun basikal. Setiap kenderaan yang dimiliki memudahkan
pergerakan penduduk dan memudahkan penduduk untuk membawa barang-
barang. Selain itu, dengan adanya pengangkutan darat ini juga meningkatkan
darjah ketersampaian penduduk kerana penduduk di sekitar Air Molek boleh
pergi ke mana-mana dengan menggunakan kenderaan darat. Dengan adanya
kenderaan ringan seperti motorsikal dan basikal juga berjaya menjimatkan kos
bahan bakar, kerana motorsikal tidak memerlukan belanja minyak yang sangat
tinggi, lebih murah, menjimatkan dan mempercepatkan pergerakan kerana
tidak tersekat dalam kesesakan jalan raya. Manakala dengan adanya basikal
juga tidak memerlukan perbelanjaan bahan bakar.

Kesimpulannya, melalui kajian yang dijalankan ini telah memberikan
pendedahan kepada saya bahawa pengangkutan darat memainkan peranan
penting dalam kehidupan seharian. Dengan adanya pengangkutan darat ini
juga dapat membangunkan kawasan Air Molek ini pada masa akan dan akan
membolehkan pembukaan kawasan baru yang mudah dihubungi melalui jalan
darat.

RUJUKAN

1. Buku
Kang Chai Yeong, Zulkipli Bin Ismail & Rajanderan Subramaniam, 2017.
Buku Teks KSSM Geografi Tingkatan 2. Johor:IMS Books Trading Sdn.
Bhd.

2. Orang sumber
• Encik Zainal bin Kassim, 55 tahun,

No.32 Jalan P11 A5/2, Presint 11,
62300 Putrajaya.
• Puan Kamariah binti Abdullah, 52 tahun,
No. 43, Jalan Harmoni 2/5, Taman Harmoni,
Bandar Teknologi Kajang,
43500 Semenyih, Selangor.
• Encik Zailan bin Aman, 42 tahun,
No. 13, Jalan Harmoni 1/5, Taman Harmoni,
Bandar Teknologi Kajang,
43500 Semenyih, Selangor.

3. Internet
https://www.mysumber.com
https://www.googlemaps.air-molek

CONTOH SAHAJA

LAMPIRAN



BORANG TEMUBUAL
(MESTI ADA 3 HELAI)


Click to View FlipBook Version