PANDUAN KERJA
LAPANGAN
GEOGRAFI
TINGKATAN 3
TAJUK KERJA LAPANGAN:
CALON DIKEHENDAKI MENJALANKAN
KAJIAN TENTANG FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI KEGIATAN
EKONOMI DI KAWASAN TEMPAT
TINGGAL ATAU SEKOLAH ANDA.
Kerja kursus atau kajian lapangan ini
hendaklah merangkumi objektif kajian seperti
berikut:
1.Menjelaskan konsep dan takrifan kegiatan
ekonomi.
2.Mengenal pasti dan menyatakan kegiatan
ekonomi di kawasan kajian.
3.Menghuraikan faktor yang mempengaruhi
kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
4.Memberi cadangan kegiatan ekonomi
yang berpotensi dimajukan di kawasan
kajian.
FORMAT PENULISAN KERJA
KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3.
Berikut adalah format asas yang perlu ada dalam
penulisan laporan kerja kursus /kajian lapangan
Geografi T3(KLGT3):
A. PENGHARGAAN
B. PENDAHULUAN
C. OBJEKTIF KAJIAN
D. KAWASAN KAJIAN
E. KAEDAH KAJIAN
F. HASIL KAJIAN
G. RUMUSAN
H. RUJUKAN
Peringatan!!!
Laporan kerja lapangan WAJIB bertulis tangan.
MUKA DEPAN
TAJUK(CONTOH):
KAJIAN TENTANG FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI ini.
NAMA: DTIaKjAuWk AkaSAjiaNnDaUnYdOaNiGk.ut yang
TINGKATAN:
GURU MATA PELAJARAN:
Senarai Kandungan
Senarai Kandungan perlu dibuat untuk
memudahkan semakan terhadap setiap
perkara berkaitan tugasan kajian.
Contohnya adalah seperti berikut:
***Muka surat mesti mengikut muka surat
dalam laporan masing-masing.
PENGHARGAAN
Contoh Penghargaan
Pertama sekali syukur kepada Allah S.W.T. kerana
limpah izin serta rahmatnya, dapatlah saya menyiapkan
tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Seterusnya, saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua
SMK Taman Bunga, Puan Hajah Kalsum Binti Shukri yang
telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan
kajian ini. Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada
guru Geografi saya, Encik Fairuz bin Osman, yang tanpa
penat dan lelah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar
Panduan sahaja.sehingga kajian ini dapat diselesaikan dengan sempurna.
Tidak boleh ditiru.Selain itu, saya amat terhutang budi kepada kedua-dua
ibu bapa saya yang telah memberikan peruntukkan
perbelanjaan serta dorongan dan sokongan sepanjang
kajian ini disiapkan.
Dalam pada itu, penghargaan juga saya tujukan
kepada para responden yang telah memberikan kerjasama
secukupnya juga buat rakan-rakan sekelas saya Siti Sarah,
Nordiana, Fazira dan Syafiqah yang telah bersama-sama
dalam menyiapkan kajian ini. Tanpa sokongan dari setiap
pihak yang terlibat tidak mungkin saya dapat menyiapkan
kajian ini dengan jayanya kerana kerja-kerja untuk
menyiapkan tugasan ini memerlukan motivasi, usaha,
buah fikiran dan mahupun peruntukan kewangan bagi
memastikan ianya berjalan dengan lancar.
PENDAHULUAN
Pendahuluan / Pengenalan Pendahuluan ataupun pengenalan
adalah menyatakan terlebih dahulu tentang kawasan kajian,
merangkumi tajuk, sebab-sebab pemilihan kawasan kajian dan
latar belakang ciri fizikal dan budaya yang ada di kawasan kajian
secara ringkas yang merangkumi aspek seperti pembagunan
likasi kajian, sosio-ekonomi, guna tanah dan lain-lain.
Contoh Pendahuluan
Saya telah menjalankan kerja lapangan berkaitan
dengan Faktor yang Mempengaruhi Kegiatan
Ekonomi di Kawasan Duyong. Saya membuat kajian
tentang kegiatan ekonomi yang terdapat di
kawasan Duyong dan faktor-faktor yang
mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan
Duyong. Selain itu, saya juga mengenal pasti
Panduan sahaja.potensi kegiatan ekonomi yang boleh dimajukan di
kawasan ini.
Tidak boleh ditiru.Antara sebab pemilihan kawasan kajian ini
adalah kerana kawasan ini berhampiran dengan
rumah saya, jadi ini memudahkan saya untuk
menjalankan kajian ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah sesuatu matlamat atau tujuan yang ingin
diperolehi mengikut tugasan kajian yang diberikan. Objektif kajian
juga merupakan perkara yang penting dalam sesuatu kajian. Contoh
huraian objektif kajian adalah seperti berikut.
Contoh Objektif
Panduan sahaja. Tidak boleh ditiru.Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi
kehendak tugasan kajian melalui aspek dan perkara-
perkara seperti berikut:
a) Menjelaskan konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.
b) Mengenal pasti dan menyatakan kegiatan ekonomi di
kawasan kajian.
c) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi kegiatan
ekonomi di kawasan kajian.
d) Memberi cadangan kegiatan ekonomi yang
berpotensi dimajukan di kawasan.
KAWASAN KAJIAN
Memperkenalkan kawasan kajian kepada umum dari segi lokasi,
lingkungan kawasan kajian, jarak dengan bandar terdekat, kaitkan
dengan pandang darat fizikal dan pandang darat budaya di kawasan
tersebut. Pelajar boleh mendapatkan maklumat tentang kawasan
kajian daripada internet(google), kemudian cetak sebagai rujukan
menulis latar belakang kawasan kajian.
Contoh Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah Taman Indera Mulia, yang
terletak di dalam Daerah Melaka Tengah. Kedudukan
kawasan ini strategik kerana berdekatan dengan Bandar
ditiru.Melaka yang merupakan kawasan tumpuan di negeri
Melaka dari aspek kawasan perniagaan, pelancongan,
pendidikan, perkhidmatan dan perubatan. Kawasan Taman
bolehIndera Mulia didiami oleh penduduk berbilang kaum seperti
Melayu, Cina dan India.
idakBentuk muka bumi di kawasan ini bertanah pamah
sahaja. Tmembolehkan aktiviti pertanian dijalankan di kawasan ini.
Selain kawasan tanah pamah, berhampiran kawasan ini
juga terdapat sebatang sungai iaitu Sungai Melaka.
Kawasan tanah pamah yang luas yang membolehkan
anduanpembinaan jalan raya, petempatan, bangunan rumah kedai,
sekolah dan klinik di bina di kawasan ini.
PDengan adanya ciri fizikal di kawasan ini, telah wujud
banyak ciri budaya seperti Klinik kesihatan Indera Mulia,
pejabat pos, stesen minyak, masjid, surau, kedai, Sekolah
Kebangsaan Indera Mulia, Dewan Japerun, kedai,
petempatan dan jalan raya.
KAEDAH KAJIAN
1.Menjelaskan kaedah kajian yang telah digunakan untuk
menghasilkan kerja lapangan yang lengkap.
2.Contoh kaedah kajian yang boleh digunakan:
Kaedah Pemerhatian
Kaedah Rujukan(buku teks, buku rujukan atau internet)
Kaedah Soal Selidik
Kaedah Temubual
Contoh Kaedah Kajian
Bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian yang saya
jalankan ini, beberapa kaedah yang bersesuaian telah saya
gunakan. Antara kaedah yang telah digunakan adalah
ditiru.seperti berikut:
a) Kaedah Pemerhatian
bolehSaya telah melakukan pemerhatian di sekitar Taman Air
Molek, Melaka bagi mengenal pasti jenis-jenis kegiatan
idakekonomi dan pekerjaan penduduk yang dijalankan di
kawasan ini.
sahaja. Tb) Kaedah Rujukan
Saya telah merujuk maklumat tentang konsep kegiatan
ekonomi melalui buku teks dan internet bagi mendapatkan
anduanmaklumat tentang kepentingan pekerjaan penduduk dalam
sektor ekonomi di kawasan kajian.
Pc) Kaedah Soal Selidik
Saya telah menjalankan soal selidik terhadap 10 orang
responden, iaitu penduduk setempat di kawasan Taman Air
Molek bagi mendapatkan maklumat tentang kegiatan
ekonomi utama di kawasan ini dan faktor-faktor yang
mempengaruhi kegiatan tersebut.
HASIL KAJIAN
Contoh Hasil Kajian
KONSEP DAN TAKRIFAN KEGIATAN EKONOMI
Ekonomi adalah ilmu yang mengkaji bagaimana manusia
mengagihkan sumber-sumber ekonomi yang terhad bagi memenuhi
keperluan dan kehendak manusia yang tidak terhad. Kegiatan
ekonomi pula adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia untuk
ditiru.mendapatkan sumber ekonomi tersebut di samping menghasilkan
pendapatan.
bolehKegiatan ekonomi di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga
sektor iaitu sektor primer, sekunder dan tertier.
sahaja. TidakRajah 1 Sektor Kegiatan Ekonomi
anduanPertama sekali, sektor primer merupakan kegiatan yang
mengeluarkan bahan mentah terus daripada sumber semula jadi.
Ianya merupakan kegiatan ekonomi terawal wujud di dunia ini dan
diusahakan sejak dahulu lagi. Antara jenis kegiatan ekonomi di
Pbawah sektor ini adalah pertanian, perikanan, penternakan,
perlombongan, dan pembalakan.
Seterusnya, sektor sekunder pula adalah aktiviti ekonomi yang
berasaskan kepada bahan mentah atau semula jadi. Ianya
melibatkan penukaran bahan mentah tersebut kepada barangan
siap atau produk untuk digunapakai oleh pengguna. Sektor ini
termasuklah jenis kegiatan ekonomi seperti pembuatan atau
perindustrian dan juga pembinaan.
Akhir sekali, sektor kegiatan ekonomi juga melibatkan
sektor tertier. Sektor tertier boleh didefinisikan sebagai
kegiatan ekonomi yang menawarkan pelbagai jenis
perkhidmatan. Sektor ini juga turut digelar sebagai sektor
perkhidmatan. Sektor ini mamainkan peranan yang penting
ditiru.dalam memberi sumbangan kepada pembangunan negara.
Contoh jenis kegiatan ekonomi sektor ini adalah pelancongan,
Panduan sahaja. Tidak bolehpengangkutan, pendidikan, kewangan dan perdagangan.
HASIL KAJIAN
Contoh Hasil Kajian
KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN DUYONG
sahaja. Tidak boleh ditiru.Rajah 2: Jenis Kegiatan Ekonomi di Kawasan Duyong
Melalui kaedah kajian yang telah dilaksanakan, data
anduanatau maklumat yang telah berjaya dikumpulkan
menunjukkan kegiatan ekonomi yang dijalankan di
kawasan Melaka Tengah adalah seperti di Rajah 2 iaitu
Pperindustrian, pelancongan, perdagangan, pertanian,
dan pendidikan.
Menurut Portal rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka
Tengah, tumpuan utama kegiatan ekonomi bagi daerah Melaka
Tengah adalah industri Perindustrian. Ianya meliputi 10 buah
kawasan perindustrian seluas 1,309 hektar. Perindustrian di
Malaysia merupakan sektor sekunder di mana terbahagi kepada
dua jenis iaitu industri berasaskan sumber seperti kayu, getah dan
kelapa sawit atau industri bukan berasaskan sumber seperti
elektronik dan automotif. Melaka Tengah mempunyai kilang
ditiru.perindustrian yang menjadi pusat pengeluaran barangan
tempatan daripada makanan dan barangan konsumer sehingga
barangan komponen-komponen senjata dan automotif
bolehberteknologi tinggi, elektronik serta komponen-komponen
komputer.
idakSeterusnya, kegiatan ekonomi kedua yang menyumbang
kepada ekonomi daerah Melaka Tengah adalah sektor
sahaja. Tpelancongan. Melaka sememangnya tempat pelancongan
menarik bagi pengunjung dalam dan juga luar negara sehingga
berjaya disenaraikan dalam penerbitan antarabangsa seperti
Forbes dan Lonely Planet sebagai salah sebuah Destinasi
anduanPelancongan Utama di Asia dan Dunia. Ini kerana nilai sejarah yang
terdapat di negeri ini menggalakkan para pelancong untuk
berkunjung ke sini. Antara tempat yang menjadi tumpuan
pelancong termasuklah Kota A’Famosa, Sungai Melaka, Pantai
PKlebang dan banyak lagi.
Selain itu, kegiatan ekonomi ketiga yang menjadi tumpuan
pembangunan ekonomi Daerah Melaka Tengah adalah sektor
pertanian. Menurut Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah
Melaka Tengah, tanah seluas 17,171 hektar atau 55% daripada
keseluruhan tanah di Melaka Tengah digunakan untuk pertanian
komersial getah dan kelapa sawit. Manakala 4,269 hektar adalah
tanah sawah dan 413 hektar daripadanya adalah tanah terbiar.
Daripada ini dapat kita lihat tiga hasil pertanian utama daerah
Melaka Tengah adalah daripada tanaman getah, kelapa sawit dan
sawah padi.
ditiru.Akhir sekali, sektor pendidikan juga menjadi antara
bolehkegiatan ekonomi yang dijalankan di bahagaian Melaka
Tengah. Sektor pendidikan merupakan sektor perkhidmatan
idakyang termasuk dalam sektor tertier bagi jenis kegiatan
ekonomi di Malaysia. Selain sekolah rendah dan sekolah
sahaja. Tmenengah, pendidikan peringkat pengajian tinggi menjadi
penyumbang utama kepada kegiatan ekonomi sektor ini. Di
Melaka Tengah, terdapat Institusi Pengajian Tinggi Awam
seperti Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti
anduanTeknologi Mara dan lain-lain serta Institut Pengajian Tinggi
Swasta seperti Universiti Multimedia dan Melaka Manipal
Medical College. Kesimpulannya, hasil daripada data-data
P dan maklumat yang diperolehi melalui kaedah-kaedah kajian
yang dijalankan, kajian mendapati empat kegiatan ekonomi
yang dinyatakan di atas adalah antara aktiviti yang banyak
dijalankan di kawasan Melaka Tengah.
PERINGATAN!!!!
Ini hanya panduan sahaja. Tidak dibenarkan meniru
bulat-bulat daripada bahan yang diberi ini. Huraian
dalam dapatan di atas TIDAK SAMA dengan kawasan
kajian anda.
PafyniazdniukKgaaFElnSmAaGestecKaaImAahuTrappTaOjueAadnnR.NagTf-saaFaiErkdArutKnaohKkyOriaTbmk,NoOetalgOeenRidhauMatYsdapiiIaAntai.DrtNeuIdk.GKounaAMokWmEatiMAedgSPioAMEriNNablaaGDygAsUiiaRfYaUiOkatiHoNturIG-ffaakkttoorr
Faktor fizikal termasuklah bentuk muka bumi, tanih, iklim,
bahan mentah dan saliran yang terdapat di kawasan tersebut.
Faktor manusia pula adalah seperti dasar kerajaan,
infrastruktur, teknologi, pasaran, modal dan juga buruh atau
tenaga kerja.
Bagi kawasan Melaka Tengah, antara faktor utama yang
mempengaruhi kegiatan ekonomi di sini adalah bentuk muka
bumi. Tanah pamah merupakan jenis bentuk muka bumi yang
meliputi hampir keseluruhan kawasan Melaka Tengah. Oleh
sebab itu, ianya amat bersesuaian sekali untuk menjalankan
aktiviti pertanian seperti penanaman padi, getah dan kelapa
sawit. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk membina kilang
ditiru.atau kawasan perindustrian serta pembinaan jalan raya. Dalam
masa yang sama, kedudukan sebahagian kawasan Melaka
Tengah juga terletak di bentuk muka bumi pinggir laut. Jenis
bolehbentuk muka bumi ini mempunyai daya tarikan untuk
menjalankan kegiatan ekonomi khususnya pelancongan.
Justeru itu ini mempengaruhi kawasan Melaka Tengah sebagai
idakkawasan sektor pelancongan utama di Malaysia
sahaja. TSelain itu, iklim di Melaka Tengah juga adalah bersesuaian
untuk melaksanakan pelbagai jenis kegiatan ekonomi. Iklim
Khatulistiwa dengan purata suhu sekitar 27 darjah celcius dan
jumlah hujan tahunan melebihi 2600 mm ini membolehkan
anduankawasan Melaka Tengah untuk menjalankan kegiatan ekonomi
Piaitu pertanian.
Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun ini juga
mempengaruhi kemasukan pelancong khususnya dari negara barat
yang ingin mendapatkan pancaran matahari yang tidak dapat dimiliki
di negara mereka. Pelancongan di Melaka Tengah juga turut
dipengaruhi oleh faktor saliran yang baik seperti di Melaka River
Cruise iaitu pelancongan air di mana pelancong dapat menelusuri
Sungai Melaka dengan menaiki bot persiaran sambal melihat
ditiru.keindahan di sekitar Bandar Hilir, Melaka.
Dalam pada itu, faktor manusia juga mempengaruhi kegiatan
ekonomi di kawasan Melaka Tengah. Antaranya ialah infrastruktur
bolehyang terdapat di sekitar kawasan tersebut. Ianya termasuklah
kewujudan jaringan pengangkutan yang baik seperti jalan raya yang
idakmenghubungkan antara daerah dan juga negeri. Selain itu
infrastruktur telekomunikasi negara yang maju turut membantu
sahaja. Tmenyumbang kepada kegiatan ekonomi khususnya sektor
pelancongan. Kelajuan dan capaian internet membolehkan kawasan
Melaka Tengah untuk diketahui di seluruh dunia dan berjaya
diketahui dan diiktiraf sehingga peringkat antarabangsa.
anduanPerkembangan teknologi yang maju dan canggih juga turut
mempengaruhi kegiatan ekonomi di Melaka Tengah. Ini dapat dilihat
Pdalam sektor perindustrian di mana mesin-mesin yang digunakan di
kebanyakan kilang-kilang pengeluar adalah moden justeru dapat
meningkatkan kualiti produk dan jumlah keluaran di samping
mempercepatkan kerja dan juga menjimatkan kos. Selain itu, faktor
buruh atau tenaga kerja yang ada di Melaka Tengah juga
menggalakkan kegiatan ekonomi dalam sektor perindustrian
dijalankan di sini. Buruh yang murah dengan tenaga kerja yang
mahir dianggap sebagai suatu kelebihan bagi syarikat dari luar
negara untuk beroperasi di sini.
Dasar pendidikan di Malaysia yang menggalakkan atau
mengutamakan pendidikan di setiap aspek dan peringkat telah
menyebabkan wujudnya beberapa buah universiti dan juga kolej di
sekitar kawasan Melaka Tengah. Infrastruktur pengangkutan yang
lengkap juga memudahkan lagi para pelajar untuk mendaftarkan
diri dan seterusnya menuntut di universiti atau kolej di kawasan ini.
ditiru.Begitu juga kemudahan seperti kolej kediaman yang disediakan
beserta internet menarik minat orang ramai untuk belajar di sini.
bolehNatijahnya dapat kita lihat pelbagai faktor yang mempengaruhi
idakberlakunya kegiatan ekonomi di sekitar kawasan Melaka Tengah
tidak kira dari aspek fizikalnya mahupun aspek manusia. Semoga
faktor-faktor ini dapat menyumbang kepada pembangungan
Panduan sahaja. Tekonomi di daerah Melaka Tengah.
CADANGAN KEGIATAN EKONOMI YANG
BERPOTENSI DIMAJUKAN DI KAWASAN
DUYONG
Berdasarkan analisis terhadap data-data yang diperoleh
ditiru.daripada hasil kajian, kajian telah mengenalpasti beberapa
cadangan terhadap kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk
dimajukan di kawasan Melaka Tengah.
bolehPertama sekali, antara kegiatan ekonomi yang dilihat berpotensi
idakuntuk dimajukan di kawasan adalah penternakan. Oleh kerana
bentuk muka bumi di Melaka Tengah yang sesuai dan juga masih
sahaja. Tmempunyai kawasan hijau atau tanaman tumbuhan semulajadi,
maka aktiviti penternakan seperti lembu, kambing, ayam dan
sebagainya boleh dijalankan. Berbeza dengan kawasan yang telah
dipenuhi dengan proses pembandaran seperti di Lembah Klang,
kawasan adalah terhad sekiranya ingin melaksanakan kegiatan
anduanekonomi ini. Sekiranya aktiviti ini dijalankan, akan berlakunya
pengurangan import bagi jenis ternakan yang dilakukan justeru
Pmenguntungkan penduduk sekitar.
PERINGATAN!!!!
Ini hanya panduan sahaja. Tidak dibenarkan meniru
bulat-bulat daripada bahan yang diberi ini. Huraian
dalam dapatan di atas TIDAK SAMA dengan kawasan
kajian anda. Anda boleh memberikan lebih daripada
satu cadangan.
RUMUSAN
Hasil daripada data-data serta maklumat yang telah berjaya
diperolehi melalui kaedah-kaedah kajian yang telah dijalankan,
setiap objektif kajian yang digariskan pada awal kajian telah pun
dijawab dan dicapai. Selain itu analisis terhadap maklumat yang
diperolehi juga telah dilakukan bagi mendapatkan kesimpulan
daripada dapatan kajian ini.
ditiru.Antaranya yang pertama adalah kegiatan ekonomi yang
dijalankan di kawasan Melaka Tengah. Hasil kajian mendapati
bolehterdapat empat jenis kegiatan ekonomi utama yang dijalankan
oleh penduduk di kawasan Melaka Tengah. Kegiatan ekonomi
tersebut adalah perindustrian atau perkilangan, pelancongan,
idakpertanian dan juga pendidikan. Walaupun terdapat juga kegiatan
ekonomi yang lain dijalankan oleh penduduk sekitar, empat
sahaja. Tkegiatan ini adalah yang paling ketara. Kegiatan-kegiatan
ekonomi tersebut telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor
termasuklah faktor fizikal dan juga faktor manusia. Faktor fizikal
tersebut adalah bentuk muka bumi yang sesuai untuk
anduanmenjalankan aktiviti seperti tanah pamah untuk pembinaan jalan
raya dan kawasan perindustrian serta pertanian tumbuh-
Ptumbuhan.
Selain itu, walaupun kawasan Melaka Tengah telah pun
menjadi antara daerah termaju yang ada di Melaka, masih
terdapat kegiatan ekonomi yang boleh dimajukan untuk
kepentingan masyarakat setempat dan juga negara. Antaranya
penternakan. Ini penting bagi memastikan sumber semula jadi
yang ada di sesebuah tempat digunakan pada tahap maksima dan
seterusnya memberi pulangan atau keuntungan kepada
penduduk tempatan mahupun negara.
Kesimpulannya, melalui kajian yang dijalankan ini, dapatlah
dilihat banyak kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk di
Malaysia khususnya di kawasan saya sendiri iaitu Melaka Tengah.
Didapati kerajaan juga memainkan peranan yang penting bagi
memastikan ekonomi sesebuah tempat itu berkembang dan
ditiru.membangun. Saya berharap agar kajian yang dijalankan ini dapat
memberikan sumbangan kepada penduduk setempat mahupun
Panduan sahaja. Tidak bolehkepada negara.
RUJUKAN
PanduandseaCnhgOaajNna.TtaTOjiuaHkdkaRakUjieanJnaU. mKAenNgena
LAMPIRAN
CONTOH LAMPIRAN
Panduan dseanhgaajan.taTjiuakdakakjeianna. mengena