The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mirzalmasyg, 2021-09-07 00:40:47

PANDUAN PENUBUHAN KADET JPJ

PANDUAN PENUBUHAN KADET JPJ

PANDUAN PENUBUHAN

“DISIPLIN DAN BERHEMAH”

 Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan (Kadet JPJ) mula
ditubuhkan pada Januari 2015.

 Tujuan utama penubuhan kadet ini adalah untuk
menyemai kesedaran sivik, disiplin dan perasaan
tanggungjawab masyarakat tentang keselamatan jalan
raya terutamanya dalam kalangan murid-murid sekolah.

 membangunkan potensi individu secara menyeluruh ke
arah membantu dan menyediakan murid-murid yang
dinamik, berkualiti, berdaya saing serta mempunyai
sahsiah yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.

Penubuhan Kadet JPJ ini adalah berteraskan kepada
empat prinsip utama iaitu:

 Keselamatan Jalan Raya
 Patriotisme
 Kesukarelaan
 Perpaduan

Matlamat penubuhan Kadet JPJ adalah untuk
membentuk masyarakat khususnya murid
dan rakan sebaya melalui pelbagai aktiviti
bagi meningkatkan disiplin diri, membina
semangat kerjasama dan patriotisme di
samping memberi pendedahan dan
kefahaman mengenai peraturan jalan raya
serta membudayakan sikap dan amalan
untuk menjadi pengguna jalan raya yang
berhemah.

◦ Meningkatkan disiplin diri anggota Kadet JPJ dengan
mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

◦ Melahirkan anggota Kadet JPJ yang mempunyai sikap
bertimbang rasa dan berhemah serta sentiasa
mengutamakan keselamatan sebagai pengguna jalan
raya.

◦ Membimbing rakan sebaya dan masyarakat supaya
menjadi pengguna jalan raya yang selamat.

◦ Mempertingkatkan kefahaman anggota Kadet JPJ
terhadap fungsi dan peranan Jabatan Pengangkutan
Jalan Malaysia.

“DISIPLIN DAN BERHEMAH”

Indahnya bumi kita Malaysia
Kamilah pewarisnya

Menjunjung titah Rukun Negara
Terapkan ikrar taat setia

Mari bersama kita berusaha
Mencapai wawasan negara
Ikhlaskan hati menabur bakti

Amalkan integriti diri

Kami Kadet JPJ Malaysia
Mendukung aspirasi negara

Keselamatan di jalan raya
Demi kesejahteraan bersama



Bahawasanya kami,
Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia,

berikrar dan berjanji,
Patuh pada undang-undang Negara dan peraturan

Sekolah,
Sentiasa taat kepada ibubapa, dan guru,
berdisiplin, berdaya saing dan berdedikasi, Dalam
mencapai harapan sekolah, ibubapa dan Negara.

BIRU - Perkhidmatan yang Mesra, Cekap dan Telus

MERAH - Semangat dan Disiplin yang tinggi dalam perkhidmatan

KUNING - Perkhidmatan yang berpegang kepada nilai-nilai moral
dan etika yang tinggi serta kukuh dalam nilai agama dan
kerohanian

BULAN DAN BINTANG - Menjunjung perkhidmatan yang
berlandaskan pegangan agama yang tinggi

BUNGA PADI - Sumbangan ke arah kemakmuran negara melalui
kutipan hasil yang cekap dan berkesan

KADET JPJ MALAYSIA

◦ Keahlian adalah terbuka kepada murid warganegara
Malaysia sekolah menengah kerajaan dan sekolah
menengah bantuan kerajaan seluruh Malaysia.

◦ Murid-murid mestilah berumur 13 hingga 18 tahun
sahaja.

◦ Pelajar Tingkatan Enam di sekolah yang sama
dibenarkan menjadi anggota pasukan.
Walaubagaimanapun, tidak dikira sebagai anggota
platun sedia ada.

 Jenis Uniform KPJ

 Uniform Guru Penasihat Kadet JPJ Bush Jacket – Lampiran A / Rajah 1

 Uniform Anggota Kadet JPJ – Lampiran A / Rajah 2

 Pakaian Latihan Anggota Kadet JPJ – Lampiran A / Rajah 3

 Tatacara Pemakaian Uniform Guru Dan Kadet

 Guru dikehendaki memakai uniform Kadet JPJ bush jacket semasa acara rasmi
 Anggota kadet dikehendaki memakai uniform Kadet JPJ atau pakaian latihan mengikut

keperluan.

 Uniform KPJ ini hendaklah dipakai semasa acara rasmi JPJ Malaysia dan Kementerian
Pendidikan Malaysia sebagaimana yang ditetapkan seperti berikut:-

 Semasa kegiatan kokurikulum pasukan badan beruniform;
 Semasa upacara rasmi anjuran KPM dan JPJ Malaysia;
 Program lawatan ; dan
 Acara-acara lain sebagaimana diarahkan oleh Guru Kadet atau Pegawai berkaitan dari

semasa ke semasa.







1.Tanda Pangkat Dan Syarat Pemakaian Pegawai / Guru KPJ Malaysia

JAWATAN NAMA TANDA KOLOR SPESIFIKASI
PANGKAT PANGKAT DOT PEMAKAIAN

SEDANG DALAM PROSES SEMAKAN DAN KAJIAN DI ANTARA PIHAK
JPJ DAN KPM

2. Tanda Pangkat Dan Syarat Pemakaian anggota KPJ Malaysia

JAWATAN NAMA TANDA PANGKAT SPESIFIKASI
PANGKAT PEMAKAIAN

TAHAP 2

Ketua Platun (PPPK) Apolet atas bahu
Kadet Apolet atas bahu
Penolong Ketua Penolong Pegawai Apolet atas bahu
Platun Penguatkuasa

(KKPPT)
Kadet Ketua
Pembantu
Penguatkuasa

Tertinggi

Anggota (KKPP)
Kadet Kadet Ketua
Pembantu
Penguatkuasa

TAHAP 1

Anggota (KPP) Apolet atas bahu
Kadet Kadet Pembantu Apolet atas bahu
Penguatkuasa Kanan
Anggota
Kadet (KPP)
Kadet Pembantu
Penguatkuasa

• Beret

Pegawai/Guru KPJ Malaysia
*logo bersulam

Anggota KPJ Malaysia
*pelapik biru

- Memberi Hormat

 Semua anggota Kadet JPJ hendaklah memberi tabik hormat
kepada semua pegawai terkanan daripada mereka sama ada
daripada JPJ atau Kadet JPJ.

 Seorang Pegawai Kadet JPJ hendaklah membalas tabik hormat
daripada anggota kadet. Hormat yang diberi kepada dua atau
lebih Pegawai Kadet JPJ akan dibalas hanya oleh Pegawai Kadet
terkanan yang ada pada masa itu.

1) PENGENALAN ASAS JABATAN PENGANGKUTAN
JALAN

2) PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG
3) DISIPLIN, KEROHANIAN DAN KETAHANAN DIRI
4) KESELAMATAN PEMANDU DAN KENDERAAN
5) KHIDMAT MASYARAKAT
6) KEPEMIMPINAN
7) PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT
8) PEMBENTUKAN SEMANGAT PATRIOTISME

MULA

Tidak Sekolah membuat permohonan penubuhan
Sokong pasukan KPJ
Sokong
Sokongan dari JPJ Negeri
Sokong
Dimajukan oleh pihak sekolah ke Jabatan
Tidak Pendidikan Negeri (JPN)

Dimajukan oleh pihak JPN kepada
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Dimajukan kepada Pengarah Bahagian
Penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ Malaysia
untuk pertimbangan

Lulus
TAMAT

NEGERI KOD NOMBOR KOD ANGGOTA
SEKOLAH
Perlis R 1-70
Kedah K 001-999 1-70
Pulau Pinang P 001-999 1-70
Perak A 001-999 1-70
Selangor B 001-999 1-70
WP Kuala Lumpur W 001-999 1-70
WP Putrajaya WP 1-70
Negeri Sembilan N 001-999 1-70
Melaka M 001-999 1-70
Johor J 001-999 1-70
Pahang C 001-999 1-70
Terengganu T 001-999 1-70
Kelantan D 001-999 1-70
Sabah S 001-999 1-70
Sarawak Q 001-999 1-70
WP Labuan L 001-999 1-70
001-999
001-999

Contoh :

MULA

Tidak Mengisi borang permohonan
Sokong (Borang Lampiran C: Bahagian 1 & 2)

Mendapat sokongan / kebenaran ibu bapa/
penjaga (Borang Lampiran C: Bahagian 3)

Mendapatkan sokongan pihak sekolah
(Borang Lampiran C: Bahagian 4)

Mendapatkan sokongan JPJ Negeri
(Borang Lampiran C: Bahagian 5)

Disahkan keanggotaan oleh JPJ Ibu
Pejabat untuk pengeluaran Kad
Keanggotaan
(Borang Lampiran C: Bahagian 5)

TAMAT

Murid-murid yang berminat untuk memohon sebagai
anggota Kadet JPJ hendaklah mematuhi syarat-syarat
berikut:

◦ Mereka telah mencapai usia 13 tahun (tanpa mengira bulan kelahiran pada tahun tersebut)
dan tidak lebih daripada 18 tahun.

◦ Lulus pemeriksaan tubuh badan dan ujian kecergasan fizikal yang ditetapkan.

◦ Perakuan kesihatan tubuh badan dan kecacatan anggota perlu disahkan oleh
ibu/bapa/penjaga mengikut keperluan dengan mengisi dan menandatangani borang yang
telah disediakan seperti di Lampiran D.

◦ Kebenaran bertulis ibu/bapa/penjaga hendaklah diperolehi untuk menjadi anggota.

◦ Warganegara Malaysia.

◦ Bukan anggota mana-mana pasukan badan beruniform yang lain.

Anggota Kadet JPJ diwajibkan mengisi borang Pelepasan Tanggungjawab seperti di
Lampiran E apabila menjalani latihan atau kursus. Anggota Kadet JPJ tidak berhak menerima
apa-apa ganti rugi daripada kerajaan Malaysia dan pihak JPJ khasnya berhubung dengan
apa-apa kecederaan yang berlaku semasa menjalankan tugas atau latihan dalam pasukan.
Walau bagaimanapun, seorang anggota Kadet JPJ dibenarkan membuat tuntutan kepada
pihak lain seperti syarikat insurans persendirian dan insurans kelompok.

Setiap anggota akan dibekalkan dengan Kad Keanggotaan yang dikeluarkan oleh
jawatankuasa peringkat negeri. Nombor Kad Keanggotaan bermula dengan abjad negeri
diikuti dengan nombor kod sekolah dan nombor anggota. Contoh Kad Keanggotaan Kadet JPJ
seperti di Lampiran F.

Setelah pendaftaran diluluskan, anggota sah menjadi Kadet JPJ. Keahlian sebagai Kadet JPJ
boleh dibatalkan oleh Pengarah Penguatkuasa atas syor daripada KBK, Pengarah Pendidikan
Negeri dan Pengetua Sekolah atas sebab-sebab berikut:

 Kesalahan / pelanggaran peraturan disiplin sekolah dan pasukan.
 Berhenti atas permohonan individu.
 Tidak layak dari segi kesihatan.

Pengetua Sekolah yang berkenaan akan memaklumkan kepada KBK berhubung dengan
semua pembatalan keahlian supaya rekod-rekod yang sesuai termasuk nombor keahlian
kadet boleh dikemaskini. Format Surat Lucut Keahlian Kadet JPJ adalah seperti di Lampiran
G.

Guru yang dilantik sebagai Pegawai Kadet JPJ berkenaan perlulah
memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

 Warganegara Malaysia
 Umur lebih 21 tahun
 Sihat tubuh badan
 Lulus Kursus Asas Pegawai Kadet JPJ
 Bebas daripada aktiviti politik dan tidak memegang jawatan guru penasihat pasukan

badan beruniform yang lain.

Pegawai Kadet JPJ yang dilantik hendaklah mengisi borang seperti di
Lampiran H untuk simpanan urusetia JPJ.

Pelantikan Pegawai Kanan Kadet Pengangkutan Jalan adalah dengan
menggunakan borang seperti di Lampiran I.

Kenaikan pangkat guru penasihat Kadet JPJ adalah dengan sokongan daripada pengetua
masing-masing, Pengarah Pendidikan Negeri, dan KBK dengan syarat-syarat berikut:

i) Penolong Pegawai Penguatkuasa Kadet JPJ
- Telah hadir Kursus Bakal Pegawai Kadet JPJ.
- Ada kekosongan dalam perjawatan Kadet JPJ.
- Disokong oleh Pengetua.

ii) Ketua Penolong Pegawai Penguatkuasa Kadet JPJ
- Setelah menjawat jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Kadet JPJ selama 3
tahun
- Menghadiri dan lulus kursus yang ditetapkan
- Ada kekosongan dalam perjawatan Kadet JPJ.
- Disokong oleh Pengetua

Semua kenaikan pangkat akan dimajukan dengan menggunakan borang di Lampiran J dalam
tiga salinan melalui saluran yang ditetapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Seseorang anggota dinaikkan pangkat apabila lulus ujian penilaian seperti berikut:

Anggota Kadet → Kadet Pembantu Penguatkuasa (KPP)

Lulus penilaian Kadet Pembantu Penguatkuasa

Kadet Pembantu Penguatkuasa(KPP) → Kadet Ketua Pembantu
Penguatkuasa(KKPP)

Lulus penilaian Kadet Ketua Pembantu Penguatkuasa

Kadet Ketua Pembantu Penguatkuasa (KKPP) → Kadet Ketua
Pembantu Penguatkuasa Tertinggi (KKPPT)

Lulus penilaian Kadet Ketua Pembantu Penguatkuasa Tertinggi

Kadet Ketua Pembantu Penguatkuasa Tertinggi (KKPPT) → Kadet
Penolong Pegawai Penguatkuasa (KPPP)

Lulus penilaian Kadet Penolong Pegawai Penguatkuasa yang dikendalikan oleh Ibu
Pejabat JPJ

Anggota KPJ boleh diturunkan pangkat oleh Lembaga Penilai atas sebab-sebab
kelakuan yang tidak baik atau tidak cekap.

 Penilaian Kenaikan Pangkat Anggota Kadet JPJ:

◦ Tujuan penilaian adalah untuk menilai potensi kadet sebagai pemimpin, semangat kerjasama,
tahap disiplin dan pengetahuan dalam aspek keselamatan jalanraya.

◦ Hanya anggota kadet yang mencapai kehadiran melebihi 80% dalam aktiviti yang dijalankan
layak untuk menduduki peperiksaan bagi setiap modul di dalam bentuk teori dan amali yang
ditetapkan oleh JPJ. Manakala yang tidak mencapai tahap tersebut tidak dibenarkan
menduduki peperiksaan.

◦ Soalan akan digubal oleh Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia dan akan diedarkan ke JPJ
Negeri.

◦ Sijil akan dikeluarkan kepada anggota Kadet JPJ selepas lulus peperiksaan yang akan
ditetapkan oleh JPJ dan layak menerima sijil seperti di Lampiran K dan Lampiran L.

◦ Anggota Kadet JPJ yang gagal, tidak dapat menduduki peperiksaan dan tidak dapat
menghabiskan modul hanya akan diberikan sijil penyertaan seperti di Lampiran M.

◦ Sijil akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat JPJ Malaysia. Sijil-sijil ini akan ditandatangani oleh
Pengarah JPJ Negeri masing-masing.

◦ Aktiviti kokurikulum peringkat kebangsaan akan diadakan pada setiap tahun. Justeru itu,
anggota Kadet JPJ yang terlibat hendaklah mengisi Borang Perakuan Kesihatan Murid seperti
di Lampiran N terlebih dahulu.

Ujian Kawad akan dinilai berdasarkan perkara berikut:

1) Personaliti anggota
2) Ujian berkawad
3) Ujian mengawadkan skuad
4) Ujian Suara

Ujian Temuduga mengambil kira aspek seperti berikut:

1) Penilaian Personaliti
2) Penilaian keyakinan diri
3) Penilaian tahap pengetahuan keselamatan jalan raya
4) Penilaian tahap pengetahuan am

Bagi menubuhkan satu Platun KPJ, prosedur berikut hendaklah dipatuhi:

◦ Pengetua sekolah hendaklah membuat permohonan secara bertulis kepada
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
melalui Pengarah Pendidikan Negeri.

◦ Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM akan membuat kajian keperluan dan
majukan permohonan tersebut ke Ibu Pejabat JPJ Malaysia.

◦ Ibu Pejabat JPJ Malaysia akan mengkaji dari aspek peruntukan kewangan,
peralatan dan keupayaan jurulatih di JPJ Negeri.

◦ Apabila persetujuan diperolehi di semua peringkat, penubuhan unit baru tersebut
diluluskan.

◦ Pihak sekolah boleh menubuhkan unit baru secara rasmi setelah menerima surat
kelulusan penubuhan.

PANGKAT KEKUATAN ANGGOTA
1 orang
Ketua Penolong Pegawai Penguatkuasa KPJ
(KPPPK) 1 orang

Penolong Pegawai Penguatkuasa KPJ (PPPK) 1 orang
1 orang
Kadet Penolong Pegawai Penguatkuasa 3 orang
(Tertakluk kepada pelantikan) 6 orang
Kadet Ketua Pembantu Penguatkuasa Tertinggi 25 Orang
Kadet Ketua Pembantu Penguatkuasa 1 Platun = 35 orang
Kadet Pembantu Penguatkuasa
Anggota Kadet

• Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan
Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

• Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) Dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

• Ketua Bahagian Penguatkuasa (KBK), JPJ

• Pengetua sekolah

• Guru Penasihat

• Anggota Kadet JPJ

• Jawatankuasa Penasihat Latihan Kadet JPJ Negeri (JKPLKPJ)

 Menetapkan dasar penubuhan Kadet JPJ bersama-sama dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan
Negeri-negeri;

 Merancang dan menguruskan penyediaan kemudahan logistik
bagi pelaksanaan Kadet JPJ;

 JPJ bertanggungjawab mempertimbangkan kelulusan
permohonan baharu penubuhan Kadet JPJ; dan

 JPJ selaku urusetia bagi mengadakan mesyuarat secara berkala
sekurang-kurangnya 2 Kali setahun yang melibatkan
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri
bagi membincangkan mengenai status pelaksanaan program
latihan Kadet JPJ dari masa ke semasa.

 Menyelaras dasar-dasar penubuhan dan
pelaksanaan Kadet JPJ

 Menyokong penubuhan baharu KPJ atas nasihat
Kementerian Pengangkutan.

 Mengurus pelantikan pegawai-pegawai KPJ.

 Mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai KPJ
yang didapati cuai dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab.

 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) hendaklah menjadi
Pengerusi Bersama dalam Jawatankuasa Penasihat
Latihan KPJ Negeri (JKPLKPJ).

 Mewujudkan Unit Urusetia KPJ yang di dalamnya mempunyai
jawatan seperti Penyelaras/Jurulatih KPJ di negeri masing-masing
atas nisbah 1 platun 1 anggota Pegawai Pengangkutan Jalan
(Anggota JPJ) yang mana unit ini akan diketuai oleh Ketua Penolong
Pegawai Penguatkuasa (N32).

 Memastikan semua anggota KPJ dilengkapi dengan uniform KPJ
mengikut skala yang diluluskan.

 Bertindak sebagai penasihat latihan dan logistik semasa
perkhemahan tahunan.

 Memastikan kegiatan KPJ dijalankan dengan teratur.

 Menghadiri aktiviti latihan dan perkhemahan peringkat negerinya.

 JPN dan PPD bertanggungjawab menyelaraskan latihan antara
sekolah-sekolah berkaitan aktiviti KPJ.

 Melantik guru yang berminat, berkebolehan dan berwibawa sebagai
Guru Penasihat KPJ.

 Menentukan perjawatan/keanggotaan KPJ dipenuhi setiap masa.

 Berhubung dengan KBK bersabit pendaftaran, latihan dan aktiviti KPJ.

 Memastikan kemudahan untuk menjalankan aktiviti disediakan dengan
sempurna.

 Memastikan peralatan yang dibekalkan oleh pihak JPJ diurus dengan
sempurna.

 Memaklumkan kepada KBK mengenai pertukaran/ persaraan/
perletakan jawatan Guru Penasihat KPJ dan menentukan penggantinya.

 Memastikan rekod pengurusan dan laporan tahunan KPJ disediakan
dengan lengkap.

 Menghadiri dan lulus Kursus Bakal Pegawai KPJ (untuk
pertauliahan).

 Menghadiri Kursus Khas atau Kursus Lanjutan Pegawai
KPJ anjuran JPJ mengikut keperluan.

 Menguruskan pendaftaran keahlian KPJ pada setiap tahun
(2 Januari hingga 30 Mac).

 Bertanggungjawab kepada Pengetua sekolah dan KBK
Negeri/ JKPLKPJ berkaitan dengan taraf, mutu, kecekapan
dan pentadbiran KPJ.

 Memastikan semua aspek latihan diatur dan dilaksanakan
dengan betul.

 Mengurus pelantikan dan pemegang pangkat anggota KPJ
yang berkelayakan.

 Mematuhi perlembagaan dan peraturan KPJ.

 Menyertai latihan KPJ yang telah ditetapkan.

 Membantu pihak sekolah menjayakan aktiviti-aktiviti
rasmi sekolah dari aspek kawalan trafik di dalam
kawasan sekolah.

 Membantu mengekalkan disiplin pematuhan trafik di
sekolah.

 Memberi maklumat kepada pihak pentadbiran sekolah
jika terdapat murid yang tidak mematuhi undang-undang
jalan raya.

Tugas Dan Tanggungjawab :

 Merancang aktiviti KPJ berdasarkan Buku Panduan Pengurusan KPJ

 Meneliti kemajuan aktiviti KPJ serta memberi nasihat berhubung
perkembangan latihan.

 Menyelesaikan masalah pentadbiran dan latihan yang wujud dalam
pentadbiran KPJ

 Mengeratkan perhubungan serta saling berkomunikasi antara Jabatan
Pengangkutan Jalan Negeri dan Pegawai Pendidikan di PPD dan JPN.

 Mengadakan perjumpaan/mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali
setahun.

 Menyokong penubuhan pasukan/platun baru.

 Membubarkan pasukan yang didapati tidak aktif.

 Jawatankuasa ini hendaklah dianggotai oleh:

 Pengerusi Bersama :
Pengarah JPJ & Pengarah JPN Negeri

 Sekretariat Bersama:
Ketua Bahagian Penguatkuasa (KBK) & Ketua Sektor Pengurusan
Pembangunan Kemanusiaan JPN Negeri

 Ahli:
Ketua Unit JKPLKPJ & Ketua Unit Kokurikulum JPN Negeri

 Ahli Turut Hadir:
Jurulatih KPJ & Pegawai Kokurikulum JPN


Click to View FlipBook Version