Kandungan : Definasi Kimpalan (Welding Defination) Evolusi Proses Kimpalan(ringkas) Kimpalan oksiasitilina (Oxyacetylene) Kimpalan Arka Logam Berperisai (SMAW) Kimpalan Arka Gas Tungsten (GTAW) Kimpalan Arka Gas Logam (GMAW) Jenis-jenis sambungan (Joint Design) Jenis-jenis kimpalan asas (Types of Basic Welds) Profil Kumai Kimpalan (Weld Profile) Kedudukan mengimpal (Welding Position-AWS) Simbol kimpal (Basic Weld Symbols) Peralatan & Aksesori keselamatan MTK 101 ASAS KIMPALAN(BASIC WELDING)
ASAS KIMPALAN Definasi Kimpalan Apakah takrifan/maksud kimpalan? • Satu proses menyambung dua bahagian logam bersama secara kekal dengan menggunakan haba atau tekanan ,samada menggunakan logam/rod penambah atau tidak.
• Proses kimpalan menggunakan suhu yang tinggi untuk mencair/melebur kedua-dua permukaan yang hendak disambung. • Kedua-dua bahagian yang dikimpal itu kemudiannya akan sejuk untuk membentuk satu sambungan. • Rod/logam penambah digunakan untuk membentuk dan melengkapkan kumai kimpalan pada sambungan.
Evolusi Proses Kimpalan • Kimpalan Tempa (Forge welding)telah diperkenalkan semasa Revolusi Industri pada pertengahan abad ke 18 (1750-1850). • Pada tahun 1880, Kimpalan Rintangan (Resistance Welding)diperkenalkan.
• Pada penghujung Perang Dunia 1, kimpalan lebur (Fusion Welding) diperkenalkan-logam lebur dan mengalir bersama-sama untuk membentuk sambungan. • Kimpalan arka(Arc Welding) juga diperkenalkan pada masa yang hampir sama dan menjadi popular pada tahun 1920an. • Sejak tahun 1990an, banyak teknologi baru dalam kimpalan telah diperkenalkan.
Kimpalan oksiasetilena (Oxyacetylene welding) • Kimpalan oksiasetilina yang juga dikenali sebagai kimpalan gas, merupakan suatu proses kimpalan yang bergantung kepada pembakaran antara gas oksigen dan gas asetilena. • Peralatan kimpalan oksiasetilena mudahalih dan mudah digunakan. Ia menggunakan gas oksigen dan asetilina bertekanan tinggi yang dimampatkan di dalam silinder keluli.
Kimpalan arka logam berperisai (Shielded metal arc welding) • Kimpalan arka logam berperisai (SMAW) dilakukan dengan menggoris arka diantara elektrod logam bersalut dengan logam asas/bendakerja. • Sebaik sahaja arka terhasil, logam lebur dari hujung elektrod mengalir bersama-sama dengan logam lebur dari logam asas/bendakerja untuk membentuk satu sambungan yang kukuh. • Proses ini dikenali sebagai leburan/penyatuan/penggabungan(fusion).
Kimpalan Arka Logam Berperisai (SMAW-Shielded Metal Arc Welding) Dawai Teras elektrod Arka Gas pelindung dari salutan elektrod Sanga Logam kimpal/kumai yang telah menjadi pepejal Dawai Teras elektrod Dawai Teras elektrod Kolam leburan
Kimpalan arka gas tungsten (GTAW-Gas Tungsten Arc Welding) • Ia juga dikenali sebagai kimpalanTIG(Tungsten Inert Gas Welding) • Ia ditakrifkan sebagai suatu proses kimpalan arka yang menghasilkan cantuman/tautan logam dengan memanaskan logam dengan arka diantara elektrod tungsten (tidak luak) dan logam yang dikimpal. Gas pelindung (samada argon /helium atau campuran) digunakan dalam proses ini.
Kimpalan Arka gas tungsten (GTAW) amat versatil (serbaguna) kerana boleh mengimpal logam berbesi dan tidak berbesi dan pada semua kedudukan mengimpal. Arah mengimpal Elektrod tungsten Sumpitan TIG Rod penambah Logam asas/bendakerja Logam kimpal pepejal Kolam leburan Gas pelindung Arka
Kimpalan arka gas logam (GMAW-Gas Metal Arc Welding) • Ia diperkenalkan pada penghujung tahun 1940an untuk mengimpal aluminium dan menjadi amat polpular pada masa kini. • Ia menghasilkan tautan/cantuman logam dengan memanaskan logam diantara arka dengan logam penambah yang berterusan(luak) dan logam asas/bendakerja.
Jenis-jenis sambungan (Types of Joint) Pemilihan jenis sambungan bergantung pada bebanan yang dikenakan pada struktur kimpalan Jenis-jenis sambungan asas Sambungan Temu Sambungan Tepian Sambungan Lekap Sambungan Tee Sambungan Penjuru
Rekabentuk sambungan(Joint Design) Leburan Penusukan/penembusan(Fusion penetration )- kedalaman dimana logam asas/bendakerja dileburkan ke dalam sambungan kimpalan atau juga dipanggil akar kimpal/kumai(root of the weld) Sambungan temu persegikimpal sebelah Sambungan temu V tunggal Sambungan temu V berganda Sambungan temu serong tunggal Sambungan temu serong berganda Sambungan temu persegi-kimpal kedua-dua belah Kimpal berlurah yang standard/piawai
Jenis-jenis Kimpalan Asas (Types of Basic Weld) Kimpalan Permukaan Kumai kimpalan yang lurus atau dianyam(Stringer or weave) yang dienapkan pada permukaan logam asas/bendakerja. Memberi perlindungan daripada haus dan lusuh(wear and tear)
Kimpal Kambi(Fillet weld) • Kimpal bertindeh • Menyambung dua permukaan logam pada sudut tepat
Kimpal BerLurah(Groove weld) Kimpal berlurah adalah kimpal yang dilakukan di dalam lurah diantara dua bahagian logam yang hendak disambung. Kimpal berlurah boleh disambung dengan satu atau lebih larian kumai, bergantung pada ketebalan logam. Jika dua atau lebih larian kumai dienapkan di dalam lurah, ini bermakna kimpal dilakukan dengan beberapa lapisan(layers).
Kimpal Palam(Plug weld) Juga dikenali sebagai kimpalan alur(slot weld) Untuk menyambung dua kepingan logam yang bertindih dengan mengimpal pada lubang atau alur(holes or slot) yang bulat.
Profil Kumai kimpalan(Weld Profile) Page 86 Tumit Kaki Akar/penusukan Zon leburan Kerongkong sebenar Permukaaan sebenar logam asas Kimpal Kambi Kimpal Berlurah Tumit Tumit Zon leburan Akar/penusukan Akar/penusukan Akar/penusukan Muka Saiz kimpal Tumit Kerongkong Teoritikal Muka Permukaaan sebenar logam asas Enapan
Kedudukan Mengimpal(Welding Position) Plat/Kepingan logam Paip Paksi kimpal Kedudukan menegak Paksi kimpal Paksi kimpal Kedudukan mengufuk Paksi kimpal Paksi kimpal Kedudukan Atas Kepala Kedudukan Rata
Kedudukan paip(Position of pipe) Kedudukan 1G berputar Kedudukan 2G menegak tetap Kedudukan 5G mengufuk tetap Kedudukan 6G condong tetap Kedudukan mengimpal-paip
Simbol Kimpal (Weld symbols) Simbol kimpal yang diletakkan pada garis rujukan(reference line) Simbol kimpal asas (Basic weld symbols) Kambi Serong Serong-bebibir Penjuru-bebibir Temu J Kumai Kambi Palam Persegi Bebibir V Bebibir serong Serong
Peralatan Keselamatan dalam Mengimpal (Welding safety) Peralatan keselamatan mata Safety spectacle/Cermin mata keselamatan Safety goggle/Gogal keselamatan Safety welding helmet/Pelindung mata kimpalan jenis kepala Safety welding shield/Pelindung mata kimpalan jenis tangan Peralatan keselamatan mata