NAMA: SOFEA BALQIS BINTI MAZNAN ANGKA GILIRAN: 2021232340453 KELAS: BM G NAMA PENSYARAH: PUAN MASNI BINTI JAMIN BIODATA
JIRANKU, BELATUKJIRANKU, BELATUK
JIRANKU, BELATUK BALQIS MAZNAN
1 Lalalalalallaallala Tok, Tok, Tok Tupai dan Belatuk Duduk di hutan, atas pokok. Sikap sombong dan suka tidur Hingga lalai hilang sarang. Itulah dia Sang Tupai. Tok,Tok, Tok Tupai dan Belatuk Duduk di hutan, atas pokok. Berjambul merah, boleh terbang. Suka mematuk tak kira masa Nama diberi Si Belatuk. Tok, Tok, Tok Tupai dan Belatuk Ini kisah mereka berjiran. Hilang pokok, ditebang orang Jadilah mereka dua berkawan Irama: Lagu Bujang Lapok
Di dalam sebuah hutan, tinggalah seekor tupai yang suka bersendirian dan kedekut terutamanya pokok yang dia duduki. Haiwan-haiwan lain sudah mengenali sikap Sang Tupai tersebut. Sang Tupai juga tidak suka hidup berjiran dengan haiwan lain. 2
Pada suatu hari, SangTupai sedang nyenyak tidur dalam sarangnya. Sang Tupai gemar tidur pada waktu siang. Sewaktu sedang Sang Tupai itu tidur, Si Belatuk terbang pada sebatang pokok berdekatan dengan pokok Sang Tupai. 3
“Aku rasa pokok ini sesuai untuk dijadikan tempat untuk aku berteduh. Pokok ini kelihatan kuat dan besar.” Si Belatuk tidak perasan akan penghuni sebelah pokok tersebut iaitu Sang Tupai yang sedang nyenyak tidur. Si Belatuk mula membuat sarangnya dengan mematuk pada pokok. 4
“Kukk! Kukk! Kukk!” bunyi ketukan yang kuat itu telah menggegarkan rumah Sang Tupai sehingga dia tersedar dari tidurnya. Sang Tupai sangat terkejut dan bangun dari tidurnya. “Ish, siapa yang berani kacau tidur aku ni” kata Sang Tupai dalam keadaan marah. Sang Tupai keluar untuk melihat siapakah yang berani mengganggu tidurnya. 5
Di luar pokok tersebut, terdapat seekor burung Belatuk yang tidak jemu-jemu mematuk pada pokok Sang Tupai. Si Belatuk tidak perasan akan kedatangan Sang Tupai dan meneruskan kerjanya. 6
“Apa yang kamu buat tu Sang Belatuk?” tanya Sang Tupai. Jawab Si Belatuk bahawa dia ingin membuat sarang pada pokok tersebut. Si Belatuk sangat seronok kerana ada penghuni hutan yang lain tinggal berdekatan sarangnya. Namun begitu, Sang Tupai memarahi Si Belatuk dengan berkata “Kamu sudah mengganggu lena aku wahai Belatuk. Adakah tidak ada waktu lain yang kamu boleh buat lubang itu?” 7
Setelah dimarahi, Si Belatuk meminta maaf pada Sang Tupai dan memberhentikan kerja membuat sarangnya kerana tidak mahu mengganggu Sang Tupai. 8
Keesokan harinya, Sang Tupai keluar untuk mencari makanan di kawasan hutan. Kemudian, dia ternampak Si Belatuk yang sedang membuat sarang tidak jauh dari rumahnya. “Ish, Si Belatuk ini tinggal berdekatan dengan rumah aku, sudah pasti dia akan mengganggu aku untuk tidur di siang hari” kata Sang Tupai dalam hatinya. Sang Tupai berlalu dari sana dalam keadaan yang tidak puas hati. 9
“Kkuk! Kkuh! Kkuk! Aku perlu siapkan rumah ini secepat mungkin sebelum Sang Tupai pulang” kata Si Belatuk pada dirinya sendiri. Si Belatuk meneruskan kerjanya untuk mematuk pokok. 10
Beberapa minit kemudian, datang Si Gagak dan Sang Lebar di pokok tersebut. “Kamu tidak rehat lagikah Si Belatuk? Aku rasa dari pagi tadi engkau mematuk pokok ini.” kata Si Nuri. Sang Pati turut mengangguk dan bersetuju. “Aku tidak mahu mengganggu Sang Tupai tidur di kemudian hari jika rumah aku tidak siap lagi. Aku sebagai jiran perlu hormat kepada Sang Tupai sebagai jiran” terang Belatuk kepada kedua-dua ekor burung itu. Si Nuri mengatakan bahawa Sang Tupai yang sombong terhadap Belatuk. Namun demikian, Sang Belatuk hanya diam dan tersenyum sahaja sebagai balasan. 11
Tiba-tiba, datanglah Si Gagak dan berkata“Aku dengar baru-baru ini, terdapat beberapa orang manusia masuk ke dalam hutan kita. Aku rasa kita kena sentiasa waspada” .Sekumpulan burung itu terkejut sehingga terdiam. Sang Pati membalas “Aku rasa mereka kemungkinan ingin menebang pokok-pokok yang ada dalam hutan ini. kita perlu bersiap sedia dengan apa yang akan berlaku dan memberi amaran kepada haiwan-haiwan lain.” 12
Sekumpulan burung itu bersetuju dan menyebarkan berita ini kepada haiwan lain. Jadi, terbang lah mereka ke serata hutan untuk memberitahu penghuni hutan itu tentang kedatangan manusia ini. Semua penghuni hutan telah melakukan persiapan dan bersiap sedia tentang kedatangan manusia ke dalam hutan. 13
“Aku perlu beritahu Sang Tupai tentang perkara ini”kata Si Belatuk pada dirinya sendiri. Si Belatuk terbang dan pergi ke sarang Sang Tupai dengan segera. 14
“Tupai! Tupai! Tupai! Kamu ada di rumahkah?” panggil Si Belatuk. Si Tupai hanya tidur dalam pokok tersebut tanpa menghiraukan Si Belatuk. “Aduh, aku harus segera mengejutkan Sang Tupai takut nanti dia tidak sedar”kata Si Belatuk. Si Belatuk terus mematuk rumah Sang Tupai dengan kuat sehingga pokok tersebut bergegar. “Kkuk! Kkuk! Kkuk!” Si Belatuk mematuk. Bunyi yang kuat telah menyedarkan Sang Tupai dari tidurnya yang lena. 15
Kemudian, Tupai bangun dalam keadaan marah dan berjumpa dengan Si Belatuk. “Kenapa kamu mengacau aku tidur pada siang hari ini, tidak ada kerjakah kamu!” marah Sang Tupai kepada Belatuk. Sang Belatuk memberitahu bahawa ada manusia masuk ke dalam hutan dan kemungkinan akan menebang beberapa pokok disini. Sang Belatuk menyuruh Si Tupai untuk segera berpindah ke pokok yang jauh dari kawasan itu. Sang Tupai membalas bahawa dia tidak pernah bertemu dengan manusia sepanjang dia bersarang disini. Tidak sempat Si Belatuk membalas, Sang Tupai terus, masuk ke sarangnya dan menyambung tidur. 16
Sang Tupai dikejutkan dengan bunyi ketukan kuat pada sarangnya. “Ish, Si Belatuk ini degil dan mengacau aku tidur!” kata Sang Tupai. Sang Tupai hanya berdiam diri sahaja di dalam pokok tersebut tanpa mengetahui bahawa ketukan tersebut merupakan daripada manusia yang menebang pokok Sang Tupai. 17
Debush! Tiba-tiba pokok yang dia duduki tumbang dan Sang Tupai tidak sempat selamatkan diri. Namun begitu, Si Belatuk sempat terbang dan menyelamatkan Sang Tupai dan membawanya ke tempat yang lebih selamat. 18
Setelah tiba, Si Belatuk bertanya “Wahai Sang Tupai, kenapa kamu bersedih ini?” tanya Si Belatuk dengan kehairanan. “Rumah aku telah ditebang oleh manusia, jadi sekarang aku tidak mempunyai tempat tinggal wahai Si Belatuk” kata Sang Tupai dalam keadaan sedih. Si Belatuk turut bersedih akan berita itu. 19
“Kamu boleh tinggal berdekatan dengan sarang aku wahai Tupai.”kata Si Belatuk. Malah, Si Belatuk turut mengatakan bahawa Sang Tupai boleh tinggal di sarangnya terlebih dahulu sebelum sarang Sang Tupai siap dibina bersama nanti. Sang Tupai berterima kasih kepada Si Belatuk kerana menolongnya. “Aku sangat beruntung kerana mempunyai jiran seperti kamu wahai Belatuk”. Kedua-dua haiwan tersebut menjadi kawan baik dan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. 20
Jiran sebelah Si Belatuk Jiran sebelah sangat baik Menolong aku sewaktu susah Akan ku amat terima kasih Tok, tok, tok,tok,tok,tok,tok Jiran sebelahku mematuk Membuat sarang baru untukku Boleh kutinggal dengan selamat Irama: Lagu Bapaku Pulang 21
Sinopsis Buku ini mengisahkan tentang Sang Tupai yang mempunyai jiran yang merupakan seekor burung Belatuk. Sang Tupai tidak suka akan jirannya itu kerana sering meganggu dirinya untuk tidur. Sang Tupai tidak menghiraukan Si Belatuk setiap kali berbicara sesama mereka. Namun begitu, Sang Tupai telah kehilangan sarangnya disebabkan salahnya sendiri yang sombong dan menghiraukan amaran dari Si Belatuk. Namun begitu, Si Belatuk jirannya ada untuk menolongnya.