The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-73010500, 2021-04-20 03:47:26

JBC 1023 SJKC PU SZE LEE ZHI EN TOKOH PEMINPIN JoHOR

TOKOH PEMINPIN JoHOR

TOKOH PEMINPIN
JoHOR

Tan Sri
Muhyiddin

Yassin

Nama : Lee Zhi En

Kelas: 4A

Alamat: [email protected]

Nama Sekolah: SJK ( C ) PU SZE

Alamat Sekolah: Jalan Haruan, Skudai, Johor
Baharu.

Pendahuluan
Sebagai rakyat negeri Johor, kita mestilah mengenal tokoh –tokoh di kalangan pemimpin
negeri Johor. Kita haruslah mengenang jasa tokoh-tokoh negeri Johor. Hari ini, saya ingin
mengambil kesempatan untuk memperkenalkan tokoh peminpin Johor --------Tan Sri
Muhyiddin Yassin melalui buku skrap digital ini.

4 orang Tan Sri Muhyiddin Yassin

Puan Sri Noorainee Biodata
Abdul Rahman
72 Tahun
Bandar Maharani,
Muar, Johor
Darul Ta’zim

15 Mei 1947



Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin
1. Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail

( sekolah aliran Inggeris)
2. Sekolah menegah di Govermment English School di Muar.
3. Beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Makaya pada tahun 1968.4. Beliau berjaya

memperolehi Ijazah Sarjana Muda ( Kepujian ) Ekonomi dan Pengajian Melayu pada tahun
1970.

Kerjaya Tan Sri Muhyiddin Yassin
• 1970 - Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul Ta’zim
(Bahagian Latihan dan Biasiswa)
• 1971 - Dilantik Bendahari UMNO Muar-Pagoh
• 1974 - Ketua Pemuda UMNO Pagoh/ Setiausaha pemuda UMNO Johor
• 1978 - Ahli Parlimen Pagoh.
• 1982 -Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh
• 1986 - Menteri Besar Johor ke-13
• 1985 - Ahli Majlis Tertinggi UMNO
• 1993 - Menang Naib Presiden UMNO
• 1996 - Gagal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO
• 4 Mei 1995 – 14 Disember 1999 - Menteri Belia dan Sukan
• 2000 - Menang semula pemilihan Naib Presiden UMNO, undian ketiga tertinggi.
• 15 Disember 1999 – 26 Mac 2004 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna
• 27 Mac 2004 – 18 Mac 2008 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
• 19 Mac 2008 – 9 April 2009 - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
• 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 - Timbalan Presiden UMNO

Kerjaya Tan Sri Muhyiddin Yassin
• 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
• 10 April 2009 – 11 Ogos 2013 - Menteri Pelajaran
• 2009 - Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
• 10 April 2009 - Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
• 2016 - Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO berikutan isu 1Malaysia Development
Berhad (1MDB).
• Jun 2016 - Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO.
• September 2016 - Menjadi antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan
dilantik sebagai Presiden.
• 13 Julai 2017 - Dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden
Pakatan Harapan.
• 22 Ogos 2017 - Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Johor
• 2018 - Dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri
• 29 Februari 2020 - Diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan

SumbanganTan Sri Muhyiddin Yassin
1. Sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta’zim dari tahun 1986 sehingga tahun 1995.
Kebijaksanaan beliau merancang dan mentadbir telah merancakkan ekonomi Johor Darul
Ta’zim dengan pertumbuhan melebihi kadar 9 peratus, iaitu lima tahun berturut-turut.
Di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin, negeri Johor Darul Ta’zim mengalami guna
tenaga penuh yang hanya dikecapi sebilangan kecil negara di dunia

Tan Sri Muhyiddin Yassin

SumbanganTan Sri Muhyiddin Yassin
2. Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Tan Sri Muhyiddin telah mengkaji Dasar Belia Negara yang telah digubal pada tahun 1985 dan
telah digubal menjadi Dasar Pembangunan Belia Negara pada tahun 1997 ketika
menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia..
Tan Sri Muhyiddin seterusnya meletakkan Sukan Komanwel 1998 sebaris dengan
acara sukan peringkat dunia yang lain. Sukan Komanwel 1998 merupakan kejohanan pertama
diadakan di benua Asia. Ia berlangsung di Kompleks Sukan Bukit Jalil yang disiapkan khusus
untuk Sukan Komanwel 1998. Acara itu juga menyaksikan pencapaian terbaik negara sejak
penyertaan pertama tahun 1950-an dengan menggondol 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa.

SumbanganTan Sri Muhyiddin Yassin
3. Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
Pada tahun pertama mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna Malaysia (KPDN & HEP), Tan Sri Muhyiddin telah mewujudkan lebih
banyak perniagaan baharu sehingga peningkatannya melebihi 36%.
Beliau juga memperkenalkan Skim Penetapan Harga Barang yang dikuatkuasakan
pada musim perayaan. Langkah itu telah berjaya memastikan bekalan keperluan sentiasa
mencukupi pada harga berpatutan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

.

SumbanganTan Sri Muhyiddin Yassin
4. Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Tan SriMuhyiddin
telah menjenamakan pertanian sebagai sebuah kerjaya yang menguntungkan dan
mempelopori ‘Pertanian adalah Perniagaan.” . Wawasan beliau menjadikan sektor pertanian
tidak lagi dipandang rendah, sebaliknya berjaya mengubah minda dan persepsi masyarakat
sehingga ramai siswazah dalam pelbagai disiplin serta organisasi korporat begitu
berminat menceburi bidang pertanian.
Tan SriMuhyiddin juga berjaya menghidupkan semula pameran MAHA dengan konsep baharu
sehingga mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi medan perniagaan, pengenalan
kepada teknologi pertaniandan maklumat terkini.

.

SumbanganTan Sri Muhyiddin Yassin
5. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Tan Sri Muhyiddin
dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Malaysia (Ministry of International Trade and Industry Malaysia).
Sebaik sahaja memasuki pejabat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin pantas memperkenalkan cogan 'Think
Business' sebagai teras Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.
Tujuannya supaya para pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Malaysia memahami pemikiran dan bertindak seperti golongan korporat, seterusnya
memberi tumpuan untuk mengangkat sektor perdagangan dan perindustrian Malaysia.
Walaupun baru setahun dibawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia telah menampakkan kejayaan dalam
memperkemaskan industri dan menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan pelaburan
antarabangsa.

.

SumbanganTan Sri Muhyiddin Yassin
6. Sebagai Menteri Pelajaran Malaysia
Pemansuhan PPSMI
Untuk lebih terperinci berkenaan dengan topik ini, sila lihat Pemansuhan PPSMI.
Beliau telah mengembalikan semula kaedah mengajar
matapelajaran Matematik dan Sains yang menggunakan Bahasa Inggeris kepada Bahasa
Malaysia di atas permintaan orang ramai di semua sekolah rendah dan menengah di
seluruh Malaysia.
Sekolah Dalam Hospital
Beliau juga telah melaksanakan Program Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital, hasil
cetusan ilham, isteri beliau, Puan Sri Datin Paduka Hajjah Noorainee Abdul Rahman
yang juga penaung program dan telah dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada
kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Transformasi memerlukan masa, strategi dan hala tuju jelas. Justeru, tempoh sedekad
akan datang ini adalah sangat mencabar kerana kita perlu meletakkan Malaysia sebagai
negara maju dan sekali gus juga menukar status sebagai negara pemimpin, bukan lagi
negara pengikut, termasuklah dalam soal pendidikan.

SumbanganTan Sri Muhyiddin Yassin
7. Sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia
Setelah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia, beliau telah mengumumkan
komitmen kerajaan bagi menanggani masalah lambakan pendatang asing tanpa izin.
Beliau telah mengumumkan bahawa tarikh penamatan Program Penggajian dan
Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah pada 30 Jun 2018.
Selain daripada itu, satu program serah diri secara sukarela atau dikenali sebagai
Program 3+1 telah diperkenalkan bagi memberi peluang kepada para PATI untuk
dihantar pulang ke negara asal mereka.

SumbanganTan Sri Muhyiddin Yassin
8. Sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan
Bencana Negara (National Disaster Management). Semasa Perdana
Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bercuti
di Amerika Syarikat sambil bermain golf bersama Presiden Amerika
Syarikat, Barack Obama di Pulau Hawaii, beliau telah memangku
jawatan Perdana Menteri Malaysia dan mengurus dengan baik
keperluan mangsa banjir walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang
1. Amanah

Tan Sri Muhyiddin Yassin melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.

2. Bertanggungjawab
Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai akauntabiliti yang tinggi serta
bertanggungjawab di dalam menjalankan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan
kedudukan .

3. Dedikasi
Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia menerima tanggungjawab pada bila-bila masa
tanpa mengharapkan sebarang imbuhan atau balasan demi kepentingan jabatan dan
kerajaan.

Kesimpulan
Saya berharap agar kawan-kawan dapat mengenal Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui
buku skrap digital ini. Selepas membaca buku skrap ini, kawan-kawan dapat menimba
pelbagai ilmu berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin . Sekian, terima kasih.

Sumber rujukan
1. Internet.


Click to View FlipBook Version