The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM HARI GURU PPD SANDAKAN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK KEM TENTERA, 2021-09-01 03:25:36

BUKU PROGRAM HARI GURU PPD SANDAKAN 2021

BUKU PROGRAM HARI GURU PPD SANDAKAN 2021

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN DAN OBJEKTIF 3
2 HURAIAN TEMA HARI GURU 4
3 KATA ALU-ALUAN 5
4 UCAPAN PERASMIAN 6
5 ATUR CARA PROGRAM 8
6 TOKOH GURU 2020 DAN 2021 10
7 TOKOH KEPEMIMPINAN 2021 15
8 SENARAI PENERIMA ANUGERAH 16
9 LAGU GURU MALAYSIA 20
10 LAFAZ IKRAR HARI GURU 21
11 AHLI JAWATANKUASA INDUK 22
12 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA 23
13 PENGHARGAAN 27
14 SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG 28

2

PENGENALAN

Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia
sebagai penghargaan kepada guru/cikgu yang bertungkus lumus
mendidik anak bangsa ke arah kejayaan. Peredaran zaman dan
kemajuan teknologi tidak pernah mengubah tugas dan jasa guru
dalam mendidik dan membekalkan ilmu kepada seluruh pelajar.
Tugas guru pada masa kini pula semakin mencabar yang
mana memerlukan kreativiti dan inovasi bagi memastikan pengajaran
dan pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar selaras dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dari
perspektif pelajar pula, selain mengajar subjek yang berkaitan, guru
juga dianggap rakan dan teman untuk berbincang dan meluahkan
perasaan, khususnya berkaitan dengan perkembangan diri.

OBJEKTIF HARI GURU

❑Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan
(termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara
dan perkhidmatan kepada masyarakat.

❑Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada
peranan penting guru dalam masyarakat Malaysia.

❑Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di
antara guru.

❑Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

3

HURAIAN TEMA
HARI GURU

“BERGURU DEMI ILMU BINA GENERASI BARU”

Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan
dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang
dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak
jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan,
kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran
sepanjang hayat (lifelong learning).Dalam konteks berguru, ilmu
hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai
kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan
sumber yang betul, sahih dan berwibawa. Murid perlu menginsafi

bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini
tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang
banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang.

Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa
hadapan negara. Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru
menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga
kepada ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan
generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek
kehidupan.

KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi llmu, Bina Generasi
Baharu’ ini dapat memberi semangat baharu kepada guru
serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat
yang menuntut ilmu dengan niat ikhlas agar ilmu

mudah melekat dalam sanubari. 4

KATA ALU-ALUAN
PEGAWAI PPD SANDAKAN

Ybhs. Dr. Dalmansa bin Tahil

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera .
Salam Sabah Hebat Katakan Tidak Kepada No 16 dan Katakan Ya Kepada 10 Terbaik.
Salam PPD Sandakan Hebat ,Memacu Pendidkan Berkauliti, Katakan Tidak Kepada No 11.

Allhamdulillah, sekalung kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin,
limpah rahmat dan kasih sayang-Nya kita berjaya mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan bagi tahun 2021 walaupun secara maya.
Tujuannya bagi menghargai dan memberi pengiktirafan terhadap jasa dan khidmat bakti para
guru demi agama, bangsa dan negara tercinta.

Tema Hari Guru pada tahun ini ’Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’ menuntut para
pendidik agar terus mengali ilmu,mengasah kemahiran dan mengamalkan nilai bagi
mempersiapkan diri dalam memainkan peranan dalam membentuk dan melahirkan generasi
pewaris masa hadapan negara yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.
Sekaligus, akan dapat mengangkat martabat pendidikan negara ke suatu tahap yang lebih
tinggi dan mampu berdiri sama tinggi dengan negara - negara lain di dunia.

Sejak dua tahun belakangan ini sambutan Hari Guru berlangsung dalam suasana norma
baharu disebabkan oleh keadaan pandemik semasa yang tidak mengizinkan untuk kita
bersua seperti biasa. Pada masa yang sama, guru berdepan cabaran yang lebih besar apabila
sesi pembelajaran konvensional terpaksa ditukar kepada sesi PdPR dalam talian, namun, tidak
pernah mematahkan semangat guru dalam melaksanakan obligasi demi kelangsungan anak
bangsa yang tercinta. Pada sisi yang lain, guru lebih bersedia dan matang dalam menggalas

tugas yang hakiki dan memberi pengalaman baharu dan ilmu kepada guru untuk
mengintrospeksi diri dalam menggalas amanah yang diberikan demi meneruskan

kelangsungan sistem pendidikan.

Akhir kalam, Sekalung penghargaan buat Jawatankuasa Induk dan ahli jawatankuasa Majlis
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sandakan yang telah menggembleng tenaga bagi
menjayakan sambutan Hari Guru pada tahun ini. Syabas dan tahniah kepada penerima

Anugerah Tokoh Guru Daerah Sandakan tahun 2020 dan 2021 dan insan-insan cemerlang yang
terpilih untuk menerima pelbagai anugerah pada hari yang bersejarah ini.Semoga para guru
akan terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menabur bakti kepada agama,
nusa dan bangsa sehingga ke penghujung usia.
SELAMAT HARI GURU. BERGURU DEMI ILMU;BINA GENERASI BAHARU.
Sekian .Wabillahi taufik walhidayah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 5

UCAPAN PERASMIAN
PENGARAH JPN SABAH
Ybhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin

Salam Sejahtera dan Salam JPN Sabah Maju Jaya.Sabah Hebat.”Katakan
Tidak Kepada Nombor 16” Katakan Ya Kepada 10 Terbaik. Sekalung apresiasi
saya ucapkan walaupun dalam keterbatasan waktu dan pergerakan ini, PPD
Sandakan mampu merealisasikan sambutan Hari Guru pada tahun 2021 ini.
“Berguru Demi Ilmu ,Bina Generasi Baharu”,begitulah ungkapan tema hari
guru pada tahun ini yang membawa maksud betapa pentingnya para
pendidik dalam memperkasa ilmu pengetahuan dan membina generasi
baharu seiring dengan hasrat yang tersirat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Tahniah! cikgu, andalah insan yang cemerlang dan sentiasa
dahagakan ilmu dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai
amatlah dihargai. Kehidupan guru dan murid bak desiran ombak yang
membelai pantai, memang tak dapat dipisahkan .

Hampir dua tahun PANDEMIK COVID-19 melanda negara dan membawa
natijah besar kepada bidang pendidikan di semua peringkat dengan
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rentetan daripada itu,
penutupan semua institusi pendidikan telah memberi impak kepada seluruh
warga pendidikan. Ironinya ,proses pengajaran dan pembelajaran di rumah
(PDPR) yang dilaksanakan hingga kini, sering kita dengar luahan rasa
daripada pelbagai pihak terutama murid dan ibu bapa Oleh itu, saya
berharap dan meletakkan keyakinan di pundak guru agar sentiasa
memberikan motivasi kepada murid dan ibu bapa supaya mereka tabah
meneruskan sesi pembelajaran dalam situasi yang kritikal ini. Pada masa
sama, guru perlu bijaksana mengatur strategi dan mengaplikasikan
medium pembelajaran dalam talian semasa melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran agar tiada seorang
murid pun yang tercicir.

6

UCAPAN PERASMIAN
PENGARAH JPN SABAH
Ybhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin

Kini kita sudah berada di Gelombang 3 (PPPM 2021-2025). Pada
gelombang ini KPM menuntut pihak sekolah agar menunjukkan
prestasi melebihi standard minimum. Dalam hal ini tumpuan akan
diberikan dalam memupuk budaya kepimpinan rakan setugas bagi

pembangunan kecemerlangan profesional.Kementerian juga akan

menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan
berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah
berdasarkan inovasi dalam pengajaran.

Akhir kata ,saya menyeru kepada semua warga pendidik agar sentiasa
bersiap siaga dan berubah sikap untuk melangkah ke hadapan serta
menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak didik. Besarlah harapan
saya agar kita dapat bersabar dan memohon doa agar penularan
pandemik ini akan berakhir segera dan kita boleh kembali ke sekolah

semula.Tahniah! kepada seluruh warga kerja PPD Sandakan yang
diterajui oleh yang berusaha Dr.Dalmansa bin Hj. Tahil dan seluruh
warga penganjur atas kesungguhan dan iltizam yang ditunjukkan
dalam merealisasikan sambutan Hari Guru pada tahun ini. Kepada
anda yang bergelar guru kami sandarkan harapan yang menggunung

untuk menzahirkan agenda negara tercinta. Semoga usaha murni ini
mendapat keredhaan-Nya. .

Selamat Hari Guru buat semua warga bergelar pendidik.

BERGURU DEMI ILMU ,BINA GENERASI BAHARU.

Sekian, terima kasih. 7

ATUR CARA PROGRAM

SAMBUTAN HARI GURU 2021

PERINGKAT PPD SANDAKAN

8.30 pagi : Pendaftaran peserta secara atas talian
9.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku dan

Sabah Tanah Airku
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu-aluan

YBrs. Dr Dalmansa bin Tahil
(Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan)
: Ucapan Perasmian
YBhg. Datuk Dr Mistirine binti Radin
(Pengarah Pendidikan Negeri Sabah)
: Persembahan 1 (Deklamasi Sajak)
“Guru Oh Guru”
: Upacara Menaikkan Bendera Hari Guru

8

ATUR CARA PROGRAM

: Lagu Guru Malaysia

: Lafaz Ikrar Hari Guru

: Bacaan Doa

: Tayangan Video

- Penerima Anugerah Hari Guru

- Penerima Anugerah Tokoh
Kepimpinan 2021

- Penerima Anugerah Tokoh Guru
2020 dan 2021

: Persembahan 2 (Nyanyian Trio)
“You Raise Me Up”

10.00 pagi : Selesai

9

TOKOH GURU

DAERAH SANDAKAN TAHUN 2020

Nama BIODATA ENCIK JUANI BIN LIUS
: Juani Bin Lius
Tarikh Lahir : 02 Februari 1955

Tempat Lahir : Tambunan Sabah

Latar Belakang Pendidikan :
i) Sekolah Rendah Pekan, Tambunan
ii) Sekolah Menengah St. Martin, Tambunan

iii) Maktab Perguruan Kent Tuaran
iv) Maktab Perguruan Ilm Khas, Kuala Lumpur
v) Universiti Perguruan Sultan Idris

Sejarah Perkhidmatan :

i) Sekolah Kebangsaan Kabuluh, Paitan Beluran (1985)
ii) Sekolah Kebangsaan Ulu Muanad, Beluran (1986 – 1995)
iii) Sekolah Rendah Bintang Mas, Telupid (1995 – 2000)
iv) PPD Telupid – Memangku Pegawai Pendidikan (1996)

v) Sekolah Kebangsaan Seri Manis, Sandakan (2000 –
2005) Guru Besar

vi) SMK Batu Sapi (2005)
vii) Sekolah Kebangsaan Sg. Tiram, Sandakan (2005 – 2006)
Guru Besar

viii)Sekolah Kebangsaan Sungai Padas, Sandakan
(2006 – 2008) Guru Besar

ix) Sekolah Kebangsaan Gas (2008 – 2019) 10

Guru Besar

TOKOH GURU

DAERAH SANDAKAN TAHUN 2020

BIODATA
TN. HJ. MOHD. KHAIRUL ANUAR GAN BIN ABDULLAH

Nama : HJ. Mohd. Khairul Anuar Bin Abdullah

Tarikh Lahir :

Tempat Lahir : Kelantan

Latar Belakang Pendidikan :

Sejarah Perkhidmatan :
i) SM Lasalle, Kota Kinabalu (1987 – 2005) Penolong Kanan

HEM, Penolong Kanan 1
ii) SMK Tenom (2005 – 2008) Pengetua
iii) SMK Ulu Sapi , Telupid (2008 – 2011) Pengetua
iv) SMK Gum Gum, Sandakan (2011 – 2019)

Pengetua Cemerlang

11

TOKOH GURU

DAERAH SANDAKAN TAHUN 2021

BIODATA PN. POH SIEW BOON

Nama : Poh Siew Boon

Tarikh Lahir : 10 Jun 1962

Tempat Lahir : Melaka

Latar Belakang Pendidikan :
i) Methodist Girls Primary School Melaka
ii) Methodist Girls Secondary School Melaka
iii) Sekolah Tinggi Melaka
iv) Ijazah Sarjana Muda (UKM)
v) Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan (UMS) - 2008

Sejarah Perkhidmatan :
i) SMK Convent St. Cecilia (1987 – 1995)
ii) Maktab Perguruan Sandakan (1995 – 2003) Pensyarah
iii) SMK Perempuan, Sandakan (2003 – 2008) Pengetua
iv) SMK Elopura 2, Sandakan (2008 – 2015) Pengetua
v) SM Sung Siew, Sandakan (2015 – 2020) Pengetua

12

TOKOH GURU

DAERAH SANDAKAN TAHUN 2021

BIODATA EN. AZMI BIN MUSA

Nama : Azmi Bin Musa

Tarikh Lahir : 11 Julai 1956

Tempat Lahir : Pasir Mas, Kelantan

Bilangan Anak : 5 Orang (2 Lelaki dan 3 Perempuan)

Latar Belakang Pendidikan :

i) Sekolah Rendah Sultan Ibrahim, Pasir Mas
ii) Sekolah Menengah Sultan Ibrahim, Pasir Mas
iii) Institut Bahasa (1980)
iv) Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur (1988)
v) Universiti Perguruan Sultan Idris (1990)
vi) Universiti Malaysia Sabah (2006)
vii)Fargo University (2014)

Sejarah Perkhidmatan :
i) SM St. Mary Labuk, Sandakan (1980 – 1996) – Kaunselor
ii) SK Rancangan Lubuh (1996) Penolong Kanan Kokurikulum
iii) SK Sungai Manila, Sandakan (1996 – 1999) Penolong Kanan

Kurikulum
iv) SK Labuk Subur, Sandakan (2000 – 2004) Guru Besar
v) SK Bandar, Sandakan (2004 – 2008) Guru Besar
vi) SK Papat II (2008 – 2016) Guru Besar
vii) Pengerusi Majlis Guru Besar, Sandakan

(2002 – 2005) Exco Negeri

13

TOKOH GURU

DAERAH SANDAKAN TAHUN 2021

BIODATA EN. LIM YIN VUI

Nama : Lim Yin Vui

Tarikh Lahir : 02.08.1960

Tempat Lahir : Sandakan

Latar Belakang Pendidikan :

i. Sekolah Rendah : SJK C Pui Gin,1967-1972
ii. Sekolah Menengah : SM Tiong Hua Sandakan,1973-1978

iii. Universiti : OUM 2012 Sarjana Muda Pendidikan
(Pentadbiran Pendidikan Dengan Kepujian)

Sejarah Perkhidmatan :

i. SJKC Pui Gin Sandakan : 1 Julai 1979 Hingga 1.8.2020
ii. Guru Sandaran SJKC Pui Gin : 1 Julai 1979 Hingga 30.6.1985

ii Guru Terlatih SJKC Pui Gin : 1 Julai 1985 Hingga 30.6.1994
iv Penolong Kanan 1 SJKC Pui Gin : 1 Julai 1994 Hingga 31.3.2001

v Guru Besar SJKC Pui Gin : 1 April 2001 Hingga 1.8.2020
vi Sijil Perkhidmatan Cemerlang 1997
vii Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2007

14

TOKOH KEPIMPINAN

DAERAH SANDAKAN TAHUN 2021

BIODATA HAJAH KALSOM BINTI ABDUL AZIZ

Nama : Kalsom Binti Abdul Aziz

Tarikh Lahir : 08 Januari 1964

Tempat Lahir : Melaka

Bilangan Anak : 5 Orang (1 Lelaki dan 4 Perempuan)

Latar Belakang Pendidikan :

i) Methodist Girls Primary School Melaka
ii) Methodist Girls Secondary Melaka
iii) Sekolah Teknik Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan
iv) University Of Seven Point Wisconsin, USA (Bac. Of Science

– Business Administration)
v) Maktab Perguruan Ilmu Khas – Kuala Lumpur (Diploma

Bahasa Inggeris)
vi) Universiti Teknologi Malaysia – Skudai Johor (Master

Education)

Sejarah Perkhidmatan : 15
i) SMK Elopura, Sandakan (1987 – 1989) GSTT
ii) SMK Elopura, Sandakan (1990 – 2000) PPPS
iii) SMK Merpati, Sandakan (2000 – 2008) Pengetua
iv) SMK Elopura, Sandakan (2008 – 2016) Pengetua

Cemerlang
v) Sekolah Seni Malaysia Sabah Sandakan (2016 – 2020)

Pengetua Cemerlang
vi) Pejabat Pendidikan Daerah – (27 Julai 2020)

School Improvement

SENARAI
PENERIMA ANUGERAH

BIL ANUGERAH PENERIMA SEKOLAH
EN. TAMILSELVEM A/L SK PULAU
1 GURU BAKTI AMARANTHIRAN TIMBANG
PEDALAMAN

GURU PN. BAZLINA BINTI SMK MUHIBBAH
2 PENDIDIKAN AZMI

KHAS EN. REDHUAN B. AGHTA SK MUHIBBAH

ANUGERAH

PEMIMPIN 1. PN. POH SIEW BOON SM SUNG SIEW
DALAM 2. EN. KWOK CHEE YEN
3 TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN
TN. HJ. AZHAR SANI B. SK SG. ANIB 3
KOMUNIKASI TAMAM
(TMK)

4 IKON GURU PN. HJH. ZURAINI HJ. SK MERPATI
KOKURIKULUM ZAKARIA

5 IKON GURU EN. RUSMAN DAHLAN SK KEM TENTERA
SUKAN

16

SENARAI
PENERIMA ANUGERAH

BIL ANUGERAH PENERIMA SEKOLAH

1. SHABIA BINTI SUDIN 1. SM SUNG SIEW
2. SARHANA BINTI MOHD 2. SMK ELOPURA
GURU PUSAT AMIN
6 SUMBER
CEMERLANG 1. HJH. JULIAH HJ. BASAR 1. SK SG. ANIB 3
2. NG. SHOK KUN 2. SJKC CHENG MIN
3. LIEW BECK JEAM 3. SJKC SYN HUA

1. AMIT BIN AWANG 1. KTEDPG
2. MOHD SHUKRI BIN 2. SMK MERPATI
MUHAMAD
3. SITI DAHLIAH BINTI PATTA 3. SMK SANDAKAN 2

7 GURU 1. IZRAH BIN JUMADIL 1. SK MERPATI
INOVATIF 2. FATIMAH BINTI USMANG 2. SK MELANTA
3. FELICIA BINTI MICHAEL
ANUGERAH JAYA
8 KHAS HARI 1. MUHAMAD FAZRI BIN 3. SK KARAMUNTING
HASSAN PPKI
GURU 1. SK GAS
2. SITI SABARINA BINTI
PAIMAN 2. SMK MUHIBBAH

3. ANWAR BIN SAPPE 3. SK SG. ANIB 3
EN. KWOK CHEE YEN SM SUNG SIEW
EN. LAI HUI MING
SJKC PUI GIN

17

SENARAI PENERIMA ANUGERAH

BIL ANUGERAH SEKOLAH

PERATUS LONJAKAN TERINGGI :
1. SMK TINUSA
2. SMK SANDAKAN 2
3. SMK LIBARAN

GPS LONJAKAN TERTINGGI :
1. SMK TINUSA
2. SMK SEGALIUD
3. SMK LIBARAN

SEKOLAH CEMERLANG SPM 2020 :
1. SMKA TUN JUHAR
2. SMK PEREMPUAN
9 ANUGERAH SPM 2020 3. SM SUNG SIEW

LMS MELEBIHI KPI DAERAH :
1. SMKA TUN JUHAR
2. SMK PEREMPUAN
3. SM KONVEN ST CECILIA
4. SMK SANDAKAN 2
5. SMK LIBARAN
6. SMK MUHIBBAH
7. SMK ELOPURA
8. SM SUNG SIEW
9. SMK ELOPURA 2
10. SMK SANDAKAN
11. SMK TAMAN FAJAR

18

SENARAI PENERIMA ANUGERAH

BIL ANUGERAH SEKOLAH

STPM TERBAIK :
1. SMK ELOPURA 2
10 ANUGERAH STPM 2020
STPM LONJAKAN SAUJANA :
1. SMK SEGALIUD

11 ANUGERAH SEKOLAH SMK :
AKTIF PDPR 1. SMK SANDAKAN (99.96%)
2. SMK KONVEN ST CECILIA (97.5%)
3. SMK TIONG HUA (90.04%)

SK (BANDAR) :
1. SJKC PUI GIN (96.21%)
2. SJKC SYN HUA (96.08%)
3. SJKC CHI HWA (94.38%)

SK (LUAR BANDAR) :
1. SK KG. PERTANIAN (96.38%)
2. SJKC MING CHUNG (96.08%)
3. SK LADANG SANDAK (90.67%)

SK (PEDALAMAN) :
1. SK BONGON BESAR (96.63%)
2. SK LABUK SUBUR (86.88%)
3. SK PULAU SANGHAI (86.04%)

19

LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

20

LAFAZ IKRAR GURU

Bahawasanya kami Guru-guru Negara Malaysia

Dengan ini berikrar

Mendukung terus cita-cita kami

Terhadap tugas kami

Dan menyatakan keyakinan kami

Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami sedia berbakti

Kepada masyarakat

Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung

Perlembagaan negara kami

Dan mengamalkan

Prinsip-prinsip Rukun Negara

Pada setiap masa.

21

AHLI JAWATANKUASA INDUK

BIL JAWATANKUASA NAMA

1 PENGERUSI Dr Dalmansa bin Tahil
(Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan)

2 TIMBALAN En. Ramlan bin Jagah
PENGERUSI (Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah)

3 NAIB PENGERUSI 1 Tuan Hj Soje bin Hj Abd Hassan
(Timbalan PPD Sektor Perancangan)

4 NAIB PENGERUSI 2 En. Suhaimi bin Hj Othman
(Timbalan PPD Sektor Pembelajaran)

5 NAIB PENGERUSI 3 En. Rosman bin Idris
(Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid)

6 SETIAUSAHA En. N.Ramesh A/L M.Nagaiah
(Pen. PPD, Sektor Pengurusan Sekolah)

7 PENOLONG En. Irwanshah Jaffar
SETIAUSAHA (Pen. PPD, Sektor Pengurusan Sekolah)

8 BENDAHARI 1. En. Riezal bin Ramlan
( Penolong Akauntan, PPD Sandakan)

2. Pn. Alima binti Abdul Rahman

( Guru Besar SK Kem Tentera
Sandakan) 3. Pn. Chooi Yu Wen

( Mantan Guru Besar SK St. Mary
Convent)

22

AHLI JAWATANKUASA
PELAKSANA PROGRAM

BIL JAWATANKUASA NAMA

1 PENGERUSI Pn. Bernadeth De Guzman
(Pengetua SMK Libaran)

2 TIMBALAN En. Junaidi Iting
PENGERUSI (Guru Besar SK Sg. Padas)

3 SETIAUSAHA En. Zaini Osman
Guru Besar SK Sg. Manila

4 JK PENGURUS PENGERUSI : Pn Maureen Chia Abdullah
PENYIARAN AJK :
1. Pn Yuliana Makkana
2. En Yusdy Rosle
3. En Zaccaria Walter

5 JK PENGGABUNGAN En Azlan bin Budun
RAKAMAN (Pen. PPD, Unit Pembelajaran)
(KESELURUHAN)

6 JK TEKNIKAL & En. Fathan Ramly
PENYIARAN (Unit ICT, PPD Sandakan)

7 JK RAKAMAN En. Ong Bee Seng
MULTIMEDIA Guru Besar SJKC Pea Wha

23

AHLI JAWATANKUASA
PELAKSANA PROGRAM

BIL JAWATANKUASA NAMA

8 JK PUBLISITI PENGERUSI : Mohamad Tan Bin Bacho

(Pengetua SMK Taman Fajar)
TIMBALAN PENGERUSI : Pn.Suzana Sidek
AJK :
1. En. Airuddin Bin Tajuddin
2. Cik Rima Binti Mohd Razif
3. Ahmad Hafiz Bin Daud

9 JK RAKAMAN TOKOH PENGERUSI : Puan Teo Poo Siang
GURU (Pengetua SMK Perempuan)

SETIAUSAHA : Encik Ali Bin Laada
AJK :

1. Puan Siti Rohani Binti Kassim (K)
2. Puan Dyanthi A/P Tigarajan
3. Puan Sh. Nazatul Syaihamiza Binti Hb.

Hamid
4. Puan Siti Kamilah Binti Mamat

10 JK RAKAMAN PENGERUSI: Nor Aslam Mano B. Abdullah
PERSEMBAHAN (Pengetua SMK Elopura)

SETIAUSAHA : Vincent Sabin @ William 24
AJK :
1. Persembahan Nyanyian Trio

Pasqueletta Joan Paulus

Fionney Mitchel Musa
Feli Stacy Paimin
2. Persembahan Deklamasi Puisi
Fionney Mitchel Musa
Siti Nur Saujanah binti Abdullah

3. Video Editor
Nazmi bin Tajuddin

AHLI JAWATANKUASA
PELAKSANA PROGRAM

BIL JAWATANKUASA NAMA

11 JK RAKAMAN BACAAN Ustaz Saruddin Andang
DOA (Penolong PPD, Sektor Pembelajaran)

12 JK JURUACARA En. Roslan bin Martinis
(Pengetua SMK Tinusa)

13 JK RAKAMAN UCAPAN En. Ahmad Ladju
PERASMI, PENGARAH (KU Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran)
DAN PPD

PENGERUSI : Tn.Hj. Noor Hamizam Shah bin

Md Nordin
(Pengetua SMK Merpati)

AJK :
JK RAKAMAN 1. Abdul Razil bin Samiun.
14 IKRAR/MENAIKKAN 2. Awang Marjokni bin Mohd. Jahari.

BENDERA HARI GURU 3. Mohd. Shariff bin Jusoh.
4. Mardin bin Hj.Anoi.
5. Serman Shah bin Murad.
6. Mohd. Subair bin Abdul Jutup.
7. Jeesson Jude Justin.
8. Syahrul Nizam bin Nongkang.

JK PENYEDIAAN & PENGERUSI : Sabariah binti Sapar
(Guru Besar SK Merpati)
RAKAMAN AJK :
15 PENERIMAAN 1. Muhammad Afiq bin Adjad (Ketua)

ANUGERAH DAN SIJIL 2. Mohd. Atif Hafiz bin Zulkaflee
3. Dg Nadhirah Binti Abdul Gahni

4. Muhammad Hamizan bin Musa

25

AHLI JAWATANKUASA
PELAKSANA PROGRAM

BIL JAWATANKUASA NAMA

JK PENILAIAN DAN En. Baslie Basa
PEMILIHAN TOKOH (Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan)
16 GURU DAN Majlis Guru Besar (MGB) Sandakan
PELBAGAI Persatuan Pengetua Sekolah Menengah
ANUGERAH GURU (PPSMS) Sandakan

17 JK BACKDROP Tn Hj Mordin bin Hj Daud
UNTUK RAKAMAN (Pengetua SMK Gum Gum)

JK E-BUKU PENGERUSI : Pn. Alima binti Abdul
18 ATURCARA DAN Rahman

REKABENTUK (Guru Besar SK Kem Tentera)
AJK:
1. En. Sophian Sawal
2. Muhammad Adib Bin badrul Hissham
3. Siti Aishah Binti Jinish

JK PENDAFTARAN E- Sektor Pengurusan Sekolah, PPD

19 KEHADIRAN & Sandakan
PENGURUSAN SIJIL Unit Sumber Manusia PPD Sandakan

26

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih atas kerjasama dan sumbangan yang

telah diberikan oleh

BANK ISLAM CAWANGAN
SANDAKAN

Tidak lupa juga kepada semua ahli
jawatankuasa yang memberikan sepenuh
kerjasana dan sumbangan secara langsung

dan tidak langsung begi menjayakan
Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat

PPD Sandakan sesi 2021

27

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

Kalau ada sumur diladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang
Insyaallah tahun hadapan berjumpa

lagi.

Sesungguhnya, yang indah itu datang
dari Allah SWT, dan yang kurang

itu datang dari kelemahan kami
sendiri..

Sekian , terimakasih.
Jumpa Lagi….

28


Click to View FlipBook Version