The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM020824 Nik Ahmad Fitry Bin Nik Hasmi, 2023-09-17 09:35:38

BMM 1074 SISTEM EJAAN RUMI

E PORTFOLIO TUGASAN 2 complete

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL, 21030, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2023/2028 NAMA : NIK AHMAD FITRY BIN NIK HASMI ANGKA GILIRAN : 2023092310039 NO. KAD PENGENALAN : 051102-11-0113 KUMPULAN/UNIT : BM2 KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2023 Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah Tandatangan Pemeriksa/Pensyarah: Tarikh: PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyaraj telah dirujuki dan difahami dengan baik. Tandatangan pelajar: Tarikh:


ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN……………………………………………………………………………1 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI…………………..………….2 2.1 SISTEM EJAAN VAN OPHUSYEN………………………..…………………………...2 2.2 SISTEM EJAAN WILKINSON…….………………………..…………………………...3 2.3 SISTEM EJAAN ZA’BA……………………………………..…………………………...3 2.4 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA……………………………..…………………………...4 2.5 SISTEM EJAAN SOEWANDI..……………………………..…………………………...4 2.6 SISTEM EJAAN KONGRES………………………………..…………………………...4 2.7 SISTEM EJAAN BARU………….…………………………..…………………………...5 3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA(DBP) DALAM PENYERAGAMAN SISTEM EJAAN RUMI……….…………………………………..…………………………...6 4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI………….…………………………...7 5.0 KESIMPULAN………………………………………………..…………………………...7 RUJUKAN………………………………………………………………………………………9 LAMPIRAN……………………………………………………………………………………10


PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaan-Nya, saya berjaya menyiapkan Tugasan Kerja Kursus ini dengan jayanya. Kurniaan akal fikiran dan kesihatan badan sepanjang menyiapkan tugasan ini adalah nikmat terbesar yang dianugerahkan oleh Yang Maha Esa. Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Fadzil yang merupakan pensyarah bagi kursus ini. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar daripada pensyarah saya yang pintar ini, tugasan ini pasti tidak dapat diselesaikan. Seterusnya saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu dan adikberadik saya yang tidak pernah putus memberikan kata semangat dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa mereka tiada upaya saya untuk meneruskan tugasan ini. Akhiri kalam, terima kasih juga kepada rakan sekelas yang lain yang saling memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini bersama-sama. Moga jasa baik akan dibalas dengan kebaikan kelak.


1 1.0PENGENALAN Bahasa berkait rapat dengan sistem tulisan kerana bermula dengan bahasa, lahirnya tulisan yang membantu manusia berkomunikasi dalam kalangan mereka untuk menjalankan urusan harian. Seiring perubahan zaman, kecerdasan kognitif manusia juga semakin bertambah melalui pembelajaran daripada pengalaman masa lalu. Manusia mula pandai melukis bermula dengan simbol, gambar binatang, tumbuhan dan pelbagai hidupan lain untuk menggambarkan situasi yang sedang dihadapi mereka. Seterusnya beralih kepada catatan penulisan pada batu, dinding, kulit haiwan dan tumbuhan. Buktinya ialah penemuan batu bersurat tertua berbahasa Melayu Champa yang ditemukan pada abad keempat. Rajah 1.1: Batu Bersurat Berbahasa Melayu Champa Setiap bangsa dikatakan mempunyai tulisan tersendiri yang berkait rapat dengan bahasa yang digunakan mereka. Sejarah awal perkembangan tulisan bermula dengan tulisan Pallava yang menerima pengaruh orang Hindu berhijrah ke Tanah Melayu seperti Srivijaya dan Palembang. Kemudiannya masyarakat di Tanah Melayu menggunakan tulisan Kawi untuk menulis bahasa Melayu Kuno. Perubahan bentuk tulisan yang ketara dapat dilihat pada tulisan jawi kerana dipengaruhi bahasa Arab. Jelas menunjukkan perkembangan tulisan selari dengan penyebaran sesuatu agama yang melambangkan identiti sesuatu bangsa. Di negara kita pula, sistem tulisan dikatakan bermula dengan sistem tulisan Jawi pada era Kesultanan Melayu Melaka. Boleh dikatakan sejarah Melayu itu sendiri bermula dengan tulisan Jawi kerana kebanyakan penemuan arkeologi seperti batu bersurat ditulis dalam tulisan jawi. Seiring kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, tulisan Jawi dikatakan subur berkembang di Nusantara terutamanya dari segi pemikiran Melayu Islam. Perkembangan ini menjadi tunjang kekuatan identiti bangsa Melayu pada ketika itu kerana penggunaannya meluas dalam menjalankan sebarang urusan. Kemudiannya diikuti tulisan rumi yang mengubah struktur ejaan tulisan bahasa Melayu.


2 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI Kewujudan tulisan rumi bermula semasa penjajahan Portugis pada tahun 1511 yang menjatuhkan empayar Kesultanan Melayu Melaka sekaligus berjaya memperluas pengaruh agama Kristian di Nusantara menyebabkan berlakunya perubahan pada sistem ejaan masyarakat Melayu di Nusantara. Ejaan Rumi berasal daripada huruf Latin yang menjadi tulisan seragam bagi bahasa Inggeris dan bahasa lain di Eropah. Sistem ejaan rumi dikatakan mula ditulis dalam bahasa Melayu melalui penemuan senarai pelayaran Pigaffeta dari Itali pada tahun 1521. Kemudian bermula pada abad ke-16, tulisan rumi mula digunakan oleh pedagang dan penjelajah dari Eropah yang datang berdagang ke Nusantara. Hal ini telah melahirkan leksikografi dari segi daftar kata dan pengistilahan melalui glosari Kamus Bahasa Melayu Asing. Pengaruh bangsa asing telah menghakis kedudukan sistem ejaan jawi yang banyak digunakan dalam urusan pentadbiran, perdagangan dan keilmuan di Nusantara. Sebagai contoh ialah melalui perjanjian dan surat rasmi dari kerajaan Eropah kepada kerajaan di Alam Melayu yang mana kebanyakannya menggunakan ejaan rumi dalam penulisan menyebabkan orang Melayu perlu memahaminya untuk memudahkan segala urusan serta mengelakkan daripada dimanipulasi oleh kuasa asing yang datang ke rantau ini pada ketika itu. 2.1 SISTEM EJAAN VAN OPHUSYEN (1900) Van Ophusyen (1900) berperanan dalam menyusun ejaan Melayu dengan menggunakan aksara Latin bagi mengelakkan kecelaruan dalam penggunaan tulisan rumi. Beliau sekadar menghubungkan beberapa sistem ejaan yang telah ada berdasarkan sistem yang pernah digunakan oleh para pengkaji sebelum ini. Dengan bantuan beberapa tokoh tempatan seperti Engku Nawawi (Soetan Ma'moer) dan Moehammad Taib Soetan Ibrahim, beliau telah berjaya menyusun buku berjudul Kitab Loghat Melajoe' pada tahun 1901. Ejaan di dalam buku tersebut disebut sebagai Ejaan Ophuysen atau Ejaan Balai Pustaka. Kemudiannya, sistem ejaan ini diperbaiki dari masa ke semasa bagi mendapatkan bentuk yang tetap dalam tahun 1926.


3 2.2 SISTEM EJAAN WILKINSON (1902) Sistem ini dikenali sebagai sistem ejaan Wilkinson yang dipelopori oleh seorang pegawai pemerintah Inggeris bernama R J Wilkinson di mana beliau bermula pada tahun 1895 telah menyusun sebuah kamus berjudul 'Malay-English Dictionary' setebal 1300 muka surat. Pada tahun 1902, sistem ini berperanan dalam menyeragamkan tulisan untuk kepentingan persekolahan Melayu di negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sistem ini banyak mengalami penambahbaikan daripada sistem ejaan yang digunakan dalam Kamus Maxwell yang banyak menerapkan kaedah tulisan rumi Shellabear, kaedah baba peranakan dan kaedah tulisan rumi Melayu - Belanda. 2.3 SISTEM EJAAN ZA’BA Usaha memartabatkan bahasa Melayu dapat dilihat melalui Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim (1922) yang berperanan dalam usaha mengembangkan lagi penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan masyarakat. Sumbangan fikiran Za'ba atau nama sebenar beliau adalah Zainal Abidin bin Ahmad, MPSI telah melahirkan Sistem Ejaan Sekolah yang dikenali sebagai Sistem Ejaan Za’ba. Sistem ini meneruskan kesinambungan sistem ejaan Wilkinson berdasarkan penambahbaikan yang dilakukan bagi memudahkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Penerangan berkenaan tatabahasa serta penggunaan sistem ini diterangkan dalam catatan beliau seperti Pelita Bahasa Melayu Penggal I, II dan III sehingga tahun 1972. Rajah 1.2: Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III Dalam karya penulisannya iaitu PBM I, beliau menjelaskan penggunaan istilah spesifik dengan tepat supaya bahasa Melayu digunakan dengan betul. Karyanya yang seterusnya menekankan penggunaan sistem ejaan jawi dan rumi. Beliau juga mengetengahkan mengenai tatabahasa seperti kata nama serta kata kerja dengan istilah yang lebih jelas.


4 2.4 SISTEM FAJAR ASIA Penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu dan Sumatera menyebabkan berlaku perubahan dalam sistem tulisan Melayu kerana pemerintah Jepun telah memperkenalkan Sistem Fajar Asia untuk menyeragamkan penulisan di bawah satu pemerintahan sekitar tahun 1943. Ejaan yang digunakan mengekalkan penggunaan konsonan Wilkinson serta Za'ba tetapi menggunakan vokal Ophuysen kecuali ‘oe’ digantikan dengan ‘u’. 2.5 SISTEM SOEWANDI Sistem ini dikuatkuasakan atas perintah Mr Soewandi (Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan) yang bersesuaian dengan hasrat Kongres Bahasa Indonesia (1938). Sistem ini juga dikenali sebagai ejaan Republik yang dikuatkuasakan beberapa bulan sebelum kemerdekaan Indonesia. Tujuan utama adalah untuk mengetengahkan bahasa Indonesia serta menyeragamkan penggunaannya ke seluruh jajahan pemerintahan Indonesia. Menurut S. Takdir Alisjahbana (1949), Ejaan Soewandi tidak jauh bezanya dengan ejaan Ophusyen malah dapat dianggap usaha ini hanya untuk menjenamakan semula sistem ejaan di Indonesia. 2.6 SISTEM EJAAN KONGRES Sistem Ejaan Kongres lahir melalui Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu Malaya yang diadakan sebanyak empat kali. Kongres ini menghimpunkan penulis, peminat sastera, pencinta budaya dan sastera serta para cendekiawan Melayu beserta Indonesia. Rajah 1.3: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor, 1956


5 Persidangan kongres ke tiga di Singapura pada 16 hingga 21 September 1956 telah melahirkan sistem ini berdasarkan pembentangan oleh Angkatan Sasterawan Lima Puluh (ASAS 50) bersama Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) di Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu III di Singapura pada September 1956. Antara saranan ASAS 50 dan PBMUM termasuklah: i) SISTEM EJAAN ASAS 50 Sistem ini tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan Fajar Asia (1943). Contohnya penerapan vokal kembar (diftong) seperti ‘ai’ dan ‘au’. Perkataan gulai yang mengandungi diftong [gu-lai] dan merupakan kata bentukan [gu-la-i], maka dicadangkan supaya diftong ai digantikan dengan ay menjadi ‘gulay’. Fonem ‘ch’ pula perlu digantikan dengan ‘c’ sahaja seperti perkataan [chawan] pada asalnya ditukar kepada ‘cawan’ sahaja. ii) SISTEM EJAAN PBMUM Antara saranannya ialah menolak penggunaan huruf-huruf kembar atau rangkap konsonan seperti fonem ‘ch’ digantikan dengan ‘c’. Selain itu, ejaan Malaya hendaklah disatukan dengan Indonesia supaya dapat menyeragamkan sistem ejaan tulisan Melayu. Hasilnya, kongres memutuskan penggunaan fonem seperti ‘ch’ digantikan kepada ‘c’ manakala diftong ‘ai’ digantikan kepada ‘ay’ dan banyak lagi. Ejaan yang telah dipersetujui di dalam kongres hendaklah disebut sebagai sistem ejaan Malindo. Sehingga hari ini belum jelas mengenai Sistem Ejaan Kongres ini kerana berlaku beberapa masalah dari segi politik terutamanya konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia. 2.7 SISTEM EJAAN BARU Sistem Ejaan Baru Bahasa Malaysia berkembang menjadi Sistem Ejaan Baru Bahasa Malaysia-Indonesia kemudiannya didokumentasikan melalui Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia pada 1974. Sistem ini dicerakinkan kepada dua kelompok iaitu


6 keselarasan vokal dan pola keselarasan vokal. Keselarasan vokal ialah kesesuaian dua huruf vokal membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara dua huruf vokal pada suku kata pra akhir dengan huruf vokal pada suku suku kata akhir tertutup. (Siti Hajar Abdul Aziz 2008). Sistem ini menetapkan pasangan huruf vokal untuk beberapa perkataan dalam bahasa Melayu yang menepati tiga syarat berikut: Keselarasan pada dua huruf vokal pada kata dasar (bukan terbitan) Kata dasar perlu berakhir dengan suku kata tertutup (perkataan berakhir dengan huruf konsonan) Perkataan yang mengandungi lebih daripada dua suku kata dan terlibat dengan sistem keselarasan vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja. Sistem ini memberi paduan kepada ejaan bahasa Melayu yang lebih mudah untuk difahami oleh masyarakat. Sistem ini memerlukan pola keselarasan huruf vokal yang mempunyai 18 gabungan vokal diterima dalam bahasa Melayu berdasarkan syarat sistem keselarasan huruf vokal. 3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA(DBP) DALAM PENYERAGAMAN SISTEM EJAAN RUMI Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan dalam mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara sebelum negara mencapai kemerdekaan. DBP pada asalnya dipanggil Balai Pustaka kemudiannya menjadi badan berkanun dan mengembangkan peranannya ke seluruh pelosok negara. Matlamat utama ketika itu ialah untuk mengembangkan bahasa kebangsaan agar lebih relevan dengan dasar negara dan hasrat rakyat. Peranannya dalam penyeragaman tulisan rumi dapat dilihat melalui penghasilan Kamus Dewan yang menjadi rujukan panduan pembentukan kata dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Percetakan majalah dan penerbitan buku ilmiah dalam ejaan rumi penting untuk mengetengahkan sitem ejaan rumi yang betul kepada masyarakat selain dapat memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri. Kesannya, masyarakat mempunyai rujukan yang luas dalam ejaan bahasa Melayu untuk menimba ilmu dalam pelbagai bidang. Penerbitan buku teks dan bacaan ilmiah di sekolah membantu pelajar membuat rujukan menggunakan ejaan rumi yang betul supaya penggunaanya selaras di seluruh negara. Hal ini selari dengan objektif DBP untuk membakukan ejaan dan sebutan serta membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.


7 4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI Krisis kepercayaan terhadap bahasa Melayu seharusnya tidak timbul kerana bahasa Melayu telah dilengkapi dengan sistem ejaan dan tatabahasa yang kemas, serta pembendaharaan kata yang luas. Rungutan mengenai ketidakcukupan istilah menjadi masalah besar dalam pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang pengajian sekaligus menjadikannya alasan untuk tidak menggunakan bahasa Melayu. Hal ini disebabkan oleh dominasi bahasa Inggeris yang menjadi bahasa global menyebabkan rujukan dan komunikasi pelbagai bidang dilakukan dalam bahasa Inggeris. Selain itu, didikan ibu bapa masa kini yang menerapkan penggunaan bahasa Inggeris pada anak mereka sejak kecil lagi menyebabkan bahasa Melayu memudar dalam diri remaja kerana ingin kelihatan lebih elegen. Masalah slanga yang berlaku dalam kalangan masyarakat bandar di mana mereka lebih selesa menggunakan campuran bahasa Inggeris dalam urusan seharian kerana menganggap itu merupakan gaya kebiasaan zaman kini. Hal ini juga berlaku pada golongan remaja luar bandar yang menggunakan dialek negeri mereka untuk bertutur menyebabkan penggunaan bahasa Melayu standard sedikit kekok kerana hanya menggunakannya semasa di sekolah. Slanga yang digunakan masyarakat akan mempengaruhi ejaan dalam penulisan mereka kelak terutamanya apabila menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Kebanyakan remaja di negara kita puratanya kurang mengetahui istilah kosa kata tinggi kerana kurang membaca buku ilmiah. Hal ini berlaku disebabkan oleh pengaruh media sosial yang hanya mendedahkan sesuatu perkara secara ringkas dan singkat. Kesannya, akan melahirkan remaja yang mempunyai pemikiran cetek dan tidak berfikiran luas untuk mengatasi cabaran dunia di masa akan datang. Oleh itu, para pelajar di setiap institusi pengajian perlu bijak mengatur langkah dalam menuntut ilmu agar tidak merugikan diri kelak. 5.0 KESIMPULAN Sistem ejaan di negara kita mengalami banyak perubahan serta pengaruh daripada pelbagai perkara termasuk politik dan agama. Perkembangan tulisan di negara kita yang bermula dengan tulisan jawi ke rumi telah mengajar kita erti menghargai nilai estetika dalam bahasa Melayu kerana pengolahan dari segi bentuk ejaan dari jawi ke rumi meggambarkan identiti yang dibawa oleh sesuatu bangsa. Perkembangan ini juga turut memberi kesan terhadap perkembangan agama dan politik di rantau Asia terutamanya bagi Malaysia serta Indonesia kerana dengan sistem ejaan dapat menjenamakan semula identiti asli sesuatu bangsa. Oleh itu, kita harus bersatu dalam memartabatkan sistem ejaan rumi bahasa Melayu agar dapat meluaskan lagi kosa kata dalam pelbagai


8 bidang keilmuan. Kita juga perlu mendedahkan kepada anak muda mengenai kronologi perkembangan sistem ejaan rumi agar mereka sedar dan kagum akan keunikan sistem ejaan yang digunakan dalam negara kita. Peranan DBP begitu penting dalam usaha memperluas cakupan pembendaharaan kata, pengistilahan dan penerbitan ilmiah bagi mendedahkan kepada masyarakat mengenai sistem ejaan yang betul. Sebagai seorang bakal guru, saya harap dapat menerangkan kronologi sistem ejaan rumi bahasa Melayu kepada pelajar agar mereka dapat mengetahui penggunaannya yang tepat. Saya juga akan memastikan masalah dalam pembacaan dan ejaan dalam kalangan pelajar akan dapat diatasi melalui usaha kreatif yang akan memberi manfaat kepada mereka . Oleh itu, besar harapan saya agar semua golongan masyarakat pelbagai kaum di negara kita menitikberatkan kepentingan bahasa Melayu dalam kalangan remaja kerana mereka merupakan pemimpin yang akan menerajui negara di masa akan datang. (2003 patah perkataan)


9 RUJUKAN Dr. Suffian bin Mansor, Dr. Mardiana Binti Nordin, Ahmad Salehee Bin Abdul, Ishak Bin Saidoo, (2017), Sejarah Tingkatan 2, Kuala Lumpur, Ultimate Print Sdn.Bhd., https://anyflip.com/hbnfk/xdzk Izzah Zahh, Sejarah dan Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU (slideshare.net) Jalianah Binti Long, Sejarah dan Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Nota Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi | PDF (scribd.com) Jeniri Amir, Bahasa Negara dan Bangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009, Ampang, Selangor, Dawama Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kartini Shuib, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu, https://malaycivilization.com.my/omeka/files/original/8ffcc0978c38002efa1 2f03e4987fbf7.pdf Ku Syafiq Ku Fozi, Fahami Sistem Ejaan Bahasa Melayu, 2022, Relevan.com.my, Fahami sistem ejaan bahasa Melayu - Relevan Laman Web Dewan Bahasa dan Pustaka, Objektif Penubuhan DBP, https://lamanweb.dbp.gov.my/objektif-penubuhan/ Mohd Naim Daipi, Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu: Bahagian II, The Malay Language Council, https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18303/1/Sekata-9-1-28.pdf Muhammad Al Afzan, Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu, 2018, Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu (cikguafzan96.blogspot.com) Puteri Roslina Abdul Wahid, Menelusuri Peristilahan Bahasa Melayu, , 2012, Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah, Zurihan Yussoff, Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Puchong, Kuala Lumpur, GLOBAL MEDIASTREET SDN BHD. Zahid Bin Bakar, Sistem Ejaan Rumi Baharu, 2014, Relevan.com.my http://bahasakuzahid.blogspot.com/2014/12/sistem-ejaan-rumi-baharu.html


10 LAMPIRAN


11


12


13


Click to View FlipBook Version