MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN
E-FOLIO : KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN
GROUP MEMBERS
RAZIN MUHAMMAD RASHID (24DKM20F1128)
RAJA MOHAMAD SYAHRIL HANIFF (24DKM20F1133)
NUR WISHAL BIN JUFREE (24DKM20F1024)
MUHAMMAD MUZAKIR BIN MOHD ZAMRI (24DKM20F1085)
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 2.0 DEFINISI
3.0 CIRI-CIRI BUDAYA 4.0 JENIS-JENIS
5.0 PERPADUAN KEBUDAYAAN
• 4.1 KAUM MELAYU
• 4.2 KAUM CINA
• 4.3 KAUM INDIA
1.0 PENGENALAN
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan
damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia lalah Melayu, Cina dan India. Melayu
merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia.
Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan
mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting
dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk
Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung.
Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian berbahasa
Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang
ekonomi. india pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama
Hindu, bertutur Tamil, Malayalam,dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh,
Serani atau Eurasian dan kaum bumi putera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi
Malaysia,tetapi Bahasa Inggeris digunakan untuk perniagaan.
2.0 DEFINISI
Budaya (Jawi: بوداي:atau ) بوداياadalah tingkah laku sosial dan norma yang terdapat
dalam masyarakat manusia. Budaya dianggap sebagai konsep utama dalam antropologi,
merangkumi pelbagai fenomena yang dihantar melalui pembelajaran sosial
dalam masyarakat manusia. Kesejagatan budaya ditemui di semua masyarakat manusia; ini
termasuk bentuk ekspresif seperti seni, muzik, tarian, ritual, agama,
dan teknologi seperti penggunaan alat, memasak, tempat berteduh dan pakaian.
Konsep budaya kebendaan meliputi ungkapan fizikal budaya, seperti teknologi, seni bina
dan seni, sedangkan aspek budaya yang bukan kebendaan seperti prinsip organisasi
sosial (termasuk praktik organisasi
politik dan institusi sosial), mitologi, falsafah, kesusasteraan (baik bertulis dan lisan),
dan sains terdiri daripada warisan budaya tidak ketara masyarakat.
3.0 CIRI-CIRI BUDAYA
➢ Bersifat dinamik
➢ Menerima dan menolak unsur tertentu
➢ Diwarisi
➢ Proses Kesinambungan
4.0 JENIS-JENIS KEBUDAYAAN
Di Malaysia terdapat pelbagai
jenis kaum, antaranya ialah :
➢ Kaum melayu
➢ Kaum cina
➢ Kaum india
4.1 KAUM MELAYU
PENGENALAN
Kaum Melayu merupakan penduduk majoriti di Malaysia. Kebanyakan
dari mereka beragama islam.Kaum Melayu kaya dengan budaya yang
tidak diketahui ramai. Hal ini kerana masyarakat beranggapan kaum
lain mempunyai lagi banyak budaya yang menarik dibanding dengan
Kaum Melayu.Pada Kali ini saya akan merungkai tentang budaya
kaum Melayu dengan lebih terperinci dari pelbagai aspek seperti
makanan,pemakaian dan perayaan.
PEMAKAIAN TRADISIONAL
BAJU MELAYU
Baju Melayu bermula sekitar 700 tahun lalu. Ia dipercayai
diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah yang kaya
dengan falsafah dalam berbusana, di zaman empayar
Melaka.
BAJU KURUNG
Baju kurung adalah berasal dari negeri Johor. Pakaian ini
merupakan pakaian tradisional kaum wanita Melayu. Menurut
sejarah kewujudan pakaian ini, baju kurung dikatakan wujud dua
ratus tahun yang lampau. Baju kurung dikatakan hasil kreatif
Sultan Abu Bakar iaitu sultan Johor pada tahun 1866.
MAKANAN TRADISIONAL
Ketupat palas ialah ketupat yang Lemang merupakan hidangan Nama Nasi Lemak mendapat gelaran
menggunakan daun palas sebagai istimewa kaum melayu. Makanan daripada penggunaan santan untuk
pembungkusnya. Biasanya sarung memasak nasi. Santan khususnya
tradisional ini dihidangkan
ketupat palas dianyam terlebih bersama rendang atau merupakan bahan masakan yang
dahulu sebelum disumbat dengan sering digunakan oleh masyarakat
pulut yang telah dimasak. Ketupat serunding. Lemang diperbuat melayu tradisional. Oleh itu, Nasi
palas juga biasanya dihidangkan daripada beras pulut dan santan Lemak dikaitkan dengan penggunaan
yang dimasukkan ke dalam ruas santan dalam nasi yang membuatkan
begitu sahaja atau digoreng
terlebih dahulu buluh yang dilapik. rasa nasi itu berlemak.
PERAYAAN
HARI RAYA AIDILFITRI HARI RAYA AIDILADHA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Pada tanggal 1 Syawal tahun Hari Raya Aidiladha atau juga hari maulid ini dirayakan oleh umat
Hijrah, seluruh masyarakat Islam disebut Hari Raya Korban dan Hari Islam di seluruh dunia. Negara kita
turut memuliakan dan merayakan hari
di dunia akan menyambut Hari Raya Haji merupakan perayaan maulid. Hari maulid ini menjadi hari
Raya Aidilfitri. Di Malaysia, agama yang disambut oleh seluruh cuti umum di negara kerana agama
umat Islam di dunia. Hari raya ini Islam merupakan agama rasmi di
sambutan hari raya ini disebut menandakan berakhirnya tempoh negara ini. Maulidur Rasul disambut
juga sebagai Hari Raya Puasa ini mengerjakan ibadat haji di Mekah, dan dirayakan dengan berbagai-bagai
setelah menghabiskan kewajipan
iaitu sehari selepas jemaah haji cara di setiap negara.
puasa pada bulan Ramadan. mengerjakan wukuf di Arafah.
KAUM CINA
PENGENALAN
Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua terbesar di negara ini. Malaysia dan China telah
mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Masyarakat ini menyambut
Tahun Baru Cina setiap tahun. Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga
saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Biasanya orang yang
sudah berkahwin wajib memberikan ang pau kepada orang muda dan kanak-kanak.
PAKAIAN TRADISIONAL CINA
SAMFOO
membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo dipakai
oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan
terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian
tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu
Dinasti Ching. Ia adalah pakaian tradisional kepada Orang Manchu.
CHEONGSAM
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada
upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru
Cina.Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras
lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.
MAKANAN TRADISIONAL CINA
Yee Sang atau juga dikenali KUIH BULAN ialah salah sebuah kuih tradisional Dim sum bersaiz kecil dan
dengan nama Yusheng adalah cina. Ia dimakan semasa Perayaan Pertengahan comel sahaja bentuknya.
makanan yang terdiri dari aneka Musim Luruh. Pesta itu bagi sembahyang qamari
dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai Ia enak dimakan
salad dan ikan. Campuran satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. menjelang sarapan pagi,
kesemua bahan ini menjadikan tengahari mahupun minum
hidangan ini berwarna-warni dan Kuih bulan ditawar antara rakan-rakan atau
kepada perhimpunan keluarga sementara petang. Malah, boleh
sangat menarik. meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina dimakan pada bila – bila
yang paling penting. masa juga.
PERAYAAN KAUM CINA
Tahun Baru Cina mungkin sambutan perayaan Perayaan yang juga dipanggil Chap Goh Mei ini
kaum Cina yang paling popular di Malaysia. diadakan sebagai penutup bagi perayaan
Setiap tahun, perayaan ini disambut meriah oleh Tahun Baru Cina. Pesta tanglung merupakan
mereka berbangsa Cina selama 15 hari bagi malam pertama bulan purnama selepas Tahun
meraikan kedatangan tahun baru menurut
kalendar mereka. Pada malam Tahun Baru, Baru Cina. Pada malam tersebut, tanglung
semua ahli keluarga akan berkumpul untuk berwarna-warni akan dinyalakan dan mercun
mengeratkan perhubungan sesama keluarga.
akan dibakar untuk memeriahkan lagi
sambutan.
KAUM INDIA
PENGENALAN
❑ Etnik ketiga terbesar di Malaysia
❑ Salah satu kaum yang menyumbang kepada pembentukan sebuah masyarakat majmuk
❑ Kaya dengan ciri-ciri kebudayaan dan masih dikekalkan sehingga hari ini
❑ Satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan
semasa pemerintahan British
❑ Berhijrah sejak 2000 tahun yang lalu
❑ Datang secara berkumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak semasa
kesultanan Melaka
❑ Tujuan penghijrahan untuk mensasarkan tujuan perniagaan atau perdagangan
PAKAIAN TRADISIONAL INDIA
Dhoti atau dikenali sebagai pancha adalah pakaian tradisional lelaki
di India. Dhoti merupakan lembaran kain yang panjang yang berukuran 5
meter panjang. Cara pemakaian: Kain dililit di bahagian pinggang, diikat di
celah paha dan disangkutkan pada bahu. Di hari perkahwinan, lelaki India
memakai dhoti dilengkapi dengan turban.
Sari mula dipakaikan kepada gadis India apabila sudah memasuki alam dewasa sebagai satu
pengiktirafan masyarakat terhadap mereka. Sari merupakan lembaran kain yang berukuran semeter
hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai.
Sari dililit di pinggan dan diselempang pada bahu kiri.. Untuk kelihatan menarik, kebanyakan mereka
memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Sari merupakan pakaian perkahwinan
untuk kaum india dan juga dipakai pada musim perayaan dan sering digunakan sebagai pakaian harian.
MAKANAN TRADISIONAL INDIA
Muruku merupakan makanan Thosai adalah sejenis roti yang
tradisional kaum India di Malaysia mempunyai rasa masam dan ranggup.
yang resipinya berasal dari negara Ianya diperbuat daripada beras dan
India Selatan terutamanya dari Tamil kacang dal hitam (urad dhal) dan boleh
juga ditambahkan dengan rempah-ratus
Nadu
untuk menambahkan rasa.
PERAYAAN KAUM INDIA
Perayaan Deepavali atau Diwali ialah suatu Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan
perayaan dalam kalangan penganut agama nazar dan menebus dosa atau memohon ampun
Hindu menandakan kemenangan oleh kuasa di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama
kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara
simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang ini. Tidak semua penganut Hindu akan
menunaikan nazar. Nazar ialah memohon
menerangi kegelapan. sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika
permohonan dikabulkan, maka satu acara
tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
PERPADUAN
DEFINISI
Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi
yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang
berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan
ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan
seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah
satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni.
Antara kaum utama di Malaysia Melayu, Cina, India Kadazandusun dan
Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang
cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman
dikalangan kaum di Malaysia.
KEPENTINGAN PERPADUAN
Kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu Sambutan pelbagai hari perayaan boleh
diberi keutamaan demi mengekalkan kukuhan dijadikan platform untuk mengenali
perpaduan antara kaum dengan mengamalkan budaya dan adat resam sesama
semangat perkongsian, saling menghormati dan masyarakat sambil memperbaharui ikatan
menanam sikap toleransi sesama rakyat
Malaysia. persahabatan.
Perpaduan kaum juga memainkan peranan Di samping memberi keutamaan kepada mata
dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara pelajaran Sejarah dan menjadikan sistem
dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan pendidikan sebagai medium mustahak untuk
ekonomi. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang mengkekalkan perpaduan kaum.
dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul
Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula
ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud
di negara ini.
RUMUSAN
Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara
faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat
berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau
bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan
harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan
menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan
pembangunan negara. Masyarakat Malaysia perlu menjadi
penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan
perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai
matlamat ke arah status negara maju serta memastikan
pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.
Thank You