2.40 petang - Semua guru dan
murid berkumpul di Dewan Elit
2.50 petang - Ketibaan pengetua
dan barisan pengurusan
- Alunan zikir Asmaul Husna
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Nyanyian Lagu Sekolah
- Lafaz Ikrar
- Bacaan Doa
- Aluan Pengerusi Majlis
- Ucapan Perasmian Bulan Bahasa
- Gimik Perasmian
- Persembahan
- Nyanyian Lagu Negeri Kedah
- Bersurai
Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasa
Bahasa sebagai medium komunikasi yang berkesan. Lantaran itu, pelbagai
aktiviti perlu dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya
murid-murid agar lebih mahir berkomunikasi dan seterusnya melahirkan
semangat cinta akan bahasa. Hal ini sejajar dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis seterusnya melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri
dalam urusan harian. Sehubungan dengan itu, Panitia Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Pusat Sumber Sekolah
Menengah Kebangsaan Convent dan Unit Kokurikulum telah bersepakat untuk
mengadakan Program Bulan Bahasa dan Bulan Membaca pada tahun 2022.
Semoga program ini dapat membantu murid-murid Sekolah Menengah
Kebangsaan Convent meningkatkan lagi kemahiran dalam berbahasa dan
minat terhadap amalan membaca.
Mendedahkan keunikan kepelbagaian bahasa dari pelbagai aspek.
Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik
kewujudan bahasa.
Menimbulkan minat dalam kalangan murid untuk menguasai mata
pelajaran bahasa.
Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai
murni, sikap positif dan semangat patriotik bertunjangkan Bahasa.
Meningkatkan minat murid terhadap amalan membaca.