The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SYARIFAH ASPIAH BTE WAN AKBAR KPM-Guru, 2024-03-06 04:10:30

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2024

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2024

Program Transisi Tahun Satu ( PTTS ) 2.0 dirangka bertujuan menyediakan murid daripada pelbagai latar belakang dan tahap penguasaan untuk menghadapi perubahan, menyesuaikan diri serta membina keyakinan diri dalam persekitaran baharu di sekolah rendah. PTTS 2.0 dirangka dengan mengambil kira kurikulum prasekolah dan Tahun Satu dengan penekanan terhadap lima aspek iaitu sosioemosi, sikap dan nilai, kognitif, kreativiti dan estetika serta kesejahteraan fizikal dan kesihatan seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1. Kelima-lima aspek ini disepadukan dalam pelaksanaan PTTS 2.0. Bagi memastikan PTTS 2.0 dilaksanakan dengan berkesan, kerjasama dan sokongan pentadbir, guru dan ibu bapa/penjaga amat diperlukan. Persekitaran sekolah dan rumah juga memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan program ini. Kerangka konsep PTTS 2.0 adalah seperti dalam Rajah 1. Rajah 1: Kerangka Konsep Program Transisi Tahun Satu 2.0 Objektif Program Transisi Tahun Satu: PTTS 2.0 dirangka bagi mencapai objektif seperti berikut: 1. Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau prasekolah atau tadika kepada pendidikan formal. 2. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah. 3. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru. 4. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksisosial serta pembelajaran. 5. Membantu murid mengurus diri sendiri. 6. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya. PENGENALAN


Program Transisi Tahun Satu distrukturkan dalam dua fasa iaitu Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan seperti berikut: 1. Fasa Penyesuaian dilaksanakan bermula pada 11 Mac hingga 22 Mac 2024 ( dua minggu ) bertujuan untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran sekolah yang baharu serta membina hubungan baik dengan rakan dan guru. Selain itu murid juga dapat membina keyakinan diri murid untuk berkomunikasi dan menggalakkan pelibatan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran. Pelaksanaan Fasa Penyesuaian ini adalah seperti berikut: 1. Dilaksanakan selama dua minggu mengikut peruntukan waktu sehari yang telah ditetapkan. 2. Perincian aktiviti harian Fasa Penyesuaian adalah seperti dalam Jadual 1. 3. Pelaksanaan rutin kelas, perbualan awal dan rehat perlu dilaksanakan oleh guru kelas. 4. Pentaksiran perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa. 5. Contoh pelaksanaan aktiviti sehari Fasa Penyesuaian seperti dibawah: Jadual 1: Peruntukan Waktu Sehari Pengisian Peruntukan Waktu Rutin Kelas 30 minit Perbualan Awal 30 minit Aktiviti Fizikal 30 minit Aktiviti Suai Kenal 120 minit Aktiviti Pembelajaran 60 minit Rehat 30 minit Fasa 1: Penyesuaian FASA PELAKSANAAN


2. Fasa kesediaan bermula pada 25 Mac hingga 5 April 2024 ( dua minggu ) bertujuan menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya. Fasa ini memberi peluang kepada guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang bermakna dan menyeronokkan. Ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan murid dalam interaksi sosial dan membentuk sikap positif dalam pembelajaran serta menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran di Tahun Satu. Pelaksanaan Fasa Kesediaan adalah seperti berikut: 1. Mengikut jadual waktu Tahun Satu. 2. Pelaksanaan aktiviti dalam Fasa Kesediaan perlu berdasarkan tahap perkembangan dan kesediaan murid. 3. Keluwesan diberikan kepada guru untuk memilih pendekatan yang sesuai dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. 4. Pelaksanaan PdP berdasarkan pendekatan yang dipilih dapat dilaksanakan dengan berkesan. 5. Aktiviti yang sesuai agar kesepaduan ilmu dalam pembelajaran murid dapat dicapai sekali gus menggabung jalin pengetahuan, kemahiran dan nilai yang harus dikuasai oleh murid. 6. Melaksanakan pentaksiran untuk mengesan perkembangan murid. 7. Menggunakan Pendekatan Bertema dan Pembelajaran Berasaskan Projek. Fasa 2 : Kesediaan


PENGERUSI GURU BESAR EN. SAGAT AK CHUPONG TIMBALAN PENGERUSI PENOLONG KANAN HEM EN. ROSLI BIN ELI NAIB PENGERUSI PENOLONG KANAN KURIKULUM EN. KAPPLE AK REMIS PENOLONG KANAN KO KURIKULUM EN. NORMAN BIN SUHAILI GURU PENYELARAS TRANSISI PN. SYARIFAH ASPIAH BINTI WAN AKBAR AHLI JAWATANKUASA SEMUA GURU TAHUN 1 DAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SETIAUSAHA PN. HALIMAH BINTI KALOK AHLI JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI NAIB SETIAUSAHA PN. SAPIAH BINTI JALI


11 MAC HINGGA 22 MAC 2024


PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2024 (FASA PENYESUAIAN) MINGGU PERTAMA ( ISNIN ) Tarikh / hari Masa Perkara / Aktiviti Catatan 11/3/2024 Isnin 7.20 – 7.50 pagi Perhimpunan Mingguan Sekolah ● Ucapan Guru Besar ● Ucapan PK ● Ucapan aluan Penyelaras / guru kelas. ● Ucapan Guru Bimbingan Kaunseling / PK HEM – Peraturan di sekolah (Adab). Murid bergerak ke dewan dalam barisan. 7.50-8.20 pagi Rutin Kelas Ucap selamat Tertib tempat duduk Ambil kedatangan Membersihkan kelas Perbualan Awal Guru menanyakan perasaan hari pertama murid masuk ke sekolah. Guru membimbing dan mengajar ucapan selamat yang sesuai kepada guru-guru dan rakan -rakan. o Selamat pagi o Terima kasih Murid memadankan gambar dengan ucapan yang betul. Aktiviti “ Jom Baca “ Guru Tahun 1 mengikut jadual Modul Transisi: muka surat 1 8.20 – 8.50 pagi Aktiviti Suai Kenal ● Memperkenalkan diri ● Menulis nama sendiri ● Melukis dan mewarna gambar Guru Tahun 1 mengikut jadual Modul Transisi : muka surat 4 8.50-9.50 pagi Lawatan ke persekitaran kawasan sekolah. tandas kantin dewan Sekolah perpustakaan Guru Tahun 1 mengikut jadual Berbaris dalam barisan


9.50-10.10 pagi REHAT ● Beratur dan berjalan senyap membasuh tangan. ● Basuh tangan sebelum dan selepas makan. ● Murid dibimbing adab makan Murid- murid rehat di dewan 10.10-10.40 pagi Rutin Kelas / Aktiviti Pembelajaran ● Ucapan salam ● Menyemak keberadaan Aktiviti Pembelajaran Numerasi Awal ● Menyebut awalan nombor yang mudah. ● Mengikut nyanyian lagu nombor Guru Tahun 1 mengikut jadual Lagu nombor: https://youtu.be/ViCpkm_ UazU?feature=shared 10.40-11.10 pagi Literasi Awal ● Menyanyikan lagu huruf ● Menyebut huruf secara kelas ● Menyebut huruf secara individu. Guru Tahun 1 mengikut jadual Lagu ABC ( Didi & Friends) https://youtu.be/CZ3Bmyw hIMQ? feature=shared 11.10-11.40 pagi Aktiviti Fizikal Murid diperdengarkan semula lagu “If You’re Happy And You Know It Clap Your Hand” Murid menyanyi sambil membuat gerakanmengikut lagu. Murid beriadah di dalam kelas. Guru tahun 1 mengikut jadual https://youtu.be/1OFYsduH pHA Modul Transisi: muka surat 3 11.40- 12.10 pagi Pengurusan Kelas ● Membersihkan tempat duduk masingmasing dan bilik darjah. ● Mengemas beg dan beratur. ● Ucapan terima kasih. Guru Tahun 1 mengikut jadual


MINGGU PERTAMA ( SELASA ) Tarikh / hari Masa Perkara / Aktiviti Catatan 12/3/2024 SELASA 7.20 – 7.50 pagi Rutin Kelas Ucap selamat Tertib tempat duduk Mengambil kedatangan Membersihkan kelas atau kawasan tempat duduk. Guru Tahun 1 mengikut jadual 7.50-8.20 pagi Perbualan Awal Bercerita mengenai pengalaman masuk tahun 1. Bangun pagi dan sarapan. Menandakan betul bagi perkara yang perlu dilakukan sebagai seorang murid. Aktiviti “ Jom Baca “ Guru Tahun 1 mengikut jadual Modul Transisi :muka surat 2 8.20 – 8.50 pagi Aktiviti Suai Kenal Menyebut nama kawan yang dikenali. Menulis nama kawan-kawan yang dikenali Guru Tahun 1 mengikut jadual Modul Transisi :muka surat 5 8.50-9.50 pagi LAWATAN KE KANTIN SEKOLAH Bergerak ke kantin dalam barisan.. Mengenal pasti laluan dan tempat cuci tangan dan makan. Memahami peraturan kantin. Berkenalan dengan pekerja kantin. Guru Tahun 1 mengikut jadual 9.50-10.10 pagi REHAT Beratur dan berjalan senyap membasuh tangan. Basuh tangan sebelum dan selepas makan Murid diajar cara pembelian makanan serta peraturan kantin. Murid dibimbing adab makan Murid Islam berada di kelas. Murid bukan Islam di dewan. 10.10-10.40 pagi Rutin Kelas / Aktiviti Pembelajaran Ucapan salam, Menyemak keberadaan Aktiviti Awalan Nombor DOH NOMBOR Menyebut awalan nombor yang mudah 1- 10. Mengikut nyanyian lagu nombor. Murid kemudian diberikan doh. Murid akan membentukkan nombor 0-10 menggunakan bahan tersebut. Guru Tahun 1 mengikut jadual Lagu nombor: https://youtu.be/ViCpkm_ UazU?feature=shared


10.40-11.10 pagi Aktiviti Pembelajaran ( Literasi Asas ) DOH HURUF Murid melaksanakan aktiviti “Bentuk Saya”. Murid kemudian diberikan doh Murid akan membentukkan huruf-huruf menggunakan bahan tersebut. Murid dipilih secara rawak untuk tunjukkan hasil tugasan di hadapan kelas. Guru Tahun 1 mengikut jadual Membentuk huruf-huruf menggunakan doh. 11.10-11.40 pagi Aktiviti Fizikal Murid diperdengarkan lagu “Gerak Ke Kanan, Gerak Ke Kiri “. Murid menyanyi sambil buat gerakan lagu. Murid beriadah di dalam kelas. Guru Tahun 1 mengikut jadual Lagu :Gerak Ke Kanan, Gerak Ke Kiri “. https://youtu.be/i5CVXLM NXt0 ?feature=shared 11.40- 12.10 pagi Pengurusan Kelas Membersihkan tempat duduk masingmasing dan bilik darjah. Mengemas beg dan beratur. Ucapan terima kasih. Guru Tahun 1 mengikut jadual


MINGGU PERTAMA ( RABU ) Tarikh / hari Masa Perkara / Aktiviti Catatan 13/3/2024 RABU 7.20 – 7.50 pagi Rutin Kelas Ucap selamat Tertib tempat duduk Mengambil kedatangan Membersih dan mengemas kelas Guru Tahun 1 mengikut jadual 7.50-8.20 pagi PERBUALAN AWAL Guru bersoal jawab dengan murid. Adakah mereka bangga menjadi rakyat Malaysia. Murid diingatkan supaya murid rasa bangga dan sayang akan negara kita yang tercinta iaitu Malaysia. Murid menyanyi lagu “Negaraku” dan “Ibu Pertiwiku “ Murid diingatkan supaya berdiri tegak semasa menyanyikan lagu “Negaraku dan Ibu Pertiwiku “. Aktiviti “ Jom Baca “ Guru Tahun 1 mengikut jadual Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku https://youtu.be/5B5ieMkT lko? si=iksaPksjSPSCsKVz Modul Transisi: muka surat 46 8.20 – 8.50 pagi LITERASI AWAL Menyanyikan lagu ABC Menyanyikan secara kelas. Mewarnakan huruf Guru Tahun 1 mengikut jadual Lagu ABC: https://youtu.be/UrWaas0 V5fQ ?feature=shared Modul Transisi: mula surat 9 8.50-9.20 pagi AKTIVITI FIZIKAL Memanaskan badan murid membentuk formasi badan mengikut arahan guru contoh: - besar seperti gergasi - kecil orang kesejukan - bulat seperti bola - bongkok seperti ulat bulu - lurus seperti pembaris Membuat huruf menggunakan anggota badan. Guru Tahun 1 mengikut jadual 9.20-9.50 pagi Aktiviti Suai Kenal Bercerita mengenai sekolah. Mengenali kelas dan sekolah. Menyurih garisan putus-putus dan menulis nama sekolah Guru Tahun 1 mengikut jadual Modul Transisi: muka surat 6


9.50-10.10 pagi REHAT Beratur dan berjalan senyap membasuh tangan. Basuh tangan sebelum dan selepas makan Murid diajar cara pembelian makanan serta peraturan kantin. Murid dibimbing adab makan Murid Islam berada di kelas. Murid bukan Islam di dewan. 10.10-10.40 pagi Rutin Kelas / Aktiviti Pembelajaran Ucapan salam Menyemak keberadaan . NUMERASI AWAL Mengenal nombor-nombor. Menulis huruf yang betul mengikut angka yang telah ditetapkan. Menggunting dan menampal gambar Guru Tahun 1 mengikut jadual Modul Transisi: muka surat 12 10.40-11.40 pagi Lawatan ke persekitaran kawasan sekolah. Bilik guru Pejabat am Tatacara masuk ke kawasan berkenaan Peraturan-peraturan semasa berada di kawasan berkenaan. Guru Tahun 1 mengikut jadual 11.40- 12.10 pagi Pengurusan Kelas Membersihkan tempat duduk masingmasing dan bilik darjah. Mengemas beg dan beratur. Ucapan terima kasih. Guru Tahun 1 mengikut jadual


MINGGU PERTAMA ( KHAMIS ) Tarikh / hari Masa Perkara / Aktiviti Catatan 14/3/2024 KHAMIS 7.20 – 7.50 pagi Rutin Kelas Ucap selamat Tertib tempat duduk Mengambil kedatangan Membersih dan mengemas kelas Guru Tahun 1 mengikut jadual 7.50-8.20 pagi PERBUALAN AWAL Bercerita tentang perbuatan yang baik dan tidak baik. ( nilai murni ) Menyebut peraturan sekolah yang mesti dipatuhi. Penerangan tentang perbuatan yang baik yang perlu seorang murid lakukan. Aktiviti “ Jom Baca “ Guru Tahun 1 mengikut jadual 8.20 – 8.50 pagi LITERASI AWAL Membaca sukukata mudah. Mengunting gambar. Menampal gambar pada tempat yang betul. Guru Tahun 1 mengikut jadual Modul Transisi: mula surat 10 8.50-9.20 pagi Aktiviti Suai Kenal Murid membuat topi sendiri mengikut kraetiviti masing-masing. Menulis nama sendiri pada topi tersebut. Menyebut nama rakan pada topi rakan di sebelah. Guru Tahun 1 mengikut jadual Modul Transisi: mula surat 7 9.20-9.50 pagi Aktiviti Fizikal Melakukan senaman ringan di dalam kelas. Mengikut lagu ‘Senam Pagi”. Murid beriadah di dalam kelas. Lagu Senam Pagi https://youtu.be/0a2f4g7ug3 U?feature=shared 9.50-10.10 pagi REHAT Beratur dan berjalan senyap membasuh tangan. Basuh tangan sebelum dan selepas makan Murid diajar cara pembelian makanan serta peraturan kantin. Murid dibimbing adab makan Murid Islam berada di kelas. Murid bukan Islam di dewan.


10.10-11.10 pagi Rutin Kelas / Aktiviti Pembelajaran Ucapan salam Menyemak keberadaan LAWATAN KE PUSAT SUMBER SEKOLAH Bergerak ke PSS dalam barisan. Mengenal pasti laluan Memahami peraturan PSS Bergerak masuk ke kelas Guru Tahun 1 mengikut jadual 11.10-11.40 pagi NUMERASI AWAL Menyebut nombor-nombor yang disediakan atau yang ditulis oleh guru. Menulis nombor-nombor tersebut pada kertas kosong. Menyebut nombor secara kelas. Guru Tahun 1 mengikut jadual Modul Transisi: mula surat 16 11.40-12.10 pagi Pengurusan Kelas Membersihkan tempat duduk masingmasing dan bilik darjah. Mengemas beg dan beratur. Ucapan terima kasih. Guru Tahun 1 mengikut jadual


MINGGU PERTAMA ( JUMAAT ) Tarikh / hari Masa Perkara / Aktiviti Catatan 15/3/2024 JUMAAT 7.20-7.50 pagi Rutin Kelas Ucap selamat Tertib tempat duduk Mengambil kedatangan Membersih dan mengemas kelas Guru Tahun 1 mengikut jadual 7.50-8.20 pagi PERBUALAN AWAL Bercerita tentang perbuatan yang baik dan tidak baik. ( nilai murni ) Mendengar guru bercerita mengenai “ Cerita Serigala “ Penerangan tentang perbuatan serigala, burung dan monyet. Aktiviti “ Jom Baca “ Guru Tahun 1 mengikut jadual Modul Transisi: mula surat 8 8.20-8.50 pagi LITERASI AWAL Membaca sukukata mudah. Menggunting gambar. Menampal gambar pada tempat yang betul. Guru Tahun 1 mengikut jadual Modul Transisi: mula surat 11 8.50-9.20 pagi Aktiviti Suai Kenal Bercerita mengenai haiwan peliharaan masing-masing. Menyebut nama haiwan peliharaan. Menyanyikan lagu “Chicken Dance” Guru Tahun 1 mengikut jadual Lagu Chicken Dance https://youtu.be/WZJAIkmT 3Rg? si=0YpnsHI_VbIE5qGf 9.50-10.10 pagi REHAT ● Beratur dan berjalan senyap membasuh tangan. ● Basuh tangan sebelum dan selepas makan ● Murid diajar cara pembelian makanan serta peraturan kantin. ● Murid dibimbing adab makan Murid Islam berada di kelas. Murid bukan Islam di dewan. 10.10-11.10 pagi NUMERASI AWAL Menyebut nilai duit yang diketahui. Mengunting nilai duit yang disediakan. Menampalkan nilai duit berdasarkan gambar. Guru Tahun 1 mengikut jadual Modul Transisi: mula surat 15 11.10-11.40 pagi Pengurusan Kelas ● Membersihkan tempat duduk masingmasing dan bilik darjah. ● Mengemas beg dan beratur. ● Ucapan terima kasih. Guru Tahun 1 mengikut jadual


PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2024 (FASA PENYESUAIAN) MINGGU KEDUA ( ISNIN ) Tarikh / hari Masa Perkara / Aktiviti Catatan 18/3/2024 Isnin 7.20 – 7.50 pagi Perhimpunan Mingguan Sekolah ● Ucapan Guru Besar ● Ucapan PK ● Ucapan PK HEM – Peraturan di sekolah (Adab) Murid bergerak ke dewan dalam barisan. 7.50-8.20 pagi Rutin Kelas Ucap selamat Tertib tempat duduk Ambil kedatangan Membersihkan kelas Perbualan Awal Bercerita tentang tumbuh-tumbuhan.yang dilihat di sekolah. Bercerita tentang pokok bunga yang ada dirumah masing-masing. Aktiviti “ Jom Baca “ Guru Tahun 1 mengikut jadual 8.20 – 8.50 pagi Aktiviti Suai Kenal ● Bercerita tentang keadaan kantin sekolah. ● Menyatakan tertib semasa makan di kantin. ● Menandakan betul atau salah pada gambar. Guru Tahun 1 mengikut jadual Modul Transisi :muka surat 14 8.50-9.50 pagi Reka Cipta Kenderaan Bercerita mengenai kenderaan yang digunakan untuk ke sekolah. Menyebut bentuk-bentuk yang diketahui seperti bulat & segi tiga. Mereka cipta kenderaan menggunakan bentuk-bentuk. Guru Tahun 1 mengikut jadual Modul Transisi : muka surat 21 9.50-10.10 pagi REHAT ● Beratur dan berjalan senyap membasuh tangan. ● Basuh tangan sebelum dan selepas makan. ● Murid dibimbing adab makan Murid Islam berada di kelas. Murid bukan Islam di dewan


10.10-10.40 pagi Rutin Kelas / Aktiviti Pembelajaran ● Ucapan salam ● Menyemak keberadaan Aktiviti Pembelajaran Numerasi Awal- Mencari Harta Karun ● Menyebut awalan nombor 0-10. ● Mengikut urutan nombor 1-10 untuk mencari harta karun. Guru Tahun 1 mengikut jadual Lagu nombor: https://youtu.be/ViCpkm_ UazU?feature=shared Modul Transisi : muka surat 17 10.40-11.10 pagi Literasi Awal – Huruf besar dan huruf kecil ● Menyanyikan lagu huruf ABC ● Menyebut huruf yang tiada dalam urutan di dalam gambar. ● Menulis huruf yang tiada dan meneliti huruf besar dan huruf kecil. Guru Tahun 1 mengikut jadual Lagu ABC(Didi&Friends) https://youtu.be/CZ3BwhI MQ?feature=shared Modul Transisi : muka surat 13 11.10-11.40 pagi Aktiviti Fizikal Berjalan / rekreasi aktif. Melawat kawasan padang sekolah dan kebun bunga sekolah. Berbaris dalam barisan 11.40-12.10 pagi Pengurusan Kelas ● Membersihkan tempat duduk masing-masing dan bilik darjah. ● Mengemas beg dan beratur. ● Ucapan terima kasih. Guru Tahun 1 mengikut jadual


MINGGU KEDUA ( SELASA ) Tarikh / hari Masa Perkara / Aktiviti Catatan 19/3/2024 SELASA 7.20-7.50 pagi Rutin Kelas Ucap selamat Tertib tempat duduk Mengambil kedatangan Membersihkan kelas atau kawasan tempat duduk. Guru Tahun 1 mengikut jadual 7.50-8.20 pagi Perbualan Awal ● Bercerita mengenai kebersihan di rumah. ● Bercerita mengenai kebersihan di sekolah. ● Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan. ● Guru memberi penerangan berkaitan kebersihan kelas. ● Aktiviti “ Jom Baca “. Guru Tahun 1 mengikut jadual 8.20-8.50 pagi Adab Makan ● Bercerita mengenai adab makan yang tertib dan betul. ● Mewarnakan adab makan yang betul. Guru Tahun 1 mengikut jadual Modul Transisi :muka surat 19 8.50-9.50 pagi Aktiviti Suai Kenal ● Bercerita tentang keadaan kantin sekolah. ● Menyatakan suasana semasa rehat di kantin. ● Mewarnakan gambar kantin sekolah. Guru Tahun 1 mengikut jadual Gambar kantin sekolah 9.50-10.10 pagi REHAT ● Beratur dan berjalan senyap membasuh tangan. ● Basuh tangan sebelum dan selepas makan ● Murid diajar cara pembelian makanan serta peraturan kantin. ● Murid dibimbing adab makan Murid Islam berada di kelas. Murid bukan Islam di dewan.


10.10-10.40 pagi Rutin Kelas / Aktiviti Pembelajaran Ucapan salam Menyemak keberadaan Aktiviti Awalan Nombor Menyebut bentuk-bentuk yang diketahui. Mengira bentuk-bentuk di dalam gambar. Murid mewarnakan bentuk tersebut mengikut warna yang berlainan. Guru Tahun 1 mengikut jadual Modul Transisi : muka surat 20 10.40-11.10 pagi Aktiviti Pembelajaran ( Literasi Asas ) Murid menyanyikan lagu ABC. Murid menyurih huruf-huruf sambil menyanyi. Murid dipilih secara rawak untuk tunjukkan hasil tugasan di hadapan kelas. Guru Tahun 1 mengikut jadual Lagu ABC: https://youtu.be/UrWaas 0V5fQ?feature=shared Bahan cetak 11.10-11.40 pagi Aktiviti Fizikal Murid diperdengarkan semula lagu “Papaku Pulang Dari Kota” Murid menyanyi sambil buat gerakan lagu. Murid beriadah di dalam kelas. Guru Tahun 1 mengikut jadual Lagu : Papaku Pulang Dari Kota https://youtu.be/2s6RcKnI FH8?feature=shard 11.40-12.10 pagi Pengurusan Kelas ● Membersihkan tempat duduk masingmasing dan bilik darjah. ● Mengemas beg dan beratur. ● Ucapan terima kasih. Guru Tahun 1 mengikut jadual


MINGGU KEDUA ( RABU ) Tarikh / hari Masa Perkara / Aktiviti Catatan 20/3/2024 RABU 7.20-7.50 pagi Rutin Kelas Ucap selamat Tertib tempat duduk Mengambil kedatangan Membersih dan mengemas kelas. Guru Tahun 1 mengikut jadual 7.50-8.20 pagi PERBUALAN AWAL Bercerita tentang sikap yang baik Menolong ibu mencuci pinggan. ● Menolong ayah mencuci kereta. ● Menyapu sampah ● Aktiviti “ Jom Baca “ Guru Tahun 1 mengikut jadual 8.20-8.50 pagi LITERASI AWAL Menyanyikan lagu huruf vokal Menyebut huruf vokal secara kelas. Menyebut huruf vokal secara individu. Memadankan suku kata berdasarkan gambar Guru Tahun 1 mengikut jadual Lagu Huruf Vokal https://youtu.be/IyPQYFal3dc?f eature=shared Bahan cetak 8.50-9.20 pagi AKTIVITI FIZIKAL Kebersihan Diri Bercerita tentang alatan kebersihan diri - sikat - berus gigi - sabun - tuala Menyanyikan lagu “ Bangun Pagi “ Guru Tahun 1 mengikut jadual Lagu Bangun Pagi https://youtu.be/SvLGAEEmm UE? feature=shared 9.20-9.50 pagi SEKOLAH SAYA Mendengar lagu sekolah Aim Higher Menulis lirik lagu sekolah. Mewarnakan logo sekolah. Guru Tahun 1 mengikut jadual 9.50-10.10 pagi REHAT ● Beratur dan berjalan senyap membasuh tangan. ● Basuh tangan sebelum dan selepas makan ● Murid diajar cara pembelian makanan serta peraturan kantin.. ● Murid dibimbing adab makan Murid Islam berada di kelas. Murid bukan Islam di dewan.


10.10-10.40 pagi Rutin Kelas / Aktiviti Pembelajaran Ucapan salam Menyemak keberadaan NUMERASI AWAL Mengenal nombor-nombor.di dalam gambar. Menulis nombor yang tertinggal pada gambar. Mewarnakan gambar. Guru Tahun 1 mengikut jadual Bahan cetak 10.40-11.40 pagi Aktiviti Suai Kenal ● Menyebut nama kawan karib di dalam kelas. ● Menyatakan rupa kawan karib masingmasing. ● Melukis wajah kawan karib masing-masing. Guru Tahun 1 mengikut jadual 11.40-12.10 pagi Pengurusan Kelas ● Membersihkan tempat duduk masing-masing dan bilik darjah. ● Mengemas beg dan beratur. ● Ucapan terima kasih. Guru Tahun 1 mengikut jadual


MINGGU KEDUA ( KHAMIS ) Tarikh / hari Masa Perkara / Aktiviti Catatan 21/3/2024 KHAMIS 7.20-7.50 pagi Rutin Kelas Ucap selamat Tertib tempat duduk Mengambil kedatangan Membersih dan mengemas kelas Guru Tahun 1 mengikut jadual 7.50-8.20 pagi PERBUALAN AWAL Kepentingan Menjaga Kebersihan Badan sihat Tidak mudah sakit Pakaian bersih Disukai guru dan rakan Aktiviti “ Jom Baca “. Guru Tahun 1 mengikut jadual 8.20-8.50 pagi LITERASI AWAL Menyebut perkataan. Memadankan dengan gambar yang betul. Membaca secara kelas.. Guru Tahun 1 mengikut jadual Bahan cetak 8.50-9.20 pagi Kebaikan Tolong- Menolong Menyapu kelas Menyusun kerusi meja Membuang sampah Memadam papan hitam Mewarnakan gambar membersihkan kelas. Guru Tahun 1 mengikut jadual Bahan cetak 9.20-9.50 pagi Aktiviti Fizikal Melakukan senaman ringan di dalam kelas. Beriadah di dalam kelas. Lagu Senam Pagi https://youtu.be/0a2f4g7ug3U? feature=shared 9.50-10.10 pagi REHAT ● Beratur dan berjalan senyap membasuh tangan. ● Basuh tangan sebelum dan selepas makan ● Murid diajar cara pembelian makanan serta peraturan kantin. ● Murid dibimbing adab makan Murid Islam berada di kelas. Murid bukan Islam di dewan.


10.10-11.10 pagi Rutin Kelas / Aktiviti Pembelajaran Ucapan salam Menyemak keberadaan Aktiviti Suai Kenal Sambutan Hari Jadi Permainan “Kapal Terbang Saya” Setiap murid diberikan sehelai kertas dan diminta menulis nama di dalamnya. Murid diajar menghasilkan origami kapal terbang menggunakan kertas tersebut. Murid meluncurkan kertas tersebut ke udara. Murid lain mengutip kapal terbang yang berada berdekatan mereka dan membukanya. Cari rakan berdasarkan nama pada kertas tersebut. Guru Tahun 1 mengikut jadual 11.10-11.40 pagi NUMERASI AWAL Menyebut nombor-nombor yang guru tulis. Menyatakan jumlah alat tulis yang guru tunjuk. Mengira jumlah alat tulis tersebut. ( pensel,pembaris,pemadam ) Guru Tahun 1 mengikut jadual 11.40- 12.10 pagi Pengurusan Kelas ● Membersihkan tempat duduk masing-masing dan bilik darjah. ● Mengemas beg dan beratur. ● Ucapan terima kasih. Guru Tahun 1 mengikut jadual


MINGGU KEDUA ( JUMAAT ) Tarikh / hari Masa Perkara / Aktiviti Catatan 22/3/2024 JUMAAT 7.20 – 7.50 pagi Rutin Kelas Ucap selamat Tertib tempat duduk Mengambil kedatangan Membersih dan mengemas kelas Guru Tahun 1 mengikut jadual 7.50-8.20 pagi PERBUALAN AWAL Perbualan awal Bunyi haiwan Mengajuk bunyi dan aksi haiwan. Contoh : burung – terbang katak- melompat ayam- berkokok harimau- mengaum Aktiviti “ Jom Baca “ Guru Tahun 1 mengikut jadual 8.20 – 8.50 pagi LITERASI AWAL Membaca sukukata mudah. Menulis semula sukukata. Memadankan dengan gambar yang betul. Guru Tahun 1 mengikut jadual Bahan cetak 8.50-9.20 pagi Aktiviti Suai Kenal Bercerita mengenai diri masing-masing dan keluarga. Bilangan adik beradik. Makanan kegemaran. Hobi Mewarnakan gambar keluarga. Guru Tahun 1 mengikut jadual Bahan cetak 9.50-10.10 pagi REHAT ● Beratur dan berjalan senyap membasuh tangan. ● Basuh tangan sebelum dan selepas makan ● Murid diajar cara pembelian makanan serta peraturan kantin. ● Murid dibimbing adab makan. Murid Islam berada di kelas. Murid bukan Islam di dewan. 10.10-11.10 pagi NUMERASI AWAL Melukis gambar jari dan tangan pada kertas. Menulis nombor pada jari sambil mengira. Mewarnakan gambar. Guru Tahun 1 mengikut jadual 11.10-11.40 pagi Pengurusan Kelas ● Membersihkan tempat duduk masingmasing dan bilik darjah. ● Mengemas beg dan beratur. ● Ucapan terima kasih. Guru Tahun 1 mengikut jadual


25 MAC HINGGA 5 APRIL 2024


MINGGU KETIGA TEMA : DIRI SAYA ( TUBUH SAYA) TEMA : DUNIA DI SEKELILING SAYA ( WARNA ) Tarikh / hari Subjek Aktiviti Catatan 25 – 28 MAC ISNINKHAMIS 29 MAC (Cuti Good Friday) BAHASA MELAYU ● Murid mengenali anggota badan melalui carta. ● Murid menamakan anggota badan yang ditunjukkan guru. ● Murid menyebut nama anggota badan mereka yang ditunjukkan oleh guru. ● Mencantumkan suku kata berkaitan anggota badan. ● Menggunting gambar berkaitan perkataan. Murid menyebut buah-buahan yang diketahui. Murid menyebut buah-buahan yang pernah dimakan. Murid menyebut warna buah-buahan tersebut. Mewarnakan perkataan dan buahbuahan yang disediakan. Guru Subjek Modul Transisi : muka surat 22 Modul Transisi : muka surat 31 BAHASA INGGERIS Pupils sing along “Head Shoulders, Knees and Toes” song with teacher. Pupils name the body parts shown by teacher. Pupils circle the words in the boxes. Pupils talk about features of the body parts. (i.e.: long legs, black hair, small nose, Pupils point and name their friends’ body parts in pairs. Pupils listen and sing along rainbow songs. Pupils recognize and name the colours: red, green, yellow and blue. Pupils trace the words. Pupils colour the balloon. Guru Subjek Modul Transisi : muka surat 23 Modul Transisi : muka surat 32 biru merah black hair long legs


MATEMATIK Murid mengenali penggunaan pelbagai objek untuk mengukur. Murid menyurih badan rakan pada kertas mahjong. Murid mengukur dan mencatat ketinggian badan yang disurih menggunakan pelbagai objek seperti buku, tapak kaki, jengkal atau pensel. Murid menulis jawapan di dalam buku transisi. Murid membentangkan hasil tugasan. Murid menyebut nombor-nombor yang sedia ada. Murid menyebut warna yang ditetapkan mengikut nombor tersebut. Murid mewarnakan nombor tersebut mengikut warna. Guru Subjek Modul Transisi : muka surat 24 Modul Transisi : muka surat 33 SAINS Murid menjalankan aktiviti penerokaan “Sensory Walk” di kantin sekolah dan memberi perhatian terhadap apa yang dilihat, didengar dan dihidu. Murid meneroka stesen sensori yang disediakan di dalam kelas dan berbincang dalam kumpulan kecil : o stesen sentuhan (kertas pasir, daun, batu.) o stesen bau (kopi, ikan masin, minyak wangi) o stesen visual (warna, bentuk, saiz, corak) Murid membulatkan organ deria yang digunakan berdasarkan situasi. Murid mengumpulkan daun yang berwarna hijau di luar kelas. Murid menampalkan daun tersebut menjadi seekor haiwan. Menyebut haiwan yang telah di buat ( rama-rama Guru Subjek Modul Transisi : muka surat 25 Modul Transisi : muka surat 34 Murid menyanyikan lagu “Wuduk Sempurna”. Guru Subjek


PENDIDIKAN ISLAM Murid berbincang mengenai: o Keperluan berwuduk o Anggota wuduk o Adab berwuduk Murid menyusun urutan gambar yang betul cara mengambil wuduk yang sempurna.. Murid menyebut perkataan dengan bimbingan guru. Murid memadankan gambar dan perkataan dengan huruf awal. Murid memadankan warna dengan huruf awal. Modul Transisi : muka surat 29 Modul Transisi : muka surat 38 PENDIDIKAN MORAL Murid berbincang tentang cara dan kepentingan menjaga kebersihan pakaian dan peralatan peribadi seperti kasut, pakaian, stoking, sapu tangan dan lain-lain. Murid berbincang tentang cara dan kepentingan menjaga kebersihan di rumah dan membantu ibu bapa. Murid mengenali tanggungjawab menjaga kebersihan dan membantu ibu bapa. Menandakan betul pada sikap yang betul. Guru Subjek Modul Transisi : muka surat 30 BAHASA ARAB BAHASA CINA BAHASA IBAN ● Murid mengenali anggota badan melalui carta dengan bahasa elektif masing-masing. ● Murid menamakan anggota badan yang ditunjukkan guru. ● Murid menyebut nama anggota badan mereka yang ditunjukkan oleh guru. Guru Subjek


PENDIDIKAN SENI VISUAL Murid menghasilkan ”Boneka Cita-Cita Saya” menggunakan bahan yang disediakan (gunting,gam,kad manila,batang aiskrim ). Murid menyebut anggota badan pada boneka yang dihasilkan. Murid menghasilkan pakaian dan aksesori untuk boneka. Murid main peranan dengan boneka yang dihasilkan. Murid menceritakan pengalaman dan perasaan menghasilkan boneka ahli bomba tersebut. Guru Subjek Modul Transisi : muka surat 28 PENDIDIKAN MUZIK Murid mendengar lagu “Dandan Diri” (Buku Teks Pendidikan Kesenian Tahun Satu - muka surat 33). Murid bersoal jawab tentang caracara menjaga kebersihan diri. Murid menyanyi dengan sebutan dan pic yang betul. Menyanyikan lagu dengan sebutan dan pic yang betul sambil melakukan pergerakan dengan bimbingan guru. Guru Subjek Lagu Dandan Diri: https://youtu.be/EEuJk7uY4DY?si= xjLXxyzvcKVDjTqm Modul Transisi : muka surat 27 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Murid mendengar penerangan daripada guru berkaitan “ Sentuhan Selamat & Sentuhan Tidak Selamat “. Murid mengenal pasti anggota seksual lelaki dan perempuan - zakar, faraj, dubur, punggung dan payudara. Murid berbincang berdasarkan soalan berikut: o Bolehkah anggota seksual kamu disentuh oleh orang lain? Mengapa? o Bolehkah kamu melihat dan menyentuh anggota seksual orang lain? Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Guru subjek Modul Transisi : muka surat 26


Murid diberikan beberapa bola pelbagai warna. Murid melambung bola kepada kawan dan menyebut warna bola tersebut. Kumpulan yang mendapat markah yang banyak dianggap sebagai pemenang. Modul Transisi : muka surat 35


MINGGU KEEMPAT TEMA : HIDUP BERSAMA ( PERAYAAN,KEMUDAHAN AWAM,PEKERJAAN ) Tarikh / hari Subjek Aktiviti Catatan 1 APRIL (Cuti Easter Monday) 2 - 5 APRIL SELASAJUMAAT BAHASA MELAYU Murid menyebut perayaan yang mereka sambut ketika perayaan. Murid menyebut perayaan yang diketahui. Contoh : Islam- Hari Raya Cina – Tahun Baru Cina India- Deepavali Kristian- Chrismas Murid menceritakan keseronokkan ketika perayaan tersebut. Murid menggunting gambar berkaitan perayaan. Menampal gambar tersebut. Guru subjek Modul Transisi : muka surat 41 BAHASA INGGERIS Pupils recognize and name the occupations. Pupils sounds out the initial letter of the words: teacher,police,doctor. Pupils match correctly. Guru subjek Modul Transisi : muka surat 42 MATEMATIK Murid menyebut nombor 1-10 pada kad nombor. Murid membilang objek yang ditunjuk oleh guru. Murid menulis nombor dalam tertib menaik di dalam gambar tanglung. Murid mengira gambar ketupat dan lampu yang disediakan. Murid menulis jawapan dengan betul. Guru subjek Modul Transisi : muka surat 43


SAINS Murid melakukan aktiviti nature walk. Perhatikan di persekitaran sekolah dan menyatakan benda hidup dan benda bukan hidup yang dilihat. Murid mewarnakan gambar benda bukan hidup pada gambar di Taman Rekreasi yang disediakan oleh guru. Modul Transisi : muka surat 44 PENDIDIKAN ISLAM Murid menyebut kemudahan awam yang diketahui.Contoh : ( masjid, bank, hospital dan balai polis) Murid menyebut perkataan tersebut. Murid memadankan gambar dan tempat tersebut. Guru subjek Modul Transisi : muka surat 48 PENDIDIKAN MORAL Murid berbincang berdasarkan gambar “ Perbuatan Yang Betul atau Salah “ yang dilihat. Contoh soalan: o Apakah yang anda perhatikan pada gambar ini? o Apakah perbuatan yang anda lihat dalam gambar ini? o Apakah perbuatan yang betul di dalam gambar tersebut? o Apakah perbuatan yang salah di dalam gambar tersebut? o Menandakan betul atau salah bagi perbuatan di dalam gambar. Murid mewarnakan gambar tersebut. Guru subjek Modul Transisi : muka surat 42 BAHASA ARAB BAHASA CINA BAHASA IBAN Murid mengenali pekerjaan melalui carta dengan bahasa elektif masing-masing. Murid menamakan pekerjaan yang ditunjukkan guru. Murid menyebut nama pekerjaan yang ditunjukkan oleh guru. Guru subjek Modul Transisi : muka surat 42


PENDIDIKAN SENI VISUAL Murid bercerita tentang sambutan hari jadi masing-masing. Murid menyebut tarikh atau bulan kelahiran. Murid menyanyi lagu hari jadi yang diketahui. Murid melukis atau membuat kad ucapan untuk rakan. Guru subjek Modul Transisi : muka surat 47 PENDIDIKAN MUZIK Murid bercerita tentang cita-cita masingmasing. Murid mendengar lagu yang dinyanyikan oleh guru. Murid bernyanyi bersama-sama. Murid menyanyi sambil melakukan pergerakan. Guru subjek Lagu pekerjaan : https://youtu.be/eM9wiQXKa U?si=g8EthO2o8Or3qzag PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Murid melaksanakan aktiviti memanaskan badan. Murid mengenali cara balingan pundi kacang bawah tangan dan melakukannya. Murid mengenali cara balingan pundi kacang aras kepala dan melakukannya. Murid melaksanakan aktiviti dalam kumpulan. Contoh aktiviti: Setiap kumpulan diberi pundi kacang Murid melakukan aktiviti balingan pundi kacang mengikut arahan yang diberi oleh guru seperti memuat balingan bawah tangan dan membuat balingan atas tangan Murid menyatakan pergerakan yang disukai. Mewarnakan gambar Guru subjek Modul Transisi : muka surat 45


Majlis penutupan Program Transisi akan diadakan pada 5 April 2024 ( Jumaat ) di dewan sekolah. Program Transisi Tahun 1 pada tahun ini diharap dapat berjalan dengan baik hasil kerjasama daripada semua pihak. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa atau penjaga dapat menghantar anak-anak mereka yang telah cukup umur untuk mendaftar di kelas pendidikan pra sekolah supaya mendapat pendidikan awal kanak-kanak secara menyeluruh. Justeru,segala perancangan yang telah dirancang oleh pihak sekolah dapat dijalankan dengan jayanya PENUTUP


Click to View FlipBook Version