The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAHAN BANTU MENGAJAR PENDIDIKAN INKLUSIF PJ

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zsyahiran14, 2024-03-31 11:16:46

BAHAN BANTU MENGAJAR PENDIDIKAN INKLUSIF PJ

BAHAN BANTU MENGAJAR PENDIDIKAN INKLUSIF PJ

Keywords: BBM PENDIDIKAN INKLUSIF,PENDIDIKAN JASMANI

1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN PJMS3132 PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (PENDIDIKAN INKLUSIF) Nama : MUHAMMAD SYAHIRAN BIN ZAINUDDIN MUHAMMAD ADAM RIZQAN BIN MOHD SABRI MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN JAAFAR No. K/P : 020323-03-0203, 020825-03-0297, 020610-08-0297 Angka Giliran : 2021242340184, 2021242340179, 2021242340180 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : W11 Nama Pensyarah : AZHAR BIN AWANG Tarikh Hantar : 26 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:_________________________Tarikh : ______________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


2 ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN........................................................................................................................... 2 PENGHARGAAN ........................................................................................................................... 3 1.0 NAMA BAHAN BANTU MENGAJAR ................................................................................ 4 2.0 STANDARD KANDUNGAN................................................................................................ 4 3.0 STANDARD PEMBELAJARAN ......................................................................................... 4 4.0 MANUAL PENGGUNAAN .................................................................................................. 4 5.0 GAMBARAJAH ‘SASARAN BERLOCENG’ ..................................................................... 5 6.0 LAPORAN BAHAN BANTU MENGAJAR ......................................................................... 5 RUJUKAN....................................................................................................................................... 7


3 PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya setelah bertungkus lumus dapat kami menyiapkan tugasan Pendidikan Inklusif ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu, jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kursus Pendidikan Inklusif kami iaitu Encik Azhar Bin Awang. Beliau telah banyak membantu kami dalam menjalankan tugasan ini dan telah berusaha memastikan agar segala penyampaian pengajarannya difahami oleh kami. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan kami yang banyak memberi sokongan dan kerjasama yang erat kepada kami semasa proses menyiapkan tugasan ini. Budi baik rakan-rakan semua, kami ucapkan berbanyak terima kasih. Tanpa mereka mungkin kami tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini, kami ucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat. Tugasan ini memberikan seribu satu pengalaman yang amat bermakna kepada diri kami. Kami berharap agar kerjasama dan sokongan yang telah diberikan akan membuahkan hasil di masa hadapan dengan harapan akan beroleh kejayaan. Insya-Allah.


4 1.0 NAMA BAHAN BANTU MENGAJAR Sasaran berloceng 2.0 STANDARD KANDUNGAN 1.8 Melakukan kemahiran asas permainan kategori pukul dan memadang dengan lakuan yang betul 3.0 STANDARD PEMBELAJARAN 1.8.1 membaling bola dengan tangan lurus mengikut arah pusingan jam ke petak sasaran. 1.8.2 Membaling bola dengan tangan lurus melawan arah pusingan jam ke petak sasaran. 4.0 MANUAL PENGGUNAAN 1) ‘Sasaran berloceng” digantung pada dinding atau tiang. 2) Murid berdiri sejauh 5 – 10 meter dari sasaran berloceng. 3) Guru akan menepuk sasaran berloceng untuk membunyikan loceng bagi memastikan murid dapat mengetahui di mana arah yang perlu mereka baling. 4) Kemudian, murid membaling bola ke arah sasaran berloceng. 5) Loceng akan berbunyi sekiranya murid membaling tepat ke sasaran berloceng.


5 5.0 GAMBARAJAH ‘SASARAN BERLOCENG’ 6.0 LAPORAN BAHAN BANTU MENGAJAR Bahan bantu mengajar (BBM) merupakan alat atau sumber yang digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dalam program pendidikan inklusif, BBM menjadi sangat penting untuk membantu guru mengajar dan murid berkeperluan khas (MBK) belajar dengan lebih efektif, terutama dalam hal mengatasi masalah yang dihadapi MBK. BBM dalam program pendidikan inklusif haruslah dirancang sedemikian rupa sehingga dapat membantu semua murid, termasuk MBK untuk mengakses kurikulum dan memahami isi pelajaran. Menurut A. S. Md. Aris dan H. Md. Yusof (2015) menunjukkan bahawa penggunaan BBM yang kreatif dan interaktif dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar terhadap mata pelajaran. Dalam program pendidikan inklusif, BBM bukan sahaja membantu murid berkeperluan khas, malah dapat membantu murid lain yang berbeza gaya pembelajaran. Oleh itu, BBM adalah kritikal dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang inklusif dan membantu semua pelajar mencapai potensi penuh mereka. Oleh hal yang demikian, kami telah menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) yang diberi nama ‘Sasaran Berloceng’. BBM yang kami hasilkan ini adalah inspirasi daripada permainan dart dan khas diciptakan untuk murid MBK masalah penglihatan. Jadi kami hasilkan BBM ini berbentuk petak dan mempunyai sasaran yang berwarna merah berbentuk bulat yang semakin mengecil dan mempunyai loceng di setiap sudutnya. BBM yang kami hasilkan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) tahun 5 iaitu kemahiran asas


6 permainan kategori memukul dan memadang . Standard Kandungan bagi BBM ini ialah 1.8 iaitu melakukan kemahiran asas permainan kategori pukul dan memadang dengan lakuan yang betul. Manakala Standard pembelajaran ialah 1.8.2 iaitu membaling bola dengan tangan lurus melawan arah pusingan jam ke petak sasaran. Kelebihan BBM ini ialah menggunakan loceng yang mencukupi yang dapat membantu pelajar untuk membuat lakuan dengan betul ke sasaran dengan lebih mudah. Seperti kita sedia maklum bahawa MBK yang mengalami masalah penglihatan sukar untuk membuat lakuan lebihlebih lagi yang menggunakan sasaran. Jadi dengan bantuan loceng tersebut dapat membantu murid MBK tersebut mengenal pasti sasaran yang hendak ditujunya. Apabila murid membaling dan loceng tidak berbunyi menandakan balingan yang dilakukan tidak mengenai sasaran. Manakala, jika balingan dibuat dan loceng berbunyi menandakan balingan dibuat mengenai sasaran. Oleh itu, penggunaan loceng ini akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, BBM ini menggunakan bahan yang keras dan juga tahan terhadap koyak atau rosak seperti kotak untuk memastikan bahawa bahan ini boleh digunakan untuk tempoh yang lama dan dapat membantu pengajaran dan pembelajaran di masa depan. Ini akan menjimatkan kos dan masa dalam memperbaharui atau menggantikan BBM yang rosak atau usang. Kesimpulannya, BBM dapat membantu meningkatkan keterlibatan MBK dalam program pendidikan inklusif. Dengan memperhatikan keperluan dan karakteristik individu murid MBK, guru dapat menyesuaikan pengajaran mereka dan memberikan bimbingan yang tepat bagi murid MBK untuk belajar dan berkembang. Malahan dapat menerapkan prinsip-prinsip inklusif dalam program pendidikan untuk membantu menciptakan lingkungan pembelajaran yang ramah dan mendukung bagi semua murid. Hal ini dapat membantu meningkatkan penyertaan dan keterlibatan semua murid dalam program pendidikan inklusif dan membantu menciptakan lingkungan yang inklusif dan beragam.


7 RUJUKAN Aris, A. S. Md., & Yusof, H. Md. (2015). The effectiveness of creative and interactiveteaching aids towards students' understanding and interest in learning. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 191, 272-276. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.04.499 Boyle, J., & Provost, M.C. (2011). Strategies for Teaching Students with Disabilitiesin Inclusive Classrooms: A Case Method Approach (1st ed). ISBN-13: 9780131837775. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 5. Kementerian Pendidikan Malaysia.


Click to View FlipBook Version