The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2017-06-05 21:07:16

pengurusan risiko (2)

pengurusan risiko (2)

PELAN PENGURUSAN RISIKO

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
MALAYSIA

SERUNGKAI KATA KETUA PENGARAH

JPS telah melalui pelbagai perubahan dan evolusi sejak penubuhannya pada tahun
1932 yang lalu. Ini adalah untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan akan terus
relevan dengan kehendak dan hasrat rakyat serta pihak-pihak berkaitan dengan
pengurusan sumber air negara bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan
kelestarian alam sekitar. Perubahan dan evolusi yang tercetus telah membawa JPS
mencipta tradisinya yang tersendiri dengan menggapai kejayaan demi kejayaan. Kini,
JPS boleh berbangga kerana berjaya melaksanakan projek dan program yang bertaraf
dunia.

Bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan utama JPS, Pelan Pengurusan Risiko
JPS perlu diwujudkan. Adalah menjadi keutamaan JPS agar memastikan
penambahbaikan dan pemantapan sistem pengurusan risiko yang berkesan dapat
menepati matlamat jabatan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian
perkhidmatan. Pelan Pengurusan Risiko JPS tidak dapat memberi impak seperti mana
yang dirancang melainkan disokong dan didokong dengan kesungguhan dan
keikhlasan semua warga JPS di dalam pelaksanaannya. Sesungguhnya, usaha dan
iltizam warga JPS ini pasti dapat membawa JPS memenuhi keperluan pembangunan
negara yang berterusan dan meningkatkan lagi kejayaan di masa akan datang.

YBhg. Dato’ Sri Ir. Haji Zulkefli bin Hassan 1
Ketua Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

KANDUNGAN

TAJUK MUKA
SURAT

PELAN PENGURUSAN RISIKO
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
SERUNGKAI KATA KETUA PENGARAH............................................... 1
PENDAHULUAN ........................................................................................ 4
PELAN PENGURUSAN RISIKO PERKHIDMATAN UTAMA..................... 6
BAHAGIAN I: POLISI PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN
DAN SALIRAN MALAYSIA........................................................................6
1.0 Visi dan Pernyataan Misi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia 6

2.0 Definisi Pengurusan Risiko ................................................................7
3.0 Objektif Pengurusan Risiko................................................................9

4.0 Model dan Kerangka Proses Pengurusan Risiko .............................10

5.0 Senarai Stakeholders dan Pelanggan..............................................12

6.0 Indeks Kebarangkalian, Indeks Impak dan Had Penerimaan Risiko 13

BAHAGIAN II: STRUKTUR DAN TADBIR URUS PENGURUSAN RISIKO
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA ............................. 17
1.0 Struktur Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Pengurusan Risiko....17

2.0 Peranan dan Tanggungjawab Jawatankuasa Induk dan Pelaksana

Pengurusan Risiko...........................................................................18

BAHAGIAN III: PENILAIAN, STRATEGI KAWALAN, KOMUNIKASI DAN
PEMANTAUAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN
SALIRAN MALAYSIA ............................................................................ 222

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2

1.0 Penilaian Risiko Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia............. 222
2.0 Mengendalikan Risiko Melalui Strategi Kawalan ..............................24
3.0 Kajian Semula Risiko dan Pemantauan Risiko ................................26
4.0 Komunikasi dan Perbincangan ........................................................27
LAMPIRAN A: JADUAL PENILAIAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN
DAN SALIRAN MALAYSIA BERDASARKAN TERAS ............................ 29
LAMPIRAN B: STRATEGI KAWALAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN
DAN SALIRAN MALAYSIA MENGIKUT TAHAP RISIKO ....................... 39
PENUTUP ................................................................................................ 60

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 3

PENDAHULUAN

Pengurusan Risiko adalah satu aspek pengurusan yang signifikan dalam
memastikan kesinambungan perkhidmatan utama Jabatan Pengairan dan
Saliran Malaysia (JPS). Selaras dengan itu adalah menjadi keutamaan JPS
agar memastikan penambahbaikan dan pemantapan sistem pengurusan
risiko yang berkesan dapat menepati matlamat jabatan bagi meningkatkan
kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.

Bagi menjamin pelaksanaan proses kerja yang berkesan, satu bentuk
perancangan dan pelan tindakan perlu dirangka sewajarnya bagi
memastikan Pelan Strategik JPS yang telah diwujudkan itu dapat
dilaksanakan sepertimana yang diharapkan. Oleh itu, Pelan Pengurusan
Risiko JPS ini telah dikenal pasti dan dibentuk, bersesuaian dengan
objektif kualiti organisasi bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian
perkhidmatan. Sebuah Jawatankuasa Pengurusan Risiko yang dianggotai
oleh pegawai pengurusan tertinggi jabatan bertindak sebagai pemantau
akan mengawal selia setiap proses kerja di JPS.

Pelan Pengurusan Risiko JPS adalah bertujuan untuk mengenal pasti
risiko serta menganalisis kesan dan akibat sekiranya sesuatu risiko itu
terjadi dan perancangan tindakan-tindakan kawalan, tindakan alternatif dan
penambahbaikan dalam mengawal risiko tersebut daripada terus
mengakibatkan kesan yang buruk. Pelan ini dijangka dapat menghadapi
cabaran dalaman dan luaran organisasi dalam segala urusan. Inisiatif yang
digariskan dalam pelan ini perlu dilaksanakan dengan bersungguh-
sungguh dan penuh iltizam oleh semua pihak. Di samping itu, proses

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 4

penambahbaikan pelan perlu diteruskan dari semasa ke semasa supaya
sesuai dengan cabaran dan keperluan baru pada masa hadapan.
Penyediaan Pelan Pengurusan Risiko ini merupakan satu inisiatif yang
julung kali diadakan bagi JPS. Pengurusan Risiko merupakan amalan
terbaik dalam urusan Tadbir Urus Korporat yang berkesan. JPS menyedari
tentang pentingnya untuk mempunyai struktur pengurusan risiko yang
komprehensif bukan sekadar untuk mengurus risiko dengan berkesan
tetapi juga untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan atau kejadian
yang tidak diduga. Pengurusan ini dapat membantu organisasi mengenal
pasti halangan-halangan dan seterusnya menggubal inisiatif dan
penambahbaikan bagi membantu organisasi mencapai matlamat. Dengan
itu, JPS telah melaksanakan Rangka Kerja Pengurusan Risiko untuk
mengurus risiko yang dihadapi oleh organisasi ini.

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 5

PELAN PENGURUSAN RISIKO PERKHIDMATAN UTAMA

BAHAGIAN I: POLISI PENGURUSAN RISIKO JABATAN
PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

1.0 Visi dan Pernyataan Misi Jabatan Pengairan dan Saliran
Malaysia

Visi

Menjadi organisasi sektor awam antara yang unggul di dunia.

Misi

Menerajui dan menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia dalam
pengurusan sumber air khususnya pengurusan banjir, sungai dan zon
pantai bagi meningkatkan kualiti hidup dengan memastikan sekuriti air dan
kelestarian alam sekitar.

Objektif

Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang di luar kemampuan sesuatu
kumpulan sasar dan seterusnya memastikan penggunaan tanah yang
optimum dan pengurusan air negara yang cekap.

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 6

2.0 Definisi Pengurusan Risiko

Pengurusan risiko adalah proses bagi mengenal pasti, menilai dan
mengawal risiko serta merupakan salah satu ciri utama bagi sesebuah
organisasi berprestasi tinggi. Organisasi perlu bertindak secara positif
terhadap potensi risiko yang ada dan yang dijangka, di samping
memahami dan berusaha untuk mengawal sebarang kebarangkalian
berlakunya risiko yang mungkin menjejaskan penyampaian perkhidmatan
sesebuah agensi.

Matlamat utama pengurusan risiko adalah untuk meningkatkan kesedaran
keseluruhan warga organisasi terhadap kewujudan risiko yang memberi
kesan signifikan ke atas penyampaian perkhidmatan. Pengurusan risiko
yang berkesan akan mengurangkan kekerapan berlakunya gangguan dan
meminimumkan kesan insiden risiko terhadap penyampaian perkhidmatan
utama agensi. Menerusi pelaksanaan pengurusan risiko, risiko dapat
dikenal pasti dan ditangani dengan lebih cekap.

Bagi mewujudkan pengurusan risiko yang lengkap dan sempurna, kaedah
dari Standard AS/NZ ISO 31000:2009 telah diadaptasi dalam mengenal
pasti dan menganalisis risiko. Penganalisisan berdasarkan standard ini
adalah bagi menjamin insiden-insiden risiko dikenal pasti berdasarkan
perkhidmatan utama JPS. Daripada penemuan ke atas tahap risiko yang
pelbagai membolehkan tindakan diambil oleh JPS untuk melaksanakan
strategi kawalan risiko yang bersesuaian.

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 7

Dalam konteks JPS, risiko merupakan suatu kejadian atau peristiwa
yang memberi impak kepada reputasi, kepuasan pelanggan,
perkhidmatan utama dan sokongan JPS. Risiko juga adalah
kombinasi dari kebarangkalian berlakunya gangguan, kerugian atau
kejadian negatif lain akibat kelemahan dalaman atau luaran yang
boleh ditangani melalui perancangan awal.
Dalam konteks JPS, pengurusan risiko didefinisikan sebagai sebagai
pembentukan suatu sistem kawalan bagi menguruskan risiko yang
boleh menjejaskan pengurusan sumber air khususnya pengurusan
banjir, sungai dan zon pantai bagi meningkatkan kualiti hidup dengan
memastikan sekuriti air dan kelestarian alam sekitar.

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 8

3.0 Objektif Pengurusan Risiko
Objektif Pelan Pengurusan Risiko JPS adalah seperti berikut:-

1. Memastikan risiko kritikal yang memberi kesan ke atas pencapaian
perkhidmatan teras, menjejaskan pengurusan kewangan dan
ketidakberkesanan pengurusan sumber dikawal secara sistematik.

2. Merekodkan hasil analisis ke atas setiap insiden risiko yang telah
dikenal pasti secara komprehensif sebagai rujukan pengurusan tinggi
dalam memastikan tindakan bersesuaian dapat diambil dengan
berkesan.

3. Menjadi mekanisme dalam mengkoordinasi tindakan pencegahan
dan mitigasi ke atas insiden risiko yang telah dikenal pasti.

4. Menjadi panduan utama dalam pelaksanaan tindakan ke atas
pengurusan bencana, komunikasi semasa krisis, dan tindak balas
semasa kecemasan.

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 9

4.0 Model dan Kerangka Proses Pengurusan Risiko
Model dan kerangka proses pengurusan risiko yang diterima oleh JPS
adalah seperti berikut:

4.1 Model Pengurusan Risiko Jabatan Pengairan dan Saliran
Malaysia

(Diadaptasi daripada MS ISO 31000:2010)
PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 10

4.2 Kerangka Proses Pengurusan Risiko Jabatan Pengairan
dan Saliran Malaysia

(Diadaptasi daripada AS/NZS ISO 31000:2009 Risk Management
– Principles and Guidelines)

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 11

5.0 Senarai Stakeholders dan Pelanggan

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 12

6.0 Indeks Kebarangkalian, Indeks Impak dan Had Penerimaan
Risiko

6.1 Indeks Kebarangkalian
Indeks Kebarangkalian merujuk kepada indikator yang akan
menerangkan kadar kemungkinan sesuatu kejadian risiko itu berlaku
di sesebuah agensi.

JPS telah bersetuju untuk mengkelaskan insiden risiko kepada 5
tahap skala kekerapan iaitu skala 1 bagi insiden risiko yang Jarang
berlaku iaitu sekali bagi tempoh melebihi 2 tahun sehingga kepada
insiden yang paling kerap atau Hampir Pasti berlaku pada skala 5
iaitu sekali bagi tempoh sebulan. Indeks Kebarangkalian yang akan
digunakan dalam penilaian risiko adalah seperti berikut:

SKALA PENARAFAN KETERANGAN

5 HAMPIR PASTI Sesuatu kejadian yang kerap/ hampir pasti
berlaku
- Sekali dalam sebulan

Sesuatu kejadian yang besar kemungkinan

4 KEMUNGKINAN TINGGI berlaku
- Sekali setiap 6 bulan

3 ADA KEMUNGKINAN Sesuatu kejadian yang mungkin berlaku
- Sekali setahun

Sesuatu kejadian yang rendah kemungkinan
2 KEMUNGKINAN RENDAH berlaku

- Sekali dalam setiap 2 tahun

1 JARANG Sesuatu kejadian yang jarang berlaku
- Sekali melebihi 2 tahun

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 13

6.2 Indeks Impak
Indeks Impak merujuk kepada indikator yang menerangkan kesan ke
atas lima (5) faktor iaitu Manusia, Reputasi, Kewangan, Program
dan Aktiviti serta Operasi akibat daripada sesuatu insiden risiko.
JPS telah bersetuju untuk menetapkan bahawa insiden risiko yang
melibatkan pejabat ini dikategorikan mengikut 5 jenis risiko iaitu
manusia, reputasi, kewangan, program dan aktiviti dan operasi.
Kesan insiden risiko pejabat ini dikelaskan kepada 5 peringkat iaitu
Sangat Kecil, Kecil, Sederhana, Besar dan Sangat Besar
mengikut konteks dan tanggungjawab jabatan ini. Indeks Impak yang
akan digunakan dalam penilaian risiko adalah seperti berikut:

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 14

6.3 Had Penerimaan Risiko

Had penerimaan risiko bermaksud tahap tertentu sesuatu risiko yang
berlaku dapat diterima oleh sesebuah organisasi. Sekiranya insiden
risiko yang berlaku itu berada dalam lingkungan yang boleh diterima,
tindakan kawalan akan diambil secara pentadbiran. Namun, jika
insiden risiko tersebut berada pada tahap tidak boleh diterima, JPS
perlu mempunyai strategi kawalan dalam mencegah insiden dari
berlaku atau mengurangkan kesan daripada insiden sekiranya
berlaku.

Had Penerimaan Risiko adalah berdasarkan seperti skala di bawah:

TAHAP SKALA TAHAP RISIKO PENERANGAN TAHAP RISIKO
RISIKO

Risiko sangat tinggi, pelan tindakan
E 13-25

terperinci diperlukan

Risiko tinggi, diberi perhatian oleh
H 8-12

pengurusan atasan JPS

Risiko sederhana, diurus dan diberi
M 4-7 perhatian oleh pihak yang

dipertanggungjawabkan

Risiko rendah, diuruskan mengikut
L 1-3

prosedur sedia ada.

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 15

Berdasarkan Had Penerimaan Risiko di atas, JPS telah bersetuju
dengan ketetapan berikut :
a) Insiden-insiden risiko dalam skala 1 hingga 7 adalah risiko yang

boleh diterima dan akan diuruskan dengan menggunakan
mekanisme sedia ada;
b) Manakala skala 8 hingga 25 adalah tahap risiko yang tidak boleh
diterima. JPS akan membina strategi kawalan yang sesuai bagi
insiden-insiden risiko tersebut.

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 16

BAHAGIAN II: STRUKTUR DAN TADBIR URUS PENGURUSAN
RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
1.0 Struktur Jawatankuasa Pemandu dan Pelaksana Pengurusan

Risiko
1.1 Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Risiko Jabatan

Pengairan dan Saliran Malaysia

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 17

1.2 Jawatankuasa Pelaksana Pengurusan Risiko Jabatan
Pengairan dan Saliran Malaysia

2.0 Peranan dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pemandu dan
Pelaksana Pengurusan Risiko
2.1 Peranan dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pemandu
Pengurusan Risiko Jabatan Pengairan dan Saliran
Malaysia
a) Menentu dan meluluskan dasar dan panduan pelaksanaan
pengurusan risiko JPS;
b) Menyemak skop dan terma rujukan (TOR) pelaksanaan
Pelan Pengurusan Risiko JPS;
c) Meneliti laporan pengurusan risiko JPS;
d) Mengesahkan dan meluluskan semua pengurusan risiko
JPS;

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 18

e) Menilai keberkesanan pelaksanaan Pelan Pengurusan
Risiko JPS; dan

f) Menyediakan sumber-sumber berdasarkan keperluan.

2.2 Peranan Jawatankuasa Pelaksana Pengurusan Risiko
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

a) Mengenal pasti risiko, ancaman dan impak yang dihadapi
oleh setiap bahagian/negeri/projek;

b) Membangun, mengemaskini dan memantau perlaksanaan
pengurusan risiko supaya sentiasa lengkap dan terkini;

c) Menilai, menganalisis, mengklasifikasikan dan
mengenalpasti impak risiko;

d) Mewakili dan mengetuai bahagian masing-masing dalam
menangani dan mengawal risiko di peringkat bahagian;

e) Mencadangkan kepada pengurusan atasan JPS bagi
perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan risiko
agensi; dan

f) Melaporkan status pelaksanaan pelan pengurusan risiko
kepada JK pengurusan secara berkala (tentukan).

2.3 Peranan Chief Risk Officer (CRiO)

a) Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu
Pengurusan Risiko JPS;

b) Memantau dan menyelia pengurusan risiko JPS; dan
c) Merancang hala tuju pengurusan risiko JPS.

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 19

2.4 Peranan Risk Champion

a) Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana
Pengurusan Risiko JPS;

b) Meneliti semua laporan pengurusan risiko Bahagian/ Unit;
dan

c) Mengesahkan dan meluluskan semua pengurusan risiko di
peringkat Jawatankuasa Pelaksana Pengurusan Risiko
JPS untuk diangkat kepada pengurusan atasan.

2.5 Peranan Risk Officers

a) Mengenal pasti risiko, ancaman dan impak yang dihadapi
oleh setiap Bahagian/ Unit;

b) Membangun, mengemaskini dan memantau pengurusan
risiko Bahagian/ Unit supaya sentiasa lengkap dan terkini;

c) Menilai, menganalisa, mengklasifikasi dan mengenal pasti
impak risiko di setiap Bahagian/ Unit;

d) Mewakili dan mengetuai bahagian masing-masing dalam
menangani dan mengawal risiko di peringkat Bahagian/
Unit;

e) Mencadangkan kepada Jawatankuasa Pelaksana
Pengurusan Risiko bagi perkara-perkara yang berkaitan
dengan pengurusan risiko agensi; dan

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 20

f) Melaporkan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa
Pelaksana Pengurusan Risiko kepada Bahagian/ Unit
masing-masing.

2.6 Peranan Urusetia Jawatankuasa Pemandu dan Pelaksana
Pengurusan Risiko

Urusetia adalah berperanan membantu Jawatankuasa Pemandu
Pengurusan Risiko dalam aktiviti Pengurusan Risiko agensi. Di
samping itu, Urusetia juga terlibat dalam:

a) Menyelenggarakan daftar risiko yang disediakan oleh
Jawatankuasa Pelaksana Pengurusan Risiko;

b) Menyelaras dan menyusun profil risiko yang disediakan
oleh Jawatankuasa Pelaksana Pengurusan Risiko;

c) Membantu Jawatankuasa Pelaksana Pengurusan Risiko
dalam pemantauan tindakan pencegahan dan mitigasi
risiko yang telah diluluskan bagi tujuan pelaporan kepada
Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Risiko; dan

d) Merangka dan melaksanakan program kesedaran dan
latihan bagi meningkatkan kefahaman mengenai
pengurusan risiko di kalangan warga JPS.

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 21

BAHAGIAN III: PENILAIAN, STRATEGI KAWALAN, KOMUNIKASI DAN
PEMANTAUAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN
SALIRAN MALAYSIA

1.0 Penilaian Risiko Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

1.1 Mengenalpasti Risiko

Tujuan langkah ini adalah untuk mendapatkan insiden-insiden risiko
yang memberi impak kepada prestasi dan pencapaian objektif JPS
dalam penyampaian perkhidmatan. Insiden-insiden risiko yang
dikenalpasti perlu disenaraikan dalam daftar risiko.

1.2 Menganalisis Risiko

Tujuan langkah ini adalah untuk melihat kebarangkalian berlakunya
risiko (likelihood) dan juga potensi impak ke atas JPS. Akibat dan
kebarangkalian boleh digabungkan untuk mendapatkan jangkaan
tahap risiko, dalam nilaian tertentu melalui kaedah kuantitatif.
Menganalisis risiko merupakan sesuatu yang subjektif dan banyak
bergantung kepada penilaian dan pertimbangan pegawai, kakitangan
dan ahli Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Risiko dan
Jawatankuasa Pelaksana Pengurusan Risiko JPS.

Hasil dapatan daripada proses analisis risiko ini akan menentukan
risiko sesuatu insiden adalah pada tahap Extreme, High, Medium

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 22

atau Low dengan menggunakan Matriks Kebarangkalian dan Impak
seperti rajah di bawah:

(Diadaptasi daripada Standards Australia Risk Management AS/NZS 4360: 2004)

1.3 Mengkategori Risiko
Insiden risiko yang telah dianalisis dan ditentukan tahap risikonya
akan dikategorikan dalam langkah seterusnya. Insiden-insiden risiko
akan disusun mengikut tahap risiko mengikut keutamaan daripada
Extreme, High, Medium atau Low. Langkah ini akan
memperlihatkan dengan jelas susunan risiko yang perlu diberi
perhatian khusus bersesuaian dengan had penerimaan risiko (risk
appetite) yang telah dipersetujui.

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 23

2.0 Mengendalikan Risiko Melalui Strategi Kawalan
Bagi insiden risiko yang perlu diberi perhatian khusus, langkah-langkah
strategi kawalan yang bersesuaian perlu dirangka. Langkah ini adalah
untuk menggariskan pilihan strategi kawalan risiko dan sebagai panduan
kepada pegawai dan kakitangan JPS terlibat dalam mengambil tindakan
sewajarnya bersesuaian dengan persekitaran dan kewangan semasa
dalam menangani risiko tersebut.
Berdasarkan Model dan Kerangka Proses Pengurusan Risiko, terdapat dua
(2) kategori tindakan kawalan utama iaitu Kawalan Pencegahan dan
Kawalan Mitigasi yang merangkumi empat (4) pilihan strategi kawalan
risiko iaitu Mengelak, Memindah, Mengurang dan Menerima risiko seprti
rajah berikut:

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 24

Matriks Penentuan Strategi Kawalan Risiko adalah seperti rajah berikut:

Jadual Penilaian dan Strategi Kawalan Risiko yang meliputi kawalan
pencegahan dan kawalan mitigasi bagi JPS adalah seperti di LAMPIRAN
A dan LAMPIRAN B.

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 25

3.0 Kajian Semula Risiko dan Pemantauan Risiko

Pemantauan dan kajian semula dilaksanakan secara berkala bertujuan
untuk menguruskan risiko yang wujud dalam situasi yang berbeza. Kaedah
pemantauan dan kajian semula dalam pengurusan risiko adalah seperti
berikut:

Memastikan langkah-langkah strategi kawalan yang dipilih dalam
pengurusan risiko perkhidmatan utama bagi sesuatu insiden itu adalah
tepat;
Menilai semula sama ada strategi kawalan risiko yang dipilih sebelum
ini masih relevan;
Memastikan program atau langkah dalam dokumen pengurusan risiko
JPS dilaksanakan mengikut ketetapan yang terkandung dalam
dokumen tersebut;
Menilai tahap risiko yang mungkin berubah dalam persekitaran
organisasi mengikut keadaan semasa; .
Memastikan strategi komunikasi telah dilaksanakan dengan
menyeluruh dan komprehensif;
Memastikan sumber yang mencukupi dalam organisasi bagi
menangani risiko; dan
Memaklumkan status terkini berhubung pengurusan risiko kepada
stakeholders.

Jawatankuasa Pelaksana Pengurusan Risiko yang ditubuhkan di bawah
tadbir urus pengurusan risiko adalah bertanggungjawab untuk

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 26

melaksanakan proses pemantauan dan kajian semula semua Bahagian/
Unit JPS. Hasil dapatan daripada pemantauan dan kajian semula
pengurusan risiko semua Bahagian/ Unit perlu dilaporkan kepada
Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Risiko JPS.

Pemantauan dan kajian semula perlu dilaksanakan secara menyeluruh
dalam proses pengurusan risiko. Perkara ini perlu dititikberatkan kerana ia
sangat kritikal dalam menentukan sama ada sesuatu pelan pengurusan
risiko telah memenuhi tujuan asal ia diwujudkan atau dibangunkan iaitu
untuk membantu JPS menghadapi ancaman risiko.

4.0 Komunikasi dan Perbincangan

Komunikasi yang melibatkan pengurusan tinggi dengan seluruh warga
agensi melalui mekanisme kedua-dua Jawatankuasa Pemandu dan
Pelaksana Pengurusan Risiko yang diwujudkan dalam JPS membolehkan
perancangan dan tindakan yang berkesan dapat diambil bagi mencegah
dan melakukan tindakan mitigasi ke atas insiden-insiden risiko JPS.
Komunikasi melalui pendekatan perbincangan sangat berkesan bagi
memastikan aktiviti-aktiviti penting kepada pengurusan risiko berdasarkan
kerangka yang telah ditetapkan.

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 27

Komunikasi dan Perbincangan dalam pengurusan risiko penting bagi:

Melaksanakan Dokumen Pengurusan Risiko Perkhidmatan Utama
yang telah dibangunkan;
Mendokumentasikan semua mesyuarat dan perbincangan dengan
stakeholders;
Menyebarluaskan Pengurusan Risiko Perkhidmatan Utama kepada
warga organisasi; dan
Meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga JPS berkenaan
Dokumen Pengurusan Risiko Perkhidmatan Utama.

Jawatankuasa Pelaksana Pengurusan Risiko yang ditubuhkan di bawah
tadbir urus pengurusan risiko adalah bertanggungjawab untuk
melaksanakan proses komunikasi dan rundingan. Hasil dan keputusan
berkaitan dengan proses ini perlu dibentangkan dalam mesyuarat
Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Risiko JPS.

Komunikasi dan rundingan adalah satu proses yang berterusan dan
dilaksanakan pada setiap proses pengurusan risiko iaitu bermula dari
proses penetapan risiko diikuti dengan penilaian risiko yang merangkumi
mengenal pasti dan menganalisis risiko seterusnya proses terakhir iaitu
menangani risiko. Kaedah ini penting bagi memastikan setiap proses
pengurusan risiko dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam menguruskan
risiko.

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 28

LAMPIRAN A: JADUAL PENILAIAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
BERDASARKAN TERAS

TAHAP EKSTREM (E)

IMPAK SEKIRANYA
RISIKO BERLAKU
KOD TAHAP RISIKO
BIL. KOD SEBAB INSIDEN RISIKO AKIBAT (WARNA)
RISIKO
TAHAP RISIKO

IMPAK
(a+b+c+d)/n

(e) Operasi
(d) Program dan aktiviti

(c) Kewangan
(b) Reputasi
(a) Manusia
KEBARANGKALIAN

1 1.1 1) Pemendapan kelodak, Pencemaran sungai 1) Kualiti air terjejas 5 2 4 4 4 1 3 15
sampah- sarap
2) Menjejaskan sistem
2) ekologi dan hidrologi
Kurang kesedaran sungai
masyarakat
3) Kemerosotan kualiti alam E
3) sekitar
Kelemahan
penguatkuasaan

4) Pembalakan dan
pembukaan tanah yang
tidak terkawal

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 29

2 1.2 1) Limpahan air sungai Peningkatan risiko banjir 1) Kehilangan nyawa dan 4 5 4 4 4 2 4 16

kerosakan harta benda

2) Sistem saliran tidak awam

sempurna

2) Menjejaskan ekonomi

3) Kurang pelaksanaan setempat

penyelenggaraan

3) Menjejaskan

4) Pembangunan yang perhubungan E
tidak terkawal pengangkutan

5) Perubahan iklim 4) Kerosakan kawasan
pertanian dan pengairan
6) Kekurangan keupayaan
sistem kawalan pintu air
dan pam dalam
mengawal banjir

3 1.3 Kekurangan maklumat secara Pembangunan di 1) Peningkatan penduduk 4 3 4 5 4 2 4 16

menyeluruh di zon berisiko kawasan berisiko banjir tinggal di zon risiko

banjir banjir

E

2) Peningkatan kos

pembaikan oleh

kerajaan

4 1.4 1) Rizab sungai yang tidak Pencerobohan rizab 1) Menghalang 5 5 4 5 4 4 4 20
pelaksanaan E
digazetkan sungai pembangunan

2) Pengurusan 2)
penguatkuasaan yang Meningkatkan kos
lemah oleh kerajaan pembangunan
negeri
3) Pencemaran sungai
meningkat

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 30

5 1.5 1) Sistem dan peralatan Kehilangan data 1) Kesukaran dalam 4 4 4 5 4 3 4 16
merekabentuk E
gagal berfungsi hidrologi
2)
2) Kesukaran membuat
ramalan hidrologi
Vandalisme

3)

Rangkaian komunikasi

terjejas

4)
‘Human error’

5)

Masalah cuaca

6 1.6 Mendapan Muara sungai cetek 1) Meningkatkan kejadian 5135 3 - 3 15
banjir

2) ‘Navigation’ E

3) Pendapatan nelayan
terjejas

7 1.7 Penggunaan sistem yang Sistem amaran banjir Penduduk tidak mendapat 4 5 4 4 5 3 4 16

kurang berkesan tidak berfungsi amaran awal kejadian banjir E

8 1.8 1) Sistem saliran sediada Kekerapan banjir kilat di 1) Ekonomi terjejas 5 4 4 4 1 1 3 15

tidak dapat menampung kawasan bandar 2) Kerosakan Harta Benda/

2) Kurang penyelenggaraan Nyawa E
sistem saliran

3) Kesesakan Lalulintas

4) Psikologi

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 31

TAHAP TINGGI (H)

IMPAK SEKIRANYA
RISIKO BERLAKU
KOD TAHAP RISIKO
BIL. KOD SEBAB INSIDEN RISIKO AKIBAT (WARNA)
RISIKO
TAHAP RISIKO

IMPAK
(a+b+c+d)/n

(e) Operasi
(d) Program dan aktiviti

(c) Kewangan
(b) Reputasi
(a) Manusia
KEBARANGKALIAN

1 2.1 1) Ramalan hidrologi tidak Kegagalan 1) Luahan air kurang 3323 23 3 9
(empangan dan sungai)
tepat menguruskan risiko

kemarau H

2) Ketidakcukupan data

2 2.2 1)Kekurangan peruntukan Kekurangan kapasiti Program/aktiviti tidak dapat 4 1 3 1 4 3 2 8

untuk pengisian jawatan sumber manusia dilaksanakan dengan

2)kelewatan pengisian sempurna H
jawatan
kualiti kerja terjejas

3 2.3 SOP tidak jelas / tidak Kemalangan ditempat Kelancaran program/aktiviti 3 5 3 2 1 3 3 9

mematuhi SOP sediada kerja terjejas H

4 2.4 Kelemahan perancangan Kekurangan peruntukan Pelaksanaan 3 13 3 3 3 3 9

untuk laksanakan program/aktiviti tidak

program/aktiviti menyeluruh
Program/aktiviti tidak
H

dapat disiapkan

Tindakan undang-

undang oleh pihak

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 32

ketiga

5 2.5 Masalah utiliti (penghawa Gangguan fizikal Prestasi kerja terjejas 4132 11 2 8

dingin, air,letrik dll) persekitaran tempat H

kerja

6 2.6 Kekangan kewangan dan Pembinaan berfasa 1) Projek yang dilaksanakan 3 5 4 5 2 3 4 12
tidak berfungsi
masa sepenuhnya

2) Masalah banjir,hakisan H
pantai dan pemendapan
muara tidak dapat
diselesaikan sepenuhnya

7 2.7 Ketidakpatuhan aktiviti Peningkatan hakisan 1) Kerosakan harta benda 2245 52 4 8

pembangunan kepada pantai dan mendatangkan bahaya

garis panduan kepada orang awam

pembangunan pantai dan 2) Pencemaran pantai H
ISMP (Integrated Shoreline

Management Plan)

3) Pemendapan muara

sungai

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 33

TAHAP SEDERHANA

IMPAK SEKIRANYA
RISIKO BERLAKU
KOD TAHAP RISIKO
BIL. KOD SEBAB INSIDEN RISIKO AKIBAT (WARNA)
RISIKO
TAHAP RISIKO

IMPAK
(a+b+c+d)/n

(e) Operasi
(d) Program dan aktiviti

(c) Kewangan
(b) Reputasi
(a) Manusia
KEBARANGKALIAN

1 3.1 Pertukaran pegawai Kehilangan Kepakaran dalaman 31 3 1 3 1 2 6

Persaraan kepakaran jabatan tidak dapat

Tamat perkhidmatan dikekal dan M
ditingkatkan

Memerlukan

kepakaran luar

2 3.2 Kelemahan sistem kawalan Pencerobohan Jabatan 2 4
Kebocoran maklumat 2 1 3 2 2 2

terhadap sistem ICT Gangguan capaian
aplikasi
M

Kerosakan pada

3 3.3 Kekurangan latihan sistem 2 23 3 3 3 3 6
Pegawai yang kurang Pegawai tidak dapat

Kekurangan peruntukan kompeten menyokong fungsi-fungsi
latihan jabatan
Kekurangan bidang latihan M

yang ditawarkan

pegawai tidak berminat

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 34

4 3.4 Kawalan keselamatan yang Kehilangan harta Kerugian kepada 31 3 3 1 1 2 6

masih lemah/ kurang cekap benda/ aset jabatan kerajaan

Perkhidmatan tidak M
dapat disampaikan/

terjejas

5 3.5 Kurang Pemahaman dan Ketidakpatuhan Kerugian kepada 31 3 3 2 2 2 6
penghayatan Dasar kepada dasar/ kerajaan
Kelemahan peraturan Reputasi jabatan
penguatkuasaan terjejas
Tahap integriti pegawai Kebocoran rahsia M
rendah kerajaan

6 3.6 Luar jangkaan (perubahan Sistem operasi 1) Keselamatan 1545 13 4 4
empangan tidak empangan
iklim, pintu rosak) dapat dilaksanakan
2) Banjir
M

7 3.7 1) Kegagalan struktur kawalan Kegagalan sistem 1) Kerosakan harta 3134 11 2 6

banjir untuk berfungsi amaran dan kawalan benda

banjir.

2) Kegagalan sistem amaran 2) Air banjir tidak dapat

banjir dialirkan keluar/

ditakung pada masa M
yang diperlukan

3) Proses pemindahan
mangsa banjir lambat
dilaksanakan

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 35

8 3.8 1) Kurang penyelenggaraan Pengaliran air sungai 1) Banjir 3243 11 2 6

terhalang

2) Pemendapan sungai 2) Kekurangan air bagi

tujuan domestik,

3) Sampah sarap industri, rekreasi dan M
pertanian

4) Pembinaan struktur dalam

sungai

9 3.9 ESCP tidak dilaksanakan Banjir lumpur Kualiti hidup terjejas 3143 1 - 2 7
M

10 3.10 Pengambilan pasir sungai tidak Tebing sungai runtuh 1) Kerosakan harta 3 143 1 - 2 6

terkawal benda dan

mendatangkan bahaya

kepada orang awam M

2) Kos baikpulih tinggi

3) Pencemaran sungai

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 36

TAHAP RENDAH

IMPAK SEKIRANYA
RISIKO BERLAKU
KOD TAHAP RISIKO
BIL. KOD SEBAB INSIDEN RISIKO AKIBAT (WARNA)
RISIKO
TAHAP RISIKO

IMPAK
(a+b+c+d)/n

(e) Operasi
(d) Program dan aktiviti

(c) Kewangan
(b) Reputasi
(a) Manusia
KEBARANGKALIAN

1 4.1 Sabotaj Kehilangan harta intelek Kerugian kepada jabatan/ 2 21 11 1 2
jabatan kerajaan
L

2 4.2 Dokumen tidak lengkap/ Tuntutan / bayaran lewat Aduan pelanggan/ 21 2 1 1 2 1 2

lewat diterima diterima reputasi jabatan terjejas L

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 37

LAMPIRAN B : STRATEGI KAWALAN RISIKO JABATAN
PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA MENGIKUT TAHAP RISIKO

TAHAP EKSTREM (E)

KOD INSIDEN RISIKO KEBARANGKALIAN IMPAK TAHAP KOD TAHAP
RISIKO RISIKO RISKO
Pencemaran sungai 53
1.1 15 EXTREME

1.2 Peningkatan risiko banjir 4 4 16 EXTREME

1.3 Pembangunan di 4 4 16 EXTREME
kawasan berisiko banjir 5 4 20 EXTREME
4 4 16 EXTREME
1.4 Pencerobohan rizab 5 3 15 EXTREME
sungai

1.5 Kehilangan data
hidrologi

1.6 Muara sungai cetek

1.7 Sistem amaran banjir 4 4 16 EXTREME
tidak berfungsi 5 3 15 EXTREME

1.8 Kekerapan banjir kilat di
kawasan bandar

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

KOD INSIDEN RISIKO TAHAP RISIKO KOD STRATEGI
RISIKO TAHAP KAWALAN
RISIKO
(WARNA)

1.1 Pencemaran sungai Ekstrem Cegah & Mitigasi

TINDAKAN

BIL. TINDAKAN PENCEGAHAN SASARAN TEMPOH PIHAK
PELAKSANAAN BERTANGGUNGJAWAB

1. Penyelenggaraan secara berkala Setiap Bulan JPS

2 Program kesedaran yang 3 kali setahun JAS, JPS, PBT/KPKT
menyeluruh terhadap kepentingan
sungai

3 Kerjasama dengan pihak berkuasa Berterusan JAS, PBT/KPKT, JPS
yang berkaitan untuk tindakan
penguatkuasaan

BIL. TINDAKAN MITIGASI SASARAN TEMPOH PIHAK
PELAKSANAAN BERTANGGUNGJAWAB

1. Program pembersihan dan rawatan Berdasarkan tempoh JPS

air sungai ie: Program RoL di bawah Rancangan Malaysia (5
Greater KL, 1N1S Tahun)

2. Program pemuliharaan sungai Berdasarkan tempoh JPS
Rancangan Malaysia (5

Tahun)

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

KOD INSIDEN RISIKO TAHAP RISIKO KOD STRATEGI
RISIKO TAHAP KAWALAN
RISIKO
(WARNA)

1.2 Peningkatan Risiko Banjir Ekstrem Cegah & Mitigasi

TINDAKAN

BIL. TINDAKAN PENCEGAHAN SASARAN TEMPOH PIHAK
PELAKSANAAN BERTANGGUNGJAWAB

1. Merancang rancangan tebatan Berdasarkan tempoh JPS

banjir seperti membina ban, Rancangan Malaysia (5 JPS
mendalamkan dan melebarkan Tahun) JPS

sungai dan menambah bilangan JPS, PBT
JPS
kolam takungan JPS

2. Merancang dan merekabentuk Berdasarkan tempoh

sistem saliran berdasarkan garis Rancangan Malaysia (5

panduan MSMA Tahun)

3. Menyediakan pelan pelaksanaan Berdasarkan tempoh
penyelenggaraan berkala dan Rancangan Malaysia (5

menaiktaraf sistem saliran yang Tahun)

sedia ada dengan geran/peruntukan

yang mencukupi.

4. Kerjasama dengan pihak berkuasa 4 kali setahun
yang berkaitan

5. Memastikan operasi sistem mengikut 6 kali setahun
SOP yang ditetapkan.

6. Menyediakan Pelan Tindakan
kecemasan (ERP)

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

7. Menyediakan peta banjir / peta SASARAN TEMPOH JPS
pemindahan banjir PELAKSANAAN
JPS
8. Memastikan operasi sistem mengikut
SOP yang ditetapkan. JPS

9. Menghebahkan status semasa aras PIHAK
air sungai. BERTANGGUNGJAWAB

BIL. TINDAKAN MITIGASI JPS

1. Menyediakan laporan banjir/hidrologi

2. Penilaian kehilangan nyawa dan JPS
kerosakan harta benda akibat banjir JPS
(Laporan kerugian banjir setiap JPS
kejadian)
JPS
3. Penubuhan/menaiktaraf stesen
hidrologi dan sistem amaran awal

4. Melaksanakan rancangan tebatan
banjir seperti membina ban,
mendalamkan dan melebarkan
sungai dan menambah bilangan
kolam takungan

5. Mengadakan mesyuarat tergempar

6. Menubuhkan Pusat Pemantauan JPS, PEGAWAI
Banjir Negara PENYELAMAT

7. Melaksanakan program bersama JPS
komuniti
JPS, PEGAWAI
8. Menubuhkan skuad banjir PENYELAMAT

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

KOD INSIDEN RISIKO TAHAP RISIKO KOD STRATEGI
RISIKO TAHAP KAWALAN
RISIKO
(WARNA)

1.3 Pembangunan di kawasan risiko Ekstrem Cegah & Mitigasi
banjir

TINDAKAN

BIL. TINDAKAN PENCEGAHAN SASARAN TEMPOH PIHAK
PELAKSANAAN BERTANGGUNGJAWAB

1. Menyediakan data ukur Dua Rancangan Malaysia JPS/PEMAJU
akan datang

2 Flood risk/hazard map RMK JPS

3. Sedia pelan induk kawasan RMK JPS
4. Mengenakan syarat & garispanduan Sepanjang Tahun JPS/PBT

JPS

5. Papan Tanda Amaran RMK JPS/JKR/PBT

BIL. TINDAKAN MITIGASI SASARAN TEMPOH PIHAK
PELAKSANAAN BERTANGGUNGJAWAB

1. Sedia maklumat kawasan berisiko Min. 3 kaw/negeri/tahun JPS
banjir

2. Dijadikan salah satu agenda dlm Sepanjang Tahun JPS
Mesyuarat Jawatankuasa
Tindakan/Tebatan Banjir

3. Mengemaskini Data-data berkaitan Sepanjang Tahun JPS/AGENSI BERKAITAN
tindakan penguatkuasaan bersama.

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

KOD INSIDEN RISIKO TAHAP RISIKO KOD STRATEGI
RISIKO TAHAP KAWALAN
Ekstrem RISIKO Cegah & Mitigasi
TINDAKAN (WARNA)

1.4 Pencerobohan rizab sungai

BIL. TINDAKAN PENCEGAHAN SASARAN TEMPOH PIHAK
PELAKSANAAN BERTANGGUNGJAWAB
1 Kerjasama dengan pihak berkuasa
yang berkaitan untuk pemantauan Berterusan JAS, PBT, JPS,
dan tindakan penguatkuasaan Pej Tanah, JPBD
Melaksanakan program pewartaan
ngai

2 Melaksanakan program penandaan 5 tahun ( tertakluk kepada Pej Tanah, JPS

rizab sungai kerajaan negeri)

Tertakluk kepada

peruntukan

BIL. TINDAKAN MITIGASI SASARAN TEMPOH PIHAK
PELAKSANAAN BERTANGGUNGJAWAB
1 Kerjasama dengan pihak berkuasa
yang berkaitan untuk tindakan Berterusan JPS, Pejabat Daerah &
penguatkuasaan Tanah, PBT, Polis, PTG

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

KOD INSIDEN RISIKO TAHAP RISIKO KOD STRATEGI
RISIKO TAHAP KAWALAN
RISIKO
(WARNA)

1.5 Kehilangan data hidrologi Ekstrem Cegah & Mitigasi
BIL. TINDAKAN PENCEGAHAN TINDAKAN PIHAK

SASARAN TEMPOH BERTANGGUNGJAWAB
PELAKSANAAN

BIL. TINDAKAN MITIGASI SASARAN TEMPOH PIHAK
1 Menyediakan setesen back-up. PELAKSANAAN BERTANGGUNGJAWAB

RMK 11 & 12 JPS

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

KOD INSIDEN RISIKO TAHAP RISIKO KOD STRATEGI
RISIKO TAHAP KAWALAN
RISIKO
(WARNA)

1.6 Muara sungai cetek High Cegah & Mitigasi

TINDAKAN

BIL. TINDAKAN PENCEGAHAN SASARAN TEMPOH PIHAK
PELAKSANAAN BERTANGGUNGJAWAB

1. Kawalan pembangunan di bahagian Berterusan JAS, PBT, JPS,
hulu sungai dan hadapan garis Pej Tanah, JPBD,JMG
pantai

BIL. TINDAKAN MITIGASI SASARAN TEMPOH PIHAK
PELAKSANAAN BERTANGGUNGJAWAB
1. Melaksanakan kerja-kerja
penyelenggaraan sungai dan Setiap tahun (tertakluk JPS
pengorekan muara secara berkala kepada peruntukan)

2. Pembinaan struktur seperti JPS
breakwater

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

KOD INSIDEN RISIKO TAHAP RISIKO KOD STRATEGI
RISIKO TAHAP KAWALAN
RISIKO
(WARNA)

1.7 Sistem amaran banjir tidak berfungsi High Cegah & Mitigasi
sepenuhnya

TINDAKAN

BIL. TINDAKAN PENCEGAHAN SASARAN TEMPOH PIHAK
PELAKSANAAN BERTANGGUNGJAWAB

1. Meningkatkan Kekerapan Sepanjang tahun JPS
penyelenggaraan
SASARAN TEMPOH JPS
2. Memastikan operasi sistem mengikut PELAKSANAAN
SOP yang ditetapkan RMK PIHAK
BERTANGGUNGJAWAB
BIL. TINDAKAN MITIGASI
JPS
2. Menyediakan Sistem Amaran
berteknologi tinggi

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

KOD INSIDEN RISIKO TAHAP RISIKO KOD STRATEGI
RISIKO TAHAP KAWALAN
RISIKO
(WARNA)

1.8 Kekerapan Banjir Kilat dikawasan High Cegah & Mitigasi
bandar

TINDAKAN

BIL. TINDAKAN PENCEGAHAN SASARAN TEMPOH PIHAK
PELAKSANAAN BERTANGGUNGJAWAB

1. Pembangunan sistem saliran 1 tahun BSMA/PBT
terancang

2. Penyelenggaraan sistem saliran 2 kali tahun BSMA/PBT
berkala

BIL. TINDAKAN MITIGASI SASARAN TEMPOH PIHAK
2. Menaiktaraf sistem saliran sedia ada PELAKSANAAN BERTANGGUNGJAWAB

1 tahun BSMA

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

TAHAP TINGGI (H)

KOD INSIDEN RISIKO KEBARANGKALIAN IMPAK TAHAP KOD TAHAP
RISIKO RISIKO RISKO
Kegagalan menguruskan 3 3 HIGH
2.1 risiko kemarau 4 2 9 HIGH
2.2 3 3 8 HIGH
2.3 Kekurangan kapasiti 3 3 9 HIGH
2.4 sumber manusia 4 2 9
3 4 HIGH
2.5 Kemalangan ditempat 8
kerja HIGH
2.6 12
Kekurangan peruntukan
untuk laksanakan
program/aktiviti

Gangguan fizikal
persekitaran tempat
kerja

Pembinaan berfasa

2.7 Peningkatan hakisan 2 48 HIGH
pantai

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

KOD INSIDEN RISIKO TAHAP RISIKO KOD STRATEGI
RISIKO TAHAP KAWALAN
RISIKO
(WARNA)

2.1 Kegagalan menguruskan risiko High Cegah atau mitigasi
kemarau

TINDAKAN

BIL. TINDAKAN PENCEGAHAN SASARAN TEMPOH PIHAK
PELAKSANAAN BERTANGGUNGJAWAB

1. Laksana Pelan Tindakan Operasi 1. Sepanjang Tahun 1. JPS
Kemarau
2. JPS
2. Mewujudkan Sistem Ramalan 2. RMK 11 & 12
Kemasukan Air (Inflow Forecasting) PIHAK
bagi air minuman dan pertanian. BERTANGGUNGJAWAB

BIL. TINDAKAN MITIGASI SASARAN TEMPOH
PELAKSANAAN

1. Menambahbaik Pelan Tindakan 1. Sepanjang Tahun 1. JPS
2. JPS
Operasi Kemarau (nyatakan kaedah
penyebaran)

2. Penubuhan rangkaian stesen 2. RMK 11 & 12
kemarau (paras air/hujan dan
sejatan).

PELAN PENGURUSAN RISIKO JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA


Click to View FlipBook Version