The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by havana281101, 2021-12-30 01:39:57

testing 1 2 3

Kumpulan 14 SSF1033

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

SELEPAS KEMERDEKAAN

Kemiskinan masih wujud walaupun selepas merdeka
Isu terbongkar selepas Hamid Tuah membuka tanah di Teluk Gong,
Selangor
Mereka mengubah tanah tersebut dan membina rumah

Reaksi Kerajaan:
Memusnahkan tanamn dan
merobohkan rumah-rumah
Menangkap Hamid Tuah dan
pengikutnya

Reaksi Pelajar:
Mengecam tindakan kerajaan
Mengadakan demonstrasi di
hadapan Bangunan Negeri Selangor
Menuntut pembebasan Hamid Tuah
Mengumpul wang dan pakaian untuk disumbangkan kepada
petani yang tidak mempunyai tanah di Teluk Gong

Gambar: Demonstrasi Pelajar di Selangor

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

PERGERAKAN PELAJAR BERASASKAN ISLAM DAN ETNIK

PILIHAN RAYA (1969)

Pelajar Malaysia mengecam pihak yang menggunakan
isu perkauman untuk berkempen, demokrasi, keadilan
sosial dan isu dasar

Selepas rusuhan pada 13 Mei, siswa menggesa
Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman untuk
meletak jawatan

Kumpulan pelajar dibawah Anwar Ibrahim mendakwa
Perdana Menteri tersebut sebagai kepimpinan yang
lemah, tidak membantu orang Melayu dan tidak
meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu secukupnya

Kumpulan pelajar sosialis dibawah Syed Hamid Ali
menyerang dasar Tunku Abdul Rahman dalam politik,
ekonomi dan isu sosial

KUASA KERAJAAN DALAM PEMERINTAHAN

Akta Universiti dan Kolej Universiti
(AUKU) diperkenalkan pada tahun
1971
Akta tersebut diperkenalkan untuk
mengawal pelajar
Ramai pemimpin pelajar yang
melakukan demonstrasi ditangkap
oleh polis

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

GERAKAN MAHASISWA DI TAHUN 1970-an

Demonstrasi UiTM 1974: Merampas Keretapi untuk mengambil alih Universiti

Pelajar Rampas Keretapi Untuk Berhimpun Di Dewan Parlimen
Sebelum diiktiraf sebagai Universiti pada tahun 1999, UiTM dikenali dengan
nama ITM. Gaji pelajar lepasan ITM yang berkelulusan Diploma setaraf
dengan pelajar lepasan STPM. Bekas Pengarah ITM, Arshad Ayub
berbincang dengan pihak yang berkaitan untuk mengiktiraf ITM sebagai
Universiti. Kepimpinan Kesatuan Siswazah Institut Teknologi (KSITM) telah
hantar satu memorandum kepada banyak pihak termasuk Menteri Pelajaran
waktu tu, Tan Sri Mohammad Yaacop. Namun, memorandum tersebut
ditolak mentah oleh pihak berkaitan. Pada malam 22 April 1974, lebih
kurang 6, 000 pelajar ITM telah berarak sejauh 60 km dari kampus Shah
Alam menuju ke Dewan Parlimen.

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

GERAKAN MAHASISWA DI TAHUN 1970-an

Demonstrasi Pelajar Universiti Malaya di Tasik Utara 1974

Gambar: Hishamudin Rais (Kiri) dan Yunus Ali (Kanan)
Mahasiswa menyuarakan masalah rakyat di Tasik Utara
Demonstrasi tersebut diketuai oleh Hishamudin Rais. Demonstrasi ini bermula
apabila Hishamudin menerima satu mesej Telegram yang dihantar kepadanya
yang berisi “Kampung kami di Tasik Utara akan dirobohkan. Tolong kami.
Penduduk Kampung Tasik Utara, Johor Bahru”. Akhir tahun 1974, pasukan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan operasi bagi menangkap semua
aktivis yang terlibat. Ramai diantara mereka yang telah ditangkap dan ditahan
dibawah Akta 'Internal Security Acts' (ISA) melalui "Operasi Rotan" atas arahan
Menteri Dalam Negeri pada waktu itu, Tan Sri Ghazali Shafie dan Menteri
Pelajaran pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

GERAKAN MAHASISWA DI TAHUN 1970-an

Demonstrasi Pelajar Universiti Malaya di Tasik Utara 1974

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dibubarkan pada 21 September 1974

UNIT PEMBELAJARAN 11

PERTUBUHAN RAHSIA

KONSEP UTAMA:

Golongan Agamawan
Konflik dengan Kerajaan
Kumpulan Remaja Bawah Tanah
Pengenalan Kepada Pertubuhan Rahsia
Penubuhan Kongsi Gelap di Malaysia
Pertubuhan Rahsia di Komuniti Lain
Pertubuhan Rahsia di Malaysia
Pertubuhan Rahsia Sarawak dan Keluarga Brooke

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

PENGENALAN KEPADA

PERTUBUHAN RAHSIA

Pertubuhan rahsiah adalah kelab atau organisasi dimana
aktiviti , fungsi dalaman, acara serta keahlinya
disembunyikan. Masyarakat mungkin atau mungkin tidak
cuba menyembunyikan kewujudannya. Istilah ini biasanya
tidak termasuk kumpulan rahsia, seperti agensi perisikan
atau pemberontak perang gerila, yang menyembunyikan
aktiviti dan keahlian mereka tetapi mengekalkan kehadiran
awam.

Pertubuhan rahsia biasanya kumpulan yang ritual dan
aktivitinya disembunyikan daripada bukan ahlI ada yang
terlibat dalam jenayah seperti berurusan dengan dadah atau
manusia, pemerdagangan orang, penyeludupan, penculikan,
pelacuran, cetak rompak hak cipta, jenayah siber, pemerasan
dan raket perlindungan, jenayah kewangan seperti
pemalsuan, manipulasi pasaran saham dan pengubahan
wang haram.

Walau bagaimanapun tidak semua adalah penghubung
kepada aktiviti jenayah. Bergantung kepada kepentingan
seperti melindungi ahli atau clain mereka, mempunyai motif
politik, kepentingan perniagaan, objektif agama dan untuk
menegakkan beberapa kepercayaan ghaib, atau ideologi
perkauman tertentu.

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

PENUBUHAN KONGSI GELAP

DI MALAYSIA

Kongsi gelap/ triad berasal daripada tanah besar Gambar: Sijil Ahli Ghee Hin
China. Secara literalnya, apabila berbicara
tentang Kongsi memang tak dapat lari daripada
menyebut China.

Kongsi gelap bermula sebagai satu kumpulan
yang ingin menentang maharaja jahat di China.
Teknikalnya, mereka adalah pemberontak.
Mereka telah bersumpah di hadapan patung
dewa dan di dalam tokong dengan upacara ritual
yang di ikuti sehingga sekarang

Lama-kelamaan perkumpulan orang ini telah
menjadi kuat dan berkuasa. Matlamat mereka
bukan lagi untuk menumbangkan maharaja,
tetapi berkuasa dari segala aspek. Jahat mereka
lebih kurang maharaja jahat juga. (cuba tengok
cerita Jackie Chan "Harajuku Incident"

Di Malaysia, Kongsi gelap telah wujud sejak mula
lagi sebaik sahaja orang cina mula menetap di
Malaya beramai-ramai. Matlamat mereka baik,
untuk melindungi kepentingan orang cina dari
ancaman. Mungkin mereka tak tau orang melayu
memang cukup baik.

Bila bermulanya tarikh sebenar tidak diketahui,
tetapi Perang Larut telah membuktikan akan
kewujudan kongsi gelap di Malaya. Ghee Hin dan
Hai San nama dua kongsi tersebut, yang masing-
masing memiliki sokongan dari orang-orang
besar Perak ketika itu.

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

PERTUBUHAN RAHSIA

DI MALAYSIA

FREEMASON

Kita sering mendengar khabar angin tentang kewujudan Illuminati yakni pertubuhan
rahsia yang sangat kuat dan berpengaruh. Pertubuhan ini mengawal para jutawan
dunia, pemimpin politik, elit korporat dan mewujudkan satu kawalan baru terhadap
dunia iaitu ‘New World Order’.

Illuminati ini mengawal dunia dengan ‘tangan ghaib’ mereka. Illuminati dan
Freemason adalah gerakan Yahudi-Freemason-Illuminati yang ingin menguasai
kerajaan, sistem kewangan dan media. Pemimpin yang tidak mahu mengikut telunjuk
jari mereka akan dibunuh seperti bekas presiden Amerika SyarikaT (AS), John F.
Kennedy.

Mereka yang menganggotai organisasi rahsia ini percaya kepada satu kuasa yang
mereka puja yang diakui sebagai Tuhan dan mereka gelar tuhan mereka itu sebagai
‘The all seeing-eye’ atau mata yang dapat melihat segala sesuatu. Oleh itu, mereka
kerap menggunakan simbol mata satu sebagai simbolik mereka.

Gerakan Freemason sebenarnya telah terdapat di Malaysia dan diiktiraf di bawah
Akta Pertubuhan 1966. Perit untuk menerima kenyataan apabila orang Islam yang
berpendidikan tinggi dan berpangkat besar juga turut menyertai pertubuhan Dajjal
ini.

Datuk Hussien Onn berkata, kerajaan Malaysia hingga kini tidak bercadang untuk
mengharamkan pertubuhan Freemason itu walaupun mengakui ia bercanggah
dengan akidah Islam walaupun gerakan ini kini disertai dalam kalangan umat Islam
yang berpengaruh dan golongan elit.

Dewan Freemason Dewan Freemason
Di Bukit Jalil Di Kuching

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

PERTUBUHAN RAHSIA

SARAWAK DAN KELUARGA BROOKE

Bermula dengan penghijrahan orang Hakka ke sarawak
dari Sambas. Dalam Sambas, Hakka telah membentuk
beberapa kongsi gelap Cina.
Pertembungan antara kongsi gelap dibawah San Tian Kiau
ke Sarawak. Mereka mengawal lombong emas di Bau dan
menjadi kongsi kuat dan kemudiannya dikenali sebagai
'Twelve Kongsi'.
Apabila James Brookes cuba mengawal mereka, kongsi
telah menyerang Kuching pada tahun 1857. James Brooke
bertindak balas dan menyerang Bau. Serangan ini
membawa penamat kepada kongsi.
Pada akhir tahun 1880, Ghee Hin cuba untuk menubuhkan
cawangan mereka di Sarawak tetapi tidak berjaya.

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

KONFLIK DENGAN KERAJAAN

Di sebalik prinsip-prinsip pengasas positif mereka iaitu saling
bantu-membantu dan ikatan, pertubuhan rahsia, dari masa
ke masa, datang untuk menimbulkan kesan keganasan dan
kekacauan.

Beberapa rusuhan telah berlaku. Antaranya ialah rusuhan
Pulau Pinang (1867) dan rusuhan pejabat pos (1876) di
Singapura. Beberapa langkah yang digunakan untuk
menghalang kongsi gelap seperti Ordinan Pertubuhan (1889).
Kerajaan British juga menangkap beberapa ahli kongsi untuk
menyekat kegiatan mereka.

Di Sarawak, kerajaan Brooke menjatuhkan hukuman mati
kepada ahli kongsi gelap yang aktif dan terkemuka.
Contohnya: Ghee Hin

6 dijatuhi hukuman mati
11 dipenjara
7 diampunkan oleh Rajah Brooke

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

PERTUBUHAN RAHSIA

DI KOMUNITI LAIN

Bagaimana dengan Pertubuhan Rahsia di komuniti lain?

Kongsi gelap bukan sahaja terhad kepada orang
Cina tetapi juga orang Melayu.

Mereka sama ada menyertai kumpulan kongsi
gelap orang Cina atau menubuhkan kongsi
gelap mereka sendiri.

Pertubuhan rahsia Melayu awal dan terkenal ialah
Bendera Merah Putih di Pulau Pinang.

Bendera Merah telah ditubuhkan pada tahun 1859
dan berlawan dengan bendera Putih.

India Muslim dan Jawi Pekan atau Peranakan
merupakan pendahulu dalam pertubuhan rahsia ini.

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

GOLONGAN AGAMAWAN

Bagaimana pula dengan golongan agamawan?

Di Malaysia, kegiatan ajaran sesat dalam masyarakat
Melayu. Ajaran sesat atau pemujaan didefinisikan
sebagai agama yang kepercayaannya berbeza dengan
majoriti di sekeliling mereka.

Sebagai contoh: Terdapat seorang rakyat Malaysia
yang pernah mendakwa dirinya tuhan kepada segala
agama dan boleh menjelma semula sebagai Jesus,
Buddha, Shiva dan Nabi Muhammad SAW.

Bunyinya memang gila tetapi ia berjaya mempengaruhi
ribuan pengikut yang mempercayai ketua ajaran itu,
Arifin Mohammed yang menjadikan teko sebagai
simbol ideologi ajarannya ketika pertengahan 1980an.

Dikenali sebagai Ayah Pin di kalangan 22,000
pengikutnya, dia memulakan ajaran sesat itu pada
1979 sebagai Kerajaan Langit.

Beberapa replika besar seperti payung kuning, pasu
serta teko gergasi yang terdapat di Terengganu
menjadi simbol kepada Kerajaan Langit itu.

Sebelum diisytiharkan haram oleh kerajaan pada Ogos
2005, pusat ajaran Kerajaan Langit itu dibakar dan
dimusnahkan oleh individu bertopeng pada 18 Julai
2005.

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

KUMPULAN REMAJA BAWAH TANAH

Kelahiran kumpulan remaja bawah
tanah boleh dilihat seawal 1980-
an. Punk antara kumpulan terawal
dibentuk sebagai aktiviti belia baru
untuk menzahirkan idea mereka
dalam bentuk muzik dan, seni.
Pada tahun 1990-an, mereka
terlibat dalam perniagaan.

KESIMPULAN:

Pertubuhan Rahsia adalah satu pilihan untuk
melindungi orang dan kepentingan tertentu.
Sesetengah orang mahu melindungi keunikan mereka
dari segi budaya, keselamatan dan aktiviti dan
sesetengah orang mempunyai idea untuk menjadi
istimewa dalam masyarakat. Pertubuhan rahsia
menjadi badan baru untuk mengatur secara bebas
daripada kawalan pihak berkuasa. Beberapa aktiviti
rahsia akan membawa kepada aktiviti negatif seperti
jenayah.

PPEERRLLEEMMBBAAGGAAAANN

MALAYSIA

UNIT PEMBELAJARAN 13

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai

Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah merupakan satu

dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk

berasaskan kepada dua dokumen yang terdahulu iaitu

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan

Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia juga

merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi

sumber dan punca kepada semua undang-undang.

Perlembagaan Persekutuan telah memberikan jaminan

terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat serta

keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Selain

itu, ia juga menjamin kepada keadilan, kerjasama,

kesepakatan dan kepentingan bersama antara

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

pn

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

Konsep Ketertingian Perlembagaan

i. Perlembagaan menentukan apakah Perkara Persekutuan yang
kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan Perkara Negeri yang
kerajaan negeri boleh lakukan.

ii. Perlembagaan menentukan apakah perkara bersama yang
membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat
undang-undang mengenainya. Contohnya, undang-undang yang
boleh dilaksanakan oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran,
hal ehwal luar negara dan sebagainya.

iii. Kedudukan YDPA sebagai ketua negara, lambang taat setia
rakyat, lambang negara, ketua Parlimen, ketua Pemerintah dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada
halangan-halangan yang telah dikenakan oleh Perlembagaan.
Baginda adalah raja berperlembagaan iaitu bertindak mengikut
nasihat Jemaah Menteri.

iv. Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan yang
dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai cabang
kerajaan (perundangan, pentadbiran dan kehakiman) tertakluk
kepada sekatan yang dikenakan oleh Kerajaan.

v. Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang
warganegara, tidak boleh menahan warganegara untuk kembali
ke negaranya sendiri dan tidak boleh memaksa seseorang
individu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan
mana-mana individu selain menurut kepada undang-undang.

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

KEPENTINGAN
PERLEMBAGAAN

Berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah
negara.

Menentukan rangka dan bentuk pentadbiran.

Menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan
serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan
kerajaan.

Menjamin taat setia rakyat.

Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat.

Peranan Yang Di-Pertuan Agong menjaga dan
memelihara hak istimewa serta kedudukan orang
melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Menjamin kerjasama di antara kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Menjadi rujukan dalam menggubalkan undang-
undang.

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
MALAYSIA

Perlembagaan bertulis dikanunkan dalam
sebuah buku.

Mengandungi 183 Perkara dan 13 Jadual.

Perlembagaan Beraja dan berasaskan
Demokrasi Berparlimen.

Bersifat ketat dan sukar dipinda.

Undang-undang utama dan tertinggi.

Menentukan tanggungjawab Persekutuan
dan mengatur perhubungan antara
Persekutuan dan Negeri.

Memperuntukkan Kebebasan Asasi dan
menjamin hak asasi seseorang warganegara
yang sah dari segi undang-undang.

Konsep Utama:
1.Latar Belakang Wawasan 2020
2.Perspektif Wawasan 2020
3.Sembilan Cabaran Wawasan 2020

Latar Belakang Wawasan 2020

Semasa pelancaran Majlis Perdagangan
Malaysia pada 28 Februari 1991, Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad telah membentangkan
satu kertas kerja bertajuk "Malaysia
Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi
satu pemikiran dan rangka kerja mengenai
matlamat Malaysia menjadi sebuah negara
maju pada tahun 2020 dan Ianya dikenali
sebagai "Wawasan 2020"

Perspektif Wawasan 2020

1.Pembentukan Satu Negara Bangsa
Malaysia.

2.Negara Perindustrian
3.Keadilan Ekonomi dan Sosial
4.Moral dan Etika
5.Pembangunan Masyarakat Berdasarkan

Sistem Kekeluargaan

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

Sembilan Cabaran Wawasan 2020

(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai
matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti
menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat
wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama
sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi
kepada negara

(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram
dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga
dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai
masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali
melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua
kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan
dihormati oleh rakyat negara lain

(iii) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik
yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang
matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang
boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun

(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan
beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai
agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling
tinggi

Pengenalan Kepada Sejarah Sosial Malaysia

(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat
pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,kebudayaan dan kepercayaan
agama masing‐masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan
mereka kepada satu negara

(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,mempunyai daya
perubahan tinggi dan memandang kedepan, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik
dan teknologi masa depan

(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi,iaitu
sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada
diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau
individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh

(viii)Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu
masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil
dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat
dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud
jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan
kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum

(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,
dinamik, giat dan kental.


Click to View FlipBook Version