The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teknik IMBAKup - Karangan Pendapat. Slaid PDF ini bukan kepunyaan saya. Saya hanya merujuk slaid yang dikongsikan ini untuk pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar saya. Akan dipadam setelah diajarkan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hoobana86, 2024-02-28 21:40:10

Teknik IMBAKup - Karangan Pendapat

Teknik IMBAKup - Karangan Pendapat. Slaid PDF ini bukan kepunyaan saya. Saya hanya merujuk slaid yang dikongsikan ini untuk pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar saya. Akan dipadam setelah diajarkan.

Keywords: IMBAK

Cara mengembangkan isi karangan melalui kaedah IMBAK


Tajuk: Karangan 1. Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Huraikan faktorfaktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. T: Tema K: Kata Kunci F: Format


T, K, F • Tema: Kemalangan jalan raya • Kata Kunci: Faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya • Format:Karangan Bebas


Rangka Karangan Proses Pemikiran - menerangkan Faktorfaktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya Kecuaian pemandu Keadaan kenderaan Keadaan jalan raya Keadaan cuaca


Cara menulis Pendahuluan • Gunakan Teknik IKTHH • Isi • kesan • Tindakan • Hasil • Hubung kait dengan soalan


Pendahuluan • Gunakan Teknik IKTHH • Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita.(I) • Hal ini telah menyebabkan banyak nyawa manusia yang telah terkorban.(K) • Oleh itu, pihak berkuasa telah berusaha untuk meningkatkan lagi keselamatan jalan raya.(T) • Diharapkan jumlah kemalangan jalan raya akan dapat dikurangkan.(H) • Walau bagaimanapun masih terdapat faktor-faktor yang menyumbang ke arah kemalangan jalan raya.(HH)


Cara Menulis Perenggan isi • Gunakan Teknik IMBAK • I – Isi • M – Mengapa • B – Bagaimana • A – Alibi/Contoh • K - Kesan


Isi 1- kecuaian pemandu Gunakan Teknik IMBAK Faktor yang pertama yang menyebabkan kemalangan jalan raya ialah kecuaian pemandu yang menjadi penyebab utama.(I) Ramai pemandu yang bermain telefon bimbit ketika memandu. (M) Mereka leka dengan telefon tersebut dan tidak melihat apa yang ada disekeliling mereka.(B) Sehingga mereka tidak sedar yang mereka memandu ketika lampu merah sedang menyala. (A) Akhirnya perkara ini telah menyebabkan bahaya kepada diri sendiri dan pemandu lain.(K)


Isi kedua – Keadaan kenderaan - IMBAK • Selain itu, keadaan kenderaan juga merupakan faktor berlakunya kemalangan.(I) • Banyak pemilik kenderaan tidak membaiki keadaan kereta mereka yang rosak.(M) • Mereka masih menggunakan kenderaan tersebut di jalan raya(B) • contohnya, brek dan tayar tidak berfungsi dengan baik.(A) • Hal ini menyebabkan kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik dan mudah berbabas ketika memandu. (K)


Isi ketiga – keadaan jalan raya - IMBAK • Di samping itu juga, keadaan jalan raya merupakan faktor lain yang boleh menyebabkan kemalangan.(I) • Jalan raya yang berselekoh, berbukit, sempit amat bahaya kepada pemandu.(M) • Mereka akan berasa sukar untuk mengawal kereta mereka.(B) • Sehingga menyebabkan kereta mereka terbabas atau lari dari landasan(A) • Akhirnya akan menyebabkan kereta mereka rosak dan boleh membawa bahaya.(K)


Isi keempat – keadaan cuaca - IMBAK • Diminta guru-guru untuk cuba membuatnya. • Faktor yang keempat yang menyebabkan kemalangan jalan raya ialah keadaan cuaca.(I) • Cuaca buruk boleh mempengaruhi pandangan pemandu.(M) • Pemandu akan melihat jalan raya kurang jelas serta jarak memberhentikan kenderaan akan menjadi sukar.(B) • Selalunya ini terjadi ketika hujan lebat dan takungan air yang banyak di jalan raya.(A) • Kenderaan akan mudah terbabas sekiranya dipandu terlalu laju.(K)


Penutup – Nasihat, cara mengatasi, saranan. • Kesimpulannya, banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya. Untuk mengatasi masalah ini, semua pihak perlu menggemblengkan tenaga dan usaha secara lebih efektik lagi. Sebelum memandu ada lebih baiknya membaca doa dahulu sebelum berjalan dan juga memeriksa keadaan kenderaan dan memasang tali pinggan keselamatan. (290 Patah perkataan)


Click to View FlipBook Version