The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hoobana86, 2021-09-13 22:59:36

[MIB8] MENJAGA ALAM SEKITAR

nota alam sekitar tahun 8

Mencintai Alam Sekitar (Tahun 8)

NAMA : ………………………………………… TAHUN: ………........ TARIKH: ………………

MENCINTAI ALAM SEKITAR

MEMELIHARA TAMAN REKREASI

Taman rekreasi ialah tempat kegiatan atau aktiviti melakukan riadah yang
menyeronokkan yang boleh menyegarkan kesihatan badan.
Amalan riadah atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi
perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal.
Umat Islam tanpa mengira usia dan kedudukan wajar memanfaatkan masa
terluang dengan melakukan riadah dan bersukan untuk mengekalkan
kecergasan tubuh badan seterusnya dapat menunaikan amal ibadah
difardukan dengan sempurna dan penuh khusyuk.
Antara taman rekreasi di Brunei Darussalam ialah Taman Rekreasi Damuan,
Taman Rekreasi Hutan Berakas, Taman Rekerasi Sungai Basong, Taman
Rekreasi Batang Duri, Taman Rekreasi Sungai Liang, Taman Jubilee Perak.
Tempat-tempat ini dijadikan tempat beriadah, beristirehat bagi
menghiburkan hati dan mengeratkan silaturrahim.

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia,
tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah
kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut.
Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti

1

Mencintai Alam Sekitar (Tahun 8)

pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan
pelbagai lagi.

Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya
digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-
ratus tahun lagi. Oleh itu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar
beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.

LANGKAH-LANGKAH MENJAGA ALAM SEKITAR (TAMAN REKREASI)

1. Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media
massa.
 Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit,
komputer dan surat khabar. Pada hari ini, media massa memainkan
peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua
pengguna.
 Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang
isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di
televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang
hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk
dunia.
 Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak
mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar.

2. Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam
sekitar.
 Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah
sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.
 Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang
pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam
sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi
pencemaran kepada alam sekitar.
 Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya
mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu,
masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan
pencemaran alam sekitar.
 Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman
pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang
kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja

2

Mencintai Alam Sekitar (Tahun 8)

dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan
semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa
pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

3. Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui
organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga
syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan
secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia.
 Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti
Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam
Sekitar dan Biologi Persekitaran.
 Para pendidik sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar
dan bersifat cintakan alam sekitar.
 Hal ini penting supaya dapat menanamkan perasaan cinta alam
sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah.

4. Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden.
 Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran
alam sekitar adalah amat penting.
 Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan
pencemaran dengan lebih cepat dan efektif.
 Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat
menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa
pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan
plastik.
 Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang
disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.

 Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa kebaikan menjaga alam sekitar
agar sentiasa bersih dan ceria. Alam sekitar yang kotor akan mendatangkan
kesan negatif kepada negara. Semua pihak mesti memainkan peranan
dalam menjaga kebersihan alam sekitar.

3

Mencintai Alam Sekitar (Tahun 8)

Alam sekitar yang bersih dan ceria akan menjadikan negara bertambah
makmur dan maju.

-Sumber rujukan : Internet dan buku teks MIB tahun 8

LATIHAN
Jawab soalan-soalan berikut dengan ayat yang lengkap. (10 markah)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan taman rekreasi? (2 markah)
2. Nyatakan empat sahaja taman rekreasi yang terdapat di Negara Brunei

Darussalam. (2 markah)
3. Apakah yang akan terjadi jika peralatan di taman-taman rekreasi di kotori

dan dirosakkan? (2 markah)
4. Berikan beberapa nama kempen yang diadakan dalam usaha menjaga

persekitaran yang bersih? (2 markah)
5. Apakah yang perlu dibuat untuk menjadikan taman rekreasi dikunjungi

pelancong? (2 markah)

/12

4


Click to View FlipBook Version