TAJUK: PENGLIBATAN DALAM MAJLIS SUKA DUKA DAN TEMPAT BERIBADAH MIB TAHUN 7
Nama:………………………….………… kelas:……… Tarikh:………………
1. Menghadiri undangan dalam majlis adalah digalakkan dalam Islam
selagi tidak ada perkara maksiat.
2. Kita digalakkan menghadiri dan memberi bantuan dalam majlis sama
ada suka atau duka.
Apakah contoh
majlis suka itu ?
3. Majlis SUKA seperti majlis perkahwinan, majlis pindah rumah dan
majlis kesyukuran.
Apakah contoh
majlis duka itu ?
4. Majlis DUKA adalah seperti majlis doa arwah atau tahlil.
Muka surat | 1
TAJUK: PENGLIBATAN DALAM MAJLIS SUKA DUKA DAN TEMPAT BERIBADAH MIB TAHUN 7
5. Menghadiri majlis berkebajikan ini akan dapat mengekalkan
keharmonian serta mengeratkan silaturahim di kalangan
masyarakat.
DOA KESYUKURAN
a. Berdoa ertinya memohon sesuatu kepada Allah.
b. Doa adalah senjata orang Islam.
c. Orang berdoa kepada Allah untuk mendapatkan petunjuk dan
rahmatNya.
Adab-Adab ketika berdoa
Mendengar atau membaca doa dengan khusyuk dan yakin.
Menadah kedua-dua belah tangan.
Mengaminkan doa.
Suci dan bersih tubuh badan, pakaian dan
tempat
Menghadap kiblat
Merendah diri kepada Allah
Berdoalah dengan nada suara yang perlahan
Jangan sekali-sekali merajuk atau putus asa apabila doa belum
dikabulkan oleh Allah. Sebaliknya hendaklah bersabar dan terus
berdoa.
Tutuplah doa dengan pujian-pujian kepada Allah serta selawat atas
Nabi SAW.
Bilakah doa
kesyukuran itu
diadakan ?
1. Doa kesyukuran atau doa selamat sering diadakan ketika majlis
keraian seperti majlis perkahwinan, mandi berlawat, menunaikan
Muka surat | 2
TAJUK: PENGLIBATAN DALAM MAJLIS SUKA DUKA DAN TEMPAT BERIBADAH MIB TAHUN 7
fardhu haji dan umrah, berpindah rumah, menyambut hari
kemerdekaan, sambutan hari jadi dan sebagainya.
2. Tujuan doa kesyukuran dibuat sebagai tanda memohon keberkatan,
kegembiraan dan syukur kepada Allah atau rahmat, kesihatan,
keselamatan diri, keluarga rakyat dan negara.
Apakah perkara yang perlu
kita buat semasa
menghadiri majlis suka ini?
3. Semasa menghadiri majlis ini kita perlu:
a. Tunjukkan rasa gembira dan hormat dengan mengucap syukur.
b. memberi ucapan tahniah.
c. berpakaian sopan.
d. turut mendoakan kesejahteraan orang yang diraikan.
e. Membantu dengan memberikan sedekah wang ringgit, makanan,
minuman, sumbangan tenaga dan buah fikiran.
DOA ARWAH
1. Apabila berlaku kematian orang-orang Melayu yang beragama Islam
akan mengadakan upacara pengkebumian, tahlil dan doa arwah.
2. Majlis tahlil dan arwah biasanya diadakan selepas kematian iaitu
dinamakan makan 3 hari, makan 7 hari, makan 40 hari dan makan
100 hari.
3. Selepas itu majlis doa arwah akan diadakan sekali setiap setahun
iaitu sebelum atau semasa bulan Ramadan.
Apakah tujuan majlis doa
arwah dan tahlil ini diadakan?
Muka surat | 3
TAJUK: PENGLIBATAN DALAM MAJLIS SUKA DUKA DAN TEMPAT BERIBADAH MIB TAHUN 7
4. Tujuan majlis doa arwah dan tahlil ialah untuk:
a. niat yang ikhlas mendoakan roh orang yang meninggal itu
mendapat rahmat daripada Allah.
b. Memupuk semangat silaturrahim di kalangan keluarga dan jiran
tetangga.
5. Ugama Islam tidak mengalakkan majlis ini diadakan secara besar-
besaran.
Apakah perkara yang perlu
kita buat semasa
menghadiri majlis duka ini?
6. Semasa menghadiri majlis duka ini kita perlu:
a. Memberi ketenangan kepada keluarga yang mengalami musibah
ini dengan ucapan takziah.
b. Berpakaian sopan.
c. Berakhlak mulia.
d. Turut mengaminkan doa.
HIDUP DAN MATI KETENTUAN ALLAH
Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati.
Tidak seorangpun tahu dan di mana dia akan mati atau meninggal dunia.
Hidup dan mati kita ditentukan ditangan Allah.
Kita akan berasa sedih apabila salah seorang ahli keluarga meninggal dunia.
Kita harus bersimpati kepada ahli dan kaum keluarga yang menerima
musibah kematian.
Dalam agama Islam hukum mengingati mati adalah sunat.
Apabila berlaku sesuatu kematian adalah kewajipan fardhu kifayah
melaksanakan empat perkara ke atas mayat iaitu:
1. Memandikan
2. Mengkafankan
3. Menyembahyangkan
4. mengebumikannya
Muka surat | 4
TAJUK: PENGLIBATAN DALAM MAJLIS SUKA DUKA DAN TEMPAT BERIBADAH MIB TAHUN 7
Nama :………………………….……. Kelas :……………………
LATIHAN 1 : MAJLIS SUKA DUKA
Jawab soalan ini dengan lengkap.
(1) Apakah maksud berdoa? [2]
……………………………………………….……….……………..………………..…..………………………………………………………………………..……
……….…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
(2) Tuliskan empat perkara fardhu kifayah yang perlu dibuat ke atas mayat semasa
berlaku sesuatu kematian. [2]
………………………………………………………….……………..…………………..………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………..…………….………………………………………………………………………..
(3) Apakah tujuan majlis doa arwah dan tahlil ini diadakan? [2]
………………………………………………………….……………..…………………..………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………..…………….………………………………………………………………………..
(4) Apakah nama majlis tahlil dan doa arwah yang diadakan selepas kematian? [2]
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….……………..………
…………..………………………………………………………………………..…………….………………………………………………………………………….
(5) Tuliskan dua adab-adab ketika berdoa? [2]
………………………………………………………….……………..…………………..………………………………………………………………………..……
……….…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
[10 markah]
Muka surat | 5
TAJUK: PENGLIBATAN DALAM MAJLIS SUKA DUKA DAN TEMPAT BERIBADAH MIB TAHUN 7
LATIHAN 2 : Kefahaman
Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan lengkap. Markah akan dipotong bagi jawapan yang kurang lengkap.
Hari Jumaat merupakan hari yang paling gembira dalam hidup Farzana. Keluarga Farzana akan mengadakan doa kesyukuran bagi
meraikan hari jadinya yang ke-12 tahun. Pada pagi Jumaat itu, Farzana terlewat bangun. Keluarga Farzana telah selesai menghias
rumah mereka dengan kertas-kertas yang berwarna-warni. Ibu dan kakak Farzana sedaang sibuk di dapur kerana menyediakan
kuih-muih dan makanan untuk para tamu. Bapa Farzana pergi ke kedai untuk mengambil kek hari jadi yang telah ditempah
seminggu yang lalu.
Pada sebelah petang, saudara-mara Farzana mula datang ke rumahnya. Mereka membawa hadiah makanan, minuman
dan buah-buahan. Kawan-kawan Farzana datang tepat pada jam lapan malam. Mereka memberikan hadiah kepada Farzana. Tidak
lama kemudian, bapa Farzana mengumpulkan semua tetamu untuk membaca doa kesyukuran. Selepas itu, Farzana yang
berpakaian cantik mula memotong kek. Ibu bapa dan kakak Farzanasibukmelayani tetamu. Majlis berakhir pada jam sembilan
malam. Farzana berasa amat bahagia pada malam tersebut.
1. Siapakah yang mengadakan doa kesyukuran sempena hari jadi Farzana yang ke-12
tahun? [2M]
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
2. Apakah sumbangan yang diberikan oleh saudara-mara Farzana? [2M]
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
3. Katakan kamu adalah kawan Farzana. Apakah ucapan baik yang kamu akan
berikan kepada Farzana? [2M]
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
4. Tuliskan dua perkara yang kamu perlu buat ketika orang membaca doa
kesyukuran? [2M]
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
Muka surat | 6
TAJUK: PENGLIBATAN DALAM MAJLIS SUKA DUKA DAN TEMPAT BERIBADAH MIB TAHUN 7
5. Majlis sambutan hari jadi ini adakah majlis suka atau majlis duka? [2M]
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
6. Sekiranya kamu menyambut hari jadi, apakah harapan yang kamu inginkan
daripada kedua ibu bapa kamu? [2M]
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
[12 markah]
Muka surat | 7