CASE STUDY:
BINA MESIN MARKETING
UNTUK CAPAI JUALAN
RM50,000 SEBULAN
TANPA SERABUT
BUKHARI RAMLI
Apa yang dikongsi di sini ialah pengalaman sebenar
kami bersama klien BRC Business Accelerator
Program.
Kami menjaga privasi & kerahsiaan bersama klien
bagi melindungi kepentingan mereka.
Apa yang kami kongsikan ialah perancangan kasar
& pengajaran penting yang boleh dimanfaatkan
bersama.
Tiada jaminan hasil boleh dapat dengan mudah.
Jaminan kami: CONFIRM tak menjadi kalau tak buat!
Klien BRC semuanya DIPAKSA untuk buat lebih
daripada apa yang mereka biasa buat. Antaranya:
disiplin dalam merekodkan aktiviti, eksperimen dan
buat laporan bertulis secara rutin.
Salah satu faktor penting dalam Business
Accelerator ialah ‘accountability’ — klien dipaksa
bertanggungjawab dengan tindakan sendiri.
MACAM MANA NAK CAPAI
TARGET RM50,000 SEBULAN?
Untuk capai apa saja target, kita perlukan:
1. Target yang jelas.
2. Jalan kerja yang jelas.
3. Disiplin & fokus dalam buat kerja mengikut jalan
yang telah ditetapkan.
4. Ukuran penentu kejayaan (sama ada on track atau
tersasar).
5. Analisa apa patut dibuat jika berlaku kesilapan atau
tersasar dari trek.
KENAPA TAK BOLEH CAPAI TARGET?
Sebab:
1. Takde target yang jelas.
2. Takde perancangan jalan kerja yang jelas. Tak tahu
apa nak buat. Serabut kepala dengan cara kerja.
3. Takde disiplin & fokus untuk laksanakan
perancangan cara kerja.
4. Takde ukuran penentu.
5. Takde analisa atau backup plan kalau tersilap /
tersasar.
Ini semua masalah yang anda hadapi kan?
*sila angguk jika betul!*
LANGKAH PERTAMA:
PILIH SATU TARGET YANG JELAS
Kita ambil contoh satu klien BRC. Dalam contoh ini,
kami pilih satu bisnes servis aircond kereta.
Berapa target revenue yang mereka mahu dapat?
RM50,000 sebulan!
LANGKAH KEDUA:
ESTABLISH BASELINE DATA
Untuk dapatkan jalan, kami akan tanya klien tentang
bisnes mereka sekarang. Inilah data BASELINE.
Kami tanya dulu klien ini:
❓ Berapa banyak pelanggan datang?
❓ Berapa total revenue daripada pelanggan
sekarang?
Dari sini, kita boleh buat kira-kira average order value
(AOV). Lepas kira-kira, dapatlah AOV = RM500
seorang pelanggan.
LANGKAH KETIGA:
KIRA BERAPA PELANGGAN DIPERLUKAN
Untuk dapat RM50,000 dengan AOV RM500 setiap
pelanggan…
Klien ini perlukan 100 pelanggan sebulan.
LANGKAH KEEMPAT:
BINA ‘JALAN KERJA SONGSANG’
Masa kita bekerja, kita bekerja ke depan untuk capai
matlamat.
Masa merancang kerja, kita ‘bekerja songsang’ ke
belakang — mula dari matlamat dan ‘work backward’
untuk tentukan jalan-jalan yang kita perlu lalu.
‘Kerja songsang’ dalam kes klien ni adalah seperti
berikut…
1. Macam mana nak dapat 100 pelanggan?
Mana datang pelanggan?
Lepas kami soal siasat klien ni, 80% pelanggan boleh
dapat daripada prospek yang buat TINDAKAN X.
Jadi, kena ada 125 prospek yang buat TINDAKAN X
untuk dapat 100 pelanggan sebulan.
2. Macam mana nak dapat 125 prospek buat
TINDAKAN X?
Mana datang prospek X?
Lepas kami soal siasat klien ni, kami boleh buat
anggaran 10% prospek yang buat TINDAKAN Y akan
buat TINDAKAN X.
Jadi, kena ada 1,250 prospek yang buat TINDAKAN Y
untuk dapat 125 prospek buat TINDAKAN X sebulan.
3. Macam mana nak dapat 1,250 prospek buat
TINDAKAN Y?
Selepas buat kira-kira…
Kena sampaikan mesej kepada target market untuk
dapatkan anggaran 41 prospek setiap hari selama 30
hari sebulan.
LANGKAH KELIMA:
LUKIS LAKARAN MESIN MARKETING
Lepas dah dapat semua ‘jalan kerja songsang’…
Kita lukis pula rupa bentuk mesin marketing ini dalam
jalan kerja ke depan.
PERHATIAN:
Mesin atau sistem bukan bermaksud software atau
app. Sistem di sini maksudnya flow ringkas yang boleh
dijalankan berkali-kali.
Lakaran mesin marketing seperti yang dirancang:
Sampaikan mesej Prospek buat
kepada target TINDAKAN Y
market untuk tarik 1,250 prospek sebulan =
prospek hubungi 41 prospek setiap hari
& bertindak
10%
Prospek jadi 80% Prospek buat
pelanggan TINDAKAN X
100 pelanggan sebulan 125 prospek sebulan
APAKAH YANG BERLAKU
DI MESIN MARKETING INI?
Di kotak pertama & kedua, kami design satu flow
untuk:
1. Menarik perhatian prospek yang targeted untuk
baca mesej yang disampaikan
2. Beri satu umpan yang tak boleh dilepaskan supaya
prospek targeted bertindak hubungi
3. Menyediakan prospek lebih terbuka minda terbuka
mata untuk mendapatkan servis tanpa halangan
dan banyak soal
Di kotak ketiga, kami design satu tindakan yang:
1. Mudah diambil oleh prospek tanpa perlu berfikir
terlalu panjang
2. Memudahkan prospek bergerak ke depan dalam
proses untuk menjadi pelanggan bisnes ini
PERANCANGAN YANG JELAS
Sebelum ni, klien ni blur tak tahu nak buat marketing
macam mana. Bukan sebab tak tahu marketing. TAHU
sangat!
Banyak sangat tahu sampai jadi PENING SERABUT
kejap buat itu, kejap buat ini.
Dengan ada perancangan jelas lengkap dengan
kira-kira KPI macam ni, mereka jadi jelas apa nak
buat!
KENAPA GUNA KPI BERNOMBOR?
Sebelum ni, kalau tak menjadi… Mereka tak tahu
apa yang tak jadi. Tahu apa silap, tapi tak tahu apa
yang silap!
Macam mana nak tahu apa silap kalau takde petunjuk,
betul tak?
KPI bernombor ialah peta & kompas supaya kita jelas
pasal perjalanan kita. Kalau sesat, kita tahu sesat jauh
mana & tahu macam mana nak betulkan.
ADA TEMPAT BERBINCANG &
DAPAT PENYELESAIAN
Sebelum ni, kalau stuck… Mereka cuba fikir sendiri.
Kalau tak dapat, terus give up & stop apa yang
dibuat. Asal blur je, terus stop. Asal stuck je, terus
stop.
Sekarang, kami bantu klien ni untuk bincang & cari
penyelesaian untuk setiap perkara yang mereka stuck.
Apa yang silap, kami bantu analisa. Cari cara untuk
betulkan & tambahbaik. Masalah jadi mudah lepas ada
tempat berbincang & analisa dengan betul.
Untuk setiap kotak dalam lakaran mesin marketing
sebelum ni pun, kami guide mereka untuk buat.
PERCAYA PADA PERANCANGAN
Dengan perancangan jelas depan mata & analisa
yang jelas setiap kali masalah berlaku, klien ni jadi
yakin untuk jalankan perancangan ni dengan
disiplin & fokus.
Sebelum ni selalu melompat-lompat ubah cara.
Sudahnya satu cara pun tak menjadi, semua kerja buat
separuh jalan je!
Kali ini kekal dalam satu trek.
Tak lagi melompat-lompat trek lain.
MESIN & SISTEM YANG
BEKERJA BERTERUSAN
Sekali kita rancang & bina flow ni…
Kita boleh jalankan secara berterusan.
Flow ini akan berterusan menjemput prospek
targeted, siapkan prospek untuk buat tindakan
seterusnya & tukarkan prospek jadi pelanggan.
Ini BUKAN MAGIK! Dalam setiap stage, kami akan
pantau: buat ikut perancangan; kalau silap, betulkan;
yang bagus, teruskan; yang rugi, hentikan; yang
untung, gandakan.
INI BARU PERMULAAN…
Kami paksa klien ni bina sistem yang basic dulu.
Tak guna pergi belajar benda advanced kalau yang
basic pun masih tak buat & jalankan sampai dapat
hasil.
Ini kelebihan jadi klien BRC sebab kami paksa untuk
fokus dengan kerja depan mata.
Kerja kami juga untuk HALANG klien daripada buat
benda-benda lain yang kacau fokus mereka.
Lepas siap yang basic ni barulah kami guide klien
ni untuk godek-godek dan buat sistem lain untuk:
Gandakan capaian iklan supaya dapat lebih prospek
& kurangkan kos iklan
Buat JV & partnership win-win dengan bisnes lain
untuk dapat lebih ramai prospek targeted
Tingkatkan kepercayaan prospek dan tukarkan
prospek dari sejuk jadi suam jadi hangat & tak sabar
nak jadi pelanggan
Buat pelanggan berbelanja lebih banyak, berbelanja
lebih kerap & bawa kawan-kawan jadi pelanggan
Dapatkan staf yang berkualiti & boleh harap untuk
jalankan operasi bisnes
NAK DAFTAR JADI KLIEN
BRC BUSINESS ACCELERATOR?
“3 bisnes saya rugi RM400,000 dalam masa kurang
setahun…”
Ini emel kami terima dari salah seorang audiens BRC.
Sedihnya… Habis duit saving kerja berpuluh tahun.
Lagi sedihnya, semua ini boleh dielak. Dia bukan tak
kenal BRC. Kalau datang kat BRC, memang banyak
tindakan merugikan kami akan pangkah! Dan kami
akan bagi plan yang kurang risiko.
Cerita macam ni bukan berlaku sekali ni je. Banyak kali
jadi macam ni.
Anda mungkin takkan kerugian duit sampai beratus ribu
dalam setahun…
Anda dah laburkan masa, tenaga & duit untuk
bisnes:
RUGI kalau tak dapat hasil yang lebih dengan
sedikit ‘tweak’ kepada mesin bisnes & marketing anda
RUGI kalau habis duit & masa macam tu je kalau
terbuat langkah yang salah & merugikan
BRC mencari bisnes yang serius untuk kami bantu
capai target yang diidamkan.
Apa yang kita akan buat melangkaui marketing & sales
semata-mata:
Kenalpasti flow dalam bisnes & kenalpasti kekuatan
kelemahan dalam bisnes sedia ada
Kami bantu fahamkan mindset & strategi bisnes
yang lebih besar
Dalam buat keputusan yang susah, kami bantu
timbang strategic decision untuk buat pilihan betul
Kami ‘paksa’ supaya accountable dalam setiap
tindakan & berdisiplin dalam buat ‘business reporting’
Apa saja masalah yang dihadapi, ada tempat untuk
berbincang & dapatkan analisa yang lebih rasional
Kami tak terima sebarangan klien…
Kami pastikan kami hanya terima klien yang kami boleh
bantu sahaja. Biarlah hubungan BRC bersama klien
win-win: kami untung hanya kerana klien untung.
Proses yang bakal berlaku:
1. Anda memohon untuk mendaftar BRC Business
Accelerator Program.
2. Kami akan hubungi anda untuk berbincang &
dapatkan lebih maklumat. Tujuan kami: memastikan
kami boleh bantu bisnes anda dengan baik.
Tiada risiko pada anda. Kami hanya terima klien yang
kami boleh bantu sahaja.
KLIK LINK DI BAWAH
UNTUK MEMOHON:
http://brc.my/bkb
(Kalau tak menjadi, copy paste link masuk browser)
www.brc.my