The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rosietaabrashid, 2021-08-27 06:40:18

TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI MALAYSIA

TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI MALAYSIA

BUKU SKRAP
DIGITAL

TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI
MALAYSIA

PENGENALAN

• Tempat-tempat bersejarah di Malaysia memang banyak dan
unik. Di sebalik setiap kewujudannya mempunyai seribu satu
ceritanya tersendiri. Ada yang terbina kerana cinta dan ada
yang terbina kerana kuasa.

Jom kita lihat beberapa tempat menarik di Malaysia dalam
kategori sejarah yang sering menjadi subjek para arkeologi dan
pengkaji sejarah.

KOTA A FAMOSA

Sejarah Kota A Famosa

Dengan peninggalan Kota A'Famosa ini membuktikan bahawa Melaka pernah di jajah oleh kuasa
asing seperti Portugis, Belanda, British. Kota A'Famosa dimusnahkan oleh pihak Inggeris pada 10
Ogos 1807. Kini, Kota A'Famosa telah menjadi pusat pelancongan dan dapat menggalakkan
generasi sekarang untuk mengambil tahu tentang sejarah Kota A'Famosa.

A Famosa (Porta de Santiago). Struktur ini adalah salah satu daripada empat pintu utama kubu
Portugis yang terkenal. Dibina oleh Alfonso de Albuquerque pada tahun 1512, iaitu setahun
selepas Portugis menyerang Melaka. Mereka menggunakan bahan-bahan dari runtuhan Istana
Melaka, kubu, makam orang Islam, masjid, pelabuhan Melaka dan sebagainya dalam pembinaan
kota A Famosa. Portugis hanya mengambil masa satu tahun untuk membina banteng kubu tersebut.
A Famosa dibina atas tujuan untuk memagari serangan daripada Sultan Mahmud, iaitu dari
Empayar Kesultanan Melaka dan serangan berterusan daripada kerajaan Acheh serta Johor.

sambungan cerita...

Secara umumnya, kota A Famosa ini telah memberikan gambaran yang jelas tentang
bagaimana ia mula dibina hingga ia dirobohkan. Terbukti bahawa kota A Famosa
merupakan sebuah kubu yang dibina sekukuhnya dimana hasil tinggalan bangunan
bersejarah dan monumen yang boleh kita lihat masih berdiri utuh dan menjadi daya
tarikan pelancong luar untuk datang melihat dengan mata kepala sendiri tentang
kemegahan kota A Famosa ini. Namun, sayangnya pembinaan kota A Famosa yang
teguh ini oleh bangsa Melayu terpaksa dibayar dengan harga kehilangan maruah dan
harga diri yang tidak dapat diganti seumur hidup hingga ke hari ini.Ringkasannya,
sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang kita
ada sekarang hasil daripada pejuang-pejuang pahlawan Melayu dahulu yang telah
berjuang bermatian demi mempertahankan tanah air tercinta ini. Di samping itu, kita
hendaklah sentiasa menyematkan semangat patriotisma dalam diri agar kita tidak lupa
asal usul bangsa dan negara kita. Akhir kata daripada saya, bersamalah kita memulihara
bangunan-bangunan bersejarah dan monumen sejarah untuk peringatan generasi akan
datang.

ISTANA KELLIE

Sejarah Istana Kellie

Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1905 oleh
seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith.
Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di
bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari
Madras.

William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali
sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum
Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang
pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari
pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan
keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan bersama ("bisnes venture")
dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi industri
perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, dia menjadi pemilik Perumahan Kinta
Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

sambungan pada muka surat seterusnya...

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland tercinta, Agnes, dan
isterinya dibawa ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak
perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil,

tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih
kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan
seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya ialah peringkat awal bagi
keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah
memutuskan untuk memperluas rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang

dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi
dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis
berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911.
Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling tersendiri di seluruh Timur Jauh,

sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal
untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang

dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

MENARA KUALA LUMPUR

Sejarah Menara Kuala Lumpur

Pembinaan Menara Kuala Lumpur dilaksanakan dalam 3 fasa pembinaan. Fasa
pertama dimulakan pada Oktober 1991 sehingga 15 Ogos 1992. Fasa kedua
pula bermula pada 12 Julai 1992 dengan pembinaan ditumpukan pada tapak
menara dan tingkat bawah tanah. Kerja-kerja asas pembinaan dan aktiviti
penanaman cerucuk selesai pada 15 April 1993.

Menara ini dibina bersebelahan sebatang Pokok Jelutong berusia lebih 100
tahun.

Pada tahun ia siap dibina iaitu tahun 1996, menara ini merupakan menara
tertinggi di Asia dan merupakan yang ketiga tertinggi di dunia.

SUMBER

Sejarah Kota A Famosa:
• https://kupuja.blogspot.com/2015/09/kesimpulan.html#:~:text=A%20Famosa%

20dibina%20atas%20tujuan%20untuk%20memagari%20serangan,Terbukti%20b
ahawa%20kota%20A%20Famosa%20merupakan%20sebuah%20

Sejarah Kellie Castle
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Kellie

Sejarah Menara Kuala Lumpur
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Kuala_Lumpur

THANKS!

Terima kasih kerana sudi membaca

CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics
& images by Freepik


Click to View FlipBook Version