The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MAJLIS PENYAMPAIAN SPM 2020-2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hatimamir26, 2021-06-09 11:07:05

BUKU PROGRAM MAJLIS PENYAMPAIAN SPM 2020-2

BUKU PROGRAM MAJLIS PENYAMPAIAN SPM 2020-2

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar ( SISMe )
77500 Melaka

Tel : 06-4462363, Fax : 06-4462959

TARIKH : 10 JUN 2021
MASA : 11 PAGI

TEMPAT : KEDIAMAN MASING-
MASING ( GOOGLE MEET )

1

ISI KANDUNGAN M/S

PERKARA 3
4
VISI, MISI, OBJEKTIF 5
KATA ALU-ALUAN PENGETUA SBP INTEGRASI SELANDAR 6
KATA ALU-ALUAN YDP PIBG SBPI INTEGRASI SELANDAR 7
JAWATANKUASA PROGRAM 8-9
TENTATIF PROGRAM 10
KEPUTUSAN PERCUBAAN SPM 2020 11-15
PENGHARGAAN ( GURU ) 16
PENGHARGAAN ( CALON SPM 2020 ) 17
PENGHARGAAN ( STAF )
AUTOGRAF

VISI, MISI, OBJEKTIF

VISI

Pendidikan Berkualiti, insan Terdidik, Negara Se-
jahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Un-
tuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memnuhi

Aspirasi Negara

OBJEKTIF

1. Mengiktiraf kejayaan yang dicapai oleh calon
SPM 2020

2. Menyuntik semangat murid-murid untuk terus
berusaha di masa yang akan datang

KATA ALU-ALUAN
PENGETUA

SBP Integrasi Selandar, Melaka

Bismillahirrahmanirrahiim….
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakaatuh..
Salam sejahtera, Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia Mengamit Dunia..
Yang dihormati Penolong Kanan Pentadbiran Pn Hjh Salmah binti Hj Yaacob, Penolong kanan Hal Ehwal
Murid, Ustaz Ruzzalan bin Che Soh, Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Norlian binti Saim, YDP PIBG
Tn Haji Mustafa bin Ali, Ketua-ketua bidang, guru-guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru akademik
dan TMUA, semua AJK PIBG, Ibubapa/ penjaga dan seterusnya yang dikasihi anak-anak SBP integrasai
Selandar sekalian.

Alhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana di atas rahmat dan
kasih sayangnya dapat kita Bersama-sama sebagai sebuah keluarga SISMe untuk meraikan pencapaian
anak-anak kita dalam peperiksaan SPM 2020 walaupun hanya dapat dilaksanakan secara maya / melalui
dalam talian sahaja.

Pada tahun 2020, seramai 99 orang calon dari sekolah kita telah menduduki peperiksaan SPM.
Calon-calon ini merupakan kumpulan terakhir pelajar sekolah kita yang mengambil aliran Perdana bukan
TMUA. Pelbagai cabaran dan ujian yang dilalui oleh anak-anak kita sepanjang perjuangan mereka
menempuh peperiksaan SPM tahun lepas. Pandemik Covid19 yang melanda seluruh Malaysia telah mem-
berikan kesan yang sangat besar kepada emosi calon SPM 2020 dan memaksa anak-anak kita mengikuti
PDPr secara dalam talian sebelum dibenarkan untuk belajar secara bersemuka. Namun dengan izin dan
rahmatNya, anak-anak calon SPM dapat menghadapi segala cabaran dengan sabar, tabah dan cekal sehing-
ga ke hari peperiksaan.

Alhamdulillah. TAHNIAH dan syabas anak-anak calon SPM 2020. Kepada mereka yang
mendapat keputusan cemerlang pada hari ini, alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi. Namun kepada
anak-anak yang kurang cemerlang dalam peperiksaan SPM pada tahun ini, usah risau dan sedih. Kita
terima keputusan hari ini dengan penuh kesyukuran. Anak-anak sudah buat yang terbaik. Walaupun kepu-
tusan yang diperolehi tidak begitu memuaskan, namun keputusan ini bukan penamat dalam kehidupan
anak-anak semua. Langkah anak-anak masih panjang dan InsyaAllah…. Keputusan yang lebih cemerlang
menanti anak-anak di masa hadapan. Teruskan mengorak Langkah menuju kecemerlangan dunia dan
akhirat.

Kepada Anak-anak calon SPM 2021 dan 2022 yang disayangi, saya mengharapkan agar pen-
capaian yang kita perolehi hari ini akan menjadi pembakar semangat untuk mendorong anak-anak be-
rusaha dengan lebih gigih lagi bagi memperolehi pencapaian yang lebih baik dan seterusnya dapat menga-
tasi pencapaian calon SPM 2020. Insyaallah.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada PIBG yang telah banyak membantu pihak sekolah dalam menjayakan apa juga aktiviti dalam
usaha meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang di sekolah kita.

Kepada semua ibubapa, terima kasih atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan
kepada pihak sekolah. Adalah diharapkan agar kerjasama yang terjallin ini akan menjadi lebih akrab dan
kita sama-sama dapat berganding bahu untuk memeastikan kecemerlangan Pendidikan anak-anak kita.

Tidak dilupakan kepada semua guru-guru SISMe yang hebat. Terima kasih yang tidak terhingga
atas segala usaha, pengorbanan masa, tenaga, malahan wang ringgit serta kasih sayang yang cikgu-cikgu
semua berikan kepada anak-anak SPM 2020 yang akhirnya dapat meghasilkan anak-anak kita yang cemer-
lang ini.

Semua pihak mesti saling bantu membantu dan lengkap melengkapi antara satu sama lain. Potensi
dan bakat yang ada dalam kalangan murid kita mestilah dicanai dan digilap sebaik mungkin. Kerjasama
dan perpaduan adaah kunci kepada kejayaan. Teruskan berusaha dan berserah kepada Allah. Mudah-
mudahan tahun 2021 akan menjadi tahun yang lebih cemerlang untuk seluruh warga SISMe.

SISMe SBT no 1 Melaka,
SISMe Cemerlang Dunia Akhirat,

TN. HAJI MOHD NORDIN BIN MOHD TOHIR 4
Pengetua,
SBP Integrasi Selandar, Melaka.

KATA ALU-ALUAN
YDP PIBG

SBP Integrasi Selandar, melaka

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakaatuh..
Yang dihormati Tuan pengetua SBP Integrasai Selandar Tn Hj. Mohd Nordin bin
Mohd Tohir, Penolong Kanan Pentadbiran pn Hjh Salmah binti Hj. Yaacob, penolong
Kanan Hal Ehwal Murid Ustaz Ruzzalan bin Che Soh, penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Norlian binti Saim, guru-guru penolong kanan, AJK PIBG, guru-guru dan yang dikasihi anak-anak
pelajar calon SPM 2020 serta calon SPM 2021 dan 2022 sekalian.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya kita dapat berkumpul di alam
maya ini dalam Majlis penyampaian Keputusan Peperiksaan SPM 2020. Syabas dan tahniah saya ucapkan
kepada semua Jawatankuasa majlis yang berpadu tenaga dan usaha bagi merealisasikan majlis hari ini.

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua warga SBP Integrasi Selandar kerana mengundang saya untuk bersama-sama dalam majlis yang
amat bermakna ini. Bagi pihak PIBG, saya ingin merakamkan penghargaan atas kesungguhan para guru
yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini dan juga ucapan terima kasih kepada semua Ibu bapa yang
sanggup meluangkan masa, dan data untuk bersama-sama dalam majlis yang amat bermakna ini.
Hadirin dan hadirat yang saya hormati,

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua anak-anak calon SPM 2020 yang
telah berjaya menamatkan perjuangan mereka dalam menduduki peperiksaan SPM 2020 dan juga berjaya
mengharungi cabaran serta rintangan yang bukan sedikit. Namun semua cabaran tersebut bukan pengha-
lang untuk anak-anak meneruskan perjuangan sehingga berjaya menamatkan SPM 2020 dan akhirnya anak
-anak semua berkumpul pada hari ini bagi mendapatkan hasil tuaian anak-anak dalam peperiksaan SPM
2020 yang lepas.
Para pelajar sekalian,

Memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM sangat penting bagi meneruskan cita-
cita untuk menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi. Ini kerana keputusan SPM yang diperolehi adalah
tiket yang akan melayakkan seseorang pelajar untuk memasuki Institut pengajian Tinggi ( IPT ) iaitu se-
buah tempat yang menjadi cita-cita kita semua untuk menjejakinya. Namun begitu, tidak bermaksud baha-
wa anak-anak yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang tidak layak sama sekali untuk menerus-
kan pembelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. InsyaAllah, semua anak-anak SISMe layak untuk
meneruskan pengajian bukan hanya di IPTa, bukan hanya Matrikulasi, Asasi dan sebagainya, Namun anak
-anak boleh memohon kemana-mana bidang dan IPT yang bersesuaian dengan kelayakan yang anak-anak
perolehi nanti. Kami sentiasa mendoakan semua pelajar calon SPM 2020 dapat melanjutkan pengajian ke
merata tempat dalam bidang yang sesuai dan mengikut kebolehan dan kemampuan masing-masing.

Untuk masa yang berbaki ini, saya menyeru kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan
SPM 2021 dan 2022 agar anak-anak semua dapat jadikan keputusan peperiksaan pada hari ini sebagai
pembakar semangat untuk terus berjuang dan memanfaatkannya sebaik mungkin. Jangan sesekali disia-
siakan. Diharap agar majlis ini akan dapat melonjakkan semangat anak-anak agar dapat berusaha dengan
lebih baik sebagai persediaan menduduki peperiksaan SPM yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Kepada ibu bapa, saya amat terharu atas kesudian tuan puan menghadirkan diri dalam majlis pada
hari ini. Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi dorongan dan sokongan moral kepada anak-anak supaya
mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk menjalani kehidupan serta cabaran yang akan mendatang.
Tugas dan tanggungjawab mendidik perlu dikongsi bersama oleh para guru dan juga ibu bapa agar anak-
anak kita memperolehi kejayaan yang cemerlang. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucap-
kan selamatr maju jaya kepada semua calon SPM 2020.

Sekian terima kasih.

Tn Hj Mustafa bin Ali
YDP PIBG,
SBP Integrasi Selandar,
Melaka.

5

JAWATANKUASA PROGRAM

Jawatankuasa Induk : Tn Hj. Mohd Nordin bin Mohd Tohir
Pengerusi ( Pengetua )
Naib Pengerusi
: Pn Hjh Salmah binti Yaacob
AJK (Penolong kanan Pentadbiran)
Ustaz Ruzzalan bin Che Soh
Jawatankuasa Kerja : (Penolong Kanan HEM)
Pn. Norlian binti Salim
(Penolong Kanan Kokurikulum)
: En. Muhamad Lazim bin Ab Shukor
Pn Aziah bt Abdol Aziz
Ust Hishamudin bin Abu Kasim
En. Mohd Radzi bin Salleh
En. Mohd Zamir bin Mohd Sharif
Ust Mohd Zulhusnayain bin Radthuan

Pengurusan dan Pengumpulan Sijil : Cik Normalita bt Mukhtar

Pengurusan Sijil : Guru-guru Matapelajaran terlibat

Slides Analisis SPM : Pn aziah bt Abdol Aziz

Cetakan Keputusan SPM : Pn. Siti Sarah bt Othman

Buku Program / Atucara : Pn Noraini binti Mohd Daud

Link GM / Montaj Graduasi : En. Ahmad Hatim Amir bin Sulaiman

Teks Ucapan Pengetua & YDP PIBG : Pn Noraini binti Mohd Daud

Flyers Digital : Pn. Noorhudah binti Duasa

Pengacara Majlis : En. Saifulnizam bin Abd Ghani

Bendahari : Pn Mastura binti Bujal

6

TENTATIF PROGRAM

Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa

Montaj Majlis Graduasi
Ucapan YDP PIBG

Ucapan & Analisa Keputusan SPM 2020 oleh Tuan Pengetua
Majlis Tamat

7

KEPUTUSAN PERCUBAAN SPM 2020

Bil Calon A+ A A- B+

Mata Pelajaran Dafta Ambil Bil % Bil % Bil % Bil % Bil
r
BAHASA MELAYU [MA]
BAHASA INGGERIS [MA] 99 99 0 0 14 14.14 61 61.62 19 19.19 5
PENDIDIKAN ISLAM [MA]
SEJARAH [MA] 99 99 0 0 11 11.11 47 47.47 19 19.19 16
BAHASA ARAB TINGGI [MA]
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH 49 49 7 14.29 31 63.27 9 18.37 2 4.08 0
PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AS-
SUNNAH 99 99 51 51.52 36 36.36 11 11.11 1 1.01 0
BIOLOGI (DLP)
FIZIK (DLP) 50 50 0 0 14 28 20 40 5 10 1
KIMIA (DLP) 50 50 4 8 19 38 21 42 2 4 3
MATEMATIK MA (DLP)
MATEMATIK TAMBAHAN (DLP) 50 50 18 36 21 42 9 18 0 0 2

99 99 0 0 2 2.02 9 9.09 17 17.17 14

99 99 1 1.01 6 6.06 20 20.2 16 16.16 22

99 99 1 1.01 11 11.11 17 17.17 17 17.17 13

99 99 4 4.04 25 25.25 34 34.34 14 14.14 7

99 99 1 1.01 1 1.01 0 0 4 4.04 3

991 8991 87 8.78 191 19.27 258 26.03 116 11.71 86

9

PENGHARGAAN

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepa-
da :

SEMUA GURU SBP INTEGRASI SELANDAR

10

PENGHARGAAN

SEMUA CALON SPM 2020
5 IBNU KHALDUN
5 AL-BIRUNI
5 AR-RAZI
5 IBNU SINA

11

ADAM HAKIM NUR ADAM ZIKRY MUHAMMAD AFIF AMMAR QAYYUM ANIQ ASYRAF

DANISH AKMAL FAKHRUL RAZEE HAFIZ AIMAN M. HAQEEM M. EZZAT

5 IBNU KHALDUN NURSILMI MOHAMAD RAFIE ZAHIRUDDIN M. FARHAN FARAH HANISYA

NUR FARISYA HUSNA INTAN RAIHANAH NUR KAMALIN MASTURA MUSFAIZA NURNASYWA DZU-

NURUL AZMINA SYASYA ADLYNA FARADINA NUR AQILAH FARZANAH

12

ABDULLAH AZAM ADAM HUZAIFAH AHMAD AIMAN AHMAD SYUIB AIMAN FARHAN

SHAHRUL RAFIEQ MUHAMMAD AQIL FAEZ HAKIMI ZULFIKRY HAKIM

5 AL-BIRUNI MUHAMMAD HUMAIDI AISYA MAISARA AMIRA SHUHADA ASMA’ AFIFAH AZIMA

FAHMIEZA IDAYU NUR IRFAH IRDINA NUR FATINAH NURUL ATIQAH NUR ATHIRAH

NURUL WAHIDAH NURUL IZZATI QURRATU AINI NURSOFEA AMILY NUR YASMIN ADRIANA

13

AIMAN NULHAKIM DANIAL AIMAN M. FARHAN IDRIS IRFAN LUQMAN HAKIM

MUHAMMAD NAIM MUJAHID NURUDDIN RIDHWAN IRFAN TAJU AFZAN

5 AL-RAZI NUR AINA NAJWA AMIRA NURJAZMINA HANNY NUR SURAYA INAS WARDINA ISMAHANI

MARIAH MARDHATI NUR FATIHAH NUR IZWAH NUR MAHFUZAH NUR MUSHIRA

NUR ADRIANA FADZRUL NURIN FARZANA NURUL MADIHAH NURUL NADIA WAN NUR NADIAH

14

ADAM FIRDAUS AHMAD AL-BUKHARI AL-FAROUQI ALI ANNAQI AZLAN

EZHAD EMINUDDIN FAIQ IZUDDIN FAAKRULLAH FIRDAUS AHMAD IRSYAD

5 IBNU SINA SYAHMI NUR ALYSSA SAFIAH

MUQRIL UMAR NAJMEE AIN SYAHIRAH

NUR AMYLIA AINA’ AZWA ALIA NABILA NURUL BALQIS SUFIENA NABILAH HUSNA NISREEN RAIHANA

NURAQILAH ALLEEYA NURAIN AMLIA NUR DAYINI NUR SYAMIMI NUSYRAH

15

PENGHARGAAN

SEMUA STAF SBP INTEGRASI SELANDAR
JUGA KEPADA :

Semua Jawatankuasa PIBG SBPI Selandar
Para Jemputan dan Ibu bapa
Ahli Jawatankuasa kerja
Semua Calon SPM 2021
Semua calon SPM 2022
Semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung

16

AUTOGRAF

17


Click to View FlipBook Version