CPE2021
PENGURUSAN HARTA PUSAKA
TAJUK
HIBAH SEBAGAI SATU INSTRUMENT PERANCANGAN HARTA PUSAKA
DISEDIAKAN UNTUK
ENCIK MOHAMAD ALI ROSHIDI BIN AHMAD
DISEDIAKAN OLEH
NUR ATIRA LIYANA BINTI ABU YAZID
D20211097956
KUMPULAN: A
1
ISI KANDUNGAN
BUTIRAN MUKA SURAT
ABSTRAK 3
4
PENGENALAN 4
HUKUM 5
6
RUKUN DAN SYARAT
8
HIBAH SEBAGAI INSTRUMENT 9
PENGURUSAN HARTA PUSAKA
KESIMPULAN
RUJUKAN
2
ABSTRAK
Pengurusan Harta Pusaka ialah pengurusan harta yang sah dan berkesan dari segi undang
islam dan hukum syarak dalam bentuk pengurusan harta sesorang yang mana bukan sekadar
untuk mengurangkan kebimbangan bahkan melakukan hasrat terakhir si mati mengikut
hukum syarak. Secara ringkasnya, pengurusan Harta Islam adalah bertujuan untuk
mendapatkan hasanah di dunia dan akhirat . Undang-undang Syariah yang komprehensif juga
menggariskan panduan penuh yang berkaitan Pengurusan Harta selepas kematian melalui
undang - undang pusaka islam iaitu sistem yang lengkap untuk mengagihkan harta melalui
wasiat , hibah atau derma . Dalam Islam , Hibah adalah salah satu cara pemilikkan harta yang
menepati hokum syarak . Ia berkaitan dekat dengan beberapa konsep pemilikkan lain seperti
wasiat , wakaf dan faraid . Walau bagaimanapun , undang - undang dan ciri - ciri konsep
tersebut berbeza antara satu sama lain . Hibah dalam undang - undang penggantian islam
meliputi isu perundangan dan realiti penggunaanya di Malaysia . Hibah adalah pembahagian
harta termasuk dalam konsep pengurusan aset islam . Hibah juga perlu difahami sepenuhnya
dari segi aspek , konsep dan aplikasinya dalam undang - undang serta cara pelaksanaan.
Selepas kematian pihak yang menghibahkan harta , sering timbul perselisihan antara pihak
yang terlibat sehingga menyukarkan penyelesaian harta pusaka. Berkaitan dengan itu , jika
instrumen ini diurus dengan teratur dan patuh syarak maka terbelalah nasi mereka yang
mempunyai hak dan kuasa .
3
PENGENALAN HIBAH
Hibah dari segi bahasa ialah pemberian sesuatu barang sama ada dari bentuk ain atau
selebihnya dari satu pihak kepada pihak yang lain. Hadiah dan sedekah juga termasuk
sebagai hibah yang mempunyai pengertian yang hampir sama tetapi yang membezakannya
adalah tujuan pemberian. Sebagai contoh, sedekah ialah suatu pemberian yang biasanya
dihulurkan dari orang kaya kepada orang miskin dengan bertujuan memperoleh pahala di
akhirat. Manakala hadiah ialah suatu pemberian barang yang mempunyai sebab tertentu.
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa setiap hadiah dan sedekah ialah hibah tetapi bukan
semua hibah adalah hadiah dan sedekah.
Hibah dari segi istilah ialah kontrak (iwad) di mana seseorang secara sukarela
memindahkan harta kepada orang lain semasa hayatnya tanpa pulangan (iwad ). Secara lebih
khusus, hibah ialah kontrak (iwad) untuk pemindahan harta daripada satu pihak kepada pihak
lain semasa hayat secara sukarela yang tidak mengharapkan pahala di akhirat, dan
memuliakan seseorang dengan menggunakan kalimah ijab dan qabul. Hibah merupakan
amalan sunat dan digalakkan dalam islam , seperti firman Allah SWT didalam Surah al-
Baqarah ayat 177 yang bermaksud:
“… dan berilah harta yang dicintai oleh mu kepada kerabatmu, anak-anak yatim , orang-orang
miskin , orang musafir yang memerlukan pertolongan dan orang-orang yang meminta-minta
dan memerdekakan hamba sahaya.
HUKUM HIBAH
Dari segi hukum, hibah adalah satu amalan yang disunatkan dan digalakkan dalam
Islam terutamanya kepada ahli keluarga terdekat. Amalan ini berlandaskan al-Quran, Hadis
dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah firman Allah S.W.T
didalam Surah al-Nisa ayat 4 yang bermaksud:
“Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas
kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang
lazat, lagi baik kesudahannya”
4
RUKUN DAN SYARAT HIBAH
Akad hibah tidak akan dibentuk melainkan rukun dan syarat dipenuhi iaitu pemberi
hibah ( al-Wahib ) , penerima hibah ( al-mawhub lahu ) , barang yang dihibahkan (al-mawhub)
dan sighah iaitu ijab dan qabul.
Orang yang memberi hibah (al-Wahid) mestilah seorang yang sempurna akal dan
baligh. Al-Wahid juga mestilah pemilik kepada barang yang hendak dihibahkan hal ini kerana
pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas harta tersebut. Hibah juga bebas dari segi had
kadar dan boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang dia suka, termasuk bukan Islam,
selagi tidak menyalahi hukum syarak.
Selain itu, penerima hibah atau dikenali sebagai al-mawhud lahu boleh terdiri oleh
sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai kemampuan untuk memiliki harta sama ada mukalaf
atau bukan mukalaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukalaf kerana belum baligh atau
hilang upaya, hibah boleh diserahkan kepada wali atau pemegang amanahnya. Penerima
hibah hendaklah menerima harta yang dikurniakan dan berhak untuk memegangnya. Dalam
erti kata lain, pemilikan dan kawalan harta itu mesti diberikan kepada penerima hak yang sah.
Rukun seterusnya yang akan berjayakan akad hibah ialah al-mawhub iaitu barang yang
hendak dihibahkan. Barang yang hendak dihibahkan juga perlu memenuhi beberapa syarat
berikut :
1. Mestilah barang atau harta yang halal.
2. Ia mestilah komoditi atau harta yang mempunyai nilai di sisi syarak.
3. Barang atau harta itu adalah kepunyaan pemberi hibah.
4. Boleh diserahkan
5. Kewujudan sebenar pada masa pemberian.
6. Harta tersebut tidak mempunyai kaitan dengan harta yang tidak boleh dipisahkan oleh
pemberi hibah, seperti pokok, tanaman, bangunan, dan lain-lain, tidak termasuk tanah.
Akhir sekali, akad hibah terbatal jika tidak mempunyai sighah iaitu ijab dan qabul.
Sighah hibah ialah lafaz atau perbuatan yang mempunyai makna memberi dan menerima
hibah. Lafaz ijab qabul hibah perlulah terdapat kaitan dan persamaan antara ijab dan qabul.
Selain itu, sighah hibah juga tidak boleh dikaitan dengan syarat-syarat tertentu serta tiada
tempoh masa tertentu diperlukan.
5
HIBAH SEBAGAI SATU INSTRUMENT PERANCANGAN HARTA PUSAKA
Sebab mengapa hibah adalah alat pengurusan harta yang berkesan kerana hibah juga
dikenali sebagai alternatif penyelesaian masalah pengagihan secara faraid. Memandangkan
perubahan trend zaman dan gaya hidup Dalam masyarakat yang semakin pelbagai, proses
pentadbiran pembahagian harta Faraid kurang cekap kerana semua sibuk dengan tugasan
dan kepentingan diri untuk melupakan larangan yang dipercepatkan Pembahagian harta
selepas kematian. kejahilan alam faraid dan sikap masyarakat yang tidak mengambil berat,
mementingkan usaha Pembahagian legasi yang ditinggalkan semakin menjadi-jadi. tali Sikap
ini menimbulkan pelbagai masalah yang tidak dapat diatasi Perspektif agama, ekonomi dan
sosial. Oleh itu, untuk mengatasi Persoalannya, kaedah pelaksanaan pemberian ini bukan
sahaja diperkatakan Keupayaan untuk memastikan pemilikan harta sewenang-wenangnya
diturunkan kepada waris Pemberi, malah mengurangkan bilangan kes keseluruhan harta
pusaka bangsa.
Selain itu, hibah juga dapat membahagikan harta secara bermanfaat. Tujuan utama
pelaksanaan hibah adalah untuk menangani isu ini berlaku apabila pembahagian harta
pusaka tidak diuruskan dengan baik atau menghasilkan keputusan yang lebih buruk
disebabkan oleh perpecahan. Hal ini kerana proses pembahagian harta pusaka tidak boleh
dianggap selesai jika bahagian yang setiap waris perolehi tidak dapat digunakan atau
memberi manfaat dan faedah kepada penerima. Harta yang dibahagikan mengikut
konvensyen iaitu meletakkan nama semua waris pada setiap tanah pusaka serta tidak
mendapat faedah dari sudut ekonomi dan menyusahkan proses seterusnya dan akhirnya
merugikan kepentingan waris. Untuk mengatasi masalah ini, hibah adalah salah satu cara
pembahagian yang berkesan dan lebih berfaedah. Jadi, lihatlah masalah yang timbul akibat
kurang bahagian pemahaman faraid, maka proses hibah tidak boleh dipandang ringan.
6
Seterusnya , hibah juga tiada had dikenakan terhadap kadar bahagian atau jumlah
pemberian. Tidak seperti wasiat, yang tidak boleh melebihi satu pertiga (1/3) daripada aset
bersih dan dikira pada kadar tertentu seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, hibah
menunjukkan perbezaan kerana tiada had jumlah yang perlu dipatuhi apabila mendapat
hibah. Dalam Jumaaton dan Raja Delila lwn Raja Hizaruddin [JH Dis 1998 Jld XII Bhg II hlm.
201] Bapa memberikan saham kepada salah seorang anaknya, 11,095,666 daripada jumlah
keseluruhan 12,560,313 saham dikira sebagai hibah yang sah, walaupun selepas
pembahagian faraid, anaknya tidak berhak mendapat bahagian daripada jumlah tersebut.
juga dalam In Wan Mahmud bin Wan Abdul Rahman & 3 others lwn Aminah Anak perempuan
Hj. Taib dan 2 yang lain [JH XVIII/II Bahagian II Disember 2004 hlm.331 Menunjukkan bahawa
pemberian hibah tidak mempunyai sekatan khusus kerana Dalam kes ini, suami
mendermakan ½ daripada harta pusakanya kepada isterinya.
Hibah juga dijadikan sebagai pemberian yang boleh diberikan kepada sesiapa sahaja.
Pemberian hibah tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja seperti yang terdapat dalam
sistem faraid yang berhak sahaja kepada waris. Hibah juga tidak mengecualikan kumpulan
orang lain memperoleh haknya seperti dalam wasiat yang mengecualikan waris sebagai
penerima.Seperti yang disabda oleh Rasullah S.A.W
“ Sesungguhnya Allah telah memberikan setiap orang haknya. Oleh kerana itu, waris tidak
boleh diberi wasiat melainkan jika waris lain memerlukannya.”
Untuk menjelaskan fakta ini, sebagai contoh, Perkara 2 Undang-undang Pentadbiran
Mahkamah Syariah Kelantan No. 3 Tahun 1982 Definisi hibah yang bermaksud "seseorang
yang memberi atau memindahkan harta secara percuma kepada sesiapa yang
dikehendakinya dalam hidupnya sama ada kepada waris atau bukan ahli waris serta bukan
Islam.
7
Akhir sekali, konsep hibah yang wujud dalam al-Quran dan sunnah serta diamalkan
oleh orang-orang Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia merupakan satu bentuk
pengurusan harta yang disyorkan oleh Islam. Hal ini bukan bertujuan untuk membelakangkan
sistem pengurusan harta pusaka seperti faraid tetapi sebagai tambahan sistem pembahagian
harta Islam. Menurut seorang ulama iaitu Dr. Siti Zalikhah, Md Nor , yang percaya bahawa
masyarakat harus memahami sistem Faraid adalah satu bentuk pembahagian harta kepada
waris apabila seseorang itu meninggal dunia secara mengejut atau meninggal dunia. Dunia
tidak mempunyai masa untuk memikirkan tentang bekalan pembahagian harta. Jadi dia
mencadangkan untuk membuat hibah sebagai satu bentuk perancangan awal untuk
pewarisan untuk tujuan kebajikan serta untuk memastikan agar minda masyarakat yang
selama ini hanya menggunakan mekanisme pembahagian harta pusaka secara konvensional
diubah kepada konsep yang menggunakan pendekatan ‘pemberian semasa hidup’ seperti
hibah
KESIMPULAN
Hibah merupakan antara perkara yang dituntut oleh Islam dalam urusan hal ehwal
kehartaan khususnya sebagai instrumen perancangan harta pusaka. Hibah diaplikasikan agar
dapat memenuhi keperluan dan hasrat pemilik harta. Jika kita mengambil ringan tentang
pengurusan harta pusaka, banyak pihak akan terkesan serta akan merumitkan pembahagian
harta apabila berlaku kematian kepada pemilik harta berkenaan. Menguruskan harta pusaka
bukanlah perkara yang mudah, terdapat banyak syarat serta peraturan yang perlu dipatuhi.
Sebaik-baiknya, pemilik harta perlu merancang pengagihan hartanya ketika beliau masih
hidup supaya semua hartanya dapat dimanfaatkan oleh ahli waris dengan sebaik-baiknya
apabila meninggal dunia.
8
RUJUKAN
LAMAN WEB
Dayana Sobri, 8 Oktober 2021, Apa itu hibah? Kenapa ia memudahkan pengurusan
harta pusaka anda? https://www.iproperty.com.my/guides/apa-itu-hibah-dan-kenapa-
ia-memudahkan-pengurusan-harta-pusaka-anda-malayoc/
As Salihin, 9 Januari 2010 ,Hibah Sebagai Instrumen Perancangan Pusakahttps://as-
salihin.com/hibah-sebagai-instrumen-perancangan-pusaka/
Mohammad Ali , 4 August 2021, Hibah Instrumen Perancangan Harta Pusaka Islam ,
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1988408
Rohaiza Mohammad , Hibah Dan Wasiat Sebagai Instrument Perancangan Harta
Islam , https://www.ilkap.gov.my/download/kertaspenyelidikan/Research7.pdf
ARTIKEL
Hazieq Roshali ( 2014, Mac) Pengurusan Harta Dalam Islam Perspektif Hibah Di
Malaysia,
https://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/52355355/Pengurusan_Harta_Dalam_Islam_-
_Perspektif_Hibah_Di_Malaysia-with-cover-page-
v2.pdf?Expires=1641579294&Signature=DHn3bPFoPkb4nCFtoJxNDEidsPwIkW2Qy
hYqEfFQL2bt6D-
qQvuq4GP~r54GEI1SRMO5QAi3o3GUXwZORGkBTJ0~84Ia205SjxkCMp2n6311nZl
z79HmteWy4WSXo4kxgy9dbjl59Av530~iamt0ydRRNvGIdP~LD19ECcc4AodT~hb6
Hc3ywgoMkZP2qt0iEvVAyOaPTra5iXHBWuMVbiyGqhxDwb6xOqcXKMqqRq4BLzs
HHG0WdsT~udZBaoNOWsFkKHrN8xxCkU7gLgXHymLA8vpo1ZEFNTtX2QurPvd6
MY3RYD~0CECaC9DAAfPBZDKmNvGy63oEApwMUyWsHg__&Key-Pair-
Id=APKAJLOHF5GGSLRBV4ZA
Nasrul Hisyam Nor Muhamad (2017 , December), Konsep Hibah Bersyarat dan
Aplikasiny dalam perancangan harta
https://jurnalumran.utm.my/index.php/umran/article/view/251
9