The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan Sejarah Tingkatan 3
Contoh hasil laporan lengkap

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gomezio26, 2020-04-15 01:47:15

PENTAKSIRAN PT3

Tugasan Sejarah Tingkatan 3
Contoh hasil laporan lengkap

LAPORAN TUGASAN SEJARAH

TEMA KEDATANGAN KUASA ASING
TAJUK 7.0 CAMPUR TANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA BARAT
TAJUK / ISU Kestabilan sistem pemerintahan tempatan, mendorong strategi peluasan
kuasa British mengubah sistem pentadbiran di negara kita.
STANDARD 7.1 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu
KANDUNGAN
STANDARD 7.1.1 Menerangkan kestabilan dan kemakmuran negara kita
PEMBELAJARAN 7.1.4 Menunjukkan perbezaan strategi kuasa barat menguasai negara

kita

Pernyataan Masalah

Sebelum kedatangan kuasa Barat, negara kita telah mempunyai sistem pentadbiran dan
bentuk pentadbiran yang sistematik menyebabkan British melancarkan strategi untuk
menguasai pentadbiran dan meluaskan kuasanya. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan
ini?

Persoalan kajian

(a) Adakah negara kita mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik sebelum kedatangan
Barat?

(b) Bagaimanakah bentuk sistem pentadbiran di negara kita sebelum kedatangan Barat?
(c) Bagaimanakah British melaksanakan strategi untuk mengubah pentadbiran di negara kita?
(d) Apakah iktibar yang diperolehi daripada peristiwa di atas?

Objektif kajian

1. Saya dapat mengenalpasti sistem pentadbiran yang sistematik sebelum kedatangan barat
2. Saya dapat mengetahui bentuk sistem pentadbiran di negara kita sebelum kedatangan

Barat.
3. Saya dapat memahami British melaksanakan strategi untuk mengubah pentadbiran di

negara kita?
4. Saya dapat meningkatkan semangat keyakinan diri serta mengukuhkan semangat cinta

akan negara.

Kaedah kajian

1. Temubual
Saya menembual orang sumber iaitu En. Abu bin Kassim Selamat, 43 tahun, No. 21, Jalan
Pisang Barat, 93250 Kuching, Sarawak
i. Semasa temubual saya mendapat banyak maklumat berkenaan sistem pemerintahan
awal di Sarawak

2. Melayari internet

Saya melayari internet seperti http://www.ukm.my/geografia/images/upload/13x.geografia-
dec15-Kiky-edam1.pdf di rumah saya untuk mencari maklumat.

i. Semasa melayari internet antara maklumat yang membantu dalam penulisan adalah
seperti

a) Lokasi pentadbiran Kesultanan Melaka
b) Kepentingan Melaka dan Singapura kepada British
c) Iktibar daripada kedatangan kuasa asing

3. Rujukan Perpustakaan

Saya juga meminjam buku rujukan yang bertajuk Sistem Pemerintahan Kesultanan Melaka
daripada perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan.

i. Di dalam buku yang saya pinjam antara maklumat yang membantu dalam penulisan
adalah seperti

a) Perkembangan sistem pembesar empat lipatan
b) Pembentukan dan struktur pentadbiran di Melaka
c) Perpaduan masyarakat di Melaka

Pengenalan

Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah iaitu negara kita hari ini, sememangnya kaya
dengan hasil bumi dahulunya. Antara hasil galian seperti emas, perak dan bijih timah.
Manakala, hasil hutan seperti rempah ratus, kayu kayan serta hasil laut seperti gamat, mutiara
dan rumpai laut. Kesemua hasil ini menarik minat kuasa asing untuk meluaskan kuasa di
negara kita suatu masa dahulu. Pentadbiran yang tersusun sebelum kedatangan British juga
menunjukkan kesultanan serta pentadbiran tempatan sangat stabil. Pemerintahan beraja di
Tanah Melayu serta Kesultanan dan kesukuan di Sabah dan Sarawak sebagai contoh
pentadbiran yang unggul. Namun kedatangan British disebabkan kemakmuran dan kestabilan
poliktik telah mengubah corak pemerintahan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. British
meluaskan kuasa dan mengambil alih pentadbiran dengan pelbagai strategi. Sudah pasti
selepas kajian ini, akan menimbulkan semangat patriotisme yang tinggi untuk kita
pertahankan negara kita sekiranya ada pihak luar yang cuba menguasai negara kita lagi.

Laporan kajian

Kajian menunjukkan negara kita suatu masa dahulu mempunyai sistem pentadbiran
yang sistematik sebelum kedatangan barat. Sistem pemerintahan tersebut adalah sistem
pemerintahan. Negara kita mengamalkan sistem pemerintahan beraja yang diwarisi daripada
kesultanan Melayu Melaka. Manakala Sarawak dan Sabah mempunyai sistem pemerintahan
masyarakat tempatan yang terawal. Antara contohnya adalah seperti Sistem Pemerintahan
Beraja, Sistem Pemerintahan Minangkabau di Negeri Sembilan dan Sistem Kesukuan dan
Kesultanan di Sabah dan Sarawak. Kita harus bangga kerana pada masa dahulu kita
mempunyai sistem pemerintahan sendiri. Bak peribahasa, Hujan emas di negeri orang, hujan
batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Bukti lain negara kita mempunyai sistem pentadbiran dan pemerintahan adalah
memiliki Sistem Perundangan. Sistem Perundangan ini diamalkan tersendiri di Tanah Melayu
Sarawak dan Sabah. Contohnya Hukum kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka,
Hukum Kanun Pahang. Di Sarawak dan Sabah pula undang-undang dan hukum adat
diamalkan mengikut kepercayaan suku kaum masing-masing.

Didapati bentuk sistem pentadbiran di negara kita sebelum kedatangan Barat adalah
sistem pemerintahan beraja. Di sebuah negeri hendaklah diketuai oleh Sultan atau Raja.
Mereka merupakan lambang kedaulatan negeri bersama kaum kerabat diraja dan pembesar.
Contohnya Sultan berperanan dalam memerintah negeri manakala kaum kerabat serta
pembesar membantu dan melaksankan perintah sultan.

Seterusnya, pentadbiran yang diketuai sultan juga ada pembesar yang mentadbir
sesebuah jajahan ataupun daerah. Pembesar dilantik oleh sultan. Mereka berperanan dalam
menjaga keamanan, kemakmuran, kestabilan dan mengekalkan kedaulatan negeri. Maka,
tidak dinafikan seorang ketua seperti sultan tidak dapat bertugas sendiri tetapi amat penting
pembantu seperti pembesar dalam pentadbiran untuk melancarkan sesebuah organisasi.

Dalam sistem pemerintahan beraja, sistem terakhir selepas pembesara adalah
Penghulu. Mereka bertugas menjaga mukim ataupun kampung iaitu unit paling kecil dalam
sistem pemerintahan Melayu. Penghulu berperanan menyampaikan arahan raja atau
pembesar. Dapat dilihat, unit kecil seperti penghulu penting untuk memudahkan maklumat
disampaikan kepada masyarakat.

British menggunakan pelbagai strategi untuk melaksanakan pentadbiran di negara kita
sekaligus meluaskan kuasanya. Antaranya ialah menggunakan serangan fizikal. Ini kerana
keengganan Penghulu Naning Dol Said tunduk dengan kuasa British di Melaka setelah
British memperoleh Melaka akibat perjanjian London 1824. Selain itu, British menyerang
kerana Sultan Omar campur tangan urusan perang saudara di Pahang dan masalah takhta
Sultan Mahmud Lingga. Contoh serangan fizikal adalah seperti British menyerang kawasan
Naning pada 1831 dan 1832. Malah, membedil Kuala Terengganu. Jadi, pengajaran adalah
berwaspada dan sentiasa menjaga keamanan negeri supaya pihak luar tidak mencampuri
urusan dalaman negeri.

Seterusnya, British menggunakan strategi pakatan. Di mana strategi pakatan ini
digunakan untuk mendapatkan Melaka. Mereka berpakat dan membuat perjanjian dengn
Belanda. Ini menyebabkan British dan Belanda menukarkan wilayah mereka. Contohnya,
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British berjaya mendapatkan Melaka dan Singapura
manakala Belanda mendapat Bangkahulu. Daripada peristiwa ini, jikalau kita sentiasa
berpakat urusan yang susah menjadi mudah

Selepas mendapat maklumat ini, saya mendapat beberapa pengajaran untuk diri saya.
Iaitu tidak mudah terpedaya dengan tawaran dan hadiah daripada orang yang tidak dikenali.
Ini kerana kita harus memikirkan baik dan buruknya jika kita mudah terpedaya dengan
pujukan orang lain supaya kita tidak mengalami kerugian. Berusaha dengan usaha sendiri
adalah lebih baik untuk kepuasan diri. Seperti kata pepatah, berdiri di atas kaki sendiri.

Seterusnya, kita harus bijaksana dalam menghadapi situasi yang sukar. Janganlah kita
bertindak mengikut perasaan. Misalnya meminta pendapat daripada orang lain yang lebih kita
percayai dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Malah, haruslah berpandangan jauh untuk
berjaya. Umpama, jika kita muafakat akan membawa berkat.

Kita sepatutnya juga perlu percaya kepada kepakaran orang tempatan untuk bekerja.
Peluang kepada rakyat tempatan yang profesional untuk berbakti kepada negara, dimana
mereka juga mempunyai daya kreatif untuk memajukan negara. Pepatah mengatakan,
belakang parang kalau diasah semakin tajam.

Di akhir tugasan ini, saya menimba pengetahuan tentang negara kita mempunyai
sistem pentadbiran yang sistematik. Malah, mempunyai bentuk pemerintahan yang terawal
dan kukuh seperti sistem Pemerintahan Beraja, Pemerintahan Berhierarki di Negeri Sembilan
dan Sistem Kesukuan dan Kesultanan di Sarawak dan Sabah.

Sepanjang penyiapan tugasan ini, saya mempelajari nilai hormat-menghormati semasa
berbincang dengan rakan. Malah dalam tajuk ini juga kita harus tolong-menolong seperti
Sultan Omar yang mahu menolong menyelesaikan Perang Saudara di Pahang tetapi
digagalkan oleh British. Saya juga harus mempercayai diri sendiri dan orang yang kita
percayai dalam perjuangan mencapai sesuatu kejayaan.

Akhir sekali, harapan saya adalah, semoga negara kita sentiasa aman damai. Saya
juga bercadang agar pemimpin perlu lebih bijaksana dalam membuat keputusan dan
mengamalkan integriti yang tinggi semasa memimpin negara.

Lampiran





Rujukan

Buku
Lofti Ismail, 1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur:Utusan Publication and

Distributor Sdn. Bhd.

Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political
Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur:Universiti Malaya Press.

Jurnal
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal

Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.

Ishak bin Tadin, 1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, dalam JSEAH. Vol
1.Mac 1960.

Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kasim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin 52000

Kuala Lumpur.
Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100

Selangor.

Melawat Tempat Kajian
Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra,

45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.

Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.html


Click to View FlipBook Version