The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi pepatah buatan pelajar ipt

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ezzad Haqim, 2024-06-08 08:55:22

Quotes Budak Kampus

Kompilasi pepatah buatan pelajar ipt

Disunting oleh : Nur Ezzad Haqim Bin Ali Muhammad Aiman Bin Zulkifli Akmal Amaliah Binti Sa’don Mohd Zailan Bin Endin PENERBIT UiTM 2024


© CETAKAN PERTAMA 2024 Penerbit UiTM Rembau Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau, 71300 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. ISBN 978-967-2398-29-5 Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apaapa bentuk atau dengan alat apa pun jua, kecuali setelah mendapat kebenaran daripada Penerbit UiTM Rembau. Perpustakaan Negara Malaysia Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Quotes Budak Kampus/ disunting oleh Nur Ezzad Haqim Bin Ali, Muhammad Aiman Bin Zulkifli, Akmal Amaliah Binti Sa’don, Mohd Zailan Bin Endin.- Rembau, Negeri Sembilan : Penerbit UiTM Rembau, 2024. vii, 47 pages : coloured illustrations ; 22 cm. ISBN xxxxx 1. Quotational - Motivational 2. Malay linguistics i. Nur Ezzad Haqim Bin Al iii. Muhammad Aiman Bin Zulkifli iii. Akmal Amaliah Binti Sa’don iv. Mohd. Zailan Bin Endin Diterbit dan dicetak oleh: PENERBIT UiTM REMBAU Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau, 71300 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus.


S yukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kami berhasil menyiapkan buku ‘quotes’ ini dengan jayanya. Buku ini dibuat bagi memberikan motivasi kepada pembaca khususnya remaja. Buku ini bukan sahaja mengandungi petikan tetapi juga menunjukkan perpaduan di kalangan kami. Setiap nukilan ditulis berdasarkan pengalaman penulis itu sendiri. Dalam setiap halaman buku ini, penulis meluahkan idea mereka dengan menyediakan ’quotes’ bersama dengan lukisan mereka bagi menggambarkan situasi tersebut. Setiap kata-kata yang terpilih menjadi penyelarasan rasa dan pengalaman yang menyatukan kami dalam perjalanan pendidikan yang penuh warna. Dalam pada itu, saya berharap buku dari nukilan pelajar ini dapat menjadi penyuntik semangat bagi golongan muda yang berasa lelah dalam menghadapi satu demi satu permasalahan yang timbul tanpa disangka. Buku ini juga sesuai bagi semua lapisan umur kerana penulisan ’quotes’ tersebut secara tidak langsung berkait dalam kehidupan kita. Saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakanrakan seperjuangan, dan mereka yang secara tidak langsung membantu bersama dan memberikan idea serta komitmen penuh dalam penghasilan buku ini. Selamat membaca dan ingat jangan pernah berputus asa. Ketua Editor, NUR EZZAD HAQIM BIN ALI


TAJUK MUKA SURAT PERPISAHAN .………………………………………………………………….……..…..1-4 IMPIAN ……………………………………………………………………………….….....5-8 CINTA ………………………………………….……………………………….……..…...9-12 MOTIVASI ……………………………………………………………………….……...13-16 ALAM …………………………………………………………………………...…….….17-20 PERCAYA ……………………………………………………………………...…….….21-24 KEKELUARGAAN ……………………………………………………………...……..25-28 AGAMA ……………………………………………………………………………....….29-32 KEMAAFAN ……………………………………………………………………..….....33-36 PERSAHABATAN ……………………………………………………….…….……...37-40 KESUNYIAN ………………………………………………………………….….………41-44 Emel Pereka Grafik, Penulis dan Penyunting…………………….…………..45 KANDUNGAN


1


2 Lanjutkan perjuangan dan raihlah impian yang kamu impikan. Walaupun kita akan berpisah, dirimu akan selalu melekat didalam hatiku. Selamat tinggal bila kau ingin pergi, Tak mungkin lagi ku memaksamu tetap di sini, Terbanglah bebas mencari kebahagiaan yang diimpikan dan cukup titipkan doamu untuk ku.


3 Seperti bulan dan matahari yang bersilih ganti, begitu juga dengan manusia yang datang dan pergi. Bukan perpisahan yang dipinta namun harga diri jauh lebih berharga. Pemergian ibu bapa ibarat hilangnya penjaga terbaik dalam perjalanan hidup. Meskipun tidak terlihat, namun kehangatan kasih sayang mereka tetap terasa.


4 Di setiap jejak kaki yang tak terdengarkan, terukir kehilangan yang sangat mendalam. Kucing kesayangan bukanlah sekadar peliharaan namun mereka adalah bahagian dari hati yang tak pernah pudar.


5


6 Hidup ini akan penuh dengan motivasi andai impian itu wujud. Kejarlah impianmu sampai ke angkasa, Nanti pasti akan kau bawa bintang-bintang kejayaan untuk menghiasi hidupmu.


7 Ingatlah bahawa setiap impian yang kita capai, sentiasa ada doa-doa ibu bapa kita di belakangnya. Semoga diri ini terus tabah dalam mengejar impian yang mana jalannya penuh liku-liku dan pancaroba.


8 Berdoalah kamu kepada Yang Maha Esa agar apa yang kamu impikan akan menjadi kenyataan.


9


10 Cinta adalah kisah yang ditulis oleh dua jiwa yang saling menyatu menjadi satu Kekuatan ibu bapa seperti pohon yang teguh, melindungi anak-anak dari badai kehidupan


11 Apabila terlalu mendambakan harta, maka bersiap sedialah untuk harta mengambil alih diri kita Menggali ilmu seperti menggali emas, nilainya semakin meningkat dan berguna


12 Dalam kebersamaan kita menemukan kekuatan, dalam persahabatan kita menemukan keabadian


13


14 Tidak perlulah kamu berusaha keras untuk mengagumkan orang lain kerana meneruskan hidup dengan menjadi versi terbaikmu sudah menjadi satu kejayaan yang hebat. Kehidupan tidak selalunya dibungkus indah, Kadang dibungkus dengan masalah, tapi di dalamnya ada berkah dan hikmah yang besar.


15 Jangan kira berapa jumlah sahabatmu di saat kamu sedang berada di atas, tapi kiralah disaat kamu sedang berada di bawah. Untuk mendapatkan sahabat yang baik adalah dengan menjadi sahabat yang baik. Berbaktilah kepada orang tua semaksimal mungkin, supaya rezeki dan jalan hidup diberi kelapangan, kekuatan serta keberkahan.


16 Impian akan menjadi kenyataan bagi mereka yang sangat menginginkannya, jika kamu sangat menginginkan kejayaan, kamu akan mencari jalan untuk mewujudkannya, jadi belajarlah dengan hati dan keinginan yang tinggi.


17


18 Alam merupakan guru yang terbaik, petiklah sebanyak mana ilmu darinya. Maka alam tidak pernah jemu memberikan pelajaran dan ilmu tentang kehidupan. Alam dan manusia saling terkait. Cintai alam adalah mencintai diri sendiri, dengan menemukan alam, kita menemukan diri kita, Segalanya mengajarkan kita untuk menjadi diri sendiri.


19 Apabila berjauhan dari keluarga, alam menjadi peneman setia. Ia mungkin tidak boleh berkomunikasi namun, keindahannya adalah anugerah yang tidak ternilai. Bulan sukar untuk digapai tapi tetap setia mengekorimu. Aku mungkin jauh tapi akan sentiasa ada untukmu.


20 Perjalananmu masih panjang. Teruskan melangkah walau diinjak seperti rumput di jalanan, tetap meliar walau terus dipijak.


21


22 Jika kini kau melihat aku berdiri, percayalah dulunya aku tersungkur kerana kepercayaan, namun aku bangkit kembali, dengan kepercayaan yang sehalus tali. Semakin diri meningkat dewasa, semakin ramai rakan yang aku percaya, tetapi akibat terlalu gila mempercayai rakan, sekarang aku sendiri menanggung akibatnya.


23 Tuhan menetapkan sesuatu yang indah kepada semua umat, kebohongan dan kejujuran adalah pilihan, sama seperti kepercayaan boleh dimaafkan tapi tidak memiliki kesempatan kedua. Ternyata benar, hal yang tidak boleh dihancurkan dalam hubungan adalah kepercayaan, jika dihancurkan oleh orang yang setia, tidak akan percaya buat kali kedua.


24 Keluarga, Satu kata yang ringkas namun mampu memberi impak yang besar. Ketika diri mula hilang pedoman mereka datang menghulurkan tangan memberikan semangat dan kepercayaan.


25


26 Bahagia itu sederhana, bukan tentang gaya hidup yang megah, tetapi, masih bersama keluarga yang saling menyayangi. Itulah rezeki yang patut aku syukuri. Selagi boleh melihat senyuman ibu, semuanya baik-baik saja dan ketika ia hilang, dunia seperti hancur, aku rindu kepadamu ibu.


27 Ayah, dirimu seperti pohon yang teguh, menanggung beban sepanjang masa, pengorbananmu tak terkira, semuanya demi kebahagiaan keluarga. Meskipun hubungan kekeluargaanku tak sebahagia orang lain, aku bersyukur kerana aku ada keluarga yang sempurna dimataku.


28 Sejujurnya, aku tak kisah kehilangan mereka, tiada rupa keluarga, asyik bertengkar, azamku, ingin membina keluarga, yang lebih bahagia nanti.


29


30 Dalam sinergi sahabat, kita menyaksikan aliran kasih Ilahi yang memeluk hati melalui ikatan yang tulus. Jangan kata kamu mukmin sejati jika subuhmu jasad masih diselubungi malam.


31 Kasih ibu bapa adalah bayangan kehangatan kasih Ilahi yang tak terhingga, menyinari hidup dengan cinta yang abadi dan pengorbanan yang tak ternilai.


32 Yang berat itu ujian, yang sukar itu nafsu dan yang istiqamah itu adalah usaha. Agama itu ibarat sesuci kain putih, yang mencemarkan ialah muslim itu sendiri.


33


34 Pesan ibu, jangan pernah bertelingkah dengan saudaramu. Andai ada salah silapnya, maafkanlah kesalahannya, kerana apa jua yang berlaku, dia tetap darah dagingmu. Kedamaian datang dari hati yang memaafkan. Terima dengan hati yang terbuka dan carilah ketenangan sebenar-benarnya dari yang Maha Esa.


35 Orang selalu menilai tanpa benar-benar memahami diri kita. Namun, ada seorang insan yang sedia memaafkan. Dia sentiasa ada. Dialah yang bergelar sahabat sejati. Tenanglah wahai jiwa. Percayalah, memaafkan akan jadi lebih indah, jika tiada sekelumit perasaan dendam bersarang di hati.


36 Jangan pernah melawan gurumu. Andai ada kesalahan yang mengguris hatinya, mohon dan mintalah maaf padanya kerana tanpa sedar, di situlah terletaknya keberkatan ilmu.


37


38 Andai aku harus memilih cinta atau persahabatan aku lebih memilih persahabatan, kerana aku tahu sahabat itu tiada terganti. Berjanjilah sahabat, kita berpisah bukan kerana pergaduhan, tetapi untuk mengejar Impian demi masa hadapan.


39 Jika aku pergi sebelum kamu wahai sahabatku, semadikan aku didalam hatimu. Teman hidup yang setia adalah keluarga, bukan sahaja darah daging, tetapi ikatannya jua tidak terganti oleh jarak dan waktu.


40 Persahabatan sejati bagaikan seekor kucing yang setia kepada tuannya, menjadi peneman yang tidak pernah menghakimi, meninggalkan jejak kasih di hati.


41


42 Sunyi, kadang terasa bukan di saat sendiri, tetapi ketika ramai di sisi, namun tiada siapa yang menghargai. Terlampau banyak yang ingin ku ceritakan. Tetapi jika tiada yang sudi, biarlah bulan bintang sahaja yang menemani. Sekurangnya, mereka tidak menghakimi.


43 Jangan terhenti hanya kerana kini kamu sendiri. Teruskan sahaja harimu, kelak pasti ada jejak yang mengekori. Kerana permata yang bersinar tak akan keseorangan. Mengetahui kamu bersendirian, bukan bermakna kamu jauh daripada kegembiraan.


44 Jadikan waktu bersendirian peluang untuk refleksi diri. Usah berduka, kerana percayalah, semuanya tidak akan kekal begini.


Click to View FlipBook Version