BAB 5 : PERDAGANGAN DAN KEWANGAN ANTARABANGSA
NOTA PADAT :
5.1 Sebab Wujud Perdagangan Antarabangsa
(a) Takrif Perdagangan Antarabangsa
Perdagangan yang melibatkan eksport dan import barang dan perkhidmatan antara sebuah
negara dengan negara lain.
(b) Sebab Wujud Perdagangan Antarabangsa
1. Perbezaan Anugerah Faktor Pengeluaran
Berbeza bagi setiap negara seperti tanah, iklim dan penduduk.
Contoh : di Malaysia, iklim dan tanahnya sesuai untuk tanaman kelapa sawit,
manakala Amerika Syarikat iklim dan tanahnya sesuai untuk tanaman gandum.
Perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara mengeksport keluaran
mereka dan mengimport barang yang tidak dapat dikeluarkan.
2. Perbezaan Cita Rasa
Cita rasa meningkat jika taraf hidup meningkat.
Ini menyebabkan permintaan barang dan perkhidmatan import meningkat.
3. Perbezaan Teknologi
Negara yang mempunyai kepakaran teknologi yang tinggi akan mengkhusus dalam
pengeluaran barang yang berintensifkan modal.
Contoh : Amerika Syarikat mengeluarkan kapal terbang. Jadi Amerika Syarikat dapat
mengeksportnya ke negara yang tiada kepakaran teknologi tersebut.
4. Perbezaan Kemahiran Buruh
Perbezaan kemahiran buruh mempengaruhi corak kegiatan ekonomi dan jenis barang
yang dikeluarkan.
Contoh : buruh Malaysia mahir dalam sektor pertanian dan mengeluarkan hasil
pertanian. Sebaliknya buruh Jepun mahir dalam sektor pembuatan, maka
mengeluarkan barang siap.
(c) Faedah Yang Diperoleh Daripada Perdagangan Antarabangsa
Mendapat barang yang tidak dikeluarkan dalam negara
Meluaskan pasaran
Menikmati faedah pengkhususan
Mempelbagaikan pilihan pengguna
Pemindahan teknologi dan teknik pengeluaran
5.2 Faedah Pengkhususan
Faedah pengkhususan yang boleh diperoleh dalam perdagangan antarabangsa ialah faedah
mutlak dan faedah berbanding.
Faedah mutlak dan faedah berbanding yang dinikmati adalah berdasarkan andaian :
(i) Hanya dua buah negara yang berdagang
(ii) Hanya dua jenis barang dikeluarkan
(iii) Hanya dua unit faktor pengeluaran bagi setiap negara
(iv) Harga relatif atau kos lepas kedua-dua barang adalah malar
(v) Kedua-dua negara telah mencapai tingkat guna tenaga penuh
(vi) Kedua-dua negara menjalankan perdagangan bebas tanpa sekatan
(vii) Tiada kos pengangkutan dalam menjalankan perdagangan
(a) Faedah Mutlak
Merupakan keuntungan yang diperoleh sesebuah negara kerana mengkhusus dalam
pengeluaran yang lebih cekap berbanding negara lain.
Jadual 5.1 Pengeluaran sebelum pengkhususan
Negara Beras (kg) Getah (kg)
Malaysia 20 50
Vietnam 50 20
Jumlah 70 70
Seorang buruh di Malaysia boleh mengeluarkan 20 kg beras dan seorang buruh lagi boleh
mengeluarkan 50 kg getah, manakala seorang buruh di Vietnam boleh mengeluarkan 50 kg
beras dan seorang buruh lagi boleh mengeluarkan 20 kg getah dengan jumlah pengeluaran dunia
sebanyak 70 kg beras dan 70 kg getah.
Malaysia mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran getah kerana seorang buruh di
Malaysia boleh mengeluarkan lebih banyak getah (50 kg) berbanding seorang buruh di
Vietnam (20 kg)
Vietnam mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran beras kerana seorang buruh di
Vietnam boleh mengeluarkan lebih banyak beras (50 kg) berbanding seorang buruh di Malaysia
(20kg)
Selepas pengkhususan, kedua-dua faktor pengeluaran (buruh) di Malaysia akan mengeluarkan
getah sebanyak 100 kg (50 kg X 2) manakala Vietnam akan mengeluarkan beras sebanyak
100 kg (50kg X 2). Pengeluaran dunia meningkat kepada 100 kg beras dan 100 kg getah
seperti dalam Jadual 5.2.
Jadual 5.2 Pengeluaran selepas pengkhususan
Negara Beras (kg) Getah (kg)
Malaysia 0 100
Vietnam 100 0
Jumlah 100 100
Harga relatif atau kos lepas beras dan getah di Malaysia dan Vietnam boleh dikira seperti
berikut:
Jadual 5.3 Pengiraan harga relatif atau kos lepas
Negara Beras (B) (kg) Getah (G) (kg)
Malaysia 20 kg B : 50 kg G 50 kg G : 20 kg B
1 kg B : 50 1 kg G : 20
20 50
1 kg B : 2.5 kg G 1 kg G : 0.4 kg B
Vietnam 50 kg B : 20 kg G 20 kg G : 50 kg B
1 kg B : 20 1 kg G : 50
50 20
1 kg B : 0.4 kg G 1 kg G : 2.5 kg B
Oleh itu, perdagangan kedua-dua negara boleh berlaku pada kadar pertukaran seperti berikut
1 kg beras = 0.4 kg getah hingga 2.5 kg getah
Andaikan kedua-dua negara bersetuju pada kadar pertukaran
1 kg beras = 1 kg getah
Kedua-dua negara bersetuju untuk mengeksport separuh daripada keluaran mereka seperti
dalam Jadual 5.4.
Jadual 5.4 Penggunaan selepas perdagangan
Negara Beras (kg) Getah (kg)
Malaysia 50 50
Vietnam 50 50
Jumlah 100 100
(Kadar pertukaran : 1 kg beras = 1 kg getah)
Dengan kadar pertukaran 1:1, Malaysia akan mengeksport sebanyak 50 kg getah ke Vietnam,
manakala baki 50 kg akan digunakan di dalam negeri. Jumlah pengeluaran getah dunia ialah
100 kg.
Dengan mengimport 50 kg getah, Vietnam akan mengeksport sebanyak 50 kg beras ke
Malaysia manakala baki 50 kg akan digunakan dalam negeri. Jumlah pengeluaran beras dunia
ialah 100 kg.
Selepas perdagangan, kedua-dua negara memperoleh keuntungan kerana mendapat tambahan
30 kg beras dan 30 kg getah jika berbanding sebelum pengkhusus dalam Jadual 5.1. Jumlah
pengeluaran dunia bagi beras dan getah juga bertambah daripada 70 kg kepada 100 kg.
(b) Faedah Berbanding
Merupakan keuntungan yang diperoleh oleh sesebuah negara kerana mengkhusus dalam
pengeluaran yang harga relatif atau kos lepasnya lebih rendah berbanding dengan negara
lain.
Kaedah Jadual
Jadual 5.5 menunjukkan pengeluaran kereta dan televisyen di negara Jepun dan Perancis.
Perancis mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran kereta dan televisyen kerana buruh di
Perancis boleh mengeluarkan kereta dan televisyen yang lebih banyak, iaitu 40 unit kereta
dan 300 unit televisyen berbanding buruh di Jepun hanya boleh mengeluarkan 20 unit kereta
dan 250 unit televisyen.
Jadual 5.5 Pengeluaran sebelum pengkhususan
Negara Kereta (unit) Televisyen (unit)
Jepun 20 250
Perancis 40 300
Jumlah 60 550
Untuk menjalankan perdagangan antara bangsa, kedua-dua negara perlu mengira harga relatif
atau kos lepas kereta dan televisyen seperti berikut:
Jadual 5.6 Pengiraan harga relatif atau kos lepas
Negara Kereta (K) (unit) Televisyen (T) (unit)
Jepun
20 unit K = 250 unit T 250 unit T = 20 unit K
Perancis
1 unit K = 250 1 unit T = 20
20 250
1 unit K = 12.5 T 1 unit T = 0.08 K
40 unit K = 300 unit T 300 unit K = 40 unit T
1 unit K = 300 1 unit K = 40
40 300
1 unit K = 7.5 T 1 unit T = 1.33 K
Ini bermakna televisyen lebih murah di Jepun kerana lebih banyak televisyen dikeluarkan di
Jepun (12.5 unit) berbanding Perancis (7.5 unit) bagi setiap unit kereta.
Oleh itu, Jepun mengkhusus dalam pengeluaran televisyen dan Perancis mengkhusus dalam
pengeluaran kereta seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.7.
Jadual 5.7 Pengeluaran selepas pengkhususan
Negara Kereta (unit) Televisyen (unit)
Jepun 0 500
Perancis 80 0
Jumlah 80 500
Selepas pengkhususan, kedua-dua faktor pengeluaran (buruh) di Jepun akan digunakan untuk
mengeluarkan televisyen sebanyak 500 unit (250 unit x 2), manakala Perancis akan
mengeluarkan kereta sebanyak 80 unit (40 unit x 2). Pengeluaran dunia menjadi 80 unit kereta
dan 500 unit televisyen seperti ditunjukkan Jadual 5.7.
Kedua-dua negara boleh menjalankan perdagangan pada kadar pertukaran 1 unit kereta = 7.5
unit televisyen hingga 12.5 unit televisyen.
Andaikan kedua-dua negara bersetuju pada kadar pertukaran 1 unit kereta = 10 unit
televisyen.
Andaikan Perancis mengeksport sebanyak 30 unit kereta ke Jepun dan menggunakan baki 50
unit kereta dalam negeri.
Dengan kadar pertukaran 1:10, Jepun akan mengeksport sebanyak 300 unit televisyen ke
Perancis (30 unit kereta x 10) manakala baki 200 unit televisyen akan digunakan di dalam negeri
seperti dalam Jadual 5.8.
Jadual 5.8 Pengeluaran selepas pengkhususan
Negara Kereta (unit) Televisyen (unit)
Jepun 30 200
Perancis 50 300
Jumlah 80 500
Jika dibandingkan Jadual 5.5 (pengeluaran sebelum pengkhususan) dengan Jadual 5.8
(penggunaan selepas perdagangan), perdagangan antarabangsa telah menguntungkan Perancis
kerana penggunaan kereta telah bertambah sebanyak 10 unit selepas perdagangan, iaitu daripada
40 unit kepada 50 unit kereta, manakala penggunaan televisyen tidak berubah, iaitu tetap 300
unit.
Manakala Jepun mendapat tambahan 10 unit kereta, iaitu dari 20 unit kepada 30 unit, tetapi
pengurangan dalam penggunaan televisyen sebanyak 50 unit, iaitu dari 250 unit kepada 200
unit.
Walaupun Jepun kurang 50 unit televisyen, tetapi tambahan 10 unit kereta sama nilainya
dengan 100 unit televisyen di Jepun (10 unit kereta x 10). Ini bermakna Jepun juga mendapat
keuntungan dalam kedua-dua keluaran.
Kaedah Rajah (KKP)
Rajah 5.1 Paksi X menunjukkan keluaran kereta dan paksi Y menunjukkan keluaran
televisyen.
Rajah 5.1 (a) menunjukkan KKP Jepun dan Rajah 5.1 (b) menunjukkan KKP Perancis.
Sekiranya Jepun menggunakan kedua-dua faktor pengeluaran untuk mengeluarkan kereta,
sebanyak 40 unit kereta dikeluarkan ditunjukkan oleh titik A.
Sebaliknya, sekiranya Jepun menggunakan kedua-dua faktor pengeluaran untuk
mengeluarkan televisyen, sebanyak 500 unit televisyen dikeluarkan, ditunjukkan oleh titik B.
Titik AB merupakan KKP Jepun untuk mengeluarkan kereta dan televisyen ditunjukkan
dalam Rajah 5.1 (a).
Titik J0 menunjukkan pengeluaran Jepun sebelum pengkhususan, iaitu 20 unit kereta dan 250
unit televisyen.
Sekiranya Perancis menggunakan kedua-dua faktor pengeluaran untuk mengeluarkan kereta,
sebanyak 80 unit kereta dikeluarkan ditunjukkan oleh titik C.
Sebaliknya, sekiranya Perancis menggunakan kedua-dua faktor pengeluaran untuk
mengeluarkan televisyen, sebanyak 600 unit televisyen dikeluarkan, ditunjukkan oleh titik D.
Titik CD merupakan KKP Perancis untuk mengeluarkan kereta dan televisyen ditunjukkan
dalam Rajah 5.1 (b).
Titik A0 menunjukkan pengeluaran Perancis sebelum pengkhususan, iaitu 40 unit kereta dan
300 unit televisyen.
Rajah 5.1 : Keluk Kemungkinan Pengeluaran
Televisyen Televisyen
(unit) (unit)
500B 800 D1
250 J0 600 D
200 J1 300 A0 A1
0 20 30 A A1 Kereta 0 C Kereta
(unit) 40 50 (unit)
(a)Jepun (b)Perancis
Ini bermakna Perancis mempunyai faedah mutlak dalam kedua-dua pengeluaran, iaitu kereta
dan televisyen kerana seorang buruh di Perancis dapat mengeluarkan lebih banyak kereta (40
unit) berbanding seorang buruh di Jepun (30 unit).
Manakala dalam pengeluaran televisyen, seorang buruh di Perancis dapat mengeluarkan lebih
banyak televisyen (300 unit) berbanding seorang buruh di Jepun (250 unit).
Untuk menjalankan perdagangan, kedua-dua negara perlu mengira harga relatif atau kos lepas
kedua-dua barang. Di Jepun, 1 unit kereta = 12.5 unit televisyen, manakala di Perancis, 1 unit
kereta = 7.5 unit televisyen (Lihat pengiraan dalam kaedah jadual (Jadual 5.6).
Ini bermakna televisyen lebih murah di Jepun manakala kereta lebih murah di Perancis.
Oleh itu, Jepun akan mengkhusus dalam pengeluaran televisyen dan mengeluarkan sebanyak
500 unit televisyen ditunjukkan oleh titik B.
Manakala Perancis akan mengkhusus dalam pengeluaran kereta dan mengeluarkan sebanyak
80 unit kereta ditunjukkan oleh titik C.
Untuk menjalankan perdagangan, kedua-dua negara perlu melihat kadar perdagangan kedua-
dua negara, iaitu 1 unit kereta = 7.5 unit televisyen hingga 12.5 unit televisyen (Lihat
pengiraan dalam kaedah jadual).
Andaikan kedua-dua negara bersetuju pada kadar pertukaran 1 unit kereta = 10 unit
televisyen.
Andaikan Perancis mengeksport kereta sebanyak 30 unit ke Jepun dan baki 50 unit lagi
digunakan dalam negeri.
Dengan kadar pertukaran 1:10, Jepun akan mengeksport sebanyak 300 unit televisyen ke
Perancis (30 kereta x 10), manakala baki 200 unit televisyen akan digunakan dalam negeri.
Penggunaan Jepun selepas perdagangan ditunjukkan oleh titik J1 dalam Rajah 5.1 (a), iaitu 30
unit kereta yang diimport dari Perancis dan 200 unit televisyen yang digunakan dalam negeri.
Penggunaan Perancis selepas perdagangan ditunjukkan oleh titik A1 dalam Rajah 5.1 (b), iaitu
50 unit kereta dan 300 unit televisyen.
Kedua-dua negara memperoleh keuntungan ditunjukkan oleh peralihan KKP ke kanan.
KKP Jepun beralih daripada AB ke A1 B, manakala KKP Perancis beralih dari CD ke CD1.
5.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
(a) Kesan negatif perdagangan antarabangsa terhadap ekonomi
Persaingan kepada industri muda
Imbangan pembayaran negatif
Lambakan
(b) Tujuan sekatan perdagangan antarabangsa
1. Melindungi industri muda
Industri muda tidak mampu bersaing dari segi kos, harga dan kualiti.
Perlindungan dapat meningkatkan pengeluaran dan kecekapan firma.
2. Melindungi industri strategik / penting
Industri ini penting untuk keselamatan negara seperti industri makanan dan
keselamatan.
Perlindungan menyebabkan harga relatif barang import mahal dan kos pengeluaran
firma berkurangan dengan pemberian subsidi.
3. Mengatasi imbangan pembayaran defisit
Alat sekatan seperti tarif menyebabkan harga import meningkat
Kuantiti import berkurang, nilai import berkurang dan eksport bersih meningkat.
Imbangan pembayaran bertambah baik.
4. Mempelbagaikan ekonomi negara
Sekatan perdagangan menggalakkan pengeluaran pelbagai sektor ekonomi, dan
mengurangkan pergantungan import.
5. Menghindari dasar lambakan
Merupakan dasar pengimport menjual barangannya di luar negeri pada harga yang
sangat rendah.
Ini memberi persaingan hebat kepada pengeluar tempatan yang menjual barangan
yang sama.
6. Meningkatkan guna tenaga / mengurangkan pengangguran
Perdagangan bebas menyebabkan permintaan terhadap keluaran tempatan berkurang.
Sekatan menyebabkan import berkurang. Pengurangan import menyebabkan
permintaan terhadap keluaran industri penggantian import meningkat.
Industri tempatan berkembang dan permintaan terhadap buruh meningkat.
7. Menyekat kemasukan barang yang berbahaya atau menjejaskan kesihatan
Sekatan perdagangan terhadap kemasukan barang sedemikian akan menyebabkan
kenaikkan harga import dan seterusnya, permintaan terhadap import akan
berkurangan.
Contoh barang yang berbahaya atau menjejaskan kesihatan ialah senjata api, rokok
dan minuman keras.
8. Menggalakkan penggunaan keluaran tempatan
Sekatan perdagangan akan menyebabkan harga import meningkat, permintaan import
berkurang dan permintaan barang tempatan meningkat.
(c) Alat Sekatan Perdagangan Antarabangsa
Alat Huraian
Tarif cukai yang dikenakan terhadap barang import.
harga barang import menjadi lebih mahal.
permintaan terhadap import akan berkurangan.
Kuota mengehadkan kuantiti maksimum yang boleh diimport
Import yang dibawa masuk terhad kepada kuota yang dibenarkan
Permintaan terhadap import akan berkurangan dan nilai import
menurun.
Embargo Larangan kemasukan barang import dari sesebuah negara.
Contoh : Malaysia tidak membenarkan sebarang import daripada
negara Israel.
Nilai import akan menurun.
Kawalan pertukaran Kerajaan mengehadkan pembelian mata wang asing untuk tujuan
asing import.
Kuantiti import berkurang.
Nilai import akan berkurangan.
Piawaian tertentu Kerajaan menetapkan piawaian tertentu atas barang import bagi
atas barang import tujuan keselamatan dan kesihatan.
barang yang tidak memenuhi piawaian dilarang masuk ke dalam
sesebuah negara.
Permintaan terhadap import akan berkurangan.
Nilai import turut berkurangan.
. Rajah 5.2 Kesan Tarif
(d) Kesan Tarif
Sd
harga
P0 E Sw + T
P2 aG
bc F Sw Kuantiti
↑T Dd
P1 Q2 Q0 Q3
Q4
0 Q1
Keluk Sd dan Dd ialah keluk permintaan dan penawaran domestik.
Keluk Sw ialah keluk penawaran selepas perdagangan antarabangsa.
Keluk Sw + T ialah keluk penawaran selepas tarif.
Sebelum Perdagangan Antarabangsa
Keseimbangan dicapai apabila keluk Sd bersilang dengan keluk Dd di titik E pada harga 0P0
dan kuantiti 0Q0 .
Selepas Perdagangan Antarabangsa
Keluk penawaran antarabangsa ialah Sw berbentuk mendatar.
Keseimbangan dicapai apabila keluk Sw bersilang dengan keluk Dd di titik F, pada harga 0P1
dan kuantiti 0Q4.
Pada harga 0P1 , penawaran domestik (Sd ) ialah 0Q1 , manakala permintaan domestik (Dd )
ialah 0Q4 . Maka kuantiti diimport ialah Q1 Q4 .
Selepas tarif
Andaikan kerajaan mengenakan tarif sebanyak P1 P2 seunit keluaran.
Keluk penawaran beralih ke atas dari Sw ke Sw + T .
Keseimbangan dicapai apabila keluk Sw + T bersilang dengan keluk Dd di titik G, pada harga
0P2 dan kuantiti Q3.
Pada harga 0P2, Sd ialah 0Q2 dan Dd ialah 0Q3. Maka, kuantiti diimport ialah Q2 Q3.
Kesimpulan kesan tarif (Berdasarkan rajah) Kesan
Perkara Naik dari 0P1 ke 0P2 .
Harga Berkurangan daripada Q1Q4 kepada Q2 Q3.
Kuantiti import Pengenaan tarif mendatangkan hasil kepada
Hasil kerajaan kerajaan, iaitu : Hasil kerajaan
= tarif per unit x kuantiti import
Pengeluaran / penawaran domestik = P1P2 × Q2Q3
Penggunaan / permintaan domestik = abcG
Imbangan perdagangan Meningkat daripada 0Q1 kepada 0Q2.
(nilai eksport – nilai import) Berkurang daripada 0Q4 kepada 0Q3
Lebihan pengguna Bertambah baik sebab import berkurangan.
Berkurang sebanyak P1P2GF.
5.4 Kadar Pertukaran Asing
(a) Takrif
Harga per unit mata wang asing dalam sebutan mata wang tempatan.
Contoh : US$1.00 = RM4.00
Juga merujuk kepada harga per unit mata wang tempatan dalam sebutan mata wang asing.
Contoh : RM1.00 = US$0.25
(b) Menghitung pertukaran mata wang asing
US$1.00 = RM4.00
RM 1.00
RM1.00 = US $4.00 = US$0.25
(c) Faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran pertukaran asing
1. Perubahan cita rasa masyarakat
Apabila cita rasa rakyat tempatan lebih menggemari barang import, menyebabkan
permintaan terhadap barang import bertambah.
Permintaan terhadap mata wang asing akan bertambah.
Sebaliknya jika rakyat lebih menggemari barang tempatan, permintaan untuk mata
wang asing akan merosot.
2. Perubahan kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan
Kadar bunga dan kadar pulangan dalam negara secara relatif lebih rendah berbanding
luar negara menyebabkan modal dalam negeri mengalir keluar ke negara.
Permintaan terhadap mata wang asing akan bertambah.
Sebaliknya jika kadar bunga dan kadar pulangan dalam negara secara relatif lebih
tinggi berbanding luar negara menyebabkan modal dalam negeri mengalir masuk ke
dalam negara.
3. Perubahan tingkat harga umum
Jika tingkat harga umum naik, iaitu wujud masalah inflasi dalam sesebuah negara,
harga eksport akan naik.
Secara relatif, harga import menjadi lebih murah.
Permintaan terhadap import akan bertambah.
Permintaan terhadap mata wang asing akan bertambah.
4. Dasar kerajaan
Jika dasar kerajaan mengenakan tarif terhadap barang import, harga import akan naik
dan permintaan terhadap import akan berkurangan.
Permintaan terhadap mata wang asing akan berkurangan.
Jika dasar kerajaan memberi subsidi terhadap barang eksport, kos pengeluaran akan
menurun dan harga eksport akan turun.
Permintaan terhadap eksport akan meningkat.
Penawaran terhadap mata wang asing akan meningkat.
5. Pertumbuhan ekonomi
Jika pertumbuhan ekonomi sesebuah negara diikuti oleh pertambahan eksport,
penawaran mata wang asing akan bertambah.
6. Perubahan pendapatan negara
Pendapatan negara meningkat, firma akan meningkatkan keluaran. Oleh itu
permintaan input yang diimport akan meningkat.
Import meningkat dan permintaan terhadap mata wang asing meningkat.
Sebaliknya, jika pendapatan negara menurun, firma akan mengurangkan keluaran dan
seterusnya mengurangkan permintaan input diimport.
Import berkurang dan permintaan terhadap mata wang asing berkurang.
7. Perubahan harga barang eksport dan import
Jika harga barang import secara relatif lebih murah berbanding harga barang
tempatan, permintaan terhadap barang import meningkat.
Permintaan terhadap mata wang asing akan bertambah.
Sebaliknya jika harga barang import relatif lebih mahal berbanding harga barang
tempatan, permintaan terhadap barang import berkurang.
Permintaan mata wang asing akan berkurang.
(d) Penentuan Kadar Pertukaran Asing Sistem Kadar Pertukaran Tetap
Sistem Kadar Pertukaran Boleh Ubah Kadar pertukaran asing ditentukan oleh pihak
kerajaan sesebuah negara melalui bank pusat.
Kadar pertukaran asing ditentukan oleh
permintaan dan penawaran mata wang asing di Keluk DD dan keluk SS terhadap dollar US
pasaran. oleh rakyat Malaysia
Keluk DD dan keluk SS terhadap dollar US
oleh rakyat Malaysia
Lebihan
S permintaan US$
RM RM
US$
Lebihan S US$ US$ dibeli oleh S
D penawaran US$ bank pusat Terkurang
D
3.50
3.50
Pada kadar pertukaran asing US$1.00=RM3.50 nilai RM
RM mengalami susut nilai. Jika kerajaan menetapkan kadar pertukaran
Wujud lebihan penawaran dollar US sebanyak pada tingkat yang lebih tinggi, iaitu
Q1Q2 .
Kadar pertukaran asing cenderung menurun US$1.00=RM3.50, nilai RM menurun
sehingga mencapai keseimbangan semula pada
kadar pertukaran US$1.00 = RM3.00. manakala nilai US$ meningkat.
Keadaan ini dinamakan terkurang nilai RM.
Tindakan ini mewujudkan lebihan penawaran
dollar US sebanyak Q1Q2
Bank pusat akan membeli semua lebihan
dollar US.
Kadar pertukaran kekal pada
US$1.00=RM3.50.
Pada kadar pertukaran asing US$1.00=RM2.50 Jika kerajaan menetapkan kadar pertukaran
RM mengalami naik nilai. asing pada tingkat yang lebih rendah, iaitu
Wujud lebihan permintaan dollar US sebanyak US$1.00 = RM2.50, nilai RM meningkat
Q1Q2. manakala nilai US$ menurun.
Kadar pertukaran asing cenderung meningkat
sehingga mencapai keseimbangan semula pada Keadaan ini dinamakan terlebih nilai RM.
kadar pertukaran US$1.00 = RM3.00. Tindakan ini mewujudkan lebihan permintaan
dollar US sebanyak Q1Q2.
Perubahan kadar pertukaran asing disebabkan Bank pusat akan menjual semua lebihan dollar
perubahan dalam permintaan mata wang asing US.
dan penawaran mata wang asing.
Peningkatan nilai mata wang dinamakan naik Kadar pertukaran kekal pada US$1.00=RM3.50
nilai.
Penurunan nilai mata wang dinamakan susut Perubahan kadar pertukaran asing disebabkan
nilai. tindakan kerajaan melalui bank pusat.
Peningkatan nilai mata wang dinamakan
revaluasi.
Penurunan nilai mata wang dinamakan
devaluasi.
(e) Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Kadar Pertukaran Asing
(i) Perubahan pendapatan negara
(ii) Perubahan cita rasa masyarakat
(iii) Perubahan harga eksport dan import
(iv) Inflasi
(v) Peningkatan pelancongan
(vi) Peningkatan bilangan pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negeri
(vii) Perubahan kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan
(viii) Pertumbuhan ekonomi
(g) Konsep Devaluasi
Devaluasi ialah tindakan kerajaan menurunkan nilai mata wang negara berbanding mata
wang asing.
Contoh,
Kadar pertukaran asing asal USD1 = RM2.50
Kadar pertukaran asing baharu USD1 = RM3.00
Kesan devaluasi, nilai RM turun berbanding dengan USD.
Harga eksport menjadi relatif lebih murah.
Eksport bertambah.
Harga import menjadi lebih relatif mahal.
Import berkurang.
Pertambahan eksport dan pengurangan import menyebabkan imbangan pembayaran
semakin baik.
5.5 Imbangan Pembayaran
(a) Takrif
Catatan sistematik yang merekodkan aliran masuk dan aliran keluar wang kesan
daripada urus niaga ekonomi yang berlaku antara penduduk sesebuah negara dengan
penduduk negara lain dalam tempoh setahun.
Imbangan pembayaran Malaysia terdiri daripada akaun semasa, akaun modal, akaun
kewangan dan kesilapan dan ketinggalan.
Butiran Huraian Contoh
Imbangan Barang pertanian
perdagangan Perbezaan antara nilai eksport barang Barang perkilangan
Imbangan dengan nilai import barang. Pengangkutan
perkhidmatan Perjalanan
Perbezaan antara nilai eksport perkhidmatan Urus niaga
Pendapatan dengan nilai import perkhidmatan. kerajaan
Untung
Pindahan bersih Merekodkan nilai bersih semua butiran Dividen
perkhidmatan. Bunga
Perbezaan antara keuntungan pelaburan Pindahan rasmi
tempatan di luar negara dengan keuntungan Pindahan swasta
pelaburan asing di dalam negara. Derma bencana
banjir dari US dan
Merekodkan nilai bersih pendapatan Jepun.
pelaburan.
Nilai bersih daripada bayaran pindahan yang
tidak melibatkan sebarang urus niaga.
Imbangan akaun imbangan perdagangan + imbangan –
semasa perkhidmatan + pendapatan + pindahan
semasa
Akaun modal Merekodkan nilai bersih aliran wang bagi Pindahan modal
pindahan modal dan aset bukan kewangan Aset bukan
bukan pengeluaran. kewangan bukan
pengeluaran
Akaun kewangan Merekodkan nilai bersih aliran wang bagi Pelaburan langsung
pelaburan langsung, pelaburan porfolio, Pelaburan portfolio
derivatif kewangan dan pelaburan lain / Derivatif
pinjaman. kewangan
Pelaburan lain /
pinjaman
Kesilapan dan Menyelaraskan penghitungan aliran masuk
ketinggalan dan keluar wang sesebuah negara.
Wujud apabila aliran wang tidak dapat –
direkodkan dengan tepat
Imbangan contohnya : aliran wang secara haram. –
keseluruhan
imbangan akaun semasa + akaun modal +
akaun kewangan + kesilapan dan
ketinggalan.
Akaun penyelesaian Mengimbangi sebarang ketidakseimbangan
rasmi atau rizab dalam imbangan keseluruhan. –
antarabangsa
(b) Penghitungan Imbangan Pembayaran
Struktur imbangan pembayaran dapat diterangkan berdasarkan jadual berikut:
Butiran RM juta RM juta
A. Barang dan perkhidmatan 600
1. Barangan
1.1 Eksport 300
1.2 Import 150
2. Perkhidmatan
2.1 Pengangkutan 100
2.2 Perjalanan 200
2.3 Urusniaga kerajaan 100
2.4 Perkhidmatan lain 50
B. Pendapatan 200
C. Pindahan semasa 100
D. Imbangan akaun semasa (A+B+C) 200 900
150 350
E. Akaun Modal 50
1. Pindahan modal 50
2. Aset bukan kewangan bukan pengeluaran 50
F. Akaun Kewangan
1. Pelaburan langsung
2. Pelaburan portfolio
3. Derivatif kewangan
4. Pelaburan lain
G. Kesilapan dan ketinggalan
H. Imbangan keseluruhan (D+E+F+G) 1350
-1350
I. Aset rizab
Perubahan bersih dalam rizab luar BNM
**Imbangan keseluruhan yang bernilai positif akan diimbangi dengan perubahan bersih rizab
antarabangsa Bank Negara Malaysia yang bernilai negatif, dan sebaliknya.
(c) Imbangan Pembayaran Defisit dan Lebihan
Imbangan pembayaran lebihan wujud apabila jumlah penerimaan dari luar negara lebih
daripada jumlah pembayaran ke luar negara.
Keadaan ini menambahkan rizab mata wang asing dalam bank pusat.
Imbangan pembayaran defisit wujud apabila jumlah penerimaan dari luar negara kurang
daripada jumlah pembayaran ke luar negaara.
Keadaan ini mengurangkan rizab mata wang asing dalam bank pusat.
(d) Cara mengatasi imbangan pembayaran defisit
Butiran Imbangan pembayaran defisit Akaun semasa defisit
(i) Meningkatkan Meningkatkan eksport barang
Eksport Memberi galakan fiskal dan Memberi subsidi eksport
kewangan
(ii) Mengurangkan Mewujudkan kestabilan upah Mengenakan tarif
Import dan dan harga Pengenaan kuota import
meningkatkan Melaksanakan devaluasi Kawalan pertukaran mata
penggunaan tempatan
Mengenakan tarif wang asing
Pengenaan kuota import Menjalankan devaluasi
kawalan pertukaran mata wang Embargo
asing Menggalakkan penggunaan
Menjalankan devaluasi
Embargo buruh tempatan
Menggalakkan perkhidmatan
pendidikan dalam negara
Menggalakkan pelancongan
dalam negeri
Menggalakkan penggunaan
pengangkutan tempatan
Mengurangkan import barang
Meningkat keluaran industri
penggantian import
PANDUAN MENJAWAB :
BAHAGIAN B (SOALAN ESEI) :
SOALAN :
1. (a)Berbantukan gambar rajah, terangkan bagaimana perdagangan bebas menyebabkan imbangan
perdagangan sesebuah negara mengalami defisit. [7]
(b) Bagaimanakah tarif dapat mengurangkan defisit imbangan perdagangan negara tersebut? [3]
CADANGAN JAWAPAN : Sd
(a)
Harga
P0 E0
P1 Sw
Dd
0 Q1 Q0 Q2 Kuantiti
Keseimbangan dicapai pada titik E0 apabila Dd Dd = Sd Sd menghasilkan tingkat harga
keseimbangan P0 dan kuantiti keseimbangan Q0 .
Andaikan perdagangan antarabangsa secara bebas telah berlaku, maka keluk penawaran akan
beralih menjadi Sw yang berbentuk mendatar.
Keseimbangan baru dicapai dan tingkat harga berubah dari P0 ke P1 .
Kuantiti penggunaan domestik telah meningkat dari Q0 ke Q2 .
Kuantiti penawaran domestik berkurang dari Q0 ke Q1 .
Pengimportan barang telah berlaku dan kuantiti yang diimport adalah sebanyak Q1 Q2 .
Dengan andaian eksport tidak berubah, imbangan perdagangan menjadi defisit.
(b)
Dengan mengenakan tarif, harga barang import akan menjadi lebih mahal. Pemintaan
domestik akan berkurangan dan penawaran domestik akan meningkat. Kuantiti import akan
berkurang, defisit imbangan perdagangan negara tersebut dapat dikurangkan.
BAHAGIAN C (SOALAN KUANTITATIF) :
SOALAN :
Jadual di bawah menunjukkan data kadar pertukaran asing dan haluan perdagangan antara Malaysia
dengan Kesatuan Eropah dan Thailand dari tahun 2007 hingga tahun 2009.
Malaysia – Kesatuan Malaysia – Thailand
Tahun RM/€1 Eropah RM/TB100
2007 Eksport Import Eksport Import
2008
2009 (RM juta) (RM juta) (RM juta) (RM juta)
4.8756 77 708 59 842 9.8159 29 576 26 977
4.8759 74 805 61 611 9.9398 31625 29 152
4.9191 59 968 50 761 10.2714 29853 26 308
(Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2010/2011)
(a) Jelaskan kedudukan nilai RM berbanding matawang Euro dan Baht dari tahun 2007 sehingga
tahun 2009. [2]
(b) Berdasarkan jawapan pada (a), jelaskan secara teori kesan yang mungkin berlaku ke atas eksport
bersih antara Malaysia dngan Kesatuan Eropah dan Thailand. [2]
(c) Hitung nilai eksport bersih Malaysia ke Kesatuan Eropah dan Thailand pada tahun 2008 dan
tahun 2009. [2]
(d) Berdasarkan jawapan pada (b) dan (c), adakah perubahan nilai RM selaras dengan perubahan
eksport bersih secara teori? Jelaskan. [2]
(e) Hitung kadar pertukaran seunit Euro berbanding dengan Baht pada tahun 2009. [2]
CADANGAN JAWAPAN :
(a) RM mengalami susut nilai berbanding matawang Euro dan Baht kerana semakin banyak RM
diperlukan untuk mendapatkan €1 atau TB100.
(b) Susut nilai RM menyebabkan eksport secara relatif lebih murah maka nilai eksport meningkat dan
import secara relatif lebih mahal. Eksport bersih meningkat.
(c) Eksport bersih = Eksport – Import
Tahun Eksport bersih Kesatuan Eropah Eksport bersih Thailand
(RM juta) (RM juta)
2008 74 805 – 61 611 = 13 194 2473
3545
2009 9207
(d) Susut nilai RM menyebabkan eksport bersih semakin berkurang ke negara Kesatuan Eropah. Ia
tidak selaras dengan teori.
Susut nilai RM menyebabkan eksport bersih semakin meningkat ke Thailand. Ia selaras dengan
teori.
(e) Kadar pertukaran seunit Euro berbanding Baht pada tahun 2009.
€1 = RM4.9191
RM1 = TB9.7357
€1 = RM4.9191 × TB9.7357
= TB47.9119