E-PORTFOLIO: PENGENALAN ASAS PSV UNSUR SENI & PRINSIP REKAAN PSVK3413
NAMA Humaira Najiha binti Rosli NO. KAD PENGENALAN 040614040354 ANGKA GILIRAN 2022152440028 AMBILAN/ UNIT Jun 2022/2027 BMMB2 BIODATA PELAJAR
ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN UNSUR SENI 2.0 PENGENALAN PRINSIP REKAAN 3.0 KEPENTINGAN UNSUR SENI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL 4.0 ANALISIS ARCA 2D 5.0 ANALISIS ARCA 3D 6.0 KESIMPULAN 7.0 RUJUKAN
PENGENALAN UNSUR SENI
JALINAN RUANG GARISAN WARNA BENTUK RUPA UNSUR SENI Elemen asas dalam mencipta karya seni visual
Jenis Garisan Jenis Garisan GARISAN Cantuman satu siri titiktitik yang bersambungan atau mempunyai jarak-jarak tertentu.
Fungsi Garisan Fungsi Garisan Menghasilkan rupa Menghasilkan jalinan Menghasilkan bentuk Menghasilkan ton Mewujudkan ruang Struktur garisan mewujudkan bentuk Teknik penghasilan Teknik penghasilan teknik capan teknik titik teknik canting Garisan tegak pada rumah api menimbulkan rasa tegas dan stabil Garisan melintang pada air laut menimbulkan rasa tenang dan tenteram Alat & media penghasilan garisan Pensel, arang, pen, marker pen, berus, krayon dan sebagainya
RUPA Rupa Geometri Rupa Organik Hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Bersudut seperti segi tiga, segi empat sama, bulatan dan sebagainya. Rupa bebas dan tidak bersudut seperti rupa daun, batu, buah dan sebagainya.
Teknik penghasilan rupa Teknik penghasilan rupa Olahan rupa a) Rupa Negatif: Ruang di sekeliling rupa sesuatu objek b) Rupa positif: Rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan Susunan rupa berulang-ulang menghasilkan corak. Rupa dapat diringkaskan daripada rupa asal kepada lambang terutama dalam olahan rupa
BENTUK Bentuk Ilusi (2D) Bentuk Konkrit (3D) Mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan. Bentuk visual yang digambarkan dalam lukisan,catan dan lain-lain melalui penggunaan unsur seperti jalinan, warna, garisan, ruang dan warna Bentuk objek asal yang dapat disentuh, dilihat dan dirasa
JALINAN Jalinan sentuh; Jalinan yang mempunyai kesan kasar, kesat, tajam dan berduri . Dapat dirasai melalui sentuhan Jalinan tampak; Hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan Kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Ada pada objek buat manusia atau secara semulajadi.
RUANG Ruang fizikal @ nyata Ruang tertutup: Ruang bagi kawasan terhad Kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek ataupun rongga yang terdapat dalam sesuatu objek Jenis-jenis RUANG Jenis-jenis RUANG Ruang terbuka: Ruang bagi kawasan lapang
Ruang Ilusi @ tampak Ruang cetek: Ruang yang kelihatan dekat & terbatas. Ruang rata: Ruang terhasil apabila dilukis elemen pada satah yang sama. Ruang dalam: Ruang yang memperlihatkan kesan perspektif & mempamerkan ruang hadapan, tengah dan belakang
Lukisan Perspektif Lukisan Perspektif Lukisan perspektif menyebabkan pendangan sesuatu objek berubah dari segi saiz, ketinggian dan kelebarannya mengikut jarak serta sudut pandangan yang tertentu, Bagi objek dekat saiznya adalah lebih besar dan semakin jauh semakin kecil saiznya.
Warna primer Warna yang tidak boleh dihasilkan dengan cara campuran warna. Warna merah, biru dan kuning Warna sekunder Warna yang dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Warna jingga, ungu dan hijau Warna tertier Warna yang dihasilkan daripada campuran satu warna asas dan satu warna sekunder. Warna kuning kehijauan, kuning kejinggaan, merah keungguan, merah kejinggaan, biru kehijauan dan biru keungguan. WARNA Kesan tindak balas cahaya atas sesuatu permukaan. Warna dapat dikesan melalui deria penglihatan. JENIS WARNA RODA WARNA
JENIS WARNA JENIS WARNA Warna panas Warna Bertindak Warna Sejuk Monokromatik Tona warna Kroma warna Warna harmoni Suhu warna Nilai warna
PENGENALAN PRINSIP REKAAN
HARMONI KEPELBAGAIAN IMBANGAN IRAMA & PERGERAKAN IRAMA & PERGERAKAN KESATUAN KONTRA PENEGESAN PRINSIP REKAAN Kaedah & teknik susunan atau pengolahan unsur-unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu yang dikehendaki dalam suatu gubahan seni visual
HARMONI Susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara yang tertentu akan menimbulkan harmoni. Ulangan garisan, jalinan, rupa, bentuk dan ruang dalam gaya dan arah tertentu akan menghasilkan gubahan harmoni.
KONTRA Wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang mempunyai ciri-ciri bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan. Berkait dengan fokus kerana ciri-ciri yang bertentangan menimbulkan perbezaan. Kontra wujud apabila: a) penggunaan dan pengolahan unsur seni berlainan b) Pengolahan teknik dan gaya yang berbeza c) penggunaan bahan yang berlainan Tujuan kontra pada karya ialah: a) Memberi penegasan dan tumpuan b) mengelakkan kebosanan c) menjadikan hasil seni lebih menarik.
PENEGESAN Sesuatu yang dapat memberi tumpuan kepada pemerhatian tampak. Penegasan pada sesuatu objek pada alam semulajadi dapat berfungsi dengan sepenuhnya sekiranya objek tersebut dapat menarik perhatian seseorang. Penegasan sememangnya dapat menonjolkan sesuatu unsur atau objek dalamsesuatu hasil karya yang dapat menarik perhatian. Aplikasi prinsip rekaan penegasan akan memberikan daya tumpuan yang lebih terhadap unsur seni tersebut. Penegasan epal merah Penegasan cerah bulan Penegasan saiz kucing besar
IMBANGAN Keadaan yang berpadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian. Gubahan yang mempunyai beberapa garisan axis menghasilkan imbangan berpenjuru yang menggambarkan imej cerminan. a) Imbangan simetri : Bahagian kiri dan kanan adalah sama atau bahagian atas dan bawah adalah sama . b) Imbangan tidak simetri: Dikenali sebagai asimetri iaitu apabila objek tidak sama tepat di bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah tetapi berjaya menimbulkan keadaan seimbang. Jenis-jenis imbangan
IRAMA & PERGERAKAN Jenis irama dalam seni termasuklah irama aliran, berselang-seli, konsisten , progresif dan rawak. Irama dan pergerakan bertujuan untuk memberi nyawa kepada rupa dan bentuk visual dalam imej yang lebih hidup dan realistik. Pergerakan ialah keadaan bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, memancar, bersinar-sinar, berpusing dan sebagainya.
KESATUAN Gubahan apabila kesemua unsur-unsur di dalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama. Penggunaan unsur-unsur seni, pengelolaan tema, serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. Aplikasi prinsip kesatuan akan menghasilkan karya yang lebih lengkap, teratur dan sempurna serta dapat menimbulkan suasana yang tenteram dan selesa.
KEPELBAGAIAN Keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai nilai, gaya, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan, perlanjutan dan kontra. Aplikasi prinsip ini dalam karya seni dapat memberi gaya, variasi, tenaga dan daya tarikan bagi gubahan itu.
KEPENTINGAN UNSUR SENI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
Memperkembang persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Ia selaras dengan perkembangan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas unsur seni visual. Ia berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa. Dari segi aspek sosial dan emosi, murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri.Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
ANALISIS ARCA 2D
Karya Unsur Seni Prinsip Rekaan Garisan beralun banyak digunakan dalam karya ini Warna kelabu terhasil daripada ton warna cerah iaitu apabila warna hitam dicampur dengan warna putih. Terdapat ruang ilusi rata di antara bentuk manusia dan lingkaran luar Jalinan tampak pada lingkaran bentuk manusia menimbulkan jalinan yang hanya boleh dilihat tetapi tidak dapat dirasa. Rupa geometri digunakan pada lingkaran luar. Bentuk ilusi kerana bentuk bersifat 2D tetapi tampak jelas disebabkan penggunaan ton. Irama dan pergerakan pada garisan beralun membuatkan objek tampak seperti bergerak dan beralun Keseimbangan tidak semetri pada bahagian kiri dan kanan subjek pada karya. Wujud kepelbagaian unsur seni dan prinsip rekaan pada karya.
Karya Unsur Seni Prinsip Rekaan Garisan halus digunakan bagi menampakkan tekstur pada lukisan. Penggunaan warna biru kehijauan iaitu warna tertier. Jalinan tampak pada garisan rekahan pada latar belakang seolah-olah adanya tekstur yang hanya boleh dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Rupa geometri banyak digunakan dalam karya. Bentuk ilusi kerana karya dilukis dalam bentuk 2D yang mana unsur jalinan menampakkan bentuk seolah-olah 3D. Ruang ilusi rata kerana elemen pada karya dilukis pada satah yang sama. Kesan irama dan pergerakan pada baju gaun biru kehijaun. Kontra dari segi warna objek dan latar belakang Penegasan pada objek utama yang berwarna terang. Imbangan tidak semetri pada paksi menegak antara bahagian kiri dan kanan.
ANALISIS ARCA 3D
Karya Unsur Seni Prinsip Rekaan Terdapat garisan halus, berlingkar dan berpintal pada arca bagi mewujudkan tekstur. Arca berwarna kelabu kerana diperbuat daripada besi. Jalinan sentuh pada setiap permukaan arca kerana arca dapat boleh disentuh dan mempunyai tekstur kesat dan kasar. Rupa geometri menjadi asas pembentukan arca burung. Wujud pengolah rupa pada corak ekor arca burung merak. Bentuk konkrit kerana arca dalam bentuk 3D dan boleh disentuh, dilihat dan dirasa. Ruang fizikal tertutup pada arca. Kesatuan corak pada ekor arca burung merak menyebabkan arca lengkap dan teratur sempurna. Susunan ulangan corak ekor arca burung merak menghasilkan gubahan harmoni. Imbangan tidak simetri pada bahagian kiri dan kanan arca.
Karya Unsur Seni Prinsip Rekaan Garisan halus dan berserabut telah mewujudkan tekstur pada arca. Arca bewarna coklat kerana diperbuat daripada besi timah. Jalinan sentuh pada tekstur arca kerana arca diperbuat daripada besi timah yang mempunyai tekstur kesat dan kasar. Bentuk konkrit kerana arca dalam bentuk 3D dan boleh disentuh, dilihat dan dirasa. Rupa geometri dan organik menjadi asas kepada pembentukan arca. Dapat dilihat dengan adanya bentuk bulatan dan bersegi. Ruang fizikal tertutup pada arca. Imbangan tidak simetri pada bahagian kiri dan kanan arca Kepelbagaian corak manusia yang ditindih dalam arca. Kesatuan kesemua bentuk manusia telah menhasilkan suatu arca yang lengkap dan teratur dapat ditafsir oleh penonton.
Kesimpulan Sebagai kesimpulan, setiap karya seni mengaplikasikan unsur-unsur seni serta prinsip rekaan bagi memastikan nilai estetika sesuatu karya dapat dicipta dan ditonjolkan. Berdasarkan analisis yang dibuat pada keempat-empat arca, saya yakin dan pasti bahawa unsur seni dan prinsip rekaan sangat penting dalam karya supaya penonton dapat memahami visual serta mesej yang hendak disampaikan oleh pengkarya kepada penonton. Oleh itu, kita hendaklah menghargai hasil karya seni yang telah dihasilkan kerana setiap karya ini mempunyai nilainya pada sesebuah masyarakat. Sebagai kesimpulan, setiap karya seni mengaplikasikan unsur-unsur seni serta prinsip rekaan bagi memastikan nilai estetika sesuatu karya dapat dicipta dan ditonjolkan. Berdasarkan analisis yang dibuat pada keempat-empat arca, saya yakin dan pasti bahawa unsur seni dan prinsip rekaan sangat penting dalam karya supaya penonton dapat memahami visual serta mesej yang hendak disampaikan oleh pengkarya kepada penonton. Oleh itu, kita hendaklah menghargai hasil karya seni yang telah dihasilkan kerana setiap karya ini mempunyai nilainya pada sesebuah masyarakat.
Rujukan Buku: Ismail Saiman, Johar Jonid & Manan Sarbini..... (2014). Seni Dalam Pendidikan. Freemind Horinozons Sdn, Bhd, Laman sesawang: https://cikgusharifahofficial.blogspot.com/2013/05/prinsip -rekaan.html http://eytaturquoise.weebly.com/unsur-seni.html Buku: Ismail Saiman, Johar Jonid & Manan Sarbini..... (2014). Seni Dalam Pendidikan. Freemind Horinozons Sdn, Bhd, Laman sesawang: https://cikgusharifahofficial.blogspot.com/2013/05/prinsip -rekaan.html http://eytaturquoise.weebly.com/unsur-seni.html