The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORAIN BINTI AHMAD KPM-Guru, 2026-01-28 18:36:53

1.4 ANDAIAN, PRINSIP DAN BATASAN

1.4 ANDAIAN, PRINSIP DAN BATASAN

Keywords: Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

1.4 ANDAIAN, PRINSIP DAN BATASAN DALAM PERAKAUNANDISEDIAKAN OLEH,CIKGU NORAIN AHMAD


ANDAIAN PERAKAUNANo Andaian perakaunan perlu dibuat untuk mengurangkan kekeliruanketika mengendalikan rekod perakaunan dan menghasilkanPenyata Kewangan.


1. ANDAIAN ENTITI BERASINGANHuraian• Perniagaan dianggap berasingan daripada pemiliknya.Urus niaga peribadi pemilik tidak direkodkan dalam akaunperniagaan.Contoh Situasi• Encik Ali menggunakan duit peribadi RM5,000 untuk bercutikeluarga.Tidak direkodkan dalam akaun perniagaan kerana ia urus niaga peribadi.• Jika Encik Ali mengeluarkan RM2,000 dari perniagaan untukkegunaan sendiri, ia direkod sebagai Ambilan.


2. ANDAIAN USAHA BERTERUSANHuraian• Perniagaan diandaikan akan terus beroperasi dalamjangka masa panjang dan tidak akan ditutup dalam masa terdekat.Contoh Situasi• Sebuah kedai membeli mesin bernilai RM50,000.Mesin tidak direkod sebagai belanja penuh, tetapidisusut nilai sedikit demi sedikit setiap tahun kerana perniagaan dijangka terus beroperasi.


3. ANDAIAN TEMPOH PERAKAUNANHuraian• Hayat perniagaan dibahagikan kepada tempoh tertentu(biasanya 1 tahun) untuk mengukur prestasi dan menyediakan penyata kewangan.Contoh Situasi• Perniagaan menyediakan penyata kewangan bagi tempoh1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025Untung dan rugi hanya dikira dalam tempoh tersebutsahaja.


4. ANDAIAN WANG SEBAGAI UKURANHuraian• Hanya urus niaga yang boleh diukur dengan nilaiwang direkodkan dalam akaun.Contoh Situasi• Kemahiran pengurus yang cekap tidakdirekodkan kerana tiada nilai wang.Pembelian peralatan bernilai RM10,000 direkodkan kerana boleh dinilai dengan wang.


Andaian Maksud Ringkas ContohEntiti BerasinganPerniagaanberasingan daripadapemilikBelanja peribadi tidakdirekodUsaha Berterusan Perniagaanditeruskan Aset disusut nilaiTempoh Perakaunan Hayat dibahagikepada tempoh Akaun tahunanWang sebagai Ukuran Rekod dalam nilaiwangAset direkod, kemahiran tidakRINGKASAN ANDAIAN PERAKUNAN


PRINSIP PERAKAUNANo Prinsip perakaunan ialah panduan yang digunakan supaya rekoddan penyata kewangan disediakan secara seragam, adil dan bolehdipercayai.


1. PRINSIP PENGIKTIRAFAN HASIL DAN BELANJAHuraian• Hasil dan belanja direkodkan dalam tempoh perakaunan apabilaia berlaku, bukan apabila wang diterima atau dibayar.Contoh Situasi• Kedai menjual barang secara kredit bernilai RM3,000 pada Disember 2025.Bayaran diterima pada Januari 2026.Hasil direkodkan pada Disember 2025, kerana jualan berlakudalam tempoh tersebut.• Sewa kedai bulan Disember 2025 dibayar pada Januari 2026.Belanja sewa direkodkan dalam Disember 2025.


2. PRINSIP KETEKALANHuraian• Kaedah perakaunan yang dipilih mesti digunakan secarakonsisten dari satu tempoh ke tempoh lain supayaperbandingan prestasi adalah adil.Contoh Situasi• Perniagaan menggunakan kaedah susut nilai garis lurusuntuk mesin.Kaedah yang sama mesti digunakan setiap tahun dan tidak boleh ditukar sesuka hati.


“Kaedah susut nilai garis lurus mesti digunakan setiap tahun dan tidak boleh ditukar sesuka hati”Maksudnya:• Jika sesebuah perniagaan sudah memilih satu kaedah susut nilai, contohnya garis lurus,kaedah itu perlu digunakan secara konsisten setiap tahun.• Perniagaan tidak boleh:• Tahun ini guna garis lurus• Tahun depan tukar kepada kaedah baki berkurangantanpa sebab yang munasabah. Contoh MudahMesin dibeli pada harga RM10,000Jangka hayat 5 tahunKaedah garis lurus:RM10,000 ÷ 5 = RM2,000 setahunTahun 1: Susut nilai RM2,000Tahun 2: Susut nilai RM2,000Tahun 3: Susut nilai RM2,000Jumlah sama setiap tahun, itulah maksud ketekalan.


3. PRINSIP KOSHuraian• Aset direkodkan pada harga kos asal, bukan nilaipasaran semasa.Contoh Situasi• Sebuah bangunan dibeli pada harga RM200,000.Walaupun nilai pasaran meningkat kepadaRM300,000,Bangunan masih direkodkan pada RM200,000dalam akaun.


RINGKASAN PRINSIP PERAKUNANPrinsip Maksud Ringkas ContohPengiktirafan Hasil & BelanjaDirekod bila berlaku Jualan kreditKetekalan Kaedah sama digunakan Susut nilai samaPrinsip Kos Direkod pada kos asalAset direkod pada harga beli


BATASAN PERAKAUNANHuraian• Kos manfaat bermaksud kos untuk menyediakanmaklumat perakaunan mestilah tidak melebihimanfaat atau nilai maklumat tersebut kepadapengguna penyata kewangan.• Jika kos terlalu tinggi tetapi maklumat itu kurangberguna, maka maklumat tersebut tidak perludisediakan.


BATASAN PERAKAUNANContoh Situasi• Sebuah perniagaan kecil ingin mendapatkan laporanperakaunan terperinci dengan menggunakan khidmatpakar perakaunan yang menelan kos RM5,000 setahun.• Namun, laporan tersebut hanya digunakan untukmembuat keputusan kecil dan tidak memberi banyakfaedah kepada perniagaan.• Oleh itu, perniagaan memilih untuk menyediakanlaporan kewangan yang lebih ringkas dan menjimatkankos, kerana kos penyediaan maklumat tidak sepatutnyamelebihi manfaatnya.


CONTOH SOALAN:• Contoh Mudah (Soalan Peperiksaan)• Sebuah kedai runcit kecil tidak memasang sistemperakaunan komputer yang mahal kerana kosnya tinggidan maklumat yang diperoleh tidak memberi manfaatyang setimpal.• Ayat Jawapan Peperiksaan• Batasan kos manfaat bermaksud kos penyediaanmaklumat perakaunan hendaklah tidak melebihimanfaat maklumat tersebut kepada pengguna penyatakewangan.


CONTOH SOALAN KBAT:SOALAN KBAT 1• Sebuah syarikat kecil ingin menggunakan sistem perakaunankomputer yang canggih dengan kos RM20,000 setahun. Namun,syarikat tersebut hanya mempunyai sedikit urus niaga.• Jelaskan mengapa syarikat tersebut tidak wajar menggunakansistem tersebut berdasarkan batasan kos manfaat.Jawapan Markah Penuh• Syarikat tersebut tidak wajar menggunakan sistem perakaunanyang canggih kerana kos penyediaan maklumat terlalu tinggiberbanding manfaat yang diperoleh. Hal ini selaras denganbatasan kos manfaat yang menyatakan bahawa kos penyediaanmaklumat perakaunan tidak boleh melebihi nilai maklumattersebut kepada pengguna penyata kewangan.


CONTOH SOALAN KBAT:SOALAN KBAT 2• Perniagaan A menggaji akauntan profesional dengan bayarantinggi untuk menyediakan laporan kewangan yang sangat terperinci. Laporan tersebut jarang digunakan dalam membuatkeputusan perniagaan.• Huraikan situasi ini berdasarkan konsep kos manfaat.Jawapan Markah Penuh• Situasi ini menunjukkan pelanggaran batasan kos manfaat kerana kos menggaji akauntan profesional adalah tinggi tetapi manfaatmaklumat yang diperoleh adalah rendah. Oleh itu, perniagaansepatutnya menyediakan laporan kewangan yang lebih ringkasdan menjimatkan kos supaya kos penyediaan maklumat tidakmelebihi manfaatnya.


CONTOH SOALAN KBAT:SOALAN KBAT 3 • Sebuah kedai runcit kecil mencatat semua urus niaga secaramanual dan tidak menggunakan perisian perakaunan yang mahal.• Terangkan mengapa tindakan ini sesuai dengan batasan kos manfaat.Jawapan Markah Penuh• Tindakan kedai runcit tersebut adalah sesuai dengan batasan kos manfaat kerana kos penggunaan perisian perakaunan yang mahal tidak setimpal dengan manfaat yang diperoleh oleh perniagaan kecil. Oleh itu, penggunaan kaedah manual adalahlebih menjimatkan dan selaras dengan prinsip kos manfaat dalamperakaunan.


Click to View FlipBook Version