The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aatikah.filzah, 2021-08-06 03:29:45

FOLIO SUKAN BADMINTON

FOLIO SUKAN BADMINTON

PENGENALAN SUKAN BADMINTON

Badminton merupakan sejenis sukan menggunakan raket
dan bulu tangkis yang dimainkan oleh sama ada dua orang
pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan
bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah
bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang
dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui
pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat
melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan
rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu
tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia
melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin
yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan
wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya
ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini
memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain
memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan,
dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang
memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan
kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

SEJARAH SUKAN BADMINTON

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula
dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan
iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat,
badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and
shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara
menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa
abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa
kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah
kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual
anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore
- a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan. Sukan
baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang
dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The
Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi
Badminton. Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah
peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan
peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-
undang asas itu telah dicipta pada 1887. Pada 1893, Badminton Association
of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan,
seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan
sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England
pada 13 September tahun yang sama.Mereka juga mula
menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan
badminton pertama di dunia, pada 1899. Pertubuhan Badminton
Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia)
yang telah ditubuhkan pada 1934 yang
dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New
Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai
pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan
badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.
Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat
antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa
negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. Malaysia merupakan antara
negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak
beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat
antarabangsa, yang mana Malaysia sering menjadi pendominasi sejak

TOKOH DAN PEMAIN BADMINTON MALAYSIA

MISBUN SIDEK

 Nama ; Datuk Mohmed Misbun bin Mohd Sidek
 Tarikh Lahir ; 17 Februari 1960
 Tempat Lahir ; Banting, Selangor

Datuk Dr Mohmed Misbun bin Dato' Haji Mohd Sidek merupakan
bekas pemain dan jurulatih badminton profesional Malaysia. Beliau
merupakan anak sulung lelaki daripada lima Sidek bersaudara yang terkenal.
Beliau dan kesemua adik-beradiknya pernah terlibat secara aktif di pentas
badminton antarabangsa. Visi Allahyarham Datuk Mohd Sidek Abdullah
Kamar untuk melihat anak-anaknya menjadi jagoan badminton bermula
dengan anak lelaki pertamanya, Misbun sebagai eksperimen.
Ketika usianya mencecah tujuh tahun iaitu pada 1967, Misbun sudah mula
dilatih secara serius oleh bapanya di gelanggang badminton yang terletak
bersebelahan rumah mereka di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor.

Pada usia 16 tahun, Misbun Sidek terpilih mewakili negara dalam
Kejohanan Jemputan Asia di Hong Kong berikutan kejayaannya muncul juara
kategori bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).
Selain kejohanan itu, anak sulung daripada lima itu juga terpilih ke Terbuka
Australia atau lebih dikenali dengan nama Silver Bowl.

Pada 28 Ogos 2008, kerajaan negeri Melaka menganugerahi jurulatih
badminton kebangsaan Misbun Sidek dengan darjah kebesaran negeri iaitu
Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Yang di-
Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob menyampaikan darjah kebesaran itu
kepada bekas pemain badminton kebangsaan di Istana Melaka.
Beliau telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan
Insan)[17] oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

DATUK LEE CHONG WEI

 Nama ; Lee Chong Wei
 Tarikh Lahir ; 21 Oktober 1982
 Tempat Lahir ; Bagan Serai, Perak
 Jurulatih ; Misbun Sidek, Hendrawan

Datuk Lee Chong Wei ialah seorang
pemain badminton profesional Malaysia. Lee merangkul pingat perak di
temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 dan 2016, maka menjadi rakyat
Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki,
sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996.
Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan
oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Najib Tun
Razak sebagai wira kebangsaan.

Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin
(B), Berapit, Lee gemar bola keranjang, namun ibunya melarangnya daripada
menceburi sukan itu gara-gara bahang yang melayur di luar gelanggang bola
keranjang, sejak itu, beliau mula mempelajari badminton ketika berusia 11
tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini membawanya ke
gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan,
jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah
bakatnya dikesan oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan
kebangsaan pada usia 17 tahun.[

Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki
perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008
hingga 14 Jun 2012. Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang
mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak
ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh
badminton Malaysia yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama
lebih dua minggu. Beliau merupakan duta dan jurucakap bagi jenama cat
Pentens sejak 2013.

LEE ZII JIA

 Nama ; Lee Zii Jia
 Tarikh Lahir ; 29 Mac 1998
 Tempat Lahir ; Alor Setar, Kedah

Lee Zii Jia merupakan seorang pemain badminton Malaysia. Pada
2019, beliau telah menjuarai acara badminton perseorangan lelaki di Sukan
Asia Tenggara 2019. Lee Zii Jia mula berminat bermain badminton sejak
awal berumur 5 tahun. Pada awal persekolahannya, Lee bersekolah SJKC
Keat Hwa di Alor Setar, Kedah. hasil daripada pencapaian cemerlang dalam
pertandingan badminton bawah umur 12 tahun, beliau telah menyambungkan
pelajarannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pada 2015, beliau berjaya
memenangi Kejohanan Badminton Tebuka Remaja di negeri Perak dan
Selangor. Pencapaian seterusnya membawa beliau terpilih untuk melayakkan
diri ke Persatuan Badminton Malaysia.

Pada awal 2020, Zii Jia menyertai Kejohanan Terbuka Badminton di
Malaysia, Indonesia dan Thailand di mana pencapaian terbaiknya ialah
peringkat separuh akhir di Malaysia. Beliau tewas kepada Kento Momota dari
Jepun pada Kejohanan Badminton terbuka Malaysia.[9] Pada bulan Februari,
beliau mengetuai pasukan badminton Malaysia dan berjaya memenangi
pingat perak di Kejohanan Badminton Asia Berpasukan.[10] Pada peringkat
akhir Kejohanan Badminton Asia Berpasukan, beliau tewas kepada Anthony
Sinisuka Ginting dari Indonesia.

Pada 21 Mac, Lee Zii Jia memenangi tempat pertama dalam Terbuka
Seluruh England 2021 menewaskan Viktor Axelsen dengan markah 30-29,
20-22, 21-9. Beliau merampas kedudukan pertama dalam kejohanan ini yang
dirangkul oleh Viktor Axelsen pada edisi 2020.

CIRI-CIRI KESELAMATAN SEBELUM PEMAINAN

 Memakai pakaian yang selesa dan bersesuaian

Pakaian yang dipakai haruslah bersesuaian dengan saiz tubuh
badan dan membenarkan penyejatan peluh berlaku. Pakaian yang
sesuai untuk dipakai adalah pakaian yang diperbuat daripada
kapas. Hal ini berikutan iklim negara yang panas dan sesuai untuk
menyerap tubuh. Namun, pakaian yanag terlalu ketat akan
menjerut peredaran saluran darahdan menjejaskan prestasi atlet.

 Memastikan gelanggang berasa dalam keadaan yang baik

Kawasan permainan iaitu gelanggang badminton haruslah
mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik dan tidak
membahayakan pengguna. Gelanggang hendaklah berada dalam
keadaan yang terbaik, seperti tidak berlubang atau tidak rata yang
dapat menyebabkan kecederaan semasa permainan berlangsung.

 Menggunakan peralatan permainan yang bersesuaian

Peralatan yang digunakan mestilah bersesuaian dengan umur,
saiz, ketinggian dan keupayaan fizikal pemain. Hal ini dapat
menjamin keselesaan pemain dan dapat meningkatkan motivasi
individu tersebut untuk terus terlibat daklam sukan. Contohnya,
pemain sekolah rendah hendaklah menggunakan raket yang
bersesuaian dengan saiz dan berat mereka supaya tidak
menjejaskan tahap peningkatan prestasinya dalam sukan
badminton.

 Mengunakan peralatan dan gear keselamatan semasa
bermain

Semua atlet hendaklah menggunakan peralatan keselamatan
yang sesuai untuk mengelakkan kecederaan yang tidak diingini
daripada berlaku. Kebanyakan alatan keselamatan adalah
mengikut kesesuaian pemakaian. Alatan-alatan yang boleh
diapakai termasuklah pelindung pendakap buku lali, sokongan siku,
pelapik lutut dan sebagainya.

SENARAI KELENGKAPAN BADMINTON

RAKET

Raket badminton diperbuat dari senang (string), berupa tali plastic sintesis. Ia
merupakan peralatan utama dalam permainan badminton. Pada masa dahulu,
permainan ini menggunakan pemukul empat segi atau leper daripada kayu.
Namun, sekarang ia berveolusi dengan menggunakan bahan yang lebih
kukuh, ringan dan kuat iaitu karbon atau grafit.

BULU TANGKIS

Bulu tangkis merupakan peralatan utama dalam permainan badminton, sama
seperti raket. Ia diperbuat daripada bulu angsa dan plastic. Manakala, bulu
tangkis yang diperbuat daripada plastic digunakan untuk latihan sahaja.
Antara buku tangkis terbaik 2021 ialah Yonex Aerosensa 30 Feather Dan
Victor Master Classic.

JARING BADMINTON

Jaring merupakan pembahagi jaring yang merentangi antara dua
bidang permainan yang diikatkan pada tiang. Tiang itu haruslah kukuh
sehingga net yang dibentangkan tidak akan kendur. Apabila ditarik dan
tegang agar lurus. Net jaring bukan sahaja menjadi penentu kawasan pemain
dalam gelanggang tetapi juga memudahkan pemain untuk menentukan tinggi
rendah pukulan, servis, dan serangan dari lawan. Ia diperkenalkan untuk
memurnikan lagi sukan badminton.

GELANGGANG BADMINTON

Gelanggang badminton bukanlah sesuatu yang perlu berada di rumah.
Namun, gelanggang badminton membolehkan pemain berlatih secara
konsisten dengan mengikut peraturan-peraturan badminton di dalam sebuah
perlawanan. Gelanggang badminton mempunyai dua jenis iaitu tertutup dan
terbuka. Pemain yang menggunakan gelanggang terbuka akan menghadapi
gangguan angin. Walaubagaimanapun, gelanggang tertutup tidak akan
mempunyai sebarang ganggguan angin.

KASUT BADMINTON

Kasut badminton mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada kasut sukan
biasa. Kasut badminton dapat menentukan keseluiruhan skill pemain untuk
ditonjolkan semasa perlawanan. Ia haruslah baik dan selesa agar pemain
dapat bergerak, maju ke hadapan atau mundur tanpa tergelincir. Bebanan
yang diletakkan pada kaki pemain akan menentukan gerakan seperti
melompat, smash, pergerakan tajam, pergerakan sisi dan brek.

BEG RAKET

Raket yang digunakan untuk permainan badminton hendaklah dijaga dengan
baik supaya kualitinya terjamin. Walaupun raket badminton diperbuat
daripada bahan yang tahan lasak, terdapat bahagian yang tertentu yang
mudah terdedah kepada kerosakan.Antara bahagian yang mudah rosak
adalah jaring raket. Hal ini kerana tanpa beg raket, jaring raket mudah
tersangkut pada benda-benda yang tajam dan mengakibatkan jaring terputus.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN DALAM
PERMAINAN BADMINTON
 Undang- undang asas

Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis.
Permainan ini dimainkan oleh 2 orang atau 4 orang pemain. Permainan
badminton boleh dimainkanoleh semua lapisan masyarakattidak kira jantina
atau umur. Permainan ini dibahagikan kepada dua, iaitu acara berpasukan
dan individu. Dalam acara individu iaitu perseorangan lelaki dan perempuan,
beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran. Antara acara berpasukan
ialah Piala Thomas/Uber dan Piala Sudirman.

 Memulakan permainan

 Undian akan dibuat terlebih dahulu bagi memulakan permainan.
Antara benda yang boleh digunakan untuk membuat undian adalah
bulu tangkis atau duit syiling.

 Pemenang undian boleh memilih untuk membuat servis,
menerima atau memilih petak gelanggang.

 Bagi pihak yang kalah, mereka akan menerima pilihan yang
berikutnya.

 Sistem pengiraan mata

 Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali the best
of three games.

 Pemain yang memenangi rali akan diberi mata.

 Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan
diberikan kepada pemain.

 Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang

 Dalam acara perseorangan, jika pemain mendapat mata genap
servis dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.

 Dalam acara beregu, jika mata genap pemain sebelah kanan akan
membuat servis dan sebaliknya.

 Masa rehat

 Rehat selama 60 saat akan diberikan setelah mana- mana pemain
atau pasangan mencapai mata 11.

 Apabila sesuatu game tamat, rehat antara game selama 2 minit akan

diberikan kepada pemain.

 Servis
 Pemain tidak dibenarkan untuk melengahkan servis selepas

mengayun raket ke belakang.

 Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan

memijak garisan gelanggang.

 Kedua- dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan

dalam keadaan tetap.

 Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulusemasa membuat

servis.

 Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft)

mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis.

 Servis dilakukan setelah penerma bersedia.

 Servis Semula (let)
 Penerima belum bersedia.
 Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak.
 Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring.
 Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut.
 Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan.
 Pengadil tidak dapat membuat keputusan.

 Larangan Untuk Pemain
 Jangan sengaja melambat- lambatkan permainan.

 Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis
untuk menukar kelajuan

 Tidak memijak garis semasa membuat servis,menyentuhi
jaring atau pemain menyentuh papan iklan.

 Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran
pengadil.

 Tidak berkelakuan kasar.

 Berlaku Batal Sekiranya:
 Raket melepasiatas atau bawah jaring dan mengganggu
pihak lawan.

 Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket
atau pakaian.

 Mengganggu puhak lawan dengan menggunakan isyarat
tangan atau laungan kuat.

 Perlawanan Peseorangan
 Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis
kanannya. Mata genap di petak kanan dan kiri bagi mata
bilangan ganjil.

 Pembuat serivis akan membuat servis secara melintang
kepada pihak lawan.

 Pemain yang menang dalam game pertama akan
memulakan servis dalam geme berikutnya.

 Perlawanan Beregu
 Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan
membuat servis dari gelanggang servis kanan.

 Pasangan beregu yang menang rali akan bertukar petak
servis dan lawan kekal dalam petak servis masing- masing.

 Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan
diberikan kepadapihak lawan.

 Semasa membuat servis,rakan pembuat servis dan rakan
penerima servis boleh berdiri di mana- mana tempat dalam
petak tetapi tidak menghalang pandangan pembuat servis
dan penerima servis.

 Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan memulakan
‘game’ berikutnya.

KESALAHAN PEMAIN DALAM SUKAN BADMINTON

 Kedudukan bulu tangkis pada saat dipukul lebih tinggi dari

pinggang pelaku servis

 Penerima servis bergerak sebelum bulu tangkis servis dipukul.

 Sebelum atau semasa berkhidmat, salah seorang pemain

melakukan helah atau berpura-pura atau sengaja mengejutkan
lawannya.

 Bulu tangkis melekat pada raket apbila pukulan dilakukan atau

bulu dipukul dua kali berturut- turut.

 Semasa dalam permainan, pemain disentuh oleh bulu tangkis

apabila dia berada di dalam atau di luar padang.

 Pada saat bulu tangkis dipukul, badan raket menghadap ke

bawah, sehingga seluruh bahagian kepala raket tidak secara
jelas dan nyata berada di bawah tangan pelaku servis.

 Memegang raket dengan menggenggam, jari- jemari rapat dan

sejajar.

 Posisi kaki menginjak garis tengah atau depan semasa

melakukan servis.

 Terputus rangkaian gerak mengayun raket dan memukul bulu

tangkis.

 Pada posisi memukul, kaki dan tangan sejajar dengan jaring

menyebabkan pukulan tidak kuat.

 Bulu tangkis yang dipukul terlalu tinggi (melambung) di atas

jaring sehingga dengan demikian membuka ruang bagi pihak
lawan untuk memukul bola (return serve).

 Pada posisi underhand, kaki kiri berada di depan,

keseimbangan kaki tidak ada dan sukar mengarahkan bulu
tangkis dengan tepat.

INOVASI DALAM SUKAN BADMINTON

INSTANT REVIEW TECHNOLOGY

Challenge atau Instant Review Technology merupakan sebuah teknologi yang
sudah lazim digunakan di pertandingan-pertandingan atau kejohanan
badminton antarabangsa. Berdasarkan peraturan yang dibuat oleh BWF,
pemain diveri dua kali kesempatan untuk melakukan challenge dalam satu
pertandingan. Ketika pemain melakukan Challenge, umpire akak memutarkan
tayangan ulang dari Ultra Slow Motion Camera berula video grafik atau
animasi untuk melihat posisi jatuhnya bulu tangkis. Jika posisi jatuhnya di
dalam lapangan, maka pemain berhak mendapatkan mata tambahan. Namun,
jika shuttlecock terbukti jatuh di luar lapangan, maka pemain kehilangan satu
mata dan tinggal satu kesempatan untuk melakukan challenge.

PENGUKUR KELAJUAN BADMINTON

Pengukur kelajuan badminton ini bertujuan untuk mengukur kelajuan yang
dihasilkan pada setiap pukulan buku tangkis. Setiap kali pukulan buku tangkis
akan tercarat pada pengukur tersebut. Maka, sessorang pemain itu dapat
mengetahui kelajuan pada setiap pukulan bola yang dihasilkan. Pengukur
kelajuan sangat penting kepada pemain badminton kerana jika kelajuan
pukulan seseorang pemain yang dicatat adalah tidak laju maka pemain itu
akan mencari jalan untuk meningkatkan kelajuan pukulannya.

PENUTUP

Kesimpulannya, sukan badminton sangat menarik dan sesuai
untuk semua lapisan masyarakat. Saya mempelajari banyak
perkara baharu tentang badminton seperti sejarah sukan
badminton dan biodata tokoh-tokoh dan pemain badminton
Malaysia. Saya juga dapat mempelajari tentang persediaan yang
perlu dilakukan sebelum bermain untuk mengeleakkan sebarang
kecederaan daripada berlaku. Saya juga dapat mendalami
peraturan dan undang-undang sukan badminton dengan lebih
lanjut. Hal ini saya terapkan semasa permainan saya yang akan
datang. Saya dapat memperbaiki kesalahan-kesalahan yang saya
sering lakukan. Dengan cara ini, prestasi saya akan meningkat.
Akhir sekali, saya berharap agar saya dapat meneruskan
perjuangan saya dalam bidang badminton ke peringkat yang lebih
tinggi.
-Sekian Terima Kasih

-


Click to View FlipBook Version