RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2017 JILID ILUSTRATOR Mohd Sazali bin Ibrahim Rozlin Azrar bin Abd Azib PENULIS Mat Ariffin bin Ismail Nurfarah Lo binti Abdullah EDITOR Razid bin Sahran Hasnah binti Ahmad Nadzar Muhammad Hisyam bin Haliah PEREKA BENTUK Mazlan bin Mohamed
KK 499-221-0102011-49-1582-20101 ISBN 978-983-49-1582-7 Cetakan Pertama 2017 © Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara bahan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) No. Faksimile: 03-21479643 Laman Web: http://www.dbp.gov.my Reka Letak dan Atur Huruf: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muka Taip Teks: Azim Saiz Muka Taip Teks: 18 poin Dicetak oleh: Ultimate Print Sdn. Bhd., Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. No. Siri Buku: 0124 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat: • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia • Pakar Rujuk Bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah binti Abdul Karim • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Dewan Bahasa dan Pustaka • Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia • Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Perak • Muzium Negeri Perak • Muzium Negeri Kedah • Pihak-pihak yang memberikan maklumat, pendapat dan cadangan dalam usaha untuk menerbitkan buku teks ini. PENGHARGAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
iii TEMA 4 KEBUDAYAAN KITA 63 Unit 10: Uniknya Budaya Kita 64 Unit 11: Kesenian Dihargai 69 Unit 12: Amalan Baik 75 KANDUNGAN PENDAHULUAN iv TEMA 1 KEKELUARGAAN 1 Unit 1: Hari Minggu dengan Keluarga 2 Unit 2: Cerita Keluarga 7 Unit 3: Keluarga Berhemah 13 TEMA 2 PERPADUAN 21 Unit 4: Sahabat Karib 22 Unit 5: Hidup Berjiran 27 Unit 6: Sepakat Membawa Berkat 33 TEMA 3 KEBERSIHAN DAN KESIHATAN 43 Unit 7: Kebersihan Bermula dari Rumah 44 Unit 8: Jadikan Amalan 49 Unit 9: Aktifkan Diri 55
iv PENDAHULUAN PENERANGAN IKON BUKU TEKS Pakej Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Kebangsaan (SK) kegunaan mulai tahun 2018 berdasarkan transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula. Kurikulum ini diistilahkan sebagai KSSR (Semakan). KSSR (Semakan) Bahasa Melayu Tahun 2 SK ini lebih menekankan penyataan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu diketahui dan mampu dilaksanakan oleh murid. Bahan dalam pakej buku teks ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran bahasa, tatabahasa, nilai murni, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Elemen tersebut mesti dikuasai oleh murid tahun dua sekolah kebangsaan bagi meningkatkan dan memantapkan penguasaan kemahiran berbahasa. Selain itu, mereka juga diharapkan mampu untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul dan berkesan dalam urusan harian. Pakej Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 SK mengandungi dua komponen, iaitu Buku Teks (BT) dan Buku Aktiviti (BA). BT dan BA mengandungi dua jilid, iaitu BT Jilid 1, BT Jilid 2, BA Jilid 1 dan BA Jilid 2. Kandungan bahan dalam kedua-dua komponen ini dibina berdasarkan lapan tema. Setiap tema mengandungi tiga unit yang menjadikan jumlahnya sebanyak 24 unit. Tema dan unit yang dinyatakan dapat dilihat pada halaman kandungan. Tema tersebut diambil dan diubah suai daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR (Semakan) Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Kebangsaan. DSKP yang diterima pakai dalam KSSR (Semakan) ini amat menekankan penggabungjalinan kemahiran bahasa, penyerapan ilmu dan penerapan nilai murni. Kemahiran bahasa seperti Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Tatabahasa dan Aspek Seni Bahasa digabungjalinkan bagi memantapkan penguasaan bahasa murid. Ikon-ikon yang mewakili kemahiran dan aspek tersebut adalah seperti yang berikut: Kemahiran Mendengar dan Bertutur Menunjukkan fokus untuk melahirkan murid yang dapat berkomunikasi. Tema Menunjukkan permulaan tema. Unit Utama Menunjukkan permulaan unit utama. Aktiviti Menunjukkan murid perlu melakukan aktiviti berdasarkan kemahiran. KBAT Menunjukkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Unit 20 iv
v Kemahiran Membaca Menunjukkan fokus untuk menguji keupayaan murid membaca, memahami dan menaakul pelbagai bahan. Kemahiran Menulis Menunjukkan fokus untuk menguji keupayaan murid menghasilkan penulisan dan menyampaikan maklumat. Aspek Seni Bahasa Menunjukkan fokus untuk menguji keupayaan murid mengungkapkan, memahami dan menghargai bahasa yang indah. Nota Guru Menunjukkan panduan kepada guru untuk melaksanakan aktiviti. Standard Pembelajaran dan halaman buku – Mengandungi nombor standard pembelajaran. – BT1 merujuk Buku Teks Jilid 1 BT2 merujuk Buku Teks Jilid 2 – BA1 merujuk Buku Aktiviti Jilid 1 BA2 merujuk Buku Aktiviti Jilid 2 Aspek Tatabahasa Menunjukkan fokus utama untuk menguji keupayaan murid menguasai dan menggunakan tatabahasa dengan betul. Info Menunjukkan maklumat yang boleh dirujuk. QR Code Menunjukkan maklumat tambahan yang diimbas melalui telefon pintar. 4.2.2 (i) BA1: 75 Nota Guru v Pemulihan Penilaian Pengayaan Bacaan Luas Pengukuhan
PENERANGAN IKON BUKU AKTIVITI PETA PEMIKIRAN (i-THINK ) Akhir sekali, persembahan komponen buku teks ini turut menggunakan watak-watak tertentu bagi menceriakan dan mendekatkan murid dengan bahan yang dibangunkan. Watak-watak utama muncul dalam setiap tema. Watak-watak ini akan dibantu oleh watak sampingan. Dalam buku ini, penulis menerapkan persembahan dalam bentuk peta i-Think untuk melahirkan murid yang mempunyai pemikiran inovatif. Murid dibekalkan dengan bahan yang menekankan kemahiran berfikir. Oleh itu, penulis menggunakan lapan peta i-think yang diterapkan dalam bahan. Lapan peta tersebut ialah: Kesimpulannya, Pakej Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 SK ini dibina selaras dengan “Pembelajaran Abad Ke-21”. Buku ini amat mesra pengguna. Hasilnya, murid-murid tahun dua sekolah kebangsaan akan dapat menguasai asas literasi yang mantap, kemahiran berbahasa, dan bersedia untuk melangkah ke alam persekolahan yang lebih tinggi. Murid-murid juga berupaya untuk meneroka dan memperoleh pelbagai ilmu dan kemahiran melalui buku teks ini. Dengan penerbitan buku teks ini, murid diharapkan dapat menguasai kemahiran berbahasa. Selain itu, murid juga menguasai ilmu pengetahuan, berkemahiran untuk memimpin, beretika dan mempunyai nilai kerohanian serta identiti nasional yang tinggi. Berdasarkan enam aspirasi ini, akan lahirlah generasi yang berketerampilan, berhemah tinggi, bersemangat waja dan berfikiran positif. Nota Guru 1.1.1 (i) BA1: 1 Nota Guru – panduan kepada guru untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran – menyatakan standard pembelajaran dan halaman buku teks bagi halaman yang berkenaan seperti Faktor Penghubung A C B D FP: Peta Bulatan Peta Pelbagai Alir Peta Buih Berganda Peta Buih Peta Peta Pokok Dakap Peta Alir Peta Titi Hana Yahya Soo Mei Yong Han Lageswari Pravin Rahisin vi
Bercerita berdasarkan gambar. Aktiviti TEMA 1 KEKELUARGAAN 1
membasuh basikal pili air menjemur kasut di atas balkoni di atas bumbung Hari Minggu dengan Keluarga Unit 1 Mendengar dan Bertutur Ceria Pagi Selamat pagi! 2
Aktiviti memesin rumput pagar batu atap genting pokok bunga Mendengar, mengecam dan menyebut frasa dengan betulnya dan tepatnya. • Guru membaca dan meminta murid mendengar dan mengecam sebutan. Strategi: KB – Mengecam Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Kasih sayang Menghubungkaitkan Nota Guru 1.1.1 (i) BA1: 1 3
4 Membaca Membeli Bahan Kek • Bimbing murid membaca perkataan dan ayat yang terdapat dalam teks secara latih tubi. Strategi: KB – Mengecam BCB: Bacaan mekanis EMK: Nilai Murni – Kerjasama Nota Guru Membaca perkataan dan ayat dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. Aktiviti 2.1.1 (i) & (ii) BA1: 2–3 Encik Jamil membawa anak-anaknya ke Kedai Kek Aneka. Mereka hendak membeli bahan untuk membuat kek. Hana dan kakaknya mencari telur, mentega, gula, esen vanila dan tepung gandum. Mereka juga membeli belon dan topeng. Kesemua barang itu dimasukkan ke dalam troli. Kemudian, mereka ke kaunter untuk membuat bayaran. telur kaunter topeng kek troli
5 1 1 1 Menulis Kek Hari Lahir Hana dan adik-beradiknya berada di dapur. Mereka membantu ayah membuat kek hari lahir untuk ibu. Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan yang kemas. • Bimbing murid menulis perkataan dan ayat dalam buku latihan. Strategi: KB – Membandingkan Pembelajaran Kontekstual – dan membezakan Menghubungkaitkan EMK: Nilai Murni – Kerajinan Nota Guru Aktiviti 3.1.1 (i) & (ii) BA1: 4–5 Kek Mentega Istimewa Bahan-bahan: Cara membuat: 45 170
6 Kata Nama Am Mereka berjalan perlahan-lahan ke arah ibu dan ayah. Mereka membawa kek, bunga dan hadiah. Haiwan peliharaan mereka, kucing dan arnab, turut mengekori mereka. Puan Yasmin berasa terkejut. Beliau tidak menyangka bahawa anak-anaknya ingat akan hari lahirnya. Beliau sungguh terharu dan gembira. Kejutan untuk Ibu • Bimbing murid mengenal pasti kata nama am yang terdapat dalam gambar. Strategi: KB – Mengenal pasti Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Kasih sayang Menghubungkaitkan Nota Guru Menggunakan kata nama am untuk membina ayat berdasarkan gambar. Kata nama am merujuk benda, manusia, tempat dan haiwan secara umum. Contoh: benda: buku, kerusi manusia: guru, budak tempat: rumah, taman, sekolah haiwan: ayam, harimau Info Bahasa Aktiviti 5.1.1 (i) BA1: 6–8 Selamat hari lahir, ibu! Hani memberikan arahan kepada adik-adiknya, Amin, Hana dan Amar. “Sedia, satu, dua, tiga!”
7 • Minta murid mendengar dan mengecam ayat tunggal yang disebut. Strategi: KB – Mengenal pasti BCB: Mendengar dengan berkesan EMK: Nilai Murni – Kebebasan Nota Guru Hobi Keluarga Cerita Keluarga Mendengar dan menyebut ayat tunggal dengan betulnya dan tepatnya. Hobi Ahli Keluarga Hana Aktiviti Mendengar dan Bertutur Unit 2 Oh, gambar-gambar ini diambil oleh ayah saya! Hobi beliau mengambil gambar. Hobi ahli keluarga saya yang lain ... . 1.1.1 (ii) BA1: 9 ... . Saya mahir menggesek biola. Ibu saya ... . Kakak saya ... . Abang saya suka bermain papan selaju. Cantiknya! Siapakah yang mengambil semua gambar ini, Hana? Papan selaju ialah sejenis papan yang mempunyai empat roda. Papan ini digerakkan dengan menggunakan sebelah kaki, manakala kaki yang sebelah lagi di atas papan. Pengguna boleh meletakkan kedua-dua belah kaki di atasnya apabila papan ini meluncur di atas permukaan jalan yang rata. Info
8 Kenangan Sukaneka Sukaneka di sekolah Hana dan Hani telah tamat. Ayah mereka membawa mereka sekeluarga minum di sebuah restoran. Sementara menunggu minuman dihidangkan, ayah mereka menunjukkan gambar-gambar yang telah diambil oleh beliau kepada keluarganya. “Tahniah, Kak Hani, kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam sukaneka tadi!” kata Hana kepada kakaknya. “Ya, Hani, kami bangga akan kejayaan kamu. Ibu berharap kamu bukan sahaja cemerlang dalam sukan tetapi dalam pelajaran juga,” kata Puan Yasmin. “Terima kasih semua kerana memberikan sokongan kepada saya,” jawab Hani dengan gembiranya. • Bimbing murid membaca teks. AT: Kongsikan pengalaman sukaneka yang pernah kamu alami di sekolah. Strategi: KB – Menghubungkaitkan Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Kebersihan fizikal dan mental Mengalami Nota Guru Membaca Membaca perenggan dan petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. Aktiviti 2.1.1 (iii) & (iv) BA1: 10–11 Tahniah, kakak!
9 • Bimbing murid menulis perenggan secara mekanis dalam buku latihan. Strategi: KB – Mengecam Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni - Menghargai flora Memindahkan dan fauna Nota Guru Menulis perenggan dengan betulnya dan kemasnya. Pada cuti sekolah yang lalu, ayah telah membawa kami sekeluarga ke Bukit Larut, Taiping, Perak. Pengalaman kami menaiki jip ke puncak Bukit Larut sangat menyeronokkan. Udara di Bukit Larut sungguh nyaman. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Bunyi deruan air dari celah-celah batu sungguh menyegarkan. Saya, ibu dan kakak tertarik akan bunga dan tumbuh-tumbuhan. Ayah, abang dan adik pula gembira menyeberangi titi gantung di situ. Kami tinggalkan Bukit Larut dengan pelbagai kenangan. Kami akan ke sana lagi pada masa akan datang. Aktiviti Bercuti di Bukit Larut 3.1.1 (iii) BA1: 12 Menulis
Seni Bahasa • Bimbing murid menjelaskan maksud simpulan bahasa untuk memudahkan murid bercerita. Strategi: KB – Mengenal pasti KP: Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Kesyukuran Nota Guru Bercerita dan menuturkan dialog yang mengandungi simpulan bahasa. 4.1.1 (i) BA1:13 Aktiviti 10 Adikku Sayang Soo Mei: Banyaknya hadiah yang adik kamu dapat. Tentu dia pandai. Hana: Ya, Soo Mei. Adik saya otak cair dan cepat memahami pengajaran guru. Soo Mei: Budak otak cair biasanya panjang akal juga. Mesti Amar dapat menyelesaikan masalah bahasa dengan mudahnya. Hana: Betul, Soo Mei. Amar bukan sahaja pandai tetapi juga ringan tulang. Dia suka membantu orang lain. Soo Mei: Kalau begitu, pasti Amar menjadi anak emas dalam keluarga kamu. Hana: Ya, Amar memang buah hati semua orang.
... . Kata Nama Khas • Bimbing murid mengenal pasti kata nama khas dalam bahan. Strategi: KB – Menjanakan idea KP: Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Menyayangi haiwan Nota Guru Menggunakan kata nama khas untuk melengkapkan cerita. Hamster Kesayangan Hani Cici ialah hamster kesayangan Hani, kakak Hana. Hani sering bertukar-tukar cerita tentang hamster peliharaannya dengan kawannya yang tinggal di Kota Samarahan, Sarawak. Pada suatu hari ... . Kata nama khas ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk orang, tempat atau benda secara khusus. Contoh: orang – Ramli binatang – Sang Kancil benda – Jalur Gemilang tempat – Malaysia Info Bahasa Aktiviti Hani berasa susah hati kerana Cici sakit. Cici dibawa ke Klinik Comel. Cici dirawat oleh Doktor Ramesh. Hani memberikan ubat kepada Cici. Dia juga memberikan susu berjenama Hamhat kepada Cici. 5.1.1 (ii) BA1:14–15 11
Kata Ganti Nama Diri • Minta murid mengenal pasti kata ganti nama diri yang terdapat dalam teks. Strategi: KB – Mencirikan Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi Menghubungkaitkan Nota Guru Menggunakan kata ganti nama diri mengikut konteks untuk melakonkan dialog. Pertandingan Fotografi Hana: Soo Mei, ayah saya memenangi hadiah pertandingan fotografi. Soo Mei: Wah, hebatnya ayah kamu! Apakah gambar yang dihantar oleh ayah kamu untuk pertandingan itu? Hana: Oh, ayah menghantar gambar percutian keluarga kami di Bukit Larut! Kawan-kawan ayah saya juga menyertai pertandingan itu tetapi mereka hanya mendapat hadiah sagu hati. Walaupun begitu, mereka tetap gembira. Soo Mei: Marilah kita lihat gambar ketika majlis penyampaian hadiah tersebut. Hana: Baiklah, ini gambar-gambarnya ... . Soo Mei: ... . Kata ganti nama diri ialah perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, kedua dan ketiga. Contoh: Kata ganti nama diri pertama – saya, aku Kata ganti nama diri kedua – kamu, engkau Kata ganti nama diri ketiga – dia, mereka, beliau Info Bahasa Aktiviti 5.1.1 (iii) BA1: 16 12
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih sehingga menjadikannya ayat baharu. Contoh: (a) Ali membeli jam. (b) Jam itu mahal. Ali membeli jam yang mahal. Info Bahasa • Bimbing murid menyebut ayat majmuk yang didengari. Strategi: KB – Mengecam Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Bekerjasama Menghubungkaitkan Nota Guru Mengemas Dapur Keluarga Berhemah Mendengar, mengecam dan menyebut ayat majmuk. Aktiviti Mendengar dan Bertutur Unit 3 1.1.1 (iii) BA1: 17 Murid-murid, dengar dan ikut sebutan cikgu. Hana dan Hani membantu ibu di dapur. Mereka membersihkan dapur supaya serangga perosak seperti lipas dan lalat tidak membiak di situ. ... . – busuk – buang Baiklah, cikgu ... . 13
• Bimbing murid memahami perkataan dan ayat yang terdapat dalam teks dengan melakukan aksi yang sesuai. AT: Nyatakan tugas harian kamu di rumah. Strategi: KB – Mengenal pasti BCB: Bacaan luncuran EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab Nota Guru Membaca perkataan dan ayat berdasarkan bahan. Aktiviti 2.1.2 (i) & (ii) BA1:18–20 Agihan Tugas Kami Membaca menyapu mengelap menyusun menyidai Hana dan adik-beradiknya membantu ibu bapa mereka. Mereka melakukan kerja rumah pada hujung minggu. Sementara ibu dan ayah ke pasar, mereka menetapkan jadual tugas masing-masing. Hana ditugaskan untuk menyidai pakaian. Hani akan menyapu lantai di dapur dan ruang tamu rumah. Amin mengelap semua tingkap rumah. Amar pula menyusun kasut di dalam rak. Mereka gembira kerana dapat meringankan tugas ibu dan ayah. 14
Adab ketika Makan Keluarga Hana mementingkan adab ketika makan. Mereka selalu makan bersama-sama. Mereka akan membasuh tangan sebelum dan selepas makan. Tangan dibasuh supaya bersih. Mereka akan membaca doa sebelum makan. Doa dibaca sebagai tanda kesyukuran. Semasa makan, mereka duduk dengan tertibnya. Mereka makan dengan sopannya dan tidak mengambil makanan secara berlebihan. Selepas makan, Amin membantu ibu mengemas meja. Hani membawa pinggan mangkuk yang kotor, manakala Hana membasuh gelas di singki. • Bimbing murid menulis petikan secara mekanis dalam buku latihan. Strategi: KB – Menghubungkaitkan Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi Memindahkan Nota Guru Menulis petikan dengan kemasnya. Aktiviti 3.1.1 (iv) BA1: 21 15 Menulis
• Bimbing murid memahami bandingan semacam dalam teks. Strategi: KB – Menghubungkaitkan KP: Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab Nota Guru Bercerita dan menuturkan dialog dengan menggunakan bandingan semacam. Menziarahi Pak Cik Zamri Hana dan keluarganya pergi ke rumah Pak Cik Zamri. Rumah Pak Cik Zamri indah seperti mahligai. Mereka dibawa ke ruang tamu. Mereka duduk di atas sofa. Alasnya lembut bak sutera. Mak Cik Aini: Jemputlah makan kuih-muih ini. Hana: Wah, rajinnya mak cik membuat kuih! Pak Cik Zamri: Mak Cik Aini ini memang rajin macam semut. Ada sahaja resipi kuih baharu yang dibuatnya. Hana: Sedapnya kuih-muih ini, mak cik. Rasanya manis macam madu. Puan Yasmin: Rasa kuih mestilah manis, Hana. Tiada kuih yang masam seperti cuka, mahupun pahit bagai hempedu. Mereka ketawa mendengar kata-kata Puan Yasmin. Seni Bahasa 4.1.1 (ii) BA1: 22 Aktiviti 16 Info Bahasa Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat dan keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Bandingan semacam biasanya menggunakan perkataan macam, seperti, bagai, umpama, bak dan laksana.
• Bimbing murid mengenal pasti penjodoh bilangan. Strategi: KB – Mengecam Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Baik hati Menghubungkaitkan Nota Guru Menggunakan penjodoh bilangan untuk membina ayat mengikut konteks. Tahniah, Kak Mastura! Aktiviti Penjodoh Bilangan sebuah kamera sekaki payung sebentuk cincin seurat gelang sepasang cermin mata 5.1.1 (iv) BA1: 23–24 Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan bersama dengan kata bilangan untuk membilang sesuatu seperti benda, haiwan, tempat dan lain-lain. Contoh: sepasang kasut sekaki cendawan dua bentuk kerongsang Info Bahasa Mak cik hadiahkan kamu senaskhah novel. Bolehlah kamu baca dalam kapal terbang nanti. Tahniah, Kak Mastura! Terimalah sekotak coklat daripada kami. Terima kasih, mak cik atas hadiah yang diberikan. Terima kasih. 17 Sama-sama, Mastura.
Kata Nama Am, Kata Nama Khas dan Kata Ganti Nama Dr. Norini, Nenek Hana Dr. Norini binti Nawi, nenek Hana. Beliau membuka sebuah klinik di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau merawat pesakit dengan mesranya. Pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di situ amat berpuas hati. Hana dan kakaknya seronok melihat nenek mereka merawat pesakit. Mereka suka melihat beliau menggunakan stetoskop untuk mendengar denyutan jantung pesakit. Hana bercita-cita hendak menjadi doktor seperti neneknya. Dia belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya itu. Berbual dengan menggunakan kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama mengikut konteks. Aktiviti • Minta murid mengenal pasti kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama yang terdapat dalam teks. Strategi: KB – Mengenal pasti KP: Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Prihatin Nota Guru 5.1. 1 (i), (ii) & (iii) 18
1. Itu gerai buah-buahan dan sayur-sayuran. 2. Buah-buahan dan sayur-sayuran dari kampung. 3. Buah-buahan dan sayur-sayuran itu segar. 4. Ibu Amira membeli mangga dan tembikai. Pemulihan Baca perkataan dan ayat. kubis cili mangga tembikai petola pisang sawi peria betik 19
20 A. Lengkapkan teka silang kata. B. Dengan menggunakan ayat di atas, buat sekeping kad ucapan hari lahir untuk ayah kamu. Melintang 1. ______ hari lahir, ayah. 2. Selamat ______ umur. 3. Semoga ayah sentiasa _______ dan gembira. Menegak 4. Terima kasih ayah kerana _______ saya dengan baiknya. 5. Jasa ayah akan _____ dikenang. 6. Saya sayang akan ___. 1 3 5 2 4 6 a a m a t s s t j j g r p g c n s 20 Pengayaan
Lafazkan pantun. Aktiviti Tumbuh cili di tanah pamah, Tanam cendawan juga peria; Saling kenali bersikap ramah, Banyak kawan hidup ceria. Bunga raya bunga selasih, Dijaga dibaja setiap masa; Balai raya perlulah bersih, Saling bekerja pelbagai bangsa. Pohon jati pohon keranji, Di pinggir lata tumbuh cemara; Hormat-menghormati amalan terpuji, Kasih kita kekal terpelihara. Hidup Bersatu Padu TEMA 2 PERPADUAN 21
22 Mendengar dan Bertutur Yahya dan rakan-rakannya bermain permainan “Kerusi Panas”. Yahya mendapat giliran yang pertama. Mendengar dan bertutur untuk menjawab soalan. • Bimbing murid membuat simulasi berdasarkan bahan. Strategi: KB – Menghubungkaitkan KP: Interpersonal EMK: Nilai Murni – Keberanian Nota Guru Sahabat Karib Kenali Rakan Adakah kamu mempunyai rakan baik? Ya, saya ada rakan baik. Hari: Isnin Bahasa Melayu Tarikh: 8 Mac 20 Objektif Pembelajaran: Murid dapat bertutur dan menjawab soalan. Aktiviti 1.1.2 (i) BA1: 25 Unit 4 Siapakah nama rakan baik kamu itu? Saya menganggap dia sebagai rakan baik kerana dia suka menolong saya. ... . ... . Mengapakah kamu menganggap dia sebagai rakan baik kamu? Apakah keistimewaan rakan baik kamu itu lagi?
23 Membaca dan memahami perenggan dan petikan. • Minta murid menjawab pernyataan berdasarkan perenggan dan petikan. Strategi: KB – Mencirikan Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Hormat-menghormati Menghubungkaitkan Nota Guru Aktiviti Membaca Kawan Baikku Rahisin kawan baik Yahya. Dia berasal dari Sabah. Bapanya bernama Zakuan. Ibunya bernama Rusila. Kegemaran Rahisin dan Yahya membaca buku. Mereka selalu berbincang tentang pelajaran. Mereka sangat pandai. Selain itu, Rahisin sangat bertanggungjawab terhadap kawan. Rahisin akan menegur Yahya dengan sopannya jika dia melakukan kesilapan. Yahya menerima teguran dengan hati yang terbuka. Yahya berasa gembira kerana mempunyai kawan yang baik hati dan prihatin seperti Rahisin. 1. Siapakah Rahisin? 2. Nyatakan sifat Rahisin. 2.1.2 (iii) & (iv) BA1: 26–27 bertanggungjawab sopan ... ... pandai
24 Bantu-membantu Yahya ketua Kelas Tahun 2 Mawar. Dia tegas tetapi baik hati. Dia sekelas dengan Soo Mei, Yong Han, Pravin dan Lageswari. Membina dan menulis perkataan dan frasa berdasarkan bahan. • Bimbing murid membina perkataan dan frasa. AT: Lakukan simulasi. Strategi: KB – Membandingkan dan membezakan KP : Visual-ruang EMK: Nilai Murni – Kerjasama Nota Guru Aktiviti Setiap pagi, mereka saling mengingatkan rakan-rakan tentang jadual ____ di dalam kelas. Yahya membantu Yong Han membuang sampah ____. Pravin yang lebih tinggi membantu Yahya memadam papan ____. Soo Mei dan Lageswari bersama-sama ____. 3.2.1 (i) & (ii) BA1: 28–29 tu mengumpul buku tu gas lis latihan ke dalam bakul sampah Menulis
25 Bercerita dan menuturkan dialog yang mengandungi perumpamaan. • Minta murid mengujarkan cerita yang mengandungi perumpamaan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Strategi: KB – Menghubungkaitkan KP: Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Baik hati Nota Guru Aktiviti Seni Bahasa Berbakti kepada Kawan Pada waktu rehat, Yahya terpandang akan rakan baiknya, Yong Han, yang sedang termenung. Yahya susah hati. Dia ingin membantu Yong Han kerana hubungan mereka bagai isi dengan kuku. Akhirnya, Yong Han berjaya untuk menyiapkan kerja sekolah dengan pertolongan Yahya. Yong Han berjanji tidak akan melupakan jasa Yahya. Dia tidak akan bersikap seperti kacang lupakan kulit. 4.1.1 (iii) BA1: 30 Selamat pagi, Yong Han. Mengapakah kamu kelihatan muram? Mari saya bantu kamu. Kita patut saling membantu seperti aur dengan tebing. Selamat pagi, Yahya. Saya susah hati. Kerja sekolah yang diberikan oleh Cikgu Mariam belum saya siapkan. Terima kasih, Yahya. Sungguh mulia hati kamu. Sikap kamu tidak seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
26 Kata Kerja Aktif Transitif Rakanku Tanggungjawabku Pada suatu hari, Yahya terlupa untuk membawa wang ke sekolah. Dia tidak pergi ke kantin untuk membeli makanan. Oleh itu, kawan-kawannya ___. • Bimbing murid mengenal pasti kata kerja aktif transitif. Strategi: KB – Mencirikan PK – Menilai dan mentaksir EMK: Nilai Murni – Prihatin Nota Guru Mengenal pasti dan menggunakan kata kerja aktif transitif mengikut konteks. Aktiviti mengumpulkan _____. memberikan _____. Kata kerja aktif transitifialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek. Contoh: membaca buku, mengelap meja, menyapu sampah Info Bahasa 5.1.2 (i) BA1: 31–32
27 • Bimbing murid melakonkan situasi dan memberikan respons. Strategi: KB – Menghubungkaitkan KP: Interpersonal EMK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat Nota Guru Bantu Jiran Hidup Berjiran Mendengar dan memberikan respons terhadap suruhan. Aktiviti Mendengar dan Bertutur Ayat suruhan ialah ayat untuk memberi arahan atau memerintah seseorang. Info Bahasa ... . ... . 1.1.2 (ii) BA1: 33 Unit 5 Harap kamu berdua jadikan sikap tolong-menolong ini sebagai amalan. Silalah masuk ke rumah mak cik. Terima kasih, Yahya dan Lageswari. Mujur tidak basah pakaian di ampaian. Yahya, minta alihkan ampaian di rumah Wai Hoon. Lageswari, mari tolong saya alihkan ampaian ini. Kemudian, sila masukkan pakaian itu ke dalam bakul. Baiklah, ibu. Saya akan mengalihkan ampaian itu. Baiklah, Yahya. Saya ... .
28 Majlis Pengikat Kemesraan Pada hari Sabtu, Puan Jeya, ibu Lageswari, mengadakan jamuan. Jamuan itu bersempena dengan kejayaan salah seorang anaknya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Pada pagi itu, semua penduduk Taman Rasa Indah daripada pelbagai bangsa berkumpul di rumahnya. Mereka membantu Puan Jeya menyediakan pelbagai juadah. Ibu Yahya memasak nasi kerabu. Beliau dibantu oleh ibu Yong Han. Puan Jeya dan ibu Hana membuat tose. Selepas makanan dan minuman siap disediakan, mereka menikmati makanan dengan gembiranya. Sebelum pulang, Encik Yoga dan rakan-rakannya berkemas. Mereka bergotong-royong dengan membantu Puan Jeya. Puan Jeya terharu dengan sikap kerjasama dan tolong-menolong penduduk Taman Rasa Indah. • Bimbing murid memahami dan mengenal pasti kosa kata. Strategi: KB – Mengenal pasti BCB: Bacaan luncuran dan imbasan EMK: Nilai Murni – Kerjasama Nota Guru Mengenal pasti kosa kata dalam petikan. Membaca Aktiviti 2.2.1 (i) BA1: 34–35 menara gading • Tose ialah makanan India yang dibuat daripada tepung beras. • Nasi kerabu ialah hidangan nasi berwarna kebiruan, yang biasanya dimakan dengan ikan kering, ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman. Info
29 Ibu Sang Kura-kura sungguh terharu. Dia bangga kerana mempunyai jiran yang baik hati. • Minta murid memahami gambar bersiri untuk melengkapkan cerita. Strategi: KB – Menjanakan idea Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Bertimbang rasa Mengembangkan idea Nota Guru Membina dan menulis ayat berdasarkan gambar. Aktiviti 1. Ibu Sang Kura-kura ke rumah Sang Landak. 2. Dia meminta tolong Sang Landak menjaga anaknya. 5. _____ menyuapkan _____. 6. _____ melawat _____. 7. ____________. 8. ____________. 3. Ibu bapa Sang Kura-kura membawa anaknya ke rumah Sang Landak. 4. ________ membawa bekal. Orang Berbudi, Kita Berbahasa Sang Kura-kura demam. Ibu dan bapa Sang Kura-kura susah hati. Mereka hendak pergi bekerja. Mereka tidak sanggup membiarkan Sang Kura-kura bersendirian di rumah. 3.2.1 (iii) BA1: 36 Menulis
Seni Bahasa • Bimbing murid melafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul. Strategi: KB – Mengecam KP: Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi Nota Guru Melafazkan dan mengenal pasti pembayang maksud dan maksud pantun. Seia Sekata Aktiviti Batu geliga batu permata, Cincin suasa di dalam peti; Jiran tetangga saudara kita, Setiap masa perlu dihormati. Asam gelugur dijemur sekata, Di atas para di depan halaman; Tegur menegur sesama kita, Hidup mesra sentiasa aman. Buluh dibelah di halaman rumah, Dibuat para pohon peria; Jiran sebelah bersikap ramah, Kita gembira mereka ceria. Di hujung desa kumpul jerami, Jerami diikat dibuat tikar; Bertimbang rasa saling memahami, Tanda muafakat tanpa bertengkar. Ciri-ciri Pantun Pembayang Maksud Batu geliga batu permata, Cincin suasa di dalam peti; Jiran tetangga saudara kita, Setiap masa perlu dihormati. Maksud 4.2.1 (i) BA1: 37 30
Kata Kerja Pasif • Bimbing murid mengenal pasti kata kerja pasif yang sesuai berdasarkan bahan. Strategi: KB – Menghubungkaitkan Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Keprihatinan Menghubungkaitkan Nota Guru Menggunakan kata kerja pasif untuk membina ayat. Terima Kasih, Jiranku Hujan masih turun. Bas sekolah yang membawa Lageswari telah sampai di hadapan rumahnya. Dia tidak dapat turun. Payung tidak dibawa oleh Lageswari. Ibu Yahya ternampak Lageswari berdiri di tangga bas. Oleh itu, ibu Yahya memberikan payung kepada Yahya. ... . Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Info Bahasa Aktiviti Payung itu diambil oleh Yahya. Dua kaki payung dibawa ... . • • Payung merah diberikan kepada ... . 5.1.2 (ii) BA1: 38–39 digalas dijinjit 31
• Bimbing murid mengenal pasti kata adjektif sifat berdasarkan bahan. Strategi: KB – Mengenal pasti Pembelajaran Konstruktivisme – EMK: Nilai Murni – Kerjasama Menjelaskan idea baharu Nota Guru Menggunakan kata adjektif sifat untuk melengkapkan cerita. Aktiviti Aku mempunyai kusyen yang ... . Tuan aku dapat duduk dengan selesanya. Alas kakiku pula sungguh ... . Seterusnya, tuan aku tidak akan berasa panas kerana penyaman udara aku amat ... . Cermin hadapanku sangat ... . Oleh itu, tuan aku dapat melihat objek dengan jelasnya. Akhir sekali, tayarku berpusing ... semasa tuan aku memandu aku. Kami cepat sampai ke tempat yang dituju. Kata adjektif sifat ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu. Contoh: kasar, wangi dan halus. Info Bahasa empuk sejuk lembut jernih ligat 5.1.3 (i) BA1: 40 Kata Adjektif Sifat Saling Melengkapi Nama aku Proton Ertiga. Ruang di dalam badan aku agak luas. Anggota badanku sangat kukuh. 32
Berbincang dalam Ceria Sepakat Membawa Berkat Mendengar dan Bertutur Unit 6 Aktiviti • Bimbing murid mendengar dan memberikan respons. AT: Lakukan simulasi. Strategi: KB – Menyelesaikan masalah KP: Interpersonal EMK: Nilai Murni – Kerjasama Nota Guru Memberikan respons terhadap pesanan. 1.1.2 (iii) BA1: 41 Rahisin, bapa kamu pula hebat dalam bidang sains. Pesan kepada beliau kami ingin belajar sains. Baiklah. Saya akan … . Wah, bagus idea kamu! Yahya, tolong beritahu ayah kamu, esok kami ingin belajar bahasa Melayu daripada beliau. Yong Han, ibu kamu bijak matematik. Beritahu beliau kami ingin belajar matematik. Baiklah. Saya akan … . 33 Ibu bapa kita mempunyai kepakaran masing-masing. Mari kita belajar daripada mereka. Baiklah, Pravin. Saya akan menyampaikan pesanan kamu kepada ayah saya.
34 Membaca Jiran Sepakat Encik Jamil berbincang dengan kawan-kawannya tentang aktiviti Sarana Komuniti Taman Rasa Indah. Mereka bersetuju untuk mengadakan kelas bimbingan bagi anak-anak mereka. Kelas bimbingan itu akan diadakan secara percuma. Yahya dan kawan-kawannya perlu membawa buku latihan dan buku catatan sahaja. Kelas bimbingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Ada juga kawan-kawan Yahya dari taman lain turut serta. Program sarana ini dapat memberikan faedah kepada anak-anak mereka. Mereka membuat keputusan. Pada malam Isnin, Encik Musa akan mengajar bahasa Inggeris. Pada petang Selasa, Encik Jamil mengajar bahasa Melayu. Ibu Yong Han akan mengajar matematik, manakala bapa Rahisin akan mengajar sains pada setiap petang Sabtu dan Ahad.
35 • Bimbing murid untuk memahami isi tersurat dalam petikan. Strategi: KB – Mengenal pasti BCB: Bacaan Intensif EMK: Nilai Murni – Tanggungjawab terhadap masyarakat Nota Guru 2.2.1 (ii) BA1: 42–43 Mengenal pasti isi tersurat. Aktiviti berbincang dengan kawan-kawan Isi tersurat membuat ... . ... . ... .
36 • Bimbing murid membina perenggan berdasarkan gambar. Strategi: KB – Menjanakan idea Pembelajaran Konstruktivisme – EMK: Nilai Murni – Kerajinan Mengaplikasi dan membina Nota Guru Berkat Kerjasama Membina dan menulis ayat menjadi perenggan. Aktiviti Yahya dan kawan-kawannya menggunakan komputer untuk belajar. Mereka melayari Internet di makmal komputer. Selain itu, Yahya dan kawan-kawannya belajar secara berkumpulan. Mereka saling membantu. ___. ___. • belajar secara berkumpulan • saling membantu • melihat keputusan • berasa gembira • mengucapkan tahniah • berbaris • menerima hadiah • bertepuk tangan • menggunakan komputer • melayari Internet Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkai kata yang digunakan untuk merangkai ayat supaya ada penyambungan idea. Contoh: seterusnya, selepas itu, selain itu,. Info Bahasa 3.2.1 (iv) BA1: 44–45 Menulis
37 Kata Adjektif Warna • Minta murid mengenal pasti kata adjektif warna. Strategi: KB – Mengecam Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Berterima kasih Menghubungkaitkan Nota Guru Menggunakan kata adjektif warna untuk melengkapkan cerita. Aktiviti Kamar Ilmu Yahya dan abangnya membuat label pada rak almari buku di kamar ilmu rumah mereka. Label itu sangat penting agar mereka mudah mencari buku untuk dibaca. Rak kamus dilabelkan dengan warna biru. Pelbagai kamus disusun di rak itu. Rak .... . Kini, kamar ilmu itu lebih kemas. Yahya dan abangnya gembira. Mereka sering membaca buku di kamar ilmu itu. Kata adjektif warna ialah perkataan yang membawa pengertian warna pada objek. Contoh: biru, merah, hijau, jingga, putih dan warna-warna lain. Info Bahasa 5.1.3 (ii) BA1: 46
Kata adjektif ukuran ialah kata yang menerangkan ukuran sesuatu kata nama seperti tebal, luas, panjang dan lain-lain. Info Bahasa • Bimbing murid mengenal pasti kata adjektif ukuran. Strategi: KB – Menghubungkaitkan Pembelajaran Konstruktivisme – EMK: Nilai Murni – Baik hati Menerangkan Nota Guru Menggunakan kata adjektif ukuran untuk melengkapkan cerita. Aktiviti 5.1.3 (iii) BA1: 47–48 panjang tinggi nipis renek pendek tebal Kata Adjektif Ukuran Berat Menjadi Ringan Ayah Hana membantu Hana dan kawan-kawannya membina perpustakaan mini di kelas Hana. Perpustakaan itu di sudut kelas Hana. Pada hari minggu, ayah Hana dan kawan-kawan Hana mula bekerja. Ayah Hana memaku kayu yang panjang untuk dijadikan rak buku.Yahya dan Yong Han menampal kertas warna yang nipis pada dinding. Hana dan Lageswari pula ___. 38
• Bimbing murid mengenal pasti kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif. Strategi: KB- Menghubungkaitkan Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Baik hati Memahami dan menjelaskan Nota Guru Menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif untuk membina ayat. Aktiviti 5.1.2 (i) & (ii) mengemas disusun disuap tersenyum Berbakti kepada Jiran 39 Nek Temah jiran Hana. Pada suatu hari, Nek Temah sakit. Oleh itu, Hana dan ibunya memasak makanan untuk Nek Temah. Mula-mula, Hana memotong sayur dengan pisau di dapur. Sayur itu digoreng oleh ibu Hana. Seterusnya, Hana memasak bubur. Bubur itu disenduk oleh Hana dengan cermatnya. Selepas itu, bubur itu ... kepada Nek Temah. Nek Temah ... kerana berasa gembira. Ibu Hana pula ... pakaian Nek Temah. Pakaian itu ... dengan rapinya. Kata Kerja Aktif Transitif dan Kata Kerja Pasif
Pengukuhan Berikan respons dengan betulnya. Soo Mei, beritahu abang kamu esok Hari Sukan Perpaduan akan diadakan. Baiklah, Pravin. Saya akan beritahu abang saya esok Hari Sukan ... . Akhir sekali, pesan kepada abang kamu supaya memakai pakaian sukan Rumah Merah. Baiklah, ... . 40 Baiklah, Pravin. Saya akan menyampaikan pesanan kamu, iaitu abang saya akan berpasangan dengan ... . Soo Mei, maklumkan kepada abang kamu, bahawa dia akan berpasangan dengan Rahman semasa bermain badminton.
Penilaian Bina perenggan. Bercerita berdasarkan gambar. Yahya pulang dari sekolah. Dia terus ke sangkar kucingnya. Yahya ... . Penduduk Taman Rasa Indah berkumpul di jalan masuk ke taman. Mereka berpakaian yang sesuai untuk bergotong-royong. Mereka menyediakan alatan seperti ____. Selepas itu, mereka ____. • menegakkan tayar • memegang tayar • menyusun batu-bata • menulis nama taman • mengecat tayar • menanam pokok • berkumpul • berpakaian • menyediakan alatan Indahkan Taman membuka mencari membantu melihat 41
42 Bacaan Luas Amalan Kunjung-mengunjung Amalan kunjung-mengunjung ke majlis rumah terbuka sesuatu kaum amat baik. Amalan ini telah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia. Amalan ini bukan sahaja dapat dilihat pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, bahkan juga pada perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Deepavali dan perayaan kaum lain di negara ini. Perpaduan kaum dapat dieratkan semasa sambutan majlis ini. Semua kaum berbual dengan mesranya. Mereka duduk semeja dan makan bersama-sama. Oleh itu, amalan ini dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu hati. Seterusnya, amalan ini dapat melahirkan rakyat yang saling menghormati. Perasaan kasih sayang dapat disemai walaupun berbeza bangsa dan agama. Kita perlu meneruskan budaya ini dalam kalangan masyarakat Malaysia. Budaya ini penting bagi mengekalkan perpaduan antara kaum. (Sumber: diubah suai daripada Berita Harian, 9 November 2015)
Berbual berdasarkan gambar. Aktiviti TEMA 3 KEBERSIHAN DAN KESIHATAN 43