The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURILYANA FASIHAH BINTI SHUKRI
P21084019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURILYANA FASIHAH BINTI SHUKRI IPG-Pelajar, 2024-03-06 23:23:32

BUKU LOG PENGAKAP

NURILYANA FASIHAH BINTI SHUKRI
P21084019

PENGAKAP DISEDIKAN OLEH: NURILYANA FASIHAH BINTI SHUKRI ANGKA GILIRAN: 2021082340448 PENSYARAH: EN. HAJI MOHD SHUKRI BIN MAT YAACOB TARIKH HANTAR: 7 MAC 2024 BUKU LOG


NAMA NURILYANA FASIHAH BINTI SHUKRI ANGKA GILIRAN 2021082340448 NO MATRIK P21084019 UNIT BAHASA MELAYU 7 PROGRAM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH PATROL/ SEKAWAN KUNING KURSUS MPU3431A KOKURIKULUM: UNIT BERUNIFORM NAMA PENSYARAH EN. HAJI MOHD SHUKRI BIN MAT YAACOB BIODATA BIO D A T A MAKLUMAT AHLI UNIT BERUNIFORM PENGAKAP INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU, KELANTAN


PENGHARGAAN Alhamdulillah hirrabil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya juga ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada pensyarah iaitu En. Haji Mohd Shukri Bin Mat Yaacob yang merupakan pensyarah bagi subjek ini, di atas kesudian dalam memberikan tugasan dan sedikit tunjuk ajar dalam usaha menyiapkan buku log MPU3431a ini. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini dilakukan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan- rakan yang yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang menyiapkan tugasan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang tugasan ini disiapkan. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya banyak melakukan kesilapan semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini. Saya juga berharap agar segala ilmu yang diberikan diberkati.


ISI K A N D U N G A N 01 ISI KANDUNGAN 2.0 SEJARAH PENGAKAP 3.0 LAMBANG DALAM PENGAKAP 4.0 BENDERA PENGAKAP 5.0 ISTIADAT RASMI PENGAKAP 6.0 PERSETIAAN PENGAKAP 7.0 LAGU PENGAKAP 8.0 STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP 9.0 PENGURUSAN KEAHLIAN PENGAKAP 10.0 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP 11.0 PANGKAT DAN LENCANA KEMAHIRAN 12.0 LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI 1.0 MAKLUMAT PENGENALAN UNIT


1.0 MAKLUMAT PENGENALAN UNIT


PENGENALAN DEFINISI PENGAKAP Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yangdiilhamkan oleh pengasasnya. MATLAMAT PENGAKAP Untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa. PRINSIP-PRINSIP PENGAKAP Prinsip dalam pergerakan Pengakap boleh didapati daripada Persetiandan Undang-Undang Pengakap. Tiga prinsip pengakap ialah : 1. Kepercayaan kepada Tuhan. 2. Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara. 3. Perkhidmatan kepada diri sendiri. PENGAKAP


2.0 SEJARAH PENGAKAP


SEJARAH Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai “BP” dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London. Pada zaman persekolahan, BP banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolah seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth Baden Powell atau Lord Baden-Powell, seorang tentera Inggeris berpangkat Leftenan Jeneral. Setelah bersara daripada tentera, BadenPowell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku” Aids To Scouting”. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “ Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia. . Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggaldunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84. PENGAKAP


SEJARAH PENGAKAP Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) 2 tahun setelahBP mengasaskan Pergerakan ini di England apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada 2hb Julai 1910. Setelahtamat Perang Dunia ke-II iaitu tepat selepas Merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pegawai Ingeris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap juga ditubuhkan oleh pegawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepasPerang Dunia Ke2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965. Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia. MALAYSIA


RINGKASAN PENUBUHAN 1910: Pulau Pinang oleh R Roberts, GH Goh & George Pykett 1913: Sabah oleh Thomas Cecil Alexander di Sandakan 1915: Pulau Pinang oleh HR Cheeseman di Penang Free School 1915: Sarawak oleh Thomas Cecil Alexander di Kuching (aktif selepas 1930) 1919: Pahang oleh GM Laidlow di Pekan (diaktifkan 1927 oleh HP Hertslet 1922: Kedah oleh EC Hicks, EAG Stuart, RPS Walker & CW Bloomfield 1926: Perak oleh LR Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar 1926: Melaka oleh R Brunstone di Bandar Melaka 1926: Negeri Sembilan oleh R Brunstone, Bird Smith & Roger Smith 1926: Selangor oleh BE Haw di Sekolah Victoria Institution 1927: Terengganu oleh AJ Gracle 1927: Kelantan oleh YM Tengku Ahmad Temenggong 1928: Johor oleh HR Cheeseman di Maktab Sultan Abu Bakar 1931: Perlis oleh Bird Smith & Roger Smith PERGERAKAN PENGAKAP F.C.Sands


3.0 LAMBANG DALAM PENGAKAP


LAMBANG DAN MAKSUD 1) Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga. 2) Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kananmelambangkan Undang-undang Pengakap. 3) Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap. 4) Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. 5) Warna ungu-warna Pengakap Sedunia. 6) Warna putih-kesucian dan kebersihan LOGO PENGAKAP DUNIA


LAMBANG DAN MAKSUD 1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: i. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara ii. Menolong orang setiap masa iii. Menurut undang-undang Pengakap 2. Dua bintang pecah lima berwarna hijau menandakan undang-undang Pengakapyang sepuluh. 3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" 4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" 5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". 6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia" 7. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 8. Warna kuning, hijau, merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unitpengakap iaitu: i. Kuning - Pengakap Kanak-Kanak ii. Hijau - Pengakap Muda iii. Merah - Pengakap Remaja LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA


4.0 BENDERA PENGAKAP


Maksud Logo: 1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang setiap masa Menurut undang-undang Pengakap. 2. Dua bintang pecah lima berwarna hijau menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. 3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap". 4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia". 5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". 6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". 7. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna dirajabagi DuliDuli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 8. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap iaitu: Kuning - Pengakap Kanak-Kanak Hijau - Pengakap Muda Merah - Pengakap Remaja BENDERA RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA


5.0 ISTIADAT RASMI PENGAKAP


ISTIADAT Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak (PKK) dan telah digunakan diseluruh dunia. Istiadat ini dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK. LAUNG AGUNG


ISTIADAT 1.Laung Agung dijalankan terlebih dahulu. 2. Akela bergerak kebulatan di hadapan bendera. 3.Akela memanggil penerima lencana berbarisdi hadapannya (ditengah bulatan). 4.Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yangditerima oleh penerima. 5. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat 6. Akela menyematkan lencana -Lencana Kemajuan di kiri lengan baju -Lencana Kepandaian di kanan lengan baju. 7. Akela bersalam dan ucapan “Syabas”. 8.PKK tabik hormat. 9.Selesai semua -Pek beri sorakan “Tahniah”dan dijawab oleh penerima lencana. 10.PKK balik ke sekawan masing-masing TERIMA ANUGERAH


ISTIADAT 1. Manikayu adalah pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakap yang telah menyempurnakan Kursus Kepimpinan Manikayu iaitu Peringkat Pengenalan hingga Peringkat Keempat. 2. Pengesahan disempurnakan dan diberikan oleh Pasukan Latihan, Persekutuan Pengakap Malaysia. 3. Mereka yang menghabiskan latihan diberikan pengesahan dalam bentuk dua mani kayu pada tali kulit. 4. Penerima Manikayu dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian. TAMAT KURSUS (MANIKAYU)


6.0 PERSETIAAN PENGAKAP


Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut Undang-Undang Pengakap. PERSETIAAN PENGAKAP


1. Berpegang teguh kepada pelaksanaan prinsip-prinsip kepengakapan yang dilafazkan yang menjurus kepada kebaikan dan kesejahteraan hidup. 2. Dapat memahami, menghayati dan mempraktikkannya dalam kehidupanseharian. 3. Melahirkan insan daripada segi JERIS melalui pengamalan Persetiaan Pengakap. TUJUAN PERSETIAAN PENGAKAP


7.0 LAGU PENGAKAP


LAGU RASMI Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia. PENGAKAP


8.0 STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP


Startup Business Plan 03


CARTA ORGANISASI PENGAKAP IPG KAMPUS KOTA BHARU PESURUHJAYA EN.ZULKIFLIBIN YUSOF PENOLONGPESURUHJAYA EN.HAJIMOHD SHUKRIBIN MATYAACOB PENOLONGPESURUHJAYA DR.WANADIBINYUSOF


PERINGKAT IPG KAMPUS KOTA BHARU


9.0 PENGURUSAN KEAHLIAN PENGAKAP


PENGURUSAN KEAHLIAN PENGAKAP PERATURAN PENDAFTARAN: 1.PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP DIPERBAHARUI SETIAP TAHUN 2.PENDAFTARAN KEAHLIAN BERMULA BULAN MAC TERTAKLUK DIBAWAH AKTA : AKTA PARLIMEN 1968, AKTA (PERBADANAN) PERSEKUTUAN PENGAKAPMALAYSIA PINDAAN AKTA 143, TAHUN 1974 PINDAAN AKTA 409,TAHUN 1989 3. YURAN KEAHLIAN YURAN PENGAKAP KANAK-KANAK 1.BERMULA TAHUN 2018, YURAN KEAHLIAN =RM7 PENGAKAP KANAK-KANAK,PENGAKAP MUDA DAN PENGAKAP REMAJA 2. 3.YURAN SEBELUMNYA =RM5 YURAN PENGAKAP DEWASA 1.PENGAKAPDEWASA =RM10 BARISAN PEMIMPIN, JAWATANKUASA KUMPULAN, AHLI MAJLIS & PESURUHJAYA 2.


TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN PENGAKAP PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN KUMPULAN Apabila mendapat kelulusan dari Persekutuan Tempatan dan PesuruhjayaPengakap Daerah, maka bakal pemimpin hendaklah: Seorang yang dewasa berusia lebih dari 18 tahun 6 bulan dan menjadi pemimpinboleh menubuhkan kumpulan dengan menulis surat kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah/ Setiausaha Persekutuan Tempatan untuk menyatakan tujuannya atau penerangan cara menubuhkan Pasukan Pengakap. Bila Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan Persekutuan Pengakap Tempatan berpuas hati maka 3 keping borang PPM –(8) akan dikirimkan kepada pemimpin berkenaan untuk dipenuhkan. Setelah lengkap dan ditandatangani oleh Kuasa Penganjur (Guru Besar) dan bakal pemimpin, hendaklah dihantar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia melalui Pesuruhjaya Pengakap Negeri. a) Menubuhkan jawatankuasa Kumpulan dengan secepat mungkin dan tidak lewat dari 3 bulan setelah kumpulan ditubuhkan. b) Pasukan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 3 patrol dan tidak lebih dari 6 patrolmempunyai sejumlah 18 / 48 orang ahli. Apabila lebih dari dua unit maka hendaklah ada seorang Pemimpin Kumpulan, 2 orang pemimpin dan beberapa orang penolong pemimpin. Jika satu unit sahaja maka hendaklah ada seorang pemimpinbertugas dan beberapa orang penolong-penolongnya mengikut keperluan kumpulan itu. c) Menegaskan tentang keagamaan dalam pengakap supaya perjalanan kumpulanitu mengikut nilai-nilai agama. d) Menentukan semua ahli pengakap menerima latihan sepenuhnya mengikut skim latihan. e) Menolong kumpulan itu untuk mendapatkan tempat atau rumah yang sesuai danperalatan latihan untuk berlatih. f) Pemimpin mesti patuh akan Dasar, Pertubuhan dan Perlembagaan PersekutuanPengakap Malaysia Bagi ibu pejabat: Ibu pejabat menerima borang PPM-8 dua salinan yang akan dikembalikan ke Pesuruhjaya Negeri dan Persekutuan Tempatan untuk direkodkan. Usaha seterusnya oleh kumpulan ialah pembayaran pendaftaran keahlian dan kumpulan dengan memenuhkan borang PPM 1 (A) dan PPM (B). Bayaran adalah seperti: Borang pendaftaran kumpulan RM 10.00 Borang pendaftaran ahli pengakap RM 3.00 Bayaran pendaftaran pemimpin / ahli biasa RM 5.00


Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftarannya bersekali dengan keahliannya, maka kumpulan itu tidak dibenarkan menjalankan latihan atau perjumpaan dan tidak dibenarkan untuk ahli-ahlinya memakai uniform pengakap. Kumpulan itu dengan sendirinya digantung keahliannya mengikut peraturan perlembagaan Persekutuan peraturan 44 –46 dan 47. Dalam masa penggantungan, semua latihan kumpulan dan pemimpinnya secara automatik digantung keahlian kepemimpinnya serta tauliahnya mengikut peraturan 80 PPM. . Walau bagaimanapun, penggantungan ini adalah sementara sehingga kumpulan itu memperbaharui pendaftaran keahliannya. Pihak Persuruhjaya Daerah akan memaklumkan kepada kuasa penganjur tentang kesalahan perkara ini. Pihak Pesuruhjaya Daerah akan menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah pemimpin setelah pendaftaran disempurnakan kemudian. PERATURAN DAN PEMBATALAN KUMPULAN


PENTADBIRAN KUMPULAN A) Majlis Kumpulan C) Majlis Ketua Patrol Keanggotaan Majlis Kumpulan hendaklah terdiri daripada: i) Seorang Pengerusi ii) Seorang Setiausaha iii) Seorang Bendahari iv) Sekurang-sekurangnya 7 orang ahli jawatankuasa v) Pemimpin kumpulan adalah sebagai ahli tasmi bagi mewakili Majlis Pemimpin Kumpulan. vi) Kuasa Penganjur adalah sebagai penasihat Pemimpin kumpulan hendaklah menubuhkan Majlis Ketua Patrol yang terdiri daripada ketua-ketua patrol dan penolongnya. i) Pemimpin kumpulan / pemimpin bertugas –Pengerusi ii) Seorang pemimpin dilantik - Setiausaha iii)Semua pemimpin dan penolong pemimpin - Jawatankuasa B) Majlis Pemimpin Kumpulan


TAULIAH-TAULIAH DALAM PENGAKAP PEMIMPIN KUMPULAN HENDAKLAH MEMOHON TAULIAH TETAP/SEMENTARA PEMIMPIN KEPADAPESURUHJAYA DAERAH UNTUK PEMIMPIN-PEMIMPIN SEPERTI BERIKUT: A) TAULIAH TETAP – KEPADA PEMIMPIN YANG TELAH MENGHADIRI DAN LULUS KURSUSKEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT II. B) TAULIAH SEMENTARA– KEPADA PEMIMPIN YANG BELUM MENGHADIRI SEBARANG KURSUSKEPIMPINAN MANIKAYU. C) TANPA TAULIAH– PEMIMPIN YANG TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG TAULIAH, MAKA IANYATIDAK BOLEH MENJALANKAN LATIHAN KEPADA AHLI PENGAKAPNYA.


TUGAS-TUGAS MAJLIS PEMIMPIN A) Buku log Kumpulan C) Butiran peribadi Unit Pengakap 1.Kedatangan ahli unit tiap-tiap perjumpaan . 2.Perharian. 3. Stok alatan kumpulan. 4. Persediaan mengajar atau program latihan 5.Kutipan yuran. 1.Nama ahli, No. K.Pengenalan. 2.Tarikh lahir, bangsa , agama, kesihatan. 3.Nama ibu bapa, alamat keluarga. 4. Kecenderungan dan minat. Pemimpin unit hendaklah terlebih dahulu membuat surat kebenaran murid atau pelajar yang ingin memasuki unit pengakap dari ibubapa mereka. Surat kebenaran ini hendaklah disimpan dan difailkan. B) Surat kebenaran ibubapa / penjaga


10.0 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP


PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN PENGAKAP


PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP


11.0 PANGKAT DAN LENCANA KEMAHIRAN


Setelah lulus Lencana Keahlian, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan SATU (1) Lencana WAJIB mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut. Pilihannya adalah: a) Ahli Renang b) Penunggang Basikal LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP LENCANA WAJIB (MINAT) Sebelum dilantik menjadi ahli, seseorang kanak-kanak itu akan diuji dalam perkara-perkara yang terkandung dalam silibus Lencana Keahlian.


LENCANA KEMAJUAN Sebelum layak menjalani ujian dalam silibus Lencana Keris Gangsa, seseorang Pengakap Kanak-kanak mestilah lulus Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. PENGAKAP KANAK-KANAK Setelah lulus Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-kanak - Lencana Keris Gangsa, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana seperti gambar di atas.


SELANG TARIKH LULUS ANTARA LENCANA KERIS GANG SA DENGAN KERIS PERAK ADALAH 6 BULAN. LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK Setelah lulus Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-kanak - Lencana Keris Perak, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandalan dalam Kategori Pengetahuan mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana seperti dalam gambar di atas.


Setelah lulus Lencana Kepandaian - Kategori Pengetahuan, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana seperti berikut: LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK Sebelum layak lulus Lencana Keris Emas, seseorang Pengakap Kanak-kanak mestilah lulus Lencana Keris Perak dan Lencana Kepandaian (DUA Lencana Kategori Pengetahuan dan DUA Lencana Kategori Perkhidmatan) terlebih dahulu


Setelah memperolehi kesemua Lencana Kepandaian iaitu Kategori Kegemaran (2 lencana), Pengetahuan (2 lencana) dan Perkhidmatan (2 lencana), Pengakap Kanak-kanak itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan Lencana Kemajuan Keris Emas. Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak- kanak sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggungjawab dan kepimpinan seperti Kepimpinan Ketua Enam Sekawan, khidmat Masyarakat, aktiviti luar dan Pertolongan Cemas. LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGATAN: SELANG TARIKH LULUS ANTARA LENCANA KERIS PERAK DENGAN KERIS EMAS ADALAH 6 BULAN


LENCANA PANGKAT PENGAKAP REMAJA


SKIM LENCANA LENCANA PERKHIDMATAN


12.0 LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI MINGGUAN


MINGGU/ TARIKH AKTIVITI LAPORAN MINGGU 1 8-12 JAN PENGENALAN, DASAR DAN TUJUAN KEPENGAKAPAN: 1. SEJARAH KEPENNGAKAPAN ORGANISASI NEGERI, IBU PEJABAT PPM, PERGERAKAN PERGERAKAN PENGAKAP SEDUNIA (WOSM) DAN KAWASAN ASIA PASIFIK (APR) PERLEMBANGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP PERSETIAAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP DASAR KEAGAMAAN MINGGU 2 15-19 JAN 1. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN REKOD DAN DOKUMEN KUMPULAN SKIM LATIHAN MANIKAYU SEJARAH KEPENGAKAPAN MINGGU 3 22-26 JAN 2. PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP DAN SELAMAT DARIPADA BAHAYA: PROTOKOL PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP PEMAKAIAN LENCANA DAN TANDA PANGKAT STANDARD OPERASI PROSEDUR (SOP) PENGURUSAN RISIKO POLISI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK KOD ETIKA PEMIMPIN MINGGU 4 29 JAN- 2 FEB 3. UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK) PROGRAM LATIHAN PKK SKIM LATIHAN PKK MERANCANG PROGRAM ORGANISASI PPM KUMPULAN, DAERAH DAN NEGERI-NEGERI. LAPORAN MINGGUAN Pada minggu ini, kami melaksanakan aktiviti Pengenalan, Dasar, dan Tujuan Kepengakapan yang memberi fokus kepada beberapa aspek penting berkaitan dengan gerakan Pengakap. Ini merangkumi sejarah kepengakapan, organisasi negeri dan Struktur PPM, Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM) dan Kawasan Asia Pasifik (APR), Perlembagaan Persekutuan Pengakap:, Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap dan dasar keagamaan. Aktiviti mingguan ini memberi kami semangat untuk terlibat secara aktif dalam menyumbang kepada masyarakat terutamanya sebagai pemimpin pengakap di sekolah nanti. Dalam aktiviti mingguan inikami menumpukan kepada aspek penting dalam penyelenggaraan kumpulan Pengakap. Pengetahuan tentang Skim Latihan Manikayu dan pemahaman tentang sejarah gerakan Pengakapmengalakkan kami mencapai potensi maksimum dalam berpengakap. Dalam aktiviti minggu ini, kami menumpukan aspek keselamatan dan etika dalam gerakan Pengakap, dengan memfokuskan kepada pakaian seragam, penggunaan lencana, pengurusan risiko, perlindungan kanak-kanak, dan etika pemimpin. Protokol pakaian seragam Pengakap penting bagi menunjukkan identiti dan kesatuan kumpulan. Kami juga memahami bahawa keselamatan adalah keutamaan dalam setiap aktiviti Pengakap. Hasilnya, kami dapat memastikan bahawa setiap aktiviti yang dijalankan adalah selamat, beretika, dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat. Dalam aktiviti mingguan ini, kami menumpukan pembentukan Unit Pengakap Kanak-Kanak (PKK) dan merancang program latihan. Dengan melakukan aktiviti ini, kami dapat menyediakan platform yang menyeronokkan dan bermakna bagi kanak-kanak untuk mempelajari nilainilai, kemahiran, dan sikap yang penting dalam berpengakap.


MINGGU/ TARIKH AKTIVITI LAPORAN MINGGU 5 5-9 FEB 5. ISTIADAT PENGAKAP ISTIADAT LAUNG AGUNG ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA MINGGU 6 10-16 FEB CUTI PERTENGAHAN SEMESTER MINGGU 7 19-23 FEB 6. PERMAINAN PENGAKAP, LAGULAGU PENGAKAP DAN YELL PERMAINAN PENGAKAP, LAGULAGU PENGAKAP DAN YELL MINGGU 8 26 FEB- 1 MAC 7. SISTEM BERPATROL PERANAN PATROL (SEKAWAN) AHLI DAN TUGAS PATROL (SEKAWAN) INGGU 9 4-8 MAC 8. AKTIVTI ASAS PKK (KEMAHIRAN BERPENGAKAP) IKATAN DAN SIMPULAN REFLEKSI MINGGUAN BIO D A T A Dalam aktiviti mingguan ini, kami menumpukan kepada istiadat Pengakap yang merangkumi istiadat laung agung dan istiadat menaikkan bendera.Kami menyedari betapa pentingnya istiadat rasmi Pengakap. Kami menghargai nilainilai yang disampaikan melalui istiadat Pengakap. Tiada laporan. Dalam aktiviti mingguan ini, kami menumpukan kepada permainan Pengakap, lagu-lagu Pengakap, dan yell. Permainan Pengakap, lagulagu Pengakap, dan yell adalah elemen penting dalam membentuk identiti Pengakap dan memupuk semangat kesatuandi kalangan ahli. Semasa aktiviti mingguan ini, kami menumpukan kepada sistem berpatrol dalam gerakan Pengakap yang merangkumi peranan dan tugasan ahli dalam patrol (sekawan). Kami memahami pentingnya sistem berpatrol dalam Pengakap yang memperkukuhkan kesatuan, kerjasama, dan tanggungjawab di antara ahli. Aktiviti mingguan ini melibatkan kerjasama untuk mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan. Dalam aktiviti mingguan ini, kami menumpukan kepada aktiviti asas PKK yang melibatkan pembelajaran kemahiran berpengakap, terutamanya dalam konteks ikatan dan simpulan. Melalui aktiviti ini, saya memperoleh pengalaman yang berharga dalam pembelajaran kemahiran asas Pengakap dan memperkukuhkan kemahiran-kemahiran dalam berpengakap.


Click to View FlipBook Version