The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR DAERAH PONTIAN TAHUN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rozitahmk.rmk, 2021-04-18 09:09:20

SMKDPB BUKU SKRAP DIGITAL 1

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR DAERAH PONTIAN TAHUN 2021

BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH PEMIMPIN
JOHOR

TAHUN 2021

Biodata
Pendidikan
Kerjaya
Sumbangan
Nilai Kepimpinan

GabenorBank Negara
WanitaPertamaDi Malaysia

Y.M Tan Sri Dato’Seri Dr. Ungku Zeti Akhtar

MAKLUMAT PESERTA

Nama Peserta : Nur Fatin Raudhah Binti Mohd Fadzel

Kelas : 3 Anggerik

Alamat emel : [email protected]

Nama dan alamat sekolah : SMK Dato’ Penggawa Barat,

Jln Pt. Mesjid 82000 Pontian Johor

Buku Skrap Digital
Tokoh Pemimpin Johor

Daerah Pontian
Tahun 2021

PENDAHULUAN

Y.M Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar Binti
Ungku Abdul Aziz menjadi wanita pertama menyandang
jawatan paling terkemuka dalam dunia perbankan negara
iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia.

Beliau merupakan anak tunggal kepada tokoh
ilmuwan terkenal, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz dan
tokoh budayawan negara, Sharifah Azah Aziz. Tan Sri Dr.
Zeti dianugerahkan dengan kebijaksanaan yang diwarisi
daripada kedua orang tuanya menjadikan beliau seorang
yang sangat berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Beliau juga digelar sebagai pemimpin kewangan
negara dan telah menjadi salah seorang wanita yang

paling berkuasa di Malaysia.

Perkembangan Tan Sri Dr. Zeti dari masa ke
semasa di dalam percaturan ekonomi negara sebagai
seorang pemimpin yang bertanggungjawab di dalam
institusi tertinggi kewangan Malaysia cukup
menyakinkan bahawa beliau adalah permata tak ternilai
yang dimiliki
oleh Malaysia.

Kedudukan dan kestabilan ekonomi berserta nilai
mata wang Malaysia sebenarnya bukan hanya bersandar
pada perancangan dan keputusan pemimpin politik
seperti Perdana Menteri dan menteri kewangan namun ia
sangat berkait rapat dengan keputusan yang diambil oleh
seseorang Gabenor Bank Pusat.

Maka, saya berpendapat, dengan kredibiliti dan
kehebatan beliau, sangat tepat pemilihan Tan Sri Dr Zeti
sebagai bahan kajian bagi Buku Skrap Digital Tokoh
Pemimpin Negeri Johor ini.

Pembikinan Buku Skrap Digital Tokoh Pemimpin
Negeri Johor ini juga telah memberikan pengalaman
dan kemahiran baharu buat saya.

BIODATA TOKOH

Nama Penuh : Y.M. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ungku Zeti
Akhtar binti Profesor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz
Nama Panggilan : Tan Sri Dr. Zeti
Umur : 74 tahun pada ketika buku skrap ini dikemaskini
Tarikh lahir : 27 Ogos 1947
Tempat Lahir : Johor Bahru, Johor
Nama Bapa : Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz
Ungku Abdul Hamid
Nama Ibu : Sharifah Azah Aziz
Nama Suami : Dato’ Dr Tawfiq Ayman
Adik beradik : Alif Ayman dan Aziz Ayman
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Bangsa : Melayu
Sekolah Menengah : Sekolah Menengah Assunta, Petaling
Jaya
Pengajian Tinggi dan Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda
Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal, Sarjana dan
Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi
antarabangsa

PENDIDIKAN
TOKOH

Anak kelahiran negeri Johor ini telah mendapat
pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling
Jaya pada tahun 1958.

Beliau telah melanjutkan pelajaran dan memiliki
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi
Analitikal) daripada Universiti Malaya pada tahun 1970
dan seterusnya memiliki Sarjana dan Doktor
Falsafah Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa
(PhD) daripada University Pennsylvania, Amerika
Syarikat pada tahun 1978.

Pada Jan 2006, Tan Sri Dr Zeti telah menerima
anugerah Doktor kehormat undang-undang oleh
Canselor University of Nottingham, Profesor Fujia
Yang.

Anugerah Doktor kehormat undang-undang
oleh Canselor University of Nottingham

Di Bangkok 2015, Tan Sri Dr. Zeti telah
dianugerahkan Pingat Dekan Wharton (Wharton
Dean's Medal) oleh Wharton School of the
University of Pennsylvania atas pencapaian dan
kejayaannya mengemudi ekonomi Malaysia.

Anugerah tersebut merupakan penghargaan
tertinggi kepada alumni universiti yang membawa
impak besar kepada ekonomi Asia dan global.

KERJAYA TOKOH

Tan Sri Dr. Zeti telah memulakan kerjaya
sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan
Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East
Asia Central Bank Training & Research Centre) pada
tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik
sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank
Negara Malaysia.

Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai
Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia.

Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai
Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas
Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri.

Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik
sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan
wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dari tahun
1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga
Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.

Pada 20 April 2011, Tan Sri Dr. Zeti telah
dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara
Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat
kuasa 1 Mei 2011.

Tan Sri Dr. Zeti bersama ayah dan anak beliau, Alif Ayman
di Majlis sambutan Maal Hijrah 1432H

Anugerah yang pernah diterima :
 Tan Sri Dr Zeti adalah pemenang

anugerah Tokoh Maal Hijrah 2010. Di
peringkat antarabangsa beliau turut
menyumbang kepada penerimaan global
kewangan Islam.
 Pada tahun 2010 juga beliau telah
dianugerahkan sebagai Gabenor Terbaik
Bank Pusat Asia oleh majalah Emerging
Markets.
 Tan Sri Dr. Zeti dipilih sebagai Ketua Bank
Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global
Finance pada 13 September 2010.
 Pada tahun 2009, majalah Global Finance telah
menamakan Tan Sri Dr. Zeti sebagai salah
seorang Ketua Bank Pusat Terbaik dunia.

Anugerah disampaikan oleh Pengerusi Euromoney
Padraic Fallon di Washington

 2005- majalah Euromoney telah menamakan Tan
Sri Dr. Zeti sebagai ketua bank pusat dunia terbaik.

 2004 - Majalah The Banker terbitan Financial
Times telah menamakan Tan Sri Dr. Zeti sebagai
ketua bank pusat dunia terbaik.

 2003, majalah Emerging Markets telah menamakan
Tan Sri Dr. Zeti sebagai gabenor bank pusat Asia
terbaik.

2007 : Anugerah "London Sukuk Summit" -
Sumbangan luar biasa untuk pembangunan Pasaran

Modal Islam (Islamic Capital Market).

 Jun 2, 2001 - P.S.M. Panglima Setia Mahkota,
Agong. Tan Sri

 Sep 2000 - D.K. Darjah Kerabat Yang Amat
Dihormati Rakyat Kedua,Johor.

 Aug 2000 - Wanita Paling Berkuasa dalam
Bidang Kewangan, Global Finance Magazine.

 Aug 2 - 2000 Tun Fatimah Gold Medal in
conjunction with the Wanita 2000 celebration.

 Apr 8 - 1998 D.P.M.J. Dato' Paduka Makhota
Johor, Dato‘.

SUMBANGAN
TOKOH

Hasil pentadbiran Tan Sri Dr. Zeti di Bank
Negara, Malaysia berjaya menjalani pemulihan
daripada krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia
lebih pantas daripada yang dijangka. Kewangan negara
kembali pulih seperti sedia kala di bawah pentadbiran
beliau hasil pelbagai strategi berkesan yang beliau
perkenalkan. Ia memberi impak positif kepada sektor
ekonomi dan kewangan. Kepakaran dan kewibawaan
bukan hanya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia bahkan
juga oleh dunia kewangan antarabangsa.

Di bawah pentadbirannya juga, Perbankan Islam
giat dipromosi di Asia Barat. Beliau sendiri mengakui
bahawa industri kewangan islam menawarkan pelbagai
rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan islam
yang kompleks lagi canggih. Ketika bercakap dalam
sidang kemuncak Kewangan Islam Tahunan ke -8,
beliau menyatakan tentang perlunya untuk
mengukuhkan kestabilan dan kedudukan sistem
kewangan islam.

Diperingkat antarabangsa Dr Zeti telah
mendapat pengiktirafan sebagai Gabenor Bank Pusat
yang terbaik di dunia. Beliau sering diberi
penghormatan untuk diberi ucaptama di forum-forum
kewangan antarabangsa sebagai wakil asia.

Malah, kumpulan G7 turut memberi
pengiktirafan kepada beliau apabila diundang untuk
memberi taklimat mengenai perbankan Islam kepada
pemimpin G7 di satu persidangan di Washington,
Amerika Syarikat.

Pada tahun 2003, beliau telah terpilih sebagai
Gabenor Bank Pusat Terbaik Asia dalam satu pungutan
suara di kalangan penganalisis kanan bank-bank
seluruh dunia ketika Mesyuarat Tahunan Tabung
Kewangan Antarabangsa (IMF) di Dubai.

Segala kepakaran Tan Sri Dr. Zeti di dalam

bidang ekonomi dan kewangan sedang membantu

dan membentuk kestabilan kewangan negara

sehingga ada kalanya rakyat tidak terasa kesannya

biarpun terjadi kejatuhan dan

kelembapan ekonomi pada negara Asia Tenggara

mahupun dunia yang turut melibatkan Malaysia.

Buktinya, pada 13 September 2010, Tan Sri
Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat
Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia
berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran
pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan
pengurusan kadar faedah.

NILAI KEPIMPINAN
YANG BOLEH
DICONTOHI

Tahap kesabaran dan semangat tinggi Tan
Sri Dr. Zeti bukan hanya mampu berfikiran positif
dan terus maju malah mampu bertahan dan
bertolak ansur dengan gelagat rakyat hinggalah
pemimpin tertinggi di dalam politik.

Beliau memiliki pelan dan idea baru untuk
terus mengembangkan semua sektor yang berkait
rapat dengan ekonomi dan kewangan negara. Semua
kepakaran dan pengalaman beliau digunakan untuk
mendapatkan yang terbaik bagi Malaysia.

Tan Sri Dr. Zeti merupakan pemimpin yang
bertenaga tinggi dan berkekalan. Menurutnya,
kepimpinan seperti ini adalah suatu keperluan yang
sangat penting untuk masa hadapan.

Beliau berkata syarat itu kini menjadi lebih
penting dalam persekitaran semasa dan akan datang
berikutan persekitaran ekonomi dan kewangan
global yang telah berubah sejak dua dekad lepas
yang menjadi saling berkaitan, kompleks dan
kompetitif.

Beliau berkata dunia juga menjadi semakin
tidak stabil dan tidak boleh diramalkan, dengan
kejutan dan krisis berterusan yang memerlukan
pemimpin memiliki pengurusan yang berkesan.

PENUTUP

Mengikut pembacaan dan kajian yang telah
dijalankan sepanjang pembikinan buku skrap ini, idea
dan buah fikiran yang disampaikan Tan Sri Dr. Zeti
cukup cermat dan berhati-hati kepada umum. Beliau
pernah menempuh satu tempoh yang sukar dalam dunia
kewangan Malaysia.

Apa yang lenih menakjubkan beliau berjaya
menempuh cabaran yang melanda kewangan Malaysia
dengan jayanya sehingga diiktiraf dunia bagaimana Tan
Sri Dr. Zeti berjaya memimpin dan menguruskan dasar
monetari negara Malaysia dengan baik sekali.

Kesimpulannya, beliau boleh dianggap sebagai
‘Wanita Besi yang Tegas’ (truly an iron lady)

SUMBER
RUJUKAN

Bahan dalam talian :

http://numiscat.blogspot.com/2015/01/tan-sri-
dato-ungku-dr-zeti-akhtar.html#ixzz6s4jj2PS3
https://www.beritasemasa.com.my/biodata-zeti-
akhtar-aziz

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/dr-zeti-
kongsi-kisah-kejayaan-25343
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/5/2014
/10/8975/kepimpinan-bertenaga-perlu-untuk-maju-
kata-zeti

https://wallpapercave.com/johor-darul-tazim-fc-
wallpapers

http://penatokoh.blogspot.com/2014/04/tan-sri-dr-
zetti-akhtar-aziz.html


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad
Next Book
Modul Irisan Kerucut Kelas XI MIPA