The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohamad Safwandi, 2019-09-13 22:00:24

Dokumen Muktamar 40 ABIM Sarawak

Dokumen Muktamar 40 ABIM Sarawak

Keywords: muktamar,abim,abim sarawak

MUKTAMAR ABIM NEGERI KE-39

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak
04 Ogos 2018 / 22 Dhulqaidah 1339H
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, Kuching

MINIT MUKTAMAR

MUKTAMAR ABIM NEGERI KE-39
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak

Tarikh : 04 Ogos 2018 / 22 Dhulqaidah 1339H
Tempat : Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sarawak, Kuching
Masa : 02:00 petang – 04:30 petang
Kehadiran : Rujuk Senarai Kehadiran yang dilampirkan

AGENDA 1
TAKLIMAT, PENGESAHAN DOKUMEN DAN PERLANTIKAN AJK MUKTAMAR
ABIM NEGERI

1.1 Sidang dimulakan oleh Saudara Mohammad Fazril bin Mohd Saleh, Setiausaha
ABIM Negeri Sarawak, dan seterusnya menjemput pimpinan dan AJK ABIM sesi
2017/2018 untuk mengambil tempat di hadapan.

1.2 Beliau menyatakan bahawa persidangan Muktamar kali ini merupakan
persidangan pertama kali diadakan setelah pendaftaran ABIM Negeri Sarawak
beserta cawangan-cawangan Daerah berjaya didaftarkan di bawah Pejabat
Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Sebelumnya, ABIM Negeri Sarawak
didaftarkan di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS).

1.3 Pendaftaran diluluskan dengan pengeluaran Sijil Perakuan Pendaftaran bertarikh
02 Ogos 2018. Walau bagaimanapun, ABIM Sarawak hanya mendapat maklum
berhubung perkembangan tersebut pada awal bulan Oktober 2018. Oleh yang
demikian, Muktamar Sanawi kali ini diadakan khas bagi memenuhi keperluan
berpersatuan, dengan mengambil kesempatan program yang dianjurkan oleh
ABIM Sarawak pada ketika ini.

1.4 Beliau seterusnya mengumumkan barisan Ahli Jawatankuasa untuk
mengendalikan persidangan MBI pada kali ini. Calon-calon bagi Jawatankuasa
tersebut adalah seperti berikut:

Pengerusi : Encik Zulrusydi bin Haji Hol
Pencatat : Siti Fatimah Binti Julai
JK Pemandu : Noratirah Binti Rambli
JK Tauliah : Luqmanul Hakim bin Suffian

1.5 Cadangan bagi penamaan jawatankuasa tersebut telah diterima oleh Saudari
Suriani binti Su‟aidi, perwakilan ABIM Daerah Samarahan dan disokong oleh
Saudara Muhammad Zhariff Bin Azhari dari perwakilan ABIM Daerah Kuching

1

1.6 Pengerusi tetap dijemput untuk memulakan persidangan.

AGENDA 2
PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MUKTAMAR KE-38

2.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan pimpinan dan AJK ABIM, semua
perwakilan dan hadirin-hadirat yang hadir ke persidangan ini. Pengerusi
menambah bahawa muktamar pada kali ini merupakan satu agenda penting untuk
kita bermuhasabah diri dan menambahbaik dari sesi muktamar yang lepas.
Pengerusi mempersilakan Saudara Setiausaha ABIM Negeri untuk
membentangkan Minit Muktamar Sanawi ke-38 dan meminta para perwakilan
menyemak dan seterusnya membuat pengesahan.

2.2 Saudari Mohammad Fazril bin Mohd Saleh, selaku Setiausaha ABIM Negeri
membentangkan minit Muktamar Sanawi ke-38.

2.3 Saudari Kathy Amalina binti Salleh Dicky dari Perwakilan ABIM Daerah Bintulu
mencadangkan agar minit tersebut diterima dan disokong oleh Saudari Syarifah
Fatin Awatif dari Perwakilan ABIM Daerah Kuching

AGENDA 3
PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN TAHUNAN 2017/2018

3.1 Saudara Setiausaha Negeri membentangkan laporan tahunan ABIM sesi
2017/2018 dan memohon semakan oleh para perwakilan.

3.2 Saudari Rahmatulhuda Bt Khalidi dari perwakilan ABIM Daerah Bintulu
mencadangkan agar laporan tersebut diterima dan disokong oleh Saudara
Muhammad Zhariff Bin Azhari, perwakilan ABIM Daerah Kuching

AGENDA 4
PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR 30
JUN 2018

4.1 Setiausaha Kewangan ABIM Negeri mengalu-alukan muktamirin dan muktamirat
yang hadir. Beliau seterusnya membentangkan ringkasan laporan kewangan ABIM
yang berakhir pada 30 Jun 2017. Beliau membuka ruang kepada para muktamirin
sekiranya ada perkara berbangkit tentang laporan tersebut.

4.2 Saudara Mohd Raufa Aminuddin Bin Abdul Raub dari Perwakilan ABIM Daerah
Samarahan mencadangkan Laporan Kewangan disahkan dan disokong oleh
Saudara Mohamad Afiq Asyraf bin Soepirman, Perwakilan ABIM Daerah
Kuching.

2

AGENDA 5
UCAPAN PENGGULUNGAN YDP ABIM NEGERI DAN PEMBUBARAN SAF
PIMPINAN 2017/2018

5.1 Pengerusi tetap menjemput YDP untuk menyampaikan ucapan pengulungan
berserta amanat dan membubarkan saf kepimpinan ABIM Negeri Sarawak
2017/2018.

YDP Sdr. Wan Azizan Wan Zainal Abidin mengalu-alukan semua muktamirin
dan muktamirat yang hadir. Beliau menyeru dirinya dan pimpinan agar sentiasa
mengekalkan jiwa kepemudaan serta memegang amanat dan tanggungjawab
dengan baik.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pimpinan ABIM Negeri Sarawak sesi
2017/2018 atas sumbangan tenaga dan masa yang diberikan sepanjang tempoh
sesi tersebut. Akhir sekali, beliau berharap pimpinan ABIM sesi akan datang akan
berusaha dengan penuh iltizam dalam usaha menyebarkan dakwah, sekaligus
membubarkan saf qiyadah ABIM Sarawak sesi 2017/2018.

5.2 Saudara pengerusi tetap menjemput Saudara , Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM
Pusat untuk memberi kata-kata semangat dan mengumumkan saf qiyadah ABIM
sesi 2018/2019. Senarai kepemimpinan baharu diumumkan seperti berikut:

Yang Dipertua : Muhammad Hazim bin Azhari
Timb.Yang Dipertua : Mohd Raufa Irman Abdul Raub
Mohamad Rahmat bin Jamali
Naib Yang Dipertua 1 : Sh. Afifah binti Wan Morshidi
Naib Yang Dipertua 2 : Mohammad Fazril bin Mohd Saleh
Norathirah binti Rambli
Setiausaha : Awg Syazuan Shafiq bn Awg Jaya
Setiausaha Kewangan :

Pen. Setiausaha :

5.3 Saudara Shahril Aqmal bin Baharin, perwakilan ABIM Daerah Bintulu
mencadangkan agar penamaan saf qiyadah tersebut diterima dan disahkan,
seterusnya cadangan beliau telah disokong oleh Saudari Siti Khadijah binti Edi
Wahab, perwakilan ABIM Daerah Kuching.

AGENDA 6
UCAPAN PENANGGUHAN YDP 2017/2018

6.1 Saudara Wan Azizan merakamkan apresiasi atas usaha para pimpinan dalam
menjayakan beberapa agenda penting ABIM Sarawak pada sesi kepemimpinan yang
lalu.

6.2 Saudara Muhammad Hazim Azhari, selaku Yang Dipertua ABIM Sarawak yang
baharu dilantik merakamkan penghargaan atas kerja keras dan kesungguhan semua
dalammenjayakan agenda ABIM. Beliau mengharapkan agar sesi kepemimpinan
yang baharu dilantik ini dapat membangkitkan momentum baharu dalam
memastikan kebangkitan baharu Islam di Sarawak terlaksana. Ucapan terima kasih
dirakamkan kepada Jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan Muktamar sesi
ini.

3

AGENDA 7
PENUTUP

7.1 Ucapan terima kasih daripada Pengerusi Muktamar kepada semua perwakilan dan
pemerhati atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan. Majlis ditutup dengan
tasbih kafarah dan surah Al Asr. Sidang Muktamar ditangguhkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

MOHAMMAD FAZRIL MOHD SALEH MUHAMMAD HAZIM AZHARI
Setiausaha Negeri Yang Dipertua
ABIM Negeri Sarawak ABIM Negeri Sarawak

4

SENARAI KEHADIRAN
MUKTAMAR ABIM NEGERI KE-39
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak

Tarikh : 04 Ogos 2018
Tempat : Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sarawak, Kuching
Masa : 02:00 petang – 04:30 petang
Kehadiran :

Jawatankuasa Muktamar

Pengerusi : Encik Zulrusydi bin Haji Hol
Pencatat : Siti Fatimah Binti Julai
JK Pemandu : Noratirah Binti Rambli
JK Tauliah : Luqmanul Hakim bin Suffian

Ahli Jawatankuasa Kerja

1. Yang Dipertua Wan Azizan Wan Zainal Abidin

2. Timbalan Yang Dipertua Mohamad Raufa Irman Abd Raub
3. Naib Yang Dipertua Azizan bin Ajiji

4. Setiausaha Negeri Mohammad Fazril bin Mohd Saleh
5. Setiausaha Kewangan Muhammad Hazim bin Azhari

6. Ketua Biro Ekonomi Mohamad Rahmat bin Jamali
& Pemberdayaan Sumber

7. Ketua Biro Pembangunan Sosial Siti Khadijah Bt Edi Wahab
& Seranta

8. Ketua Biro Dakwah & Ikhtisas Suriani Binti Su'aidi
9. Ketua Biro Regenerasi

& Pengantarabangsaan Awang Syazuan Shafiq Awang Jaya
10. Ketua Biro Latihan & Pembangunan Syarifah Fatin Awatif

11. Ketua Biro Pendidikan Mohamad Safwandi Bin Suaidi
& Intelektualisme

12. Ketua Biro Belia & Kebudayaan Zainulariffin Zainudin
13. Ketua Biro Kepedulian

Kepenggunaan Mohd Raufa Aminuddin Abd Raub

Perwakilan Muktamar Berdaftar :

(A) ABIM Daerah Kuching

1. Syazwan bin Samsudi
2. Noratirah binti Rambli
3. Nureen Syahmina Aqilah binti Nordin
4. Shafiq Izzudin bin Mauran
5. Nursuhada binti Mohd Hisyam Voon
6. Muhammad Zhariff bin Azhari
7. Norshahida binti Allizan
8. Muhammad Syafique bin Iskandar Zulkarnain Yap
9. Siti Nazirah binti Mohd Ismail
10. Amnizuhairah Azyan binti Amiludin
11. Muhammad Danial bin Su‟aidi

5

(B) ABIM Daerah Samarahan

1. Sharifah Afifah binti Wan Morsidi
2. Safiee bin Hanapi
3. Fakhrul Iman bin Ngatiman
4. Nurul Nafisah binti Shafie
5. Nur Fatiha binti Abdullah
6. Hadijah binti Hanapi
7. Hadijah binti Hanapi
8. Sharifah Jamilah binti Wan Taha
9. Wan Mohd Junaidi bin Wan Taha
10. Mohd Atharmizi bin Morshidi
11. Muhammad Jamadil Arsyad bin Mohamad Lokman
12. Mohd Sabri bin Su‟aidi

ABIM Daerah Bintulu

1. Kathy Amalina binti Salleh Dicky
2. Rohayani binti Ridzuan
3. Mohamad Khashidan Ibrahim
4. Rizwandi bin Junaidi
5. Asmah binti Zamali
6. Nurul Kamilia binti Hipni@Sanawi
7. Abg Abd Fattah Aiman bin Abg Khairul Anuar
8. Alif Azrul bin Yusup
9. Ezzatul Islam binti Khalidi
10. Rahmatulhuda binti Khalidi
11. Shahril Aqmal bin Baharin

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

MOHAMMAD FAZRIL MOHD SALEH MUHAMMAD HAZIM AZHARI
Setiausaha Negeri Yang Dipertua
ABIM Negeri Sarawak ABIM Negeri Sarawak

6

MUKTAMAR ABIM NEGERI KE-40

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak
14 September 2019 / 14 Muharram 1441H
Auditorium Dewan Bandaraya Kuching Utara, Kuching

LAPORAN PENILAIAN KEGIATAN TAHUNAN

1.0 MUQADDIMAH

Dokumen ini disediakan bagi melapor perkembangan perjalanan ABIM Sarawak
sepanjang tempoh setahun bagi sesi kepemimpinan 2017/2018 bermula awal Oktober 2017
sehingga awal Ogos 2018. Dokumen ini dimulakan dengan laporan Sekretariat ABIM Sarawak
(SASAR), diikuti analisa kegiatan sepanjang setahun, perkembangan kepemimpinan & keahlian
ABIM, penstrukturan ABIM Negeri, pemantapan tarbiyah ahli, agenda kependidikan &
kemasyarakatan, projek imej, media & projeksi imej, pengukuhan jaringan dan diakhiri dengan
hal ehwal kewangan sebelum Penutup.

2.0 SEKRETARIAT ABIM SARAWAK (SASAR)

Sekretariat ABIM Sarawak (SASAR) merupakan sebuah lokasi pejabat yang
menempatkan dua sekretariat pertubuhan iaitu ABIM Sarawak dan Persatuan Kebajikan
Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS). Walau bagaimanapun, seluruh kos operasi ditanggung
oleh ABIM Sarawak. PERKEPIS hanya menyumbang wang komitmen tidak sampai
seperempat jumlah perbelanjaan operasi SASAR.

Dengan menggunapakai sistem „guna-sama‟, SASAR bukan sahaja dihidupkan dengan
aktiviti pentadbiran dan perkeranian semata-mata, malah ia berfungsi sebagai ruang aktiviti
pelajar dan belia. Pengukuhan profesionalisme dalam pengurusan SASAR adalah amat
dititikberatkan, dan ini dapat dilihat menerusi beberapa tindakan berfokus antaranya
pengeluaran memorandum/notis jemputan atau panggilan mesyuarat ataupun jemputan
program, pengendalian mesyuarat secara lebih berkesan, penyediaan kertas kerja konsep bagi
memandu perencanaan dan persiapan program, pelaporan kegiatan secara bertulis melalui
penyediaan dokumen „laporan penuh‟ bagi setiap program yang berkaitan, pengaturan dan
dokumentasi fail-fail melibatkan kegiatan sepanjang tahun, dan konsistensi dalam pengurusan
berhemah khususnya dalam pengendalian sumber. Strategi sebelumnya diteruskan:
penjimatan, sifar liabiliti tertunggak dan pemilihan program dengan kos rendah tapi berimpak.

3.0 KEPEMIMPINAN DAN KEAHLIAN ABIM SARAWAK

ABIM Sarawak sesi kepemimpinan 2018/2019 menyaksikan pertambahan Ahli
Jawatankuasa Kerja (AJK) ABIM Negeri Sarawak daripada enam orang AJK dan 13 orang
AJK bagi masing-masing dua tahun sebelumnya kepada 25 orang AJK. 25 AJK ini memegang
portfolio seperti berikut:

Yang Dipertua Muhammad Hazim Bin Azhari
Timbalan Yang Dipertua Mohamad Raufa Irman Bin Haji Abdul Raub
Naib Yang Dipertua I Mohamad Rahmat Bin Jamali
Naib Yang Dipertua II Sharifah Afifah Binti Wan Morsidi

7

Setiausaha Negeri Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh
Setiausaha Kewangan Noratirah Binti Rambli

Penolong Setiausaha Awang Syazuan Shafiq Bin Awang Jaya
Ketua Biro Penerangan Mohamad Safwandi Bin Suaidi

Ketua Biro Pendidikan Syarifah Fatin Awatif
Ketua Biro Perhubungan Luar Muhammad Afiq Asyraf Bin Soepirman

Ketua Biro Perhubungan (Betong/Sri Aman) Suriani Binti Su‟aidi
Ketua Biro Perhubungan (Mukah/Sibu) Azizan Bin Ajiji

Ketua Biro Perhubungan (Miri/Limbang) Anisah Binti Matussin
Ketua Biro Perhubungan (Wilayah) Muhammad Qhidir Bin Mat Isa

Ketua Biro Belia & Kebudayaan Zaim Akmal Bin Ali
Ketua Biro Kepenggunaan Mohd Raufa Aminuddin Bin Ab Raub

Ketua Biro Pembangunan Sosial Siti Khadijah Binti Edi Wahab
Ketua Biro Ikhtisas Ezzatul Islam Binti Khalidi

Ketua Biro Ekonomi Rahmatulhuda Binti Khalidi
Ketua Biro Integrasi Sosial Kathy Amalina Binti Salleh Dicky

Ketua Biro Penataran Aisyah Humaira Liew
Ketua Biro Regenerasi Muhammad Zhariff Bin Azhari

Ketua Biro Kaderisasi Shahril Aqmal Bin Baharin

Portfolio yang diwujudkan ini adalah selari dengan perkara 5.5.1 (a) Perlembagaan
ABIM yang memperuntukkan hak budi bicara kepada Jawatankuasa Kerja ABIM Negeri/
Wilayah Persekutuan untuk meniadakan dan menggantikan jawatan portfolio seperti tersenarai
dalam Perlembagaan dengan persetujuan bertulis Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat.

Dalam konteks keahlian pula, menyahut seruan kempen „Aku Ahli ABIM‟ yang

dilancarkan ABIM Pusat sejak tahun 2016, ABIM Sarawak telah melakukan pengemaskinian
pengkalan data keahlian disamping mendapatkan keahlian baharu. Senarai daftar keahlian yang
diterima dalam Pengkalan Data Keahlian ABIM Pusat pada 20 Oktober 2017 menunjukkan
hanya 31 orang ahli ABIM dari Sarawak yang berdaftar. Ini mengindikasikan bahawa
terdapatnya ketertangguhan dalam pengemaskinian daftar keahlian antara ABIM Pusat dan
ABIM Sarawak dan kemungkinan besar keciciran telah berlaku. Justeru, pengemaskinian
keahlian secara menyeluruh adalah suatu tuntutan segera yang mesti digerakkan oleh
Jawatankuasa Kerja ABIM Sarawak.

Data-data yang dikemukakan ini adalah berdasarkan jumlah bilangan permohonan
para belia di bawah usia 40 tahun untuk menyertai ABIM. Pada peringkat ABIM Sarawak,
kesemua permohonan ini telah diteliti dan ditapis. Dalam kalangan pemohon juga merupakan

peserta dan pengerak aktivit-aktiviti ABIM Sarawak. Walau bagaimanapun, mengikut tatacara
yang lazimnya dilaksanakan dalam konteks keanggotaan ABIM, kesemua permohonan ini
mestilah diterima dan diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (AJKP). Justeru, proses
kelulusan ini sedikit memakan masa, walaupun begitu para pemohon terus mengikuti program
dan aktiviti anjuran ABIM Sarawak dengan giatnya. Keseluruhan keahlian baharu ABIM di
tiga bahagian seluruh Sarawak merangkumi Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan dan
Bahagian Bintulu adalah sejumlah 101 orang. Pembahagian lokaliti di Sarawak sedikit berbeza
dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Disebabkan faktor keluasan kawasan muka bumi teritori
Negeri Sarawak, maka ia dibahagikan kepada pentadbiran Bahagian-bahagian, berbanding di
negeri lain yang membahagikan pentadbiran lokaliti kepada daerah-daerah. Walau
bagaimanapun, mengambil langkah pragmatik dan bagi memastikan keseragaman dengan
ABIM Negeri-negeri yang lain, struktur ABIM Negeri Sarawak diaturkan sebagaimana negeri-

negeri lain, iaitu ABIM Negeri Sarawak sebagai badan induk ABIM peringkat negeri, diikuti
ABIM Daerah (bukan Bahagian) dan ABIM cawangan (berstatus kelab/unit).

8

60 Jumlah Ahli

51
50

40

30
30

Jumlah Ahli
20

12
10 8

0 Samarahan Bintulu Lain-lain daerah
Kuching

Carta Keahlian ABIM Sarawak Mengikut Pecahan Daerah (Bahagian)

5.0 PENSTRUKTURAN ABIM NEGERI

Berbanding organisasi ABIM Negeri-negeri yang lain, hanya ABIM Sarawak sahaja
yang masih belum berjaya didaftarkan di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)
Kementerian Belia dan Sukan. Oleh yang demikian, kepemimpinan ABIM Sarawak sesi ini
mensasarkan untuk menyelesaikan isu pendaftaran yang masih tertangguh. Justeru, tindakan
memohon klarifikasi status pendaftaran ABIM Sarawak di bawah Pejabat Pendaftar

Pertubuhan (ROS) telah dibuat dan permohonan menggugurkan ABIM Sarawak daripada
daftar ROS telah diluluskan.

Seterusnya, kebenaran penubuhan ABIM Sarawak di bawah ROY dipohon dan sijil
kebenaran penubuhan telah dikeluarkan bagi membolehkan 13 entiti ABIM di Sarawak
menjalankan mesyuarat penubuhan. ROY hanya mensyaratkan kuota minima tujuh orang ahli
jawatankuasa bagi ABIM cawangan yang ingin ditubuhkan. Minit Mesyuarat Penubuhan
bersama borang-borang tertentu dilengkapkan dan telah dihantar dan diterima oleh Pejabat
Pendaftar Pertubuhan Belia KBS Putrajaya pada 09 Julai 2018.

Pada 02 Ogos 2018, Pendaftar ROY telah secara rasminya mengeluarkan Sijil
Kelulusan dan Perakuan 13 entiti ABIM di Sarawak. Kesemua entity ABIM yang telah dilulus
dan diperakui adalah seperti berikut:

1. ABIM Negeri Sarawak (peringkat negeri) :PPBM: CN0028/13/18/1197
2. ABIM Daerah Kuching (peringkat daerah) :PPBM : CD0028/13/18/1196
3. ABIM cawangan Satok :PPBM : CT0028/13/18/1199
4. ABIM cawangan Samariang :PPBM : CT0028/13/18/1207
5. ABIM cawangan Santubong :PPBM : CD0028/13/18/1198
6. ABIM Daerah Samarahan (peringkat daerah) :PPBM : CT0028/13/18/1201
7. ABIM cawangan Kota Samarahan :PPBM : CD0028/13/18/1200
8. ABIM cawangan Sebuyau :PPBM : CT0028/13/18/1205
9. ABIM cawangan Muara Tuang :PPBM : CD0028/13/18/1204
10. ABIM Daerah Bintulu (peringkat daerah) :PPBM : CT0028/13/18/1203

11. ABIM cawangan Jepak :PPBM : CT0028/13/18/1202
12. ABIM cawangan Kemena :PPBM : CT0028/13/18/1206
13. ABIM cawangan Kidurong :PPBM : CD0028/13/18/1205

9

ABIM Negeri
Sarawak

ABIM Daerah ABIM Daerah ABIM Daerah
Kuching Samarahan Bintulu

ABIM ABIM ABIM ABIM Kota ABIM ABIM ABIM ABIM ABIM
Satok Santubong Samariang Samarahan Sebuyau Muara Jepak Kemena Kidurong
Tuang

Struktur ABIM Negeri Sarawak, ABIM Daerah dan ABIM Cawangan

6.0 PEMANTAPAN TARBIYAH

Tarbiyah ahli mendapat posisi yang utama dalam kegiatan ABIM Sarawak. Justeru,
kegiatan-kegiatan tarbiyah disusun-atur secara lebih kemas dalam sesi kepemimpinan kali ini.
Usrah, tamrin dan muktamar merupakan tiga rukun gerakan yang mesti direncana sehabis
baik.

Tiga kategori usrah berlangsung secara berkala dan konsisten sebanyak 38 kali
keseluruhannya: Usrah Qiadah (21), Usrah Umum (15) dan Usrah HELWA (2). Usrah Qiadah
(pimpinan) dan Usrah Umum diadakan diadakan setiap minggu secara berselang-seli.
Manakala, tamrin berlangsung sebanyak tiga kali dengan tamrin 3G (tiga generasi W-A-P @
Hari Keluarga), tamrin qiyadi (induksi) dan tamrin perkaderan pelajar Islam (PERKEPIS).
Muktamar pula berlangsung di hujung sesi dan kali ini bersekali dengan penganjuran Ijtimak
Harakiy ke-2 WADAH-ABIM-PERKEPIS Negeri Sarawak yang mana ABIM Sarawak sendiri
berperanan sebagai pengatur utama. Bersempena Ijtimak Harakiy ke-2 ini turut dilangsungkan
„Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak‟ dan Majlis Peringatan Haul ke-100 tahun
Shaykh „Uthman Sarawak.

Walau bagaimanapun, usaha memperkemas agenda tarbiyah ahli wajar diteruskan
dengan lebih giat memandangkan kegiatan-kegiatan tarbiyah selalunya tertumpu secara aktif di
kawasan Kuching dan Samarahan sahaja, sedangkan kawasan Negeri Sarawak adalah jauh
lebih luas dan ahli di luar Kuching/Samarahan tidak harus terpinggir daripada mengikuti
latihan dan tarbiyah. Dalam perkembangan yang sama, penambahbaikan dalam konteks
penganjuran sesi-sesi tamrin yang berfokus dan berkesan adalah suatu tuntutan yang sangat
mendesak. Selain itu, acara-acara pentarbiyahan yang dianjurkan pihak ABIM Pusat dan
jamaah W-A-P Pusat wajar untuk disertai (walaupun kos untuk menyertai adalah tinggi dan
memakan belanja yang besar).

Sebagai sebuah pertubuhan intelektual, ABIM Sarawak sentiasa sedar untuk memupuk
budaya membaca dan budaya keilmuan dalam kalangan warganya. Program diskusi buku
Bibliophilia telah berjalan sebanyak tiga siri, manakala dua kali seminar, Wacana Minda
Pendidikan dianjurkan pada (Februari 2018) dan Seminar Menyingkap Sejarah Islam di
Sarawak (Ogos 2018), dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka bagi
menggiatkan aktiviti dan pembahasan ilmu secara akademik dalam kalangan masyarakat
intelektual dan orang awam. Selain pengisian bersifat teori, unsur ukhuwah juga

10

dititikberatkan. Penyaluran tarbiyah mesti melalui medium ukhuwah dan persahabatan.
Justeru, selain pertemuan-pertemuan tidak formal dan kunjung-ziarah ke kediaman teman-
teman, ABIM Sarawak juga menganjurkan program riadah seperti Futsal Komrado dan
Tangkas Tangkis Badminton.

7.0 AGENDA KEPENDIDIKAN DAN KEMASYARAKATAN

ABIM Negeri Sarawak khususnya di kawasan Kuching dan Samarahan sememangnya
terkenal dengan program pendidikan Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) ABIM
Sarawak yang mempunyai 16 cawangan dengan lebih 1,000 pelajar dalam kawasan Kuching
dan Kota Samarahan sahaja. TASKI menjadi pilihan ramai atas sebab kualiti sistem
pendidikannya serta keberkesanan anak-anak didik keluarannya. Justeru, ABIM Sarawak
sememangnya sinonim dengan program kependidikan seumpamanya. TASKI ABIM sebagai
sebuah agensi pendidikan ABIM Sarawak mempunyai pihak pengurusan sendiri yang
memfokus kepada pentadbiran, perjalanan dan perkembangannya.

Selain TASKI, sesi kepemimpinan ABIM Sarawak kali ini juga memperkenalkan suatu
platform wacana ilmu yang dikenali sebagai „Bicara Tanwir‟. Bicara Tanwir merupakan suatu
program umum yang diadakan di tempat awam seperti masjid/surau yang menampilkan
tokoh-tokoh yang berkepakaran dalam bidang masing-masing untuk berkongsi ilmu dengan
khalayak awam. Setakat ini, sebanyak 14 siri Bicara Tanwir telah berlangsung dengan
penampilan empat orang tokoh terkemuka: Prof. Madya Dr. Arif Kasmo, Prof. Datuk Dr.
Awang Sariyan, Ustaz Drs. Haji Afif Hamka dan Awang Haji Salleh Dicky bin Abdullah.
Dengan penganjuran 14 siri Bicara Tanwir di sekitar Kuching khususnya melalui medium
Kuliah Subuh dan Kuliah Maghrib Khas di surau-surau dan masjid-masjid bukan semata-mata
mempelbagai pengisian keilmuan dalam kalangan masyarakat, malah membangun hubungan
baik antara ABIM dengan pimpinan qaryah setempat. ABIM Sarawak juga mencipta sejarah
sebagai antara kelompokyang julung-julung kalinya menganjurkan Majlis Peringatan Haul
Shaykh „Uthman Sarawak, seorang tokoh ulama besar kelahiran Sarawak yang pernah
mencipta nama sebagai seorang Shaykh ataupun guru di Makkah pada awal abad ke-20.

Wacana Minda Pendidikan dianjurkan pada awal Februari 2018 merupakan suatu
contoh betapa ABIM Sarawak begitu peduli akan hal ehwal pendidikan. Wacana yang
mengupas isu peranan pemegang taruh dalam pendidikan ini sangat releven dalam membantu
merintis masyarakat peduli pendidikan yang akan membantu perkembangan positif masa
depan pendidikan di negeri dan negara ini. Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak pula
merupakan suatu usaha melacak dimensi baharu pensejarahan Sarawak dengan memposisikan
Islam dan masyarakat Muslim sebagai suatu unsur penting yang membentuk sosio-budaya dan
sosio-ekonomi bumi Sarawak ini. Selain memperkenalkan angkatan ulama Sarawak yang
berperanan dalam membangun nusa, seminar seumpamanya juga merupakan suatu bentuk
rekonstruksi dan interpretasi sejarah yang berhasrat memperkuh jati-diri masyarakat Sarawak
khususnya dalam memahami sejaarah negara bangsa sendiri.

ABIM Sarawak juga tidak mengabaikan proses pembentukan watak dan akhlak anak-
anak di luar bilik darjah. Program Kem Citra Soleh Solehah dan Juh Bedango diadakan pada
setiap kali tibanya cuti sekolah. Selain mengisi masa cuti dengan kegiatan berfaedah, program
ini juga membantu anak-anak merangsang psikomotor, meningkatkan kemahiran hidup,
mengukuhkan jati diri, dan semestinya menambah ilmu pengetahuan.

Dalam konteks kegiatan kebajikan dan kepedulian kemasyarakatan, Operasi Dapur
HELWA diperkenalkan sebagai suatu kepeloporan gerak kerja kebaktian dalam kalangan
masyarakat. Kegiatan ini memerlukan para aktivis ABIM untuk memasak dan kemudiannya
mengagihkan hidangan makan malam kepada kelompok masyarakat memerlukan seperti orang
fakir-miskin, pekerja syif malam, kelompok gelandangan, dan sebagainya. Sebanyak enam kali

11

operasi telah dijalankan. Selain itu, Operasi Bantuan Pasca-banjir juga telah digerakkan setelah
berlakunya kejadian banjir yang tidak terduga di Sarawak. Operasi pada bulan Februari 2018
yang lalu mensasarkan Sebuyau sebagai lokasi bantuan. Sebanyak lebih 50 orang sukarelawan
aktivis belia dan mahasiswa telah sama-sama membanting tulang membantu para penduduk
kampung dalam menjalankan kerja-kerja pembersihan rumah dan tempat awam, di samping
mengagihkan barang-barang keperluan dapur untuk penduduk terjejas banjir.

Di samping itu, sebagaimana kebiasaan setiap tahun, apabila menjelang bulan Ramadan
al-Mubarak, maka ramai dalam kalangan masyarakat yang dilembutkan hati untuk menderma
dan berkhidmat. ABIM Sarawak konsisten dengan penganjuran program Semurni Kasih
Ramadan dan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB). Tahun ini program Semurni Kasih
Ramadan diperluas dengan pengagihan bahan-bahan sumbangan KSSB berupa keperluan dapur
ke 17 lokasi pengagihan di enam Bahagian seluruh Sarawak meliputi Kuching, Samarahan,
Serian, Mukah, Bintulu dan Limbang. Sebanyak RM 33,200.00 taksiran keseluruhan nilaian
sumbangan telah diagihkan kepada 415 buah keluarga. Kempen ini juga mendapat liputan
media dengan hebahan di akhbar arus perdana dan juga turut didanai beberapa badan yang lain
seperti Pusat Infaq WADAH, Global Peace Mission dan Syarikat SESCO Berhad.

8.0 MEDIA DAN PROJEKSI IMEJ

ABIM Sarawak sesi ini telah memulakan projek penerbitan „Selebaran Usrah‟ dan
„Sorotan Global‟. Sebanyak 27 penerbitan merangkumi kedua-dua jenis penerbitan ini telah
dijalankan. Selebaran Usrah memuatkan segmen fikrah, informasi sejarah Islam, iklan program
dan laporan kegiatan. Sebanyak 17 keluaran diterbitkan dengan dicetak (salinan cetak) dan juga
disebar dalam bentuk salinan lembut (soft-copy) khususnya melalui emel dan aplikasi
WhatsApp/Telegram. Manakala sebanyak 10 keluargan Sorotan Global telah diterbitkan dengan
memuatkan berita-berita terpilih terkait hal ehwal umat Islam dan juga kisah-kisah terkini
pergolakan sosio-politik masyarakat belahan dunia yang lain. Kedua-dua projek penerbitan
selebaran ini bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan kegiatan ABIM Sarawak kepada
ahli-ahli dan juga khalayak awam di samping memperkukuh imej ABIM sebagai sebuah
pertubuhan keintelektualan yang tidak pernah terputus daripada kegiatan keilmuannya. Di
samping itu juga, buat julung-julung kalinya, ABIM Sarawak menggerakkan projek penyelidikan
dan penerbitan Kitab Nafahat al-Ridwan fi Manaqibi Shaykh ‘Uthman yang mengkisahkan
kehidupan ulama besar kelahiran Negeri Sarawak, Shaykh „Uthman Sarawak.

Media sosial juga diaktifkan sebagai medium penyampaian maklumat berkaitan kegiatan
ABIM Sarawak. Setakat ini ABIM Sarawak mempunyai akaun profail peribadi Facebook „Abim
Sarawak‟ (4,443 orang kawan), laman Facebook „ABIM Negeri Sarawak‟ (1,397 sukaan),
Instagram „ABIM Negeri Sarawak‟ (487 pengikut). Selain daripada itu, laman blog rasmi ABIM
Negeri Sarawak (www.abimsarawak.blogspot.com) juga telah diaktifkan kembali.

Mengambil kesempatan sempena ulangtahun ke-40 ABIM Sarawak, program khas yang
julung-julung kali diadakan di sini seperti Makan Malam Khas Legasi HAMKA telah menaikkan
imej ABIM di mata masyarakat. Kemampuan ABIM Sarawak menganjurkan program yang
berskala besar sepertinya sudah pasti menaikkan imej ABIM di mata masyarakat. Kehadiran
khalayak yang pelbagai dengan tempahan meja makan malam oleh pihak korporat menonjolkan
keupayaan ABIM Sarawak dalam menguruskan acara seumpamanya.

Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM Sarawak juga menempah baju kemeja-t berlogo ABIM
Sarawak sebagai salah satu pakaian rasmi pimpinan. Baju kemeja-t berkolar bulat bercap logo
Futsal Komrado juga ada ditempah khusus sebagai jersey pasukan futsal. Walau bagaimanapun,
atas kekangan kewangan, baju kemeja korporat masih belum dapat ditempah bagi sesi
kepemimpinan ini. Imej ABIM Sarawak sememangnya tertonjol dengan kecemerlangan

12

pengurusan TASKI ABIM khususnya di Kuching dan Samarahan. Ini diperkukuhkan lagi
dengan pengenalan produk-produk baharu program ilmiah dan kependidikan seperti „Bicara
Tanwir‟, „Legasi HAMKA‟, „Kem Citra Soleh Solehah‟, „Juh Bedango‟, „Wacana Minda
Pendidikan‟, „Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak‟, „Kempen Seorang Sekampit
Beras‟, „Pertandingan Sepanduk Perarakan Maulidurrasul‟ (tempat ketiga) dan lain-lain lagi. Pada
masa depan, adalah menjadi suatu yang perlu dipertimbangkan untuk ABIM Sarawak
menerobos media massa arus perdana khususnya dalam melakukan respon dan advokasi media
terhadap isu semasa dan isu kemasyarakatan di samping aksi-aksi sebagai jurubicara umat yang
bersifat berani dan mencabar.

9.0 PENGUKUHAN JARINGAN NEGERI, KEBANGSAAN & ANTARABANGSA

Menjaga hubungan baik dengan ABIM Pusat adalah suatu tindakan keutamaan bagi
Jawatakuasa Kerja ABIM Sarawak sesi ini. Di samping itu, hubungan kerjasama pintar dengan
pertubuhan-pertubuhan Islam dan NGO di negeri Sarawak seperti Persatuan Kebajikan Pelajar
Islam Sarawak (PERKEPIS), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Negeri Sarawak), dan
Yayasan Madani Kuching terus diperkukuh. Selain itu ABIM Negeri Sarawak juga menjalin
permuafakatan bersama anggota-anggota Majlis Tindakan Dakwah yang dipengerusikan
YADIM zon Sarawak. Dalam konteks advokasi lokal, ABIM Sarawak berperanserta sebagai ahli
gabungan dan Majlis Tertinggi Badan Hak Adat Melayu Sarawak (BAHAM) yang
dipengerusikan oleh Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS).

Hubungan baik ABIM Sarawak dengan pemimpin dan wakil rakyat tempatan juga terus
terjalin walaupun terdapatnya perbezaan ideologi dan pendirian sikap dalam hal menyangkut
permasalahan politik negara. ABIM Sarawak juga merupakan antara pertubuhan NGO Islam
yang akrab dengan institusi otoriti agama di Sarawak seperti Majlis Islam Sarawak (MIS) dan
Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Sememangnya hubungan ini tidak terelakkan khususnya
apabila ABIM mengundang jemputan luar untuk menyampaikan ceramah atau pengajaran di
Sarawak justeru perlu memohon pentauliahan kebenaran berceramah daripada pihak JAIS.
Hubungan sepertinya diperkukuh lagi dengan kunjungan hormat pimpinan ABIM Sarawak
kepada Pengarah JAIS dan Yang Dipertua MIS, dan juga program kerjasama seperti anjuran
bersama Majlis Peringatan Haul ke-100 Tahun Shaykh „Uthman Sarawak pada Ogos 2018.
Hubungan kerjasama dengan agensi kerajaan atau badan berkanun khusus dalam bidang
keilmuan terserlah dengan kerjasama pintar ABIM Sarawak dengan Dewan Bahasa dan Pustaka
cawangan Negeri Sarawak. Penganjuran Malam Nurani Insaniah, Wacana Minda Pendidikan
“Peranan Pemegang Taruh dalam Kemejadian Murid” dan Seminar Menyingkap Sejarah Islam
di Sarawak adalah antara contoh hubungan kerjasama antara kedua-dua organisasi. Seperti mana
yang telah disentuh sebelum ini, hubungan ABIM Sarawak dengan jawatankuasa masjid/surau
di sekitar Kuching/Samarahan juga terjalin erat hasil daripada anjuran bersama program kuliah
khas dan bicara tanwir yang menampilkan tokoh-tokoh terkemuka atau berkepakaran dalam
bidangnya.

Dalam konteks hubungan antarabangsa, ABIM Sarawak telah secara julung-julung
kalinya menjalin hubungan di peringkat antarabangsa dengan sembilan entiti yang terdiri
daripada organisasi, institusi dan tokoh-tokoh di Negara Brunei Darussalam (Disember 2017).
Selain itu, hubungan erat antara ABIM Sarawak dengan keluarga waris Buya HAMKA di
Indonesia memungkinkan acara Legasi HAMKA berlangsung di bumi Sarawak. ABIM Sarawak
kini menjadi penghubung antara keluarga waris HAMKA dengan masyarakat Sarawak. Pada
masa depan, hubungan dan jaringan dengan pihak media, institusi gerakan sivil, dan institusi
pengajian tinggi perlu diberikan lebih penekanan.

10.0 HAL EHWAL KEWANGAN

13

Sebagai sebuah pertubuhan yang aktif menggerakkan kegiatannya yang pelbagai, ABIM
Sarawak memerlukan kekuatan kewangan yang utuh. Walaupun begitu, sumber kewangan
ABIM Sarawak setakat ini hanya bergantung kepada penyaluran dana operasi bulanan oleh
Yayasan Madani bersumberkan keuntungan TASKI ABIM. Dengan kerancakan penganjuran
dan pengendalian program sudah semestinya isu kewangan menghambat pergerakan. Justeru,
tindakan berjimat cermat dalam perbelanjaan, di samping menyelesaikan tunggakan liabiliti
lama, melunasi hutang lapuk dan mengurangkan kos perbelanjaan operasi menjadi amalan
ABIM Sarawak sesi ini. Cabaran semasa melibatkan kos operasi adalah seperti tunggakan
bayaran bil elektrik pejabat SASAR sejak tahun 2013-2015 (yang dikatakan berlaku kecurian
elektrik tetapi tidak dapat menemukan punca dan pelakunya), tunggakan bil telefon talian tetap
TM tetapi talian tidak digunakan, caj eletrik yang tinggi dan tidak sepadan dengan penggunaan
di pejabat SASAR, ketidakmampuan untuk „menggajikan‟ staf/sukarelawan sepenuh masa di
SASAR dan pelbagai lagi kekangan dan cabaran lain.

Oleh itu, usaha mencari dana kewangan untuk keterlestarian kegiatan ABIM Sarawak
digerakkan, antaranya melalui penganjuran Makan Malam Amal Legasi HAMKA di mana
syarikat korporat dipelawa membeli meja dengan harga tertentu bagi penyertaan acara tersebut.
Di samping itu, ABIM Sarawak juga ternyata diberi kepercayaan oleh umat apabila berjaya
mengumpul dan mengagihkan sumbangan orang ramai dalam kempen Seorang Sekampit Beras
(KSSB) dengan nilaian taksiran keseluruhan berjumlah RM 33,200.00. Program kerjasama
dengan pelbaagi pihak juga dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan, sebagai contoh
kerjasama dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka memberikan kelebihan dari aspek
pengecualian bayaran dewan, kerjasam dengan masjid/surau dapat menampung kos jamuan dan
sebagainya. Selain itu juga, infaq dan sumbangan warga jamaah juga banyak membantu
menampung kos program.

Perencanaan kewangan akan datang harus mengambil kira pelbagai peluang pendapatan
yang mungkin, dalam masa yang sama memperhebat jalinan kerjasama pintar dengan pelbagai
pihak. Penjanaan kewangan melalui kegiatan perniagaan menerusi koperasi Ko-MADANI milik
jamaah juga dilihat sebagai suatu mekanisme yang wajar dimanfaatkan.

11.0 KHATIMAH

Laporan ini disediakan bagi memaklumkan secara menyeluruh kegiatan dan pergerakan
ABIM Sarawak sepanjang setahun sesi kepemimpinan Jawatankuasa ABIM Negeri. ABIM
Negeri Sarawak sesi 2018/2019 bergiat secara aktif dengan pelbagai aktiviti dan program
sepanjang tempoh waktu setahun sebagai natijah daripada penambahbaikan sistem pengurusan,
kejituan perpaduan dalam kalangan pimpinan, kejelasan matlamat dan kemapanan strategi
pergerakannya. Walaupun begitu, masih banyak ruang untuk ditambahbaik pada masa akan
datang. ABIM Negeri Sarawak wajar untuk terus melakukan perkaderan dalam kalangan para
belia Islam di Sarawak sebagai persiapan ke arah melahirkan generasi muda yang terampil dan
berkemajuan. Hadha min fadli Rabbi. WalLahu a’lam

14

Disediakan oleh,
MOHAMMAD FAZRIL BIN MOHD SALEH
Setiausaha
ABIM Negeri Sarawak
Disemak oleh,
MUHAMMAD HAZIM BIN AZHARI
Yang Dipertua
ABIM Negeri Sarawak

15

MUKTAMAR ABIM NEGERI KE-40

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak
14 September 2019 / 14 Muharram 1441H
Auditorium Dewan Bandaraya Kuching Utara, Kuching

CADANGAN USUL Catatan

Usul Perwakilan ABIM DAERAH KUCHING

Bil Usul
1 Selari dengan peruntukan dalam Perlembagaan ABIM, kami

mencadangkan agar penyata akaun ABIM Negeri Sarawak yang
kebiasaannya ditutup pada 30 Jun setiap tahun, diubah kepada 31
Disember setiap tahun.

Usul Perwakilan ABIM DAERAH BINTULU Catatan
Catatan
Bil Usul
1 Pihak kami mengusulkan agar cawangan-cawangan baharu ABIM

Negeri Sarawak dapat ditubuhkan khasnya di bahagian yang pernah
bertapaknya ABIM seperti Sarikei, dan Miri

-

Usul Perwakilan ABIM DAERAH SAMARAHAN

Bil Usul
1 Pihak kami mencadangkan agar tambahan kuota pemilihan delegasi

ke Muktamar ABIM Pusat dibahagikan kepada ABIM-ABIM Daerah
dan Cawangan

16


Click to View FlipBook Version