ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI SARAWAK
MUSLIM YOUTH MOVEMENT MALAYSIA, SARAWAK BRANCH
1
KOMPILASI KENYATAAN MEDIA
ABIM NEGERI SARAWAK
NO TAJUK KENYATAAN MEDIA TARIKH
1 Pengumuman Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM Negeri 13 Ogos 2018
Sarawak Yang Baharu (Sesi 2018/2019)
2 Ladies Night Ancaman Kepada Remaja: ABIM Sarawak 18 Ogos 2018
Sokong Usaha KWKPK
3 Penularan Wabak Rabies: Kerajaan Persekutuan Usah 26 Ogos 2018
Berlengah Bantu Tangani Penularan di Sarawak
4 Merencana Kecemerlangan Pendidikan Sarawak: Mestr Wajar 28 Ogos 2018
Berpandukan Data dan Kajian
5 Maklum Balas Terhadap Jawapan Dato’ Sri Michael Manyin: 30 Ogos 2018
ABIM Sarawak Ucap Penghargaan
6 Perakuan Kelulusan Pendaftaran ABIM di Sarawak Oleh 24 September 2018
Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY)
7 Kuatkuasa Premis Makanan Sebagai Zon Bebas Asap Rokok: 25 September 2018
ABIM Sarawak Sokong Tindakan DBKU
8 Jufitri Kini Presiden Majlis Belia Malaysia: ABIM Sarawak Ucap 08 Oktober 2018
Tahniah dan Selamat Maju Jaya
9 Projek Tiga Jambatan: ABIM Sarawak Gesa Segerakan 26 Disember 2018
Rundingan Serius
10 Digugur Hak Tuan Rumah Akibat Sekat Atlet Renang Para 28 Januari 2019
Israel: ABIM Sarawak Syor YAB Ketua Menteri Nyatakan
Sokongan Pendirian Kerajaan Malaysia
2
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI SARAWAK
Sekretariat ABIM Sarawak
No. 1193 Tingkat 1, Jalan Menggris, Taman Seri Wangi, 93050 Kuching, Sarawak.
No. Tel: 082-510223 | No. Faks: 082-510223 | email: [email protected]
Website: www.abimsarawak.blogspot.com / www.facebook.com/abimnegerisarawak
KENYATAAN MEDIA
KENYATAAN MEDIA
ABIM NEGERI SARAWAK
13 OGOS 2018
PENGUMUMAN SENARAI AHLI JAWATANKUASA KERJA YANG BAHARU (SESI
2018/2019)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak telah menganjurkan Muktamar Sanawi
(Perhimpunan Agung Tahunan) ABIM Negeri Sarawak kali ke-39 pada 04 Ogos 2018,
bertempat di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sarawak, Kuching. Bersempena
Muktamar ini juga dikelolakan dua acara sisipan iaitu Seminar Menyingkap Sejarah Islam di
Sarawak dan juga Majlis Peringatan Haul ke-100 Tahun Sheikh Haji Othman Abdul Wahab al-
Sarawaqi.
Seramai 283 orang peserta yang terdiri daripada para perwakilan dan pemerhati Muktamar ABIM
seluruh negeri Sarawak dan juga khalayak awam telah menyertai sesi Seminar Menyingkap Sejarah
Islam di Sarawak yang berlangsung pada sesi pagi, manakala lebih 800 orang menyertai Majlis
Peringatan Haul Sheikh Haji Othman Abdul Wahab al-Sarawaqi yang dilangsungkan pada sesi
malam.
Dalam sesi tersebut juga, Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak sesi 2017/2018, Encik Wan
Azizan bin Wan Zainal Abidin telah menyampaikan Ucapan Penegasan yang bertajuk
"Menelusuri Sejarah, Memartabatkan Keadilan dalam Masyarakat Madani".
Agenda muhasabah tahunan ini memberi hak dan kuasa kepada para perwakilan untuk memilih
kepemimpinan baharu bagi sesi 2018/2019. Barisan kepemimpinan baharu ini dipilih
berdasarkan kesepakatan musyawwarah secara bersama dengan menyemangati prinsip "wa
shawirhum fi 'l-amr" (dan bermusyawwarahlah kamu dalam setiap urusan). Justeru para perwakilan
telah mencapai kesepakatan memilih Ahli Jawatankuasa Kerja (pimpinan kanan) yang baharu
bagi sesi 2018/2019, seperti berikut:
1. Yang Dipertua Muhammad Hazim bin Azhari
2. Timbalan Yang Dipertua Mohamad Raufa Irman bin Haji Abdul Raub
3. Naib Yang Dipertua 1 Mohamad Rahmat bin Jamali
4. Naib Yang Dipertua 2 Sharifah Afifah binti Wan Morshidi
5. Setiausaha Negeri Mohammad Fazril bin Mohd Saleh
6. Setiausaha Kewangan Noratirah binti Rambli
7. Penolong Setiausaha Awang Syazuan Shafiq bin Awang Jaya
Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak bersama para pimpinan kanan Sesi 2018/2019 juga telah
bersepakat memilih dan mengangkat 17 lagi Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM bagi melengkapkan
keseluruhan 24 jawatan dalam sesi kepemimpinan kali ini (Sila rujuk lampiran). Portfolio yang
diwujudkan bagi sesi kepemimpinan kali ini adalah selari dengan perkara 5.5.1 (a) Perlembagaan
ABIM yang memperuntukkan hak budi bicara kepada Jawatankuasa Kerja ABIM Negeri untuk
3
meniadakan dan menggantikan jawatan portfolio seperti tersenarai dalam Perlembagaan dengan
persetujuan bertulis Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat.
Bagi pihak barisan kepemimpinan yang baharu, kami mengungkapkan penghargaan setinggi-
tingginya kepada barisan pimpinan sebelumnya yang diteraju oleh Encik Wan Azizan Wan Zainal
Abidin atas jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan. Transisi ini merupakan kesinambungan misi
perjuangan bersama yang harus dilihat sebagai suatu proses lumrah dalam organisasi. Yang lebih
utama adalah perjuangan ini akan terus kita langsungkan bersama walau di mana pun posisi yang
kita tempati.
Menginjak usia 40 tahun (1978-2018), ABIM Negeri Sarawak terus komited dengan penerusan
agenda pembinaan generasi belia yang berketerampilan dan berkepemimpinan di samping
menggiatkan usaha-usaha pendidikan dan pembaikan dalam kalangan masyarakat Sarawak
khususnya. Dengan Rahmat dan Kasih Sayang Ilahi, cita-cita dan harapan murni ini bakal
terlaksana, InshaAllah.
Sekian.
"SEJAHTERAKAN SARAWAK"
MUHAMMAD HAZIM BIN AZHARI
Yang Dipertua
ABIM Negeri Sarawak
Sesi 2018/2019
13 Ogos 2018
4
Lampiran
Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja
ABIM Negeri Sarawak
Sesi 2018/2019
1. Yang Dipertua Muhammad Hazim bin Azhari
(017-737 8653/
[email protected])
2. Timbalan Yang Dipertua Mohamad Raufa Irman bin Haji Abdul
Raub
3. Naib Yang Dipertua 1 Mohamad Rahmat bin Jamali
4. Naib Yang Dipertua 2 Sharifah Afifah binti Wan Morshidi
5. Setiausaha Negeri Mohammad Fazril bin Mohd Saleh
(013-277 5313/ [email protected])
6. Setiausaha Kewangan Nurathirah binti Rambli
7. Penolong Setiausaha Awang Syazuan Shafiq bin Awang Jaya
8. Ketua Biro Intelektualisme
& Pendidikan.Kewarganegaraan Mohamad Safwandi bin Su‟aidi
9. Ketua Biro Pendidikan Syarifah Fatin Awatif
10. Ketua Biro Perhubungan Luar Muhammad Afiq Asyraf bin Soepirman
11. Ketua Biro Perhubungan (Betong & Sri Aman) Suriani binti Su‟aidi
12. Ketua Biro Perhubungan (Mukah & Sibu) Azizan bin Ajiji
13. Ketua Biro Perhubungan (Miri & Limbang) Anisah binti Matussin
14. Ketua Biro Perhubungan (Wilayah) Muhammad Qhidir bin Mat Isa
15. Ketua Biro Belia & Kebudayaan Zaim Akmal bin Ali
16. Ketua Biro Kepenggunaan Mohd Raufa Aminuddin bin Haji Abdul
Raub
17. Ketua Biro Pembangunan Sosial Siti Khadijah binti Edi Wahab
18. Ketua Biro Ikhtisas Ezzatul Islam binti Khalidi
19. Ketua Biro Ekonomi Rahmatulhuda binti Khalidi
20. Ketua Biro Integrasi Sosial Kathy Amalina binti Salleh Dicky
21. Ketua Biro Penataran Aisyah Humaira Liew
22. Ketua Biro Regenerasi Muhammad Zhariff bin Azhari
23. Ketua Biro Siswazah Mohd Khairulasyraaf bin Sulaiman
24. Ketua Biro Kaderisasi Shahril Aqmal bin Baharin
Alamat Perhubungan:
ABIM Negeri Sarawak
Sekretariat ABIM Sarawak
No. 1193 Tingkat 1, Jalan Menggris, Taman Seri Wangi, 93050 Kuching, Sarawak.
No. Tel: 082-510223 | No. Faks: 082-510223 | email: [email protected]
Website: www.abimsarawak.blogspot.com / www.facebook.com/abimnegerisarawak
5
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI SARAWAK
Sekretariat ABIM Sarawak
No. 1193 Tingkat 1, Jalan Menggris, Taman Seri Wangi, 93050 Kuching, Sarawak.
No. Tel: 082-510223 | No. Faks: 082-510223 | email: [email protected]
Website: www.abimsarawak.blogspot.com / www.facebook.com/abimnegerisarawak
KENYATAAN MEDIA
KENYATAAN MEDIA
ABIM NEGERI SARAWAK
17 OGOS 2018
‘LADIES’ NIGHT’ ANCAMAN KEPADA REMAJA: ABIM SARAWAK SOKONG
USAHA KWKPK
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak menyatakan keprihatinan kami terhadap
gejala penyertaan golongan remaja dalam acara 'Ladies' Night' yang menjadi salah satu faktor yang
membawa kepada kehamilan remaja luar nikah. Kami merujuk laporan berita oleh akhbar The
Borneo Post bertarikh 17 Ogos 2018 berjudul "Ladies' Night Spells Dangers for Girls" (halaman muka
depan).
Dalam laporan akhbar tersebut, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga
dan Pembangunan Kanak-kanak, Dato Sri Hajjah Fatimah Abdullah mendedahkan dapatan oleh
One Stop Teenage Pregnancy Committee (OSTPC) yang mengenalpasti acara 'Ladies' Night' yang
selalunya dipromosikan di bar-bar sebagai salah satu faktor penyebab kehamilan remaja luar
nikah. Promosi ini menyajikan minuman keras secara percuma atau pada kadar diskaun tertentu
kepada wanita termasuk remaja perempuan yang menyertai acara tersebut.
Dato Sri Hajjah Fatimah juga dilaporkan berkata dengan penyertaan remaja perempuan dalam
acara 'Ladies' Night' ini mendorong kepada risiko kehamilan remaja yang tinggi memandangkan
acara sepertinya melibatkan pengambilan minuman keras yang berkemungkinan besar
menjerumuskan mereka ke kancah keterlanjuran.
ABIM Negeri Sarawak berpandangan, acara seperti ini mestilah dikekang bagi mengelakkan
kesan yang lebih buruk kepada masyarakat keseluruhan khususnya golongan remaja bawah umur.
Promosi acara sepertinya termasuk melalui media sosial dilihat sebagai keterlaluan, dan pihak
berwajib disarankan agar mempertimbangkan tindakan penguatkuasaan berdasarkan lunas
undang-undang bagi mengekang promosi seperti ini.
Penjualan alkohol kepada mereka yang berusia di bawah 21 tahun adalah jelas merupakan suatu
kesalahan menurut peraturan berkaitan minuman beralkohol di bawah Peraturan-Peraturan
Makanan 1985 yang diwartakan pada 27 Mei 2017. Selain itu, semua penjual minuman beralkohol
diwajibkan untuk mempamer notis 'Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan' di
hadapan premis masing-masing. Peraturan 386A mengenai Sebatian Minuman Keras (CHL) pula
telah diwujudkan bagi mengekang kebolehdapatan CHL dalam kalangan golongan
berpendapatan rendah.
Statistik juga menunjukkan bahawa seramai 973 kehamilan remaja berlaku sebagaimana
dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Julai 2018. 879 kes daripadanya berlaku ke atas golongan
remaja perempuan yang tidak bersekolah atau tercicir daripada persekolahan. Jumlah ini tetap
dianggap membimbangkan walaupun terdapat penurunan yang signifikan jika dibandingkan
dengan jumlah kes dicatatkan pada tahun lepas dalam tempoh yang sama iaitu sebanyak 1,135
kes.
6
Justeru, ABIM Negeri Sarawak menyatakan pendirian kami membantah sebarang bentuk
penyertaan golongan remaja bawah umur ke acara seumpanya. Kami juga membantah sebarang
iklan terbuka sama ada melalui media cetak atau media elektoronik yang mempromosikan amalan
gaya hidup tidak sihat seperti ini.
Kami juga menyarankan agar keluarga khususnya ibu bapa lebih peka dengan kegiatan anak-anak
mereka agar tidak terjerumus ke lembah kemaksiatan. Ibu bapa juga perlu sedar bahawa
ancaman-ancaman yang membahayakan anak-anak mereka datang daripada pelbagai arah, lebih-
lebih lagi dalam dunia digital kini. Sungguh tarbiah atau pendidikan yang terbaik adalah bermula
dari rumah dan ibu bapa adalah contoh tauladan terbaik buat anak-anak, bukan semata-mata
menyediakan keperluan material yang cukup tetapi juga „nafkah rohani‟ yang mantap untuk
bekalan anak-anak berdepan dengan pancaroba kehidupan.
Selain itu, kami sepenuhnya menyokong usaha dan keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak yang
menyedari bahaya 'Ladies' Night' ini. Kami yakin pihak kerajaan dan agensi berkaitan mempunyai
mekanisme tersendiri dalam membendung isu ini.
Dalam perkembangan yang sama, ABIM Negeri Sarawak mewakili sebahagian khalayak awam
merakamkan penghargaan kepada KWKPK atas inisiatif yang berkesan dalam membendung
gejala kehamilan remaja luar nikah ini khususnya di bawah inisiatif One Stop Teenage Pregnancy
Committee (OSTPC) yang telah digerakkan sejak Oktober 2014.
ABIM Negeri Sarawak khususnya di bawah kelolaan HELWA sentiasa peduli dan mengikuti
perkembangan positif ini di samping menggerakkan usaha dalam kapasiti kami untuk
menyedarkan masyarakat khususnya beliawanis agar sentiasa berwaspada dengan gejala tidak
sihat yang mengancam mereka.
HELWA ABIM merancang untuk menggiatkan lagi program-program memupuk kesedaran di
samping menangani masalah sosial dalam kalangan remaja perempuan ke seluruh pelusuk negeri
dengan modul-modul seperti 'Dirimu Begitu Berharga (DERMAGA)' dan 'Sekeluarga Tolak
Pornografi (STOP)'. Kegiatan-kegiatan seperti ini tidak hanya mensasarkan medium sekolah,
memandangkan majoriti kes yang berlaku melibatkan remaja yang tidak bersekolah dan juga
tercicir persekolahan.
Di samping itu, kempen gaya hidup sihat seperti modul 'Say No to DARTS (Drug-Alcohol-
Relationship issues-Time Wastage-Smoking)' yang telah digerakkan oleh ABIM bersama NGO-NGO
Persahabatan Agama akan mula diperkenalkan di negeri ini.
Kami mengharapkan agar isu ini dapat dibendung dan lebih ramai anak remaja kita dapat
diselamatkan. Dengan keberkesanan polisi dan tindakan kerajaan, dijalin bersama kepedulian
masyarakat dan kerjasama semua akan mampu merealisasikan hasrat kita dalam memastikan
agenda kesejahteraan warga negeri ini terlaksana.
“SEJAHTERAKAN SARAWAK”
SHARIFAH AFIFAH BINTI WAN MORSIDI
Naib Yang Dipertua (HELWA)
ABIM Negeri Sarawak
17 Ogos 2018
7
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI SARAWAK
Sekretariat ABIM Sarawak
No. 1193 Tingkat 1, Jalan Menggris, Taman Seri Wangi, 93050 Kuching, Sarawak.
No. Tel: 082-510223 | No. Faks: 082-510223 | email: [email protected]
Website: www.abimsarawak.blogspot.com / www.facebook.com/abimnegerisarawak
KENYATAAN MEDIA
KENYATAAN MEDIA
ABIM NEGERI SARAWAK
26 OGOS 2018
PENULARAN WABAK RABIES: KERAJAAN PERSEKUTUAN USAH BERLENGAH
BANTU TANGANI PENULARAN DI SARAWAK
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak menyatakan kepedulian kami terhadap
penularan wabak Rabies di Sarawak khasnya yang sehingga ke hari ini telah meragut 12 nyawa
manusia. Sehingga kini, 36 lokasi di Negeri Sarawak telah diwartakan sebagai kawasan terjejas
rabies.
Kami merujuk laporan berita oleh akhbar The Borneo Post bertarikh 24 Ogos 2018 berjudul
“Using our own resources, Chief Minister says Sarawak has to use its own means to contain rabies, can't depend
on federal government” (halaman muka depan).
Dalam laporan tersebut, YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari menyatakan
bahawa Kerajaan Negeri perlu menggunakan sumber sendiri bagi menangani penularan wabak
rabies yang semakin serius di Sarawak, memandangkan maklum balas yang kurang pantas
daripada Kerajaan Persekutuan berhubung wabak rabies di Negeri ini.
Bagi kami sebagai khalayak awam yang prihatin, kenyataan YAB Ketua Menteri Sarawak ini
dilihat sebagai suatu 'keluhan' yang serius, seolah-olah Kerajaan Persekutuan bertindak lambat
dalam menyalurkan peruntukan bagi menangani wabak rabies ini. Oleh yang demikian, jawapan
daripada pihak yang bertanggungjawab adalah diperlukan bagi mengelakkan sebarang salah
faham khususnya dalam kalangan warga Sarawak.
ABIM Negeri Sarawak juga berpandangan bahawa isu yang melibatkan kepentingan awam seperti
ini wajar diberikan penumpuan dan keutamaan. Justeru, Kerajaan Persekutuan melalui agensi
berkaitan harus bertindak pantas dalam menangani penularan wabak ini. Jangan sampai lebih
banyak jiwa menjadi korban.
Kami juga menasihatkan warga Sarawak khususnya mereka yang ada memelihara anjing agar
segera mendapatkan khidmat penvaksinan anti-rabies daripada Jabatan Perkhidmatan Veteriner
Sarawak. Suntikan adalah wajib di bawah seksyen 40 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.
Dalam perkembangan yang sama, kami mengesyorkan para pemilik anjing agar bertindak
mengurung anjing peliharaan masing-masing atau tidak melepaskannya di luar rumah tanpa
pengawasan.
Bagi yang terkena gigitan atau dicakar haiwan seperti kucing dan anjing, mereka wajar segera
mendapatkan rawatan dengan merujuk klinik atau hospital terdekat. Wabak yang membawa maut
sepertinya tidak boleh dipandang enteng, justeru warga masyarakat perlu sentiasa peka dan peduli
bagi mencegah penularannya.
8
Kami juga merakamkan penghargaan kepada pihak berwajib khususnya Jabatan Perkhidmatan
Veterinar yang sehingga kini telah berjaya menggerakkan sebanyak 1,790 kempen diadakan di
negeri ini dengan penglibatan seramai 53,479 peserta. Dengan pembukaan makmal diagnosa di
Muara Tuang Kota Samarahan baru-baru ini diharapkan dapat mempercepat pengujian sampel
penyakit bagi tindakan yang lebih efisen.
Amatlah besar harapan kami agar Kerajaan Persekutuan memberikan maklum balas dan tindakan
segera dalam menangani penularan wabak ini daripada terus menular dan meragut lebih banyak
nyawa. Kami juga sedar bahawa isu ini bukan hanya menjadi tanggungjawab pihak berwajib
semata-mata tetapi juga peranan masyarakat awam secara bersama.
"SEJAHTERAKAN SARAWAK"
Mohamad Raufa Irman bin Hj Abdul Raub
Timbalan Yang Dipertua
ABIM Negeri Sarawak
26 Ogos 2018
No. Fon: (Mohamad Raufa Irman +60198899440)
Emel: [email protected]
9
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI SARAWAK
Sekretariat ABIM Sarawak
No. 1193 Tingkat 1, Jalan Menggris, Taman Seri Wangi, 93050 Kuching, Sarawak.
No. Tel: 082-510223 | No. Faks: 082-510223 | email: [email protected]
Website: www.abimsarawak.blogspot.com / www.facebook.com/abimnegerisarawak
KENYATAAN MEDIA
KENYATAAN MEDIA
ABIM NEGERI SARAWAK
28 OGOS 2018
MERENCANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SARAWAK: MESTR WAJAR
BERPANDUKAN DATA DAN KAJIAN
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak menyatakan kepedulian kami terhadap
usaha membangun pendidikan yang lebih berkualiti khususnya di Negeri Sarawak.
Kami merujuk laporan berita oleh akhbar The Borneo Post bertarikh 27 Ogos 2018 berjudul
"Inadequate Chance to Improve: Minister Says Teachers, Headmasters and Principals Not Given Continuous
Courses to Enhance Their Capability" (halaman muka depan).
Akhbar tersebut menyiarkan laporan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi
Sarawak (MESTR) YB Dato' Sri Michael Manyin Jawong mendakwa Kementerian Pendidikan
Malaysia bertindak tidak adil kepada warga pendidik termasuk Guru Besar dan Pengetua kerana
tidak memberikan latihan dan kursus secara berterusan, tetapi mengharapkan keputusan
cemerlang daripada setiap sekolah. Beliau berkata demikian di hadapan 60 orang guru besar yang
mengikuti Bengkel Memperkasa Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Rendah Negeri Sarawak,
bertempat di Institut Aminuddin Baki cawangan Sarawak, Kuching pada 26 Ogos yang lalu.
Malah lebih mengejutkan, beliau juga dilaporkan berkata bahawa ada dalam kalangan guru yang
telah lama berkhidmat tetapi tidak pernah mengikuti sebarang kursus (“Sometimes a teacher
came out from college or university, got posted to a school for a long period of time, or probably
until he or she retires, but never attended any courses"). Ternyata ini suatu pendedahan yang
sangat mengejutkan, kerana mengikut keputusan mesyuarat profesional Kementerian Pelajaran
Malaysia bilangan 7/2007, guru-guru di Malaysia diberikan latihan dalam perkhidmatan yang
mencukupi bilangannya iaitu tujuh kali setahun berasaskan sekolah.
Oleh yang demikian, sebagai seorang pemimpin yang berwibawa, YB Dato Sri Michael Manyin
Jawong perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataannya agar tidak disalahtafsirkan.
Jika merujuk kepada Laporan Tahunan 2017 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM
2013-2025), seramai 441,329 orang pegawai perkhidmatan pendidikan telah dinilai menggunakan
instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP).
Manakala, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah memberikan fokus kepada pembangunan
kepakaran khusus untuk pendidikan merangkumi empat bidang utama iaitu 'pembangunan dasar
dan kurikulum pendidikan', 'pentaksiran', 'kaunseling dan psikologi' dan 'kejurulatihan utama
pendidikan'.
Di samping itu, dalam konteks menghakupaya kepemimpinan sekolah, sebanyak 1,572 orang
peserta telah mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan
(NQPL) dengan kadar peratusan 79 peratus memperoleh keputusan cemerlang (PNGK 3.75 -
4.0). Selain itu juga, seramai 1,440 orang pemimpin sekolah telah mengikuti Program 'Residency'
dan 'Immersion' (PRIme).
10
Ternyata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebenarnya banyak berusaha ke arah
meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia termasuk di Negeri Sarawak. Pelan yang lengkap
dengan mekanisme pemerolehan dan keberhasilan, serta penilaian berterusan terhadap pelan
dilengkapi data dan statistik dilakukan secara konsisten oleh pihak KPM. Dokumen-dokumen
pelan strategi pendidikan dan laporan berkaitan diumumkan kepada khalayak dan dapat diakses
secara percuma oleh semua termasuk orang awam.
Justeru, MESTR sebenarnya perlu belajar daripada KPM untuk memastikan segala usaha
MESTR dalam pembangunan pendidikan di Sarawak berlaku dengan profesional dan ia dapat
dinilai secara objektif.
Walaupun begitu, sebagai kelompok 'masyarakat peduli pendidikan', ABIM Negeri Sarawak perlu
mengucapkan tahniah kepada YB Dato Sri Michael Manyin Jawong dan kementeriannya kerana
peduli dengan aspek pendidikan dan telah melaburkan sehingga RM24 juta untuk penganjuran
siri-siri latihan dan kursus bagi memantapkan sektor pendidikan di Negeri Sarawak.
Namun begitu, MESTR perlu bijak dalam merencana dan mengatur program-program
pemantapan pendidikan di Negeri Sarawak. Segala perancangan mesti dilaksanakan dengan
bersandarkan kepada data dan fakta, bukan dengan telahan, pemerhatian rambang dan agakan
semata-mata.
Keprihatinan kami ini adalah berasas memandangkan pelaburan peruntukan yang banyak dalam
sektor pendidikan menuntut agar keberhasilan diperoleh, setimpal dengan pelaburan yang
dikeluarkan. Jika mahu lihat peningkatan dalam prestasi pendidikan Negeri ini, maka ia harus
dilihat secara luas dan menyeluruh.
"SEJAHTERAKAN SARAWAK"
Mohammad Fazril bin Mohd Saleh
Setiausaha
ABIM Negeri Sarawak
28 Ogos 2018
No. Fon: Mohammad Fazril Saleh (013-2775313)
Emel: [email protected]
11
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI SARAWAK
Sekretariat ABIM Sarawak
No. 1193 Tingkat 1, Jalan Menggris, Taman Seri Wangi, 93050 Kuching, Sarawak.
No. Tel: 082-510223 | No. Faks: 082-510223 | email: [email protected]
Website: www.abimsarawak.blogspot.com / www.facebook.com/abimnegerisarawak
KENYATAAN MEDIA
KENYATAAN MEDIA
ABIM NEGERI SARAWAK
30 OGOS 2018
MAKLUM BALAS TERHADAP JAWAPAN DATO' SRI MICHAEL MANYIN: ABIM
SARAWAK RAKAM PENGHARGAAN
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak merujuk laporan berita oleh akhbar The
Borneo Post bertarikh 30 Ogos 2018 berjudul "Avoid making misleading statement of your
own" (halaman 6).
Laporan akhbar tersebut melaporkan kenyataan balas Menteri Pendidikan, Sains dan
Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR) YB Dato' Sri Michael Manyin Jawong atas Kenyataan
Media yang kami terbitkan pada 28 Ogks 2018 bertajuk "Merencana Kecemerlangan Pendidikan
Sarawak: MESTR Perlu Berpandukan Data dan Kajian".
Kami merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas maklum balas Dato' Sri Michael
Manyin tersebut. Bagi kami, jawapan balas itu dapat menghuraikan kekusutan dan kekeliruan atas
pernyataan beliau sebelum ini yang mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia bertindak tidak
adil kepada warga pendidik termasuk Guru Besar dan Pengetua kerana tidak memberikan latihan
dan kursus secara berterusan, tetapi mengharapkan keputusan cemerlang daripada setiap sekolah.
Justeru, dapat difahami bahawa beliau tidak bermaksud Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) bertindak tidak adil kepada guru kerana tidak memberikan latihan atau kursus, kerana
beliau sendiri mengakui bahawa adanya 'Latihan dalam Perkhidmatan' yang wajib dihadiri oleh
guru selama tujuh 'hari' setahun (sila rujuk Garis Panduan Pengoperasian Latihan dalam
Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, yang
dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru KPM pada tahun 2009), dan penyertaan pemimpin
guru dalam program Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan
(NQPL) dan Program 'Residency' dan 'Immersion' (PRIme), sebagaimana yang dinyatakan dalam
Kenyataan Media kami tempoh hari.
Ini bermakna, program latihan dan pengukuhan profesionalisme ada dianjurkan dan dijalankan
oleh KPM walaupun mungkin ada kelemahan dan kekurangan di sana sini. Dalam erti kata lain,
kenyataan beliau pada 27 Ogos sebagaimana dilaporkan akhbar bermaksud bahawa beliau
berpandangan KPM tidak memberikan latihan peningkatan profesionalisme guru yang
mencukupi, bukan tiada langsung. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri di bawah seliaan
kementeriannya membantu pihak KPM dalam mengendalikan sesi-sesi latihan peningkatan
kualiti pendidikan khasnya di negeri ini.
Dalam perkembangan yang sama, pihak ABIM Negeri Sarawak memikirkan adalah lebih baik jika
MESTR dapat mengikuti jejak langkah KPM dalam konteks pemberian akses kepada khalayak
awam terhadap maklumat perencanaan, pelan strategi dan juga laporan penilaian program
pemantapan pendidikan anjuran MESTR. Ini dapat menggalakkan peranserta pemegangtaruh
yang lain seperti ibu bapa dan komuniti. Pihak kami yakin MESTR dapat melaksanakannya
berdasarkan kapasiti, kelengkapan dan kepakaran yang mereka punyai.
12
ABIM Negeri Sarawak juga sentiasa mendoakan kejayaan MESTR dalam membangun
kecemerlangan pendidikan di Sarawak. Di samping itu, kami merakamkan rasa berbahagia atas
kesediaan Dato' Sri Michael Manyin untuk menjalin 'hubungan kerjasama langsung' dengan pihak
kami. Kami menyatakan kesediaan kami untuk tujuan tersebut. Sebagai pertubuhan bukan
kerajaan, pertubuhan belia dan kelompok 'masyarakat peduli pendidikan', ABIM Negeri Sarawak
akan sentiasa berusaha dalam kapasiti dan kemampuan kami untuk membantu membangun
masyarakat di negara ini, khususnya Negeri Sarawak yang kita cintai.
"SEJAHTERAKAN SARAWAK"
Mohammad Fazril bin Mohd Saleh
Setiausaha
ABIM Negeri Sarawak
30 Ogos 2018
No. Fon: Mohammad Fazril Saleh (013-2775313)
Emel: [email protected]
13
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI SARAWAK
(No. Pendaftaran PPBM: CN0028/13/18/1197)
Sekretariat ABIM Sarawak
No. 1193 Tingkat 1, Jalan Menggris, Taman Seri Wangi, 93050 Kuching, Sarawak
No. Tel: 082-510223 | No. Faks: 082-510223 | email: [email protected]
KENYATAAN MEDIA
KENYATAAN MEDIA
ABIM NEGERI SARAWAK
24 SEPTEMBER 2018
PERAKUAN KELULUSAN PENDAFTARAN ABIM DI SARAWAK OLEH
PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA MALAYSIA (ROY)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak memaklumkan status terkini berhubung
pendaftarannya. Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY) Kementerian Belia dan
Sukan, Putrajaya telah mengeluarkan perakuan pendaftaran bagi 13 entiti Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM) yang didaftarkan di Negeri Sarawak pada 02 Ogos 2018 yang lalu.
Pendaftaran ABIM peringkat kebangsaan dan di negeri-negeri lain di bawah Pendaftar
Pertubuhan Belia (ROY) telahpun berlaku sejak tahun 2007 lagi, sejak ROY dan Akta
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 mula diperkenalkan. Sebelumnya, ABIM
berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Walau bagaimanapun atas perkiraan dan ijtihad kepemimpinan ABIM Negeri Sarawak dewasa itu
yang mengambilkira situasi dan kepentingan semasa, maka pendaftaran ABIM Negeri Sarawak
dikekalkan di bawah ROS.
Status pendaftaran tersebut terus aktif sehinggalah pada tahun 2017, kepemimpinan ABIM
semasa mengambil keputusan untuk mendaftarkan ABIM Negeri Sarawak di bawah ROY dan
menyegerakan proses pendaftarannya, walaupun perencanaan untuk pendaftaran telah dilakukan
beberapa tahun sebelumnya.
Justeru, tindakan memohon klarifikasi status pendaftaran ABIM Sarawak di bawah Pejabat
Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah dibuat dan permohonan menggugurkan ABIM Sarawak
daripada daftar ROS telah diluluskan. Seterusnya, kebenaran penubuhan ABIM Sarawak di
bawah ROY dipohon dan sijil kebenaran penubuhan telah dikeluarkan bagi membolehkan 13
entiti ABIM di Sarawak menjalankan mesyuarat penubuhan.
Minit Mesyuarat Penubuhan bersama borang-borang tertentu dilengkapkan dan telah dihantar
dan diterima oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia KBS Putrajaya pada 09 Julai 2018.
Pendaftaran ini adalah selari dengan peruntukan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan
Belia 2007 (Akta 668).
Tiga belas (13) entiti ABIM di Sarawak kini telah diluluskan dan diperakui pendaftarannya:
1. ABIM Negeri Sarawak (peringkat negeri) :
PPBM : CN0028/13/18/1197
2. ABIM Daerah Kuching (peringkat daerah) :
PPBM : CD0028/13/18/1196
14
3. ABIM cawangan Satok :
PPBM : CT0028/13/18/1199 :
:
4. ABIM cawangan Samariang :
PPBM : CT0028/13/18/1207 :
:
5. ABIM cawangan Santubong :
PPBM : CD0028/13/18/1198 :
:
6. ABIM Daerah Samarahan (peringkat daerah) :
PPBM : CT0028/13/18/1201 :
7. ABIM cawangan Kota Samarahan
PPBM : CD0028/13/18/1200
8. ABIM cawangan Sebuyau
PPBM : CT0028/13/18/1205
9. ABIM cawangan Muara Tuang
PPBM : CD0028/13/18/1204
10. ABIM Daerah Bintulu (peringkat daerah)
PPBM : CT0028/13/18/1203
11. ABIM cawangan Jepak
PPBM : CT0028/13/18/1202
12. ABIM cawangan Kemena
PPBM : CT0028/13/18/1206
13. ABIM cawangan Kidurong
PPBM : CD0028/13/18/1205
ABIM merupakan sebuah pertubuhan atau organisasi bukan kerajaan (NGO) yang telah
ditubuhkan sejak tahun 1971. Terdapat lebih 20 agensi termasuk berkaitan pendidikan, koperasi,
hospital, kerja kesukarelaan, bantuan kemanusiaan dan sebagainya ditubuhkan dan dinaungi oleh
ABIM.
ABIM di Sarawak ditubuhkan pada tahun 1978. Tahun ini (2018) menandakan 40 tahun ABIM
bertapak si bumi Sarawak. ABIM Negeri Sarawak juga berhasrat untuk membuka dan
mendaftarkan cawangannya di bahagian dan daerah yang lain, agar dapat berbakti dan
memberikan manfaat kepada umat dan masyarakat.
"SEJAHTERAKAN SARAWAK"
Muhammad Hazim bin Azhari
Yang Dipertua
ABIM Negeri Sarawak
24 September 2018
15
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI SARAWAK
(No. Pendaftaran PPBM: CN0028/13/18/1197)
Sekretariat ABIM Sarawak
No. 1193 Tingkat 1, Jalan Menggris, Taman Seri Wangi, 93050 Kuching, Sarawak
No. Tel: 082-510223 | No. Faks: 082-510223 | email: [email protected]
KENYATAAN MEDIA
KENYATAAN MEDIA
ABIM NEGERI SARAWAK
25 SEPTEMBER 2018
KUATKUASA PREMIS MAKANAN SEBAGAI ZON BEBAS ASAP ROKOK: ABIM
SARAWAK SOKONG TINDAKAN DBKU
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak merujuk kenyataan Datuk Bandar
Kuching Utara (DBKU), Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai pada 20 September yang lalu
berkenaan penguatkuasaan Zon Bebas Asap Rokok di semua premis makanan di bawah seliaan
DBKU yang bakal berkuatkuasa mulai Januari tahun hadapan (rujuk laporan Berita Harian edisi
21 September 2018).
ABIM Negeri Sarawak mewakili khalayak awam di negeri ini menyatakan sokongan penuh kami
terhadap tindakan penguatkuasaan tersebut. Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
yang peduli dan prihatin dengan kesejahteraan rakyat di Sarawak, kami berpandangan sudah tiba
waktunya kerajaan dan pihak berwajib bertindak tegas dalam menangani permasalahan asap
rokok di tempat awam lebih-lebih lagi di premis makanan, restoran dan kedai makan.
Dalam perkembangan yang sama, tindakan menguatkuasakan larangan merokok di restoran atau
kedai makan terbuka juga mendapat perhatian Timbalan Menteri Kesihatan Dr. Lee Boon Chye
yang membangkitkan cadangan mewartakan premis restoran terbuka termasuk kedai mamak
sebagai kawasan bebas asap rokok mulai Disember tahun ini. Cadangan tersebut dibangkitkan
beliau dalam sidang Parlimen baru-baru ini.
ABIM Sarawak berpandangan, perokok yang tergamak merokok di tempat awam telah meragut
hak orang ramai untuk mendapatkan udara segar di samping berpotensi menjejaskan kesihatan
orang lain akibat terhidu hembusan asap rokok yang berbahaya. Kami juga berpendapat,
merokok di tempat awam bukan sekadar suatu gangguan terhadap kesihatan khalayak, malah juga
menjadi petanda kurangnya adab dalam kalangan masyarakat kita.
Rokok atau tembakau merupakan ancaman terbesar dan faktor risiko utama menyebabkan
penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Diseases - NCD) yang menyumbang lebih daripada
setengah juta kematian di rantau Asia Tenggara setiap tahun. Oleh demikian, kerajaan
Persekutuan harus menggunakan bidang kuasanya bagi melaksanakan inisiatif untuk
memperluaskan kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil
Tembakau (Pindaan) 2017. Setakat ini di bawah Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil
Tembakau (Pindaan) 2017, terdapat 23 tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan
merokok termasuk pusat hiburan, teater, dalam lif atau tandas awam, tempat makan berhawa di-
ngin, dalam kenderaan awam atau hentian awam, lapangan terbang, kawasan premis kerajaan dan
kawasan yang digunakan untuk apa-apa aktiviti perhimpunan.
Di samping itu, merujuk kepada usaha murni pihak DBKU dalam konteks penguatkuasaan Zon
Bebas Asap Rokok di premis makanan dalam kawasannya, pihak kami juga menyokong penuh
cadangan kompaun serta-merta terhadap perokok yang melanggar peraturan ini. Sebenarnya,
orang yang mempunyai hemah dan 'kewarasan' tidak akan tergamak merokok di depan khalayak.
16
Justeru tindakan tegas seperti kompaun serta-merta diharap dapat mendidik mereka menjadi
warganegara yang lebih 'waras' dan bertimbang rasa.
ABIM Negeri Sarawak juga merakamkan ucapan tahniah kepada DBKU kerana melaksanakan
pelbagai inisiatif bagi merealisasikan harapan 'Bebas Asap Rokok' berlaku dalam kawasan
tadbirannya. Kami mengikuti perkembangan inisiatif seperti ini yang digerakkan oleh DBKU
saban tahun. Langkah ini wajar disertai majlis-majlis tempatan yang lain.
Di peringkat ABIM Negeri Sarawak sendiri memang menjadikan kesemua premis dan institusi di
bawah seliaan ABIM termasuk institusi pendidikan TASKI ABIM bebas asap rokok sepenuhnya.
Malah, anak-anak pelajar TASKI dan para belia ABIM sentiasa diberikan kesedaran akan bahaya
rokok termasuk rokok elektronik dan vape.
Demi membentuk masyarakat yang sihat dan beradab, besarlah harapan kami untuk melihat
negeri yang dicintai ini sepenuhnya bebas asap rokok menjelang tahun 2045 sebagaimana yang
disasarkan oleh negara.
"SEJAHTERAKAN SARAWAK"
Mohamad Rahmat bin Jamali
Naib Yang Dipertua 1
ABIM Negeri Sarawak
25 September 2018
No. Fon: 011-61783206
Emel: [email protected]
No. Fon: 011-61783206
Emel: [email protected]
17
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI SARAWAK
(No. Pendaftaran PPBM: CN0028/13/18/1197)
Sekretariat ABIM Sarawak
No. 1193 Tingkat 1, Jalan Menggris, Taman Seri Wangi, 93050 Kuching, Sarawak
No. Tel: 082-510223 | No. Faks: 082-510223 | email: [email protected]
KENYATAAN MEDIA
KENYATAAN MEDIA
ABIM NEGERI SARAWAK
08 OKTOBER 2018
JUFITRI KINI PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA: ABIM SARAWAK UCAP
TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak merujuk pengumuman rasmi pemilihan
Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Majlis Belia Malaysia (MBM) sesi 2018-2020 dalam Majlis
Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) MBM kali ke-67 pada 06 Oktober 2018 yang lalu di
Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang, Selangor. Kami juga merujuk laporan
akhbar Utusan Borneo edisi 05 Oktober 2018 berjudul “ABIM Negeri Sarawak Sokong Jufitri
Bertanding Jawatan Presiden MBM”.
Dalam majlis tersebut, seramai 370 orang perwakilan berdaftar telah sebulat suara memilih
Saudara Jufitri bin Joha sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi sesi kepemimpinan
2018-2020. Beliau merangkul jawatan tersebut tanpa sebarang pertandingan.
ABIM Negeri Sarawak dengan ini merakamkan ucapan tahniah atas pemilihan dan pelantikan
tersebut. Kami yakin bahawa Saudara Jufitri sememangnya personel yang layak menduduki
jawatan seterusnya meneraju pertubuhan induk belia tersebut demi kebangkitan baharu khalayak
belia di Malaysia.
Jufitri yang kini juga merupakan Naib Presiden ABIM, merupakan pemimpin ABIM kedua yang
dipilih sebagai Presiden MBM selepas Dato‟ Seri Anwar Ibrahim yang menduduki jawatan sama
pada 1972-1976. Sebelumnya beliau merupakan Naib Presiden MBM bagi sesi yang lalu.
Dengan latar belakang pendidikan dalam bidang undang-undang (Sarjana Muda Undang-undang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan bidang kajian belia (Sarjana Kajian Kerja Belia
Universiti Durham United Kingdom), beliau bergiat aktif dalam aktiviti keilmuan, kependidikan
dan kemasyarakatan. Sewaktu zaman mahasiswa, beliau merupakan pimpinan pertubuhan pelajar
peringkat nasional, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Selain menjadi Naib Presiden ABIM, beliau juga adalah Pengerusi Federasi Kebangsaan Kerja
Belia Malaysia, dan Pengasas-Pengerusi Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) sebuah badan
bantuan kemanusiaan global yang aktif di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2014, beliau dipilih
sebagai Tokoh Belia Negara peringkat Kebangsaan dan merangkul anugerah Tokoh Belia
ASEAN di peringkat rantau Asia Tenggara, juga dalam tahun yang sama.
Dalam perkembangan yang sama, seorang lagi pemimpin ABIM, Saudara Hasnul Haniff bin
Harun juga telah dipilih menduduki jawatan Setiausaha Agung MBM, juga dalam pemilihan yang
sama. Bagi kami, beliau merupakan gandingan terbaik bagi membantu Jufitri mengemudi belia di
Malaysia.
Kami juga dengan ini menyatakan sokongan kami terhadap kenyataan Yang Berhormat Encik
Syed Sadiq Syed Abdul Rahman yang menyokong penuh cadangan MBM untuk mengangkat
Presiden majlis itu sebagai Senator di Dewan Negara bagi membawa suara golongan belia. Beliau
18
dilaporkan berkata demikian dalam majlis yang sama. MBM yang ditubuhkan sejak tahun 1948
diiktiraf sebagai badan induk yang mewakili belia di negara ini dan dinaungi sendiri oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.
Dalam kesempatan ini juga, kami merakamkan rasa berbahagia dan penghargaan kami kepada
MBM kerana telah menganugerahi Almarhum Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, seorang bekas
pimpinan ABIM dan MBM dengan Pingat Bakti Belia Malaysia atas jasa dan pengorbanannya
dalam kegiatan dan perkembangan belia di Malaysia. Pingat disampaikan oleh YB Encik Syed
Sadiq Syed Abdul Rahman kepada wakil anggota keluarga beliau. Beliau yang juga merupakan
mantan ADUN Seri Setia dan EXCO Kerajaan Negeri Selangor telah kembali ke Rahmatullah
pada 02 Ogos 2018 yang lalu. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti
Teknologi MARA (UiTM) Kota Samarahan dan bergiat aktif dalam aktiviti dakwah dan
kemasyarakatan di negeri ini.
Kami berharap agar MBM akan terus proaktif dalam membangun belia di Malaysia termasuklah
di Negeri Sarawak. Kepada Saudara Jufitri Joha, Saudara Hasnul Haniff dan para pimpinan
baharu MBM, selamat maju jaya kami ucapkan.
“BELIA BERTINDAK DEMI KEBENARAN DAN KEADILAN”
"SEJAHTERAKAN SARAWAK"
Muhammad Hazim bin Azhari
Yang Dipertua
ABIM Negeri Sarawak
08 Oktober 2018
No. Fon: 011-61783206
Emel: [email protected]
19
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI SARAWAK
(No. Pendaftaran PPBM: CN0028/13/18/1197)
Sekretariat ABIM Sarawak
No. 1193 Tingkat 1, Jalan Menggris, Taman Seri Wangi, 93050 Kuching, Sarawak
No. Tel: 011-61783206 | No. Faks: 082-510223 | email: [email protected] | Web: www.abimsarawak.org
KENYATAAN MEDIA
KENYATAAN MEDIA
ABIM NEGERI SARAWAK
26 DISEMBER 2018
PROJEK TIGA JAMBATAN: ABIM SARAWAK GESA SEGERAKAN RUNDINGAN
SERIUS
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak merujuk laporan berita Utusan Borneo
edisi 21 Disember 2018 dengan judul “Kekangan Kewangan, Pembinaan Tiga Jambatan
Ditangguh”, dan laporan berita akhbar sama edisi 22 Disember 2018 dengan judul “Tiga
Jambatan Tetap Dibina”.
Kedua-dua laporan akhbar tersebut menyiarkan polemik pembinaan tiga projek jambatan di
kawasan pesisir Sarawak yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum Pilihanraya
Umum ke-14, merangkumi kawasan Rambungan, Batang Lupar dan Batang Igan.
Menteri Kerja Raya Malaysia YB Baru Bian, dalam kunjungannya ke Mukah baru-baru ini
dilaporkan berkata tiga projek jambatan tersebut ditangguhkan dan dimasukkan dalam senarai
penilaian semula akibat kekangan kewangan. Kenyataan ini mendapat tindak balas yang pelbagai
dalam kalangan khalayak termasuklah respon daripada Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak YB
Datuk Julaihi Narawi yang bertegas bahawa Kerajaan Negeri akan meneruskan dan mengambil
alih projek tiga jambatan tersebut. YB Datuk Julaihi juga mengakui bahawa Kerajaan Perekutuan
telah mengajukan pemberitahuan bertulis kepada Kerajaan Negeri berhubung status
penangguhan projek-projek berkenaan.
Sehubungan dengan itu, ABIM Negeri Sarawak melihat polemik ini sebagai suatu situasi yang
merugikan rakyat Sarawak. Sewajarnya para pemimpin dari Negeri ini sama-sama berusaha dan
berganding bahu melayani keperluan rakyat yang masih sangat memerlukan kemudahan-
kemudahan asas seperti jaringan perhubungan darat yang baik dan efisen.
Kami yakin bahawa rata-rata rakyat memahami kekangan kewangan yang dihadapi Kerajaan
Persekutuan sehingga terpaksa menilai semula banyak projek infrastruktur awam. Kami juga
percaya bahawa Kerajaan Persekutuan pastinya telah melakukan hitungan dan penilaian semula
kos tanggungan selanjutnya memberi keutamaan kepada projek-projek yang dirasakan penting
dan utama pada pertimbangannya.
Walau bagaimanapun alasan „kekangan kewangan‟ sebagai justifikasi bagi menangguhkan suatu
keperluan rakyat terbanyak adalah terlalu simplistik. Jika benar perlu penangguhan, adalah baik
sekiranya disokong dengan fakta seperti analisis kos-faedah projek sebagai alat pembuat
keputusan yang lebih meyakinkan.
Namun begitu, besar kemungkinan terdapatnya cara dan kaedah bagi mengatasi permasalahan
ini, salah satunya dengan mempertimbang saranan dan tawaran Kerajaan Negeri bagi
mendahulukan pembiayaan projek tiga jambatan ini, dan pembayaran semula dapat dilakukan
secara berperingkat oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri termasuk dengan cara
pemotongan hutang Negeri kepada Persekutuan – sekiranya ia suatu kaedah yang mungkin dapat
dilaksanakan.
20
Kami percaya, kesemua pemimpin yang terlibat dalam polemik ini – walau berbeza ideologi dan
platform politik – sangat memahami keperluan rakyat terbanyak negeri ini dan sangat
menginginkan projek-projek pembangunan di negeri ini berlangsung dengan jayanya demi
manfaat bersama.
Oleh yang demikian, dengan berpegang kepada semangat “Malaysia Baharu”, ABIM Negeri
Sarawak menggesa agar rundingan serius bagi pembinaan projek tiga jambatan ini diadakan
antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, demi kepentingan rakyat Sarawak.
"SEJAHTERAKAN SARAWAK"
Muhammad Hazim bin Azhari
Yang Dipertua
ABIM Negeri Sarawak
26 Disember 2018
No. Fon: 011-61783206
Emel: [email protected]
Laman Web: abimsarawak.org
21
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI SARAWAK
(No. Pendaftaran PPBM: CN0028/13/18/1197)
Sekretariat ABIM Sarawak
No. 1193 Tingkat 1, Jalan Menggris, Taman Seri Wangi, 93050 Kuching, Sarawak
No. Tel: 011-61783206 | No. Faks: 082-510223 | email: [email protected] | Web: www.abimsarawak.org
KENYATAAN MEDIA
KENYATAAN MEDIA
ABIM NEGERI SARAWAK
28 JANUARI 2019
DIGUGUR HAK TUAN RUMAH AKIBAT SEKAT ATLET RENANG PARA ISRAEL:
ABIM SARAWAK SYOR YAB KETUA MENTERI NYATAKAN SOKONGAN
TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak merujuk laporan berita Reuters bertarikh
27 Januari 2019 bertajuk “M'sia stripped of 2019 World Para Swimming Championships over Israeli ban”.
Menurut laporan tersebut, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) telah menarik hak
penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia yang dijadualkan berlangsung di Kuching dari 29
Julai hingga 04 Ogos 2019, akibat pendirian tegas Malaysia untuk menyekat kemasukan atlet dari
Israel ke negara ini.
ABIM Negeri Sarawak memandang ketegasan Kerajaan Malaysia dalam menyekat kemasukan
atlet para Israel ke negara ini sebagai suatu tindakan berani dan berprinsip. Sememangnya
Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel, malah menjadi
pendokong kuat kepada perjuangan pembebasan Palestin daripada penindasan oleh negara
penjajah Israel.
Tindakan sedemikian adalah sejajar dengan dasar yang dipegang oleh kerajaan Malaysia yang
selama ini tidak memberi kebenaran kepada pemegang pasport Israel daripada memasuki negara
ini. Kerajaan Malaysia telah mengekalkan dasar ini dengan tegas dan teguh tanpa sebarang
pengecualian.
Akibatnya, pihak Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) semalam (27 Januari 2019) telah
membuat keputusan untuk menggugurkan hak Malaysia sebagai tuan rumah bagi kejohanan yang
sudah terjadual itu dan akan mencari lokasi baharu bagi acara tersebut.
Diskriminasi, penindasan dan kezaliman Israel terhadap warga Palestin bukanlah baharu
diketahui warga dunia. Ia disahkan sendiri oleh badan hak asasi manusia yang berotoritatif seperti
Amnesty International dan Human Rights Watch.
Oleh yang demikian, alasan seperti “isu sukan jangan dipolitikkan” atau “memohon Sarawak
menggunakan kuasa imigresen bagi membenarkan atlet Israel masuk” seperti dicadangkan
sebelum ini oleh Sayap Wanita Parti Sarawak United People's Party (SUPP) dan The Movement
for Change Sarawak (MoCS) wajar difikir-fikirkan semula.
Sehubungan dengan itu, ABIM Negeri Sarawak juga mengesyorkan kepada Yang Amat
Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari untuk
menyatakan sokongan terhadap pendirian Kerajaan Malaysia atas nama kebenaran, keadilan dan
kemanusiaan sejagat.
22
Dalam perkembangan yang sama, ABIM Sarawak dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka
dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak akan menganjurkan program Malam Nurani
Insaniah dengan tema “menginsafi dan menghayati naluri penderitaan sesana insan”, pada 15
Februari 2019 jam 08:30 malam bertempat di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan
Sarawak, Kuching.
Program ini bertujuan secara khusus menyampaikan informasi tentang pengalaman pasukan misi
bantuan kemanusiaan di negara-negara terjejas akibat penindasan dan peperangan termasuk
Palestin, Syria, Myanmar (Rohingya) dan China (Uyghur), yang diselang selikan dengan
persembahan kreatif daripada karyawan tempatan. Pihak kami mengundang warga Sarawak untuk
hadir sama sebagai sokongan terhadap prinsip keamanan sedunia.
Sekali lagi, kami memohon YAB Ketua Menteri dan pucuk pimpinan Sarawak untuk bersama-
sama menyatakan pendirian menyokong tindakan Kerajaan Malaysia dalam hal ini. Kami yakin,
warga Sarawak juga bersama mendokong perjuangan Palestin, demi kebenaran dan keadilan
sejagat.
"SEJAHTERAKAN SARAWAK"
Muhammad Hazim bin Azhari
Yang Dipertua
ABIM Negeri Sarawak
28 Januari 2019
No. Fon: 011-61783206
Emel: [email protected]
Laman Web: abimsarawak.org
23
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI SARAWAK
Sekretariat ABIM Sarawak
No.1193 Tingkat 1, Jalan Menggris, Taman Sri Wangi, 93050 Kuching, Sarawak
Telefon: 082-442167 | Faks: 082-510223
Web: www.abimsarawak.org
Emel: [email protected] | Laman FB: ABIM Negeri Sarawak
24