The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohamad Safwandi, 2019-09-26 06:33:56

Slaid Profail ABIM Sarawak

Slaid Profail ABIM Sarawak

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN INSAN: TAMRIN & KURSUS PELATIHAN

Tamrin (Kem Pelatihan) berlangsung sebanyak tiga kali dengan tamrin 3G (tiga generasi
W-A-P @ Hari Keluarga), tamrin qiyadi (induksi) dan tamrin perkaderan pelajar Islam.

101

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN INSAN: MUKTAMAR (MESYUARAT AGUNG)

Muktamar ABIM Negeri (Mesyuarat Agung) pula berlangsung pada hujung sesi. Bersempena
muktamar, turut dilangsungkan „Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak‟ dan Majlis

Peringatan Haul ke-100 tahun Shaykh „Uthman Sarawak (04 Ogo 2018)

102

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN INSAN: BIBLIOPHILIA

Sebagai sebuah pertubuhan intelektual, ABIM Sarawak sentiasa sedar untuk memupuk
budaya membaca dan budaya keilmuan dalam kalangan warganya. Program diskusi buku

Bibliophilia telah berjalan sebanyak beberapa siri, secara berkala.

103

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN INSAN: SEMINAR ILMIAH

Wacana Minda Pendidikan (Februari 2018) dan Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak
(Ogos 2018), dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menggiatkan
pembahasan ilmu secara akademik dalam kalangan masyarakat intelektual dan orang awam

104

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN INSAN: SEMINAR ILMIAH

105

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN INSAN: SEMINAR ILMIAH

106

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN INSAN: SAMBUTAN & PERARAKAN

ABIM Negeri Sarawak telah merangkul temp. at ketiga dalam pertandingan sepanduk dan
perarakan bagi kategori D (Kampung/ JKKK/ Masjid-Surau Pesatuan/Kelab/Pertubuhan)
sempena Sambutan Maulidurrasul 1439H/ 2017H peringkat Negeri Sarawak. Trofi dan
hadiah disampaikan oleh YB Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Kemudahan
Awan (Elektrik dan Telekomunikasi) dengan disaksikan oleh Datu Haji Misnu bin Haji
Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak.

107

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN INSAN: RIADAH & SUKAN

Selain pertemuan tidak formal dan kunjung-ziarah ke kediaman teman-teman, ABIM Sarawak
juga menganjurkan program riadah seperti Futsal Komrado & Tangkas Tangkis Badminton.

108

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA LATIHAN & PEMBANGUNAN INSAN: PENGEMBANGAN BAKAT (KESENIAN)

Ahli-ahli ABIM yang mempunyai bakat dalam bidang seni diberikan peluang untuk menggilap
bakat dan berkarya menerusi kumpulan nasyid HAWARY. Kumpulan ini telah mengeluarkan
beberapa single dan album,serta menerima permintaan untuk persembahan dalam acara-acara

dan keraian.

109

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA LATIHAN & PEMBANGUNAN INSAN: PENGEMBANGAN BAKAT (INOVASI)

Ahli ABIM Sarawak yang mempunyai minat dan bakat dalam aspek inovasi teknologi
didorong untuk melakukan penyelidikan dan hasil ciptaan baharu sehingga merangkul

pengiktirafan: CERMAT, Smart Meter & Matrix Trekker

110

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA LATIHAN & PEMBANGUNAN INSAN: PENGEMBANGAN KREATIVITI

Memanfaatkan „RUANG‟ yang ada untuk perkembangan kreativiti masing-masing: Suatu
dimensi baharu “lepak”

111

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

USAHAWAN (PELANCONGAN)

Quiik Catt dimiliki dan diuruskan oleh salah seorang exco ABIM Sarawak, Cik Khadijah Edi
Wahab. Terletak di Wayang Street, bersebelah St.Mary School). Berkonsepkan penginapan
bajet untuk „backpackers‟ beliau memanfaatkan konsep pembayaran melalui khidmat sosial
(sambil mengenali budaya setempat) dalam kalangan pelanggan Quiik Cat yang rata-ratanya
merupakan pelancong dari Eropah

112

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

USAHAWAN (PENERBITAN)

Sanggar Bitara Karang Mengarang merupakan sebuah perusahaan penerbitan yang dimiliki
dan diusahakan Sdr. Fazril Saleh, Setiausaha ABIM Sarawak. Beliau juga merupakan seorang
penulis dan penyunting karya ilmiah dan karya kreatif. Beliau mengusahakan penerbitan bagi
Manaqib Shaykh Uthman tokoh ulama ulung kelahiran Sarawak dan kajian Sarawak yang lain.

113

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK |

USAHAWAN (KELAS BAHASA)

Liu Mandarin Academy, kelas Bahasa Mandarin yang diusahakan oleh pasangan suami isteri
yang kedua-duanya merupakan AJK ABIM Negeri Sarawak. Projek kelas bahasa Mandarin ini

dibimbing oleh Puan Aisyah Liew, AJK ABIM Sarawak berbangsa Cina

114

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

USAHAWAN (AUTOMOTIF)

Bengkel kereta yang diusahakan oleh alumni TASKI ABIM, Sdr. Muhd.Tabrani dan Sdr.
Azlan. Mereka menyewa bahagian bawah bangunan Sekretariat ABIM Sarawak dan
memanfaatkan ruang sebaiknya untuk khidmat membaiki kereta

115

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

USAHAWAN (TUISYEN)

Pusat Tuisyen Suri Bitara diusahakan oleh Sdr. Muhammad Qhidir Mat Isa, AJK ABIM Negeri Sarawak,
yang berkolaborasi bersama pensyarahnya dari UNIMAS. Menwarkan khdimat tuisyen bagi pelajar tahun

6, tingkatan 3 dan calon SPM. Juga menawarkan kelas Bahasa Asing kepada khalayak awam.

116

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

USAHAWAN (MOBILE APPS & PROTOTAIP)

Mohd Zul Haziq bin Mohd Fadzli mempunyai kemahiran dan kreativiti merekacipta Aplikasi
mudah alih dan prototaip meter bacaan elektrik dan api bagi kawasan pedalaman. Beliau juga

telah mencipta Apps ABIM Sarawak.

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

USAHAWAN (PRODUKSI FOTOGRAFI)

Saudara Muhammad Nur Syafiq bin Muhd Andai merupakan seorang ahli ABIM Negeri
Sarawak yang mengusahakan Pakej Fotografi untuk acara dan sebagainya. Beliau bermula
sebagai sukarelawan yang membantu bahagian multimedia dalam program-program ABIM,
kemudiannya beliau dihantar untuk mengasah teknik berkaitan foto-videografi, seterusnya

menceburkan diri dalam bidang perniagaan berkaitan fotografi dan videografi

118

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

USAHAWAN (PERUNDING KEWANGAN)

Wan Azizan Wan Zainal Abidin adalah pemilik Aplus Management & Corporate Services,
Jalan Rubber 10 Satok.. Beliau mengendalikan khidmat rundingan kewangan dan perakaunan.
Beliau yang juga merupakan YDP ABIM Samarahan juga telah mencipta program buku tunai

dan pengurusan kewangan CERMAT

119

120

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: PEMIMPIN BELIA

Kolokium Kepemimpinan Belia diperkenal dan dianjurkan oleh ABIM sebagai platform para
belia tanpa mengira perbezaan latar belakang bangsa, agama dan status bagi mendapatkan
informasi berkaitan teori dan pengamalan kepemimpinan di samping membangkit semangat
membangun diri dan pertubuhan belia menjadi lebih produktif. Kolokium ini juga

mensasarkan pungutan suara akar umbi di Sarawak bagi dipanjangkan kepada kepemimpinan
belia dan pemegang taruh peringkat atasan

121

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: TEKNIK BELAJAR SISWA

ABIM Sarawak memperkenalkan modul Teknik Belajar Mahasiswa Bitara (TBMB) bagi
membantu para mahasiswa menyusunatur kehidupan kemahasiswaan mereka dalam erti kata
memberikan pedoman untuk berjaya dalam pengajian dan aktif dalam kegiatan berpersatuan.

122

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: TASKI ABIM

TASKI ABIM mempunyai 16 cawangan dengan lebih 1,000 orang pelajar dalam kawasan
Kuching dan Kota Samarahan sahaja. Ini tidak termasuk premis atau cawangan TASKI ABIM

yang lain seperti di Sarikei, Meradong dan Miri.

123

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: TASKI ABIM

TASKI menjadi pilihan ramai atas sebab kualiti sistem pendidikannya serta keberkesanan
anak-anak didik keluarannya. Justeru, ABIM Sarawak sememangnya sinonim dengan program
kependidikan seumpamanya. Berdasarkan perkara 7.1 dan 7.2.1 Perlembagaan ABIM, mana-

mana harta milik ABIM termasuk institusi TASKI boleh dikendalikan oleh Ahli Lembaga
Amanah yang dilantik. Sebagai sebuah agensi pendidikan ABIM Sarawak, TASKI ABIM
mempunyai pihak pengurusan yang memfokus pentadbiran, perjalanan & perkembangannya.
ABIM Sarawak juga menyediakan ruang pekerjaan kepada belia untuk menjadi guru dan

pembantu guru di TASKI ABIM.

124

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: BICARA TANWIR

Bicara Tanwir
adalah suatu
program umum,
diadakan di tempat
awam masjid/surau,
menampilkan
tokoh-tokoh yang
berkepakaran
bidang masing-
masing, berkongsi
ilmu dengan
khalayak awam: Dr.
Arif Kasmo, Prof.
Datuk Dr. Awang
Sariyan, Ustaz Drs.
Haji Afif Hamka
dan Awang Haji
Salleh Dicky
Abdullah.

125

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: BICARA TANWIR

Bicara Tanwir
adalah suatu
program umum,
diadakan di tempat
awam masjid/surau,
menampilkan
tokoh-tokoh yang
berkepakaran
bidang masing-
masing, berkongsi
ilmu dengan
khalayak awam:
Wan Azizan Wan
Zainal Abidin,
Ahmad Fahmi
Mohd Samsudin,
Fauwaz Hasbullah

126

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: BICARA TANWIR

Penganjuran 14 siri Bicara Tanwir di sekitar Kuching khususnya melalui medium Kuliah
Subuh dan Kuliah Maghrib Khas di surau/masjid mempelbagai pengisian keilmuan dalam
kalangan masyarakat, malah membangun hubungan baik antara ABIM dengan warga qaryah

127

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: FIQH TA’AYYUSH

Fiqh Ta’ayyush adalah suatu kefahaman konsep hidup bersama dalam realiti kepelbagaian masyarakat
sesuatu lokaliti. Konsep ini juga dapat difahami sebagai konsep „co-exist‟. Di Sarawak, ABIM
Sarawak merupakan kelompok paling awal mewacanakan konsep ini di khalayak awam melalui

Syarahan Khas Legasi HAMKA pada April 2018, yang menampilkan tokoh pembicara seorang
ilmuwan, Bapak H. Drs. Afif Hamka. Konsep ini kemudiannya diteguhkan lagi oleh Orang Kaya

Imam Paduka Tuan Dato‟ Dr Afifi al-Akiti (academia Oxford) yang menjadi pembicara khas
Nadwah Ulama Nusantara anjuran Kerajaan Negeri Sarawak pada Oktober 2018.

128

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: USAHA PUPUK PERPADUAN

ABIM menjalin hubungan persahabatan dengan pertubuhan NGO daripada kelompok latar
belakang kaum dan agama berbeza, di samping menganjurkan program-program rentas penglibatan
(Perkampungan Menara Gading; Kolokium Kepemimpinan Belia; Malam Nurani Insaniah; Bantuan

Kemanusiaan). Malah kami juga membantu mempromosikan budaya masyarakat Sarawak dan
Malaysia kepada para pelancong melalui program-program kemasyarakatan dengan melibatkan

mereka bersama dalam program penganjuran ABIM Sarawak.

129

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: INTEGRASI NASIONAL

ABIM Sarawak juga mewujudkan portfolio Biro Integrasi Sosial dan Biro Penataran dengan hasrat
membangun generasi belia yang peduli dan cintakan perpaduan serta berusaha ke arah membina

masyarakat Malaysia dan dunia yang harmoni. Justeru ABIM Sarawak mendapatkan khidmat
nasihat dan pedoman daripada Jabatan Perpaduan dan Integrasi nasional..

130

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: PATRIOTISME

Hari Kebangsaan disambut seluruh TASKI ABIM Kuching-Samarahan melibatkan keseluruhan
1,067 murid dan 93 orang guru ini diadakan di kesemua 16 cawangan Pusat Pendidikan TASKI
ABIM. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk mengibar jalur gemilang dan bendera negeri, mewarna

jalur gemilang, perarakan mini kemerdekaan, nyanyian lagu patriotik.

131

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: KAJIAN TOKOH

ABIM Sarawak juga mencipta sejarah sebagai kelompok yang julung-julung kalinya
menganjurkan Majlis Peringatan Haul Shaykh „Uthman Sarawak (04 Ogos2018), seorang tokoh

ulama besar kelahiran Sarawak yang pernah mencipta nama sebagai seorang Shaykh ataupun
guru di Makkah pada awal abad ke-20. ABIM Sarawak juga menerbitkan sebuah buku tentang

tokoh ini berjudul “Nafahat al-Ridwan: Riwayat Hidup Shaykh ‘Uthman Sarawak”

132

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: STUDY GROUP

ABIM Sarawak menggerakkan program „Formal Study Group‟ – suatu wadah “belajar
bersama” yang membantu para pelajar sekolah khususnya dalam kawasan petempatan
pangsapuri perumahan rakyat, perkampungan, taman perumahan teres dan sebagainya.

Dibimbing oleh para belia dalam kalangan mahasiswa IPT.

133

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: PEMBINAAN SAHSIAH PELAJAR

Proses pembentukan watak dan akhlak anak-anak di luar bilik darjah: Kem Citra Soleh Solehah
dan Juh Bedango diadakan pada setiap kali tibanya cuti sekolah. Selain mengisi masa cuti dengan

kegiatan berfaedah, program ini juga membantu anak-anak merangsang psikomotor,
meningkatkan kemahiran hidup, mengukuhkan jati diri, dan semestinya menambah ilmu

134

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: MENARA GADING

Perkampungan Menara Gading (PMG) adalah sebuah program persiapan pelajar lepasan
sekolah untuk melangkah ke alam kampus. Para peserta didedahkan dengan pelbagai input

seperti pemilihan bidang pengajian dan universiti, perkongsian pengalaman daripada
mahasiswa cemerlang, modul pembangunan sahsiah diri dan berpasukan. PMG adalah acara

tahunan dan berlangsung seluruh negara. Peserta terpilih layak ke peringkat Kebangsaan.

135

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: DAPUR HELWA

Dalam konteks kegiatan kebajikan dan kepedulian kemasyarakatan, Operasi Dapur HELWA
diperkenalkan sebagai suatu kepeloporan gerak kerja kebaktian dalam kalangan masyarakat.
Kegiatan ini memerlukan para aktivis ABIM untuk memasak dan kemudiannya mengagihkan
hidangan makan malam kepada kelompok masyarakat memerlukan seperti orang fakir-miskin,

pekerja syif malam, kelompok gelandangan, dan sebagainya

136

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: OPERASI PASCA BANJIR

Operasi Bantuan Pasca-banjir juga telah digerakkan setelah berlakunya kejadian banjir yang
tidak terduga di Sarawak. Operasi pada bulan Februari 2018 yang lalu mensasarkan Sebuyau
sebagai lokasi bantuan. Sebanyak lebih 50 orang sukarelawan aktivis belia dan mahasiswa telah
sama-sama membanting tulang membantu para penduduk kampung dalam menjalankan kerja-

kerja pembersihan rumah dan tempat awam, di samping mengagihkan barang-barang
keperluan dapur untuk penduduk terjejas banjir.

137

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: GOTONG-ROYONG

Budaya bergotong-royong adalah suatu kebiasaan yang diamalkan oleh ahli-ahli ABIM
Sarawak. Biasanya dilakukan bersama ahli atau dalamkalangan masyarakat awam khususnya
dalam musim perayaan, sambutan kenduri dan sebagainya. Dalam konteks Sarawak, amalan

gotong royong bersama jiran dan sanak saudara adalah suatu elemen budaya yang cuba
dipertahankan dalam nuansa kemodenan yang melanda Sarawak hari ini.

138

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: NURANI INSANIAH

Malam Nurani Insaniah Sarawak (MANIS) adalah suatu medium penyebaran kesedaran
berhubung isu kemanusiaan sejagat melalui kaedah kreatif dan santai walaupun intipatinya
bernuansa berat dan serius. Informasi dan maklumat berhubung isu kemanusiaan sejagat di
lapangan disampaikan terus daripada para aktivis kemanusiaan yang terlibat langsung secara
aktif, diselangseli dengan persembahan kreatif nyanyian dan deklamasi puisi yang berkaitan.

139

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: SEMURNI KASIH RAMADAN

Semurni Kasih Ramadan diperluas dengan pengagihan bahan-bahan sumbangan KSSB berupa
keperluan dapur ke 17 lokasi pengagihan di enam Bahagian seluruh Sarawak meliputi Kuching,

Samarahan, Serian, Mukah, Bintulu dan Limbang. Sebanyak RM 33,200.00 taksiran
keseluruhan nilaian sumbangan orang ramai telah diagihkan kepada 415 buah keluarga.

140

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN/KEMASYARAKATAN: BANTUAN YANG MEMERLUKAN

ABIM Negeri Sarawak memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan khususnya
masyarakat di pedalaman. Antara jenis bantuan yang disampaikan – yang merupakan hasil
sumbangan orang ramai adalah barangan keperluan persekolahan, bantuan barangan dapur dan

bahan-bahan keperluan asas. ABIM juga membantu dalam kes-kes khas yang tertentu.

141

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN/KEMASYARAKATAN: KEKELUARGAAN

ABIM Negeri Sarawak menganjurkan program berbentuk santai yang menghimpunkan warga
keluarga dalam kegiatan bersama seperti pertandingan mewarna, hari keluarga dan sebagainya

142

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: DERMAGA

DERMAGA (Dirimu Permata Berharga) adalah suatu modul memberikan pendedahan dan
kemahiran dalam kegiatan pendidikan dan advokasi berkenaan isu hak kanak-kanak/remaja,
gangguan seksual terhadap kanak-kanak/remaja dan kesedaran kesihatan reproduktif dalam

kalangan kanak-kanak/remaja. Modul ini juga memberikan pedoman kesedaran dan
kemampunan abstinen bagi golongan remaja. Terdiri daripada modul Tunas DERMAGA (usia

sekolah rendah) dan modul DERMAGA (usia sekolah menengah)

143

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: PEKA

PEKA (Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak) adalah modul berkait keselamatan
keluarga yang dijalankan bagi memberikan kesedaraan dan membangkitkan kepekaan terhadap

aspek keselamatan keluarga dan anak-anak. Terdiri daripada empat modul utama: Panduan
Keselamatan Keluarga; Panduan Pencegahan; Kemahiran Menyelamat dan Keselamatan Siber,
modul ini mendidik para ibu bapa khasnya dan ahli keluarga tentang perkara yang selama ini

terlepas pandang atau dipandang remeh dalam kalangan masyarakat terkait keselamatan.

144

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: WORLD QURAN HOUR

Lebih 150 orang pelajar, guru dan aktivis ABIM menyertai acara yang berlangsung selama dua
jam ini. World Quran Hour adalah kempen global yang digerakkan oleh komuniti Malaysia bagi
menyuburkan kecintaan umat kepada al-Quran di samping membudayakan bertadarrus lebih-

lebih lagi dalam waktu barakah bulan Ramadan al-Mubarak

145

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: URUS KEWANGAN USAHAWAN

Bengkel Pengurusan Kewangan untuk usahawan kecil, khususnya usahawanita/beliawanis
dengan kaedah dan program "Creative Cash Book Made Easy & Tally" – CERMAT. Rata-rata

adalah usahawan dan peniaga yang juga aktif di Pasar Malam Metrocity Matang, Kuching

146

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: URUS KEWANGAN NGO

Bengkel Pengurusan Kewangan Organisasi NGO dengan kaedah dan program "Creative Cash
Book Made Easy & Tally" – CERMAT. Para peserta diberikan panduan berkenaan kaedah

terbaik untuk menguruskan hal ehwal kewangan organisasi yang diwakili oleh mereka. Program
Perisian CERMAT – memudahkan pengurusan kewangan organisasi. Asalnya digunakan untuk
para peniaga dan usahawan, kemudiannya diadaptasi untuk kegunaan pertubuhan/ persatuan.

147

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

AGENDA KEPENDIDIKAN & KEMASYARAKATAN: PENDIRIAN SIKAP

Sebagai sebuah pertubuhan belia yang peduli kepada isu semasa dan mempunyai cita-cita
membangun masyarakat Sarawak ke arah kesejahteraan, ABIM Negeri Sarawak turut

menyampaikan pandangan berkaitan isu-isu tempatan melalui Kenyataan Media Rasmi. Lebih
10 kenyataan media telah dikeluarkan dalam tempoh beberapa bulan yang lalu dan mendapat

liputan daripada pengamal media di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

148

149

KEGIATAN & PROGRAM|
ABIM SARAWAK|

MEDIA & ICT: PENERBITAN SELEBARAN (DALAMAN)

Dalam membantu menyebarkan maklumat program dan kegiatan ABIM Sarawak kepada ahli-
ahlinya, dikeluarkan dua penerbitan berkala (dalaman sahaja): Selebaran Usrah dan Sorotan
Global. Bahan-bahan yang dimuatkkan dalam penerbitan dalam ini dimanfaatkan dalam sesi
pertemuan mingguan berkala seperti usrah dan lain-lain

150


Click to View FlipBook Version