The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBOOK PEnyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam (8.9.2020)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Mariam Ali, 2020-09-07 12:17:55

EBOOK PEnyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam Vol.2

EBOOK PEnyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam (8.9.2020)

PENYUSUAN ANAK ANGKAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Dari Meja Pengarang

SITI MARIAM ALI

Senior Lactation Trainer’s – Breastfeeding Sifu
Timbalan Pengerusi Persatuan Laktasi & Pemakanan Malaysia, PELAKSANA.

Timbalan Pengarah Klinik Ibu Susuan, UTMKL.
Penyelidik Falsafah Sains Halal (Penyusuan Anak Angkat-Induced

Lactation),UTM KL
Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan), Bahagian Pemakanan, Kementerian

Kesihatan Malaysia.

Biodata Pengarang
Pn. Siti Mariam Ali, seorang yang berpengalaman dalam bidang penyusuan susu ibu . Telah
mendalami bidang ini semenjak tahun 2002. Pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
dan memegang “Malaysian Book OF Record” dan “Guiness Book OF Record” dalam menganjurkan
Program-program berkaitan Penyusuan Susu Ibu. Aktif sebagai penulis Buku dan Garis Panduan,
penceramah, pakar rujuk dan pelatih kursus-kursus berkaitan penyusuan susu ibu, pemakanan ibu
dan pemakanan bayi di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia, NGO dan komuniti.

Ibu bapa angkat muslim yang ingin membesarkan anak angkat yang bukan daripada
keturunan mereka (bukan muhrim) perlu menjaga anugerah Allah ini dengan sebaiknya di
samping menjaga hukum atau nasab yang sudah ditetapkan. Oleh itu, kefahaman
terhadap konsep penyusuan anak angkat menurut perspektif Islam sangat penting
kerana ibu angkat amat digalakkan menyusukan anak angkat yang diambil jika berusia di
bawah dua tahun bagi menjaga aspek batasan aurat, keturunan dan pergaulan dengan
ahli keluarga yang lain. Justeru itu, buku yang dihasilkan melalui pembacaan dan
penyelidikan saya berkaitan Penyusuan Anak Angkat dari Perspektif Islam ini
dikumpulkan dan ditulis agar dapat menambah kefahaman Ibu bapa angkat tentang
penyusuan anak angkat menurut perspektif Islam, semoga ianya dapat memberi sumber
dorongan untuk ibu bapa angkat Berjaya menjadikan anak angkat Mahram melalui
kaedah penyusuan cetusan.Namun,untuk keterangan lanjut dan lebih mendalam, sila
rujuk dengan Imam dan ulama' Islam yang lebih berpengetahuan tentang hukum-hukum
Islam jika anda mempunyai sebarang soalan.

PENYUSUAN ANAK
ANGKAT

Ar Radhaah membawa maksud kesampaian air susu seorang
perempuan ke dalam rongga (al-jawf) kanak-kanak (yang
umurnya tidak melebihi 2 tahun atau 24 bulan) dengan cara
menghisap dan menyedutnya secara lansung dari payudara
atau menggunakan medium lain termasuk perahan susu atau
menggunakan tiub,botol susu mengikut syarat-syarat yang
tertentu.

Penyusuan dalam konteks ini bermaksud seorang wanita
yang menyusukan bayi yang bukan dilahirkannya iaitu bayi
orang lain . Bayi tersebut bukan daripada keturunannya
seperti anak saudaranya. Oleh itu, ibu angkat dan bayi angkat
lelaki adalah bukan mahram dan juga bapa angkat dengan
bayi angkat perempuannya adalah bukan mahram. Jadi,
untuk menjadikan hubungan mereka mahram serta
menghalalkan beberapa perkara ini boleh dilaksanakan
melalui penyusuan susu ibu dengan syarat-syarat tertentu.

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif
ISlam, Ogos 2020

Asas Bagi Hukum
Penyusuan Anak Angkat

Asas bagi hukum penyusuan anak angkat adalah bersumberkan dalil dari
kitab al-Quran alKarim beserta hadis-hadis Rasulullah s.a.w.:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua
tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan
itu.... Dan jika kamu ingin menyusukan anakmu dengan orang lain, maka
tidak ada dosa bagimu memberikan pembayaran dengan cara yang
patut...”.

(Al-Baqarah: 233)

“... kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah
kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal
menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari
kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain
menyusukannya”. (at-Talaq: 6)

“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan
yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara
kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu
dan anakanak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu
yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan
saudara-saudara susuan kamu...”. (An-Nisaa’: 23)

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

SYARAT-SYARAT MENSABITKAN
MAHRAM MELALUI PENYUSUAN IBU.

Syarat-syarat untuk penyusuan yang
menimbulkan mahram terbahagi pada
tiga iaitu :
(1) Ibu Susuan
(2) Anak Susuan dan
(3) Susu Ibu.

Ketiga-tiga syarat ini perlu dipatuhi
bagi menentukan penyusuan yang
memahramkan dan sebagai tatacara
menjadikan anak angkat sebagai anak
susuan yang mempunyai status yang
sama dengan anak kandung.

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

SYARAT-SYARAT MENSABITKAN
MAHRAM MELALUI PENYUSUAN IBU.

Kewujudan Ibu Susuan - syarat pertama bagi mensabitkan hubungan
mahram melalui penyusuan ibu.

Syarat bagi mensabitkan haram penyusuan ke atas seseorang kanak-kanak
berdasarkan jumrur Fuqaha’ yang terdiri dari mazhab Shafie’, Maliki, Hanafi
dan Hanbali ialah yang menyusukannya mestilah:

- Manusia berjantina perempuan atau wanita. Oleh itu, tidak disabitkan
pengharaman jika yang menyusukan kanak-kanak tersebut adalah seorang
lelaki atau khunsa musykil atau binatang.

- Ibu susuan, tidak disyaratkan agama tertentu bagi wanita yang
menyusukan. Namun, makruh memberikan wanita bukan Islam
menyusukan bayi beragama Islam. Ini kerana susu itu tidak selamat
daripada makanan atau minuman haram yang sebati dalam makanan dan
minuman wanita tersebut.Ibu susuan hendaklah seorang wanita anak
adam, wanita itu mempunyai susu sama ada hamil atau tidak,berkahwin
atau tidak, atau telah menopous atau belum

- Disyaratkan wanita yang menyusukan itu masih hidup sewaktu bayi
disusukan.

- Wanita tersebut mestilah berumur 9 tahun qamariyyah.

- Para fiqaha menjelaskan wanita yang menyusukan bayi tersebut (al-
Murdhi) boleh terdiri daripada ibu kandungnya dalam ikatan perkahwinan
atau yang telah diceraikan atau wanita yang bukan ibu kandungnya.

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

SYARAT-SYARAT MENSABITKAN
MAHRAM MELALUI PENYUSUAN IBU.

Syarat kedua adalah wujudnya anak susuan
dalam pensabitan hubungan mahram melalui
penyusuan ibu dengan dua syarat bagi anak
susuan iaitu Usia Anak Susuan dan Cara Hisapan
Susu.

- Jumrur Fuqaha’ bersepakat bahawa kanak-
kanak hendaklah berusia sebelum dua tahun
bagi mensabitkan hukum pengharaman.

- Menurut mazhab Syafie’, Hanbali, pendapat
Abu Yusuf dan Muhammad bagi mazhab
Hanafi, penyusuan yang memahramkan hanya
berlaku dalam tempoh dua tahun usia kanak-
kanak berdasarkan dalil surah al- Baqarah ayat
233 “dan Ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-
anak mereka selama dua tahun genap”.

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

SYARAT-SYARAT MENSABITKAN
MAHRAM MELALUI PENYUSUAN IBU.

Syarat kedua bagi anak susuan adalah kesampaian susu.

▪ Kesampaian susu bermaksud susu ibu sampai ke dalam rongga (al-
jawf) kanak-kanak dengan cara menghisap dan menyedutnya
secara langsung dari payudara atau menggunakan medium lain
termasuk perahan susu atau menggunakan tiub dan botol susu
(Ibn Manzur,1414).

▪ Menurut jumrur (al-Hanabilah, al-Syafi’iyah, al-hanafiayah dan al-
Malikiyah), apabila seseorang kanak-kanak telah minum susu ibu
sama ada susu itu sampai ke dalam perut kanak-kanak tersebut
melalui mulut dengan menghisap payudara atau dengan cara
dituang ke dalam rongganya, atau dengan cara dimasukkan melalui
hidungnya maka disabitkan penyusuan ke atasnya, walaupun
ketika bayi sedang tidur (Al-Kasani,2004;Al-Sharbini,1997; Ibn
Qudamah,1997; Ibn Rushd,Abu al-Walid,2004).

▪ Hal ini kerana hukum pengharaman disabitkan atas sebab kesan
susu ibu yang menjadi sumber makanan bayi yang dapat
menumbuhkan daging, menguatkan tulang dan menghilangkan
kelaparan. Maka, susu tersebut mestilah sampai ke perut bayi.

▪ Sekiranya susu dimasukkan melalui telinga,suntikan melalui luka
atau melalui dubur maka ia tidak disabitkan penyusuan (Al-
Dusuqi,2004;Al-Nawawi,2003;Ibn Qudamah,1997).

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

SYARAT-SYARAT MENSABITKAN
MAHRAM MELALUI PENYUSUAN IBU.

Syarat ketiga adalah wujudnya susu ibu
bagi mensabitkan hubungan mahram
melalui penyusuan susu ibu dengan tiga
syarat bagi susu ibu iaitu jumlah
penyusuan, syarat kenyang dan
percampuran susu dengan bahan lain.

Syarat pertama ialah jumlah penyusuan yang
dapat mensabitkan hukum pengharaman .

Terdapat pendapat yang berbeza-beza antara imam
mazhab mengenai jumlah penyusuan yang mengharamkan
(Zaydan,1997). Mazhab Hanafiah, Malikiah berpendapat
penyusuan menjadi mahram sama ada sedikit atau
banyak, walau hanya sekali penyusuan sahaja. Manakala
mazhab Syafi’iyah dan Hanabilah berpendapat jumlah
penyusuan hendaklah sekurang-kurangnya lima kali sesi
penyusuan (Al-Kasani,2004;Al-Mawardi,1994;Al-
Nawawi,2003).

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

SYARAT-SYARAT MENSABITKAN
MAHRAM MELALUI PENYUSUAN IBU.

Syarat ketiga adalah wujudnya susu ibu bagi
mensabitkan hubungan mahram melalui penyusuan
susu ibu dengan tiga syarat bagi susu ibu iaitu
jumlah penyusuan, syarat kenyang dan
percampuran susu dengan bahan lain.

Syarat pertama ialah jumlah penyusuan yang dapat
mensabitan hukum pengharaman .

Terdapat pendapat yang berbeza-beza antara imam mazhab
mengenai jumlah penyusuan yang mengharamkan
(Zaydan,1997).
- Mazhab Hanafiah, Malikiah berpendapat penyusuan

menjadi mahram sama ada sedikit atau banyak, walau
hanya sekali penyusuan sahaja.
- Manakala mazhab Syafi’iyah dan Hanabilah berpendapat
jumlah penyusuan hendaklah sekurang-kurangnya lima kali
sesi penyusuan (Al-Kasani,2004;Al-Mawardi,1994;Al-
Nawawi,2003).

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

SYARAT-SYARAT MENSABITKAN
MAHRAM MELALUI PENYUSUAN IBU.

Syarat kedua bagi susu ibu adalah
penyusuan yang mengenyangkan.

❑ Menurut mazhab Syafie’, petanda bagi satu sesi
penyusuan yang memahramkan adalah bayi
melepaskan sendiri hisapan susu (sama ada di
payudara atau botol).

❑ Bayi melepaskan sendiri tanpa sebab yang mendatang
seperti paksaan dari ibu atau bayi melepaskan kerana
bertukar payudara sebelah atau menarik nafas atau
bersin atau tertidur sebentar atau sesuatu yang
melekakan, kemudian kembali menghisap semula maka
dikira sebagai satu sesi penyusuan.

❑ Oleh itu, yang dimaksudkan dengan sekali hisap adalah
hisapan yang mengenyangkan. Maka apabila lengkap
lima kali penyusuan dengan sifat tersebut, maka sabitlah
pengharaman (Zaydan,1997).

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

SYARAT-SYARAT MENSABITKAN
MAHRAM MELALUI PENYUSUAN IBU.

Kaedah Menentukan Kenyang

▪ Menurut Siti Zainab (2011) tidak terdapat satu standard dari segi bahasa
atau perundangan bagi menentukan penyusuan yang mengenyangkan

▪ Namun, satu kaedah yang boleh diguna pakai adalah dengan mengikut
adat atau pengakuan ibu yang menyusukan anak tersebut (Al-
Mawardi,1994; Al-Sharbini, 1997; Ibn Qudamah,1997: Zaydan,1997)

▪ Selain itu, keperluan bayi terhadap susu ibu juga adalah berbeza-beza
bergantung kepada usia, kapasiti perut, aras aktiviti dan corak tidurnya.

▪ Menurut Nazirah dan Zaharah (2011), bayi dianugerahkan kebolehan untuk
menentukan sendiri tahap keperluan makanannya. Secara fitrah, bayi akan
memberi isyarat apabila lapar dan berhenti dengan sendirinya apabila
kenyang.

▪ Oleh kerana penentuan kenyang yang disyaratkan dalam Hukum Fiqh
merupakan suatu yang subjektif bagi setiap bayi, maka kaedah yang
digunakan oleh kebanyakan ibu angkat adalah melalui perasaan tenang
dan tiada lagi rasa ragu dan was-was.

▪ Oleh itu, Ibu angkat perlu berasa benar-benar yakin bahawa anak angkat
mereka mendapat lima kali penyusuan yang mengenyangkan pada setiap
satu sesi penyusuannya.

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

SYARAT-SYARAT MENSABITKAN
MAHRAM MELALUI PENYUSUAN IBU.

Kaedah Menentukan Kenyang

Selain menggunakan naluri dan firasat sebagai ibu yang
menyusukan, terdapat juga dua kaedah yang lain iaitu
melalui pemerhatian dan pengukuran.
• Menurut Nazirah dan Zaharah (2011) tanda bayi sudah

kenyang adalah bayi melepaskan sendiri payudara ibu
dan bayi kelihatan mengantuk dan ingin tidur. Bayi yang
kenyang juga akan tersenyum dan mengeluarkan bunyi
kepuasan. Sendawa adalah salah satu bunyi yang
menandakan seseorang bayi itu sudah puas atau
kenyang.
• Manakala kajian Goldfarb (2009) menyatakan kaedah
memastikan bayi cukup kenyang adalah; bayi tidur
selepas penyusuan yang baik, bayi melepaskan sendiri
hisapan dan menunjukkan tanda puas menyusu,bayi
melepaskan sendiri hisapan,tidur lena dan menunjukkan
tanda puas menyusu, bayi tertidur semasa menghisap di
payudara selepas beberapa minit dan tidak mahu
menyusu lagi dipayudara.

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

SYARAT-SYARAT MENSABITKAN
MAHRAM MELALUI PENYUSUAN IBU.

Kaedah Menentukan Kenyang
Kaedah ketiga adalah dengan membuat pengukuran.

Kaedah ini melibatkan tindakan mengukur jumlah susu yang
diminum oleh bayi yang dapat dilihat dengan mata kasar.
• Cara yang boleh dilakukan oleh ibu angkat adalah dengan

mengumpulkan susu ibu perahan secara beransur-ansur
dimana susu ibu perahan ini disejukbekukan dalam peti
sejuk.
• Setelah susu ibu dikumpulkan mengikut kuantiti yang
diperlukan oleh bayi bagi satu sesi penyusuan, maka ibu
angkat boleh mencairkan susu tersebut dan diberikan
kepada bayi melalui botol.
• Kuantiti susu ibu perahan yang diberikan adalah berdasarkan
kuantiti susu formula yang biasanya diminum oleh bayi bagi
satu sesi penyusuan.
• Maka ibu angkat boleh membuat andaian bahawa jumlah
susu ibu yang diminum oleh bayi angkatnya ini adalah sama
dengan jumlah susu formula yang biasa diminum oleh
bayinya yang mencukupi untuk satu sesi penyusuan.

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

SYARAT-SYARAT MENSABITKAN
MAHRAM MELALUI PENYUSUAN IBU.

Kaedah Menentukan Kenyang
Disamping membuat ukuran kuantiti susu, adalah
disarankan ibu angkat untuk melebihkan lima kali
sesi penyusuan

▪ Tujuannya adalah untuk menghilangkan perasaan was-was
yang sering dirasakan. Ini adalah kerana punca kepada
perasaan ragu dan was-was adalah kerana kuantiti susu
yang terhasil melalui kaedah penyusuan cetusan ini adalah
sedikit-sedikit dan tidak menyamai ibu normal yang
menyusukan bayi yang dilahirkannya sendiri.

▪ Perasaan ragu-ragu ini bukan sahaja melanda ibu angkat,
malah ibu kandung sendiri juga sering mengadu tidak cukup
susu dan tidak yakin bayi mereka mendapat susu yang
mencukupi (Wiessinger et al,2010).

Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa, setiap pasangan
ibu dan bayi adalah berbeza dengan pasangan yang lain.
Jumlah susu ibu yang diperlukan bayi bagi satu sesi penyusuan
juga adalah berbeza-beza mengikut individu dan usia bayi. Bagi
ibu pula, perasaan ragu dan yakin antara ibu-ibu juga berbeza.

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

SYARAT-SYARAT MENSABITKAN
MAHRAM MELALUI PENYUSUAN IBU.

Syarat ketiga bagi susu ibu adalah
percampuran dengan bahan selain susu ibu.

• Sekiranya susu ibu bercampur dengan benda lain seperti
ubat atau air atau susu binatang yang lain, maka hendaklah
dipastikan bahawa nisbah susu ibu lebih banyak daripada
nisbah bahan asing yang lain bagi mensabitkan hukum
pengharaman.

• Menurut mazhab Hanafiah,jika susu ibu dicampur dengan
bahan lain kemudian dimasak, ia tidak menimbulkan hukum
tahrim kerana sifatnya telah berubah akibat masakan.

• Manakala sekiranya susu ibu dijadikan keju dan dimakan
oleh bayi, menurut Syafie’ dan Hanbali, ia dikira penyusuan
yang memahramkan. Sebaliknya bagi mazhab Hanafi pula,
ia tidak dikira penyusuan yang memahramkan
(Zaydan,1997).

.

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

SYARAT-SYARAT MENSABITKAN
MAHRAM MELALUI PENYUSUAN IBU.

Ibu Susuan Anak Susuan Susu
Berumur Bilangan
Seorang wanita
anak adam kurang dari penyusuan
2 tahun sebanyak 5 kali
Berumur
melebihi 9 Menghisap terus menyusu
dari Setiap kali
tahun penyusuan
qamariah payudara hendaklah
ibu sehingga bayi
Berkahwin atau
tidak Hamil Menghisap susu berhenti
atau tidak ibu perahan menghisap
melalui botol sendiri tanpa
Putus haid atau
belum paksaan
Susu sampai ke

perut bayi
melalui

kerongkong atau
hidung

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

PENYAKSIAN
PENYUSUAN

Disabitkan Penyusuan dengan salah satu dari dua
perkara iaitu Iqrar (pengakuan) dan bayyinah (bukti)
seperti berikut:

➢ Penyusuan susu ibu boleh disahkan
melalui pengakuan atau bukti

➢ Penyusuan anak angkat perlu
disahkan oleh pengakuan 2 orang
lelaki yang adil

➢ Jika tiada 2 orang lelaki, penyusuan
anak angkat perlu disahkan oleh
pengakuan seorang lelaki dan 2
orang wanita yang adil.

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

PENYAKSIAN
PENYUSUAN

a. Iqrar (pengakuan)
Ulama’ mazhab Hanafi menerima pengakuan yang dibuat oleh lelaki
dan wanita atau salah seorang daripadanya. Jika pengakuan dibuat
oleh lelaki atau wanita sebelum perkahwinan; iaitu mereka mengaku
bahawa merea adalah adik beradik sesusuan, maka haram bagi mereka
meneruskan perkahwinan. Jika mereka berkahwin juga, maka
pernikahan itu adalah tidak sah dan wanita itu tidak berhak menerima
mahar (Wahbah Al-Zuhayli,1985).
b. Bayyinah (bukti)
Para fuqaha empat mazhab telah bersepakat bahawa sabit penyusuan
dengan pembuktian oleh dua orang lelaki atau seorang lelaki dan dua
orang wanita yang adil. Tetapi, fuqaha berselisih pendapat tentang
pembuktian oleh seorang lelaki atau seorang wanita atau empat orang
wanita. Menurut Hanafiah , tidak diterima pembuktian ini. Menurut
Malikiyah, tidak disabitkan penyusuan sebelum aqad, dengan
pembuktian oleh seorang wanita sahaja. Menurut Syafi’iyah, disabitkan
penyusuan dengan pembuktian oleh empat orang wanita (Wahbah Al-
Zuhayli,1985).

*Peraturan dan panduan bagi penentuan penyaksian penyusuan yang dihuraikan di atas
adalah merupakan perbahasan para ulama fiqh sekiranya timbul sebarang
permasalahan semasa menentukan saudara sepersusuan. Isu-isu mungkin timbul
sekiranya ibu susuan tidak memaklumkan kepada sesiapa bahawa dia pernah
menyusukan bayi tertentu.

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

PENYAKSIAN
PENYUSUAN

Contoh borang SAKSI penyusuan
yang boleh ibu angkat sediakan

NAMA TANDATANGAN TARIKH

(suami)

(ibu/bapa)

(ibu/bapa mertua)

(lain-lain)

Nota: Saksi merupakan orang yang mengetahui dan boleh
membuktikan
adalah benar ibu angkat telah menyusukan anak angkat.

Pembuktian oleh 2 orang lelaki atau seorang lelaki dan 2 orang
wanita yang adil

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

PENGHARAMAN DENGAN SEBAB
NASAB SUSUAN

Susu ibu sangat dipandang tinggi dalam undang-
undang kekeluargaan Islam kerana ianya boleh
memberikan kesan kepada hukum hakam
antara ibu susuan dan anak susuan.

Ibu yang menjadi ibu susuan kepada anak susuan diharamkan
berkahwin dengan anak susuannya untuk selama-lamanya
(Normadiah Daud, 2015).

• Justeru, oleh kerana kepentingannya itu, masyarakat perlu
sedar mengenai hukum hakam yang berbangkit daripada
penyusuan terutamanya yang berkaitan dengan ibu susuan
dan anak susuan.

• Pengharaman dengan sebab susuan ini juga dijelaskan dalam
beberapa hadis antaranya, Nabi s.a.w bersabda1 :

‫حيرم من الرضاع ما حيرم من النسب‬

Maksud: “dan diharamkan dengan sebab susuan apa yang
diharamkan dengan sebab nasab”

.

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

HUKUM PENYUSUAN YANG
MENGHALALKAN & MENGHARAMKAN

Penyusuan anak angkat hanya menghalalkan beberapa
perkara sahaja dan masih melarang beberapa
perkara..implikasi bagi penyusuan susu ibu oleh seorang
ibu angkat kepada anak angkatnya.
Terdapat 3 hukum yang menghalalkan iaitu dari segi
i. Wudhu’,
ii. Aurat dan
iii. Pergaulan,

Manakala 4 hukum yang mengharamkan iaitu dari segi:
i.Penasaban,
ii. Perwalian,
iii Larangan berkahwin dan
iv.Pewarisan harta.

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

HUKUM PENYUSUAN YANG
MENGHALALKAN & MENGHARAMKAN

• Dalam hukum syarak, tidak batal wudu’ jika
bersentuhan di antara anak susuan dengan ibu
bapa susuannya, batas aurat anak susuan
adalah seperti dengan ibu bapa kandungnya dan
dibolehkan bersentuhan kulit di antara anak
susuan dengan ibu bapa susuannya.

• Dari segi penasaban, anak susuan tidak boleh
dinasabkan kepada bapa susuannya.

• Begitu juga dengan perwalian, anak susuan tidak
boleh diwalikan oleh bapa susuannya.

• Begitu juga dalam hal larangan berkahwin, anak
susuan haram berkahwin dengan ibu bapa susuan dan
adik beradik susuannya (Zilal Saari, 2014).

• Berkenaan pewarisan harta pula, anak susuan tidak
mendapat pewarisan daripada ibu susuan, dan tidak
pula mewariskan harta kepada ibu susuan.

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

HUKUM PENYUSUAN YANG
MEMBERI KESAN DARI SEGI
NASAB DAN KETURUNAN

Hukum penyusuan amat dititikberatkan
dalam Islam kerana ia memberi kesan dari
segi nasab dan keturunan sebagaimana
yang telah dijelaskan di dalam al-Qur’an.

• Menurut Nanang Rokhman Saleh (2012)
terdapat dua sebab diharamkan pernikahan;
iaitu persaudaraan dan penyusuan seperti
yang termaktub dalam Surah an-Nisa ayat 23
dan Surah al-Baqarah ayat 233.

• Oleh itu, diharamkan pernikahan antara anak
susuan dengan ibu dan bapa susuan serta
sesama adik beradik susuan sebagaimana
diharamkan berkahwin dengan ibu dan
bapanya dan sesama adik beradik
kandungnya seibu sebapa atau seibu atau
sebapa. Begitu juga keadaannya berkaitan
hukum aurat anak dan adik beradik susuan.

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

Implikasi bagi Pensabitan Pemahraman

HUKUM PENJELASAN

Wudhu’ Tidak batal wudhuk jika bersentuh anak susuan dengan ibubapa
susuannya.

HALAL Batasan Aurat Batas aurat anak susuan ialah seperti batas aurat ibubapa kandung.
Pergaulan
Boleh bersentuh kulit di antara anak susuan dengan ibubapa
susuannya.

Penasaban Nasab anak susuan adalah kepada ayah kandungnya atau kepada
ibu yang melahirkannya, anak susuan TIDAK BOLEH dinasabkan
kepada bapa susuannya.

HARAM Perwalian Bapa susuan TIDAK BOLEH menjadi wali kepada anak perempuan
Larangan susuan. Anak tersebut mesti mendapatkan ayah kandung sebenar
berkahwin atau menggunakan wali hakim.
Anak susuan HARAM berkahwin dengan :
Pewarisan harta 1. Perempuan yang menyusukan
2. Suami ibu susuan
3. Ibu bapa kepada ibu susuan
4. Ibu bapa kepada suami ibu susuan
5. Adik beradik kepada ibu susuan
6. Adik beradik kepada bapa susuan
7. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan
8. Anak-anak kepada ibu susuan
9. Anak-anak kepada bapa susuan
Anak susuan TIDAK BOLEH mewarisi harta pusaka atau faraid.
Namun demikian mereka boleh diberikan harta melalui kaedah-
kaedah yang lain seperti wasiat atau hibah.

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

GOLONGAN YANG DIHARAMKAN
BERKAHWIN DISEBABKAN SUSUAN

Diharamkan dengan sebab Diharamkan dengan sebab
nasab perbesanan

(al-Nasab) (al-Musaharah)

1. Perempuan yang 1. Ibu susuan isteri
menyusukan (lelaki tersebut mengahwini
wanita yang menjadi anak
2. Suami ibu susuan susuan kepada wanita lain)
3. Ibu bapa kepada ibu
2. Anak susuan isteri
susuan (anak susuan dari suami yang
4. Ibu bapa kepada suami lain) dengan syarat suami
(sekarang) telah mensetubuhi
ibu susuan isterinya
5. Adik beradik kepada ibu 3. Isteri kepada anak lelaki
susuan, isteri kepada anak lelaki
susuan kepada anak lelaki (cucu) susuan,
6. Adik beradik kepada bapa dan isteri kepada anak lelaki
kepada anak perempuan (cucu)
susuan susuan.
7. Anak-anak kepada ibu 4. Isteri bapa atau datuk susuan

dan bapa susuan
8. Anak-anak kepada ibu

susuan
9. Anak-anak kepada bapa

susuan

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

RINGKASAN PENYUSUAN ANAK ANGKAT MENURUT PERSPEKTIF
ISLAM

SIti Mariam Ali, Penyusuan Anak Angkat Menurut Perspektif ISlam, Ogos 2020

PENUTUP

❖ Ramai ibu angkat telah berjaya menghasilkan susu dan menjadikan
anak angkat mahram dengan bimbingan dan saranan yang tepat.
Dengan hanya sedikit pengorbanan masa, tenaga dan kewangan
dalam tempoh yang singkat akan membawa pulangan yang hebat
sehingga ke akhir hayat. Demi masa depan keluarga dan menjaga
kemaslahatan Umat Islam. Lakukanlah yang terbaik buat anda dan
keluarga.Insya Allah, Anda juga pasti boleh Berjaya!

Pn Siti MariamALi

Pn Siti MariamALi Pn Siti MariamALi

Pn Siti MariamALi

Pn Siti MariamALi

*Hubungi kami untuk Pakej Bimbingan Program Menyusukan Anak Angkat Sehingga
Mahram Bersama Breastfeeding Sifu.
*Untuk keterangan lanjut. Sila Wasap di talian 0183295264 atau emelkan maklumat anda
untuk dibantu kepada [email protected].

*Nota: Tidak dibenarkan menyalin dan mengedarkan bahan-bahan di dalam Ebook ini tanpa
kebenaran penulis. Semoga ilmu ini diberkati Allah. Kerjasama dan kejujuran tuan puan
menjaga amanat ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


Click to View FlipBook Version