EBOOK
PANDUAN ASAS
MENJAYAKAN
PENYUSUAN ANAK
ANGKAT
SITI MARIAM ALI
Dari Meja Pengarang Kelahiran seorang cahaya mata sememangnya dinantikan oleh kebanyakan
pasangan yang telah berkahwin. Melalui detik-detik manis dalam perjalanan
menjadi seorang ibu daripada mula hamil, melahirkan dan seterusnya
menyusukan si bayi adalah sesuatu yang didambakan oleh seseorang wanita
yang telah berkahwin.
Namun begitu, ada segelintir wanita yang sudah berkahwin tetapi tidak
dikurniakan rezeki untuk melalui detik-detik indah menjadi seorang ibu. Pelbagai
usaha dan rawatan telah dijalankan untuk mendapatkan seorang cahaya mata
namun masih hampa. Lalu pengambilan anak angkat menjadi alternatif bagi
pasangan ini untuk merasai pengalaman menjadi ibu bapa.
Dewasa ini, ramai pasangan yang baru memiliki bayi angkat ingin merasai sendiri
pengalaman penyusuan susu ibu walaupun tidak pernah hamil. Ini adalah
langkah yang baik untuk meningkatkan jalinan kasih sayang antara ibu dan bayi
angkat. Selain itu, bagi masyarakat Islam pula tujuan menyusukan bayi angkat
mereka adalah memudahkan perhubungan mereka sebagai anak dan ibu susuan
(MAHRAM). Proses penyusuan anak angkat yang dikenali sebagai proses cetusan
laktasi adalah tidak mustahil dan boleh dilakukan oleh semua ibu angkat.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
2
Pengenalan 3
▪ Terdapat wanita yang diuji tanpa sebarang keturunan- masalah kesihatan
atau masalah lain
▪ Cara mudah untuk menambah anggota keluarga - memelihara anak
angkat.
▪ Memelihara anak angkat adalah perbuatan yang terpuji - ganjaran
yang besar di akhirat kerana menjaga anak-anak yatim atau anak-
anak yang terabai adalah amalan yang amat disanjungi berdasarkan
hadith Rasulullah (Al-Bukhari: 137; Ibn Majah: 3679).
▪ Anak angkat dalam keluarga angkat perlu menjaga batas awrah dan
sempadan sosial, terutama pada usia baligh.
▪ Islam menyarankan agar melaksanakan penyusuan ke atas anak
angkat di mana ibu angkat boleh menyusukan anak angkat sebelum
berusia 2 tahun untuk mewujudkan hubungan mahram.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
Penyusuan Anak Angkat 4
▪ Penyusuan anak angkat memainkan peranan penting dalam
membantu wanita yang tidak mampu melahirkan bayi
,merasai pengalaman menjadi ibu iaitu sebagai ibu angkat.
▪ Kajian juga mendapati faktor-faktor utama yang mendorong
ibu angkat untuk menyusukan anak angkat selain daripada
untuk membina mahram hubungan dengan anak angkat, ia
juga adalah kerana faktor keibuan, psikologi, nutrisi,
teknologi, zuriat dan kewajipan (Zilal,2015).
▪ Penyusuan anak angkat dalam konteks masyarakat Muslim di
Malaysia bertujuan untuk mencapai dua matlamat iaitu
matlamat syariat dan matlamat kemanusiaan (Zilal,2015).
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
Kebaikan penyusuan susu ibu bagi bayi
angkat
1. Dapat menjadikan bayi sebagai mahram
2. Bayi mendapat khasiat susu ibu - merupakan makanan terbaik
bagi bayi kerana susu tersebut tetap mengandungi zat makanan
yang sesuai dan antibodi yang melawan jangkitan kuman.
3. Menguatkan naluri keibuan dan mengeratkan kasih sayang ibu
bapa susuan kepada bayi tersebut - mengelakkan kejadian
penderaan fizikal, mental atau emosi terhadap bayi.
4. Jika penyusuan ibu dapat diteruskan, ini dapat memberi peluang
kepada ibu bapa angkat untuk menyelami personaliti dan jiwa bayi
angkat yang bukan berasal daripada darah dagingnya sendiri.
5. Bayi angkat susuan akan menjadi sangat rapat dan kasih kepada
ibu bapa angkat susuan kerana penyusuan secara langsung akan
menimbulkan perasaan ini.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
5
KONSEP
PENYUSUAN
ANAK ANGKAT
DALAM
PERSPEKTIF
ISLAM
Hukum Penyusuan anak angkat 7
▪ Penyusuan anak angkat bermaksud seorang wanita yang menyusukan
bayi yang bukan dilahirkannya. Bayi tersebut juga bukan dari nasab
keturunannya seperti anak saudaranya.
▪ Oleh itu, ibu angkat dan anak angkat (lelaki) adalah bukan mahram.
▪ Namun begitu, terdapat kaedah yang boleh menjadikan hubungan mereka
mahram serta menghalalkan beberapa perkara iaitu melalui penyusuan
susu ibu.
▪ Dalam Islam, perbincangan tentang hukum penyusuan amat
dititikberatkan dalam Islam kerana ia memberi kesan dari segi nasab dan
keturunan sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam al-Qur’an.
▪ Menurut Nanang Rokhman Saleh (2012) terdapat dua sebab diharamkan
pernikahan; iaitu persaudaraan dan penyusuan seperti yang termaktub
dalam Surah an-Nisa ayat 23 dan Surah al-Baqarah ayat 233.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
AMALAN Amalan menyusukan anak angkat adalah diharuskan menurut
PENYUSUAN pandangan syarak, malah ia telah diamalkan sebelum dan selepas
ANAK kedatangan Islam. Hal ini demikian kerana dalam sesetengah
ANGKAT keadaan ia memberikan kebaikan dan memenuhi keperluan tertentu
MENURUT seperti ketika ibu kandung bayi tersebut meninggal dunia ataupun
ISLAM menghidap penyakit yang menghalangnya daripada menyusukan
anak. Keadaan ini memerlukan wanita lain menyusukan anaknya
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020 bagi meneruskan survival anak tersebut. Dalil harusnya penyusuan
seorang wanita kepada anak angkatnya ialah firman Allah S.W.T. (At
Talaaq, 65: 6)
Terjemahan: “… Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua-dua pihak)
mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain
menyusukannya.”
Dalil keharusan berikutnya ialah firman Allah S.W. T. (al-Baqarah, 2:
233);
Terjemahan: “Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu
kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu.”
Kesan penyusuan seorang perempuan kepada anak angkat yang
ajnabi (bukan anak kandungnya atau anak tirinya dan bukan
juga mahramnya) terhadap hubungan kekeluargaan ialah
anak angkat tersebut menjadi anak susuannya dan suaminya
menjadi bapa susuan kepada anak angkatnya.
8
Kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi angkat mahram 9
dengan sebab susuan
1. Dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab
susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara
tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya.
2. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan
sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut
sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan
oleh Syarak seperti berikut:
a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130120/kn_01/Penyusuan-anak-angkat#ixzz5cr1iPsKy © Utusan Melayu (M) Bhd
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
SYARAT-SYARAT PENYUSUAN YANG MENJADIKAN MAHRAM
Ibu Susuan Anak Susuan Susu
Seorang wanita anak adam
Berumur kurang dari 2 Bilangan penyusuan sebanyak 5
Berumur melebihi 9 tahun tahun kali menyusu
qamariah
Menghisap terus dari payudara Setiap kali penyusuan
ibu hendaklah sehingga bayi
berhenti menghisap sendiri
tanpa paksaan
Berkahwin atau tidak Menghisap susu ibu perahan Susu sampai ke perut bayi
Hamil atau tidak melalui botol melalui
Putus haid atau belum kerongkong atau hidung
Diadaptasi dari kitab Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bait al Muslim fi as-Syari’ah al-Islamiyah karangan
Abdul Karim Zaidan 10
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
Isu Penyusuan Anak Angkat (Cetusan Laktasi) dalam
Mencapai Status Mahram
▪ Teknologi penyusuan cetusan ini tidak semudah yang di sangka.
▪ Masyarakat beranggapan bahawa hanya dengan memakan ubat-ubat
'hormon', maka susu ibu akan terhasil serta merta.
▪ Anggapan yang tidak benar sama sekali.
▪ Ramai ibu angkat yang mempunyai kesedaran untuk menyusukan anak
angkat mereka namun berakhir dengan kegagalan kerana tidak berjaya
mengeluarkan susu itu atau mencapai status Mahram .
▪ Akhirnya mereka perlu akur dengan takdir bahawa anak angkat mereka
tidak boleh menjadi mahram buat mereka selama-lamanya
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
11
REALITI DALAM
PENYUSUAN ANAK
ANGKAT
KAJIAN LEPAS
PENYUSUAN ANAK
ANGKAT
▪ Satu Kajian telah dijalankan secara ' cross sectional study ' yang melibatkan 20
orang ibu angkat yang tidak pernah hamil dan tidak menyusukan bayi yang
menjalankan proses cetusan laktasi melalui Prosedur Penyusuan Cetusan
Ubahsuaian Dipercepatkan “Modified Accelerated Protocol” di Pusat Laktasi
Kebangsaan (Siti Mariam,2019).
▪ Satu set soal selidik temu bual separa berstruktur telah digunakan sebagai
instrumen kajian untuk mendapatkan maklumat daripada ibu angkat yang telah
menjalani program penyusuan cetusan ini.
▪ Sampel data yang dikumpulkan telah dianalisis secara deskriptif dengan
menggunakan perisian SPSS.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
13
Daripada kajian ini, 35% daripada 20 ibu-ibu yang gagal mencapai
mahram (5 kali susuan) memberikan alasan:
• Terpaksa berhenti awal semasa menjalankan prosedur kerana
masalah kesihatan
• Menggunakan pam manual (penat untuk pam secara tetap dan
tidak pam secukupnya selama 20-30 minit)
• Tidak mahu membeli pam kerana takut tidak selesa menggunakan
pam
• Tidak mengepam payudara dengan kerap kerana kekangan kerja
• Tidak boleh cuti untuk menumpukan pada rangsangan bagi
pengeluaran susu
• Rangsangan yang tidak mencukupi di payudara (kurang daripada
4 kali sehari)
• Tidak sempat untuk mengumpul susu untuk diberi kepada bayi
sehingga 5 x kenyang kerana bayi telah berumur 2 tahun (tidak
mengepam secara teratur, lewat memulakan program - bayi sudah 14
1 tahun 5 bulan) SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
• Kajian dalam amalan penyusuan susu ibu di kalangan wanita bekerjaya 15
menyatakan disebabkan oleh ghairah dengan kesibukan kerja, ramai
dalam kalangan wanita alpa dengan tanggungjawab mereka untuk
melengkapkan bayi mereka dengan keperluan susu ibu (Syamilah et al.,
2015 ).
• Ashmika Motee (2013) menyatakan antara punca berhentinya proses
penyusuan oleh wanita yang pernah menyusukan bayi adalah
disebabkan oleh faktor untuk memasuki alam kerjaya setelah berakhinya
cuti bersalin. Kajian beliau menunjukkan 32.5% daripada responden
kajian telah melaporkan bahawa mereka perlu menghentikan penyusuan
kerana ingin menyambung semula kerjaya.
• Dapatan kajian tersebut turut disokong oleh Hapsah Mohd Dusa dan
rakan-rakan (2002) apabila menyatakan antara faktor utama yang
menyebabkan wanita tidak meneruskan penyusuan secara eksklusif ialah
kerana bekerja.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
PERSEDIAAN UNTUK
MEMULAKAN
PENYUSUAN
CETUSAN
BAGI ANAK ANGKAT
Bagi ibu bapa angkat, proses penyusuan cetusan ini memerlukan kepada persiapan mental, fizikal dan
rohani, kerana anda akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam meneruskan penyusuan tersebut.
Dapatan kajian sebelum ini telah menunjukkan 17 orang ibu angkat telah dapat mengeluarkan susu
sepanjang program penyusuan cetusan di Pusat Laktasi Kebangsaan. Walaubagaimanapun hanya 7 orang
ibu angkat sahaja yang berjaya menyusukan anak angkatnya sehingga mencapai Mahram ( menyusu
shingga 5 kali kenyang) melalui proses penyusuan cetusan menggunakan Prosedur Penyusuan Cetusan
Ubahsuaian Dipercepatkan “Modified Accelerated Protocol” (Siti Mariam,2019).
Ini menunjukkan, biarpun dalam kesibukan anda menunaikan tanggung jawab sebagai seorang pekerja
dan surirumah, cabaran pengurusan masa, pengurusan pengendalian penyusuan dan peralatan
penyusuan, pengurusan emosi dan pemakanan juga perlu anda ditempohi. Di samping aspek teknikal,
aspek emosi dan spiritual juga amat penting dalam menjayakan penyusuan anak angkat ini.
Semangat yang kental, keinginan yang mendalam, kesabaran menghadapi segala cabaran dan yang paling
penting adalah niat yang ikhlas menjadi akar umbi kejayaan sesebuah penyusuan anak angkat. Kejayaan
menjayakan penyusuan anak angkat amat bergantung kepada azam dan semangat ibu sendiri untuk
menyusukan anak angkat mereka dengan susu ibu sehingga mencapai Mahram dan meneruskannya
sehingga bayi mencapai 2 tahun atau lebih. Jika telah tetapkan niat, walaupun terpaksa bersususah payah
dengan pelbagai rintangan dan cabaran dari masa ke masa, jika dilakukan dengan komited dan dibantu
dengan bimbingan daripada Pakar Laktasi yang terlatih, kejayaan pasti akan anda dikecapi.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020 17
1. BERJUMPA DENGAN PERUNDING LAKTASI /
KAUNSELOR PENYUSUAN
UNTUK SESI KAUNSELING.
Berjumpalah dengan Pakar Laktasi atau kaunselor Laktasi
yang terlatih dalam penyusuan cetusan (Induce Lactation)
seawal yang mungkin sebelum ketibaan bayi angkat anda.
Digalakkan anda untuk berjumpa mereka sekurang-
kurangnya 6 bulan sebelum kelahiran bayi angkat anda. ini
untuk memastikan anda tidak mempunyai sebarang
masalah kesihatan dan mempunyai masa yang cukup untuk
menyediakan diri untuk proses cetusan penyusuan atau
laktasi.
Sekiranya bayi angkat anda telah dilahirkan, jangan
bimbang; proses cetusan laktasi masih boleh dilakukan
tetapi sekiranya datang berjumpa lebih awal, peratus
kejayaan adalah lebih tinggi.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
2. PERSEDIAAN FIZIKAL DAN MENTAL
Anda dan pasangan harus membuat persediaan dari segi
fizikal iaitu anda harus bersedia untuk membeli pam
payudara dan peralatan bantuan penyusuan yang lain
seperti yang disarankan oleh pakar laktasi anda untuk
memudahkan proses cetusan laktasi dilaksanakan dengan
berkesan.
Anda juga harus bersedia dari segi mental di mana anda
harus mempunyai motivasi dan kekuatan semangat serta
komited untuk menjayakan mahram melalui proses
penyusuan cetusan. SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
PERALATAN BANTUAN
PENYUSUAN SUSU IBU
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020 20
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
3. DAPATKAN SOKONGAN SUAMI
KELUARGA, RAKAN DAN MAJIKAN
Ibu bapa yang telah membuat keputusan untuk
menyusukan anak angkat perlulah mendapatkan
sokongan daripada keluarga terutamanya ibu bapa sendiri
agar sentiasa dapat memberi sokongan dan mendoakan
semoga Allah memberi rezeki untuk ibu angkat dapat
menghasilkan susu.
Bagi ibu angkat yang bekerja anda perlulah dapatkan
sokongan majikan dan rakan sekerja serta memberitahu
hasrat anda untuk mengepam susu di tempat kerja. Paling
penting untuk anda dapatkan kelulusan cuti dalam 1 bulan
pertama agar anda dapat fokus kepada proses
penghasilan susu.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
4. MENGETAHUI TENTANG PROSES
CETUSAN LAKTASI
Ibu-ibu yang berminat untuk penyusuan anak angkat
selalunya akan melalui 3 fasa cetusan laktasi.
Dapatkan infomasi ini daripada Pakar Laktasi yang terlatih
dalam Penyusuan Cetusan (Induce Lactation) dan
fahamkan secara mendalam bagaimana proses
penyusuan cetusan ini dilaksanakan agar anda dapat
laluinya dengan mudah dan proses penghasilan susu pun
akan berjalan dengan lancar
Pastikan anda mendapat maklumat daripada sumber yang
betul agar kejayaan untuk menyusukan anak angkat anda
dapat dicapai.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
5. DAPATKAN NASIHAT DAN UBAT-UBATAN
DARIPADA PEGAWAI PERUBATAN YANG
TERLATIH DALAM PENYUSUAN CETUSAN
(INDUCE LACTATION)
Ibu-ibu yang melaksanakan proses cetusan laktasi kemungkinan
akan menggunakan ubat-ubatan dan hormon-hormon tertentu
sebagai bantuan dalam merangsang kalenjar payudara agar
bersedia untuk menghasilkan susu.
Dapatkan nasihat dan ubat-ubatan daripada Pegawai Perubatan
yang telah terlatih dalam Penyusuan Cetusan agar anda dapat
melaksanakan proses ini dengan lebih berkesan kerana tidak
semua doktor atau jururawat di hospital atau di klinik kerajaan
atau swasta terlatih dalam bidang Penyusuan Cetusan.
Jangan sesekali ambil ubat sendirian tanpa pantauan daripada
Doktor atau Pakar Laktasi. Ianya boleh membahayakan anda!
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
6. PELAJARI KEMAHIRAN PENGURUSAN
SUSU IBU DAN TEKNIK YANG BETUL UNTUK
MENYUSUKAN ANAK
Kejayaan penyusuan susu ibu adalah bergantung kepada ilmu
dan kemahiran ibu dalam pengurusan dan mengaplikasikan
Teknik penyusuan yang betul.
Ibu angkat yang ingin menyusukan bayi perlu mendapatkan ilmu
dan kemahiran dalam pengurusan penyusuan ibu agar dapat
melaksanakan penyusuan anak dengan lebih berkesan.
Hadiri kelas-kelas dan bengkel dalam pengurusan penyusuan
susu ibu untuk mendapatkan infomasi dan kemahiran yang
betul.
Pastikan anda telah faham bagaimana kaedah pemerahan susu
ibu dengan tangan, pengendalian susu perahan dan juga cara
melekapkan bayi yang betul di payudara bagi mengelakkan
masalah-masalah payudara yang biasa berlaku bagi kebanyakan
ibu yang salah teknik dalam menyusukan bayi.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
KONSEP
PENYUSUAN ANAK
ANGKAT MELALUI
PROSEDUR
CETUSAN LAKTASI
Penyusuan Cetusan 26
• Penyusuan cetusan merupakan kaedah
penghasilan susu oleh wanita yang tidak pernah
hamil atau tidak pernah menyusukan bayi
(Cheales-Siebenaler, 1999).
• Dilakukan oleh wanita yang tidak pernah hamil
tetapi berhasrat untuk menyusui anak angkat
yang mereka pelihara (Zaharah & Tengku Alina,
2011).
• Penyusuan cetusan telah memberi wanita
keupayaan untuk menyusukan anak tanpa melalui
proses kehamilan dan kelahiran
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
• Proses penyusuan cetusan bergantung kepada meniru fisiologi penyusuan
yang berlaku semasa kehamilan dan kelahiran. Penyusuan
yang normal memerlukan penyenggaraan keseimbangan hormon dengan
rangsangan yang kerap pada payudara.
• Hormon Prolaktin dan oksitosin, dianggap sebagai hormon yang paling penting
yang terlibat dalam penyusuan, merangsang pengeluaran susu dan rembesan
dari sel-sel alveolar payudara (Bryant, 2006).
• Kehamilan menghasilkan paras estrogen dan progesteron yang tinggi yang
menghalang kesan prolaktin pada pengeluaran susu ibu (Gabay, 2002).
• Selepas melahirkan dan penyingkiran plasenta (uri), kadar hormon estrogen
dan progesteron secara drastik menurun, membolehkan hormon prolaktin
meningkat secara dramatik dan memulakan penghasilan susu (Biervliet et al.,
2001).
• Sejurus selepas kelahiran bayi dan plasenta, rembesan hormon penghasilan
susu ibu akan bermula.
• Ibu-ibu yang tidak melahirkan anak tidak dapat secara semulajadi untuk
mengalami perubahan hormon yang diperlukan untuk merangsang penyusuan,
jadi mereka mesti menggunakan cara tiruan untuk mencapai apa yang
merupakan proses fisiologi biasa untuk ibu-ibu asal yang melahirkan bayi
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
27
KAEDAH
DAN
PROSEDUR
CETUSAN LAKTASI
Kaedah dan Prosedur Cetusan Laktasi 29
Kaedah farmakologi dan non-pharmacologic atau gabungan dua kaedah ini
adalah prosedur yang biasa digunakan untuk menggalakkan cetusan laktasi.
i. Kaedah Farmakologi
Stimulasi Hormon dan Ubat-ubatan Penggalak Penyusuan (Galactagogoes)
Prosedur persediaan payudara dalam proses penyusuan cetusan adalah dengan
mewujudkan simulasi hormon iaitu dengan bantuan ubat-ubatan farmasiutikal.
- Ubat-ubatan adalah bahan yang membantu dalam proses penyusuan cetusan kerana
ia berupaya meniru keadaan seperti seorang wanita yang sedang hamil.
- Dalam kaedah simulasi hormon ini, boleh dibahagikan pada 2 jenis iaitu (1) Hormon
Perancang kelahiran (Kontraseptif) (2) Galactagogues.
- Michael P. Gabay (2002) menjelaskan bantuan perubatan yang digunakan untuk
proses penyusuan cetusan atau disebut sebagai galactagogues telah digunakan
secara meluas bagi menggalak dan mengekalkan penyusuan termasuklah bagi
situasi bayi pramatang, pengangkatan anak dan ibu tumpang.
- Cathy A. Bryant (2006) pula berpendapat bahawa aspek fisiologi dan farmakologi
boleh membantu ibu angkat untuk menghasilkan susu ibu.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
GALACTAGOGUES
UBAT-UBATAN YANG BIASA DIGUNAKAN UNTUK
MENGGALAKKAN PROSES PENYUSUAN CETUSAN
Drug Dosage Side-effects Reference Action
Domperidone 20mg 6 hourly Well tolerated Petraglia et al Blockage of
(Motilium) (dry mouth, abd (1985) pituitary dopamine
10 mg 8 hourly for cramp, headache)
Metoclopramide one or two weeks Banapurmath et al receptors
(Maxolon) Well tolerated (1993), Nemba
( fatigue, irritability, (1994) Hallbauer Blocks dopamine
(1997) mediated inhibition
depression) Brown (1977)
Nemba (1994) of prolactin
Chlorpromazine 25-100 mg 8 hourly Extrapyramidal secretion
symptoms, Jack Newman
drowsiness (2000) Blocks dopamine
mediated inhibition
Combined Oral Continuous, non- Well tolerated Peters et al ( 1991)
Contraceptives stop for 30 – 60 ( breakthrough of prolactin
(higher progestin days ( together with secretion
Domperidone) bleeding)
content) Preparation of
Well tolerated, no breast tissues
Thyrotrophin Nasal spray clinical signs of
releasing 1 mg QID hyperthyroidism Direct stimulation
of
hormoneSITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
adenohypophyseal
lactotrophs
30
II.Kaedah Rangsangan terhadap 31
payudara
• Rangsangan terhadap payudara secara
hisapan bayi atau pam susu (Campbell-
Yeo et al., 2006) yang kerap iaitu setiap 2
hingga 3 jam (Cheales-Siebenaler, 1999)
atau sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali
sehari mampu mengeluarkan susu.
• Kaedah rangsangan di payudara
merupakan perkara asas yang membantu
memastikan samada susu ibu dapat
dikeluarkan dengan efektif (Bryant,
2006).
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
Rangsangan hisapan bayi di payudara dengan menggunakan alat bantuan penyusuan (Supplementing
Nursing System,SNS) SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
32
• Penggunaan pam adalah penting kerana ia berupaya 33
memberi rangsangan pada payudara secara efektif
khususnya dalam situasi tertentu seperti ibu angkat perlu
keluar bekerja atau bayi yang sering tidur (Borucki, 2005:
Mitoulas, Lai, Gurrin, Larsson & Hartmann, 2002b).
• Penggunaan pam susu berganda elektrik gred hospital dan
mengepam kedua-dua payudara secara serentak setiap 3
jam kira-kira 2 bulan sebelum bayi dijangka tiba adalah
digalakkan dalam penyusuan cetusan (Riordan, 2005).
• Kekerapan memerah susu akan merangsang hormon
prolaktin yang sangat berkesan untuk menambah kuantiti
dan kelancaran penyusuan (Meek 2001).
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
iii. Rangsangan Urutan dan Tuaman Panas 34
Pakar Laktasi telah mencadangkan beberapa kaedah non-
pharmacologic lain untuk menggalakkan penyusuan
cetusan terutamanya bersama dengan rangsangan puting
payudara.
• Rangsangan puting payudara boleh dibantu dengan
penggunaan tuaman panas “Warm Compression” pada
payudara, urutan payudara, penggunaan sumber haba yang
selesa (contohnya, cahaya matahari yang hangat atau lampu
panas), atau mandi di dalam tab panas atau SPA untuk
memudahkan pengaliran susu semasa rangsangan payudara (
Ryba & Ryba, 1984; Kirkman & Kirkman, 2001).
▪ Dalam urut payudara, tangan digunakan untuk menyokong
payudara, payudara di urut dengan lembut , dan membuat
urutan lembut di sekitar payudara selama 1 hingga 2 minit
(Riordan, 2005).
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
Makanan Tambahan 35
Penggunaan pemakanan tambahan (supplement) dalam mempromosikan penyusuan
cetusan masih kontroversi.
▪ minum cecair tambahan, mengambil Yis atau vitamin B kompleks, dan meningkatkan
pengambilan protein dalam bentuk daging, produk tenusu, bijirin dan kekacang dapat
membantu dalam menjayakan penyusuan (Auerbach, 1981; Thearle & Weissenberger,
1984).
▪ laporan kes Abejide et al. (1997) enam wanita Nigeria yang Berjaya dalam penyusuan,
tiada ibu yang menerima suplemen pemakanan, walaupun mereka semua berasal dari
latar belakang kelas sosial yang rendah, di mana diet seimbang mungkin menjadi
lebih sukar didapati (Abejide et al., 1997).
▪ Penemuan ini menunjukkan bahawa diet ibu mungkin mempunyai sedikit atau tiada
pengaruh terhadap pengeluaran susu dan bahawa penyusuan bayi yang berkesan dan
teknik penyusuan yang betul memainkan peranan yang lebih penting dalam menjayakan
penyusuan (Abejide et al., 1997).
✓ wanita yang menjalani penyusuan cetusan harus mendapat galakan untuk mengekalkan
diet yang seimbang bagi menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan umum.
✓ Pakar Laktasi @ kaunselor penyusuan ibu juga boleh membantu ibu-ibu dengan mengajar
ibu kaedah-kaedah tertentu mengenai rangsangan puting payudara dan teknik urutan
payu dara, penggunaan pam dan teknik penyusuan yang betul.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
MELAKSANAKAN
PROSEDUR
CETUSAN LAKTASI
Prosedur dalam kaedah penyusuan cetusan 37
▪ Prosedur dalam kaedah penyusuan cetusan yang amat sesuai bagi ibu angkat
yang mempunyai kesuntukan masa atau yang telah ada bayi bersamanya adalah
prosedur penyusuan cetusan ubahsuaian dipercepatkan “Modified Accelerated
Protocol”.
▪ Kajian terhadap ibu angkat yang menjalani program penyusuan cetusan di Pusat
Laktasi Kebangsaan mendapati 85% ibu angkat yang telah menjalani proses
pencetusan penyusuan berdasarkan Kaedah Penyusuan Cetusan Prosedur
Ubahsuaian Dipercepatkan “Modified Accelerated Protocol” boleh mengeluarkan
susu (Siti Mariam Ali,2019).
▪ Dapatan kajian ini juga menunjukkan 30% ibu angkat yang tidak pernah
melahirkan dan menyusukan bayi boleh mencapai status mahram 5 x
kenyang dengan menggunakan sama ada kaedah rangsangan hisapan bayi
di payu dara dan penggunaan pam susu menggunakan prosedur “modified
accelerated protocol”.
▪ Bagi menjamin kejayaan penyusuan cetusan, ibu angkat perlulah melakukan
prosedur seperti persediaan payudara seawal yang mungkin (2 atau 3 bulan
sebelum bayi lahir), melaksanakan setiap proses pencetusan penyusuan dengan
teknik ransangan di payu dara dengan cara yang betul dan kerap melebihi
daripada 8 kali sehari. Dapatkan bimbingan daripada Pakar Laktasi untuk anda
memahami dan mahir dalam Teknik-Teknik penyusuan cetusan dengan lebih
tepat.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
Kaedah penyusuan cetusan yang amat sesuai bagi ibu angkat yang mempunyai 38
kesuntukan masa atau yang telah ada bayi bersamanya adalah prosedur
penyusuan cetusan ubahsuaian dipercepatkan “Modified Accelerated
Protocol”(Siti Mariam, 2019).
➢ Prosedur ini menyarankan ibu mengambil pil perancang kombinasi bersama-
sama dengan ubat peransang penghasilan susu sehingga payudara ibu
mengalami perubahan seperti terasa berat, sedikit sakit atau bengkak,
kemudian melakukan ransangan di payudara secara kerap di samping
meneruskan pengambilan domperidone sehingga susu ibu dihasilkan
secukupnya. (Sila dapatkan nasihat ubat-ubatan daripada Doktor dan Pakar
Laktasi yang terlatih dalam penyusuan cetusan sebelum anda mengambil
ubat-ubat ini.Pengambilan ubat-ubatan secara sendirian boleh
membahayakan anda).
➢ Walaubagaimanapun, prosedur penyusuan cetusan ini juga melibatkan aspek
teknikal seperti kaedah rangsangan dan kaedah simulasi hormon.
➢ Beberapa peralatan khusus seperi pam payudara berganda bergred hospital
dan alat bantuan penyusuan terus di payudara untuk membolehkan
rangsangan yang kerap di payudara seperti SNS diperlukan untuk
menjayakan program ini.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
Prosedur “Modified Accelerated Protocol” dalam
penghasilan susu ibu melalui penyusuan cetusan
dalam kalangan ibu angkat.
Prosedur “Modified Accelerated Protocol” ialah kaedah
yang menyarankan ibu mengambil pil perancang
kombinasi bersama-sama dengan ubat peransang
penghasilan susu sehingga payu dara ibu bengkak,
kemudian melakukan ransangan di payu dara secara
kerap di samping meneruskan pengambilan
domperidone. (Siti Mariam, 2019).
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
39
KAEDAH PROSEDUR
PENYUSUAN CETUSAN
UBAHSUAIAN
DIPERCEPATKAN
“MODIFIED
ACCELERATED,
(Siti Mariam Ali,2019)
Kaedah Prosedur Penyusuan Cetusan UbahSuaian Dipercepatkan 41
“Modified Accelerated Protokol”
Prosedur 1 : Menggunakan Hormon Untuk
Persediaan Payudara
(Meniru Proses Penyediaan Kalenjar Susu Semasa
Hamil)
➢ Pil perancang Kombinasi seperti Yasmin atau Microgestin
diambil tanpa henti, bersama-sama dengan Pil
Galagtagogues iaitu Domperidone.
➢ Ibu angkat perlu mendapatkan nasihat daripada doktor
dan pakar laktasi jika ingin mengambil ubat-ubat ini.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
Kaedah Prosedur Penyusuan Cetusan UbahSuaian Dipercepatkan
“Modified Accelerated Protokol”
Prosedur 2: Memberhentikan Hormon dan
Meneruskan Mengambil Galagtagogoes
(Meniru Proses Penghasilan Susu Semasa
Kelahiran)
➢ Sekiranya perubahan payudara yang signifikan
berlaku dalam masa 30-60 hari, pil hormon
perancang kelahiran ini dihentikan sementara
mengekalkan mengambilan pil Domperidone.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
42
Kaedah Prosedur Penyusuan Cetusan UbahSuaian Dipercepatkan
“Modified Accelerated Protokol”
Prosedur 3: Melakukan Rangsangan Pada Payudara
Melalui Hisapan Bayi atau Pengepaman Di Payudara dan
meneruskan Mengambil Galagtagogoues (Meniru Proses
Pengeluaran Susu Semasa Bayi dilahirkan dan mula menyusu).
➢ Melakukan rangsangan di payudara melalui kaedah
hisapan bayi di payudara dan pengepaman di kedua
belah payudara ibu dimulakan sejurus sahaja perubahan
payudara yang signifikan berlaku dalam masa 30-60
hari. SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
43
Kaedah Prosedur Penyusuan Cetusan UbahSuaian Dipercepatkan 44
“Modified Accelerated Protokol”
Prosedur 4: Melakukan Rangsangan Pada Payudara
Melalui Hisapan Bayi atau Pengepaman dan meneruskan
Domperidone (Meniru proses peningkatan dan penstabilan
penghasilan susu ‘Milk Coming’ selepas bayi menyusu pada
hari ke 3-5 selepas kelahiran)
➢ Ibu memberi bayi menghisap payudara secara terus (jika
bayi telah ada) dan mengepam payudara setiap 3 jam
selama 20-30minit pada kedua belah payudara termasuk
pada waktu malam sehinggalah susu terhasil. Susu yang
dihasilkan pada mulanya hanyalah titisan cecair jernih
yang kemudiannya mula menjadi putih susu.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
Kaedah Prosedur Penyusuan Cetusan UbahSuaian Dipercepatkan “Modified 45
Accelerated Protokol”
Prosedur 5: Menyusukan bayi secara terus dipayudara atau Mengumpulkan Susu
Yang Dihasilkan Untuk Diberikan Kepada Bayi sehingga mencapai 5 x kenyang
(mencapai status Mahram).
- Menyusukan bayi secara terus di payudara mengikut keperluan bayi (on demand).
- menggunakan alat bantuan penyusuan “Supplement Nursing System, SNS” yang diisikan
dengan susu ibu daripada ibu asalnya atau susu derma daripada ibu lain atau jika tiada
pilihan lain maka susu formula perlu digunakan jika susu masih belum stabil.
- mengepam pada payudara yang tidak dirangsang melalui hisapan bayi selama 20-30minit
pada kedua belah payudara dan juga selepas setiap kali bayi telah cukup menyusu di
payudara
- mengambil makanan yang seimbang, minum air yang mencukupi, mengambil makanan tinggi
serat dan protein serta menjaga emosi dan cuba mendapatkan cukup rehat.
- Apabila susu ibu telah stabil ibu boleh terus menyusukan bayi secara terus tanpa
menggunakan alat bantuan SNS secara eksklusif (tanpa apa-apa makanan atau minuman
lain) sehingga 6 bulan dan meneruskannya dengan makanan pelengkap sehingga bayi
berumur 2 tahun atau lebih.
- mengepam kedua belah payudara bagi mengumpulkan susu dan memberikan kepada bayi
angkat yang tidak mahu menyusu dipayudara sehingga 5 kali kenyang dan meneruskannya
sehingga 2 tahun atau lebih di samping pemberian makanan pelengkap.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
RUMUSAN
✓Perancangan yang paling realistik amat perlu bagi seorang wanita untuk mencapai kejayaan dalam
cetusan laktasi.
✓Keluarga angkat dan rangkaian sokongan utama lain adalah penting dalam menyediakan penjagaan
dan sokongan yang terbaik.
✓Persediaan yang cukup dengan sumber dan masa yang tepat membolehkan proses cetusan laktasi
ini lebih berjaya mencapai matlamatnya iaitu untuk menghasilkan susu bagi mencapai status
mahram dalam sebuah keluarga angkat.
✓Ibu angkat yang bermotivasi,yakin, dan berpengetahuan tentang penyusuan susu ibu menunjukkan
peluang yang lebih berjaya dalam cetusan laktasi (Nemba, 1994).
✓Ibu bapa angkat perlulah mendapatkan sokongan dan bimbingan secara individu dan berkala
Bersama Pakar Laktasi yang terlatih dalam penyusuan cetusan (Induce Lactation) agar proses
penyusuan anak angkat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan disamping dapat membantu
merealisasikan Hasrat anda untuk menjadikan anak angkat mahram.
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020 46
RUMUSAN
✓Komitment dan disiplin yang ketat amat penting dalam melaksanakan prosedur cetusan
laktasi, seorang wanita mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan komited untuk
meneruskan proses ini.
✓Sokongan suami, keluarga dan majikan serta mendapatkan sesi runding cara bimbingan untuk
melaksanakan prosedur yang tepat adalah penting untuk memastikan ibu angkat berjaya
dalam cetusan laktasi.
✓ Dapatkan nasihat dan bimbingan secara individu bersama pakar laktasi yang terlatih serta
mahir dalam prosedur cetusan laktasi adalah penjagaan terbaik kepada ibu-ibu yang ingin
mencapai pengalaman menyusukan anak angkat sehingga mencapai status mahram.
✓Seorang wanita yang amat yakin dengan keupayaannya untuk menyusu ,bermotivasi dan
komited pasti akan berjaya dalam usahanya untuk mencapai status mahram dengan anak
angkatnya biarpun tanpa pernah hamil atau menyusukan bayi sebelumnya.
47
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
Proses Penyusuan Cetusan boleh dilaksanakan oleh semua ibu angkat biarpun tidak pernah hamil, atau
melahirkan bayi. Namun begitu, Penyusuan anak angkat bukan sesuatu yang mudah. Tetapi bukanlah
mustahil. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Buku ini membincangkan hanya perkara-perkara asas untuk membantu ibu bapa angkat bersedia
menjayakan penyusuan cetusan. Bagi memastikan kejayaan dalam penyusuan anak angkat ini, Ibu
bapa angkat perlulah mendapatkan nasihat dan bimbingan secara individu bersama Pakar Laktasi dan
Doktor yang telah terlatih dalam Penyusuan Cetusan (Induce Lactation).
*Hubungi kami untuk Pakej bimbingan Menyusukan Anak Angkat
Sehingga Mahram Bersama Breastfeeding Sifu.
*Untuk keterangan lanjut. Sila Wasap detail anda 0183295264
48
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020
Terima Kasih
49
SITI MARIAM ALI,Panduan Asas Menjayakan Penyusuan Cetusan,2020