Tempat sejarah
Malaysiaku
DARWISY SHAHZARIF BIN SHAHRIZAL
6 BESTARI
SBT SK JAWI
Kota Tinggi Museum, JOHOR
Muzium Kota Tinggi merupakan sebuah muzium yang terletak di Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Pada awalnya ia
menggunakan nama Pusat Sejarah Kota Tinggi, dan mula dibina pada tahun 1997. Ia ditempatkan di bangunan seluas 6, 480
meter persegi yang mula dibina pada 14 April 1997. Ia telah siap pada 11 Jun 1999 dan diserahkan kepada Jabatan Muzium
dan Antikuiti. Pada 27 Februari 2001 pihak Jabatan Muzium dan Antikuiti menyerahkan Muzium Kota Tinggi ini kepada
Kerajaan Negeri Johor dan diselenggarakan oleh Yayasan Warisan Johor. Pada 30 Ogos 2002 Muzium Kota Tinggi telah
dibuka untuk lawatan walaupun pengisian pameran ditingkat atas masih belum siap dan telah dirasmikan oleh D.Y.A.M.
Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor (Sultan Johor pada masa ini) pada 29 Februari 2004
bersamaan 8 Muharam 1425 H bersempena Program Kembara Mahkota Johor. Muzium Kota Tinggi telah menjadi pusat
kunjungan segenap lapisan masyarakat termasuk pelancong dari dalam dan luar negara bagi mengetahui mengenai sejarah
Kota Tinggi, sesuai dengan fungsinya sebagai pusat penyimpanan dan penyebaran maklumat sejarah.
Muzium Kota Tinggi menonjolkan sejarah dan tinggalan sejarah pemerintahan Kerajaan Johor Lama. Lembah Sungai Johor
merupakan wadah kesinambungan Kesultanan Melayu setelah gugurnya Melaka pada tahun 1511. Dengan mengambil kira
tahun 1529 bermulanya pusat Kerajaan Johor di Pekan Tua (Pasir Raja) dan diikuti oleh Johor Lama dalam tahun 1540
bererti tamadun Melayu telah bertapak di Kota Tinggi selama lebih 400 tahun. Di lembah Sungai Johor inilah lahirnya Tun
Sri Lanang Pengarang Melayu tersohor dan terawal menghasilkan Sejarah Melayu, sebuah historiografi Melayu yang agung.
MUZIUM DIRAJA, KEDAH Muzium Diraja adalah sebuah
bangunan istana lama yang
pernah didiami oleh beberapa
orang Sultan Kedah. Pelbagai
nama diberikan seperti Istana
Kota Setar, Istana Mak Wan
Besar, Istana Pelamin
atau Rumah Pelamin. Istana Ini
siap dibina pada tahun 1735
ketika pembukaan Alor Setar
sebagai pusat pentadbiran
Negeri Kedah yang ke-8 oleh
Almarhum Sultan Muhammad
Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam
Shah II (1710-1778).
Ketika Perang Dunia Kedua,
tentera Jepun pernah
menduduki istana dan
kemudiannya turut dijadikan
ibu pejabat beberapa
pertubuhan sebelum dibiar
tanpa pemerhatian. Pada tahun
1983, istana ini dibaikpulih dan
Gua Kelam, Perlis
Gua Kelam, Perlis ialah sebuah gua batu kapur di Perlis, Malaysia. Gua ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit,
33 km di utara Kangar. Terdapat sebuah terowong semula jadi sepanjang 370 meter di dalamnya. Jambatan
gantung di dalamnya menjadi tarikan pelancong. Air yang yang mengalir di dalamnya mengalir ke Sungai Perlis.
Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menyatakan Kementerian Pelancongan merancang untuk
menjadikan gua ini sebagai destinasi pelancongan utama. Projek "Secret Garden of Perlis" ini akan melantik
perunding rekabentuk taman bunga iaitu dua dari Perancis dan seorang dari London.[1]
Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga
menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit.Gua Kelam di namakan sempena
dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini.
Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat
semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik
disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari
bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong
berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan
menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.
Kota A Famosa , Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termasyhur"
MELAKA dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik
sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A
Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan
replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia
merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di
Asia.
Nama A Famosa seringkali disalah sebut
sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh rakyat Malaysia,
seolah-olah kata penentu "a" dalam bahasa Portugis
dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris.
Sebutan yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa (bunyinya lebih
kurang "ah").
BATU BERSURAT
PULAU PANGKOR,
PERAK
BATU BERSURAT terletak di Teluk
Gedung. Ianya berhampiran dengan
rumah nelayan di tepi pantai. Ia
merupakan seketul batu yang sangat
besar di mana tertera lakaran dan
tulisan di atasnya. Batu itu
dipercayai hidup oleh penduduk
tempatan kerana ia mampu
membesar dari saiz asalnya yang
agak kecil suatu ketika dahulu.
Lakaran yang diukir di Batu bersurat
tersebut ialah seekor harimau yang
sedang menumpakan sesuatu (
dipercayai seorang budak lelaki )
dua bulatan berbentuk daun dan
perkataan – perkataan Belanda serta
Inggeris yang berbunyi “IF CARLO
1743”.
Masjid
Muhammadi, Kota
Bharu KELANTAN
Masjid Muhammadi merupakan masjid yang terkenal di Malaysia secara amnya, dan secara khususnya
di Kelantan. Ia merupakan Masjid Negeri dan terletak di Kota Bharu. Nama Masjid Muhammadi diambil
sempena nama Sultan Muhammad IV yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Ia juga dipanggil sebagai
"Masjid Besar" di kalangan sesetengah rakyat Kelantan.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Pada asalnya masjid ini diberi nama sebagai Masjid Besar Kota Bharu. Masjid ini telah dibina pada tahun 1867
pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1830 - 1886) dengan menggunakan kayu-kayu yang terpilih.
Pengubahsuaian bangunan masjid daripada kayu kepada struktur konkrit telah dilakukan pada tahun 1922 dan
telah dirasmikan oleh oleh KDYMM Baginda Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 31
Julai 1931, dan dinamakan sebagai Masjid Muhammadi.
Masjid ini mengalami kerja-kerja pengubahsuaian dan pembesaran pada tahun 1959, 1968, 1976 dan 1987.
Luas keseluruhan masjid kini adalah 10,600 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 2,400 orang ahli
jemaah.
Peranan Masjid Muhammadi di dalam penyebaran dan pendidikan Islam di Kelantan amatlah istimewa. Di
sinilah beberapa ulama besar Negeri Kelantan telah mengajar pelbagai ilmu agama. Di antaranya ialah Tuan
Taba (1840-1891), Haji Wan Ali Kutan (1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933). Sistem pengajaran di masjid ini
mempunyai persamaan dengan pengajaran di Masjidil Haram, Makkah di mana pelajar akan ke Makkah untuk
menyambung pelajaran mereka setelah tamat pengajian di masjid ini.
Masjid ini menjadi pusat penyebaran ilmu agama yang masyhur di Nusantara sehingga Kelantan dikenali
sebagai "Serambi Mekah".
Muzium Perang Batu
Maung, PULAU
PINANG
Muzium Perang ini yang terletak di Batu Maung
merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Pulau
Pinang.
Muzium Perang ini seluas 20 ekar memiliki pelbagai
perkakasan dan barangan bersejarah berkait dengan
tentera British dan sekutunya semasa Perang Dunia
Kedua.
Ia menampilkan tempat kediaman tentera British yang
biasa dilihat semasa Perang Dunia Kedua. Barang-barang
ini ditempatkan di beberapa tempat di atas dan di bawah
peninggalan kubu lama British.
Pelancong boleh menjelajah melalui berek tentera, rumah
masak lama, bilik tahanan, terowong, dan liang
pengudaraan.
Istana Maziah,
TERENGGANU
Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu.[menunjuk-nunjuk] Istana ini terletak berhampiran dengan Bukit Puteri, kira-kira 220 meter dengan gigi air
sungai Kuala Terengganu. Di istana inilah upacara rasmi negeri diadakan seperti istiadat pertabalan dan kemahkotaan Sultan Terengganu, berkhatan, bertindik, perkahwinan dan
sambutan tetamu utama negeri.
Setakat ini terdapat percanggahan mengenai tarikh pembinaan Istana Maziah. Mengikut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini dimulakan pada hari
Jumaat, pukul 10:00 pagi, 31 Mei 1895 ( 7 Zulhijjah 1312 ) di masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881-1918 ). Manakala catatan Dato’ Seri Amar Diraja Haji Ngah
Muhammad bin Yusof pula, istana ini dibina pada tahun 1897.
Istana Maziah dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang telah hangus terbakar. Istana Hijau dibina pada masa pemerintahan Sultan Omar ( Baginda Omar ) pada
10 Mac 1870 ( 7 Zulhijjah 1286 ). Tokoh yang diberi tanggungjawab sebagai pengurus pembinaan dan jurutera Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil.
Dia adalah saudara ipar kepada Sultan Zainal Abidin III. Selain daripada itu terdapat beberapa tokoh lagi yang turut sama menyumbang dalam pembinaan istana ini. Mereka yang
bertanggungjawab menyiapkan pelan dan binaan istana serta menghias bahagian dalaman istana ialah Engku Besar Paduka Raja Sayyid Abdullah bin Zin Al-Idrus, Encik
Muhammad bin Abdul Rahim ( lebih dikenali dengan nama Encik Mat ) dan juga Dato’ Mata-Mata. Di samping itu tugas mendapatkan kayu, kebanyakannya dari Dungun
diuruskan oleh Tengku Panglima Besar Tengku Muda Kechik. Manakala pengurusan batu bata dan kapur pula diserahkan kepada Tengku Besar Paduka Indera. Bahan yang
digunakan dalam pembinaan istana ini terdiri daripada campuran kapur, tanah liat, pasir garam, putih telur dan manisan.
Kira-kira 20 orang tukang Melayu dan Cina terlibat dalam pembinaan Istana Maziah. Masalah kewangan pada masa itu telah menyebabkan pembinaan istana ini tertangguh.
Walaupun begitu, istana ini telah siap dan upacara " naik istana " diadakan pada 7 Ogos 1903 ( 14 Jamadil Awal 1312 ). Tidak berapa lama selepas Istana Maziah siap, Tengku
Embong Musa, Ketua Jabatan Kerja Raya menambah lantai di bahagian anjung istana tersebut.
Pada ketika itu di bawah anjung Istana boleh dilalui kereta. Ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ( 1920 – 1942 ), layang-layang anak tangga dipinda.
Seterusnya pindaan dilakukan lagi di masa pemerintahan Sultan Ismail Nasiruddin Shah ( 1945 – 1979 ). Bilik di tingkat bawah terletak Singgahsana di sebelah matahari naik
telah dibuang pintunya supaya ia bertambah luas. Dengan itu, Singgahsana dipindahkan ke tingkat atas. Pada tahun 1954, dibina pula layang-layang tangga hadapan di sebelah
matahari jatuh.
Selain itu, bilik di tingkat atas sebelah matahari naik telah dirobohkan untuk ditempatkan Singgahsana. Pada tahun 1972, sebuah bangunan tambahan dibina di bahagian rusuk
sebelah barat. Seterusnya Singgahsana pula ditempatkan di tingkat atas bangunan baru Istana Maziah ini.Pada tahun 1998, satu tambahan baru telah dibina di bahagian
hadapan istana ini.
Atkinson
Clock Tower, SABAH
Atkinson Clock Tower merupakan menara jam yang terletak di Kota
Kinabalu juga tersenarai sebagai tempat bersejarah di Sabah. Menara
jam setinggi 15 meter ini mempunyai sejarah yang menarik. Ia dibina
sempena memperingati Pegawai Daerah Jesselton pada ketika iaitu
Francis George Atkinson yang meninggal dunia pada usia 8 tahun di
sebabkan oleh ‘Borneo Fever’ atau lebih di kenali sebagai demam
malaria.
Ia mengambil masa lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari padang
merdeka untuk menuju ke menara ini. Tempat bersejarah di Sabah ini
juga adalah sebahagian lokasi yang ada kaitan dengan sejarah zaman
perang Dunia Kedua dan menjadi pusat perniagaan penting bandar
Jesselton sekitar tahun 1950 hingga 1960an.
Tidak jauh dari menara jam itu, berhampiran Balai Polis Trafik terdapat
kawasan yang dikenali sebagai Australia Place. Ia adalah antara
lokasi unik dalam kawasan bandar lama Kota Kinabalu. Ia dinamakan
Australia Place bagi mengenangkan ia pernah dijadikan tapak
perkhemahan oleh tentera Australia pada tahun 1945.