The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Karya-Karya Pelajar SMK Merapok Tahun 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MIDYA NAZRY BIN MOLYADI KPM-Guru, 2023-03-03 03:29:17

Karya Pelajar

Karya-Karya Pelajar SMK Merapok Tahun 2022

Keywords: Karya Pelajar

OLEH: AZUANA BINTI LATIF Di pagi hari dengan embun yang menutupi segala keindahan gunung-ganang yang menakluki bumi.Aku termenung jauh seakan ada sesuatu yang akan berlaku.Semakin aku fikirkan semakin aku takut akan sesuatu yang tidak baik akan menimpa diriku.Setiap kali aku terfikir hal tersebut aku selalu berkata dalam hati”semuanya akan baik-baik saja” Tidak cukup dengan itu ,genggaman telefon di tangan ku bergetar menandakan mesej masuk tanpa henti .Air mata mengalir dengan deras apabila meliat semua mesej yang disampaikan oleh guru ku yang mengatakan bahawa Raju sahabat karib yang selalu menemaniku telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan dirinya komi.Fikiranku pada saat itu hanyalah keluarganya yang pulang ke kampung bagi merayakan Hari Deepavali .Aku mula buntu bagaimanakah cara aku untuk memberitahu khabarnya kepada kedua ibunya.Aku mula memberanikan diriku untuk mencuba menghubungi ahli keluarganya . *** (Memanggil)tuttutttttt ….tutttt…tutttt harap maaf nombor yang dail tidak dapat dihubungi sila cuba sebentar lagi.Kali kedua aku cuba menghubungi ibunya…..(berdering) dan akhirnya panggilan itu pun di angkat “Selamat petang ibu “awal perbicaraan aku sebelum memberitahu keadaan Raju “Oh,kamu rupanyaa ada apaa ni ibu harap Raju dalam keadaan yang baik sepanjang menunggu kepulangan kami selepas perayaan ini”balasnya “Maafkan saja ibu”ujar aku “Apa yang berlaku ni” “Ibu Raju sekarang berada di Hospital akibat mengalami kemalangan langgar lari,yang disedihkan lagi pelaku tersebut masih lagi belum dijumpai sehingga sekarang.Berat hati lagi untuk memberitahu ibu bhawa Raju telah koma sebaik sahaja di hantar ke hospital setelah kemalangan itu. “Macam mana ni , apa yang kamu buat sampai anak ibu ni macam ni kamu sepatutnya sebagai kawan yang ibu anggap sebagai anak sendiri mampu untuk menjaganya


“Maafkan saya Mak Cik “(penuh rasa bersalah ) “Baiklah ibu akan datang segera”. *** “Anak puan ,Raju telah mengalami kemalangan yang sangat serious yang mengakibatkan kepalanya cedera dengan parah dan mengakitbat koma.Mengenai pelaku tersebut pihak polis telah melaporkan mereka masih belum lagi menemui apa-apa perkembangan tetapi mereka akan berusaha untuk menjejakinya”. Ibu Raju menangis teresak-esak apabila meliat anak kesayangannya itu terlantar.Ibu merasa lebih sedih lagi kerana anaknya masih lagi berusia 19 tahun.Raju merupakan seorang anak yang patuh kepada ibu bapanya , gigih belajar,suka menolong orang yang membuatnya dikenali ramai dan sangat di sayangi di sekolah.Sesibuk apapun Raju dalam pelajaran dia akan tetap menolong ibu nya. Beberapa hari berlalu setelah kejadian itu, Hari yang dijalani tetap sama hanya menunggu khabar baik mengenai Raju.Aku semakin tertanya-tanya akan nasibku yang disalahkan oleh ibu seakan diriku tidak menjaga kawan baikku ini dengan .Aku semakin sedih kerana ibu Raju sudah ku anggap sebagai ibuku.Selama ini aku hanya menumpang kasih seorang ibu daripada ibu Raju.Dialah yang selalu memperhatikan makan dan minum ku.Dibenakku mengatakan aku seolah-olah tidak layak mendapatkan itu apabila semua angkara ini terjadi .Ibu mula membenciku walaupun aku sudah berkali-kali meminta maaf kepada ibu.Bertahun lamanya aku kenal dengan keluarga Raju sehingga aku pun memanggil ibunya sebagai ibu. (Batinku menjerittt……)Ya Allah bantulah aku menghadapi semua ini kerana aku amat menyayangi mereka seperti mana keluargaku sendiri… Tiba-tiba…lonceng ku berbunyi menandakan jam 5 petang yang mana waktu aku untuk beriadah bersama Raju seperti sedia kala.Namun kini aku bagaikan dilema tidak melakukan apa pun hal yang selalu ku lakukan bersama Raju .Aku menangis disepanjang malamku kerana amat merinduinya .Raju selalu hadir dalam mimpiku semenjak dirinya koma. *** Dia seakan semakin mendekat…aku mula berdebar…dia seperti menghampiri ku perlahan lahan aku menantikannya dan aku pun terkejut apabila seekor kucing melompat masuk ke dalam bilikku itu hanya sesuatu hal kecil yang membuat ku tertunggu-tunggu akibat terlalu menantikan kehadiran Raju yang selalu mengejutkan ku …ujarku Ibu aku tidak tahu cara untuk meminta kemaafan daripadamu,aku hanya


berdoa setiap kali aku mengingatmu..jurang antara kita semakin menjauh..bagai orang asing yang tidak pernah mengenal antara satu sama lain. Kringggg….kringggg…kringggg telefon ku berbunyi yang tertera menelefonku adalah ibu .Aku dengan bergegasnya “Kamu benar-benar tidak tahu malu disebabkan kamu Raju telah meninggal dunia setelah kemalangan itu”dengan nada teresak-esak (Air mata mula membasahi pipi)aku amat terkejut dengan berita itu kerana aku belum sempat lagi untuk melawatnya setelah dipindahkan ke ruang icu ”maafkan aku ibu tidak menjaganya dengan baik” “Aku tak nak tengok muka kamu lagi lepasni” “Apa ibu ni semua ni bukan salah saya Raju yang ingin keluar seorang diri tanpa mengajak saya bersamanya” *** telefon dimatikan Setelah kejadian itu aku tidak pernah lagi menemui ataupun menghubungi ibu aku juga tidak sempat untuk memberi penghormatan terakhir buat Raju yang banyak berjasa untukku.Termasuk ibu, aku sangat merindukan kasihmu yang sama seperti dirimu melayani Raju.Dengan amarah yang masih membara ,aku terlalu mengikuti kata hati yang tidak mahu lagi mengambil tahu tentang keluarga Raju. Aku cuba untuk mengurangkan rasa sedih yang ditanggungnya dengan membaca media sosial seperti whatsapp,Instagram dan facebook.Dengan kemajuan media sosial kini aku telah memuat naik kisah yang aku lalui ini .Hasil daripada kisah itu aku mendapat pelbagai komen terutama kata-kata semangat .Walau bagaimanapun ada juga insan yang ingin aku untuk kepangkuan ibu semula kerena mereka merasakan bahawa hampir separuh hidupku juga di saksikan oleh insan luar yang ku gelar ibu.Melihat semua nasihat itu aku mula menangis dan menyesal akan perbuatan dan perlakuan ku yang hanya melawan cakap ibu .Malah aku juga tidak menemaninya saat dia memerlukan seseorang untuk menghilangkan rasa sedihnya. *** “Maafkan saya ,Encik Borhan ayah kamu tidak dapat kami selamatkan lagi.Allah lebih menyayangi beliau maafkan kami” .(Cawan yang dipegang jatuh).Ya Allah,berat sungguh ujianmu kepada hambamu ini .Sekarang aku juga telah kehilangan kasih seorang ayah.Remaja 19 tahun sepertiku telah melalui semua dugaan berat ini rintihanku…Kemana lagi harus ku luahkan rasa ini. Aku kembali memuat naik kisah yang aku lalui ke media sosial tetapi aku telah mematikan telefon selama beberapa hari selepas memuat naik kisahku itu.Aku melakukannya kerana ini menyemangati diri sendiri dan mula untuk mengatur hidupku dengan mencari


pekerjaan.Lebih sedih lagi, aku telahpun berhenti daripada mendapatkan pendidikan kerana hidup sebatang kara dan tiada sumber kewangan.Aku telah pergi ke tempat yang tenang bagi menghilangkan rasa sedih dan trauma ku.Aku telah kehilangan semua orang yang kusayang dengan sekelip mata termasuk ibu.Terutamanya kehilangan ayah yang mejadikanku amat terpukul ketika ini. Aku kembali membuka telefonku yang lama tidak disentuh dan penuh kesepian.Aku terkejut ada nya mesej daripada ibu yang ingin aku datang untuk menemuinya pada hujung minggu ini.Aku mengucapkan syukur yang tidak terkata apabila menerima mesej itu. *** Dalam mesej itu, Ibu mengatakan “Maafkan ibu kerana membuatmu menyalahi dirimu sendiri nak, ibu tahu kamu telah bersedih dalam beberapa bulan ini kerana sikap ibu,ibu tidak pernah berniat untuk menuduhmu seperti itu.Kehilangan Raju adalah takdir namun ibu masih lagi mempunyai anak iaitu kamu yang telah ibu anggap seperti anak sendiri.Ibu ingin kamu tinggal dengan ibu bagi memenuhi permintaan terakhir Raju” Aku terkejut membaca kata-kata terakhir ibu mengenai permintaan terakhir Raju. Setelah berjumpa ibu aku menangis teresak-esak kerana terlalu rindu akan belaian nya walaupun berbangsa lain daripada diriku namun dia menjadi satu keselesaan buat diriku.Aku terus bertanyakan soal permintaan terakhir Raju .Ibu menyatakan bahawa dia telah menemui sepucuk surat yang ditemuinya pada sebuah peti kesukaan Raju yang diberikan oleh ku. Kesedihan ku semakin membuak-buak mendengarkan nya.Tiba-tiba ibu bertanyakan khabar ayahku .Rupa-rupanya ibu tidak mengetahui bahawa ayahku telahpun meninggal dunia.Mendengarkan hal tersebut ibu semakin merasa bersalah kerana tidak memperdulikan aku sejak kejadian itu. Melalui dugaan ini aku telah menginsafi segala kesalahan ku yang terlalu mengikutkan kepala diri sendiri demi mempertahankan sesuatu yang hanya akan mencetuskan persengketaan dan jurang kepada kebencian.Aku dan ibu akhirnya dapat hidup bersama dan sentiasa memperingati Raju yang telah tiada. “Terima kasih Raju atas kehadiranmu dalam kehidupanku kamu adalah seorang yang mampu membuatkan diriku menemui keselesaan dipangkuan keluargamu”bisikku dalam hati Sejauh manapun kita pergi apabila bertemu insan yang tepat ia akan menjadikan kita selesa tidak kiralah kita berlainan bangsa dan budaya. Aku menyayangimu ……


Tring…! Aku terbangun dari tidur nyenyak ku. Aku melihat jam di meja sebelahku menunjukkan pukul 5.00 pagi dan seperti biasa aku bersiap untuk pergi bekerja. Solat subuh tidak dilupakan agar hari yang dilalui berjalan dengan sempurna. Oh! aku lupa mengenalkan diriku, aku Nizam. Nizam Haqeemie nama yang dianugerahkan oleh kedua orang ibu bapa ku. Nama yang indah dan sempurna bagiku. Aku merupakan anak yatim piatu kerana ibu bapa ku mengalami kemalangan sewaktu aku masih kecil. Disebabkan hal yang demikian, aku tinggal dengan nenek ku dan adik ku yang berumur 12 tahun. Umur ku pula sudah memasuki angka 19 tahun, aku terpaksa mengurungkan niatku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana aku harus menyara kehidupan nenek dan adikku. Ya! Aku tidak menyambung pelajaran ku walaupun aku mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM. Sebelum ini, nenek menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menyara hidup ku dengan adik ku semasa aku masih bersekolah di sekolah menengah. Kehidupan kami tidaklah senang namun masih mampu untuk meneruskan hidup. Nasi lemak yang dibuat nenek sangat terkenal dalam kalangan penduduk kampung. Namun setelah pandemik ini melanda dunia, nenek terpaksa memberhentikan perniagaan kecilnya itu. Kehidupan kami semakin susah dan aku harus pergi ke bandar untuk mencari pekerjaan. Aku harus bekerja aksa dari tempat tinggal ku. Ada juga beberapa cikgu di sekolah menengah ku dahulu kecewa dengan ku kerana aku tidak melanjutkan pelajaranku. Tidak terkecuali juga yang merendahkan keluarga ku kerana kami hidup dalam keadaan yang miskin. “kenapa kamu tidak melanjutkan pelajaran kamu Nizam, kamukan budak pandai di sekolah dahulu” kata cikgu Abu kepada ku “saya tak mampu cikgu nak teruskan pelajaran, maklumlah cikgu sekarang ni semua benda memerlukan duit” kataku sambil tersenyum “Alahai mohon sajalah dekat kerajaan sekarang ni kan banyak agensi yang boleh menolong golongan masyarakat seperti kamu ni, anak cikgu dah belajar keluar negara maklumlah Nizam cikgu ni mementingkan pelajaran anak cikgu lainlah golongan macam kamu ni mementingkan perkara lain selain pelajaran. Dahlah Nizam cikgu nak balik dulu, hati-hati bekerja” aku hanya tersenyum dan menundukkan kepala ku sebagai tanda hormatku kepadanya. Aku meneruskan pekerjaan ku menyusun barang-barang di rak jualan. Aku sekarang ni bekerja di sebuah minimarket di tengah bandar. Aku meninggalkan nenek dan adikku di kampung namun tidak lupa aku mengirimkan duit kepada mereka. Sudah hampir setahun aku bekerja di tempat ini. Aku menyusun barang-barang sambil terfikir akan kata-kata yang cikgu Abu lontarkan kepada ku. “kalaulah ibu bapaku masih ada pasti kehidupan ku tidak seperti ini” kata hatiku berbicara. Air mata mula mengalir di pipiku. OLEH: MOHAMAD AZAM IZUWAN BIN AZLI


“kau kenapa Nizam?” soal Fatrul kepada ku “ehh tidak ada lah, aku ok saja, kau dah masukkan stok baru dalam stor bahan?” balasku berusaha menukar topik perbicaraan. Fatrul hanya mengangguk sambil memandang pada ku bagi memastikan aku dalam keadaan yang baik atau tidak. Fatrul merupakan sahabat ku, kami kenal semasa kami bekerja di minimarket ini. Dia merupakan seorang yang selalu mengambil berat tentang orang di sekelilingnya dan seorang yang pemurah. Waktu terus berlalu, aku bekerja di minimarket ini dari pukul 7 pagi hingga pukul 5 petang. Setelah berhempas pulas di tempat kerja aku balik ke tempat tinggal ku yang tidak seberapa. Hanya sebuah kamar kecil di bawah tanah. Tempat ni sahaja yang aku mampu bayar setiap bulan. Aku merehatkan diriku di selembar tilam nipis selepas aku solat isyak dan membersihkan diriku. Aku termenung akan nasib ku yang masih sama sahaja. Malahan semakin susah di akibatkan oleh pandemic yang masih lagi bermaharaja lela di negara ini. Kes harian semakin meningkat dari hari ke hari telah membuatkan ku tertekan akan masalah kewangan ku yang masih lagi belum stabil. Aku terpikir ingin mencari kerja paruh waktu di sebabkan aku masih ada waktu yang kosong pada malam hari. Selain aku mempunyai hutang yang banyak dengan Ah Long kerana pada masa itu aku sangat terdesak untuk mendapatkan duit. Aku risau dengan keadaan nenek yang sakit pada masa itu dan dikejarkan ke hospital. Nenek memerlukan pembedahan buah pinggang kerana nenek mengalami kerosakkan buah pinggang. Pembedahan tersebut memerlukan kos yang sangat tinggi dan waktu yang lama untuk mencari penderma. Keesokkan harinya aku berjalan-jalan dipinggir bandar selepas waktu pekerjaan ku. Di malam hari dikala candra menghiasi langit sehingga aku terserempak dengan seorang lelaki yang memberikan ku sehelai kertas. “ini tawaran pekerjaan!” bisikku dengan nada yang terkejut. Tawaran gaji yang ditawarkan sangat memikat hatiku untuk menawar pekerjaan ini. Namun pekerjaan itu bertempat di sebuah kelab malam yang terpencil. Aku berfikir sejenak adakah aku harus mengambil pekerjaan ini. Lelaki yang memberikan ku kertas itu terus beranjak tanpa aku sedari. Tanpa berfikir panjang aku terus datang ke alamat tempat tersebut. Kawasan tersebut sangat terpencil namun sangat ramai pengunjung di sana. Aku terkejut mungkin di sebabkan pandemik semua pusat hiburan di tutup. Namun kelab malam ini buka secara illegal dan melanggar undang-undang. Pada mulanya aku mengurungkan niatku untuk datang namun duit telah membutakan ku. Tanpa aku sedar aku sudah masuk ke dalam kelab tersebut membawa surat tawaran.


“anda berminat dengan tawaran ini?” Tanya seorang perempuan yang menjaga kaunter “iya saya berminat, bila saya boleh bekerja?” balasku tanpa berpikir panjang “hari ini pun anda boleh bekerja, bilik persalinan berada di koridor 2 sana dan ini baju anda” tambah perempuan itu lagi Tanpa aku sedari, aku telah bekerja di sini lebih dari sebulan dengan gaji yang lumayan iaitu RM 500 sehari telah mengkaburi mata ku terhadap dosa yang aku buat. Aku berasa selamat tanpa takut akan pihak berkuasa menyerbu kelab ini sangat terpencil dan jauh dari pusat bandar. Aku juga mampu membayar sedikit demi sedikit hutang ku. Namun disebabkan aku bekerja malam sehingga subuh, prestasi kerja ku di supermarket semakin menurun. Aku selalu mengantuk dan tidak fokus dengan apa yang aku lakukan. “kau kenapa ni Nizam, semenjak dua menjak ni aku tengok kau selalu mengantuk semasa bekerja. Kalau macam ni la kau bekerja, tak pasal pasal tahun ni kau tak akan dapat gelaran pekerja terbaik lagi” kata Fatrul. Aku hanya diam sambil mengira jumlah stok baru datang pagi tadi. Nizam!!! Teriakan majikan ku terdengar dari luar ruang rehat mengganggu tidurku. Dengan bergegas aku berlari menuju sumber suara tersebut. “Nizam awak darimana tadi, barang habis tidak diisi semula dengan stok didalam stor, stok baru bersepah didepan kedai, peti sejuk rosak tidak dilaporkan, stok lama tidak dibuang, barang basah membusuk di dalam stor basah pun awak tak ambil peduli. Kau nak buat market ni miskin ke apa? Kan saya dah kata awal pagi tadi Fatrul bekerja hanya sampai tengah hari di bahagian stor bersama awak, lepas tu dia balik sebab masalah peribadi. Saya kecewa dengan awak Nizam, selama ni saya sangat percayakan awak. sebagai denda gaji awak dipotong 50% bulan ni. “tuan mana boleh macam ni tuan. tuan tak boleh potong gaji saya sesuka hati. Saya pun ada hak sebagai seorang pekerja” aku menarik narik tangan majikan ku sehingga dia terjatuh. “awak ni dah melampau Nizam, awak nak saya potong gaji awak lagi ke hah! Sedarlah diri awak tu sikit, awak tu dari golongan yang susah mak ayah pun tak ada jadi bekerjalah lebih giat lagi” tambahnya lagi membuat ku baran sehingga aku memukul wajah majikan ku tanpa aku sedari aku kehilangan kawalan. “awak dipecat!” kata majikan ku membuat ku terdiam membeku. Akhirnya aku dibuang dari pekerjaan ku, aku pulang dengan mata yang kosong menatap jalan tar yang panas. Sesampainya aku di tempat tinggalku, aku terus bersiap untuk pergi berkerja di kelab malam tersebut. Sedikit demi sedikit kesedihan ku berkurang disebabkan aku masih ada penghasilan yang masih lumayan menyara hidup ku. Malam itu seperti biasa aku menghantar air keras ke setiap pelanggan di sana. Aku juga telah lupa tentang kesalahan yang aku buat ini kerana duit. Aku juga beberapa kali meminum air keras tersebut. Di kelab malam tersebut memang tidak ada peraturan SOP di mana tiada penjarakkan, tiada pelitup muka dan berada di ruangan yang sempit.


Malam semakin larut, aku hanyut dengan hayalan minuman keras dan lantunan musik yang kuat. Tiba tiba terdengar suara tendangan dan “jangan bergerak! Tetap di posisi anda!” aku terkejut rupanya segerombolan polis masuk ke dalam kelab tersebut. Tanpa ragu aku bergegas berlari kebalakang menuju stor kelab dan mengunci pintu. Bak! Bak! Terdengar tendangan pintu. Aku mula takut dan mencari jalan lain untuk keluar. Aku ternampak satu tingkap kecil menuju ke luar kelab. Aku memecahkan kaca tingkap tersebut dengan benda berat dan melesit keluar. Berhenti! Terdengar suara dari belakang ku. Aku tidak menghiraukan suara tersebut. Dash! Dash! Peluru di tembakkan kepada ku namun aku dapat mengelak. Dash! Tiba tiba ku merasakan sakit seperti kulit terkoyak dengan besi panas di bahagian kaki ku. Aku terjatuh dan tidak mampu berdiri lagi. Aku di tangkap dan di masukkan ke dalam penjara. Aku diberikan hukuman 5 tahun penjara serta denda RM 10 000 aku berasa menyesal dengan perbuatan ku. Selama aku dipenjara aku tidak dapat berjumpa dengan nenek dan adikku. Aku hanya mampu mendengarnya melalui Fatrul yang sering melawatku. Dan pada tahun kedua ku dipenjara, aku dikabarkan nenek dan adikku dinyatakan positif virus tersebut. Aku risau dengan kesihatan mereka apa lagi nenek ku yang merupakan golongan yang berisiko. Seminggu kemudian nenek ku dinyatakan meninggal dunia. Aku sedih, sangat-sangat terpukul dengan pemergian insan yang ku anggap sebagai ibu dan bapa ku. Adikku masih lagi berada di hospital dan di rawat di pusat rawatan rapi. Setiap hari hari seperti tidak bermakna kerana meninggalkan nenek dan adikku yang sakit. Aku merasa bersalah, merasa kesal dengan perbuatan ku yang tidak berfikir panjang. Aku seperti kehilangan arah tuju untuk hidup. Namun Fatrul selalu memberikan ku kata kata semangat untuk terus hidup. Adikku masih ada memerlukan ku di sisinya. 5 tahun berlalu, aku telah bebas dari penjara yang banyak mengajarku erti perit kehidupan dan menyedarkanku daripada segala kesilapan yang aku lakukan. Jangkitan virus pun berkurangan dari hari ke hari di dengar dari stesen television, dan radio semasa aku di penjara. Pertama sekali yang aku lakukan selepas aku bebas dari penjara tersebut adalah pergi ke pusara nenek ku yang berada di hujung kampung sana. Rasa hiba menyelubungi hatiku tambahan rasa bersalah ku masih lagi menghantui hidupku. Aku meminta maaf atas segala kesilapan yang ku lakukan dan menyiramkan pusaranya dengan air wangian bunga. Air mata mengalir deras di pipi ku. Setelah aku melangkah pergi dari pusara almarhumah, aku terbayang akan senyumannya dan diiringi air mata melambai ke arah ku sewaktu aku pergi berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Langkah demi langkah telah ku sedari yang aku tidak akan berjumpa sosok yang ku sayangi itu semula. Aku juga bergegas pergi ke pusat asuhan untuk brjumpa adikku. Alhamdulillah, dia telah tumbuh remaja dari jauh melambaiku dan berlari ke arahku seperti budak kecil yang ku kenal dahulu. Tidak tumpah sikapnya dahulu yang masih sama suka bermanja dengan ku. Aku meninggalkannya sementara di sana agar aku boleh mencari pekerjaan dan tempat tinggal kami berdua. Aku juga ingin dia bersekolah dan melihat dia berjaya seperti apa yang ku inginkan. Aku akan menjalani hidup ini dengan penuh bertanggung jawab terhadapnya kerana dia adalah satu satunya mutiara yang aku ada.


Oleh : Saffiea Aku tahu bahawa anakku kecewa dengan sikapku yang melarangnya menjalinkan hubungan dengan lelaki pilihannya yang berbeza agama dengan kami. Tetapi aku memiliki sebab tersendiri mengapa aku bertindak sedemikian rupa. Aku, wanita yang memiliki satu-satunya sahmura iaitu anak perempuan bernama Elena Rose hasil perkahwinan dengan bekas suamiku yang berstatus mualaf namun telah kembali semula kepada agamanya dahulu iaitu Kristian. Tipulah kalau aku tidak sedih apabila mengenangkan peristiwa suamiku sanggup melepaskan ikatan kami untuk kembali kepada bekas tunangnya yang juga beragama Kristian. Tinggallah aku keseorangan terkapai-kapai membesarkan anak sendirian tanpa teman. Ya, memori itu masih tersemat kemas dalam kotak fikiran walaupun memori pahit itu sudah berlaku sembilan tahun yang lalu. Inilah sebabnya aku tidak mahu anakku menjalinkan hubungan dengan lelaki yang berlainan agama kerana takut dia meninggalkan agamanya semata-mata cinta terhadap anakku dan bukannya meninggalkan agamanya kerana tersentuh dengan kemuliaan agama Islam. Tok tok tok. Ketukan di pintu membuatkan aku tersedar dari lamunan panjang. “Ibu, bukalah pintu ni. Jom kita makan”, terdengar suara lembut dari luar. Lalu aku melangkah ke daun pintu untuk membuka pintu yang terkunci dari dalam dan melihat wajah ayu anakku. “oh Rose, baik sungguh hatimu, nak. Kamu tahu ibu menghalang percintaanmu namun kau masih lagi bermanis muka dengan ibu” senandikaku berbunyi. “Ibu, kenapa termenung ni ? Rose nak ajak makan ni, ibu tak lapar ke?”, ujar anakku. Aku tersentak dari khayalanku lalu menarik tangan anakku dan berlalu ke dapur tanpa menjawab pertanyaannya. “Eh ibu tak jawab pun soalan Rose.” ujarnya meleret. Aku hanya tergelak kecil setelah mendengar rungutan anakku. Sesampainya di ruang makan, aku mengarahkan anakku untuk duduk di kerusi dan makan makanan tengah hari yang


telah disediakan olehnya. Semasa menikmati makanan itu, aku teringat kembali peristiwa dua minggu lepas yang mencabar egoku sebagai seorang ibu yang berniat untuk melindungi perasaan anak daripada terluka sepertiku. * * * Pada dua minggu yang lalu, di malam yang sendu berlatarbelakangkan hujan lebat, aku bertengkar dengan anak kesayanganku. “Kenapa ibu tak bagi peluang pada Rose untuk hidup bahagia dengan Hayder? Ibu sendiri tahu kami saling menyayangi dan ingin mendirikan rumah tangga tapi sebab ego ibu, ibu sanggup halang kami, putuskan hubungan kami. Kenapa ibu?” . Ketidakpuasan hati anakku jelas terserlah semasa dia menyampaikan suara hatinya itu. Hayder, itulah dia kekasih hati anakku. Ya, nama yang cukup indah tetapi kerana traumaku, aku tidak memperdulikan keindahan itu. “Rose, kamu pun tahu alasan ibu buat keputusan macam ini” . “What? sebab abah? Abah tinggalkan ibu sebab nak masuk agama dia balik?”. Aku terkejut dengan ucapan anakku. “Dari mana kamu tahu, sayang ?”. Aku sudah sedaya upaya menyimpan rahsia ini dari pengetahuan anakku untuk mengelakkannya sedih. “Rose jumpa abah tanpa pengetahuan ibu. Rose penat tunggu benda ni keluar dari mulut ibu tapi seumur hidup Rose, ibu langsung taknak bagitahu Rose.”. Sekali lagi aku terpaku. “Ibu tak mahu bincang perkara ini. Kamu tahu apa keputusan ibu.”. “Ibu, jangan buat Rose macam ni ibu.”. “Cukup Rose, keputusan ibu muktamad.” * * *


“Ibu..”. Aku tersentak dari lamunanku. Ingatan tentang kejadian dua minggu yang lalu itu pudar dari fikiranku dan kini tumpuanku beralih kepada anakku. “Ya, nak. Kenapa?”. Aku menyoal anakku. Lalu anakku menyahut, “Takde la. Hairan je dengan ibu. Dari tadi Rose panggil ibu, ibu tak layan pun.” jawab Rose sambil membuat muka merajuk yang dibuat-buat. Aku hanya tersenyum melihat kecomelan anakku. Setelah habis makan, Rose kembali bersuara. “Ibu, lepas makan ni Hayder nak datang, kami nak bincang sesuatu dengan ibu and please ibu, bagi kami peluang. ”. Aku terdiam kerana kerasnya kepala anakku ini sama dengan ayahnya. “Baiklah, suruh dia datang dengan segera, ibu nak rehat awal, kepala ibu sakit.” ujarku. Keras kepala anakku ini membuatkan kepalaku sakit memikirkannya. “Ya, Rose akan suruh dia datang segera”. Lalu Rose pergi ke ruang tamu dengan riangnya kerana tidak sabar mahu menyuruh kekasih hatinya untuk datang dengan segera. Setelah 30 minit menunggu, akhirnya Hayder yang ditunggu-tunggu telah datang. Rose dengan girangnya menyambut kedatangan Hayder. Hayder menyapaku dengan sopan sambil menayangkan senyuman yang manis. Aku melihat ketampanan Hayder dan sedar betapa beruntungnya anakku kerana mengenali lelaki seperti ini yang menghormati golongan yang lebih tua tanpa mengira bangsa dan agama yang dianuti. “Ibu, kami nak bagitahu berita gembira dan berita yang mungkin buat hati ibu terluka tapi sejujurnya kami tak berniat nak belakangkan ibu. Cuma kami tak tahu nak bagitahu ibu macam mana.”, ujar anakku memulakan perbincangan mereka. “Apa maksud kamu, Rose? jangan buat ibu panik.”, ujarku. Rose kelihatan ragu-ragu ingin meneruskan percakapannya. “Sebenarnya Hayder dah masuk Islam, seminggu yang lalu. Tapi ibu, dia dah lama berminat untuk mengenali agama kita dengan lebih dalam. Setelah kami kenal pada sembilan bulan yang lepas, dia tertarik untuk mengetahui tentang agama kita.”. Aku terkejut dengan luahan anakku sebentar tadi. Sungguh aku tidak sangka bahawa Hayder, lelaki yang diraguinya itu masuk Islam kerana kemuliaan agama Islam sendiri dan bukanlah semata-mata kerana anaknya. Melihat aku yang terlalu lama mendiamkan diri, Rose meneruskan


ucapannya. “Ibu, Rose terharu dengan usaha dia untuk belajar agama Islam dengan lebih dalam. Kesungguhan dia buat Rose jatuh hati dengan keikhlasan dia.”. Aku melihat Hayder yang kelihatan sangat berharap agar aku memahami situasi mereka. Kemudian, Rose menyambung lagi, “Kami dah buat keputusan untuk berkahwin dalam tiga bulan lagi. Kami harap sangat ibu restu hubungan kami.”, ujar Rose dengan penuh harapan. Setelah lama berdiam, aku menyuarakan pendapatku sambil tersenyum. “Kamu buat ibu terdiam. Sebenarnya ibu dah lama fikir, dah fikir masak-masak nak bagi kamu peluang bina hidup bersama-sama. Tapi tak sangka kamu dah ambil langkah yang cepat.” ucapku sambil ketawa di hujung ayat. Ya, memang benar aku ingin memberi mereka peluang, selepas berlaku pertelingkahan dengan anakku dua minggu lepas itu. “Ibu minta maaf, sayang, Hayder”. Ucapku sambil melihat mereka berdua. “Ibu tak sepatutnya halang kamu berdua dan tak sepatutnya samakan kisah kamu dengan kisah yang ibu lalui.”. Sesungguhnya aku ikhlas saat mengatakan itu. “Pergilah, Rose. Kecapi bahagia kamu dengan Hayder. Ibu nak tengok kamu bahagia, Rose.”. Terasa beban terlepas dari bahu setelah mengatakan itu. Aku hanya ingin anakku bahagia bersama pilihan hatinya. “Dia sudah cukup besar dan matang untuk buat keputusan sendiri”, senandikaku bersuara. Rose memelukku dengan gembiranya sehingga aku boleh merasai bahagia itu sambil melihat senyuman lebar Hayder. * * * Setelah empat bulan berlalu, kini anakku telah sah bergelar isteri kepada lelaki yang bernama Muhammad Hayder Tan Bin Abdullah. Alhamdulillah, semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga dan tidak berakhir seperti perkahwinanku. Aku tidak sabar menunggu kedatangan anakku bersama suaminya yang akan datang sekejap lagi.


Tidak lama kemudian, terdengar bunyi enjin kereta dari luar rumah bangloku. Aku bergegas keluar untuk menyambut kedatangan mereka. “Anak menantu ibu dah sampai” sambil memeluk mereka berdua. Setelah berpelukan, Rose menarik tanganku untuk masuk ke dalam rumah dan mengatakan sesuatu yang membuatkan aku berdebar ingin tahu. “Ibu, Rose ada benda penting nak bagitahu ibu.” . “Kenapa Rose?”. Rose memandang suaminya yang duduk disebelahnya sambil tersengih. “Sebenarnya, Rose baru balik dari klinik dan Rose mengandung seminggu”. “Ya Allah Rose”, sungguh aku terkejut dengan berita itu. Tidak menyangka rezeki mereka untuk menimang cahaya mata akan datang awal. “Ibu dah nak jadi nenek. Jaga kandungan ni betul-betul Rose, Hayder.”,ujarku kepada mereka dengan senyuman lebar. Jelas terpancar kebahagiaan mereka semasa makan tengah hari bersama-sama. Aku sedikit kecewa kerana tidak mampu untuk meraikan berita gembira ini bersama lelaki yang sangat kucintai tetapi tidak ditakdirkan untuk memilikinya. “Tidak mengapalah, dia sudah bahagia.”, aku bertelingkah dengan fikiranku sendiri. * * * Kini, aku sedar akan kesilapanku, akulah yang sebenarnya mempunyai masalah hati dan trauma kerana tidak menerima qada dan qadar Allah. Aku takut nasibku akan menimpa anakku padahal takdir setiap manusia itu berlainan. Sesungguhnya, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya dan tidak seharusnya aku menghalang diriku dan orang sekelilingku merasakan bahagia. Ya, semua orang berhak bahagia dengan cara mereka sendiri selagi ia tidak melanggar hukum syarak.


How often you sad How often you said “I want to give up.” Remember you never been alone Remember that there’s someone behind you The one who always support you The one who always been there Your thoughts Your feelings You are loved by everyone Be honest to yourself Whether people judge you Whether you feels down That your smile matters Always feeling positive As you go on with life Happiness is the thing That makes you feel alive Sometimes happiness brings love Also strength that you need the most Being alone is an option Being together is the choice Because that what you are Because you always know That happiness is our s Sajak Tema : Keluarga Malaysia Malaysia ada pelbagai kaum Hidup dalam keadaan sejahtera Walaupun dilanda wabak bencana Mereka tetap berganding bahu Langkah bersama maju ke hadapan Keadaan harmoni menjadi igauan Masyarakat harmoni hidup sentosa Setiap bangsa melahirkan rasa selesa Dengan keadaan di sekeliling Hidup berjiran penuh warna warni Dikala susah datang dan pergi Jaga mulut jagalah hati Elakkan diri bermuka talam Kelak hidup sering diingati Pohon kehidupan disirami kasih sayang Seiring purnama yang merindui bintang Dakapan hangat kasih yang sirna Dapat dirasai hingga kini Integrasi rakyat kukuh kian membangun Angin bergerak seiring bersama Jangan menjauh peluk sesama Terjalin ikatan nusa dan bangsa - -


Keluarga Malaysia semangat perpaduan, Melayu,india dan cina kita adalah bersama, Bercerai kita roboh,bersatu kita teguh, Kita adalah satu kelompok, Kita adalah satu gagasan. Keluarga Malaysia berkasih sayang, Rakyat Malaysia saling menghormati, Tanpa mengira kaum dan bangsa, Bersama -sama mencapai kemerdekaan Negara, Tanpamu tiada erti akan kemerdekaan ini. Keluarga Malaysia hidup dengan harmoni, Hiaskan hidup dengan oligasi perpaduan, Hiaskan hidup dengan oligasi kemerdekaan, Agar Negara tercinta kita kekal selamanya, Bersama kita selamanya. Keluarga Malaysia bertolak ansur, Berganding bahu tanpa mengira bangsa serta asal usul, Bersatu padu dan bermuafakat antara rakyat, Demi Negara yang tercinta, Kita merupakan keluarga Malaysia. Keluarga Malaysia saling berjiranan, Saling memahami dan menghormati, Perselisihan dan pertelingkahan dielakkan, Umpama ikatan keakraban persaudaraan, Melahirkan insan integriti bangsa. Hidup aman di bumi Malaysia, Hidup warga, hidup Bahagia, Perpaduan jadi pengangan selamanya, Bagai aur dengan tebing jadi tunjangnya, Rakyat hidup berbilang bangsa, Ikatan kasih semakin dirasa, Pastikan ikatan kasih ini tidak lebur, Kelak takut nasi menjadi bubur, Hujan Mutiara membasahi bumi, Sikap Kerjasama semakin bersemi, Kuat berdiri pohon kerana akarnya, Kuat akar kerana tanahnya, Saling hidup berkongsi rasa, Walau hidup berbilang bangsa, Saling hidup berkongsi kemesraan, Itulah menterjemah makna kejiranan, Di bumi ini aku dilahirkan, Demi dirimu rela ku korban, Demi kemerdekaan gemilang aku pertahankan, Kerana dimana ada kemahuan disitu ada jalan, - -


Tahun silih berganti tahun Adakah kesejahteraan dapat terus bertahan? Ataupun dibiar hanyut dibawa derasnya arus Hilangnya perpaduan Hilangnya kemakmuran Dalam diri bangsa segala bangsa. Setiap kaum dan bangsa Bagai permata yang diperlukan negara Bersama berganding bahu menghidupkan pohon yang mati Tanpa jenuh, tanpa persengketaan Demi kesejahteraan rumpun negara. Jangan biarkan kesejahteraan pudar Dalam ikatan sesama bangsa Biarlah ia terus berkuasa Biarlah ia terus membara Membentuk keharmonian sejagat. Aku, engkau dan dia Tiada kontroversi walau berlainan bangsa Kerana hubungan kejiranan amat besar di dalam diri Untuk menyemarakkan lagi kesejahteraan Menjadikan Malaysia negara berdaulat. Sejahteralah bangsa Kerana tanpamu gelap gelitalah empayar Hancurlah harapan negara Dalam membentuk keluarga yang makmur Dan menjadikan kesejahteraan milik semua bangsa -


Click to View FlipBook Version