KERJAYA STEM UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK BAHANG
INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK) Sila Scan untuk menjawab Inventori ini bagi memilih kerjaya yang bersesuaian dengan minat murid.
APA ITU STEM? Menurut Anne Jolly (Artikel Enam ciri Pembelajaran “STEM) “STEM” bukan sahaja merupakan satu kumpulan bidang mata pelajaran tetapi ia merupakan satu perubahan untuk membentuk kefahaman yang mendalam mengenai Matematik dan Sains untuk menyediakan murid dalam dunia kerjaya di abad 21 .“STEM” membentuk set yang yang terdiri dari kemahiran berfikir, menaakul, kerja kumpulan, penyiasatan dan kreativiti dalam kalangan murid yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian mereka. “STEM” bukan yang berdiri sendiri tetapi adalah satu kaedah secara terus menggabung jalinkan mata pelajaran merentasi kurikulum. KRITERIA PEMILIHAN MURID KE PAKEJ STEM (SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN, DAN MATEMATIK) 1. KECENDERUNGAN DAN MINAT SENDIRI 2. PELAPORAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPSI) TINGKATAN 3 3. PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM PEPERIKSAAN PT3/ PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 4. TAHAP PENGUASAAN MURID BAGI MATAPELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK Pelaporan Pentaksiran Psikometrik (PPSI) merupakan maklumat sokongan kepada pemilihan murid untuk mengikut pakej STEM berdasarkan 2 komponen berikut INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (IKP) Dapat menggambarkan potensi dalam ciri individu. Potensi murid dalam bidang STEM dapat dilihat khususnya melalui konstruk LOGIK MATEMATIK (LM), VISUAL RUANG (VR) dan NATURALIS (N) INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK) Dapat menggambarkan kecenderungan murid dalam bidang STEM khususnya melalui konstruk INVESTIGATIF (I), REALISTIK (R), dan KONVENSIONAL (K) KOMPONEN PERTAMA KOMPONEN KEDUA
Industrial Engineer, Energy Engineer, Chemical Engineer, Biomedical Engineer, Robotic Engineer, Software Engineer, Electrical Engineer, Environmental Engineer, Microsystem Engineer, Nuclear Engineer, Marine Engineer, Bioinformatics Engineer, Agriculture Engineer, Mechanical / Civil Engineer, Pilot, Astronaut, Etc Architect, Website / App Designer, Modern Urban Planner, Orthopedic Technologies, Product Designer, Animator, Forensic Psychologist, Sound Engineer, Video Game Design, Medical Illustrator , Astrophysics, Audio Developer, Graphic Designer, Broadcast Technicians, Fashion Designer, Interior Designer,Photographer, Sport Announcer, Conservators, Archeologist, Scienticic Imaging, Etc SCIENTIST/ DOCTORS/ FORENSICS/ SCIENTISTS DATA ANALYSIS/PROGRAMMER ENGINEERS I WANT TO BE A DOCTOR I WANT TO BE AN ACCOUNTANT I WANT TO BE A PHARMACIST I WANT TO BE AN AUTOMOTIVE ENGINEERING I WANT TO BE AN ARCHITECT I WANT TO BE A CIVIL ENGINEERING I WANT TO BE AN ASTRONOUT I WANT TO BE A PILOT I WANT TO BE A DENTIST DESIGNERS
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan. Jurutera, Jurubina, Animator, Pengaturcara Computer, Juruterbang, Ahli Radiologi, Pustakawan, Juruteknik Elektronik, Chef, Atlet, Ahli Bomba Dan Penyelamat, Tentera, Pemandu, Operator Mesin,mekanik, Ahli Perkebunan, Dan Pembuat Perabot Praktikal, mekanikal, materialistic, suka menggunakan peralatan dan mesin, introvert, akur,natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan berprinsip PENERANGAN KERJAYA CIRI PENGLIBATAN SECARA LANGSUNG DENGAN AKTIVITI KONKRIT, DAN MANIPULASI OBJEK
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal. Pengawai Perubatan, Ahli Farmasi, Psikiatrik, Ahli Ekonomi,ahli Kajicuaca, Ahli Biologi, Ahli Botani, Ahli Agronomi, Ahli Fizik, Ahli Kaji Bintang, Ahli Kimia, Ahli Kajibumi, Penyelidik Sains, Angkasawan, Ahli Antropologi, Professor, Guru Sains Dan Matematik Pemerhati, analitikal, rasional, teliti,intelektual, introvert, introspektif, optimistik, ingin tahu, teoris dan jitu PENERANGAN KERJAYA CIRI PENYELIDIKAN DAN PENYELESAIAN MASALAH
Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. Usahawan, Pengarah Syarikat, Speculator, Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif, Pemasaran, Agen Insuran, Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus Hotel, Pengurus Bank, Wartawan, Jurujual, Jurulatih, Dan Agen Pelancongan. Ciri kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi, kebolehan memanipulasi, suka meneroka (adeventurous), yakin diri, optimistik, mudah mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert, dan bijak berkomunikasi. PENERANGAN KERJAYA CIRI Manipulasi keuntungan dan mempengaruhi orang lain
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apreasiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif. Arkitek, Penulis Seni Kreatif, Artis, Pemimpin Orkestra, Pengubah Lagu, Pengarang, Pelukis, Wartawan Hiburan, Kartunis, Pereka Grafik, Pereka Fesyen, Juruhias Dalaman, Jurufoto, Jurusolek Imaginatif, intuitif, ekspresif, estetika, emosional, introspektif, reflektif, tulen, bebas, sensitif, dan idealistic. PENERANGAN KERJAYA CIRI BERKARYA DAN MENCIPTA IDEA
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial. Guru, Pensyarah, Kaunselor, Pekerja Social, Pengawai Perhubungan Awam, Penyambut Tetamu, Pengawai Kebajikan, Jururawat, Paramedic, Pramugari/ Pramugara, Dan Pemandu Pelancong Sosial, suka melancong, bekerjasama, mesra, peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati, bertanggungjawan dan baik hati PENERANGAN KERJAYA CIRI KEBAJIKAN, KEMASYARAKATAN, DAN PENDIDIKAN
Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci mengikut peraturan dan arahan. Kerani, Setiausaha, Penyimpan Kira-kira, Guru Perdagangan/ Guru Perakaunan, Akauntan, Jurutrengkas, Pengawai Bank, Pengawai Cukai, Operator Computer, Penilai Harta, Juru Audit, Juruwang Dan Pengawai Perangkaan. Berstruktur tinggi, teliti, daya tahan tinggi, akur, praktikal, mengikut aturan, defensif, menurut perintah, cermat, cekap, dan rutin. PENERANGAN KERJAYA CIRI MANIPULASI DATA DAN SISTEMATIK