The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mr rem, 2020-03-20 23:53:44

geo pt3

BOOSTER PT3 pdf

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

1 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]
[email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

PANDUAN GEOGRAFI PT3

2 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

Format Soalan Bahagian B dan C
Bahagian B
1. Peta Topografi

Kemahiran Geografi
Hubung kait dgn ciri2 fizikal + budaya
2. Graf atau carta pai
Lukis + tafsir
3 & 4 = Geografi Fizikal/ Manusia/ Kawasan / Isu dan Pengurusan Alam Sekitar
Bahagian C
5 - 8 = Geografi Fizikal/ Manusia/ Kawasan / Isu dan Pengurusan Alam Sekitar

3 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

4 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

Jawapan mesti ada kata penghubung bukannya dalam bentuk point sahaja.

5 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

BAHAGIAN C
Arahan: Jawab semua soalan.
1.Sistem fizikal bumi terdiri daripada atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera
Pada pendapat anda, apakah kepentingan sistem fizikal bumi tersebut?

Lapisan Atmosfera terdiri daripada udara yang mengandungi berbagai jenis gas, debu habuk
dan wap air. Ini penting untuk kawalan iklim dan cuaca seperti suhu, hujan dan tekanan udara,
kelembapan udara dan tiupan angin.

Lapisan litosfera merupakan lapisan kerak bumi. Ia kaya dengan berbagai jenis batuan dan
mineral. Ia penting sebagai sumber tanih untuk kegiatan pertanian,sumber mineral dan menjadi
habitat untuk hidupan liar.

Lapisan Hidrosfera terdiri dari air seperti air laut, air tasik,air bawah tanah dan air sungai,Ia
penting sebagai sumber air untuk kegunaan domestik, sumber perikanan dan pertanian.

Lapisan biosfera merupakan kawasan kediaman manusia haiwan dan tumbuhan. Kawasan
daratan penting untuk kehidupan manusia tumbuhan dan haiwan. Udara pula penting untuk
kehidupan burung dan hidupan lain untuk terbang, lautan pula penting untuk hidupan air dan
tumbuhan air,

2 .Terangkan perbezaan antara gunung lipat dengan gunung bongkah.
2 (a) Gunung lipat terjadi akibat daya mampatan yang dihasilkan oleh pertembungan antara dua
buah plat pada kerak bumi. Banjaran gunung lipat terbentuk apabila kerak bumi terhimpit akibat
berlakunya tolakan dan himpitan dua buah plat dari arah yang bertentangan.

2b) Gunung bongkah terbentuk kesan daripada pergerakan kerak bumi yang tertolak ke atas yang
dikenali sebagai gelinciran atau sesaran. Proses gelinciran terjadi apabila daya mampatan
atau daya tegangan berlaku di sempadan plat daratan atau plat lautan.

3. Jelaskan secara ringkas kejadian gempa bumi.
Gempa bumi berlaku apabila dua buah plat bertembung terhimpit lalu mewujudkan tenaga yang
terpendam di dalam kerak bumi dan terlepas secara tiba-ti ba. Proses tersebut menyebabkan
pergerakan atau gegaran kerak bumi secara tiba-tiba di kawasan sempadan plat.

6 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

1.Pernyataan di bawah berkaitan dengan bentuk muka bumi di Malaysia.

Kawasan ini melebihi 180 m dari aras laut serta terdiri daripada rangkaian banjaran gunung dan
dataran tinggi.

Huraikan tiga kepentingan bentuk muka bumi tersebut di Malaysia dengan berserta contoh
kawasan.

(a) Tadahan air: Kawasan tanah tinggi menjadi kawasan tadahan air bagi sungai-
sungai utama di Malaysia. Contoh banjaran Tahan menjadi kawasan tadahan Sungai Pahang.

(b) Pelancongan: Kawasan tanah tinggi yang mengalami suhu sederhana antara 18° C hingga 24
0 C dan pemandangan yang menarik sesuai menjadi pusat pelancongan. Contoh nya, Cameron
Highland (Pahang) dan Genting Highland (Pahang).

(c) Pertanian: Kawasan tanan tinggi yang mengalami suhu sederhana antara
18° C hingga 24° C sesuai menjadi kawasan penanaman tanaman hawa sederhana seperti
sayur-sayuran, bunga- bungaan dan buah-buahan .Contohnya, Cameron Highland (Pahang) dan
Tanah Tinggi Kundasang (Sabah).

d) Penjanaan kuasa hidroelektrik: Hujan yang banyak dan sungai yang beraliran deras di
kawasan tanah tinggi berupaya untuk menjanakan kuasa hidroelektrik. Contohnya, Empangan
Temenggor (Perak), Empangan Chenderoh (Perak), Empangan Kenyir (Terengganu), Empangan
Bakun (Sarawak)Empangan Batang ai (Sarawak) dan Empangan Tenom (Sabah).

2. Terangkan empat kepentingan kawasan pinggir laut di Malaysia.

a) Menjadi kawasan petempatan nelayan yang terlindung seperti di Kuala Selangor (Selangor),
Kuala Kemaman (Terengganu), Tanjung Lumpur (Pahang) dan Tanjung Dawai (Kedah).
Perikanan membekalkan sumber protein dalam makanan seperti ikan, udang dan ketam.

(b) Sebagai pusat pelancongan seperti Cherating dan Teluk Cempedak (Pahang), Port Dickson
(Negeri Sembilan) dan Pantai Rantau Abang (Terengganu).

c) Kaya dengan sumber petroleum dan gas asli seperti di luar pantai Terengganu, luar pantai
Sabah dan luar pantai Sarawak.

d) Lokasi pelabuhan seperti Pelabuhan Kelang, Kuantan, Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas.

7 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

3 Pada pendapat anda, mengapakah kawasan tanah pamah lebih maju berbanding dengan
kawasan tanah tinggi.

Rangka jawapan: sila tuliskan huraian dan contoh

(a) Sesuai untuk melakukan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perindustrian, perdagangan,
pertanian dan pelancongan .

b)Sesuai untuk didirikan kawasan petem patan .

c) Sesuai untuk membina jaringan pengangkutan seperti jalan raya, landasan kereta api dan
lapangan terbang .
atau mana-mana jawapan yang sesuai.

Bab7 Saliran:

Dengan menggunakan contoh yang sesuai, terangkan lima kepentingan sungai di Malaysia.

a)Kegunaan domestik:
Air sungai merupakan sumber air yang penting untuk kegunaan seharian terutamanya oleh
penduduk di kawasan pedalaman Contohnya, penduduk yang menghuni di sekitar Sungai
Rajang (Sarawak), SungaiKinabatangan (Sabah) dan Sungai Pahang (Pahang) menggunakan air
sungai untuk aktiviti harian seperti memasak, mandi dan minum.

(b) Sempadan negara dan negeri
(I) Sungai Golok: Sempadan antarabangsa di antara Malaysia dengan Thailand.
(ii) Sungai Bernam: Sempadan di antara Perak dengan Selangor.
(iii) Sungai Muda: Sempadan di antara Kedah dengan Pulau Pinang.
(iv) Sungai Linggi: Sempadan di antara Negeri Sembilan dengan Melaka.
(v) Sungai Endau: Sempadan di antara Johor dengan Pahang,

(c) Perikanan: Sungai kaya dengan sumber protein, seperti ikan tilapia, patin keli, lampam dan
jelawat. Contohnya, penangkapan ikan air tawar giat dijalankan di Sungai Pahang (Pahang),
Sungai Endau (Johor) dan Sungai Rajang (Sarawak).

(d) Perhubungan dan pengangkutan: Sungai menjadi jalan perhubungan dan pengangkutan ke
kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana muka buminya bergunung-
ganang dan kekurangan pengangkutan darat. Contohnya, Sungai Kinabatangan merupakan
sungai terpanjang di Sabah yang menghubungkan kawasan pedalaman dan penting untuk
mengangkut kayu balak ke pusat pengumpulan.

(e) Sumber pengairan: Air sungai digunakan untuk mengairi kawasan penanaman. Contohnya,
padi dapat ditanam sekurang-kurangnya dua kali setahun dengan adanya Projek Pengairan Muda
di Sungai Muda yang mengairi kawasan penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis.

8 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

(f) Penjanaan kuasa hidroelektrik: Kebanyakan sungai di Malaysia beraliran deras membolehkan
stesen jana kuasa hidroelektrik dibina. Contohnya, Empangan Kenering (Perak) dan Empangan
Pergau (Kelantan) dibina untuk menjanakan kuasa h idroelektrik.

(g) Pelancongan dan rekreasi: Banyak penduduk tempatan dan pelancong asing suka
melakukan aktiviti rekreasi di sekitar sungai tertentu kerana sungai berkenaan berarus deras,
cetek dan jern ih. Contohnya, pelancong gemar menyusuri Sungai Melaka (Melaka) dengan
menaiki bot (River Cruise), meredah jeram (water mftifrg) di Sungai Kiulu (Sabah), meluncur
benak di Sungai Batang Lupar (Sarawak) dan berkelah di Sungai Congkak (Selangor).

Bab 8: Penduduk

1.Terangkan sebab taburan penduduk di Semenanjung Malaysia lebih padat berbanding dengan
Sabah dan Sarawak.

Sebab Semenanjung Malaysia berpenduduk padat:
(I) Mempunyai dataran pamah yang luas dan subur seperti Dataran Kedah-Perlis, Dataran
Kelantan dan Dataran Tanjung Karang.
(ii) Kegiatan ekonomi berkembang pesat dalam pelbagai bidang.
(iii) Mempunyai banyak sumber mineral untuk diteroka.
(iv) Jaringan pengangkutan dan perhubungan lebih maju.
(v) Dasar penjajahan British yang menumpukan lebih banyak pembangunan di Semenanjung
Malaysia

Sebab Sabah dan Sarawak berpenduduk jarang:
(I) Kebanyakan dataran pamahnya yang luas ditumbuhi hutan paya bakau dan paya
air tawar seperti di kawasan utara Sarawak dan timur Sabah.
(ii) Kegiatan ekonomi berkembang agak sederhana.
iii) Sumber mineral kurang diteroka.
(iv) Kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak merupakan kawasan tanah tinggi yang
bergunung-ganang.

2.Terangkan pengaruh dasar kerajaan dalam meningkatkan kepadatan penduduk di sesebuah
kawasan.

(a) Pembukaan bandar baharu: Apabila kerajaan membangunkan sesebuah bandar baharu yang
dilengkapi dengan peIbagai infrastruktur dan berdekatan dengan pusat peri ndustrian, maka ini
akan mendorong penghijrahan penduduk dari kawasan lain ke bandar baharu itu. Contoh nya,
Bandar Sri Sendayan di Negeri Sembilan dibangunkan sebagai kawasan petempatan dan
pusat perindustrian yang merangsang pelbagai kegiatan ekonomi setempat telah menarik
kemasukan penduduk ke kawasan tersebut.

(b) Tanah rancangan: Pembukaan tanah rancangan menyebabkan kawasan berkenaan menjadi
tumpuan penduduk kesan perpindahan penduduk.

9 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

Bab 10: Bentuk muka bumi dan saliran di asia Tenggara.

1.Terangkan sebab kawasan tanah pamah di kawasan Asia Tenggara sesuai untuk aktiviti
penanaman padi.
Rangka jawapan:
Sebab kawasan tanah pamah di Asia Tenggara sesuai untuk aktiviti penanaman padi:
(a) Kawasan tanah pamah yang sangat subur seperti tanih aluvium dan tanih lava bes di
Indonesia dan Delta Sungai Mekong di Vietnam yang sesuai untuk aktiviti penanaman padi.
(b) Kawasan tersebut juga mempunyai saliran yang membekalkan sumber air ke kawasan
pertanian, misalnya Sungai Mekong di Vietnam, Menam Chao Phraya di Thailand dan
Sungai lrrawaddy di Myanmar.
(c) Kawasan tanah pamah berpenduduk padat menawarkan tenaga buruh yang ramai.
(d) Penggunaan teknologi moden seperti jentera untuk membajak,

Bab 11 Penduduk dan petempatan di Asia Tenggara

1 Bandar Singapura berfungsi sebagai pusat kewangan dan pusat perdagangan antarabangsa.
Pada pendapat anda, apakah faktor yang dapat dikaitkan dengan fungsi di atas dalam
membantu Negara Singapura meningkatkan ekonomi negaranya?
Rangka jawapan:
Faktor yang membantu negara Singapura meningkatkan ekonomi negaranya:
a) Amalan ekonomi pasaran bebas dan menggalakkan perdagangan entrepot.
b) Memiliki pelabuhan yang strategik mem berikan kelebihan kepada Singapura dalam bersaing
dengan pelabuhan negara lain seperti Pelabuhan Hong Kong dan Shanghai.
c) Kemudahan yang banyak disediakan di pelabuhan membolehkan Singapura menjadi pusat
tumpuan pasaran antarabangsa.
d) Memiliki tenaga buruh yang mahir ekoran kejayaannya dalam sistem pendidikan.

10 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

Bab 12: Sumber Air

1.Yang berikut menunjukkan tajuk akhbar tentang sumber air.

“ ISU BEKALAN AIR BERSIH SUDAH TAHAP KRITIKAL”
Isu air bersih dan keselamatan air di Malaysia, terutamanya di bandar besar dan kawasan pembangunan
telah sampai pada tahap kritikal….

(sumber disesuaikan daripada Bertia Harian 26 sep 2016)

“BEKALAN AIR BAKAL DICATU”
Lebih 500,000 orang penghuni di kawasan Johor bahru dan pasir Gudang diminta agar bersedia untuk
menghadapi catuan bekalan air kesan kemerosotan paras air di Empangan sungai Layang, Masai.
(Sumber Sinar harian 4 Ogos 2015)

Pada pendapat anda, mengapakah berlakunya krisis air tersebut?

a ) Fenomena El Nino dan kemarau menyebabkan kekurangan air kerana
kadar sejatan yang tinggi.
(b) Kegiatan penebangan hutan menyebabkan hakisan di tanah tinggi
dan pemendapan yang berlaku dalam sungai telah menjejaskan kualiti sumber air.
(c) Pembuangan sisa industri dan sampah mencemarkan air sungai.
(d) Peningkatan jumlah penduduk meningkatkan permintaan terhadap air
terutama nya di kawasan bandar besar.
(e) Penggunaan baja kimia dan racun serangga yang berlebihan menyebabkan
pencemaran sungai iaitu punca air bersih. Sisa racun ini diserap oleh tanah lalu
menyebabkan kandungan air bawah tanah tercemar dengan sisa kimia.

2. Cadangkan lima usaha yang boleh di ambil untuk mengurangkan kesan krisis air.

(a) Pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan tadahan hujan dengan mewartakan hutan simpan
b) Rawatan air kumbahan sebelumdilepaskan ke sungai.
c) Penguatkuasaan undang-undang dengan mempergiatkanpemantauan terhadap kilang yang
membuang sisa toksik dan sampah ke dalam sungai.
d) Meneroka air bawah tanah kerana negara banyak terdapat air bawah
tanah yang lebih bersih berbanding dengan air permukaan.
e) Mengadakan kempen kesedaran alam sekitar untuk memberikan kesedaran kepada rakyat akan
pemeliharaan alam sekitar.

11 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

Bab 13 : Sisa Domestik

1. Yang berikut meru pakan beberapa kempen yang dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan
tertentu.
(a) kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai
(b) Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik
(c) Kempen Pengasingan Sisa Pepejal di Rumah
Pada pendapat anda, mengapakah setiap kempen tersebut diadakan?

ai) Diproses semula untuk menjadi biodiesel yang boleh digunakan oleh jentera-jentera yang
menggunakan enjin diesel.
ii) Mengelakkan pencemaran air, iaitu sungai dan laut serta pinggir pantai yang boleh
menjejaskan hidupan akuatik.
iii) Pembuangan minyak masak ke dalam singki boleh menyebabkan sistem perparitan tersumbat
dan menggalakkan pembiakan haiwan perosak seperti tikus dan lipas. Hal ini secara tidak
langsung menjadi tempat pembiakan haiwan perosak yang akan menjejaskan kesihatan
penduduk.

b(i) Plastik memerlukan masa lebih daripada 500 tahun untuk terurai.
(ii) Sisa-sisa toksik yang terkandung dalam plastik akan meresap ke dalam tanah dan
menyebabkan pencemaran air.
(iii) Sekiranya dibakar, plastik akan membebaskan karsinogen iaitu sejenis bahan penyebab
kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksik yang terkandung dalam plastik itu boleh memasuki
sumber air minum kita.
(iv) Binatang yang menyangka beg plastik merupakan makananboleh mati apabila termakan beg
plastik tersebut.
(v) Menjimatkan penggunaan minyak petroleum untuk menghasilkan plastik.

c i) Supaya sisa pepejal dapat dikitar semula dan menjanakan pendapatan.
ii) Mengurangkan kos penyelenggaraan pelupusan sampah dan tapak pelupusan.
iii) Sekiranya dibakar,sisa pepejal akan membebaskan karsinogen, i itu sejenis
bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksik yang terkandung dalam
sisa pepejal itu boleh memasuki sumber air minum kita.
iv) Binatang yang menyangka beg plastik merupakan makanan boleh mati apabila termakan beg
plastik tersebut.

12 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

2. Foto di bawah menunjukkan sejenis barang yang kerap digunakan oleh semua orang.

Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk mengurangkan penggunaan
bahan yang ditunjukkan dalam foto di atas?
a) Penggunaan beg kertas
(i) Menggunakan beg kertas seperti yang diamalkan oleh penduduk Amerika Syarikat, Jepun dan
Australia.
(ii) Kedai dan pusat beli-belah di negara- negara berkenaan menggunakan beg kertas secara
meluas untuk membungkus barang jualan mereka.
(iii) Pihak media boleh mempromosikan budaya penggunaan beg kertas secara meluas dalam
kalangan masyarakat.
b) Menggunakan beg plastik biodegradasi
(i) Sebagai gantlan kepada beg plastik tidak bolehdikitar semula, kita boleh menggunakan
beg plastik yang boleh dikitar semula, iaitu beg plastik biodegradasi,
(ii) Beg plastik biodegradasi mengambil masa yang singkat untuk mereput
dan terurai.
iii) Beg plastik mesra alam ini tidak bertoksik kerana tiada karbon yang terlibat dalam
proses pembuatannya.
c) Pemberian insentif kepada pengguna
(i) Untuk menarik minat pengguna supaya tidak menggunakan beg plastik ketika membeli
belah, insentif diberi kandalam bentuk diskaun daripada Jumlah pembelian pada setiap
transaksi jika pengguna membawa beg sendiri.
(ii) Insentif ini akan menarik lebih ramai pengguna untuk membawa sendiri beg setiap kali ingin
membeli barang di mana-mana premis perniagaan.
iii) Hal ini sekali gus akan menjadi satu kebiasaan dan ikutan individu lair sekiranya dilakukan
pada jangka masa yang panjang.

13 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

Tingkatan 2
Bab3: Pengaruh pergerakan bumi terhadap Cuaca dan Iklim
1.Rajah di bawah berkaitan dengan pergerakan bumi,

(a) Huraikan kejadian yang ditunjukkan dalam rajah di atas.
(b)"Danish menonton perlawanan akhir Liga Juara Eropah antara Real Madrid dengan
Liverpool di Stadiun Olimpik Kiev, Ukraine secara langsung pada jam 2.45 pagi waktu
tempatan, sedangkan waktu di Ukraini ialah jam 9.45 malam."
Jelaskan mengapa berlaku perbezaan waktu di antara Malaysia dengan Ukraine.
1(a) Rajah tersebut menunjukkan kejadian siang dan malam. Putaran bumi menghasilkan
kejadian siang dan malam. Ini kerana semasa putarannya, permukaan bumi yang menghadap ke
matahari akan mengalami siang, manakala permukaan bumi yang terlindung daripada cahaya
matahari akan mengalami malam.
(b) Kesan putaran bumi dalam tempoh 24 jam telah mewujudkan 24 zon waktu iaitu satu jam
bagi setiap zon. Putaran bumi dari barat ke timur Garisan Meridian Pangkal menerima cahaya
matahari terlebih dahulu berbanding dengan kawasan barat. Selain itu, Ukraine dan Malaysia
terletak di Garisan Tarikh Antarabangsa yang berbeza.
ini kerana kedua-dua buah negara terletak di garisan longitud yang berbeza.
2. Rajah di bawah menunjukkan suatu kesan putaran bumi.

Jelaskan kejadian yang ditunjukkan dalam rajah di atas
Rajah tersebut menunjukkan kejadian pasang surat air laut. Air pasang dan air surut akan
berlaku sebanyak dua kali sehari akibat tarikan graviti antara bumi dengan bulan atau
antara bumi dengan matahari. Pada bahagian bumi yang bertanda C dan D, air surut
akan berlaku kerana air laut tertarik ke bahagian A dan B akibat daya tarikan graviti
bulan yang kuat menarik air laut di permukaan bumi yang menghadap bulan. Oleh itu,
air pasang akan berlaku pada bahagian bumi yang bertanda A dan B, manakala paras air
lautan menurun di bahagian C dan D.

14 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

Bab 4 : cuaca dan Iklim
1.Danish suka pergi ke pantai pada waktu petang untuk mendapatkan tiupan angin
Huraikan bagaimana proses kejadian angin tempatan ini terjadi.
Angin tempatan tersebut ialah bayu laut. Bayu laut berlaku pada waktu siang di kawasan
berhampiran pantai. Pada waktu siang, sinaran matahari menyebabkan daratan lebih
cepat panas dan bertekanan lebih rendah berbanding dengan laut yang bertekanan
lebih tinggi. Bayu laut berlaku apabila udara bergerak dari laut yang bertekanan tinggi ke darat
yang bertekanan rendah.
2. Bagaimanakah ciri-ciri iklim mempengaruhi sektor pelancongan di Malaysia?
Kegiatan pelancongan dapat dijalankan sepanjang tahun kerana iklim Malaysia yang
panas dan lembap sepanjang tahun tidak mempunyai musim sejuk bersalji. Pancaran
matahari sepanjang tahun menarik ramai pelancong asing terutamanya pada musim sejuk
di negara mereka. Jumlah suhu 27° C dan hujan tahunan 2600 mm sangat selesa untuk
pelancong datang ke Malaysia. Terdapat kawasan yang suhu sederhana sejuk hingga mencapai
16° C terutamanya di kawasan yang lebih tinggi seperti Cameron Highland
dan Bukit Freser di Pahang serta Tanah Tinggi Kundasang di Sabah. Kawasan ini juga
menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara.
3. Rajah di bawah menunjukkan fenomena yang berlaku di kawasan Bandar

Huraikan mengapa suhu udara yang lebih tinggi di Bandar berbanding dengan kawasan
sekitarnya.
Rajah tersebut berkaitan dengan kejadian pulau haba di bandar, iaitu suhu di kawasan
bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan suhu di kawasan sekitarnya. Suhu
semakin meningkat di bandar kerana di sini terdapat banyak bangunan konkrit dan bersimer
serta jalan raya berturap akibat proses pembandaran. Keadaan ini menyebabkan banyak

15 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

haba diserap menjadikan kawasan bandar bersuhu tinggi. Bangunan-bangunan yang padat di
kawasan bandar telah menghalang pergerakan udara menyebabkan pengaliran keluar udara
panas terhad. Kekurangan pokok pula mengurangkan penyerapan karbon dioksida oleh
tumbuhan, Bahan –bahan pencemar seperti asap, habuk dan debu juga menyerap dan
menyimpan haba menyebabkan suhu tinggi.

4) Jika anda dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur apakah langkah yang anda akan
lakukan untuk mengurangkan masalah asap kenderaan dan asap kilang di kawasan Bandar raya
tersebut?

Sekiranya saya sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur, pelbagai langkah yang akan saya
laksanakan untuk mengurangkan masalah asap kenderaan dan kilang di bandar raya Kuala
Lumpur. Saya akan membina lebih banyak pengangkutan awam seperti LRT, MRT, kom uter
dan monorel. Kempen menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam juga
dijalankan. Orang ramai juga digalakkan berkongsi kenderaan. Bagi menggalakkan orang ramai
menggunakan basikal, laluan basikal diperbanyakkan. Selain itu kilang-kilang pula diarah untuk
memasang penapis asap untuk mengurangkan masalah pencemaran udara. Kilang- kilang baharu
yang hendak didirikan perlu dibina jauh dari pusat bandar.

Bab 5 : Pengangkutan di Malaysia

Perkembangan pengangkutan udara telah menyebabkan kerajaan membina satu lagi lapangan
terbang antarabangsa, iaitu Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada tahun 2014
bagi menampung keperluan penumpang yang semakin bertambah.
Mengapakah pengangkutan udara ini berkembang pesat di Malaysia?

Sebab pengangkutan udara ini berkembang pesat di Malaysia:

(a) Wujud permintaan tinggi terhadap pengangkutan udara daripada penduduk
tempatan dan pelancong asing.
(b) Negara Malaysia mempunyai tanah pamah yang rata dan tuas memudahkan pembinaan
lapangan terbang dan menjimatkan kos pembinaan.
(c )Dasar kerajaan yang berhasrat untuk memajukan sektor pengangkutan bagi kegunaan rakyat
dan untuk menggalakkan perkembangan kegiatan ekonomi negara.
d) Lapangan terbang baharu yang lebih moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan dapat
mengurangkan kesesakan dan memberi keselesaan kepada penumpang.
(e) Perkembangan sektor ekonomi perdagangan, perniagaan dan perkhidmatan menyebabkan
kerajaan membina lapangan terbang yang baharu.
f) Lapangan terbang baharu dapat menggalakkan kemasukan pelabur asing untuk menanam
modal di Malaysia.

16 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

2. Foto di bawah menunjukkan jenis pengangkutan yang semakin popular di Malaysia.

Jelaskan kepentingan pengangkutan awam dalam foto di atas di Malaysia.
a)Pengangkutan awam dalam foto (jaringan kereta api) dapat mengurangkan kesesakan lalu
lintas. Jumlah kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan apabila orang ramai menggunakan
pengangkutan awam. .
b) Ia juga dapat memajukan sektor pelancongan. Kenderaan awam digunakan untuk membawa
pelancong ke estinasi pelancongan,
c) Tambang kenderaan awam secara relatif lebih murah. Ini dapat mengurangkan kos pengguna.
(d) Kemajuan pengangkutan awam dapat mempertingkatkan darjah ketersampaian. Penumpang
dapat pergi ke tempat yang dituju.
e) Pengangkutan awam juga dapat mengurangkan pencemaran udara kerana pengangkutan awam
tersebut menggunakan tenaga elektrik.
3) Terangkan tiga pengangkutan lestari di Malaysia.
(a) Penggunaan kereta elektrik dan hibrid.
(i) Dapat memelihara alam sekitar dengan mengurangkan pembebasan gas karbon
monoksi da di atmosfera.
(ii) Menjimatkan penggunaan bahan api.
(b) Amalan berkongsi kereta
(i) Dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jaIan raya.
(ii) Dapat mengurangkan pembebasan gas karbon monoksida ke udara.
(c) Penggunaan pengangkutan awam
(i) Dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu Iintas

17 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

Bab 6 : Telekomunikasi di Malaysia
1. Foto di bawah berkaitan dengan suatu teknologi telekomunikasi.

Huraikan kepentingan alat telekomunikasi tersebut dalam pembangunan negara.
Foto tersebut menunjukkan satelit.
Rangka jawapan:
Kepentingan satelit dalam pembangunan negara:
a) Memudahkan dan meningkatkan urusan perniagaan usahawan, misalnya melalui e-dagang
b) Pembelajaran jarak jauh melalui e-pembelajaran
c) Meningkatkan kecekapan dalam urusan kerajaan
(d) Memudahkan urusan kewangan melalui e-perbankan
(e) Menyal urkan maklumat melalui siaran secara langsung seperti penyiaran berita dan keadaan
cuaca
(f) Navigasi, menentu ked udukan, menjejak dan membuat pemetaan melalui sistem kedudukan
sejagat (GPS).
2. Anda seorang pengguna telefon pintar yang menggunakan aplikasi media social seperti
Facebook,Instagram,Twitter, WeChat, WhatsApp,telegram dan permainan maya.Terangkan
etika penggunaan telefon pintar yan wajar anda ikuti sebagai pengguna alat telekomunikasi.
Sebagai pengguna telefon pintar, saya menggunakan telefon pintar untuk hal hal yang
bermanfaat. Contohnya, mencari bahan dan maklumat tentang pelajaran yang dikongsi melalui
aplikasi media sosial seperti WhatsApp dan Telegram. Selain itu, saya cuba mengelakkan diri
daripada menyentuh isu-isu sensitif yang melanggar undang-undang dan norma. Saya juga akan
mengenal pasti kebenaran dan kesahihan sesuatu berita dalam Internet. Saya tidak sesekali
menyebarkan berita yang belum tentu kebenarannya. Saya juga akan bersopan santun dan
berhemah sewaktu berkomunikasi. Saya juga tidak akan mengganggu dan merosakkan sistem
komunikasi orang lain.

18 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

Bab 7: Kepelbagaian iklim dan pengaruhnya terhadap kegiatan manusia di Asia
1. Foto di bawah menunjukkan suatu kawasan di zon iklim sejuk.

Kaitkan ciri-ciri iklim di kawasan tersebut dengan kegiatan penduduknya.
a)Perikanan: Ikan ditangkap untuk kegunaan sendiri dan merupakan sumber protein kepada
penduduk. Kegiatan perikanan dijalankan pada musim panas. Antara jenis ikan yang ditangkap
ialah paus, kod dan salmon. Ikan paus ditangkap dengan menggu nakan harpoon (lembing). Pada
musim sejuk, orang Eskimo tinggal di dalam iglu berhampiran pinggir laut dan menangkap
ikan melalui lubang di permukaan ais.
b) Pemburuan: Orang Eskimo berburu pada musim sejuk. Kegiatan perburuan dijalankan untuk
mendapatkan daging sebagai sumber makanan. Kulit binatang buruan digunakan untuk membuat
kayak, khemah dan pakaiar Tulang binatang buruan pula digunakan untuk membuat rangka
khemah. Lemak binatang digunakan untuk menyalakan pelita dan memanaskan iglu. Antara
binatang yang diburu ialah walrus (singa laut), serigala dan rusa kutub (kari bu).
2. Huraikan bagaimana iklim di Gurun Arab mempengaruhi kegiatan manusia di sana.
Di Gurun Arab, terdapat kawasan penanaman kurma secara besar-besaran seperti ladang buah
kurma di Wilayah Qasim, Arab Saudi. Pokok kurma dapat tumbuh di sini pada suhu 7° C hingga
40° C. Kawasan oasis yang subur membekalkan sumber air untuk kawasan penanaman kurma.
Jumlah hujan tahunan yang kurang di kawasan gurun, iaitu kurang daripada 250 mm
menyebabkan rumput dan semak samun tumbuh renek dan jarang. Rumput ini dijadikan
makanan untuk ternakan seperti unta, lembu dan kambing Oleh sebab itu, terdapat ladang
ternakan unta di Hudaibiyah, Arab Saudi.

19 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

3. Jelaskan ciri-ciri iklim di kawasan Tundra yang menyebabkan kegiatan pertanian sukar
dijalankan.
(a) Ciri-ciri iklim
(i) Suhu musim panas tidak melebihi 10° c
(ii) Suhu musim sejuk di bawah takat beku, kira- kira -28 0 C
(iii) Jumlah hujan tahunan: 250 mm
iv) Kerpasan turun dalam bentuk salji
b) Sebab pertanian sukar dijalankan
i) Keadaan yang sejuk dan bersalji hampir sepanjang tahun
(ii) Tanah yang sentiasa beku dan dilitupi dengan ais
(iii) Kerpasan turun dalam bentuk salji.
Bab 8 : Jenis dan kemajuan pengangkutan di Asia.
1. Foto di bawah menunjukkan sejenis pengangkutan darat yang semakin penting di Asia.

Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan pengangkutan darat dalam foto di atas kepada
bandar-bandar besar Asia.
Rangka jawapan:
(a) Pengangkutan yang selesa
(b) Mesra alam kerana menggunakan kuasa elektrik
(c) Penggunaan tanah yang minimum.
(d) Sistem perkhidmatan berkomputer
(e) Menjimatkan masa/cepat sampai
(f) Menepati masa
(g) Tambang berpatutan
(h) Mengangkut penumpang yang banyak
(I) Memajukan sektor pelancongan

20 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

2. Pernyataan di bawah berkaitan dengan salah sebuah lapangan terbang antarabangsa yang
paling sibuk di Asia.
Lapangan Terbang Antarabangsa X merupakan lapangan terbang yang terbesar di Asia Barat.
Lapangan terbang ini terdiri daripada tiga buah terminal yang berkemampuan menampung
kapasiti 90 juta orang penumpang setahun.
Berdasarkan pernyataan di atas, terangkan Lapangan Terbang Antarabangsa X
Lapangan terbang X ialah Lapangan Terbang Dubai. Antara kepentingan Lapangan Terbang
Dubai terhadap pembangunan negara ialah:
(a) Menyediakan peluang pekerjaan kepada 90 ribu orang penduduk
(b) Menyumbang pendapatan negara yang tinggi kepada Dubai
(C) Menampung banyak penumpang, iaitu 90 juta orang penumpang setahun
(d) Hab penerbangan terbesar di Asia Barat.
(e) Lapangan terbang yang termoden di Asia Barat
(g) Memajukan sektor pelancongan
(h)Menggalakkan perkembangan pusat rekreasi dan hotel
(i) Dilengkapi dengan pusat beli-belah/bebas cukai
j) Dilengkapi dengan tempat makan dan minum (kafe, bar dan restoran).

Bab 9 : Pemanasan Global
1. "Krisis makanan di dunia sering kali dikaitkan dengan pemanasan global

Jelaskan pernyataan di atas.
Pemanasan global menyebabkan kemarau. Pada musim kemarau, tanah menjadi tandus dan
kering. Hal ini menjejaskan sektor pertan ian. Tanaman musnah kerana kekurangan air.
Kemusnahan tanaman makanan menyebabkan krisis makanan.
Selain itu, pemanasan global juga menyebabkan kematian binatang ternakan. Binatang
ternakan untuk makanan seperti lembu dan kambing mati akibat cuaca panas. Keadaan ini juga
merupakan punca krisis makanan dunia.

21 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

2. Foto di bawah berkaitan dengan kegiatan perindustrian

a) Bagaimanakah aktiviti di atas menyebabkan pemanasan global?
Pelepasan asap kilang menambah kandungan karbon dioksida, gas nitrus oksida dan
klorof Iuorokarbon di atmosfera. Keadaan ini meningkatkan suhu bumi kerana gas-gas ini
memerangkap lebi han haba dari bumi dan sukar dikembalikan ke angkasa dan dipantulkan
semula ke bumi menyebabkan pemanasan global.

b) Pada pendapat anda, adakah wajar aktiviti di atas dihentikan? Beri alasan anda
Rangka jawapan:
wajar kerana ia punca
(I) Pencemaran udara
(ii) Menambah kandungan gas rumah hijau
(iii) Menjejaskan kesihatan/ penyakit
(iv) Peningkatan suhu setempat
(v) Mengganggu keselesaan/ kehidupan manusia
atau
Tidak wajar kerana
(I) Peluang pekerjaan
(ii) Punca pendapatan
(iii) Pelaburan asing
(iv) Peningkatan taraf hidup
(v) Pembukaan kawasan baharu
(vi) Pembangunan Infrastru ktur

22 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

Bab 10: Teknologi Hijau

1. Foto di bawah menunjukkan alat untuk mengumpulkan sejenis sumber tenaga.

Pada pendapat anda, mengapakah sumber tenaga pada foto-foto di atas semakin penting
penggunaannya?

Rangka jawapan:
(a) Sumber boleh baharu
b) Tenaga mesra alam/bersih
c) Teknologi hijau
d) Malaysia dapat pancaran matahari lebih 6 jam
e) Menjimatkan kos/murah
f) Boleh digunakan sepanjang masa
g) Mudah dipasang di mana- mana/bumbung rumah
(h) Kos penyelenggaraan rendah

mana-mana lima jawapan

2. Untuk memastikan bandar Klang mencapai sasaran pengurangan 5% intensiti pelepasan
karbon pada tahun 2027 berbanding dengan tahap pada tahun 2017, pihak Majlis Perbandaran
Klang telah merangka Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon 2027.
Berdasarkan pengetahuan geografi anda, terangkan ciri-ciri bandar berkarbon rendah.

Rangka jawapan:
(a) Pengurangan penggu naan bahan api fosil
(b) Pengurusan sisa domestik
(c) Penggunaan pengangkutan awam
(d) Amalan kitar semula/3R LRed uce, Reuse, Recycle)
(e) Kawasan hijau/banyak pokok ditanam (Bandar dalam taman
(f) Pengurangan penggu naan plastik dan polistirena
(g) Penggu naan tenaga mesra alam seperti suria, gas asli (NGV), elektrik dan hidroelektri k
(h) Penggunaan produk biodegradasi

mana-mana lima jawapan

23 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

Tingkatan 3

Bab 3: Pengaruh persekitaran fizikal terhadap kepelbagaian tumbuhan semula jadi dan
hidupan liar.

1. Senarai di bawah berkaitan dengan faktor persekitaran fizikal yang mempengaruhi tumbuh-
tumbuhan semulajadi dan hidupan liar.

. iklim
. bentuk muka bumi

Bandingkan pengaruh faktor persekitaran fizikal tersebut terhadap tumbuh-tumbuhan
semulajadi.

(a) lklim: Ciri iklim seperti suhu, kelembapan udara, taburan hujan dan cahaya matahari
mempengaruhi ciri-ciri dan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di sesebuah kawasan.
Contohnya, kawasan yang mempunyai iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun dapat
ditumbuhi tumbuhan semula jadi yang lebih padat dan berdaun besar berbanding dengan
kawasan yang beriklim sejuk, Kekurangan umlah cahaya matahari menyebabkan tumbuhan
berdaun kecil atau bentuk jarum di kawasan beriklim sejuk seperti pokok pain.

(b) Bentuk muka bumi: Tanah pamah atau tanah tinggi juga mempengaruhi jenis tumbuhan dan
hidupan liar. Kawasan tanah tinggi terdiri daripada tumbuhan yang dapat hidup pada permukaan
kasap dan bersuhu rendah. Di kawasan tanah pamah, tumbuhan semula jadi hidup di kawasan
tanah yang lebih subur dan saiz daunnya lebih besar.

2. Terangkan bagaimana tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar dipengaruhi oleh
faktor fizikal yang berikut.

Bentuk muka bumi: Kawasan tanah tinggi atau bergunung ganang menggambarkan corak
tumbuhan semula jadi yang berbeza dengan tanah pamah kerana bentuk muka bumi yang kasap
dan bercerun menyebabkan tanih nipis. Selain itu, suhu di kawasan tanah tinggi juga semakin
menurun kerana setiap kenaikan ketinggian 165 meter, suhu akan menurun 1° C. Di kawasan
yang lebih tinggi daripada 4000 meter, contohnya di kawasan beriklim Khatu listiwa,
mempunyai tumbuhan lumut dan kulampair.

24 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

3. Pilih satu jenis iklim di dunia dan terangkan pengaruh iklim tersebut terhadap tumbuh-
tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di kawasan tersebut.
Contoh: lklim Mediterranean
a) Kawasan beriklim Mediterranean menerima hujan antara 400 hingga 800 mm setahun dengan
suhu musim panas antara 21° C hingga 24° C, manakala musim sejuk antara 10° C hingga 14° C.
Hujan turun pada musim sejuk.
(b) Tumbuhan di kawasan ini tumbuh dengan malar hijau, jarang dan rendang/renek kerana
hujan terhad dan kurang daripada kawasan beriklim Khatulistiwa.
(c) Tumbuh-tumbuhan semula jadi kawasan ini berakar panjang, berdaun kecil dan
keras serta berbulu untuk mengekalkan kelembapan dalam daun dan batang.
(d) Contoh tumbuhan semula jadi di sini ialah oak bergabus, cedar, tumbuhan herba liar yang
renek sepert\rosemary, thyme dan sage.
(e) Antara hidupan liar di kawasan ini ialah musang, arnab, helang dan kambing liar.
(f) Kaki kambing gurun berdaya untuk memanjat cerun berbatu dan suka keluar pada waktu
malam.
(g) Tumbuh-tumbuhan dapat menjalankan proses fotosintesis kerana suhu sederhana dan
menerima cahaya sepanjang tahun.
(h) Tumbuhan mengadaptasi keadaan iklim kerana mempunyai daun keras dan kecil untuk
mengelakkan proses perpeluhan.

Bab 4: Tumbuh-tumbuhan semulajadi di Malaysia
1.Gambar foto di bawah menunjukkan jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi di Malaysia.

Jelaskan faktor yang mempengaruhi dua jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi tersebut.

25 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

a) Hutan paya air masin
i) lklim: lklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun dengan min suhu 270 C dan
hujan tahunan lebih daripada 2600 mm
(ii) Bentuk muka bumi: Pinggir pantai yang terlindung atau muara sungai berlumpur serta
dimasuki air pasang .
(iii) Saliran: Saliran buruk
(iv) Tanih: Tianih liat, lempung, berlumpur.

(b) Hutan pantai
i) lklim: lklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun dengan min suhu 27° C dan
hujan tahunan lebih daripada 2600 mm
(ii) Bentuk muka bumi: Rendah di pinggir laut dan terdedah kepada tiupan angin laut
(iii) Saliran: Saliran baik
(iv) Tanih-Tanih berpasir

(c) Hutan hujan tropika
(I) lklim: lklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun dengan min suhu 27° C
dan hujan tahunan lebih daripada 2600 mm
(ii) Bentuk muka bumi: Tanah pamah (kaki bukit) dan beralun di tanah tinggi yang kurang
daripada 200 m
(iii) Saliran: Saliran baik
(iv) Tanih: Tanih aluvium, tanih laterit, tanih gambut .

(d) Hutan gunung:
1I) lklim: klim Khatulistiwa dengan suhu kurang daripada 180 C (bergantung pada
ketinggiannya) dan hujan tahunan lebih daripada 2600 mm
(ii) Bentuk muka bumi:
Tanah tinggi yang melebihi 1200 m dari aras laut
(iii) Saliran S aliran baik
(iv) Tanih: Tanih laterit
2 (a) Hutan hujan tropika

(i) lklim: lklim
Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun dengan min suhu 270 C dan hujan
tahunan lebih daripada 2600 mm
(ii) Bentuk muka bumi: Tanah pamah (kaki bukit) dan beralun di tanah tinggi yang kurang
daripada 1200m.
(iii) Saliran: Bersaliran baik
(iv) Tanih: Tanih aluvium, tanih laterit, tanih gambut
b) Hutan gunung
1I) lklim lklim Khatulistiwa dengan suhu 18° C dan hujan tahunan lebih daripada 2600 mm
(ii) Bentukmuka bumi tanah tinggi yang melebihi 1200 meter dari aras laut
(iii) Saliran Bersaliran b aik
(iv) Tanih: Tanih laterit.

26 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

2. Teliti pernyataan di bawah:
“kegiatan manusia banyak mengancam tumbuh-tumbuhan
Semula jadi di Malaysia”

Huraikan tiga kegiatan manusia berdasarkan pernyataan di atas.

a) Kegiatan pertanian menyebabkan hutan diterangkan dan tumbuhan semula jadi dan hidupan
liar diganti dengan tanaman manusia. Kegiatan pertan ian menyebabkan hakisan tanih dan
habitat semula jadi hidupan liar musnah. Keadaan ini menyebabkan hidupan liar dan tumbuhan
semula jadi musnah.
(b) Kegiatan pembalakan menyebabkan tumbuhan semula jadi ditebang dan Akibatnya, habitat
tumbuh- tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di kawasan tersebut musnah serta mati. Selain
itu, kawasan ini juga mengalami hakisan tanah dan tanah runtuh kerana permukaan tanih
terdedah kepada pengaruh air larian permukaan dan angin.
(c) Pembangunan kawasan sering kali menyebabkan kawasan tumbuhan semula jadi diganti
dengan struktur binaan manusia. Hal ini menyebabkan habitat semula jadi tumbuhan dan
hidupan liar musnah. Keadaan ini juga mengurangkan kawasan tadahan air semula jadi
dan penyerapan air bawah tanah kerana lapisan atas tanih diliputi dengan konkrit atau struktur
binaan manusia.

3. Terangkan tiga potensi tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.

(a) Sumber perubatan: Kawasa n hutan Khatulistiwa kaya dengan tumbuhan yang telah
diketahui nilai perubatan nya seperti tongkat ali dan juga banyak lagi yang belum diketahui nilai
perubatannya.
(b) Kajian dan penyelidikan: Kajian dan penyelidikan tentang tumbuhan, ekosistem,
penyederhanaan suhu dan pelbagai penyelidikan lain dijalankan di kawasan hutan Malaysia.
Penyelidikan yang dijalankan membantu mengekalkan ekosistem serta berpotensi untuk
membantu kehidupan manusia.
(C) Menyederhanakan suhu dan membentuk awan: Sejatpeluhan membantu pembentukan
awan dan menyejukkan suhu di kawasan persekitaran. Di samping itu, hutan juga berperanan
untuk mengurangkan karbon dioksida dalam udara melalui proses fotosintesis.

27 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

Bab 5: Hidupan liar di Malysia
1. Huraikan tiga kegiatan manusia yang mengancam hidupan liar di Malaysia
a) Pembalakan: Kegiatan pembalakan menyebabkan habitat hidupan liar semakin kecil.
Hidupan
liar semakin terancam dan sering kali mati ditimbus pokok atau dilanggar kenderaan di tapak
pembalakan. Contohnya, kera, ular, biawak dan beruang matahari.
b) Pemburuan dan penyeludupan: Kegiatan ini menyebabkan bilangan hidupan liar mula
berkurangan. H idupan liar diburu untuk pelbagaitujuan. Antaranya ialah sebagai makanan
eksotik, tujuan perubatan atau untuk kulitnya. Pemburua haram ini sering kali menyebabkan
kepupusan hidupan liar. Contohnya, harimau, kijang dan napuh.
c) Pembinaan jalan pengangkutan: Pembinaan jalan pengangkutan darat seperti lebuh raya
menyebabkan banyak kawasan hutan diteroka lantas mengancam banyak hidupan liar.Contohnya
gajah harimau dan kancil.

2. Dugong mengalami ancaman kepupusan di Malaysia.Bagaimanakah hidupan liar ini dapat
dilindungi dan terus hidup pada masa depan?
Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan undang- undang yang tegas dan
berat terhadap pihak yang mencemarkan perairan Ma laysia. Contoh nya, syari kat
kapal dagang dan nelayan yang membuang minyak atau mengotorkan perairan Malaysia.
Kawasan perairan yang mempunyai dugong perlu diwartakan sebagai kawasan taman laut
yang dilarang aktiviti penangkapan ikan serta aktiviti manusia yang lain seperti skuba. Tindakan
ini penting agar dugong dapat terus hidup dan membantu pembiakan dugong. Pihak kerajaan
juga perlu memastikan terdapat cukup rumpai laut yang dapat menjadi makanan
dugong di kawasan tersebut.

28 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

Bab 6: Sumber semula jadi di Malaysia
1. Foto di bawah menunjukkan sejenis sumber semula jadi di Malaysia

Huraikan tiga kepentingan sumber semula jadi tersebut dalam pembnagunan Malaysia.
a) Bekalan bahan mentan: Industri kayu, perabot, pembinaan. Contohnya, pokok jelutung.
b) Peluang pekerjaan: Renjer hutan, pemandu pelancong.
c) Pendapatan negara: Jualan hasil hutan dan kunjungan pelancong.
2.Foto di bawah berkaitan dengan sumber semulajadi.

Bagimanakah penggunaan sumber tenaga di atas dapat membantu dalam pembangunan
ekonomi Malaysia?
Rangka jawapan:
a) Sumber boleh baharu.
b) Tenaga hijau: Kurang mencemarkan alam sekitar.
c) Mengurangkan kebergant ngan pada petroleum yang membawa kepada kesan pemanasan
global.
d) Penjanaan berlebihan boleh menjanakan pendapatan keluarga/isi rumah.

29 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

3.Pilih satu sumber yang boleh baharu dan terangkan peluang pekerjaan dalam penerokaan
sumbertersebut di Malaysia dengan memberikan contoh yang sesuai.

Contoh: Sumber air-Sungai
(a) Pemandu pelancong, pengurus bot, pemandu bot: Ekopelancongan di Sungai Kinabatangan
dan Sungai Rajang.
b) Penternak: Perikanan akuakultur di SungaiPahang dengan menternak
ikan patin, Sungai Lebam di Johor dengan menternak ikan tilapia dan udang putih.
(c) Pekerja di stesen jana kuasa hidroelektrik di Empangan Kenyir di Sungai Terengganu.

4. Pada pendapat anda , mengapakah penerokaan sumber boleh menyebabkan pencemaran
alam sekitar?

(a) Pembuangan sisa minyak/ toksik ke dalam sungai atau laut mencemarkan sumber air.Hidupan
akuatik terjejas.
(b) Penerokaan hutan tanpa kawalan menyebabkan kawasan tadahan air terjejas. Hidupan liar
dan fauna musnah.
(c) Perlombongan mineral membebaskan sisa air yang mencemarkan sumber air. Contohnya,
perlombongan bauksit di Pekan Pahang. atau mana-mana jawapan lain yang sesuai.

Bab 7: Kegiatan ekonomi di Malaysia

1. Terangkan dua faktor fizikal dan dua faktor kemanusiaan yang mempengaruhi kegiatan
pelancongan di Malaysia.

Faktor FiziKai:

(I) lklim: lklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun sesuai bagi kegiatan
pelancongan dijalankan sepanjang tahun. Pada musim tengkujuh mengganggu pelancongan (sku
ba dan mendaki gunung) terutamanya di kawasan perairan Laut China Selatan.
(ii) Bentuk muka bumi: Kawasan pinggir laut yang berpasir putih menggalakkan pelancongan.
Contohnya Desaru di Johor dan Pantai Santubong di Sarawak. Pulaujuga menggalakkan
pelancongan seperti Pulau Langkawi dan Pulau Sepidan untuk aktiviti skuba dan menyelam.

b) Faktor Kemanusiaan:

(I) Infrastruktur: Jaringan jalan raya dan kereta api memudahkan pelancong bergerak dari satu
tempat ke tempat yang lain. Lapangan terbang dan pelabuhan meningkatkan mobiliti (darjah
ketersampaian) pelancong dalam negara dan luar negara. Contohnya, Lapangan Terbang KLIA.
(ii) Buruh: Buruh amat penting untuk mengembangkan kegiatan ekonomi . Contoh pekerjaan
yang berkaitan dengar pelancongan ialah pemandu pelancong, pemandu bas atau kereta
pelancongan, pekerja di hotel serta penjual makanan dan minuman.

30 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

2. Sebuah syarikat pelaburan antarabangsa memutuskan untuk membina sebuah kilang
elektronik di kawasan setempat anda. Jelaskan empat kepentingan kegiatan ekonomi tersebut
kepada penduduk setempat.

Rangka jawapan:
(a) Pertambahan peluang pekerjaan
(b) Pendapatan bertambah
(c) Kemudahan infrastruktur meningkatkan mobiliti
(d) Taraf hidup penduduk meningkat
(e) Kemasukan teknologi moden
(f) Pembandaran atau Perluasan kawasan bandar

3. Jelaskan dengan contoh faktor yang mempengaruhi perkembangan kegiatan ekonomi
pertanian di Malaysia.

a) Iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun (purata suhu 27° C dan hujan
melebihi 2600 mm) menggalakkan pertanian dijalankan se panjang tahun. Contoh nya,
penanaman kelapa sawit di Kuala Langat (Selangor). Tanaman getah dan padijuga dapat
diusahakan sepanjang tahun.
(b) Kegiatan pertanian juga dipengaruhi oleh jenistanih iaitu tanih aluvium sesuai bagi tanaman
padi (Dataran Kedah) dan tanih laterit untuk tanaman kelapa sawit (Jengka Pahang).
(C) Kegiatan pertanian juga dipengaruhi oleh faktor fizikal bentuk muka bumi. Bentuk muka
bumi beralun sesuai bagi tanaman getah dan kelapa sawit, manakala tanah tinggi sesuai bagi
tanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan seperti di Kundasang (Sabah).
(d) Jaringan pengangkutan memudahkan pergerakan hasil pertanian ke pasaran. Contohnya,
perkhidmatan pengangkutan udara (KLIA) digunakan untuk mengeksport bunga dari Cameron
Highlands ke Hong Kong.
(e) Kemajuan teknologi pula meningkatkan hasil pertanian dan produktiviti serta menjimatkan
masa pengeluaran. Contoh nya, dalam penanaman padi mesin bajak-tuai digunakan.

4. Kegiatan ekonomi membantu perkembangan bandar-bandar utamadi Malaysia. Dengan
menggunakan contoh yang sesuai, terangkan peranan kegiatan ekonomi dalam perkembangan
bandar.

Apabila sesuatu kegiatan ekonomi berkembang maju, kawasan strategik tertentu akan menjadi
tumpuan penduduk dan aktiviti urus niaga atau pentadbiran. Contohnya, perkembangan kegiatan
pertanian di kawasan FELDA Pahang menjadikan Bandar Muadzam Shah sebagai kawasan
tumpuan urus niaga dan pentadbiran. Penduduk setempat boleh mendapatkan bahan keperl uan,
perkh idmatan perubatan dan pendidikan di bandar ini. Lama- kelamaan, bandar tersebut menjadi
semakin penting dan berkembang. Kemajuan perindustrian petroleum dan gas asli pula
membangunkan kawasan Bintulu dan Kerteh yang pada asalnya merupakan kawasan
perkampungan sahaja. Tumpuan penduduk, perkhidmatan dan kemudahan menyebabkan nilai
tanahmenjadi tinggi dan kawasan tersebut mendapat status bandar.

31 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

Bab 8: Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia

1. Jelaskan ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di kawasan hutan di atas.
Rangka jawapan:
Hutan Konifer
(a) Ciri-ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi:
(i) Malar hijau dengan daun pokoknya berwarna hijau tua
(ii) Bertanih nipis, bersifat asid dan tidak banyak nutrient
iii) Daun pokok bersifat asid
iv)Pokok berbentuk kon
v) Daun berbentuk jarum dan mempunyai litin
vi) Daun berbentuk jarum sesuai untuk meluncurkan salji ke tanah
vii) Tidak menggugurkan daun pada musim dingin
viii) Berdahan lembut dan mudah melendut dapat meluncurkan salji
ix) Tidak mempunyai tumbuhan bawah yang banyak.
Ciri-ciri hidupan liar:
(I) Berbulu tebal
(ii) Terdapat hidupan liar yang hibernasi (katak pokok)
iii) Terdapat hidupan liar yang menjalankan migrasi ke tempat panas (burung)
(iv) Warna bulu hidupan liar berubah mengikut musim (ermine dan arnab kaki salji)
(v) Berkaki tebar/besar untuk berjalan di atas salji (kelinci dan karibu)

32 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

2. Huraikan kepentingan hidupan liar di sesebuah kawasan tumbuhan semula jadi.

a) Keseimbangan ekosistem semula jadi terpelihara
(i) Hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan semula jadi membentuk ekosistem dan biom.
(ii) Keseimbangan ekosistem bergantng pada habitat semula jadi dan interaksi antara komponen
biotik dengan abiotik. (iii) Hidupan liar merupakan indikator atau penanda bagi ekosistem yang
sihat.

(b) Aktiviti ekopelancongan
(I) Ekosistem hutan yang unik dengan pelbagai hidupan liar dapat mempromosikan aktiviti
ekopelancongan.
(ii) Membawa peluang pekerjaan dan pendapatan kepada negara.

(c) Pengawal semula jadi
(i) Kepelbagaian hidupan liar memastikan tiada satu jenis hidupan liar yang semakin bertambah
bilangannya.
(ii) Contohnya, burung hantu memburu tikus menyebabkan bilangan tikus tidak meningkat
dengan mendadak.

(d) Menambah kesuburan tanah secara semula jadi
i) Hidupan liar yang mati akan reput dan diuraikan.
(ii) Hal ini dapat menyuburkan kawasan habitatnya dan menggalakkan pertumbuhan tumbuh-
tumbuhan semula jadi.
(iii) Cacing tanah pula memberikan pengudaraan kepada tanih dan membantu akar tumbuhan
mendapat oksigen yang mencukupi.

e) Penyebaran benih dan pendebungaan
(i) Hidupan liar memainkan peranan utama dalam membantu percambahan biji benih tumbuh-
tumbuhan semula jadi. Benih tumbuhan yang dimakan oleh hidupan liar tetapi tidak hadam akan
keluar dari badannya bersama- sama dengan najis.
iii) Najis hidupan liar akan menyuburkan kawasan hutan kerana najis itu bertindak sebagai baja
dan diserap ke dalam tanih.
(iv) Serangga pula membantu penyerbukanatau pendebungaan tumbuh-tumbuhan.

3. Bahaskan pengaruh tumbuhan semula jadi dan hidupan liar terhadap keseimbangan
ekosistem dan ekopelancongan di kawasan yang tumbuhan semula jadi yang anda telah pilih.

Kawasan yang dipilih: Hutan Daun Luruh Sederhana di Korea
Pengaruh tumbuhan semula jadi dan hidupan liar terhadap:

(a) Keseimbangan ekosistem
(I) Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liarmembentuk ekoslstem dan biom yang unik di

33 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

kawasan hutan daun luruh sederhana.
(ii) Keseimbangan ekoslstem bergantung pada habitat semula jadi dan interaksi antara komponen
biotik dengan abiotik.
iii) Hidupan liar merupakan indikator atau penanda bagi ekosistem yang sihat.
iv) Contoh hidupan liar di kawasan ini ialah belatuk, burung jenjang dan harimau putih.
(V) Burung jenjang menghadapi ancaman daripada kegiatan manusia seperti pertanian dan
pembangunan di negara ini.
b) Ekopelancongan
(I) Hutan menjadi kawasan rekreasi yang diminati ramai terutamanya bagi kumpulan yang
menghargai keindahan tumbuh-tumbuhan semula jadi.
(ii) Contohnya, pelancong melakukan aktiviti merentas hutan serta memerhati burung dan
hidupan liar lain seperti di Hutan Seoraksan (Seoraksan National Park) dan Hutan Bukhansan di
Korea Selatan.
(iii) Keindahan tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di sini menjadi tarikan pelancong dari
dalam dan luar negara.

Bab 9 Sumber Semula Jadi Utama dan Kerjasama Ekonomi di Dunia.
1. Terangkan kepentingan kerjasama ekonomi antarabangsa yang berkaitan sumber semula jadi
dengan menggunakan contoh kerjasama yang sesuai.
1 (a) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

34 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

Kerjasama ekonomi antara negara anggota membantu import dan eksport barang dagangan serta
mengadakan inisiatif untuk meningkatkan keberkesanan tenaga dan pengurusan mapan sumber
tenaga hutan dan marin.

(b) Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC)
(i) Memastikan kestabilan harga petroleum
(ii) Memasti kan negara pengeluar petroleum dapat menjanakan pendapatan yang stabil
(iii) Memastikan negara yang melabur dalam industri petroleum mendapat pulangan modal

(c) Kerjasama ASEAN yang berkaitan
i) Memastikan perlindungan sumber alam sekitar dan sumber semula jadi yang berterusan
(ii) Mewujudkan pasaran dan pusat operasi pengeluaran yang makmur dan berdaya saing
(iii) Pengaliran bebas barangan, perkhidmatan, pelaburan, modal dan manusia yang lebih

bebas
(iv) Meningkatkan pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kemewahan dan kemakmuran negara

anggota

2. Jelaskan tiga kesan positif krisis sumber semula jadi.

2 (a) Ekonomi
(i) Pendapatan meningkat kerana permintaan tinggi menyebabkan harga sumber semulajadi
tersebut meningkat. Negara yang masih mempunyai simpanan sumber semula jadi dapat
mengaut keuntungan.
(ii) Keadaan krisis sumber semula jadi menyebabkan penerokaan pekerjaan dalam sektor lain
seperti kegiatan pertanian, penternakan dan k-ekonomi.

b) Politik
(ii) Negara yang masih mempunyai sumber semula jadi tersebut semasa krisis menjadi
stabil kerana penduduk mempunyai peluang pekerjaan.
(ii) Pelbagai infrastruktur dan kemudahan dapat disediakan kepada penduduk kerana pendapatan
negara meningkat.

c) Peningkatan penyelidikan dan pembangunan
(i) Sumber alternatif diteroka atau diselidik.
(ii) Sumber alternatif mapan seperti tenaga solar, tenaga hidrogen atau tenaga arus dikaji
dan diselidik.
(iii) Pembinaan bangunan Iestari atau menggunakan teknologi hijau.
(iv) Perkembangan teknologi infrastruktur atau pembinaan yang lebih mampan.
Bab 10: Sumber Hutan

1. Huraikan tiga kepentingan pengurusan sumber hutan.

(a) Mengekalkan keseimbangan ekosistem: Hutan paya bakau dapat mengelakkan hakisan
pantai dan menapis sisa toksik.

35 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

(b) Mengelakkan kepupusan: Spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar yang
mendapat permintaan tinggi dapat dikekalkan untuk keperluan masa depan. Contoh nya,
pokok cengal, jelutung atau monyet proboscis, gajah pygmy dan tenggiling.
(c) Pendapatan berterusan: Kehilangan sumber hutan boleh memberikan impak kepada
pendapatan negara kerana ramai penduduk terlibat dengan kegiatan ekonomi yang berkaitan
dengan sumber hutan. ( atau jawapan lain yang sesuai).

2. Huraikan peranan dua agensi kerajaan yang terlibat dalam pegurusan sumber hutan di
Malaysia.

a) Tabung Hidupan Liar Sedunia Malaysia (WWF Malaysia)
i) WWF Malaysia berperanan dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
termasuk sumber hutan sejak tahun 1972.
(ii) Agensi ini juga menjalankan program pemuliharaan habitat yang terancam di Malaysia dan
terlibat dalam penyelidikan dan kajian sumber hutan.

(b) Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)
(I) Memantau isu alam sekitar dan membawa isu-isu alam sekitar kepada pi hak kerajaan
(ii) Bekerjasama dalam pengendalian dan pengurusan pusat kajian alam sekitar
(iii) Menawarkan khidmat nasihat tentang hal yang berkaitan dengan alam sekitar
(iv) Mengadakan program pendidikan dan kempen kesedaran dalam hal alam sekitar

c) Sahabat Alam Malaysia (SAM)
(I) Sahabat Alam Malaysia ditubuhkan pada 1977 untuk memelihara alam sekitar serta
menyuarakan masalah pengeksploitasian dan pemusnahan alam sekitar oleh kegiatan
manusia.
(ii) SAM berperanan untuk mewujudkan kesedaran masyarakat dan kerajaan agar sama-
sama bertanggu ngjawab untuk mengawal kegiatan manusia yang boleh mengancam
alam sekitar dan menguruskan sumber alam demi keharmonian hidup generasi masa
hadapan.
atau jawapan lain yang sesuai

36 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

Bab 11: Kitar Semula

1. Jelaskan tiga kepentingan kitar semula.

(a) Mengurangkan pencemaran udara
i) Pereputan dan penguraian sisa pepejal terutamanya sisa makanan dan tumbuhan
di tapak pelupusan menyebabkan penghasilan gas metana.
(ii) Sekiranya gas metana terperangkap di dalam timbunan sisa, maka ini boleh menyebabkan
kebakaran atau letupan.
(iii) Gas metana didapati 25 kali lebih berbahaya dari pada gas karbon dioksida.
(iv) Keadaan ini mengakibatkan pertambahan gas metana dalam udara di persekitaran
dan ini seterusnya meningkatkan pencemaran udara.
(V) Dengan mengamalkan kitar semu la, masalah pencemaran udara dapat dikurangkan

b)) Mengurangkan pencemaran tanih dan air
(I) Air hujan yang melarut resap bahan toksik di tapak pelupusan mencemarkan tanih
dan sumber air seperti air bawah tanah atau sungai.
ii) Kesannya, tanih menjadi tidak subur dan hidupan air terancam.
iii) Melalui amalan kitar semula dapatmengurangkan bekalan air yang tercemar akibat larut resap
dan menyelamatkan habitat hidupan air.
(iv) Dengan mengamalkan kitar semu la, masalah pencemaran tanih dan air dapat dikurangkan.

(c) Mengurangkan kesan pemanasan dunia
(I) Gas metana merupakan salah satu gas pemanasan globa.
(ii) Gas pemanas dunia ini dibebaskan di tapak pelupusan sampah.
(iii) Keadaan ini menyumbang kepada pemerangkapan haba dalam udara di kawasan berkenaan
dan meningkatkan suhu persekitaran.
(iv) Dengan mengamalkan kitar semu la, masalah pemanasan global dapat dikurangkan.

(d) Mengurangkan permintaan terhadap sumber semula jadi
i) Perkembangan perindustrian meningkatkan permintaan terhadap sumber semula jadi
seperti kayu dan plastik.
(ii) Misalnya, sebanyak 24 batang pokok perlu ditebang untuk menghasilkan 1 tan kertas.
(iii) Kitar semula mampu mengurangkan permintaan terhadap sumber semula jadi.
(iv) Melalui amalan kitar semula, bahan kayu atau plastik boleh diguna semula dan
mengurangkan pembaziran sumber semula jadi.

(e) Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan
(i) Pertambahan bilangan penduduk menyebabkan peningkatan sisa yang dibuang.
(ii) Kesannya, saiz tapak sisa pelupusan Juga semakln bertambah besar dan bilangannya juga
bertambah.
(iii) Melalui kitar semula, kuantiti sisa buangan dapat dikurangkan dan ini dapat melanjutkan
jangka hayat tapak pelupusan.

37 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

(f) Menjimatkan kos dan tenaga
(i) Tenaga yang digunakan untuk meneroka kayu daripada sumber asalnya adalah lebih banyak
dari pada tenaga yang digunakan untuk kitar semula.
(ii) Oleh itu kitar semula mampu mengurangkan kebergantungan pada sumber asal.
(iii) Selain itu dengan menghasilkan bahan kitar semula juga lebih murah daripada penggunaan
sumber asal.
(iv) Contoh nya, tenaga yang digunakan untuk kitar semula sebuah tin kosong seakan-akan boleh
menjimatkan 3 jam tenaga yang digunakan oleh televisyen.

(g) Menjanakan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan
i) Amalan kitar semula dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga.
(ii) Misal nya, dengan menggunakan barangan isian semula adalah lebih murah daripada
penggunaan barang pakai buang.
(iii) Melalui amalan mengasingkan sampah dengan menjual kertas terpakai bekas plastik atau
besi dapat menyumbangkan pendapatan tambahan kepada individu atau keluarga.

2. Pernyataan di bawah berkaitan dengan amalan kitar semula.

“ Kitar semula dapat mengurangkan pencemaran tanih, air dan udara serta
Mengurangkan kesan pemanasan dunia.”

Huraikan pernyataan di atas dengan berserta contoh yang sesuai.

2 (a) Mengurangkan pencemaran tanih dan air
(I) Air hujan yang melarut resap bahan toksik di tapak pelupusan mencemarkan tanih dan sumber
air seperti air bawah tanah atau sungai.
(ii) Kesannya, tanih menjadi tidak subur dan hidupan air terancam.
(iii) Melalui amalan kitar semula dapat mengurangkan bekalan air yang tercemar akibat larut
resap dan menyelamatkan habitat hidupan air.
(iv) Dengan mengamalkan kitar semula, masalah pencemaran tanih dan air dapat dikurangkan.

(b) Mengurangkan kesan pemanasan dunia
(I) Gas metana merupakan salah satu gas pemanasan global.
(ii) Gas pemanas dunia ini dibebaskan di tapak pelupusan sampah semasa pereputan sisa
makanan dan sisa domestik lain.Keadaan ini menyumbang kepada pemerangkapan haba dalam
udara di kawasan berkenaan dan meningkatkan suhu persekitaran. Dengan mengamal kan kitar
semula, masalah pemanasan global dapat dikurangkan.

38 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

3. Pilih satu negara yang menjalankan amalan kitar semula dengan efisien. Kemudian, huraikan
amalan kitar semula di negara tersebut.
Rangka jawapan:
(a) Jerman:
(I) Ordinan Pembungkusan
ii) Duales System. Deutschland GmBH (Green Dod)
(iii) Cara memungut bahan terbuang untuk dikitar semula
(b) Taiwan:
(I) Program 4-Dalam-1
(ii) Akta Pelupusan Sisa
(iii) Garis Panduan Kitar Semula
(iv) Kempen kitar semula
(c) Sweden:
(I) Pencegahan sisa
(ii) Kitar semula
(iii) Guna semula
(iv) Pemulihan tenaga
(V) Pelupusan
d) Denmark:
(I) Program Pengembalian Deposit
ii) Program Cukai Sisa
iii) Program Waste 21
iv) Program Subsidi Sisa
v) Program Cukai Hijau
vi) AffaIdbekendtgoereisen 1999
mana-mana satu jawapan

39 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]

BOOSTER PT3 SOALAN ESEI

Namamu sentiasa terjulang
40 Hanya untuk kegunaan Panitia Geografi SAMURA SAHAJA [email protected]


Click to View FlipBook Version