Zulhazlia bt Zulkifli
SMK Seri Berang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
StandardPembelja aran
5.1.1 Menjelaskan sumber hutan
5.1.2 Menghuraikan kepentingan pengurusan sumber hutan
5.1.3 Menjelaskan melalui contoh usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan sumber hutan
5.1.4 Membezakan peranan agensi yang berkaitan dengan
pengurusan hutan di Malaysia
SumberHutan
Malaysia bertuah kerana mengalami iklim khatulistiwa
Iklim ini membolehkan Hutan Hujan Tropika hidup
subur di negara ini
Kelebihan hutan ini ialah ianya terdiri daripada
kepelbagaian spesies yang tidak terdapat di hutan yang
lain
Oleh itu, Malaysia telah diiktiraf antara 12 sebuah negara
yang mempunyai kepelbagaian biodiversiti di dunia
Uji diri : Apakah yang dimaksudkan
dengan kepelbagaian biodiversiti?
SumberHutan
Sumber Hutan Flora iaitu
tumbuh-tumbuhan
Fauna iaitu
hidupan liar
Persekitaran fizikal
seperti sungai, air terjun
gunung
Kge unaanSumberHutan
Sumber Sumber Sumber
bahan industri makanan perubatan
Kegunaan
Sumber hutan
Sumber Sumber
kraftangan kayu-kayan
Kge unaanSumberHutan
Pegn urusanSumberHutan Di Malaysia
• Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
bertanggungjawab untuk menyelia pengurusan hutan di
Semenanjung Malaysia.
• Setiap negeri mempunyai Jabatan Perhutanan masing-masing
terdiri daripada 11 jabatan perhutanan negeri.
• Bagi negeri Sabah dan Sarawak, pengurusan hutan
dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan
Perhutanan Sarawak.
• Peranan jabatan ini termasuklah pengurusan, perancangan,
perlindungan dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan
Kekal (HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Negara (DPN)
dan Akta Perhutanan Negara (APN)
Kepentingan Pengurusan Sumber
Hutan Di Malaysia
Kepentingan • Menjamin kesinambungan kepelbagaian
Pengurusan spesies di hutan hujan tropika
Sumber
Hutan Di • Mengelakkan kepupusan flora dan fauna
Malaysia
• Menjamin habitat flora dan fauna
• Menyediakan bekalan atau sumber hutan
yang berterusan
• Mengelakkan sebarang pencemaran atau
pencerobohan berlaku di kawasan hutan
Usaha Pemeliharaan Hutan Di
Malaysia
Mewartakan hutan simpan dan taman negara
Melalui usaha ini, kawasan yang diwartakan tidak
dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti
pembalakan mahupun sebarang pemburuan.
Kawasan ini dikhaskan untuk habitat flora dan
fauna. Contoh kawasan adalah seperti Hutan
Royal Belum, Perak dan Lembah Danum, Sabah
Usaha Pemeliharaan Hutan Di
Malaysia
Penguatkuasaan undang-undang yang berkesan
Penguatkuasaan undang-undang yang tegas perlu
dilakukan kepada pembalakan haram. Tindakan
mereka seolah-olah merampas khazanah negara
dan membawa banyak kerosakan kepada alam
sekitar akibat tindakan rakus.
Usaha Pemeliharaan Hutan Di
Malaysia
Menghadkan pengeluaran lesen pembalakan
Kegiatan pembalakan juga perlu dikurangkan.
Pengusaha kayu balak perlu mematuhi peraturan
agar aktiviti pembalakan hanya memberikan
kesan yang minimum kepada alam sekitar.
Contohnya, mereka perlu memilih pokok-pokok
yang matang dan melakukan teknik pembalakan
yang tidak merosakkan pokok-pokok yang lebih
kecil
Usaha Pemeliharaan Hutan Di
Malaysia
Penyelidikan dan pembangunan (RND)
Pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan
sumber hutan yang ada akan terus berkekalan.
Agensi seperti FRIM berperanan untuk
menjalankan penyelidikan mengenai sumber
hutan. Sebagai contoh, menghasilkan baka pokok
yang tahan penyakit, pokok yang cepat matang
dan sebagainya.
Usaha Pemeliharaan Hutan Di
Malaysia
Kempen alam sekitar/ Kempen Cintai Hutan Kita
Kerajaan boleh mengadakan kempen dalam usaha
meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai
hutan dan alam sekitar. Kempen boleh dilakukan
melalui pelbagai sumber media seperti
televisyen, radio, internet, perisian sosial
seperti facebook dan instagram
Usaha Pemeliharaan Hutan Di
Malaysia
Pendidikan Alam Sekitar
Bagi melahirkan generasi yang celik alam sekitar,
pendidikan mengenainya perlu diterapkan pada
peringkat awal. Sebagai contoh, mata pelajaran
geografi mendidik dan menekankan isu-isu alam
sekitar kepada murid-murid di peringkat sekolah.
Usaha Pemuliharaan Hutan Di
Malaysia
Penanaman semula
Bagi memulihara hutan yang telah musnah,
kerajaan berusaha untuk melakukan penanaman
semula hutan bagi menggantikan hutan yang telah
rosak. Kerja-kerja penanaman semula diharap
dapat mewujudkan kembali ekosistem hutan
seperti yang sedia ada.
Usaha Pemuliharaan Hutan Di
Malaysia
Mewujudkan ladang hutan
Bagi memastikan bekalan kayu yang berterusan,
kini ladang hutan telah ditanam. Pokok-pokok
seperti pokok jati, pokok akasia dan pokok bakau
telah ditanam secara ladang. Penanaman pokok
ini membantu menyelamatkan hutan sedia ada
Peranan Agensi Kerajaan Yang
Terlibat Dengan Pengurusan Hutan
Agensi Jabatan Perhutanan Menjalankan kerja-kerja
kerajaan Semenanjung Malaysia, pengurusan, perancangan,
Sabah dan Sarawak perlindungan dan pembangunan
yang kawasan Hutan Simpanan Kekal
terlibat Jabatan Perlindungan
dengan Hidupan Liar dan Bertanggungjawab melindungi
pengurusan Taman Negara dan menjaga hidupan liar
hutan (PERHILITAN)
Berperanan dalam usaha
Institut Penyelidikan penyelidikan dan pembangunan
Perhutanan Malaysia sumber hutan
(FRIM)
Bekerjasama dalam memupuk
Badan NGO seperti kesedaran kepada masyarakat
WWF, Sahabat Alam berkaitan dengan sumber hutan
Malaysia
Agensi Kerajaan Yang Terlibat
Dengan Pengurusan Hutan
Badan Bukan Kerajaan Yang Terlibat
Dengan Pengurusan Hutan