The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mr rem, 2019-12-18 20:43:32

dasara jabatan.kemanusiaan

samura

Keywords: dasar

SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR
DASAR DAN KETETAPAN PENGOPERASIAN KURIKULUM

JABATAN SAINS KEMANUSIAAN
TAHUN 2019

1. DASAR

1.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan Arus Perdana Sistem dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan.

1.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

1.3 Terdiri daripada panitia Pendidikan Islam, Panitia Sejarah, Panitia Moral, Panitia Geografi,
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Panitia
Pendidikan Seni Visual, Panitia Pendidikan Muzik .

1.4 Sekolah mesti menerima dan mematuhi sepenuhnya semua prosedur yang telah ditentukan
oleh BPSBPSK dan Jabatan Pendidkan Negeri.

1.5 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum
semasa.

1.6 Pada sebilangan masa, program-program akademik mesti diutamakan.

2. MESYUARAT

2.1 Jabatan Kemanusiaan bermesyuarat minimum 4 kali setahun;
2.2 Mesyuarat Panitia, minimum 4 kali setahun, membincangkan:

 Menetapkan KPI setiap panitia
 Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
 Kenal pasti murid yang bermasalah akademik berdasarkan post mortem dan

cara mengatasi untuk mencapai target yang telah ditentukan berdasarkan
‘headcount’
 Mengenalpasti murid-murid yang berpotensi untuk mendapat keputusan
cemerlang
 Idea baru dalam perkongsian ilmu.
 Perancangan penggunaan buku latihan / BBM serta penggunaan peruntukan
PCG
 Perancangan proram panitia
2.3 PLC dijalankan minimum 4 kali setahun
2.4 Surat panggilan mesyuarat diedarkan / dimaklumkan kepada guru sekurang-kurangnya 3
hari sebelum tarikh mesyuarat
2.5 Minit mesyuarat hendaklah diedarkan selepas 3 hari mesyuarat dijalankan

3. PAKEJ MATA PELAJARAN

3.1 Menengah Atas
 Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Moral dan

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan , serta Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Bahasa
German.
3.2 Menengah Rendah:
 B Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Moral,
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Geografi, Pendidkan Seni Visual, Bahasa Arab,
Bahasa German, Bahasa Mandarin dan Pendidikan Muzik

4. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH):

4.1 Sukatan Pelajaran yang terkini dan disimpan oleh semua guru dan salinan panitia untuk semua
tingkatan disimpan dalam fail panitia.

4.2 Fail Rekod Mengajar (FRM) dihantar pada setiap hari Khamis minggu berkenaan dan refleksi,
hendaklah ditulis tangan.

4.3 Semua guru mesti membawa FRM setiap kali masuk ke kelas.
4.4 Salinan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru yang

telah disahkan oleh pengetua mestilah dilampirkan bersama di dalam Fail Rekod Mengajar
4.5 Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dalam Fail Rekod Mengajar hendaklah

mengikut format yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia atau paling minima
mengikut pekeliling yang ditetapkan.

5. JADUAL WAKTU:

5.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta Pendidikan.
5.2 Agihan mata pelajaran adalah diberi keutamaan kepada opsyen dan kepakaran guru.
5.3 Jumlah waktu pengajaran maksimum guru ialah 40 waktu seminggu.
5.4 Masa setiap satu waktu pengajaran ialah selama 30 minit.
5.5 Tambahan waktu bagi mana-mana mata pelajaran adalah dibenarkan mengikut kesesuaian.

6. PEMANTAUAN

6.1 Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP ): (SKPMG2)

 Pemantauan kendiri oleh guru dilakukan antara bulan Januari dan Mac.
 PdP guru di bilik darjah akan dicerap sekurang-kurangnya 2 kali setahun dalam

tempoh persekolahan
 Semua guru akan dicerap sama ada oleh Pengetua, Guru Penolong Kanan, Guru

Kanan Mata Pelajaran atau Ketua Panitia.
 Sebelum pencerapan dilakukan, guru disarankan untuk berbincang untuk

penetapan tarikh, masa dan persediaan BBM.
 Selepas pencerapan dilakukan, sesi perbincangan untuk penambahbaikan

hendaklah dilakukan.

 Jadual pencerapan guru akan diedarkan setiap awal tahun persekolahan.

6.2 Pengurusan Panitia

 Pengurusan Panitia adalah di bawah pengawasan dan penyeliaan oleh Guru
Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dan dibantu oleh Ketua Panitia.

 GKMP perlu memastikan panitia di bawah seliaan masing-masing
membelanjakan peruntukan PCG secara berhemah (value of money) mengikut
keperluan dan mematuhi peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.

 Semua Panitia perlu menyediakan Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal
dan Pelan Operasi dan dihantar pada minggu pertama bulan januari.

 Semua Panita dikehendaki menyiapkan ‘Headcount’ masing-masing berdasarkan
KPI yang telah ditetapkan sebelum berkahir bulan Januari.

 Semua panitia menyenaraikan penyedia dan pemeriksa kertas soalan
berdasarkan format yang telah ditetapkan.

 Semua fail pengurusan panitia diletakkan di bilik Kurikulum dan akan disemak
secara berkala

 Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit
atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan
dengan panitia sambil diselia oleh ketua panitia.

7. BUKU LATIHAN DAN NOTA MURID

7.1 Buku latihan / nota akan disemak sama ada oleh Pengetua, Guru Penolong Kanan, Guru
Kanan Mata Pelajaran atau Ketua Panitia.

7.2 Tentatif untuk jadual pencerapan buku latihan akan dikeluarkan pada minggu pertama
bulan Januari.

7.3 Tindak susul daripada hasil dapatan pencerapan, dilakukan oleh GKMP dan panitia dengan
pengawasan Pengetua dan Guru Penolong Kanan

7.4 Latihan minima ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana dan tinggi
mengikut tahap kebolehan murid-murid.

8. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

8.1 Ujian Bulanan dijalankan 2 kali setahun iaitu bulan Mac dan Ogos.
8.2 Peperiksaan Penggal dijalankan 2 kali setahun. (Peperiksaan Pertengahan Tahun [PPT] dan

Peperiksaan Akhir Tahun [PAT] )
8.3 Format ujian dan peperiksaan adalah mengikut dasar peperiksaan BPSBPSK.
8.4 Peperiksaan ulangan akan dijalankan bagi pelajar yang gagal memenuhi kriteria markah

minimum : ditentukan oleh Ketua Panitia.
8.5 Semua kertas soalan yang dihantar perlu mematuhi format yang ditetapkan dengan

disertakan bersama-sama skema jawapan untuk disemak oleh Ketua Panitia dan disahkan
oleh GKMP.

9. POST MORTEM

9.1 Post Mortem hendaklah disediakan oleh Ketua Panitia selepas setiap kali keputusan
peperiksaan dalaman / awam .

9.2 Salinan laporan Post Mortem dalam bentuk soft copy perlu dIhantar kepada GKMP dan
Setiausaha Kurikulum..

9.3 Kelemahan, kekuatan dan langkah hendaklah disertakan dalam laporan Post Mortem.
9.4 Mesyuarat Kurikulum dan Post Mortem akan diadakan tiga kali setahun iaitu untuk

Peperiksaan Dalaman dan Peperiksaan Awam

10. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

10.1 Panitia dikehendaki merangka perancangan program kecemerlangan masing masing.
10.2 Latihan diberikan sebagai pengukuhan, begitu juga latihan ketika cuti dengan tidak

mengabaikan latihan yang terkandung dalam buku teks.
10.3 Kertas kerja / cadangan hendaklah dikemukakan sekiranya terdapat program yang dapat

meningkatkan kecemerlangan murid.
10.4 Panitia digalakkan mengubah plan taktikal yang disediakan jika ianya tidak berkesan atau

tidak memberi impak yang besar.
10.5 Jadual Program Kecemerlangan Akademik perlu dipatuhi dan dipantau oleh GKMP dan

Ketua Panitia.

11. BILIK BILIK KHAS PANITIA

11.1 Bilik-bilik khas panitia mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggung jawab
berdasarkan Buku Pengurusan Sekolah.

11.2 Penyeliaan adalah berdasarkan aspek dan kriteria seperti berikut ;
 Kebersihan
 Keceriaan
 Keselesaan
 Keselamatan
 Susun atur perabut
 Pengurusan inventori
 Rekod kawalan penggunaan (kecuali bilik darjah)
 Papan informasi

11.3 Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti disediakan.
11.4 Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu dipaparkan dengan jelas

bagi setiap bilik khas.
11.5 Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif, selamat dan

sesuai sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu sendiri.

12. PERKEMBANGAN STAF

12.1 Semua guru yang menghadiri kursus hendaklah menyediakan minit curai untuk makluman
Pengetua / Penolong Kanan untuk tindakan seterusnya.

12.2 Sesalinan minit curai hendaklah diserahkan kepada pejabat untuk dimasukkan ke dalam
fail.

12.3 Sekiranya perlu, ‘in house’ hendaklah dilaksanakan oleh guru yang menghadiri kursus
untuk disampaikan kepada guru-guru yang lain.

12.4 Semua guru perlu menghadiri 7 hari LDP sebagaimana yang telah ditetapkan oleh dasar
kementerian.

12.5 Lawatan ke sekolah cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk
mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.

13. SISTEM FAIL

13.1 Fail Panitia diurus dan disimpan oleh Ketua Panitia dan satu salinan dimasukkan ke dalam
fail induk di Bilik Kurikulum.

13.2 Semua fail panitia diletakkan di bilik Kurikulum dan sentiasa dikemaskinikan dengan
maklumat terkini, termasuk juga jadual pencerapan guru, penyemakan nota dan latihan
murid.

13.3 Jumlah fail akan diselaraskan bagi semua panitia : merujuk yang ditetapkan oleh….

14. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
14.1 Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBS mengikut tempoh yang
ditetapkan.
14.2 Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail atau pelaporan PBS dibawa
bersama untuk mengelak masalah di sekolah baharu murid berkenaan.
14.3Dokumentasi berkaitan PBS hendaklah difailkan ke dalam fail berkaitan serta boleh
dikemukankan dengan serta merta kepada pencerap dalaman, Jabatan Pendidikan,
Pejabat Pendidikan atau Jemaah Nazir apabila diminta berbuat demikian bagi tujuan
pencerapan dan pemantauan tanpa gagal.
14.4 Isi kandungan fail berkaitan PBS adalah sebagaimana format dan tatacara pengurusan
yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang telah didedahkan kepada
semua guru melalui kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Daerah serta melalui kursus dalaman anjuran sekolah.
14.5 Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid perlu sentiasa dikemaskini.
14.6 Pengisian Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid juga perlu diisi dalam
Laman Rasmi Sekolah bagi tujuan penyelarasan lokasi data atau untuk tujuan
pengumpulan data secara “One Stop Centre

15. KAJIAN TINDAKAN
15.1 Setiap panitia digalakkan menghasilkan Kajian Tindakan yang lengkap tentang kajian
impak keberkesanan sesuatu aktiviti khususnya program akademik menjelang bulan
September.

16. PENETAPAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
16.1 Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir
melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.
16.2 Dasar ini telah diwartakan dalam mesyuarat pengurusan.

Disedaikan oleh
Ramli Bin Hamid
GKMP Kemanusiaan
SM Sains MUar


Click to View FlipBook Version